1.0 PENGENALAN
Kebolehan membaca adalah amat bermanfaat untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Melalui pembacaan, manusia boleh mengumpul ilmu pengetahuan
daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan bacaan yang lain. Orang yang berilmu
pengetahuan adalah orang yang luas pembacaannya. Pepatah ada mengatakan
“Membaca Jambatan Ilmu”. Membaca diibaratkan seperti pelita hidup. Seseorang
yang rajin membaca akan menjadi orang yang berilmu. Negara akan lebih maju dan
membangun jika rakyatnya minat membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan
seterusnya akan menjadi para bijak pandai.
Berdasarkan Laporan Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996
yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, secara purata rakyat Malaysia
hanya membaca dua buah buku setahun. Manakala pada tahun 1995 dilaporkan 9
juta naskhah buku terbitan DBP dalam pelbagai bidang tersadai di dalam stor sama
ada ia tidak terjual ataupun tidak laku, situasi ini menunjukkan sikap masyarakat kita
yang tidak gemar membaca. Timbul pelbagai alasan dan sebab dikemukakan yang
menyumbang kepada berlakunya situasi ini.
Satu peribahasa cina ada menyatakan bahawa membaca buku diumpamakan
sebagai ‘makanan jiwa’. Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak menjadi tin kosong
dan ini dapat dicapai dengan membaca buku. Malangnya, masyarakat hari ini
terutamanya remaja, kurang menghargai buku berbanding dengan makanan yang
dimakan oleh mereka. Mereka tidak sedar akan kewujudan masyarakat berkualiti
bergantung kepada minat membaca. Banyak pihak telah menyuarakan rasa
1
bimbang mereka terhadap masa depan negara. Satu soalan yang pasti berlegar
dalam benak kita iaitu, ’bagaimanakah budaya membaca dapat diwujudkan?’
Bagi membendung masalah ini, maka langkah pencegahan dari akar umbi
haruslah di atasi terlebih dahulu. Amalan membaca haruslah diterapkan sejak dari
kecil lagi agar ia tidak menjadi kudis pada kemudian hari. Maka, pencegahan ini
haruslah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Guru merupakan agen
terpenting yang harus memainkan peranan dalam memastikan minat membaca
dapat dipupuk di dalam diri pelajar.
2
2.0 DEFINISI
2.1 Membaca
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat membaca didefinisikan sebagai
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan
makna kandungannya.
Secara ringkas, membaca bolehlah dimaksudkan sebagai memahamkan
perkataan-perkataan dalam bentuk tulisan. Oleh itu kebolehan membaca bolehlah
dirumuskan sebagai memahami isi kandungan dalam tulisan. Kebolehan melafazkan
bunyi-bunyi bahasa sahaja tanpa memahami ertinya tidaklah boleh dianggap
sebagai membaca dalam erti kata sebenar.
See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan pelajar
mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan,intonasi, jeda dan kelancaran yang
betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawabetapa pentingnya kemahiran
membaca kerana setiap yang dilihat hanya bolehditafsirkan maknanya apabila
seseorang itu boleh membaca.
Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola
bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan
proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah
memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.
3
Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai
proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkan nya kepada
bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan
tesebut.
Mengikut Solâh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang
bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan
membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu
ketika melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan
deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan
apa yang dibaca. Oleh itu, kemahiran mendengar dan kemahiran membaca
mempunyai persamaan dari aspek kefahaman bahasa.
4
3. 0 PERANAN GURU MEMUPUK MINAT MEMBACA
Tabiat membaca terutama bahan ilmiah dalam kalangan masyarakat di
negara ini masih belum boleh dibanggakan. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Perpustakaan Negara baru-baru ini, hanya peratusan kecil sahaja masyarakat
Malaysia mengamalkan tabiat membaca. Jika dibandingkan dengan rakyat di negara
maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun, purata rakyat Malaysia hanya
membaca dua buah buku dalam setahun. Kebanyakan daripada mereka menjadikan
bahan bacaan ringan dan hiburan sebagai pengisi masa lapang marcapada ini.
Guru adalah seorang pendidik yang mempunyai kebolehan pelbagai dalam
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, peranan
guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang
pendidikan Negara adalah satu perkara yang tidak boleh disangkal lagi. Fungsi dan
peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu,
jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah
sebagai agen perubahan.
Maka, atas dasar kepentingan membaca, guru yang berperanan sebagai
penghubung ilmu pengetahuan kepada murid haruslah melipatgandakan usaha
dalam meningkatkan dan memupuk amalan membaca di kalangan pelajar di
sekolah. Amalan membaca bukan sahaja menambahkan pengetahuan pelajar
malahan, dapat membuka minda dalam memberikan pendapat dan pandangan yang
baru dalam diri pelajar.
5
3.1 Program Nilam
Menyedari akan kepentingan membaca, pada tahun 1989, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengambil usaha untuk memperkenalkan Program NILAM
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca.
Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan
Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur.
NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan
hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan
budaya ilmu.
Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara
terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia
merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan
penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan
masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar. Minat membaca akan timbul
secara semula jadi apabila mendapat pengalaman ‘membaca’ sebagai sesuatu yang
menyeronokkan. Justeru itu, program Nilam yang dijalankan di sekolah sekarang
perlulah diselaraskan dengan baik supaya memberikan kesan yang lebih positif.
6
Guru Bahasa Melayu haruslah memainkan peranan penting dengan
memupuk minat pelajar membaca dan melaksanakan usaha untuk mencatat setiap
rekod bahan bacaan pelajar di dalam buku nilam. Amalan ini akan dapat
meningkatkan penguasaan pelajar dalam minat membaca dan menggalakkan
amalan membaca di kalangan pelajar.
Ganjaran atau penghargaan juga haruslah diberikan sekiranya pelajar berjaya
mencatatkan bahan bacaan yang tinggi di dalam buku nilam. Ini bagi meningkatkan
minat pelajar dalam bersaing dengan rakan0rakan yang lain untuk meningkatkan
amalan dalam membaca.
7
3.2 Perpustakaan
Selain itu, guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat
membaca dalam kalangan remaja. Hal in kerana remaja menghabiskan masa enam
jam di sekolah. Masa inilah tanggungjawab berkenaan terletak di bahu guru dan
bukannya ibu bapa. Guru-guru dapat menarik minat mereka terhadap buku tersebut
dan secara tidak langsung menimbulkan keinginan membaca buku tersebut. Bukan
guru sahaja malahan pihak sekolah seharusnya turut memainkan peranan penting
dengan menggalakkan dan memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
Justeru itu, bagi menarik minat pelajar terhadap buku, perpustakaan juga
perlu dikemas kini dengan bahan bacaan yang ada di pasaran. Persatuan yang
berkaitan perlu bergiat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada bahan bacaan.
Guru yang bertanggungjawab sebagai guru Pusat Sumber hendaklah memastikan
terdapat banyak bekalan buku-buku yang bersesuaian di pusat sumber sekolah agar
bahan bacaan yang dibekalkan itu mampu memberikan semaksimum mungkin
pengetahuan kepada pelajar.
Pelajar pada masa kini membuat anggapan hanya buku teks sekolah lebih
penting untuk dibaca berbanding dengan buku-buku lain. Maka, guru haruslah
memainkan peranan dengan membuang tanggapan negatif itu dalam kalangan
pelajar. Guru boleh memperkenalkan bahan bacaan lain yang terdapat di pusat
sumber dan menjadikan bukan sahaja buku teks malahan buku ilmiah lain sebagai
bahan rujukan untuk pembelajaran di dalam kelas.
8
Bukan sahaja guru yang berperanan memupuk minat membaca murid, malahan ibu
bapa juga haruslah menunjukkan minat membaca semasa di rumah supaya menjadi
teladan kepada anak-anak. Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke kedai –
kedai buku atau ke perpustakaan yang berdekatan seperti Perpustakaan Negeri dan
sebagainya.
9
3.3 Kuiz / Pertandingan
Pelajar di sekolah rendah terutamanya lebih mudah untuk dibentuk dan
dibimbing kerana mereka masih boleh menerima arahan dan mengikuti apa jua
aktiviti yang dianjurkan oleh guru sekali gus pihak sekolah. Memupuk kesedaran
melalui pertandingan merupakan satu usaha yang baik kerana ianya akan
melibatkan semua pelajar dan masyarakat di sekelilingnya. Perkara ini juga dapat
memberi tanggapan yang positif kepada semua pihak kerana usaha yang diambil
merupakan satu usaha yang baik dan berkesan.
Maka, guru haruslah memainkan peranan dengan mengadakan pertandingan
kuiz dan sebagainya bagi memupuk bukan sahaja amalan membaca malahan
amalan bersaing secara sihat di antara rakan-rakan yang lain. Hadiah atau ganjaran
haruslah diberikan bagi menghargai minat pelajar dan usaha mereka untuk
menyertai pertandingan yang dianjurkan. Malahan ganjaran seperti ini mampu
menarik lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam kuiz yang dianjurkan di
sekolah.
Pertandingan Sahibba misalnya, berjaya menarik minat kanak-kanak berusia
dari lima hingga 10 tahun dengan pelbagai kaedah permainan yang menyeronokkan
berkonsepkan pembelajaran. Permainan Sahibba memerlukan peserta menyusun
abjad menjadi perkataan tertentu. Pertandingan Mengumpul Keratan Akhbar pula
memerlukan kanak-kanak mengumpul keratan akhbar ke dalam sebuah buku
mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh perpustakaan. Ia bertujuan untuk
10
memupuk minat membaca akhbar di kalangan kanak-kanak selain dapat
mempertingkatkan perbendaharaan kata.
Sebagai guru di sekolah, pertandingan kuiz-kuiz yang dianjurkan sebenarnya
mampu menarik minat pelajar agar membaca. Kuiz-kuiz seperti pertandingan
menulis esei, kuiz sejarah dan sebagainya mampu menarik pelajar untuk membina
ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Melalui pembacaan, sekali gus pelajar dapat
melibatkan diri dengan pertandingan kuiz yang dianjurkan oleh guru. Pihak sekolah
juga boleh menganjurkan pertandingan bercerita, penulisan, bersajak dan lain-lain
bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar dan warga sekolah.
11
3.4 Pengajaran dan Pembelajaran
Guru juga tidak seharusnya cepat jemu untuk berusaha dalam menambah
baik amalan pengajaran dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. Guru
itu ibarat lilin yang membakar untuk menerangi orang lain yang mana guru itu
berperanan untuk menjadi pendidik yang tegar serta mempunyai pemikiran yang
sentiasa positif dan proaktif agar dapat memikirkan cara-cara yang bersesuaian dan
juga berkesan dalam bidang ilmu yakni dari segi kurikulum atau kokurikulum.
Langkah pertama yang patut diambil secara umum di sekolah adalah dengan
mengadakan sesi pembacaan selepas sekolah. Sesi pembacaan itu boleh dilakukan
sebanyak dua kali seminggu. Bukan itu sahaja, pelajar akan mendengar lagu yang
boleh menukar suasana yang penuh dengan kebosanan menjadi keghairahan. Di
samping itu guru-guru juga boleh turut kerana itulah yang akan membuat pelajar
lebih minat membaca selepas itu. Kehadiran guru sangat penting untuk sesi
pembacaan tersebut kerana mereka boleh menolong dan mendorong pelajar untuk
membaca buku masing-masing. Dengan berbuat demikian, pelajar akan mula
membaca setelah dihiburkan oleh persembahan guru-guru dan dengan demikian
dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
Selain itu, guru – guru juga boleh menggunakan bahan bacaan berilmiah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini disebabkan
para pelajar menghabiskan masa kira-kira lapan jam di sekolah. Justeru, seharusnya
guru-guru memainkan peranan untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar
mereka. Sebagai mengorak langkah, latihan yang terdapat dalam majalah-majalah
12
berilmiah boleh dibuat di dalam kelas. Sebagai contoh, majalah Fokus, Dewan
Siswa, dan lain-lain boleh menjadi wadah yang amat efektif dalam usaha untuk
memupuk minat ini. Sekiranya guru-guru menggunakan bahan bacaan ini semasa
mengajar, sudah pasti akan lahir golongan intelektual dalam kalangan remaja.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca. Ramai pelajar yang gagal menguasai kemahiran
membaca kerana mereka telah diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang
sesuai. Kegagalan menguasai kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf
pencapaian pelajaran mereka. Pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca
tidak akan memahami mata pelajaran yang mereka pelajari. Sifat minat membaca
tidak dapat dipupuk kerana kegagalan menguasai kemahiran membaca.
Maka, sebagai seorang guru, proses pengajaran dan pembelajaran kaedah yang
betul dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran membaca.
Guru juga boleh memperuntukkan sedikit masa antara 3 – 5 minit masa
sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan aktiviti
membaca. Jika setiap guru memainkan peranan seperti ini, kemungkinan aktiviti ini
dapat dijadikan rutin oleh pelajar adalah tinggi. Pelajar akan terbiasa dan
menjadikan amalan ini sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka. Sekali
gus dapat memupuk minat membaca dalam diri pelajar itu sendiri.
13
3.5 Pameran
Bagi meningkatkan minat pelajar dalam membaca, guru boleh menjadi agen
terpenting dalam memastikan minat pelajar dalam membaca dapat dipupuk. Antara
langkah yang boleh diambil ialah mengadakan pameran buku di sekolah. Pembelian
bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam
Bilik Darjah perlu diperluas. Guru boleh meletakkan petikan rencana yang
berinformasi di papan kenyataan sekolah supaya memudahkan pelajar mendapat
bahan membaca.
Aktiviti seperti mengadakan kempen menanam minat membaca di kalangan
pelajar juga patutlah diadakan setiap tahun. Kempen ini juga adalah satu cara untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Pelajar juga boleh menambah
perbendaharaan kata dengan membaca. Dengan ini, pelajar akan berasa lebih
senang untuk menjawab soalan peperiksaan penulisan dan sebagainya.
Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk mengunjungi pameran buku yang
diadakan. Ibu bapa pelajar juga dapat membeli buku-buku dengan diskaun yang
tinggi apabila berkunjung ke pameran buku. Ini merupakan salah satu cara untuk
menjimatkan duit apabila membeli buku. Maka, guru haruslah berperanan dan
menjalankan usaha yang lebih gigih dengan menerapkan kepentingan membaca
dalam diri pelajar agar mereka sedar betapa pentingnya amalan membaca dalam
kehidupan seharian.
14
Guru kelas boleh menanam minat membaca dengan mengadakan satu sudut
bacaan dalam kelas , di mana buku-buku cerita, majalah pelajar dan kad-kad
bergambar . Tiap-tiap pelajar mesti membaca kad-kad gambar dan guru hendaklah
mencatat di dalam buku catatan.
15
3.6 Program Bulan Membaca
Program Bulan Membaca merupakan salah satu program yang dijalankan
oleh pihak sekolah dalam memastikan minat pelajar dalam amalan membaca dapat
dipupuk. Maka, guru-guru sebagai penggerak kepada program ini haruslah
menyahut cabaran dan bersungguh-sungguh dalam menggerakkan program Bulan
Membaca ini bagi memastikan pelajar mendapat impak yang positif.
Semasa program ini dijalankan, guru-guru boleh berusaha memohon pihak
swasta atau badan bukan kerajaan dalam memberi sumbangan agar dalam bentuk
bahan bacaan atau kewangan bagi memastikan pelbagai aktiviti yang menarik dapat
dilaksanakan dengan lebih meriah untuk menarik pelajar menyertai sebarang aktiviti
yang dilaksanakan.
Bahan bacaan yang lebih ringan, berilmiah dan menarik hendaklah
disediakan oleh guru-guru. Bahan bacaan tersebut bukan sahaja boleh dibeli,
malahan guru0guru juga boleh menyumbangkan bahan bacaan yang berguna dan
berilmiah untuk diguna semula oleh anak pelajar di sekolah. Satu sudut bacaan
hendaklah disediakan di persekitaran sekolah yang sesuai agar pelajar lebih santai
untuk melakukan aktiviti membaca.
Melalui pembacaan bukan sahaja buku malahan surat khabar juga dapat
memberikan pelbagai info dan manfaat kepada pelajar. Pelbagai maklumat dapat
dimanfaatkan untuk kegunaan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang bukan
sahaja cemerlang tetapi turut peka dengan perkembangan semasa.
16
Contohnya sisipan-sisipan Utusan Malaysia berbentuk pendidikan banyak
membantu terutama pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR).
17
3.7 Bahan Bacaan Menarik
Salah satu kaedah yang mungkin dianggap remeh atau melucukan oleh guru
dalam memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar mereka ialah penggunaan
komik sebagai medium pengetahuan. Komik merupakan satu cabang seni yang
sepatutnya dilihat sebagai satu genre sastera.
Melalui media ini, pelukis dapat mengungkapkan idea, kritikan, perasaan,
pentafsiran, penganalisisan, penghayatan, wawasan dan sebagainya secara
perlambangan. Malahan pandangan positif terhadap komik boleh mendorong
pembacaan terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut,
buku komik yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan
tambahan di sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke atas
kanak-kanak.
Dalam meletakkan asas pembudayaan membaca dalam kalangan kanak-
kanak dan berterusan ke peringkat remaja, peranan ini harus dimainkan oleh para
ibu bapa dan guru. Guru bukan sahaja memupuk minat membaca dalam diri pelajar,
tetapi juga membimbing mereka membuat analisis, klasifikasi dan lain-lain dan
proses ini dapat dilakukan amat berkesan dengan komik. Oleh sebab itulah komik
digunakan sebagai bahan bacaan tambahan sekolah di Amerika Syarikat dan Jepun
sebagai salah satu bahan bacaan menarik yang dapat meningkatkan keseronokan
pelajar untuk membaca.
18
4.0 KEPENTINGAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang wajib ada pada setiap
individu tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. Membaca
merupakan satu aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana aktiviti ini
melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu itu. Dalam
kajian Keryn Edna (2010), beliau menyatakan membaca bukan sekadar ke
arah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia juga menjadi kunci ke arah
peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang ilmu.
Melalui aktiviti membaca, ia mampu menjadikan seseorang individu itu
seorang celik dalam bidang ilmu yang diceburinya dan mampu dijadikan sebagai
bahan rujukan oleh orang lain mahupun dirinya sendiri. Malahan tidak salah jika
dikatakan bahawa kebolehan membaca membuka seluas-luasnya pintu masuk ke
alam pengetahuan manusia, ini seperti ungkapan ”Membaca menjadikan seorang itu
berisi” (Lord Bacon:1561) seorang ahli falsafah Inggeris, dalam Shahrom TM
Sulaiman(2002).
Kesan ini tergambar secara jelas apabila setiap agama terbesar di dunia
menghargai ilmu dengan mempunyai kitab suci masing-masing untuk dibaca. Islam
sendiri meletakkan kepentingan membaca secara jelas apabila ayat pertama
diwahyukan kepada manusia memerintahkan manusia mencari ilmu, dengan erti
kata lain membaca. Perkataan ”Iqraq” (Bacalah) telah diulang sebanyak dua kali
(dalam ayat pertama dan ketiga) dan seterusnya dalam ayat keempat perkataan
”Bacalah” telah dikaitkan dengan ”Aklam” (pena).
19
Selain itu, membaca juga dapat membekalkan pengetahuan atau ilmu yang
baru kepada seseorang itu. Sekiranya amalan membaca dapat dipupuk dikalangan
pelajar, tidak mustahil sekiranya satu hari nanti negara bakal melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan meluas dan negara Malaysia akan menjadi sebuag negara
yang maju setaraf dengan negara luar yang lain.
Melalui pembacaan, disiplin diri juga sebenarnya dapat dibentuk. Membaca
mengajar kita untuk terus sentiasa fokus dan berdisiplin dalam mendapatkan
sesuatu. Jika kita membaca dengan melangkah dari datu perenggan ke satu
perenggan lain, ia menyebabkan seseorang itu tidak fokus. Tidak fokus bermakna
tidak berjaya mendisiplinkan diri. Maka, pembacaan yang teratur mengajar
seseorang untuk bersabar dan mengikut langkah-langkah yang betul dalam amalan
pembacaan yang betul. Bukan sahaja membaca malahan pencarian sumber bahan
bacaan yang tepat dan menarik juga mampu mendisiplinkan diri seseorang.
Pemupukan amalan membaca di kalangan pelajar juga sebenarnya mampu
membuka minda pelajar agar lebih terbuka dalam membincangkan sesuatu perkara.
Pelajar dapat membuat perbandingan dalam membuat keputusan.
20
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, para pelajar sekarang merupakan pewaris generasi akan
datang. Merekalah yang bakal menentukan hala tuju negara. Untuk mencapai
matlamat negara maju, para pelajar ini mestilah menguasai pelbagai bidang ilmu
sebagai persediaan untuk mencapai matlamat ini. Aktiviti membaca merupakan
salah satu cara yang terbaik dapat menyumbang kepada pengisian ilmu
pengetahuan. Jadi , usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan untuk
menggalakkan rakyat negara ini membaca untuk melahirkan orang yang berilmu.
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah, membaca adalah kunci kejayaan.
Kita harus memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar sejak awal lagi bak
kata pepatah “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Ini bermakna
budaya membaca harus dijadikan gaya hidup kita. Membaca perlu dijadikan prioriti
negara demi menjana masyarakat yang kaya ilmu dan berdaya fikir.
Sementara negara kita sedang berusaha mencapai negara yang maju pada
tahun 2020,remaja hari ini mungkin akan menjadi pemimpin pada hari esok dan
sebab itulah mereka perlu ditekankan akan pentingnya membaca dan menjadikan
amalan membaca sebagai kemestian. Budaya membaca masyarakat Malaysia,
mampu melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Kesimpulannya, sikap baca sangat penting kepada untuk mewujudkan
Wawasan 2020. Justeru itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
21
RUJUKAN
Buku
Mok Soon Sang. Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan (1991). Kuala Lumpur.
Dr Hasan Hj Mohd Ali. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Utusan Publications &
Distributors]
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0707&sec=Johor&pg=wj_07.htm#ixzz2BLsMJ79M
© Utusan Melayu (M) Bhd
Jurnal
Keryn Edna Binti Richard, Kajian Terhadap Tahap Minat Membaca Di Kalangan
Muridsk Lok Yuk Bt. 1 Kudat.
Atas Talian
Perpustakaan Negara Malaysia http://www.pnm.gov.my/
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998
https://docs.google.com/file/d/0BwPmPD8WIlW9OWQ0MjY2YjktZWE3OS00NDI0LTl
lNGMtZWY3YjAzNzk3OWUx/edit?hl=en&pli=1
22
23