Pengenalan
Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan suatu landasan yang bersifat umum
dalam pembentukan bangsa Malaysia. Ia dikatakan sebagai jelmaan hasrat kerajaan
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dalam satu pemikiran, wawasan dan cita-cita. FPK merupakan satu
dasar secara praktikal yang menjadikan sistem pendidikan di Malaysia berpotensi
melahirkan masyarakat yang berorientasikan acuan Malaysia serta mempunyai sifat
kemapanan serta jati diri yang unggul. FPK ini juga memastikan segala proses
pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”
Matlamat FPK dan Pendidikan di Malaysia
Suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi
sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.
Elemen-elemen dalam FPK
Kepentingan setiap elemen FPK
Elemen Kepentingan
Pendidikan suatu
usaha berterusan
Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperolehi secara berterusan dari kecil sehingga ke
akhir hayat.
Pendidikan suatu usaha berterusan
Memperkembang potensi individu
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
insan yang seimbang dan harmonis
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan
rakyat malaysia yang berketrampilan
rakyat malaysia yang berakhlak mulia
rakyat malaysia yang bertanggungjawab
rakyat malaysia yang berkeupayaan menikmati sejahteraan diri
raykat malaysia yang dapat memberi sumbangan
Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu
individu menyesuaikan diri dengan pelbagai
perubahan.
Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita
mengbadapi dan menangani pelbagai pembangunan
yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi
dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Perkembangan
potensi individu
Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat,
potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.
Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya
dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan
dipertingkatkan.
Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui
interaksi sosial dengan orang lain dan alam
sekeliling.
Pendidikan seharusnya memberi peluang individu
untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan
mereka.
Setiap individu diberi peluang untuk
memperkembang dan meningkatkan potensi diri
sehingga mencapai tahap cemerlang.
Perkembangan
individu secara
menyeluruh dan
bersepadu
Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh
dikembangkan secara berasingan, sebaliknya
dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan
pertentangan antara satu sama lain.
Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya
merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Insan yang seimbang
dan harmonis
Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek),
sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan
serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan
kesihatan diri yang baik (jasmani).
Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas
akan menghasilkan individu yang mampu hidup
secara harmonis dengan diri dan orang lain.
Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk
menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup
berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul
Unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira
dan menulis.
Sering berusaha untuk memperoleh dan
mengembang ilmu yang benar.
Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal
dan reflektif.
Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain
dan persekitaran (menyebar luaskan ilmu).
Unsur rohani Menyedari dan percaya kepada Tuhan.
Bersyukur dengan pemberian Tuhan.
Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai
murni.
Unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan stabil.
Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan
Unsur jasmani Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.
Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,
manipulatif dan sosial.
Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk
memanfaatkan masyarakat.
Kepercayan dan
kepatuhan kepada
Tuhan
Mengakui tentang kewujudan Tuhan dan sebagai
pencipta manusia dan alam.
Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan
dan setiap individu bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas segala perbuatan dan tindakannya.
Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.
Rakyat Malaysia
yang berilmu
pengetahuan
Cintakan ilmu pengetahuan.
Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya
membaca.
Mempunyai fikiran luas dan terbuka.
Rakyat Malaysia
yang berketrampilan
Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.
Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan
sempurna.
Berpandangan jauh dan berinisiatif.
Memupuk pembawaan diri yang baik.
Rakyat Malaysia
yang berakhlak mulia
Mempunyai perwatakan diri yang baik.
perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun,
berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya
dalam kehidupan harian.
Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
sebagai prinsip hidup.
rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui
yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau
menyerdari kesan dan akibat daripada perbuatan
baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai
murni dan dapat menghayati nilai kerohanian
kemanusian serta kewarganegaraan serta
mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan
perbuatan buruk.
Rakyat Malaysia
yang
bertanggungjawab
Boleh dipercayai.
mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap
Tuhan, bangsa dan negara.
Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab
merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan
baik.
Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan
cekap.
Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Rakyat Malaysia
yang berupaya
mencapai
Berfikiran waras dan berjiwa tenang.
Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk
kesejahteraan diri menghadapi cabaran hidup.
Rakyat Malaysia
yang dapat memberi
sumbangan terhadap
keharmonian dan
kemakmuran
masyarakat dan
negara
Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui
sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat
menghormati dan sebagainya.
menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan
inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran
ke arah pembangunan negara.
Berusaha untuk memajukan ekonomi negara
berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan.
Sering mengamalkan kestabilan politik dan
keamanan negara.
Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
Mempertahankan maruah diri, profesion, agama,
bangsa dan negara.
Berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri
Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi.
Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.
Sumbangan
terhadap
keharmonian dan
kemakmuran
keluarga, masyarakat
dan negara
Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.
Memupuk persefahaman keluarga.
Mematuhi norma masyarakat.
Cintakan negara.
Intipati utama dalam FPK ialah melahirkan insan yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang dikenali sebagai JERI
yang boleh dirumuskan dibawah:-
Insan yang seimbang dan
Tanggungjawab
Intelek Rohani
Tanggungjawab dan peranan sekolah terhadap masyarakat ataupun
komuniti adalah amat penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Fungsi utama sekolah adalah untuk memberi pendidikan
dan latihan.
Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang
sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif.
Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.
Insan yang seimbang dan
Tanggungjawab
Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia,
khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk meneruskan perkembangan
masyarakat atau komunitinya. Selain itu, sekolah juga sebagai suatu institusi
masyarakat yang mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-
murid mengikuti arah aliran dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan
yang berorganisasikan ini memainkan peranan dalam mengekalkan corak
kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai.
Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi
bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di
sekolah. Tidak ketinggalan juga, sekolah mengajar murid seperti mencinta sekolah
dan alam sekitar, demi membentuk masyarakat penyayang. Nilai-nilai budaya
masyarakat ini adalah penting kerana ia menentukan kandungan normanya.
Misalnya, jika anggota-anggota masyarakat meletakkan nilai yang tinggi terhadap
kemahiran teknik dan vokasional, maka norma-norma masyarakat tersebut akan
berusaha membekalkan peluang bagi anggota-anggotanya agar memperolehi
kemahiran teknik dan vokasional itu.
Di Malaysia, sistem pendidikannya adalah meletakkan nilai tinggi terhadap
usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan. Oleh
itu, Kementerian Pendidikan menggubal dan melaksanakan kurikulum baru ke
arah mencapai matlamat pendidikan tersebut. Sekolah merupakan tempat yang
mengekal dan menyebarkan budaya masyarakat menerusi pemupukan budaya ilmu
di kalangan pelajar. Kejayaan memupuk budaya ilmu dapat diperlihatkan
daripada situasi-situasi berikut:
Kewujudan keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara
langsung atau tidak dalam kegiatan keilmuan.
Ilmu dianggap sebagai keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan
masyarakat.
Kewujudan keadaan di mana segala tindakan manusia pada peringkat individu
dan masyarakat dilakukan atas landasan keilmuan.
Kewujudan keadaan usaha manusia menggunakan ilmu untuk meningkatkan
kualiti hidup serta membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk
keluarga, masyarakat dan negara.
Kewujudan keadaan segala lapisan masyarakat menggunakan ilmu untuk
memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kejahilan dan kepalsuan.
Kita dapat mengkaitkan peranan yang berkaitan sekolah kepada beberapa
skop utama dalam merealisasikan FPK negara kita:
I. Guru Besar Sekolah
Bagi peranan guru besar pula, guru besar merupakan orang paling penting
dan berkuasa dalam sesebuah sekolah iaitu memegang jawatan sebagai pengerusi
GURU BESARGURU PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN
GURU PENOLONG KANAN
(KOKURIKULUM)
GURU KELAS GURU PENDIDIKAN MORAL
jawatankuasa. Selain itu, guru besar juga bertanggungjawab terhadap segala aktiviti
yang beroperasi di sekolah yang meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum,
kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar. Dalam usaha
mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar memainkan peranan yang penting
dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran.
Selaras dengan FPK iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, dan juga misi
meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan
sekolah, pelbagai program boleh dirancang agar potensi murid-murid dapat
diperkembangkan. Contohnya dalam meningkatkan akademik. Aktiviti yang boleh
dijalankan ialah dengan membuat nota poket, peta minda, program bijak sifir,
reading program, vocabulary building dan sebagainya. Kelas tuisyen malam
juga bolah diadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan bekerjasama degan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Di samping itu, dalam usaha meningkatkan
pencapaian sekolah, budaya ilmu turut boleh diterapkan dalam diri setiap
murid. Contohnya, guru besar boleh memberi perkataan-perkataan bahasa Inggeris
kepada murid pada perhimpunan dan pada perhimpunan yang seterusnya, guru
besar akan menanya semula perkataan-perkataan itu. Selain itu, nilai-nilai
keagamaan turut juga boleh diterapkan.
Seiring dengan hasrat FPK, guru besar juga boleh melaksanakan aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan di sekolah ialah persatuan akademik, unit beruniform, kelab serta
sukan dan permainan. Aktiviti-aktiviti seperti permainan secara tidak langsung
dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam. Murid-murid juga dapat
berinteraksi antara satu sama lain dan seterusnya dapat memupuk semangat
perpaduan di kalangan kaum. Selain itu, aktiviti untuk menambahkan ilmu
pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab juga bolah disediakan agar
dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit beruniform.
Jawatankuasa boleh ditubuhkan bagi menguruskan segala aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum. Prasarana dan kemudahan yang cukup berkaitan dengan aktiviti ko-
kurikulum juga perlu dipastikan jumlahnya cukup dan berada dalam keadaan yang
baik.
II. Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Penolong Kanan Penatadbiran (GPK1) merupakan orang yang kedua
terpenting di sekolah selepas Guru Besar. Guru Penolong Kanan Penatadbiran
(GPK1) bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang
berkaitan dengan kurikulum. Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
adalah membantu Guru Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai
naib pengerusi jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber
sekolah (PSS), menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggaran maklumat
tentang kurikulum dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan
pembelajaran guru-guru, urusan berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan,
penilaian dan sebagainya.
Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan
ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi ataupun cuti sakit akan diganti oleh guru
lain. Ini bertujuan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran
mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan.
Contohnya, menyemak ujian serta skema pemarkahan yang disediakan oleh Guru
Panitia. Tujuannya penyemakan ini dibuat adalah supaya penilaian dan
peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format yang ditetapkan serta
menepati kurikulum yang terkini.
III. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah juga memainkan peranan
yang amat penting. Antaranya ialah mengadakan dan menyusun program aktiviti
tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan rancangan tersebut berjalan
dengan lancar. Bidang kokurikulum merupakan landasan utama dalam meningkat
serta memperkembangkan aspek jasmani murid-murid di sekolah. Apabila
aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri setiap murid, minda yang cerdas terhasil
daripada tubuh badan yang sihat. Dalam usaha pihak sekolah ke arah
memperkembangkan aspek jasmani murid-murid, sekolah ini telah
mengadakan aktiviti kokurikulum.
Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan
persatuan serta permainan. Melalui kegiatan unit beruniform ini, murid-murid dapat
menambahkan pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui penglibatan
murid dalam unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara
membuat ikatan, simpulan, memasang khemah dan sebagainya. Ilmu ini juga
diharap dapat diaplikasikan ke dalam hidupan seharian. Disiplin murid-murid juga
dapat dibina dan diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini.
Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan
potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk
melatih pasukan sekolah. Menerusi penglibatan murid dalam aktiviti ini, secara tidak
langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang
berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah. Mereka kemudiannya
akan diberi latihan yang berterusan sebagai strategi untuk mewakili sekolah ke
pertandingan kelompok, daerah atau negeri. Kelab dan persatuan pula melatih
murid-murid belajar menerima serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid perlu
bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan insan yang mempunyai potensi
yang menyeluruh dan bersepadu.
IV. Guru Kelas
Guru kelas juga memainkan peranan dalam merealisasikan FPK. Guru
bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal merekod dan
mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan, Buku
Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga perlu
ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan hal-hal
yang berkaitan dengan murid-murid, tugas Guru Kelas juga meliputi menjalankan
pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, mengatur jadual waktu
bertugas, kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas
untuk kemudahan murid-murid.
Guru Kelas juga bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam
kelasnya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, tekun, berdedikasi,
berusaha dengan gigih dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab menjaga
kebajikan murid-muridnya. Murid-murid yang kurang berkemampuan diutamakan
untuk menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta layak menerima
Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Dalam meningkatkan prestasi murid-
murid, banyak program yang boleh dirancang oleh pihak sekolah seperti G-
BUDDY, untuk murid-murid Tahun 6, kelas tambahan bagi murid-murid Tahap
2 dan sebagainya.
V. Guru Pendidikan Moral
Guru pendidikan moral merupakan suatu agen perubahan dan pembentuk modal
insan yang amat terdekat dengan murid-murid. Guru-guru pendidikan moral
berperanan membentuk masyarakat pelapis yang mempunyai wawasan serta daya
saing yang amat tinggi seperti yang diharapkan oleh FPK. Kepentingan guru-guru
pendidikan moral dalam pembentukan ‘knowledge worker’ dalam era kepesatan
teknologi dan pembentukan murid yang seimbang serta mempunyai semangat serta
daya saing yang tinggi dalam sejahteraan diri, intelek, rohani dan jasmani amat perlu
dititikberatkan. Peranan guru pendidikan moral boleh dilihat dari segi pembinaan
unsure JERI yang seimbang seperti yang boleh diperjelaskan di bawah:-
Unsur Peranan guru
Keseimbangan jasmani Guru boleh memberikan impak positif dalam
perkembangan jasmani.
Mengalakkan murid merancang sesuatu aktiviti
yang berfaedah dengan kekuatan jasmani yang
ada pada mereka.
Mengalakkan murid membincang pelaksanaan
aktiviti dan penggunaan jasmani yang ada
mengikut kemampuan.
Pembentukan keseimbangan jasmani akan
memberikan galakkan untuk sedia menghormati
mereka yang kurang upaya serta perbezaan
kudrat antara lelaki dan perempuan.
Ini dapat memahamkan murid bahawa di dunia ini
terdapat golongan yang kuat dan lemah dan
saling kebergantungan antara kedua-dua
golongan ini.
Keseimbangan rohani Rohani berkait rapat dengan jiwa.
Galakkan murid untuk mempelajari bagaimana
mewujudkan suasana jiwa yang bersih dan suci.
Galakkan murid percaya bahawa setiap
perlakuan kita ialah pancaran rohani kita.
Guru perlu menerapkan nilai rohani yang bersih
dan suci.
Guru perlu menggunakan kaedah p&p seperti
main peranan yang melibatkan murid secara aktif
supaya mereka sentiasa bersedia untuk
mengamalkan keseimbangan rohani agar dapat
membantu mereka berinteraksi serta
bersosialisasi dengan positif.
Keseimbangan intelek Intelek merujuk kepada kecerdasan.
Galakkan murid percaya bahawa kurang atau
lebihnya kecerdasan seseorang itu adalah
sesuatu yang patut dijadikan sandaran bahawa
setiap ciptaan tuhan itu ada kelebihannya.
Perlu mendedahkan kepada murid
penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang
melibatkan kecergasan intelek.
Guru menjadi contoh teladan yang baik agar
membimbing murid menggunakan kecerdasan
intelek kea rah kebaikkan dan bukan kepada
kemusnahan atau perlakuan yang negatif dan
memudaratkan.
Keseimbangan emosi Emosi merujuk kepada perasaan.
Keseimbangan emosi pula bererti setiap murid
berupaya membendung dan menggunakan
perasaan secara positif.
Guru mesti mengalakkan murid mengamalkan
perasaan yang amat dituntut semua orang seperti
sifat kasih saying, sikap menolong, empati dan
sebagainya.
Guru perlu sedar bahawa lebih banyak kita
membentuk keseimbangan dalam perasaan
murid lebih banyaklah kebaikkan yang akan
diperolehi dalam setiap diri mereka.
Menyedarkan kepentingan keseimbangan emosi
iaitu bertindak secara rasional dan tidak semata-
mata menggunakan perasaan dalam membuat
sesuatu keputusan.
Kesimpulan
Setiap guru pendidikan moral perlu memberi penekanan kepada pembentukan insan
yang seimbang. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah,
teknik, dan strategi p&p yang seharusnya menyepadukan unsure keseimbangan dari
segi jasmani, rohani, intelek dan emosi yang positif yang berupaya membangunkan
tingkah laku serta sahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. Disamping itu, guru
juga perlu ingat akan konsep ketuhanan yang diutamakan dalam FPK. Ini adalah
kerana kita perlu mengalakkan murid percaya bahawa asas kepada pembentukkan
insan yang benar-benar seimbang adalah kepercayaan kepada tuhan.
Peranan guru Moral dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Disediakan Oleh : -Ruttini VelluSarojini Appalasamy
Disediakan Oleh : -Thavamalar ArumughamMohana sundahari muniandy
Rukun Negara
Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat
Malaysia. Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat
berbagai kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni,
berdemokrasi, adil, liberal, progresif dan beretika.
Pernyataan Rukunegra:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan
seluruh masyarakat.
memelihara satu cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dengan berbagai corak,
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden,
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip
yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua.
Setiap prinsip tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murini yang
unggul. Guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan
nilai-nilai berkenaan dimana ia tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat untuk
melahirkan rakyat yang dinginkan dapat dicapai.
Pembentukan Rukun Negara
• Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos
1981.
• Konsep Rukun Negara telah dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) – tujuan: membentuk masyarakat Malaysia yang berdasarkan
prinsip hidup sedia ada dan boleh dijadikan sebagai pegangan masyarakat
antara kaum di Malaysia.
• MAGERAN telah dibentuk pada 16 mei 1969 yang diketuai oleh Timbalan
Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang bertujuan
mengembalikan keamanan negara berikutan dengan suatu peristiwa rusuhan
kaum di Malaysia pada 13 Mei 1969.
• MAGERAN kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi
membincangkan Strategi Perpaduan Nasional.Pada tarikh kemerdekaan
negara 31 Ogos1970, ideologi negara iaitu Rukun Negara mula
diperkenalkan.
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
1. MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT
• Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa
dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-
masing . Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai –
bagai persoalan yang wujud.
• Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi
antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun
Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana
semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan
perasaan cinta terhadap Negara
2. MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK
• Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang
negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh
1.Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
2.Memelihara satu cara hidup demokratik
3.Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksaman
4.Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai –bagai corak; dan
5.Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman
atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini.
• Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan
bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah
diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak,
jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
3. MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL
• Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati
kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika
kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama.
• Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya
mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak
yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada
penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu
golongan terhadap yang lain.
4. MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL
• Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan
masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia
mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan
oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat
berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara .
5. MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF
• Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang
mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan
perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era
globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat
dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
• Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang
bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan
membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat
Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat
negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan.
Prinsip – Prinsip Rukun Negara
Penjelasan Prinsip Rukun Negara
1. Kepercayaan kepada Tuhan
• Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga
sesuatu bangsa dan negara.
• Kesedaran tentang betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
• Prinsip kepercayaan kepada Tuhan akan menjadi asas kepada setiap rakyat
untuk memahami bahawa ada pencipta dan akan sentiasa melakukan
Pendidikan suatu usaha berterusan
Memperkembang potensi individu
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
insan yang seimbang dan harmonis
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan
rakyat malaysia yang berketrampilan
rakyat malaysia yang berakhlak mulia
rakyat malaysia yang bertanggungjawab
rakyat malaysia yang berkeupayaan menikmati sejahteraan diri
raykat malaysia yang dapat memberi sumbangan
kebaikan serta mengamalkan nilai-nilai murni bersepadan dengan
kepercayaan kewujudan pencipta.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Konsep kesetiaan Kepada Raja dan Negara melambangkan kesucian dan
kerelaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendaulatkan perlembangan
yang meletakkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sbg
ketua negara dan raja-raja sebagai ketua negeri.
• Konsep ini akan menjadi asas kepada pembangunan modal insan yang
sanggup berkorban demi bangsa dan negara.
• Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
• Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu
merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung
hak istimewa peribumi.
• Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara
3. Keluhuran Perlembagaan
• Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
• Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
• Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan
hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
• Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukanPerlembagaan Negara.
4. Kedaulatan Undang-Undang
• Prinsip ini menjamin hak dan kebebasan setiap rakyat dalam pemerintahan
yang bercorak demokrasi.
• Undang – undang juga akan dapat menjamin keadilan serta keamanan
kerana setiap rakyat tertakluk kepada pelaksanaan dan pengamalan undang-
undang.
• Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan
kesalahan di sisi undang-undang.
• Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang
terpelihara.
• Rakyat bertanggungjawab dalam memastikan undang-undang negara
sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
• Mereka yang melanggar undang-undang akan dihukum tanpa mengira warna
kulit, kedudukan, bangsa dan kaum.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
• Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat.
• Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankansekarang.
• Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakatpelbagai kaum di negara ini.
• Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
• Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
1. Guru berperanan dan bertanggungjawab mengajar murid-murid lagu" Rukun
Negara" agar murid dapat memahami dan mengingati prinsip-prinsip Rukun
Negara.
2. Perbuatan yang mempunyai nilai-nilai yang terdapat dalam prinsip rukun
negara harus ditekankan melalui akitviti harian dalam bilik darjah atau pun di
luar bilik darjah.
3. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran guru dalam bilik darjah seperti
melakasanakan aktiviti simulasi, main peranan, lakonan yang mempunyai
nilai-nilai dalam rukun negara akan membantu murid memahami,menambah
ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui akitiviti sebegitu.Pembelajaran
aktif secara verbal sangat sesuai dalam mengajar Pendidikan Moral.
4. Interaksi guru dan murid akan mengeratkan lagi perhubungan guru dan murid
semasa aktiviti .
1. Pihak sekolah harus mewujudkan budaya sekolah berdasarkant prinsip-
prinsip rukun negara.
2. Pihak sekolah harus menyediakna tayangan vidio di kantin , bilik darjah dan
dewan agar murid sentiasa dapat menonton tayangan video yang berkaitan
dengan prinsip-prinsip rukun negara.
3. Pertandingan melukis poster yang berdasarkan prinsip rukun negara.
4. Menubuhkan jawatan kuasa yang bertanggungjawab untuk menghidupkan
suasana.
Peranan guru Moral dalam mencapai Wawasan 2020
Intipati Wawasan 2020Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Wawasan 2020.
Wawasan 2020 merupakan sebuah wawasan kerajaan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Negara kita yang Keempat iaitu Tun. Dr .Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Wawasan ini diperkenalkan oleh beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan ini merangkumi bidang-bidang seperti bidan ekonomi, bidang politik, bidang sosial, bidang kerohanian, bidang psikologi dan perpaduan nasional. Wawasan ini merangkumi sembilan cabaran:
Cabaran- cabaran Wawasan 2020 ( Intipati Wawasan 2020)
Cabaran 1 : Membentuk Sebuah Negara Bangsa yang Bersatu Padu
Merupakan cabaran yang asas dan utama Mewujudkan integrasi dalam kalangan kelompok etnik dan wilayah Rakyat mempunyai hak sama serta dijamin menikmati suasana kehidupan
yang sejahtera dan keadilan yang sama Kesejahteraan hidup akan membentuk satu bangsa Malaysia yang penuh
ketaatan dan sanggup mendabdikan diri terhadap negara dan bangsa
Cabaran 2 : Melahirkan Sebuah Masyarakat Malaysia yang Bebas, Teguh dan Mempunyai Keyakinan Diri
Mewujudkan warga yang cukup tangkas untuk menghadapi segala halangan Mewujudkan warga yang tidak terkongkong jiwanya, menyedari akan
kebolehan dirinya dan yakin serta berani mengejar kecemerlangan Dengan yang demikian anggota masyarakat yang berpendirian teguh,
berkeyakinan dan berjiwa bebas akan dihormati oleh bangsa lain
Cabaran 3 : Membangunkan Masyarakat Demokratis yang Matang
Kemajuan bukan hanya diukur dari segi pendapatan dan perbelanjaan tetapi diukur juga dari segi kemampuan berpolitik
Hak rakyat untuk melibatkan diri dalam pentadbiran dan pemerintahan negara juga sebagai pengukur kemajuan
Untuk mewujudkan sebuah negara yang benar-benar maju, masyarakat Malaysia perlu dibentuk untuk menjadi sebuah masyarakat demokratis dan matang
Konsep demokrasi yang menekankan kepada permuafakatan dan musyawarah adalah penting untuk membangunkan masyarakat yang demokratis dan matang
Cabaran 4 : Membentuk Sebuah Masyarakat yang Kukuh Moral Etikanya dan Utuh Nilai Keagamaannya
Berbudi pekerti yang luhur, nilai moral, etika , keagamaan dan kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu
Nilai moral dan etika seharusnya disemai dan diamalkan secara berterusan oleh semua rakyat tanpa mengenal kaum atau bangsa bagi melahirkan bangsa yang berbudi pekerti dan luhur serta beretika
Pembangunan yang seimbang perlu ditekankan dengan mengambil kira pembangunan moral, sahsiah dan etika setiap rakyat
Cabaran 5 : Mewujudkan Masyarakat yang Matang dan Bresifat Toleran
Dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya, sifat toleran merupakan prasyarat utama mengekalkan perpaduan dalam kalangan kelompok etnik
Undang-undang yang dicipta di Malaysia memberikan hak dan kebebasan mengamalkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan masing-masing selagi tidak bercanggah dengan undang- undang
Rakyat daripada pelbagai bangsa dan kaum mestilah ikhlas dan penuh toleran menerima dan melindungi hak mereka yang bukan seagama dan sebudaya dengannya mengamalkan kebudayaan serta kepercayaan masing-masing
Hal ini dapat menjamin dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam jangka masa yang lama
Cabaran 6 : Membentuk Masyarakat yang Bersifat Sains serta Progresif
Segala usaha untuk menjadi negara maju mestilah mengambil kira pembangunan sains dan teknologi
Rakyat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh perlu diwujudkan jika negara ini hendak menjadi negara industry yang disegani di mata dunia
Bukan sekadar memanfaatkan teknologi yang sedia ada, tetapi mesti maju satu langkah lagi sebagai penyumbang kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan
Cabaran 7 : Mewujudkan Masyarakat Berbudi dan Berbudaya Penyayang
Menyuburkan kembali peranan komuniti dan masyarakat dalam menjaga kebajikan rakyat
Selepas merdeka, tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat telah dipindahkan daripada komuniti dan keluarga kepada negara
Cabaran sekarang ialah untuk mengembalikan tugas ini kepada komuniti dan keluarga di mana sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri mesti dibentuk dan akhirnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berbudi dan penyayang
Cabaran 8 : Menjamin Pembentukan Sebuah Masyarakat yang Adil Ekonominya
Sesebuah negara yang telah mencapai status negara industry yang kaya tidak boleh dianggap negara maju selagi masih wujud kelompok-kelompok miskin yang hidup melarat
Oleh itu, pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat perlu diteruskan dengan mewujudkan satu mekanisme yang berkesan
Cabaran 9 : Mewujudkan Masyarakat yang Makmur
Membentuk masyarakat yang makmur bukanlah satu usaha yang mudah Malaysia sebagai sebuah negara kapitalis di dalam global village yang wujud
sekarang terpaksa bersaing dengan negara-negara yang sudah maju dan sesama dengannya
Untuk berjaya, kita perlulah mewujudkan suatu sistem ekonomu yang bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan
1. Peranan sebagai Guru
Pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang boleh guru
rancang untuk memastikan setiap pengajaran akan memberikan impak
positif kepada murd-murid memahami tanggungjawab serta keperluan
mereka menghadapi cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020.
2. Peranan sebagai Ahli Masyarakat
Dalam konteks perubahan minda serta cara hidup masyarakat di
sekeliling guru boleh bantu mengubahnya dengan memberikan
penjelasan yang khusus berkaitan cabaran Wawasan 2020.
3. Peranan sebagai Individu
Kita juga adalah sebahagian daripada masyarakat yang memerlukan
penganjakan serta perubahan sikap dan pandangan.
Perubahan secara positif khususnya dalam menangani cabaran
Wawasan 2020 sepatutnya menjadi penanda aras atau “ Brenchmark”
untuk kita meluncur laju menerokai segala kemajuan yang ada seiring
dengan keupayaan dan kebolehan kita.
Kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja menanti yang bulat datang
bergolek dan yang pipih datang melayang.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memajukan diri sesuai
dengan keperluan semasa.
4. Peranan sebagai Ahli Keluarga
Memasyarakatkan cabaran Wawasan 2020 akan lebih sempurna jika
kita bermula dari rumah.
Jika kita seorang ayah, kita juga boleh memaklumkan kepada setiap
ahli keluarga kita tentang cabaran Wawasan 2020 yang sememangnya
mempunyai nilai kemajuan serta kecemerlangan dan kesejahteraan
hidup.
Kita patut memaklumkan ahli keluarga agar sentiasa berusaha untuk
maju ke hadapan.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan.
Intipati kod etika perguruan.Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan kod etika perguruan.
Maksud etika
- Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
(Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
- Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
- Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat.
Etika Perguruan
- Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu
bapa pelajar.
- Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
Kepentingan intipati kod etika perguruan :
- Menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh
guru.
- Menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham
dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
- Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara
ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara
lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada
di negara ini ataupun di negara lain.
- Guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat.
Tanggungjawab guru terhadap pelajar :
- Menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang
berkesan.
- Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,
agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-
perkara lain.
- Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas,
berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga
di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik.
- Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka,
sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-
muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses
pembelajaran.
Tanggungjawab guru terhadap Sekolah :
- Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai
akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.
- Selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-
tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-
jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
Tanggungjawab guru terhadap Masyarakat dan Negara :
- Hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara.
- Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan
masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat.
- Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan
ibu bapa pelajar.
- Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti
sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
- Sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang
boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara,
ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
- Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
- Menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan
masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima
oleh masyarakat .
Top Related