ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT1. PENGHARGAAN2. ISI PERBINCANGAN
I. DEMOKRASI DAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
II. PARLIMEN DAN DEWAN NEGARA
III. KEMPENIV. WAKIL RAKYAT
3. PENUTUP4. RUJUKAN5. LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikumwarahmatullah.
Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah
kurnianya ,selawat dan salam ke atas baginda junjungan Nabi Muhammad SAW.Syukur kepada
Allah Taala kerana memudahkan proses menyiapkan tugasan ini.
Ucapan yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang sering memberi
sokongan,nasihat,pertolongan dan pencetus semangat dalam menyandang tanggungjawab
sebagai pelajar.Tanpa kalian,sudah tentulah tugasan ini menemui kegagalan.walaupun kalian
berada jauh dari kami,suara kalian tetap menemani kami dan memberi kekuatan dalam setiap
cabaran yang kami hadapi.Insyaallah,doa kami sebagai anak-anak kalian ialah agar kalian
mendapat tempat di syurga Firdaus kelak.Amin Ya Rabb.
Tidak lupa juga kepada Puan Che Nor Kharsiah,selaku Pensyarah Pengajian Malaysia
yang menjadi tunggak utama dalam menyelesaikan tugasan ini.Tanpa bantuan beliau,setiap isi
pasti agak sukar di fahami dan dihuraikan.Tanpa penerangan beliau yang bersungguh-
sungguh,pasti tugasan ini tidak dapat di jalankan dengan baik sekalinya.semoga rahmat Allah
sentiasa bersamanya sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Kepada rakan sama-sama berganding bahu menyiapkan kerja kursus ini,jutaan terima
kasih di ucapkan atas usaha kalian.Setiap bahagian kerja dalam tugasan ini di bahagi dengan
baik,dan kaian juga telah berusaha menyiapkan bahagian kalian dengan baik sekali.Bukan itu
sahaja,kalian turut membantu rakan lain menyiapkan bahagian mereka.itu sudah cukup
menunjukkan semagat kerjasama dalam kumpulan ini.Syabas di ucapkan.
Kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung,terima
kasih juga kami ucapkan.Kalian yang memuat naik gambar-gambar berkaitan,artikel dari sumber
yang sahih dan informasi yang terkini sangat-sangat membantu kami dalam menyiapkan tugasan
ini.
Dengan itu di harapkan tugasan ini mendapat penilaian yang terbaik hasil kerjasama kami
dalam kumpulan dan hasil usaha kami bersama-sama.
Sekian,terima kasih.
PENDAHULUAN
Konsep perasingan kuasa merupakan satu dokrin mengenai pemerintahan
berpelembagaan yang mengesyorkan perasingan kuasa dan fungsi pemerintahan agar ia tidak
tertumpu kepada individu atau sesebuah lembaga sahaja.Ini diperlukan utuk menjamin
pemerintahan tidak bersifat mutlak.Pada tanggapan umum,penumpuan akan bekisar pada
kelainan fungsi yang dijalankan oleh badan atau intitusi yang berlainan.Fungsi-fungsi ini
dijalankan leh badan-badan tertentu mengikut bidang kuasa masing-masing.Menurut
teori,terdapat tiga badan atau intitusi yang terdapat di mana-mana pemerintah.
Pertama,badan perundangan yan berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan
meminda undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman.Dengan kata lain ia
bertanggungjawab untuk membuat peraturan-peraturan yang akan diamalkan disesebuah
Negara.Intitusi ini juga mempunyai kuasa untuk menyelia segala tindakan pemerintah atau raja
agar ia mematuhi kehendak dasar yang diluluskan oleh dewan perundangan.Namun,ia tidak
boleh menyerapkan kuasanya kepada badan lain.
Kedua,badan pentadbiran atau eksekutif Negara menjalankan kuasa dan mengamalkan
undang undang yang diluluskan oleh dewan perundangan. Ia juga perlu menguatkuasakan segala
keputusan badan kehakiman yang mungkin memberi keputusan yang bertentangan dengan
kehendak badan eksekutif mahupun badan perundangan .Di Amerika Syarikat, sistem
pemerintahannya bercorak presiden – kongres dan eksekutif eksekutif digelar presiden
Ketiga, badan kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dan
memberi keputusan yang muktamat. Badan kehakiman, bagaimana akan berpandukan kepada
undng undang yang diluluska oleh dewan perundangan atau berpandukn berpelembagaan Negara
semasa menjalankan tugas mereka.selain itu, badan kehakiman jugak mempunyai kuasa untuk
mengawal badan eksekutif dan badan perundangan. Dalam hal ini ,badan kehakiman dapat
menjatuhkan hukuman keatas para pegawai pemerintah termasuk eksekutif Negara yang tidak
menjalankan tugas dengan sempurna atau jika ia menyeleng daripada tugasnya yang telah
ditetapkan dalam pelembagaan.
Mengikut pembahagian kuasa yang ketat, seorang yang mengangotai badan perundangan,
hanya boleh menganggotai sesuatu badan tertentu sahaja begitu juga dengan keanggotai badan
pemerintahan dan kehakiman, anggota satu badan tetentu tidak boleh menanggotai. Di samping
itu, anggota mana mana satu badan tertentu tidak boleh mencampuri atau mempengaruhi
kegiatan badan yang lain. Kedua dua aspek ini diakui oleh pencipta pencipta pelembagaan
Amerika Syarikat. Menurut Montesquieu lagi dengan pengasingan kuasa, ketiga tiga badan akan
mempunyai kuasa setimpal dengan badan yang lain.
Oleh yang demikian keadilan di Negara dapat di kecapi bersama.jika tidak, pemerintah
akan menjadi kucar-kacir dan kemudian menjadi lumpuh.beliau juga berpendapat,hanya dengan
perasingan kuasa kemutlakkan kuasa pemerintahan dan kezaliman dapat di bending.nyata
sekali,doktrin ini seperti yang di gariskan oleh Montesquieu membayangkan keadaan yang ideal.
DEMOKRASI
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan adalah ditentukan olehrakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal
sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negaraatau kerajaan yang
mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan
seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir
pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan
yang bebas dari kehendak rakyat).
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem
ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau
Eksekutif.Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara
Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,
seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-
perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan
institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-
raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran
Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara
dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan
tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .
Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat
Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.Parlimen Persekutuan mengandungi Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan
Parlimen.Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk
memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam
satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan
sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan
bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.Parlimen Persekutuan
merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih
dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya
selepas Pilihanraya Umum.Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya
dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi
memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil
bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
PARLIMEN
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-
undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.Parlimen meluluskan undang-undang
persekutuan,membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-
dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang
baru.Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara
nasional.Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan
dengan lebih berkesan,Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian
yang dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” di dalam dewan. Keistimewaan ini terpakai
bagi kedua-dua dewan secara keseluruhannya dan untuk ahli-ahli Parlimen secara
individu.Kedua-dua dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing,mempuyai kuasa
mutlak atas prosiding masing-masing dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-
mana mahkamah dan dewan boleh mengenakan hukumn ke atas pelanggaraan hak keistimewaan
atau “contempt” di dalam dewan tersebut.Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan
mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam
dewan , dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi dewan itu.
Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Sebagai satu badan perundangan,
Parlimen terdiri daripada Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat(dianggotai oleh ahi-ahli yang
dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan
ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong).Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima
tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong.Parlimen Malaysia
terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Tugas utama Dewan
Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menentukan belanjawan Negara dan
mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.
DEWAN NEGARA
Tugas utamanya ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan
oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan
umum.Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan,Dewan Negara tidak mempunyai kuasa
menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang
telah diluluskan oleh Dewan Rakyat seblum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk
diperkenankan, contohnya Rang Undang Undang Kewangan.Tempoh penangguhan oleh Dewan
Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.Menurut
Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang
dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas
dan juga wakil kaum minority seperti wakil orang asli.Dalam perlantikan tersebut Yang Di
Pertuan Agong akan mengikut nasihant Perdana Menteri.Manakal 29 orang anggota yang dipilih
oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri,2 orang daripada Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan.Seseorang yang dilantik
sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh
perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.
KEMPEN
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen,
seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh
dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam
sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai
kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-
pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini
dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang
wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang
wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan
ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan
umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-
peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi
memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-
petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti
dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-
calon dan petugas-petugas parti.
WAKIL RAKYAT
Wakil rakyat adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil
penduduk di kawasan pilihan rayanya (constituency). Mereka mempunyai tanggungjawab yang
penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta
berperanan dalam penggubalan undang-undang.Seseorang wakil rakyat mungkin seorang Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen. Wakil rakyat menjadi jurucakap rakyat
yang diwakilinya dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan
Rakyat (di Parlimen).
Gelaran bagi seseorang wakil rakyat ialah Yang Berhormat atau "YB", yakni sama
seperti senator juga. Suatu ketika dahulu terdapat kecenderungan untuk menterjemahkan
maksud YB daripada Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat. Namun setakat mana kejayaan
usaha tersebut tidak dapat dipastikan.Pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, sebanyak 222
kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan di seluruh negara
(tidak termasuk Sarawak yang mengadakan pilihan raya kerajaan negerinya secara berasingan).
Hal ini bermakna selepas keputusan pilihan raya tersebut diketahui, Malaysia akan mempunyai
727 orang wakil rakyat baru (tidak termasuk Sarawak yang mempunyai 71 kerusi dewan
undangan negeri).
Mengikut definasi, wakil-wakil rakyat sama-ada untuk kerusi Parlimen atau kerusi
Dewan Undangan Negeri di pilih oleh rakyat dalam satu latihan demokrasi menjelang
pilihanraya umum yang diadakan 5 tahun sekali.Bila kita memilih wakil rakyat, kita sebenarnya
memilih seorang pemimpin yang dapat mewakili kita di dalam menyuarakan keperluan kita
kepada kerajaan yang merupakan suara kita di dalam pentadbiran politik. Wakil rakyat perlu
mempunyai kebolehan serta keterampilan yang boleh menjalankan tugasan pentabiran masaalah
kita untuk diketengahkan kepada Dewan Negeri atau Parlimen. Kita memilih wakil rakyat bukan
memilih parti politik. Tetapi wakil rakyat perlukan sokongan parti, yang dapat membantu wakil
rakyat dari segi sokongan jentera sumber manusia serta “networking” yang membolehkan wakil
rakyat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan.
Antara ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada kepada wakil rakyat adalah: Wakil rakyat
perlu memahami keperluan asas penduduk setempat. Perlu faham kaedah analisa SWOT...dalam
menilai kawasan DUN atau Parlimen masing-masing. SWOT Analysis mengambil pendekatan
memahami setiapa S – Strgenth / Kekuatan / W – weakness / kelemahan / O- Oppurtunity /
Peluang dan T-Threat – Ancaman di kawasan masing-masing. Wakil rakyat perlu menpunyai
sistem maklum balas yang cekap di dalam menguruskan kawasan masing-masing. Wakil rakyat
haruslah mempunyai PR – Public Relations dengan seluruh penduduk yang berbilang bangsa dan
harus ada EMPHATY iaitu sifat dapat menjiwai hasrat rakyat yang mereka wakili. Wakil rakyat
sepatutnya kurang berpidato tetapi harus cekap dalam urusan pentadbiran di dalam
menyelesaikan semua masaalah rakyat dengan cara yang sistematik dan pragmatic. Wakil rakyat
perlu arif di dalam menstrukturkan suasana serta perlu jelas dengan segala perancangan yang
bakal ditunaikan bagai membawa pembahruan kepada kawasan-kawasan yang mereka
wakili. Wakil rakyat bertindak sebagai peace maker di dalam menyatukan rakyat dan mengawasi
keseluruhan kelakuan rakyat di kawasan yang diwakili dengan sering member maklumat-
maklumat yang membantu rakyat memahami segala perancangan kerajaan untuk mereka.Wakil
rakyat harus menerangkan segala dasar-dasar serta polisi-polisi kerajaan kepada rakyat di
kawasan yang diwakili bagi mengelakkan segala salah faham yang mungkin berlaku hasil
daripada ketiadaan maklumat yang mencukupi atau maklumat tidak sampai kepada rakyat
disebabkan jaluran perhubungan terputus antara rakyat dan pentadbiran kerajaan.
Wakil rakyat yang dipilih haruslah disokong oleh kerajaan yang memerintah bagi
memudahkan wakil rakyat mendapatkan bantuan kerajaan memerintah untuk perkara-perkara
yang melibatkan pembangunan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.Wakil rakyat
perlu ada tanggapan social yang jelas di mana beliau amat memahami segala kehendak serta
aspirasi rakyat di kawasan yang diwakilinya.Wakil rakyat perlu mempunyai tahap kecerdasan
yang tinggi di mana kelulusan akademik yang bersesuaian perlu ada bagi tujuan memudahkan
wakil rakyat menjalankan tugas memahami tanggung jawap sebagai seorang pemimpin,
mengeluarkan idea-idea yang bernas di dalam menangani masaalah-masaalah rakyat serta
berkebolehan mencetuskan satu revolusi pemikiran rakyat yang mampu mendidik rakyat
memahami segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang
diwakili.
Wakil rakyat perlu mempunyai emosional yang stabil serta tidak boleh mempunyai
kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat. Perjuangan wakil rakyat adalah perjuangan
rakyat bukan perjuangan peribadi atau perjuangan kekeluargaan. Wakil rakyat perlu
berwawasan. Wawasan tersebut perlu kepada tenaga untuk direalisasikan dan dari tenaga dating
keupayaan untuk melaksanakan apa sahaja yang dijanjikan. Wakil rakyat juga perlu memainkan
peranan di dalam melaksanakan lima peranan utama seorang wakil rakyat iaitu :
1. Peranan dalam aspek politik
2. Peranan dalam aspek pembangunan
3. Peranan dalam aspek sosio-ekonomi
4. Peranan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi
5. Peranan dalam aspek kemasyarakatan dan agama
PERANAN WAKIL RAKYAT
Semua wakil rakyat di Malaysia mewakili parti politik tertentu dalam dewan
perundangan.Sebagai pemimpin komuniti,negeri dan kebangsaan,wakil rakyat mempunyai
peranan penting kepada parti yang diwakilinya dan masyarakat Malaysia.Namun,wujud pelbagai
isu dan masalah dalam parti yang boleh menjejaskan pencapaian dan prestasi parti dalam pilihan
raya.Wakil rakyat mempunyai tanggungjawab besar dalam menyelesaikan konflik dalaman dan
berkemampuan untuk membawa kejayaan kepada parti yang dipimpinnya.
Berhubung perkara itu,suatu kajian tinjauan telah dijalankan menggunakan soal selidik
untuk mendapat maklumbalas daripada responden.Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah
persampelan bertujuan melibatkan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Hasil kajian
mendapati masalah yang berlaku dalam parti adalah disebabkan oleh persaingan jawatan parti
yang cenderung membawa kepada isu politik wang dan konflik kempipimpinan.
Wakil rakyat juga menghadapi masalah apabila ada segelintir ahli dan wakil rakyat
bertindak keluar parti,di samping saingan sengit daripada parti lawan.Sebagai pemimpin
parti,wakil rakyat mempunyai tanggungjawab yang besar kepada parti seperti yang disarankan
oleh Stilborn(2002) untuk menangani cabaran-cabaran tersebut.Jika isu dan masalah tersebut
gagal ditangani,ia boleh membawa kesan buruk kepada parti dan wakil rakyat itu sendiri dalam
pilihan raya akan dating.Jadi,kemampuan menyelesaikan isu dan cabaran dalam parti
menunjukkan kualiti.
Dalam sistem demokrasi berparlimen,peranan wakil rakyat tidak hanya dalam Parlimen
dan Kabinet.Dalam konteks politik kepartian,lazimnya peranan wakil rakyat dal kedua-dua
institusi politik ini dibayangi oleh kedudukannya dalam parti politik.Dalam Parlimen,wakil
rakyat bukan sahaja mewakili suara rakyat yang telah memilihnya,tetapi turut mewakili
kepentingan parti politik yang disertainya.Dalam parti politik,wakil rakyat mempunyai peranan
dan tanggungjawab yang sangat besar.Antaranya mengekalkan kepercayaan dan sokongan rakyat
kepada parti berterusan,di samping meningkatkan prestasi parti dalam pilihan raya sehingga
mampu membentuk kerajaan
.Semua matlamat politik itu tidak dapat dicapai tanpa sokongan rakyat.Jadi,diktum
demokrasi adalah berpewakilan.Diatas prinsip inilah wakil rakyat mempunyai tanggungjawab
kepada komuniti yang telah diwakilinya.Merekalah yang berperanan memastikan wakil rakyat
itu boleh kekal dalam pilihan raya akan datang atau sebaliknya.Justeru itu,wakil rakyat perlu
memastikan kualiti dan prestasio perkhidmatan adalah memuaskan,disamping daya
kempimpinan yang dinamik demi memenuhi kehendak rakyat kerana ia menjamin masa depan
politik wakil rakyat tersebut kemahiran kepimpinan yang dimiliki wakil rakyat
Apabila selesainya majlis angkat sumpah dan perasmian Majlis Parlimen oleh Yang Di
Pertuan Agong,maka bermulalah urusan Parlimen(Dewan Rakyat dan Dewan Negara) yang
menjadi medan perbahasan di kalangan wakil rakyat sama ada Barisan Nasional(BN) ataupun
pembangkang (merujuk kepada Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan).Persoalannya,apakah
peranan dan tugas ahli Parlimen? Ringkasnya,apabila membincangkan mengenai peranan dan
tugas wakil rakyat,ia sebenrnya menyentuh mengenai peranan Parlimen itu sendiri.
Apabila selesainya majlis angkat sumpah dan perasmian Majlis Parlimen oleh Yang di-
Pertuan agong, maka bermulalah urusan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) yang
menjadi medan perbahasan di kalangan wakil rakyat sama ada di pihak Barisan Nasional (BN)
ataupun pembangkang (merujuk kepada Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan).Persoalannya,
apakah peranan dan tugas ahli Parlimen? Ringkasnya, apabila membincangkan mengenai
peranan dan tugas wakil rakyat, ia sebenarnya menyentuh mengenai peranan Parlimen itu
sendiri.Dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia yang mengamalkan doktrin percantuman
kuasa seperti yang diamalkan oleh Britian dan negara-negara Komanwel, ia mewujudkan suatu
keadaan yang mana wakil rakyat itu mempunyai dua peranan dalam satu masa yang sama.
Peranan sebagai anggota Parlimen dan peranan sebagai anggota Kabinet. Situasi ini ada
baik dan buruknya dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.Bagaimanapun, Jemaah
Menteri atau Kabinet adalah bertanggungjawab kepada Parlimen (Perkara 43(4) Perlembagaan).
Dalam hal ini, kedudukan Parlimen itu lebih tinggi daripada Kabinet - dari segi
teorinya.Persoalannya, antara Kabinet dan Parlimen yang manakah lebih dominan? Jika dari segi
praktiknya, tentulah Kabinet yang lebih dominan dalam doktrin percantuman kuasa.Wakil rakyat
yang menganggotai Kabinet akan kembali bersuara di Parlimen untuk membincangkan selain
daripada rang undang-undang, tetapi juga mengenai dasar-dasar pentadbiran.Parlimen hanya
bertindak sebagai pengecap mohor kepada usul yang telah dikemukakan oleh ahli Kabinet di
Parlimen.
Justeru itu, dalam konteks demokrasi berparlimen maka amat mustahak untuk parti
pemerintah memperolehi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen bagi memastikan mudah untuk
mereka membuat keputusan dan meminda Perlembagaan.Namun, peranan wakil rakyat masa kini
semakin luas dan bertambah berat. Ia bukan lagi menyentuh peranan mereka di Parlimen atau
DUN semata-mata, tetapi mereka juga berperanan sebagai ahli Kabinet atau ahli Exco Kerajaan
Negeri.Selain itu, wakil rakyat juga turut mempunyai atau menyandang pelbagai jawatan di
peringkat parti masing-masing.Ada pula wakil rakyat yang berperanan di peringkat antarabangsa
seperti Perdana Menteri pernah menjadi Pengerusi OIC dan NAM. Malah, dalam PBT (sebagai
Ahli Majlis) pun ada yang dilantik di kalangan wakil rakyat.Ini menunjukkan bahawa wakil
rakyat di Malaysia berperanan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.Apa yang
penting wakil rakyat dapat memberikan khidmat dengan cemerlang, berkualiti dan menjaga
integriti mereka sebagai perwakilan yang lebih dikenali sebagai Yang Berhormat atau YB.
Sebelum ini, tidak banyak pihak mengambil berat tentang kehadiran wakil rakyat di
Dewan Rakyat (Parlimen) sehinggalah Barisan Nasional (BN) mengalami detik cemas semasa
proses meluluskan Bajet 2010.Kegagalan ahli Parlimen BN menghadirkan diri menyebabkan
hanya 66 undi menyokong berbanding dengan 63 undi pembangkang menolaknya. Selepas itu,
barulah pelbagai macam suara, kritikan, cadangan dan tidak kurang pula yang mahu wakil rakyat
BN yang terlibat diambil tindakan tegas.
Bermula dari situ, lebih banyak pihak menyalahkan wakil rakyat kerana tidak hadir
dalam sesi perbahasan tersebut. Apa yang sering diperdebatkan dan diwar-warkan di media
massa lebih kepada mencari jalan untuk 'mendenda' wakil rakyat yang ponteng dan bagaimana
'memaksa' mereka hadir. Sebaliknya, amat kurang pihak cuba memahami peranan wakil rakyat
dalam sistem demokrasi berparlimen dan kaitannya dengan kaedah simple majority yang
diamalkan di negara ini.Dalam sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya merupakan kaedah
pemilihan pemimpin dan seterusnya pembentukan kerajaan. Dalam hal ini, kaedah simple
majority digunakan dalam dua keadaan
. Pertama, digunakan untuk mengira undi bagi menentukan calon yang akan memenangi
kerusi yang dipertandingkan walaupun hanya dengan kelebihan satu undi. Mandat yang
diperoleh itu adalah amanah rakyat dan wakil rakyat perlu memikul tanggungjawab sebagai
perwakilan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sebaik-baiknya.Kedua,
kaedah simple majority digunakan dalam menentukan parti mana yang boleh menubuhkan
kerajaan. Ini boleh dilihat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12. Walaupun BN gagal
memperoleh majoriti dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen, namun ia berhak menubuhkan
kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan yang memiliki majoriti kecil tidak kukuh. Jika ada wakil
rakyat melompat parti atau tidak lagi menyatakan sokongan, kerajaan itu akan hilang majoriti
dan perlu ditukar.
Selain membahaskan usul dan rang undang-undang di Parlimen atau DUN, peranan wakil
rakyat adalah menubuhkan kerajaan. Peranan itu perlu diterima oleh semua individu khususnya
dalam sistem demokrasi. Wakil rakyat juga berperanan sebagai wakil kerajaan walaupun tidak
memegang jawatan dalam Kabinet.Adakalanya mereka akan dipanggil untuk menjadi duta ke
luar negara dan wakil kerajaan dalam mana-mana persidangan. Justeru itu, peranan wakil rakyat
semakin bertambah dan tidak lagi terhad di Parlimen atau DUN sahaja, bahkan mereka juga
terlibat dalam soal pentadbiran atau dalam bidang kuasa eksekutif. Ini ada hubungkait dengan
doktrin percantuman kuasa yang diamalkan dalam sistem demokrasi berparlimen.
Bertitik tolak daripada pendekatan simple majority kepada doktrin percantuman kuasa, ia
masih tidak mampu untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang peranan wakil rakyat
dalam sistem demokrasi berparlimen.Jika peranan wakil rakyat hanya sekadar di Parlimen atau
memegang jawatan eksekutif (Kabinet), ia senang difahami. Tetapi, adakalanya wujud persepsi
dan perspektif berbeza mengenai peranan wakil rakyat. Bagi rakyat, peranan dan tugas wakil
rakyat hendaklah sentiasa bersama rakyat.Mereka perlu datang meninjau sendiri apa masalah
yang dialami oleh rakyat. Sedia menghulurkan bantuan bukan sekadar tenaga, tetapi wang
ringgit. Wakil rakyat perlu sanggup bersama-sama rakyat misalnya menghadiri majlis kenduri
kendara, keramaian, kematian, dan sebagainya. Adakah itu tugas wakil rakyat? Adakah itu akan
dijadikan ukuran oleh kerajaan untuk menentukan tahap pencapaian atau KPI wakil rakyat?
Hakikatnya, itu bukan tugas dan peranan wakil rakyat. Semua itu sekadar kerelaan mereka untuk
bersama rakyat dan menyelami apa yang dialami oleh masyarakat. Peranan wakil rakyat adalah
membahas, membincang dan menyuarakan apa yang berlaku dalam masyarakat di Parlimen atau
DUN, selain menyokong dan meluluskan rang undang-undang dan dasar yang dibentangkan.
RUJUKAN
1.Buku/majalah/artikel
Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang(2010),Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa,Majalah Pemikir,Universiti Utara Malaysia.
2.Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi
http://sukosenseipa.blogspot.com/2010/11/pentadbiran-persekutuan-jentera.html
http://pasns.blogspot.com/2012/09/apakah-tugas-serta-tanggungjawab.html
http://notaanda.blogspot.com/2010/03/apa-itu-parlimen.html
Top Related