2
PERATURAN AKADEMIK PENGAJIAN SISWAZAH
(Telah diluluskan Mesyuarat Senat Bil 1/2011/2012 pada 6 September 2011)
Pindaan Mesyuarat Senat Bil 1/2018/2019 pada 19 September 2018
Perkara 1 Nama dan Objektif Peraturan
(a) Nama Peraturan
Peraturan ini dinamakan Peraturan Akademik Pengajian Siswazah
Universiti Teknologi Malaysia.
Peraturan ini digunapakai bagi semua pelajar yang mendaftar dalam
program pengajian siswazah di peringkat ijazah kedoktoran, ijazah sarjana,
diploma pasca ijazah dan sijil pasca ijazah.
(b) Objektif Peraturan
Objektif Peraturan ini adalah:
(i) Menyediakan garis panduan bagi fakulti merancang dan
melaksanakan program pengajian siswazah peringkat ijazah
kedoktoran, ijazah sarjana, diploma pasca ijazah dan sijil pasca
ijazah yang inovatif dan berkualiti,
(ii) Menyediakan panduan bagi pelajar merancang dan mengikuti
pengajian siswazah di UTM.
Perkara 2 Takrif
Terminologi dalam Buku Peraturan Akademik ini digunakan mengikut maksud
takrifan berikut:
“Cross Campus” bermaksud program luar kampus yang memberi peluang
kepada pelajar untuk mendapat pengalaman dan boleh diberikan perpindahan
kredit. Pelajar yang terpilih untuk mengikuti program ini akan diletakkan di
universiti/institusi lain yang terlibat selama satu semester.
Calon Pelajar ertinya seseorang yang ditawarkan untuk mengikuti mana-mana
program pengajian siswazah tetapi belum membuat pendaftaran program.
Diploma ertinya anugerah yang diberi oleh Universiti kepada pelajar yang
memenuhi syarat pengajian peringkat diploma pasca ijazah.
Diploma Pasca Ijazah ialah diploma yang dianugerahkan kepada pelajar yang
berjaya dalam program Diploma Pasca Ijazah atau setaraf.
3
Disertasi ertinya karya akademik yang dikemukakan oleh pelajar bagi
memenuhi sebahagian daripada syarat keperluan penganugerahan ijazah bagi
pengajian siswazah Jenis Kerja Kursus dan Penyelidikan.
Fakulti ertinya mana-mana fakulti di Universiti termasuk Pusat Pengajian.
GG ertinya gred keputusan “Gagal” bagi penilaian penyelidikan.
Graduate-On-Time (GOT) bermaksud siswazah menamatkan pengajian dalam
tempoh lazim.
Hadir Sahaja (HS) ertinya status pendaftaran kursus yang dinilai berdasarkan
kehadiran sahaja. Rekod pendaftaran kursus ini dicatat di dalam transkrip
sekiranya kehadiran pelajar sekurang-kurangnya 80% dari jam pertemuan.
Hadir Wajib (HW) ertinya status pendaftaran kursus yang ditetapkan oleh
fakulti dan dinilai melalui sistem penilaian lazim. Gred keputusan penilaian
diberi sebagai Hadir Lulus (HL) atau Hadir Gagal (HG). Kredit bagi kursus
HW dimasukkan dalam Kredit Dapat tetapi tidak diambil kira dalam Kredit
Kira. Pelajar yang gagal dalam kursus Hadir Wajib perlu menebus kursus
tersebut.
Ijazah Anumerta merupakan penganugerahan ijazah selepas kematian pelajar
semasa berada dalam pengajian.
Ijazah Berganda ertinya ijazah yang dianugerah kepada pelajar yang memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Berganda sebagaimana dipersetujui antara
Universiti dengan universiti lain.
Ijazah ertinya anugerah yang diberi oleh Universiti kepada pelajar yang
memenuhi syarat pengajian peringkat sarjana atau kedoktoran atau yang setaraf
dengannya.
Ijazah Kedoktoran ialah ijazah yang dianugerahkan kepada pelajar yang
berjaya dalam program Doktor Falsafah atau setaraf.
Ijazah Sarjana ialah ijazah yang dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya
dalam program Sarjana atau setaraf.
Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah Universiti (JAPSU) ertinya
jawatankuasa yang ditubuhkan di Sekolah Pengajian Siswazah untuk
menyelaras hal ehwal akademik dan peperiksaan pengajian siswazah.
Jawatankuasa Pengajian Siswazah (JKPS) ertinya jawatankuasa yang
ditubuhkan di fakulti untuk merancang dan mengawal selia program pengajian
siswazah serta memperakukan keputusan peperiksaan pengajian siswazah
peringkat fakulti kepada JKTS.
4
Jawatankuasa Tetap Senat Peperiksaan & Pengijazahan (JKTS (P&P) ertinya
jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Senat Universiti untuk membincang dan
memperakukan kepada Senat tentang keputusan peperiksaan pengajian
siswazah termasuk kes rayuan pelajar.
Jenis Pengajian ertinya tiga jenis pengajian yang ditawarkan di peringkat
pengajian siswazah iaitu:
i. Kerja Kursus,
ii. Kerja Kursus dan Penyelidikan, dan
iii. Penyelidikan.
Jenis Pengajian Kerja Kursus ertinya kaedah pelaksanaan sesuatu program
pengajian siswazah yang memerlukan pelajar mengikuti kuliah dan/atau
menjalani latihan akademik yang berbentuk tugasan, projek dan seumpamanya.
Jenis Pengajian Kerja Kursus dan Penyelidikan ertinya pengajian siswazah
yang dilaksanakan secara gabungan kerja kursus dan penyelidikan.
Penyelidikan lazimnya dilaksanakan setelah pelajar berjaya menyelesaikan
semua komponen kerja kursus yang ditetapkan dalam kurikulum program
pengajian.
Jenis Pengajian Penyelidikan merujuk kepada pengajian siswazah yang dilaksanakan secara penyelidikan.
Kedudukan Baik (KB) ertinya kedudukan pencapaian akademik pengajian
siswazah yang dicapai oleh pelajar apabila mendapat keputusan PNGK ≥ 3.00
bagi Kerja Kursus atau keputusan “Memuaskan” (MM) bagi Penyelidikan.
Kedudukan Bersyarat (KS) ertinya kedudukan pencapaian akademik pengajian
siswazah yang dicapai oleh pelajar apabila mendapat keputusan 2.67 ≤ PNGK
< 3.00 bagi Kerja Kursus atau keputusan “Tidak Memuaskan” (TM) bagi
Penyelidikan.
Kedudukan Gagal (KG) ertinya kedudukan pencapaian akademik pengajian
siswazah yang dicapai oleh pelajar apabila mendapat keputusan PNGK ≤ 2.67
bagi Kerja Kursus atau keputusan “Gagal” (GG) atau dua kali TM (Tidak
Memuaskan) berturut-turut bagi Penyelidikan.
Kedudukan Gagal Daftar Semula (KGDS) ertinya kedudukan pencapaian
akademik pengajian siswazah yang dicapai oleh pelajar apabila mendapat
keputusan KG pada semester SATU (1) dan diberi peluang untuk mendaftar
semula.
Kredit Anugerah ertinya jumlah kredit yang ditetapkan dalam kurikulum
program pengajian dan perlu diperolehi oleh pelajar sebagai syarat
penganugerahan.
Kredit Dapat ertinya kredit yang diperolehi bagi kursus yang lulus.
5
Kredit Kira ertinya kredit yang diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.
Kredit merujuk kepada jumlah jam pembelajaran yang diperlukan pelajar
untuk mencapai hasil pembelajaran kursus atau program yang meliputi
interaksi dalam kelas, latihan praktikal dan makmal atau kerja lapangan serta
pembelajaran kendiri dan persiapan untuk peperiksaan dan sebagainya. Satu
kredit bersamaan dengan 40 Jam Pembelajaran Pelajar (JPP).
Kursus bermaksud mata pelajaran yang ditawarkan oleh Universiti dan boleh
terdiri daripada satu atau lebih modul.
Kursus Elektif Bebas ertinya kursus yang boleh diambil oleh pelajar pasca
siswazah UTM yang ditawarkan oleh mana-mana Universiti atau Institusi
Pengajian Tinggi yang diiktiraf.
Kursus Pra-syarat ertinya kursus yang mesti diambil bagi memenuhi keperluan
berikut:
i. Syarat Kemasukan
Kursus pra-syarat tersebut mesti diambil dan lulus sebelum pelajar
dibenarkan mendaftar program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar;
ATAU
ii. Syarat Penganugerahan Sesuatu Ijazah
Kursus tersebut mestilah diikuti dan lulus sebelum pelajar boleh
dianugerahkan ijazah;
ATAU
iii. Pra-syarat bagi Kursus Lain.
Kursus pra-syarat ini mestilah diikuti dan lulus sebelum pelajar
dibenarkan mendaftar kursus yang memerlukan pra-syarat berkenaan.
Kursus Wajib Universiti ertinya kursus yang mesti diambil oleh semua pelajar
pasca siswazah UTM dari senarai yang ditawarkan oleh mana-mana fakulti
atau bahagian akademik Universiti.
Kursus/Program Pra-syarat ertinya program pengajian untuk memenuhi syarat
kemasukan ke program pengajian siswazah.
Laporan Projek Sarjana ertinya satu karya akademik yang dikemukakan oleh
pelajar bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana yang mengikuti pengajian Kerja Kursus.
6
MM ertinya gred keputusan “Memuaskan” bagi penilaia n penyelidikan.
Modul ertinya unit atau komponen kursus yang berasingan yang dilaksanakan
secara berterusan hingga selesai.
Modular ertinya satu bentuk pelaksanaan program pengajian siswazah secara
bermodul. Setiap kursus boleh terdiri daripada satu atau lebih modul.
MOOC (Massive Open Online Course) merupakan pembelajaran dimana akses
terhadap kursus yang ditawarkan adalah secara terbuka dan atas talian.
Penawaran kursus MOOC adalah secara besar-besaran yang merangkumi
sehingga ratusan ribu pelajar dalam satu-satu masa. Kursus-kursus yang
dijalankan juga tidak terikat dengan masa, dimana setiap pelajar boleh
mengakses pendidikan dimana-mana tanpa mengira jurang waktu dan tempat.
Panel Penyelia ertinya satu jawatankuasa tiga (3) orang ahli atau lebih yang
dipengerusikan Staf Akademik Siswazah yang dilantik oleh fakulti atau
Universiti untuk menyelia dan menilai kemajuan projek sarjana / disertasi/
tesis pelajar.
Panel Peperiksaan Lisan ertinya satu jawatankuasa yang dilantik oleh
Universiti untuk melaksanakan peperiksaan lisan program pengajian peringkat
sarjana secara penyelidikan atau kedoktoran.
Pelajar ertinya individu yang telah mendaftar untuk mengikuti program
pengajian siswazah.
Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh adalah peruntukan pembelajaran yang
fleksibel dari segi akses dan pelbagai mod pemerolehan pengetahuan.
Pemeriksa Dalam ertinya Staf Akademik Siswazah yang dilantik oleh fakulti
atau Universiti untuk memeriksa disertasi/tesis program pengajian peringkat
sarjana atau kedoktoran dan juga ahli Panel Peperiksaan Lisan.
Pemeriksa Luar ertinya seorang pakar dari luar Universiti yang dilantik oleh
Universiti untuk memeriksa disertasi/tesis pelajar program pengajian peringkat
sarjana atau kedoktoran.
Pemeriksa Tesis ertinya seseorang yang mempunyai kelayakan atau kepakaran
tertentu, dilantik oleh fakulti atau Universiti untuk menilai tesis atau disertasi.
Penganugerahan Bersama ertinya penganugerahan ijazah yang diberi secara
bersama oleh Universiti dan universiti dalam atau luar negara kepada pelajar
yang telah memenuhi syarat penganugerahan bersama tersebut.
Pengerusi Sekolah bermaksud ketua bagi sekolah yang bernaung di bawah
fakulti kecuali Sekolah Pengajian Siswazah (SPS).
7
Penilaian Kelayakan ertinya penilaian yang ditentukan oleh Universiti untuk
menentukan kelayakan atau tahap pencapaian akademik calon pelajar untuk
kemasukan ke program pengajian siswazah.
Penyelia Bersama ertinya individu yang dilantik oleh fakulti atau Universiti
bersama-sama dengan Penyelia Utama untuk menyelia pelajar pengajian secara
penyelidikan. Penyelia Bersama boleh dilantik di kalangan pakar dari dalam
atau luar Universiti.
Penyelia ertinya Staf Akademik yang dilantik oleh fakulti atau Universiti untuk
menyelia projek sarjana/disertasi/tesis pelajar.
Penyelia Industri merujuk kepada penyelia yang dilantik oleh pihak industri di
mana beliau menyediakan khidmat penyeliaan dan sokongan serta memastikan
adanya kemudahan atau peralatan yang sesuai yang boleh membantu
perkembangan penyelidikan pelajar selari dengan kehendak dan perancangan
syarikat atau organisasi.
Penyelia Utama ertinya Staf Akademik Siswazah yang dilantik oleh fakulti
atau Universiti untuk mengetuai penyeliaan pelajar pengajian secara
penyelidikan.
Penyeliaan jarak jauh adalah mod penyeliaan yang melibatkan pelajar
tempatan dan antarabangsa yang melaksanakan penyelidikan di luar kampus
UTM samada di dalam atau diluar negara.
Peperiksaan ertinya sebarang bentuk penilaian untuk mengukur pencapaian
akademik pelajar.
Peperiksaan khas ertinya peperiksaan yang layak diberikan kepada pelajar
yang tidak hadir peperiksaan akhir atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh
Universiti.
Peperiksaan Komprehensif ertinya peperiksaan untuk menilai pencapaian
akademik pelajar secara menyeluruh yang akan melayakkan pelajar memenuhi
syarat penganugerahan.
Peperiksaan Lisan (viva voce) ertinya satu sesi penilaian di mana pelajar
dikehendaki membentang dan mempertahankan disertasi/tesis kepada Panel
Peperiksaan Lisan.
Pindah Kredit bermaksud proses memindahkan kredit kursus yang telah
diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program lain yang membawa
kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan oleh institusi yang sama
atau institusi yang berbeza.
8
Pindah Kredit Dengan Gred bermaksud pemindahan kredit secara horizontal
bagi pelajar yang berada dalam sistem (pelajar yang masih dalam pengajian).
Kredit dikira dalam kredit bergraduat pelajar dan gred kursus diambil kira
dalam pengiraan purata nilai gred (PNG) dan purata nilai kumulatif (PNGK).
Pindah Kredit Horizontal bermaksud pemindahan kredit daripada satu program
ke program di tahap yang sama.
Pindah Kredit Tanpa Gred bermaksud pindah kredit secara vertikal atau
horizontal bagi pelajar yang telah keluar daripada sistem (pelajar yang telah
tamat pengajian) atau telah mencapai tahap kompetensi dalam kursus
berkenaan. Kredit kursus yang dipindahkan diambilkira dalam kredit graduat
tetapi gred kursus tidak diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.
Pindah Kredit Vertikal bermaksud pemindahan kredit dari peringkat rendah ke
peringkat lebih tinggi.
Plagiat ertinya penggunaan idea, perkataan kerja orang lain tanpa mengiktiraf
sumber asal.
PNG bermaksud Purata Mata Nilai Gred yang diperolehi bagi sesuatu
semester.
PNGK bermaksud Purata Mata Nilai Gred Kumulatif yang diperoleh bagi
semua semester yang telah diikuti.
Program Dual Ijazah bermaksud gabungan dua program pengajian daripada
bidang yang sama atau hampir sama yang melibatkan dua universiti yang
berbeza sama ada di dalam atau di luar negara. Pelajar akan menerima dua
ijazah yang berasingan daripada universiti yang bekerjasama selepas berjaya
memenuhi semua syarat-syarat penganugerahan kedua-dua universiti.
Program Dwi Ijazah adalah gabungan dua program pengajian daripada dua
bidang yang berbeza yang melibatkan dua universiti sama ada di dalam atau di
luar negara. Program ini boleh ditawarkan di peringkat UTM yang melibatkan
dua fakulti berbeza. Pelajar akan menerima dua ijazah yang berasingan selepas
berjaya memenuhi semua syarat-syarat penganugerahan kedua-dua universiti.
Program Eksekutif ertinya program pengajian yang ditawarkan khas bagi
memenuhi keperluan para eksekutif di sektor swasta dan kerajaan. Program
Eksekutif lazimnya dilaksanakan secara modular bagi memenuhi keperluan
kumpulan pelajar berkenaan.
Program Fast Track merujuk kepada program pengajian Doktor Falsafah yang
ditawarkan kepada calon yang bergraduan Ijazah Sarjana Muda yang
mempunyai PNGK 3.67 ke atas.
9
Program Ijazah Bersama bermaksud program pengajian yang dijalankan
secara kerjasama di antara UTM dan sebuah universiti luar atau dalam negara
yang membawa kepada satu skrol penganugerahan bersama yang dikeluarkan
dan ditandatangani oleh kedua-dua universiti.
Program Kerjasama merujuk kepada program pengajian siswazah yang
dilaksanakan secara kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, agensi
kerajaan atau swasta, dalam atau luar negara.
Program Khas adalah program yang dilaksanakan untuk memenuhi
permintaan khusus sesebuah organisasi atau institusi tersebut sahaja.
Program Luar ertinya program pengajian siswazah yang dikendalikan di luar
waktu pejabat atau di luar kampus universiti.
Program Luar Kampus Antarabangsa adalah program yang dijalankan diluar
negara dan juga memenuhi permintaan khusus bagi sesebuah organisasi.
Program Luar UTM adalah program pengajian pasca siswazah yang ditawar
secara modular dengan kadar yuran khas. Ianya merangkumi program pesisir,
program khas dan program luar kampus antarabangsa.
Program Mobiliti Pelajar adalah program dimana pelajar UTM boleh
mengikuti pengajian di institusi lain (Outbound mobility) dan/atau pelajar
institusi lain boleh mengikuti pengajian di UTM (Inbound mobility).
Program Perdana ertinya program pengajian siswazah lazim yang dilaksanakan
di kampus Universiti.
Program Pesisir adalah program yang dijalankan secara modular.
Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) ialah sebuah pusat yang mengurus dan
menyelaras program pengajian siswazah universiti.
Semester Lazim merangkumi 14 minggu pengkuliahan.
Semester Pendek merangkumi lapan (8) minggu perkuliahan dan ianya tidak
dikira dalam pengiraan tempoh pengajian.
Senat merujuk kepada Senat Universiti Teknologi Malaysia.
Sijil Pasca Ijazah ialah sijil yang dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya
dalam program Sijil Pasca Ijazah atau setaraf.
Staf Akademik ertinya tenaga pengajar yang dilantik mengikut skim
perkhidmatan seperti yang digunapakai oleh Universiti.
Staf Akademik Siswazah ertinya staf akademik yang mempunyai ijazah
kedoktoran atau sekurang-kurangnya berjawatan Profesor Madya.
10
Tempoh Lazim Pengajian adalah bilangan semester atau bilangan tahun di
mana pelajar biasanya menamatkan program pengajian yang diikuti.
Tempoh Pengajian ertinya bilangan semester atau tahun pelajar berdaftar.
Tesis ertinya suatu karya akademik yang dikemukakan oleh pelajar bagi
memenuhi syarat penganugerahan ijazah Jenis Pengajian Penyelidikan.
TM ertinya gred keputusan “Tidak Memuaskan” bagi pe nilaian penyelidikan.
UTM atau Universiti merujuk kepada Universiti Teknologi Malaysia.
Perkara 3 Syarat Kelayakan Masuk
(1) Calon perlu memenuhi syarat umum kemasukan UTM dan keperluan
khusus bagi program yang ingin diikuti.
(2) Keperluan umum kemasukan ke UTM adalah seperti berikut:
(a) Syarat minimum kemasukan Program Pengajian peringkat Sarjana atau
Diploma Lepas ijazah atau Sijil Lepas Ijazah ialah:
a) Ijazah Sarjana Muda dari UTM atau ijazah yang dikeluarkan oleh
institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat;
ATAU
b) Seseorang calon yang mempunyai kelayakan lebih rendah boleh
diberi pertimbangan jika dapat membuktikan latarbelakang
akademik yang mencukupi dan pengalaman yang sesuai. Calon
yang tidak mempunyai latarbelakang akademik dan pengalaman
dalam bidang tertentu, akan dikehendaki mengikuti program
pengajian dalam tempoh lebih panjang (merangkumi tahun
kelayakan) dan/atau lulus peperiksaan kelayakan sebelum
dibenarkan mendaftar atau meneruskan pengajian dalam program
berkenaan.
ATAU
(iii) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda di
UTM dan disahkan oleh fakulti boleh dipertimbangkan untuk
meneruskan pengajian mereka secara terus ke program pengajian
siswazah.
(b) Program Pengajian Peringkat Doktor Falsafah
(i) Ijazah Sarjana dari UTM atau dari mana-mana institusi pengajian
tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
ATAU
11
(ii) Seseorang calon yang mempunyai kelayakan lebih rendah boleh
diberi pertimbangan jika dapat membuktikan latarbelakang
akademik yang mencukupi dan boleh memperlihatkan
pengalaman yang sesuai. Calon yang tidak mempunyai
latarbelakang akademik dan pengalaman dalam bidang tertentu,
akan dikehendaki mengikuti program pengajian dalam tempoh
lebih panjang (merangkumi tahun kelayakan) dan/atau lulus
peperiksaan kelayakan sebelum dibenarkan mendaftar atau
meneruskan pengajian dalam program berkenaan.
ATAU
(iii) Sedang mengikuti program Sarjana di UTM dengan kelulusan
Senat.
(iv) Calon pelajar yang mempunyai kelayakan ijazah Sarjana Muda
Kepujian dengan PNGK ≥ 3.67 dari UTM atau setara dengannya
boleh dipertimbangkan untuk kemasukan terus ke program
Doktor Falsafah.
(v) Keputusan membenarkan calon dengan kelayakan ijazah Sarjana
Muda Kepujian dengan PNGK ≥ 3.67 terus mendaftar ke program
Doktor Falsafah adalah tertakluk kepada:
(i) Calon mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam
Projek Tahun Akhir. Sebaiknya calon meneruskan
penyelidikan dalam bidang yang sama di peringkat Doktor
Falsafah dengan bidang yang telah diikuti semasa
menjalankan penyelidikan dalam Projek Tahun Akhir; dan
(ii) Keputusan untuk menerima seseorang calon adalah tertakluk
kepada persetujuan fakulti/sekolah berkenaan.
(c) Program Ijazah Kedoktoran Berasaskan Profesion
(i) Ijazah Sarjana dari UTM atau dari mana-mana institusi pengajian
tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
ATAU
(ii) Seseorang calon yang mempunyai kelayakan lebih rendah boleh
diberi pertimbangan jika dapat membuktikan latarbelakang
akademik yang mencukupi dan boleh memperlihatkan
pengalaman yang sesuai. Calon yang tidak mempunyai
latarbelakang akademik dan pengalaman dalam bidang tertentu,
akan dikehendaki mengikuti program pengajian dalam tempoh
lebih panjang (merangkumi tahun kelayakan) dan/atau lulus
peperiksaan kelayakan sebelum dibenarkan mendaftar atau
meneruskan pengajian dalam program berkenaan.
12
ATAU
(iii) Sedang mengikuti program Sarjana di UTM dan kelulusan Senat.
ATAU
(iv) Ijazah Sarjana Muda dari UTM, atau institusi pengajian tinggi
lain yang diiktiraf oleh Senat;
(3) Calon yang tidak memenuhi syarat minimum bagi program yang dipohon
boleh ditawarkan kemasukan ke program untuk kelayakan lebih rendah atau
program lain. Berasaskan kemajuan memuaskan beliau boleh
dipertimbangkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
(4) Pengesahan setiap kelayakan akademik yang diperolehi sebelum kemasukan
boleh dilaksanakan samada semasa proses kemasukan atau selepas
enrolmen sebagai pelajar. Antaranya, pemohon/pelajar boleh dikehendaki
membuktikan pengesahan kelayakan akademik beliau. UTM berhak
menolak kemasukan atau diberhentikan sekiranya pengesahan yang jelas
dan lengkap tidak dikemukakan atau terdapat pengakuan palsu.
(5) Syarat Kelayakan Bahasa Inggeris
Calon pelajar luar negara perlu mempunyai kelayakan minimum bahasa
Inggeris Test of English as a Foreign Language (TOEFL) skor 550 atau
International English Language Test System (IELTS) band 6.0 atau
Malaysian Universities English Test (MUET) band 4.0. Pengecualian boleh
diberi kepada calon luar negara yang berasal dari negara yang bahasa
ibundanya Bahasa Inggeris atau mempunyai kelulusan dari negara tersebut.
Calon yang tidak mempunyai salah satu daripada kelayakan tersebut
dikehendaki mengambil Ujian Bahasa Inggeris Universiti sebelum
mendaftar program pengajian. Jika gagal, calon dikehendaki mengikuti
Program Intensif Bahasa Inggeris dan lulus sebelum dibenar meneruskan
program pengajian masing-masing.
(6) Pengecualian syarat Bahasa Inggeris diberikan kepada calon dari negara
serumpun dari Indonesia, Brunei, dan negara lain yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan syarat:
i. Mendaftar sebagai pelajar penyelidikan sepenuhnya dan
ii. Menulis tesis dalam Bahasa Melayu dengan kelulusan penyelia
(7) Pengecualian syarat Bahasa Inggeris diberikan juga kepada calon Akademi
Tamadun Islam (ATI) dengan syarat:
i. Mendaftar sebagai pelajar penyelidikan sepenuhnya dan
ii. Menulis tesis dalam Bahasa Arab dengan kelulusan penyelia
13
Perkara 4 Permohonan dan Penawaran Program Pengajian
(1) Proses Permohonan
(a) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang ditetapkan oleh
UTM ;
(b) Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang
ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
(2) Penawaran Program Pengajian
Penawaran dan pelaksanaan sesuatu program pengajian mengambilkira
bilangan calon pelajar yang akan mendaftar.
Perkara 5 Pendaftaran Program
(1) Calon pelajar dimestikan mendaftar program pengajian dan memenuhi
syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran.
(2) Calon pelajar boleh memohon untuk menangguhkan pendaftaran
pengajiannya selama tidak melebihi dua semester bermula dari tarikh
penawaran pertama tertakluk kepada kelulusan Universiti.
(3) Sekiranya calon pelajar gagal mendaftar pada tarikh yang ditetapkan
tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti, maka tawaran
program terhadapnya adalah terbatal atau pelajar dikenakan bayaran
pendaftaran lewat.
(4) Calon pelajar mod penyelidikan boleh mendaftar program pengajian
pada bila-bila masa di sepanjang tahun. Bagi pelajar yang mendaftar
pada bulan selain dari tarikh/bulan yang ditetapkan dalam surat tawaran
akan diberi status ‘Pra Aktif’. Pelajar tidak dikenakan bayaran yuran
pengajian walau bagaimanapun dikehendaki membayar yuran
perkhidmatan bagi tujuan pengeluaran kad pelajar dan bayaran
perlindungan insuran. Pelajar dengan status Pra Aktif boleh mendaftar
kursus dan perlu membayar yuran pengajian dan dikira bilangan
semesternya.
(5) Semua pelajar hendaklah terus menerus mendaftar sebagai pelajar dan
membayar yuran sepanjang pengajian mengikut syarat-syarat dan tarikh
yang ditetapkan oleh Universiti sehingga keputusan peperiksaan akhir
pengajian pelajar diumumkan.
(6) Pelajar boleh memohon untuk mendaftar program kedua bagi mendapat
penganugerahan dua (2) ijazah, tertakluk kepada kelulusan Senat.
14
(7) Berikut merupakan kes yang dibenarkan untuk mendaftar semula ke
program pascasiswazah:
a. Pelajar yang mendapat Kedudukan Gagal (KG) dan Diberhentikan
b. Pelajar yang mendapat KG dan Diberhentikan kerana Tamat
Tempoh (TT)
c. Pelajar yang diberhentikan kerana tidak mendaftar kursus
Perkara 6 Bentuk Pendaftaran Program Pengajian dan Tempoh Pengajian
(1) Pelajar hendaklah menamatkan pengajiannya dalam tempoh yang
ditetapkan seperti dalam Jadual I.
Jadual I : Tempoh Pengajian
LEVEL OF
STUDY
MINIMUM
(REGISTERED
SEMESTER)
MAXIMUM
(SEMESTER)
Postgraduate
Certificate
1 2
Postgraduate
Diploma
2 4
Master Degree 2 (1 year) 8 (4 years)
*Doctoral Degree 6 (3 years) 16 (8 years)
(2) Bagi pelajar penyelidikan (Sarjana atau Kedoktoran) yang berpindah
mengikut penyelia dan/atau mendapat kelulusan bertulis mengenai
perpindahan penyelidikannya dari institusi pengajian tinggi berkenaan,
tempoh minimum dan maksimum pengajian akan ditetapkan oleh Senat.
(3) Pelajar program Penyelidikan atau Kerja Kursus dan Penyelidikan yang
telah menyerahkan tesis atau disertasi untuk peperiksaan diberi status
“Peperiksaan”. Pelajar berkenaan perlu mematuhi keputusan panel
pemeriksa iaitu Pemeriksa Tesis dan Panel Peperiksaan Lisan. Tempoh
maksimum bagi status “Peperiksaan” ialah tiga (3) semester atau lapan
belas (18) bulan. Jika pelajar gagal menyiapkan pembetulan dalam
jangka masa tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah, pelajar
diperakukan ‘gagal’.
(4) Perpindahan Pelajar Penyelidikan Daripada Institusi Lain Ke UTM perlu
mendapat surat pelepasan Rasmi dari Universiti terdahulu dan memenuhi
syarat minimum kemasukan program ke UTM. Pelajar mestilah
mendaftar dan berstatus ‘aktif’ dalam tempoh minimum 2 semester di
UTM bagi melengkapkan pembentangan penilaian tahap pertama dan
lulus kursus umum dan universiti. Permohonan perpindahan perlu
diluluskan di peringkat mesyuarat JKTS.
15
Perkara 7 Pertukaran Program Pengajian, Bentuk Pendaftaran dan Mod Pengajian
(1) Pelajar yang berhasrat menukar program pengajian perlu mendapat
kelulusan fakulti program yang dipohon tertakluk kepada kelulusan
Universiti. Pertukaran dibuat selepas mengikuti sekurang-kurangnya
SATU (1) semester pengajian dan hanya boleh dibuat sekali sahaja
sepanjang tempoh pengajian di Universiti. Pencapaian akademik pelajar
tidak berada dalam Kedudukan Gagal (KG). Pertukaran melebihi sekali
hanya dibenarkan atas sebab-sebab yang munasabah selepas mendapat
kelulusan fakulti.
(2) Pelajar boleh memohon untuk menukar jenis pengajian daripada kerja
kursus kepada kerja kursus dan penyelidikan atau penyelidikan
sepenuhnya serta sebaliknya. Pertukaran boleh dibuat sebelum SATU (1)
semester terakhir pengajian dan hanya dibenarkan membuat sekali sahaja
pertukaran mod sepanjang pengajian. Pertukaran melebihi sekali hanya
dibenarkan atas sebab-sebab yang munasabah selepas mendapat
persetujuan fakulti.
(3) Pelajar Antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Pejabat UTM
International sebelum memohon pertukaran program kerana isu
berkaitan pas pelajar tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM)
(4) Pelajar Sarjana secara penyelidikan dibenarkan memohon pertukaran ke
peringkat kedoktoran jika telah berjaya membuktikan kecemerlangan
penyelidikan dan diperakui oleh panel penilai. Permohonan perlu dibuat
semasa semester kedua dengan memenuhi perkara seperti dibawah:
a) Pelajar mesti memperolehi minimum:
PNGK 3.33 Sarjana Muda dan:
- Membentangkan DUA (2) artikel konferen dalam prosiding
dengan ISBN atau
- Menerbitkan SATU (1) artikel dalam 1 jurnal berindeks
dalam SCOPUS/WOS/ERA.
PNGK 3.00 – 3.32 Sarjana Muda dan menerbitkan SATU (1)
artikel dalam 1 jurnal berindeks dalam WOS.
(5) Pertukaran status pendaftaran dari Sarjana ke Doktor Falsafah
Pelajar Sarjana secara penyelidikan dibenarkan memohon pertukaran ke
peringkat kedoktoran jika telah berjaya membuktikan kecemerlangan
penyelidikan dan diperakui oleh panel penilai. Permohonan perlu dibuat
semasa semester kedua.
16
Perkara 8 Pendaftaran Kursus
(1) Pelajar diwajibkan mendaftar kursus pada setiap semester dalam tempoh
yang ditetapkan oleh Universiti. Pelajar yang gagal berbuat demikian
tanpa sebab yang munasabah akan diberhentikan.
(2) Pendaftaran kursus lewat daripada tempoh yang ditetapkan adalah
dikenakan bayaran pendaftaran lewat.
(3) Status Pendaftaran Kursus (jika berkaitan):
a) Hadir Wajib (HW)
b) Hadir Sahaja (HS)
c) Ulang Kursus (UK)
d) Ulang Gred (UG)
- Status pendaftaran kursus yang ditetapkan
oleh fakulti dan dinilai melalui sistem
penilaian lazim.
- Status pendaftaran kursus yang dinilai
berdasarkan kehadiran sahaja.
- Status mengulang kursus yang telah gagal
- Status mengulang kursus yang telah lulus
gred B- dan ke bawah dengan kebenaran
fakulti bagi tujuan memperbaiki pencapaian
akademik
(4) Sebagai syarat penganugerahan, pelajar antarabangsa digalakkan
mengambil
a) Kursus Bahasa Melayu, atau
Atau,
b) Kursus Kebudayaan Malaysia,
Pengecualian boleh diberi kepada pelajar yang telah memenuhi syarat
tersebut sebelum diterima mendaftar program pengajian.
(5) Sebagai syarat penganugerahan, pelajar dikehendaki mengambil mana-
mana kursus wajib universiti dari senarai yang ditawarkan oleh mana-mana
fakulti atau bahagian akademik Universiti.
(6) Pelajar boleh memohon untuk menarik balik Status Diberhentikan
(Pendaftaran Kursus) tidak melebihi daripada dua (2) semester pada satu-
satu masa, tertakhluk kepada baki tempoh pengajian pelajar yang masih
ada.
(7) Rayuan pelajar yang diberi status Diberhentikan melebihi daripada dua (2)
semester, tidak akan dipertimbangkan. Pelajar dikehendaki membuat
permohonan kemasukan semula sebagai pelajar baru.
17
(8) Pelajar yang diberikan status Diberhentikan kerana tidak mendaftar kursus
melebihi dari dua (2) semester perlu membuat permohonan masuk semula
ke program pengajian siswazah atau mana-mana program pengajian
siswazah di UTM. Pelajar boleh memohon pindah kredit bagi kursus yang
diambil dan lulus dari program sebelumnya.
(9) Pembetulan Pendaftaran Kursus
a) Pelajar bertanggungjawab menyemak pendaftaran kursus mereka
setiap semester dan membuat pembetulan dalam tempoh yang
ditetapkan.
b) Pelajar boleh menambah dan/atau menggugurkan kursus dalam tempoh
yang ditetapkan.
(10) Tarik Diri (TD) Kursus
a) Pelajar boleh Tarik Diri (TD) mana-mana kursus yang telah
didaftarkan pada semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan
tertakluk kepada kredit minimum.
b) Sekiranya pelajar Tarik Diri (TD) semua kursus yang telah
didaftarkan, pelajar diberi status Tangguh Pengajian.
(11) Yuran Pengajian
Pelajar yang tidak menjelaskan yuran tertunggak tidak dibenarkan
mendaftar kursus dan mengikuti pengajian.
(12) Panduan Pendaftaran Kursus adalah seperti di Lampiran I.
Perkara 9 Kehadiran
(1) Pelajar mesti hadir semua pertemuan yang ditentukan bagi sesuatu kursus
berbentuk kuliah/amali termasuk kursus Hadir Wajib (HW) dankursus
Hadir Sahaja (HS). Pelajar yang kehadirannya kurang daripada 80% tidak
dibenarkan menduduki peperiksaan akhir. Rekod pendaftaran kursus
berstatus Hadir Sahaja (HS) akan digugurkan jika kehadiran kurang
daripada 80%.
(2) Pelajar pengajian secara penyelidikan mesti hadir pertemuan dengan
penyelia mengikut jadual perancangan yang ditetapkan sepanjang tempoh
pengajian dan pelajar pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan mesti
hadir pertemuan dengan penyelia sepertimana yang ditetapkan sepanjang
semester yang didaftarkan disertasinya. Pelajar yang kehadiran
pertemuannya 50% ke atas akan diberi Gred MM, manakala yang
kehadirannya 50% dan ke bawah akan diberi Gred TM.
18
Perkara 10 Beban Akademik
(1) Pelajar mestilah mendaftar tidak kurang daripada satu (1) kursus pada
setiap semester lazim.
(2) Pelajar dibenarkan mendaftar dua puluh (20) jumlah kredit maksimum
setiap semester lazim dan sepuluh (10) kredit dalam semester pendek.
(3) Tertakluk kepada kelulusan Universiti, pelajar dalam semester akhir
tempoh lazim pengajian boleh dikecualikan daripada Perkara 13.2.
(4) Selain pelajar dalam semester akhir tempoh lazim pengajian, pengecualian
kepada bilangan kredit maksimum yang boleh diambil oleh pelajar hanya
diberi pertimbangan atas kes tertentu yang diperakukan oleh fakulti.
Perkara 11 Perpindahan Kredit
(1) Perpindahan kredit secara vertical tidak dibenarkan dalam pengajian pasca
siswazah. Perpindahan kredit dalam pengajian pasca siswazah hanya
melibatkan pindah kredit secara horizontal.
(2) Pelajar boleh memohon mendapatkan Pindah Kredit Dengan Gred (pelajar
yang masih dalam pengajian) dalam semester pertama pengajian dengan
mengemukakan dokumen berkaitan. Hanya kursus yang setaraf dengan
kursus di UTM dan lulus sekurang-kurangnya setara gred B- boleh
dipertimbangkan.
(3) Pelajar boleh memohon mendapatkan Pindah Kredit Tanpa Gred (pelajar
yang telah tamat pengajian) dalam semester pertama pengajian dengan
mengemukakan dokumen berkaitan. Hanya kursus yang setaraf dengan
kursus di UTM dan lulus sekurang-kurangnya setara gred B boleh
dipertimbangkan.
(4) Pindah kredit adalah dibenarkan bagi kursus yang kandungan kurikulum
sekurang-kurangnya 80% sama.
(5) Pemindahan kredit kursus kaedah penyelidikan dan kursus umum
Universiti bagi program pasca siswazah boleh dilaksanakan secara pindah
kredit daripada program Sarjana Penyelidikan UTM sahaja yang
mempunyai hasil pembelajaran kursus yang sama bagi tujuan bergraduat.
(6) Pindah Kredit bagi kursus peringkat Sarjana yang diambil semasa
peringkat Sarjana Muda di UTM dikira sebagai Pindah Kredit Dengan
Gred dan didaftar dengan kod kursus Sarjana.
(7) Kredit yang diperolehi dari Pindah Kredit Secara Horizontal Dengan Gred
akan diambilkira dalam Kredit Kira dan Kredit Dapat.
(8) Kredit yang diperolehi dari Pindah Kredit Secara Horizontal Tanpa Gred
akan diambilkira dalam Kredit Dapat sahaja bagi tujuan bergraduat.
19
(9) Had Pindah Kredit Secara dan/atau Horizontal yang dibenarkan ialah 50%
daripada kredit maksimum komponen kerja kursus bagi program yang
diikuti.
(10) Tempoh minimum pengajian bagi pelajar yang mendapat Pindah Kredit
Secara Horizontal adalah satu semester lazim.
(11) Pelajar boleh memohon pindah kredit bagi kursus yang diambil menerusi:
(i) Program mobiliti,
(ii) MOOC,
(iii) Kursus Professional dengan pensijilan yang memenuhi syarat–
syarat yang ditetapkan oleh Universiti bagi kursus tersebut.
Jumlah maksimum tertakluk kepada 50% daripada jumlah
keseluruhan kredit untuk pengijazahan.
(12) Proses permohonan pindah kredit MOOC di UTM dilaksanakan
berdasarkan Garis Panduan Pindah Kredit MOOC UTM.
(13) Perpindahan kredit kursus hanya dibenarkan bagi kursus yang diambil
dalam tempoh 3 tahun terdahulu.
Perkara 12 Tesis/Disertasi/Laporan Projek Sarjana
(1) Penulisan tesis/disertasi/laporan projek sarjana hendaklah mengikut garis
panduan seperti yang terdapat dalam UTM Thesis Manual.
(2) Tesis atau disertasi yang diserahkan untuk tujuan peperiksaan perlu
mendapat perakuan penyelia.
(3) Pelajar sarjana hendaklah menyerahkan tesis/disertasi/laporan projek
sarjana untuk tujuan penilaian ke fakulti masing-masing mengikut syarat
yang ditetapkan.
(4) Bagi program pengajian peringkat sarjana secara penyelidikan dan
program pengajian peringkat kedoktoran:
(a) Pelajar hendaklah menyerahkan Notis Menghantar Tesis yang
disahkan oleh penyelia ke fakulti sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum penyerahan tesis untuk peperiksaan atau tiga (3) bulan
sebelum tamat tempoh maksimum pengajian.
(b) Memenuhi syarat penerbitan seperti berikut:
i. Pelajar Ijazah Sarjana boleh mengemukakan tesis selepas 12
bulan untuk peperiksaan lisan (viva-voce) dengan syarat
mengemukakan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan yang
telah diterima atau diterbitkan sama ada artikel jurnal, kertas
20
kerja persidangan atau bab dalam buku. (Bagi pelajar
kemasukan September 2016 dan seterusnya).
ii. Pelajar Ijazah Kedoktoran boleh mengemukakan tesis pada
semester ke 6 untuk peperiksaan lisan (viva-voce) dengan syarat
mengemukakan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan artikel
dalam jurnal atau dua (2) artikel dalam prosiding konferen
berindeks yang telah diterima atau diterbitkan dalam
SCOPUS/ERA atau WOS. (Bagi pelajar kemasukan September
2016 dan seterusnya)
iii. Pelajar Ijazah Kedoktoran boleh mengemukakan tesis pada
semester ke 6 untuk peperiksaan lisan (viva-voce) dengan syarat
mengemukakan sekurang-kurangnya SATU (1) artikel jurnal
berwasit sebelum dibenarkan untuk menghantar tesis bagi tujuan
peperiksaan lisan (viva-voce). (Bagi pelajar kemasukan sebelum
September 2016)
iv. Pelajar Ijazah Kedoktoran yang berjaya menerbitkan dua kertas
kerja dalam jurnal antarabangsa berwasit boleh menyerahkan
tesis untuk diperiksa setelah memenuhi tempoh pengajian dua
tahun (4 semester) dengan kelulusan Senat.
(c) PhD dengan mengambil kira Penerbitan
Pelajar Ijazah Kedoktoran boleh mengemukakan tesis untuk
peperiksaan lisan (vica-voce) dengan syarat penerbitan artikel
jurnal berwasit yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilaian
Kertas Kerja Bidang yang ditubuhkan bagi bidang-bidang
Kejuruteraan, Teknologi, Sains Tulen dan Sains Sosial dan
tempoh minimum pendaftaran seperti berikut:
Setelah cukup tempoh 24 bulan selepas pelajar mendaftar,
dengan syarat minimum TIGA (3) artikel jurnal berindeks
dalam SCOPUS/WOS dengan sekurang-kurangnya DUA (2)
artikel jurnal mestilah diterima atau diterbitkan dalam jurnal
Q1/Q2 dalam WOS.
Setelah cukup tempoh 30 bulan selepas pelajar mendaftar,
dengan syarat minimum TIGA (3) artikel jurnal berindeks
dalam SCOPUS/WOS dengan sekurang-kurangnya SATU (1)
artikel jurnal mestilah diterima atau diterbitkan dalam jurnal
Q1/Q2 dalam WOS .
(d) Pelajar hendaklah menyerahkan tesis/ disertasi untuk peperiksaan
sebelum atau dalam semester akhir tempoh maksimum yang
dibenarkan. Hanya pelajar yang berdaftar sahaja dibenarkan
menyerahkan tesis.
21
(e) Tarikh akhir penyerahan tesis/disertasi untuk peperiksaan pada
sesuatu semester ialah merujuk kepada Jadual Kerja Pengurusan
Akademik.
(f) Selepas peperiksaan lisan dan setelah memenuhi semua syarat yang
ditetapkan, pelajar kedoktoran atau sarjana secara penyelidikan atau
sarjana secara kerja kursus dan penyelidikan hendaklah menyerahkan
tesis/disertasi dalam bentuk naskah berjilid dan digital mengikut
bilangan salinan dan tarikh penyerahan yang ditetapkan oleh
Universiti.
(g) Keputusan peperiksaan tesis/disertasi akan diperakukan oleh JKTS
dengan mengambilkira keputusan pemeriksaan tesis dan Panel
Peperiksaan Lisan untuk kelulusan Senat.
(5) Universiti tidak boleh menerima tesis/disertasi yang pernah diserahkan
untuk tujuan peperiksaan sama ada kepada UTM atau institusi pengajian
tinggi lain.
(6) Tesis/disertasi/laporan projek sarjana di peringkat kedoktoran hendaklah
tidak melebihi 300 muka surat tidak termasuk lampiran. Tesis atau
disertasi di peringkat Sarjana atau laporan projek Sarjana hendaklah tidak
melebihi 200 muka surat tidak termasuk lampiran.
(7) Tesis/disertasi/laporan projek sarjana boleh ditulis sama ada dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
(8) Tesis boleh ditulis dalam Bahasa Arab bagi pelajar Akademi Tamadun
Islam sahaja dengan kelulusan Fakulti.
(9) Semua tesis/disertasi/laporan projek sarjana adalah hakmilik Universiti.
Perkara 13 Penyeliaan dan Penasihatan Pelajar
(1) Penyelia, Penyelia Utama dan Penyelia Bersama, Panel Penyelia dan
Penyelaras Program
(a) Pelajar penyelidikan akan dibimbing oleh penyelia yang dilantik
oleh fakulti. Penyelia luar dilantik oleh SPS atas cadangan fakulti.
(b) Semasa mengikuti kerja kursus, pelajar Kerja Kursus/Kerja Kursus
dan Penyelidikan akan dibimbing oleh Ketua Jabatan Pengajian
Siswazah/Penyelaras Program.
(c) Universiti berhak melantik atau mengganti mana-mana Penyelia.
(d) Pelajar boleh memohon pertukaran Penyelia dengan mengemukakan
alasan yang munasabah kepada fakulti.
22
(e) Apabila Penyelia Bersama dilantik, Penyelia Utama mempunyai
tanggungjawab lebih besar manakala Penyelia Bersama
bertanggungjawab membantu Penyelia Utama.
(f) Pelajar perlu mengemukakan Laporan Kemajuan kepada fakulti
dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester lazim. Pelajar
yang tidak mengemukakan Laporan Kemajuan boleh diberi
keputusan TM atau GG.
(2) Status Penyelia, Penyelia Utama, Penyelia Bersama, Pengerusi Panel
Penyelia dan Penyelaras Program.
Penyelia, Penyelia Utama, Pengerusi Panel Penyelia dan Penyelaras
Program mestilah terdiri daripada Staf Akademik Siswazah yang sedang
berkhidmat secara tetap di Universiti. Staf Akademik Siswazah yang
dipinjamkan ke tempat lain, berhenti atau bersara dari Universiti, atau
individu dari institusi lain yang berkelayakan hanya boleh dilantik sebagai
Penyelia Bersama atau ahli Panel Penyelia. Sekiranya Penyelia adalah
pensyarah kontrak, Penyelia Bersama perlu dilantik.
Jadual 2: Tempoh Pengajian Program Penyelidikan
SARJANA
PENYELIDIKAN
Master by Research
IJAZAH
KEDOKTORAN
Doctor of Philosophy
Minima
Minimum 2 Semester 6 Semester
Maksima
Maximum 8 Semester 16 Semester
Perkara 14 Penilaian
(1) Penilaian boleh terdiri daripada yang berikut:
(a) Peperiksaan kursus;
(b) Penilaian tesis/disertasi/laporan projek sarjana;
(c) Peperiksaan lisan;
(d) Peperiksaan komprehensif;
(e) Pentaksiran portfolio;
(f) Peperiksaan kelayakan;
(g) Peperiksaan khas;
(h) Penilaian lain yang berkaitan.
23
(2) Peperiksaan akhir boleh digunakan sebagai sebahagian daripada penilaian
kursus bagi pelajar yang mengikuti program pengajian secara kerja kursus
dan kerja kursus dan penyelidikan.
(3) Penilaian bagi pelajar yang mengikuti program pengajian secara kerja
kursus dan penyelidikan peringkat sarjana dan kedoktoran hendaklah
mengandungi:
(a) Pentaksiran kursus;
(b) Penilaian cadangan penyelidikan;
(c) Penilaian disertasi;
(d) Peperiksaan lisan bagi mempertahankan disertasi.
(4) Penilaian bagi pelajar peringkat sarjana atau kedoktoran secara
penyelidikan hendaklah mengandungi:
(a) Penilaian Cadangan Penyelidikan;
Pelajar perlu membentangkan Cadangan Penyelidikan untuk tujuan
penilaian dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti. Pelajar yang
gagal membuat pembentangan boleh diberi statusTM.
(b) Penilaian Kelayakan Fast Track
(i) Pelajar program Doktor Falsafah secara fast track perlu melalui
penilaian kelayakan fast track selepas enam (6) hingga 18 bulan
pendaftaran. Keputusan dari penilaian ini akan menentukan samada
pelajar akan meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah
atau ditukarkan ke pengajian Sarjana secara penyelidikan.
(ii) Penilaian kelayakan fast track boleh dilaksanakan maksimum 2
kali dalam tempoh 6-18 bulan pada semester yang berbeza.
(c) Penilaian setiap semester oleh penyelia;
(d) Penilaian tesis oleh Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar;
(e) Peperiksaan lisan bagi mempertahankan tesis kepada Panel Pemeriksa;
(f) Penilaian kursus.
(5) Peperiksaan khas
(i) Peperiksaan khas diadakan bagi kes-kes berikut:
(a) Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester
kerana disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau
hospital kerajaan,
ATAU
24
(b) Pelajar berada pada semester akhir pengajian dan gagal SATU (1)
kursus.
ATAU
(c) Sebab-sebab lain yang boleh diterima oleh Universiti.
(ii) Peperiksaan khas tidak boleh diadakan bagi kes-kes seperti berikut:
(a) Kursus yang tidak ada peperiksaan akhir semester.
ATAU
(b) Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir tanpa sebab yang
boleh diterima oleh Universiti
ATAU
(c) Pelajar yang dilarang menduduki peperiksaan akhir.
(6) Pelajar yang mendapat Kedudukan Bersyarat (KS) tidak layak menduduki
Peperiksaan Khas (Graduan).
(7) Pelajar yang lulus Peperiksaan Khas (Graduan) akan diberikan markah
lulus minimum (60) iaitu gred B-.
(8) Peperiksaan lisan untuk mempertahankan tesis hendaklah tidak melebihi
dua (2) kali bagi seseorang pelajar.
(9) Penilaian tesis/disertasi peringkat Kedoktoran dan Sarjana perlu dibuat
mengikut kriteria yang ditetapkan bagi penganugerahan ijazah program
berkaitan sebagaimana yang diluluskan oleh Senat.
(10) Panduan peperiksaan akhir seperti di Lampiran VII.
Perkara 15 Pemeriksa Tesis/Disertasi dan Panel Pemeriksa
(1) Pemeriksa dan ahli Panel Pemeriksa bagi tesis/disertasi peringkat
kedoktoran adalah dilantik oleh Universiti.
(2) Pemeriksa dan ahli panel peperiksaan lisan bagi tesis/disertasi peringkat
sarjana adalah dilantik oleh fakulti.
(3) Program Pengajian Peringkat Sarjana Jenis Penyelidikan:
(i) Pemeriksa Tesis hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya
seorang Pemeriksa Dalam dan seorang Pemeriksa Luar;
(ii) Pemeriksa Tesis bagi staf UTM hendaklah terdiri daripada sekurang-
kurangnya seorang Pemeriksa Dalam dan dua orang Pemeriksa Luar;
25
(iii) Panel Peperiksaan Lisan hendaklah terdiri daripada Pengerusi,
Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar. Penyelia dikehendaki hadir
dalam sesi peperiksaan lisan. Pengerusi JKPS/JKA Fakulti boleh
menentukan sama ada Pemeriksa Luar diperlukan hadir dalam Sesi
Peperiksaan Lisan, berdasarkan laporan pemeriksaan tesis oleh
Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam.
(4) Program Pengajian Doktor Falsafah:
(i) Pemeriksa Tesis/Disertasi program pengajian Doktor Falsafah
hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang Pemeriksa
Dalam dan seorang Pemeriksa Luar;
(ii) Pemeriksa Tesis/Disertasi bagi staf UTM hendaklah terdiri daripada
sekurang-kurangnya seorang Pemeriksa Dalam dan dua orang
Pemeriksa Luar;
(iii) Panel Peperiksaan Lisan hendaklah terdiri daripada Pengerusi,
Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar. Penyelia dikehendaki hadir
dalam sesi peperiksaan lisan. Dalam kes-kes khas, Universiti boleh
memutuskan Peperiksaan Lisan dilaksanakan tanpa kehadiran
Pemeriksa Luar.
(5) Program Pengajian tahap Kedoktoran yang lain
(i) Panel Pemeriksa Tesis/Disertasi Program Pengajian tahap Doktoral
yang lain (Doktoral Industri dan program Doktoral yang bersifat
multidisplin) hendaklah terdiri daripada sekurang-kurang seorang
Pemeriksa Dalam dan dua orang Pemeriksa Luar. Pemeriksa luar
hendaklah dilantik dari pihak akademik dan jika perlu seorang lagi
Pemeriksa Luar dari industri.
(ii) Panel Peperiksaan Lisan hendaklah terdiri daripada Pengerusi,
Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar. Penyelia dikehendaki hadir
dalam sesi peperiksaan lisan.Dalam kes-kes khas, Dekan Pengajian
Siswazah boleh memutuskan Peperiksaan Lisan dilaksanakan tanpa
kehadiran Pemeriksa Luar.
(6) Pemeriksa Tesis/Disertasi diminta menghantar Laporan Pemeriksaan
Tesis/Disertasi ke Sekolah Pengajian Siswazah/Fakulti dalam masa yang
ditetapkan.
(7) Panel peperiksaan lisan hendaklah terdiri daripada pengerusi dan
sekurang-kurangnya seorang pemeriksa. Penyelia mesti hadir dalam sesi
peperiksaan lisan.
(8) Keputusan peperiksaan oleh Pemeriksa Tesis/Disertasi dan Panel
Peperiksaan Lisan perlu dibentang dan diperakukan oleh Jawatankuasa
Tetap Senat Pengajian Siswazah sebelum dibawa ke Mesyuarat Senat.
26
Perkara 16 Sistem Gred
(1) Hubungan antara markah, gred, mata nilai dan taraf pencapaian sesuatu
kursus adalah seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3: Hubungan antara Markah, Gred, Mata Nilai dan Taraf Pencapaian
Markah
Marks
Gred
Grade
Mata Nilai
Points
Taraf Pencapaian
Level of Achievement
90 - 100 A+ 4.00
Lulus dengan Cemerlang
80 - 89 A 4.00
Excellent Pass
75 - 79 A- 3.67
70 - 74 B+ 3.33 Lulus dengan Baik
65 – 69 B 3.00 Good Pass
60 – 64 B- 2.67 Lulus
Pass
55 – 59 C+ 2.33
50 – 54 C 2.00
45 – 49 C- 1.67
40 – 44 D+ 1.33 Gagal
35 - 39 D 1.00 Fail
30 – 34 D- 0.67
00 - 29 E 0.0
(2) Selain daripada gred di atas, gred kursus berikut juga digunakan:-
(i) HL/HG - Hadir Lulus/Hadir Gagal untuk kursus berstatus HW
(ii) Bagi kursus Hadir Sahaja (HS), rekod pendaftaran kursus akan hanya
dicatat di dalam transkrip pelajar berkenaan sekiranya kehadiran beliau
melebihi 80%.
(iii) TD - Tarik Diri Kursus
(iv) MM/TM/GG - Memuaskan (MM)/Tidak Memuaskan (TM)/Gagal (GG)
untuk kursus penyelidikan.
27
(3) Status Kursus Tidak Selesai (TS)
(i) Status TS diberi kepada kursus yang tidak dapat diselesaikan oleh pelajar
dalam penilaian akhir atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti.
(ii) Pelajar yang mendapat status TS bagi sesuatu kursus adalah dikehendaki
menduduki Penilaian Khas dalam tempoh yang ditetapkan.
(iii) Pelajar penyelidikan yang berada pada semester akhir pengajian boleh
diberi status TS sehingga tarikh akhir tempoh menghantar tesis. Selepas
tempoh tersebut, status TS perlu diubah kepada status Peperiksaan atau KG
dan Diberhentikan.
Perkara 17 Kedudukan Akademik
(1) Kedudukan akademik pelajar ditentukan mengikut jenis pengajian:
(i) Kerja Kursus - menggunakan PNGK;
(ii) Kerja Kursus dan Penyelidikan - menggunakan PNGK dan gred
penyelidikan;
(iii) Penyelidikan - menggunakan gred penyelidikan.
(2) Pencapaian pelajar dinilai dengan menggunakan DUA (2) ukuran iaitu
Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti
berikut:-
PNG = Jumlah Mata Nilai Sesuatu Semester
Jumlah Kredit Kira Sesuatu Semester
DAN
PNGK = Jumlah Mata Nilai Semua Semester
Jumlah Kredit Kira Semua Semester
(3) Kedudukan akademik setiap semester bagi pengajian jenis Kerja Kursus
termasuk Semester Pendek menggunakan PNG seperti dalam Jadual III.
(4) Kedudukan akademik pengajian jenis Penyelidikan ditentukan pada akhir
setiap semester lazim menggunakan gred penyelidikan seperti dalam
Jadual 4.
28
Jadual 4: Kedudukan Akademik bagi Pengajian Siswazah Program Penyelidikan
Sepenuhnya
Kedudukan Akademik Academic Standing
Gred Penyelidikan Research Grade
Syarat
Meneruskan
Pengajian Condition to
Proceed with
the Study
Pengurniaan
Ijazah Award of
the Degree
Kedudukan Baik (KB)
Good Pass (KB) Memuaskan (MM)
Satisfactory (MM) Layak
Qualified Layak
Qualified
Kedudukan Bersyarat (KS)
Conditional Pass (KS)
Tidak Memuaskan
(TM)
Unsatisfactory (TM)
Layak
Qualified Tidak layak
Not Qualified
Kedudukan Gagal (KG)
Fail (KG) Gagal (GG)
Fail (GG) Diberhentikan
Terminated Tidak layak
Not Qualified
29
(5) Kedudukan akademik pengajian jenis Kerja Kursus dan Penyelidikan
ditentukan pada akhir setiap semester lazim menggunakan Purata Nilai
Gred Keseluruhan (PNGK) dan gred penyelidikan seperti dalam Jadual 5.
Jadual 5 : Kedudukan Akademik bagi Pengajian Siswazah Program
Kerja Kursus dan Penyelidikan
Kedudukan
Akademik Academic
Standing
Kerja
Kursus Taught
Course
Gred
Penyelidikan Research
Grade
Syarat
Meneruska
n
Pengajian Condition to
Proceed
with
the Study
Pengurnia
an
Ijazah Award of
the Degree
Kedudukan Baik
(KB)
Good Pass (KB)
CGPA ≥
3.00 Memuaskan (MM)
Satisfactory (MM) Layak
Qualified Layak
Qualified
Kedudukan
Bersyarat (KS)
Conditional Pass (KS)
CGPA ≥
3.00
Tidak Memuaskan
(TM)
Unsatisfactory (TM)
Layak
Qualified
Tidak
layak
Not
Qualified
Kedudukan Gagal
(KG)
Fail (KG)
CGPA ≥
3.00 Gagal (GG)
Fail (GG)
Diberhentik
an
Terminated
Tidak
layak
Not
Qualified
Kedudukan
Bersyarat (KS)
Conditional
Pass (KS)
2.67 ≤
CGPA <
3.00
Memuaskan (MM)
Satisfactory (MM) Layak
Qualified
Tidak
layak
Not
Qualified
Kedudukan
Bersyarat (KS)
Conditional Pass (KS)
2.67 ≤
CGPA <
3.00
Tidak Memuaskan
(TM)
Unsatisfactory (TM)
Layak
Qualified
Tidak
layak
Not
Qualified
Kedudukan Gagal
(KG)
Fail (KG)
2.67 ≤
CGPA <
3.00
Gagal (GG)
Fail (GG)
Diberhentik
an
Terminated
Tidak
layak
Not
Qualified
Kedudukan
Gagal (KG)
Fail (KG)
CGPA <
2.67
Memuaskan (MM)
Satisfactory (MM)/
Tidak Memuaskan
(TM)
Unsatisfactory (TM)/
Gagal (GG)
Fail (GG)
Diberhentik
an
Terminated
Tidak
layak
Not
Qualified
30
(6) Kedudukan akademik pengajian jenis Kerja Kursus ditentukan pada akhir
setiap semester menggunakan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
seperti dalam Jadual 6.
Jadual 6: Kedudukan Akademik bagi Pengajian Siswazah Program Kerja Kursus
Kedudukan Akademik Academic Standing
Gred
Penyelidikan Research Grade
Syarat
Meneruskan
Pengajian Condition to
Proceed with the
Study
Pengurniaan
Ijazah Award of the Degree
Kedudukan Baik (KB)
Good Pass (KB)
CGPA ≥
3.00 Layak
Qualified Layak
Qualified
Kedudukan Bersyarat (KS)
Conditional Pass (KS)
2.67 ≤
CGPA <
3.00
Layak
Qualified Tidak layak
Not Qualified
Kedudukan Gagal (KG)
Fail (KG)
CGPA <
2.67 Diberhentikan
Terminated Tidak layak
Not Qualified
(7) Pelajar program pengajian Penyelidikan atau program pengajian Kerja
Kursus dan Penyelidikan yang sedang membuat penyelidikan dan
mendapat Kedudukan Bersyarat (KS) sebanyak dua (2) kali berturut-turut
akan diberhentikan.
(8) Pelajar program Kerja Kursus berkedudukan KS perlu mencapai KB
sebelum tamat tempoh maksimum pengajian untuk layak dianugerah
ijazah.
(9) Pelajar program Kerja Kursus dibenarkan mengulang kursus yang lulus
dengan gred B- untuk membaiki gred dengan kelulusan fakulti. Kursus
yang diulang mestilah didaftarkan dengan status Ulang Gred (UG). Gred
yang terbaik akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.
(10) Pelajar perlu menebus kursus teras atau wajib yang gagal untuk tujuan
graduan. Kursus tersebut mesti didaftarkan dengan status Ulang Kursus
(UK). Gred akan berubah hanya jika pelajar lulus dan mendapat gred yang
lebih baik. Gred yang terbaik akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan
PNGK.
(11) Pelajar boleh menebus kursus elektif yang gagal dengan kursus elektif
yang lain. Kursus elektif lain yang ditebus mesti didaftarkan dengan status
Ulang Kursus (UK). Gred yang terbaik akan diambil kira dalam pengiraan
PNG dan PNGK.
(12) Pelajar hanya boleh Daftar Semula (DS) sekiranya status akademik pada
semester SATU (1) berada pada kedudukan gagal (KG). Pelajar hanya
dibenarkan mendaftar semula (KGDS) hanya sekali sahaja dalam program
yang sama sepanjang pengajian.
31
(13) Pelajar yang telah Tamat Tempoh Pengajian tetapi tidak memenuhi syarat
penganugerahan akan diberikan status Kedudukan Gagal (KG) dan akan
diberhentikan daripada pengajian.
(14) Pelajar yang diberikan status Kedudukan Gagal Diberhentikan (KG)
kerana melampaui tempoh maksimum pengajian (Tamat Tempoh) boleh
memohon untuk dipertimbangkan masuk semula ke program pengajian
siswazah tertakluk kepada syarat ia mengikuti pengajian dalam program
atau bidang yang berlainan dan diselia oleh penyelia yang berlainan.
Pelajar boleh memohon kredit pindah secara horizontal bagi kursus yang
diambil dan lulus dari program sebelumnya.
(15) Pelajar yang diberikan status Kedudukan Gagal Diberhentikan (KG)
kerana gagal dalam peperiksaan atau atas alasan selain daripada gagal
dalam peperiksaan boleh diterima masuk semula ke program pengajian
siswazah di UTM tertakluk kepada syarat akan mengikuti pengajian dalam
program atau bidang yang berlainan dan diselia oleh penyelia yang
berlainan. Pelajar tidak boleh memohon kredit pindah bagi kursus yang
diambil dan lulus dari program sebelumnya.
Perkara 18 Rayuan Keputusan Penilaian
(1) Penilaian Kursus
Pelajar dibenar membuat rayuan kepada fakulti terhadap sebarang
keputusan penilaian Kursus dalam tempoh dan dengan bayaran yang
ditetapkan. Markah yang diambil kira ialah markah yang didapati setelah
semakan atau penandaan semula dilakukan.
(2) Penilaian Penyelidikan
Pelajar Penyelidikan dibenar membuat rayuan melalui fakulti terhadap
sebarang keputusan penilaian penyelidikan termasuk peperiksaan lisan
dalam tempoh dan dengan bayaran yang ditetapkan.
(3) Sebarang rayuan keputusan akhir status akademik hendaklah dibuat tidak
lewat daripada dua (2) minggu selepas mesyuarat Senat.
Perkara 19 Jumlah Kredit Penganugerahan
(1) Pelajar mesti lulus semua kursus yang disyaratkan untuk sesuatu
program pengajian.
(2) Jumlah kredit minimum untuk penganugerahan sesuatu
ijazah/diploma/sijil pengajian siswazah adalah seperti dalam Jadual 7.
32
Jadual 7 : Kredit Minimum Untuk Penganugerahan
Ijazah/Diploma/Sijil Pengajian Siswazah
Nota: * bagi program kerja kursus dan penyelidikan dan penyelidikan sepenuhnya,
kredit minimum penganugerahan diwakili oleh jumlah jam pembelajaran
pelajar yang setara.
Perkara 20 Penganugerahan Ijazah/Diploma/Sijil Pengajian Siswazah
(1) Pelajar hanya layak dianugerah ijazah/ diploma/ sijil pengajian siswazah
setelah memenuhi syarat berikut:
a) Memperoleh jumlah Kredit Penganugerahan yang ditetapkan dalam
kurikulum program berkenaan dan mendapat keputusan KB;
b) Lulus dalam semua kursus yang disyaratkan dan tesis atau disertasi
(jika diperlukan);
c) Mengemukakan permohonan penganugerahan;
d) Telah menjelaskan segala yuran yang telah ditetapkan;
e) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan;
f) Pelajar program kerja kursus atau kerja kursus dan penyelidikan
yang menarik diri daripada pengajian boleh memohon untuk sesuatu
anugerah yang lebih rendah apabila telah memenuhi syarat minimum
kredit seperti dalam Jadual IV;
g) Universiti boleh menganugerahkan ijazah lebih rendah kepada
pelajar yang gagal memenuhi syarat minimum bagi penganugerahan
ijazah program pengajian yang diikuti oleh pelajar jika pelajar telah
memenuhi syarat minimum bagi penganugerahan ijazah lebih
rendah.
Program
*Kredit Minimum
Penganugerahan
Sijil Lepas Ijazah 20
Diploma Lepas
Ijazah 30
Program Sarjana 40
Program Doktoral Tiada kredit bergraduat
33
h) Tarikh lulus pelajar pengajian siswazah secara penyelidikan ialah
pada tarikh viva jika tiada apa-apa pembetulan tesis / disertasi. Jika
tesis/disertasi perlu dibetulkan, maka tarikh lulus ialah tarikh pelajar
menghantar tesis selepas pembetulan dan disahkan oleh pemeriksa/
penyelia.
(2) Penganugerahan ijazah anumerta boleh dianugerahkan dengan syarat
pelajar;
(i) Mempunyai rekod pencapaian akademik yang baik sepanjang
pengajian iaitu Kedudukan Baik (KB) bagi semua semester sebelum
kematian, dan
(ii) Telah menyiapkan sekurang-kurangnya 85% daripada keperluan
bergraduan bagi ijazah sarjana secara kerja kursus atau
(iii) Telah menghantar disertasi/tesis bagi tujuan pemeriksaan
disertasi/tesis dan mendapat keputusan sekurang-kurangnya B2 oleh
salah seorang pemeriksa.
Perkara 21 Penangguhan, Penggantungan dan Pemberhentian
(1) Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan boleh memohon untuk
penangguhan pengajian dengan mengemukakan perakuan Pegawai
Perubatan yang diiktiraf oleh Universiti. Penangguhan ini tidak diambilkira
dalam kiraan tempoh pengajian.
(2) Pelajar juga boleh memohon penangguhan pengajian atas sebab-sebab
keperluan kerja dan kerjaya yang tidak dapat dielakkan, tanggungjawab dan
tugas berkaitan kepentingan Universiti atau Negara serta bencana alam dan
peperangan.
(3) Tempoh maksima yang dibenarkan adalah hanya dua (2) tahun iaitu empat
(4) semester. Bagi setiap permohonan penangguhan, Universiti akan
meluluskan permohonan bagi tempoh dua (2) semester dan pelajar boleh
memohon untuk menyambung penangguhan jika perlu tertakluk kepada
maksimum 4 semester.
(4) Penangguhan ini tidak diambilkira dalam kiraan tempoh pengajian, walau
bagaimanapun tempoh maksimum yang dibenarkan adalah hanya dua (2)
tahun iaitu empat (4) semester. Bagi setiap permohonan penangguhan,
Universiti akan meluluskan permohonan bagi tempoh dua (2) semester dan
pelajar boleh memohon untuk menyambung penangguhan jika perlu
tertakluk kepada maksimum 4 semester.
(5) Pelajar juga boleh memohon penangguhan selain daripada alasan
diperkara 21 (1) dan (2). Penangguhan ini akan diambilkira dalam
pengiraan tempoh pengajian. Pelajar tidak dibenarkan membuat
penangguhan pengajian melebihi dua (2) semester berturut-turut. Pelajar
yang gagal mendaftar selepas penangguhan dua (2) semester berturut-
turut boleh diberhentikan.
34
(6) Pelajar Antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Pejabat UTM
International sebelum menangguh pengajian kerana isu berkaitan pas
pelajar tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
(7) Pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian tidak layak menggunakan
sebarang kemudahan yang disediakan untuk pelajar oleh pihak Universiti.
(8) Pelajar yang mengikuti sesuatu program pengajian boleh diberhentikan
atau digantung pengajian untuk satu tempoh tertentu atas sebab
melanggar peraturan Universiti. Sekiranya digantung pengajian, tempoh
penggantungan adalah diambilkira sebagai telah digunakan, kecuali atas
pertimbangan khas Universiti.
Perkara 22 Plagiat
(1) Plagiat dalam akademik termasuk menghasilkan penulisan tesis,
disertasi, laporan projek sarjana, kertas kerja, tugasan dan hasil kajian
dengan meniru sebahagian atau sepenuhnya tanpa merujuk sumber
rujukan yang asal dan mengakui sebagai hasil kerja sendiri.
(2) Pelajar yang melakukan kesalahan plagiat akan dikenakan hukuman yang
ditetapkan di peringkat Jawatankuasa Akademik Fakulti.
(3) Maklumat lanjut tentang larangan terhadap plagiarisme boleh dirujuk
pada Buku Peraturan Pelajar UTM.
Perkara 23 Salahlaku peperiksaan
(1) Pelajar dianggap melakukan salah laku peperiksaan sekiranya:
(a) Membawa, memberi, menerima atau memiliki sebarang maklumat
dalam bentuk bercetak, elektronik atau apa-apa jua bentuk seperti
buku, kamus, kertas, gambar, nota, alat yang terdapat catatan bertulis,
kalkulator berprogram, alat komunikasi (telefon bimbit/telefon pintar,
tablet, jam pintar dan lain-lain alat komunikasi elektronik) yang ada
kaitan dengan sesuatu kursus semasa peperiksaan berlangsung di dalam
atau di luar dewan peperiksaan, kecuali yang dibenarkan oleh Ketua
Pengawas ke dalam Dewan Peperiksaan
ATAU
(b) Menggunakan maklumat di atas bagi tujuan menjawab soalan
peperiksaan,
ATAU
(c) Menipu atau cuba menipu atau berkelakuan yang boleh ditafsirkan
sebagai menipu semasa peperiksaan sedang dijalankan,
ATAU
35
(d) Lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh Universiti.
(2) Sekiranya pelajar didapati melakukan salah laku di atas, setelah
dibicarakan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti dan disabitkan
kesalahan oleh Senat, pelajar boleh dijatuhkan hukuman termasuk:
(a) Mendapat markah SIFAR (0) bagi kursus tersebut
ATAU
(b) Mendapat markah SIFAR (0) bagi semua kursus pada semester tersebut
ATAU
(c) Digantung pengajian selama tempoh yang diputuskan oleh
Senat.
(3) Pelajar yang melanggar peraturan ini juga boleh diambil tindakan
tatatertib mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti,
1971, Kaedah-kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-
pelajar), 1999 dan mana- mana peruntukan dan akta yang sedang
berkuatkuasa bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar.
Perkara 24 Penarikan Diri Dari Universiti
(1) Pelajar boleh memohon Tarik Diri pengajian dengan perakuan fakulti dan
kelulusan Universiti.
(2) Pelajar yang diluluskan menarik diri dari pengajian dikehendaki
menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan.
(3) Pelajar yang diluluskan menarik diri pengajian bertanggungjawab
terhadap sebarang implikasi dan tindakan yang diambil oleh penaja
sekiranya berkaitan.
(4) Pelajar yang telah menarik diri dari pengajian boleh memohon untuk
dipertimbangkan masuk ke program pengajian siswazah atau mana-mana
program pengajian siswazah lain di UTM. Pelajar boleh memohon kredit
pindah bagi kursus yang diambil dan lulus dari program sebelumnya.
Perkara 25 Peruntukan Am
(1) Universiti berhak mengambil sesuatu tindakan yang wajar jika seseorang
pelajar didapati memberi maklumat palsu.
(2) Rayuan pelajar yang berkaitan dengan Peraturan ini hendaklah
dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah melalui fakulti. Jika
perlu, rayuan akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan
Senat.
36
(3) Sebarang kaedah pelaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah mana-
mana peruntukan Peraturan ini. Semua kaedah pelaksanaan yang dibuat
mestilah dipatuhi. Walau bagaimanapun, Senat berhak untuk
mengubahnya dari masa ke semasa apabila keadaan memerlukannya.
(4) Dalam keadaan di mana berlaku sebarang percanggahan, peraturan
yang terkandung dalam Peraturan Akademik Pengajian Siswazah ini
adalah digunapakai.
(5) Universiti berhak melucutkan sebarang penganugerahan ijazah yang
diberi berdasarkan klausa 61(1) dan 61(2), dalam Perlembagaan
Universiti Teknologi Malaysia, 1 Januari 2011 jika seseorang graduan itu
disabitkan kesalahan salah laku.
(6) Senat berhak membuat sebarang keputusan yang tidak semestinya
tertakluk kepada Peraturan ini.
37
TARIKH BERKUATKUASA
Peraturan ini dikuatkuasa mulai
Sesi Akademik 2018/2019
Senat Universiti Teknologi Malaysia
Pindaan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah
sehingga 2014 dan
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Dasar dan Entiti Akademik 2015
Amendment by Senate Standing Committee for Postgraduate Studies Meeting
Pindaan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah
sehingga 2014 dan
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Dasar dan Entiti Akademik 2015
Pindaan Mesyuarat Senat Bil 1/2018/2019 pada 19 September 2018
Pengerusi
Senat Universiti Teknologi Malaysia
38
LAMPIRAN I
PERATURAN PENDAFTARAN KURSUS PENGAJIAN SISWAZAH
1.0 Semua pelajar yang telah mendaftar program pengajian pada sesuatu semester, adalah
diwajibkan mendaftar tiap-tiap kursus yang diambil pada sesuatu semester. Pelajar
yang belum mendaftar program tidak boleh mendaftar kursus.
2.0 Pelajar hanya boleh mendaftar kursus yang ditawarkan oleh fakulti pada semester
yang berkenaan tertakluk kepada syarat sebagaimana dinyatakan di perenggan 3.0 di
bawah. Kursus yang tidak ditawarkan pada sesuatu semester tidak boleh didaftarkan.
3.0 Pelajar hendaklah kursus yang telah ditetapkan oleh fakulti untuk Seksyen pelajar
yang berkenaan sahaja. Pendaftaran kursus yang lain daripada yang telah ditetapkan
oleh fakulti mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran fakult
4.0 Setiap kursus yang diambil pada sesuatu semester hendaklah didaftarkan dengan betul
dan sempurna iaitu dengan menyatakan kod kursus, seksyen, jumlah kredit kursus
berkenaan serta taraf kursus tersebut seperti Ulang Kursus (UK), Hadir Wajib
(HW), Hadir Sahaja (HS), atau Hadir Wajib, Ulang Kursus (HWUK).
5.0 Sebarang kesilapan pendaftaran kursus boleh mengakibatkan pelajar diberi markah
sifar (0) bagi kursus yang berkenaan.
6.0 Sebarang kursus yang diulang oleh pelajar hendaklah didaftarkan dengan taraf Ulang
Kursus(UK) atau Ulang Gred (UG). Termasuk dalam kategori ini ialah:
6.1 Ulang Kursus (UK) atau Hadir Wajib, Ulang Kursus (HWUK) iaitu
mengulang kursus yang telah gagal pada semester yang terdahulu;
6.2 Ulang Gred (UG) iaitu mengulang kursus lulus (Gred B-) dengan kebenaran
fakulti bagi tujuan memperbaiki pencapaian akademik. Yuran sebanyak RM
75.00 bagi setiap kredit akan dikenakan bagi tujuan ini dan tidak akan
dikembalikan sekiranya pelajar menarik diri (TD) kursus tersebut.
7.0 Kursus yang diikuti kerana Daftar Semula (DS) tidak boleh didaftarkan sebagai status
UK, HWUK atau UG
8.0 Pendaftaran kursus dibuat menggunakan kaedah atas talian di Portal MyUTM
(http://my.utm.my/) atau menggunakan, Borang Pendaftaran Kursus (UTM.E/3-1
Pindaan 2012). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan Penasihat Akademik atau
Penyelia sebelum membuat pendaftaran kursus. Borang Pendaftaran kursus hendaklah
disahkan oleh Penasihat Akademik atau Penyelia. Setiap kursus yang didaftarkan
mestilah ditandatangani oleh Pensyarah yang mengajar mata pelajaran tersebut atau
wakilnya.
9.0 Pendaftaran kursus boleh dibuat sebelum semester bermula sehingga pada tarikh yang
ditetapkan oleh Universiti.
39
10.0 Pendaftaran kursus yang diterima oleh Fakulti selepas tarikh dan waktu tutup
(Pendaftaran Lewat) akan hanya dipertimbangkan dengan syarat pelajar menjelaskan
bayaran denda sebanyak RM 100.00 per kursus. Pendaftaran selepas tempoh ini tidak
dibenarkan tertakluk kepada keputusan Fakulti.
11.0 Pelajar boleh memohon untuk membetul, menggugur atau membatalkan mana-mana
kursus, seksyen kod atau taraf kursus yang telah didaftarkan pada semester yang
berkenaan iaitu dengan menggunakan menggunakan kaedah atas talian di Portal
MyUTM (http://my.utm.my/) atau menggunakan, Borang Pembetulan Pendaftaran
Kursus (UTM.E/3-5) pada tarikh yang ditetapkan oleh Univeristi. Borang
Pembetulan Pendaftaran kursus hendaklah disahkan oleh Penasihat Akademik atau
Penyelia.
12.0 Pembetulan Pendaftaran kursus yang diterima oleh Fakulti selepas tarikh dan waktu
tutup (Pembetulan Pendaftaran Lewat) akan hanya dipertimbangkan dengan syarat
pelajar menjelaskan bayaran denda sebanyak RM 100.00 per kursus. Pendaftaran
selepas tempoh ini tidak dibenarkan tertakluk kepada keputusan Fakulti.
13.0 Pelajar bertanggungjawab mencetak sendiri Slip Pendaftaran Kursus secara dalam
talian menerusi Portal MyUTM (http://my.utm.my). Pelajar hendaklah menyemak dan
memastikan bahawa semua maklumat dalam Slip Pendaftaran Kursus itu betul
sebagaimana yang dikehendaki. Pelajar hendaklah membetulkan sebarang kesilapan
yang terdapat dalam Slip Pendaftaran Kursus mengikut peraturan dan syarat serta
dalam tempoh-tempoh tertentu yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di
perenggan 11.0 dan 12.0 di atas.
14.0 Pelajar boleh memohon untuk Tarik Diri (TD) mana-mana kursus yang telah
didaftarkan pada semester yang berkenaan. Permohonan untuk Tarik Diri Kursus
(TD) hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Tarik Diri Kursus (UTM.E/3-2)
iaitu mulai dari minggu keenam (Minggu 6) hingga dan tidak lewat dari hari terakhir
minggu kesembilan (Minggu 9). Selepas tarikh ini, permohonan untuk Tarik Diri
Kursus (TD) akan dikenakan penalti RM 100.00 per kursus.
15.0 Pendaftaran Kursus hendaklah dibuat mengikut prosedur tertentu yang ditetapkan oleh
Universiti ini. Pendaftaran yang dibuat dengan tidak mematuhi prosedur ini tidak akan
diterima atau dipertimbangkan.
16.0 Jika sekiranya pelajar gagal atau tidak membuat Pendaftaran Kursus dalam tempoh
yang telah ditetapkan sebagaimana dinyatakan di atas, kecuali atas sebab-sebab
tertentu yang dapat diterima oleh Universiti ini, pelajar akan diberhentikan dari
pengajian.
40
LAMPIRAN II
PANDUAN MENGEMUKAKAN ADUAN (COMPLAINTS) BAGI PELAJAR
PENGAJIAN SISWAZAH YANG MENJALANI PENYELIDIKAN
1.1 Pendahuluan
Panduan ini untuk pelajar yang mengikuti program secara penyelidikan atau kerja
kursus dan penyelidikan sahaja.
Dua tujuan utama panduan ini ialah:
- untuk menyelaras dan membantu melicinkan kemajuan penyelidikan yang
dilakukan oleh pelajar penyelidikan dengan memberikan penerangan yang jelas
akan tanggungjawab dan mekanisma untuk melaporkan sebarang masalah yang
timbul;
- untuk membolehkan segala masalah diselesaikan dengan secepat mungkin
melalui prosedur yang telah ditetapkan di mana perlu.
1.2 Prosedur
1.2.1 Pada masa pendaftaran dengan Sekolah Pengajian Siswazah, pelajar akan
diberikan perkara berikut:
(i) satu pernyataan yang positif untuk diamalkan oleh pelajar penyelidikan
melalui nota nasihat tentang "Panduan Tugas dan tanggungjawab
pelajar penyelidikan”;
(ii) satu pernyataan bertulis tanggungjawab pelajar mengenai pendaftaran
dan struktur yuran untuk pelajar penyelidikan;
(iii) satu salinan Peraturan Akademik Pengajian Siswazah.
1.2.2 Tanggungjawab berkenaan dengan aduan yang melibatkan kemajuan
penyelidikan adalah tertakluk kepada Penyelia. Dalam kes di mana aduan
tidak boleh diselesaikan oleh Penyelia, maka kes tersebut perlu dirujuk
kepada Dekan Fakulti di mana pelajar itu ditempatkan. Jika keputusan tidak
dapat diselesaikan di peringkat ini maka aduan akan dirujuk kepada Dekan
Pengerusi Sekolah Pengajian Siswazah. Jika perkara tersebut tidak dapat
diselesaikan oleh pihak yang berkenaan maka aduan akan dirujuk kepada
Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Senat.
1.2.3 Jika pelajar tidak berpuashati selepas mengikuti prosedur dalam bahagian
1.2.2 di atas, satu panel yang mengandungi penyelia pelajar ijazah yang
berpengalaman akan ditubuhkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah untuk
menimbangkan aduan. Panel selalunya mengandungi ahli berikut: Pengerusi
Lembaga Peperiksaan (atau wakilnya); Dekan Pengerusi Sekolah Pengajian
Siswazah; Pengerusi jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/ Sekolah di
41
mana penyelidikan itu dijalankan; dan seorang penyelia yang berpengalaman
yang tidak terlibat secara langsung dalam penyeliaan pelajar.
1.2.4 Aduan rasmi perlu dibuat secara bertulis. Sekiranya aduan diterima oleh
Sekolah Pengajian Siswazah maka ia perlu dirujuk kepada Penyelia yang
berkenaan untuk memastikan bahawa aduan tersebut hanya dapat
diketengahkan selepas diadakan perbincangan dan tertakluk kepada prosedur
1.2.2 dan 1.2.3 di atas.
1.2.5 Sokongan daripada satu panel penyelia yang berpengalaman akan
dipertimbangkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah. Keputusan daripada
Sekolah Pengajian Siswazah untuk menyelesaikan aduan akan dibuat secara
bertulis kepada pelajar dan semua yang terlibat dalam bahagian 1.2.2.
1.2.6 Keputusan yang dikeluarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah adalah
muktamad.
42
LAMPIRAN III
PROSEDUR RAYUAN – KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TESIS PENGAJIAN
SISWAZAH
Prosedur kajian semula dan rayuan keputusan peperiksaan tesis pelajar pengajian siswazah
dibuat di bawah perkara 22 Peraturan Pengajian Siswazah untuk meliputi perkara berikut:
1.0 Pihak Universiti mengiktiraf bahawa berikutan daripada peperiksaan akhir iaitu
penilaian tesis dan/atau ujian lisan, pelajar berhak merayu terhadap keputusan yang
diambil oleh Lembaga Peperiksaan berasaskan perakuan yang dibuat oleh Panel
Pemeriksa.
2.0 Sesuatu rayuan terhadap keputusan peperiksaan boleh dipertimbangkan apabila ia
berdasarkan kepada alasan berikut:
(i) terdapat keadaan yang telah menganggu pencapaian pelajar yang mana
pemeriksa tidak mengetahuinya semasa peperiksaan.
(ii) adanya bukti yang menunjukkan percanggahan prosedur dalam mengendalikan
peperiksaan (termasuk kecuaian pentadbiran). Keadaan ini telah menyebabkan
keraguan yang mana keputusan boleh berbeza sekiranya perkara tersebut tidak
berlaku;
(iii) ada bukti yang menunjukkan terdapat ketidakadilan atau penilaian yang tidak
betul daripada seorang atau lebih pemeriksa.
Selain daripada itu pelajar tidak boleh sama sekali mempertikaikan perakuan oleh
pemeriksa yang berasaskan nilai akademik.
Nota: Aduan mengenai penyeliaan yang kurang baik atau sebarang kedudukan
pengurusan pada sebarang peringkat sebelum penghantaran tesis mestilah dilakukan di
bawah bidang kuasa Panduan Mengemukakan Aduan (Complaints) Bagi Pelajar
Pengajian Siswazah Yang Menjalani Penyelidikan dan bukan alasan yang boleh
diterima untuk rayuan.
3.0 Pelajar mestilah memberikan notis untuk mengemukakan rayuan dalam masa empat
belas (14) hari selepas menerima keputusan daripada Lembaga Peperiksaan mengenai
keputusan peperiksaan.
Pelajar mestilah menghantar kes rayuan tersebut untuk kajian dalam masa tiga bulan
lagi bermula dari tarikh makluman notis.
Notis kajian semula dan rayuan boleh dihantar secara bertulis kepada Pengerusi
Lembaga Peperiksaan. Pengerusi Lembaga Peperiksaan dan Setiausaha akan
bertanggungjawab mentafsir dan menggunakan peraturan Universiti untuk
menentukan kedudukan rayuan pelajar terhadap keputusan Lembaga Peperiksaan.
43
4.0 Prosedur untuk pertimbangan rayuan adalah seperti di bawah:
(i) Satu Panel Rayuan akan ditubuhkan terdiri daripada:
a) Pengerusi Lembaga Peperiksaan atau wakilnya yang bertindak sebagai
pengerusi panel;
b) Pengerusi Sekolah Pengajian Siswazah atau wakilnya;
c) Sekurang-kurangnya dua penyelia atau pemeriksa yang berpengalaman
dalam mengendalikan pelajar penyelidikan yang bukan ahli dalam
Lembaga Peperiksaan, dilantik oleh Pengerusi Senat.
Ahli Panel mestilah mempunyai pengalaman menyelia dan memeriksa ijazah
penyelidikan dan tiada penglibatan sebelumnya dalam kes ini. “Penglibatan
sebelumnya” ditakrifkan sebagai pernah menyelia, menasihat, membimbing
pelajar atau menasihat atau berbincang dengan penyelia yang bersangkutan
dengan projek pelajar. Pengerusi Senat akan melantik pengganti ahli panel
sekiranya terdapat bukti bahawa ahli tersebut ada penglibatan sebelumnya
dalam kes ini. Penglibatan dalam pemilihan calon pelajar dan projek sebagai
ahli jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti tidak merupakan satu
penglibatan sebelumnya. Setiausaha Lembaga Peperiksaan akan menjadi
Setiausaha kepada Panel Rayuan.
(ii) Panel Rayuan akan menimbangkan keterangan bertulis (di mana perlu) iaitu
termasuk:
a) keterangan bertulis oleh pelajar;
b) laporan yang disediakan oleh Setiausaha Lembaga Peperiksaan;
c) laporan awal dan akhir oleh pemeriksa;
d) tesis pelajar;
e) sebarang dokumen sokongan.
5.0 Pelajar boleh dipanggil dan menerangkan mengenai permohonan rayuan.
6.0 Panel Rayuan mempunyai kuasa untuk memanggil pemeriksa, jika perlu berbuat
demikian, untuk hadir dan melaporkan secara lisan atau bertulis kepada Panel.
7.0 Prosiding daripada Panel Rayuan adalah sulit dan terhad kepada ahli Panel dan
Lembaga Peperiksaan sahaja. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali melihat laporan
panel.
8.0 Apabila ditubuhkan, Panel Rayuan akan menyemak kes yang diserahkan oleh pelajar
untuk memastikan bahawa ia termasuk dalam perkara 2.0 di atas dan menentukan
bahawa terdapat kes yang sah (prima facie). Ia akan menentukan dengan melakukan
44
soal selidik sama ada keputusan akhir daripada pemeriksa itu adil dan saksama. Maka:
(i) pemeriksa akan diberitahu bahawa rayuan telah dibuat oleh pelajar dan Panel
berpendapat bahawa pemeriksa perlu dipanggil untuk mendapat penjelasan
terhadap isu yang ditimbulkan oleh pelajar;
(ii) pemeriksa akan diberi jaminan bahawa isu yang akan diambil perhatian oleh
Panel hanya mengikut batas yang diperuntukkan oleh prosedur ini untuk kajian
semula keputusan peperiksaan;
(iii) pemeriksa akan diberitahu keputusan kajian semula oleh Panel.
9.0 Panel Rayuan boleh mengemukakan salah satu cadangan berikut :
(i) rayuan patut ditolak oleh Lembaga Peperiksaan;
(ii) Lembaga Peperiksaan yang diberi kuasa oleh Senat menjemput pemeriksa asal
supaya menimbang semula keputusan mereka mengikut peraturan dan
prosedur yang diluluskan;
(iii) Lembaga Peperiksaan melantik pemeriksa baru.
Panel Rayuan tiada kuasa untuk mencadangkan perakuan oleh pemeriksa diketepikan.
10.0 Lembaga Peperiksaan akan menerima cadangan daripada Panel Rayuan dan
mengambil tindakan yang setimpal.
11.0 Pelajar dibenarkan merayu sekali sahaja
45
LAMPIRAN IV
PROSEDUR MENGEMUKAKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN
AKADEMIK – PELAJAR PENGAJIAN SISWAZAH YANG
MENDAFTAR KERJA KURSUS
1.0 SKOP
Prosedur ini hendaklah digunakan oleh pelajar pengajian siswazah yang berdaftar
program secara kerja kursus untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan
penilaian yang dibuat oleh pensyarah atau pemeriksa. Keputusan penilaian berkenaan
memberi kesan terhadap kemajuan atau penganugerahan atau kedudukan pencapaian
akademik pengajian. Panduan ini disediakan untuk memenuhi kehendak perkara 22
Peraturan Pengajian Siswazah.
2.0 PANDUAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN
Sebelum keputusan diambil untuk membuat rayuan atau tidak, pelajar dinasihatkan
supaya:
(a) terlebih dahulu membuat rundingan dengan Penasihat Akademik dan/atau
Dekan Fakulti/ Sekolah secara tidak rasmi agar masalah yang ada dapat
diselesaikan di peringkat Fakulti/ Sekolah;
(b) terlebih dahulu membuat rundingan dengan Pengerusi Sekolah Pengajian
Siswazah dan mendapat nasihat yang sewajarnya.
.
3.0 PROSEDUR
Apabila pelajar mengambil keputusan untuk mengemukakan rayuan, prosedur berikut
hendaklah dipatuhi:
(i) Dalam mengemukakan kes rayuan terhadap keputusan peperiksaan, ia
hendaklah dibuat segera tidak lewat dari empat belas (14) hari selepas
keputusan Lembaga Peperiksaan diumumkan dan sebelum mesyuarat Senat
yang mengesahkan keputusan peperiksaan berkenaan.
(ii) Surat rayuan hendaklah ditulis kepada Dekan Fakulti berkenaan dengan
memberi butir-butir keraguan, sebab dan justifikasi. Dekan Fakulti hendaklah
menjawab surat rayuan dengan menjelaskan peraturan yang sedang
digunapakai. Surat-surat tersebut hendaklah disalin kepada Pengerusi Sekolah
Pengajian Siswazah.
(iii) Dekan Fakulti berkenaan, pada masa yang sama, memaklumkan rumusan
Lembaga Akademik Fakulti kepada kepada Pengerusi Sekolah Pengajian
Siswazah bersama-sama dengan dokumen sokongan lain (jika ada) yang
berkaitan dengan kes rayuan.
46
(iv) Surat menyurat kedua-dua pihak dan maklumat tambahan dalam (iii) di atas
akan dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan Universiti yang diberi kuasa
oleh Senat untuk membuat keputusan ke atas rayuan. Lembaga Peperiksaan
boleh menubuhkan Panel Rayuan untuk membincang dan membuat perakuan
sewajarnya.
(v) Lembaga Peperiksaan atau Panelnya yang mempertimbangkan rayuan boleh
memanggil pelajar berkenaan untuk menjelaskan persoalan yang berkaitan.
Lembaga Peperiksaan atau Panelnya juga akan memanggil Dekan Fakulti
berkenaan atau wakilnya untuk menjelaskan persoalan yang berkaitan. Pelajar
dan Dekan Fakulti atau wakilnya yang berkenaan tidak dibenarkan hadir dalam
perbincangan Lembaga untuk mengambil keputusan. Keputusan tidak
semestinya dibuat sebaik sahaja pelajar dipanggil tetapi ia akan dimaklum
secara bertulis tujuh (7) hari (bekerja) selepas keputusan dibuat.
(vi) Sekiranyan pelajar masih tidak berpuashati dengan keputusan Lembaga
Peperiksaan, beliau boleh menulis terus kepada Naib Canselor untuk
menyemak semula kes dan membuat keputusan mengenainya. Keputusan Naib
Canselor adalah muktamad.
(vii) Pelajar berhak menarik rayuan beliau bila-bila masa dalam tempoh proses
kajian kes dibuat. Apabila rayuan ditarik ia tidak boleh dikemukakan semula.
4.0 KEDUDUKAN DAN KESAHIHAN SESUATU RAYUAN
Pelajar yang telah mengemukakan rayuan tidak boleh dianugerahkan ijazah selagi kes
rayuan tidak diselesaikan.
Kes rayuan hanya diproses sekiranya dibuat oleh pelajar itu sendiri.
47
LAMPIRAN V
PANDUAN PERLAKSANAAN SEMESTER PENDEK PENGAJIAN SISWAZAH
1.0 PENGENALAN
1.1 Semester Pendek merupakan semester pengajian yang diadakan dalam cuti
panjang di akhir sesi dan ia tidak dikira dalam pengiraan tempoh pengajian
yang ditetapkan bagi sesuatu program.
1.2 Penawaran kursus pada Semester Pendek adalah tertakluk kepada keputusan
Fakulti/Sekolah.
2.0 TEMPOH PENGAJIAN
2.1 Pengajian Semester Pendek bermula seminggu selepas berakhirnya Semester II
dan akan dilaksanakan untuk tempoh LAPAN (8) hingga SEPULUH (10)
minggu.
2.2 Tempoh semester ini merangkumi minggu perkuliahan dan peperiksaan akhir
sahaja.
2.3 Cuti pertengahan semester dan minggu ulangkaji tidak diperuntukkan bagi
semester ini.
3.0 KURSUS YANG DITAWARKAN
3.1 Sebarang kursus boleh ditawarkan dalam Semester Pendek tertakluk kepada
persetujuan fakulti. Kod Disertasi dan Penyelidikan tidak boleh ditawarkan
pada Semester Pendek.
3.2 Pelajar dibenarkan mendaftar maksimum sepuluh (10) kredit.
3.3 Kursus yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai atau yang mempunyai
bilangan pelajar gagal yang tinggi digalakkan untuk ditawarkan pada Semester
Pendek.
3.4 Pelajar yang menangguh pengajian pada semester sebelum semester pendek,
dibenarkan mendaftar kursus dan dikenakan caj yuran sebagaimana dalam
perkara 6.0. Caj ini hanya dikenakan kepada pelajar Program Perdana. Pelajar
bagi Program Pesisir dan Khas tidak dikenakan caj yuran kerana termasuk
dalam pakej yuran mengikut program masing-masing.
48
4.0 PENDAFTARAN KURSUS
4.1 Pelajar dikehendaki mendaftar setiap kursus yang diambil pada Semester
Pendek mengikut prosedur sedia ada dan di dalam tempoh yang ditetapkan
oleh Universiti.
4.2 Pelajar dibenarkan menarik diri daripada mengikuti kursus yang telah
didaftarkan. Tarik Diri (TD) kursus hendaklah dilakukan sebelum
pertengahan semester tersebut.
4.3 Permohonan untuk Tarik Diri Kursus (TD) hendaklah dibuat bermula dari
minggu KETIGA (ke 3) dan tidak lewat dari hari terakhir bekerja minggu ke
EMPAT (ke 4) semester. Selepas tarikh ini, permohonan untuk Tarik Diri
Kursus (TD akan dikenakan penalti RM 100.00 per kursus.
4.4 Fakulti/Sekolah dikehendaki menentukan jumlah minimum dan/atau
maksimum pelajar yang boleh mengikuti sesuatu seksyen bagi kursus yang
ditawarkan.
5.0 PENCAPAIAN AKADEMIK
5.1 Keputusan peperiksaan Semester Pendek akan digabungkan dengan keputusan
peperiksaan semester satu (1) sesi berikutnya bagi mengira PNG dan PNGK
dan seterusnya kedudukan akademik pelajar.
5.2 Prosedur pengumuman keputusan peperiksaan dan rayuan keputusan gred yang
sedia ada diguna pakai bagi Semester Pendek.
5.3 Pelajar yang mendaftar Semester Pendek sebagai semester terakhir
pengajiannya, keputusan pencapaian akademik akan dikeluarkan sebagaimana
Semester Lazim.
5.4 Pendaftaran kursus yang didaftar oleh pelajar akan terbatal dengan sendirinya
sekiranya pelajar mendapat Kedudukan Gagal (KG) dalam semester lazim
sebelumnya.
6.0 YURAN
6.1 Kadar yuran pengajian yang dikenakan oleh Universiti kepada pelajar pada
Semester Pendek adalah seperti berikut:-
6.1.1 Kadar Yuran Pelajar (Tempatan)*
Jenis Program Kadar Yuran
Sarjana RM75.00 bagi setiap kredit
Doktor Falsafah RM75.00 bagi setiap kredit
49
6.1.2 Yuran Perkhidmatan (Tempatan)*
Yuran perkhidmatan sebanyak RM320.00 dikenakan kepada
setiap pelajar.
6.1.3 Kadar Yuran Pelajar (Antarabangsa)*
Jenis Program Kadar Yuran
Sarjana RM190.00 bagi setiap kredit.
Doktor Falsafah RM190.00 bagi setiap kredit
6.1.4 Yuran Perkhidmatan (Antarabangsa)*
Yuran perkhidmatan sebanyak RM390.00 dikenakan kepada
setiap pelajar.
* Tertakluk kepada pindaan.
6.2 Kaedah Pembayaran
6.2.1 Pelajar hendaklah menjelaskan semua bayaran yuran Semester
Pendekyang dikenakan ke atas mereka sebelum atau semasa membuat
pendaftaran kursus semester yang berkenaan. Hanya pelajar yang telah
menjelaskan semua bayaran yuran yang berkenaan sahaja yang akan
diterima pendaftaran kursus mereka.
6.2.2 Pelajar yang tidak menjelaskan semua bayaran yuran tidak dibenarkan
mendaftar kursus.
6.2.3 Pelajar yang menarik diri (TD) dari mana-mana kursus tidak dibenarkan
menuntut balik pemulangan bayaran yuran.
50
LAMPIRAN VI
POLISI PROGRAM DWI, DUAL IJAZAH DAN IJAZAH BERSAMA
PENGAJIAN SISWAZAH DI UTM
SEKSYEN 1 - PENGENALAN
1.1 TUJUAN
Selaras dengan aspirasi pengantarabangsaan, pihak universiti amat menggalakkan
Fakulti/Sekolah/Akademi untuk melaksanakan program pendidikan transnational bagi
menjadikan UTM setanding dengan universiti ternama lain.
Polisi ini bertujuan untuk mewujudkan garis panduan bagi pembangunan, pelaksanaan
dan pengurusan program dwi ijazah (double degree), dual ijazah (dual degree) dan
ijazah bersama (joint degree) diperingkat pasca-ijazah di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).
Polisi ini boleh dijadikan panduan oleh pentadbir akademik dan kumpulan pengurusan
dan profesional serta kumpulan sokongan di peringkat Fakulti/Sekolah/Akademi dan
universiti dalam perlaksanaan program-program ini.
1.2 SKOP
Polisi ini adalah dokumen rujukan bagi inisiatif untuk pembangunan, pelaksanaan dan
pengurusan program dwi ijazah (double degree), dual ijazah (dual degree) dan ijazah
bersama (joint degree) di antara UTM dengan universiti lain di dalam atau luar
negara.
1.3 DEFINISI
PERKATAAN/ISTILAH
DEFINISI
Program Dwi Ijazah
(Double Degree Program)
Program Dwi Ijazah bermaksud gabungan dua
program pengajian daripada dua bidang yang
berbeza yang melibatkan dua universiti sama ada di
dalam atau luar negara. Program ini boleh
ditawarkan di peringkat UTM yang melibatkan dua
fakulti yang berbeza. Pelajar akan menerima dua
ijazah yang berasingan selepas berjaya memenuhi
semua syarat-syarat penganugerahan kedua-dua
universiti.
51
Program Dual Ijazah
(Dual Degree Program)
Program Dual Ijazah bermaksud gabungan dua
program pengajian daripada bidang yang sama
atau hampir sama yang melibatkan dua universiti
yang berbeza sama ada di dalam atau luar negara.
Pelajar akan menerima dua ijazah yang berasingan
daripada universiti yang bekerjasama selepas berjaya
memenuhi semua syarat-syarat penganugerahan
kedua-dua universiti.
Ijazah Bersama
(Joint Degree)
Program Ijazah Bersama bermaksud Program
pengajian yang dijalankan secara kerjasama di
antara UTM dan sebuah universiti luar atau dalam
negara yang membawa kepada satu skrol
penganugerahan bersama yang dikeluarkan dan
ditandatangani oleh kedua-dua universiti
PTJ Fakulti/Sekolah/Akademi dalam UTM
Pentadbir Akademik
Semua staf akademik yang tugasnya merangkumi
tugas pentadbiran termasuk Dekan, Timbalan Dekan,
Pengarah dan Pengurus Akademik.
Staf Akademik
Seseorang yang dilantik menjadi tenaga pengajar
oleh Universiti dan termasuk profesor, profesor
madya, pensyarah kanan, dan pensyarah.
Kumpulan Pengurusan &
Profesional
Staf bukan akademik yang mempunyai kelayakan
minimum Ijazah Sarjana Muda.
Kumpulan Sokongan Staf bukan akademik yang mempunyai kelayakan
minimum di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
MQA Agensi Kelayakan Malaysia
UTM QRIM UTM Centre for Quality & Risk Management
KPT Kementerian Pendidikan Tinggi
UTM TEC UTM Technology Entrepreneur Centre
UTM CC Pusat Kerjaya UTM
Horizontal Credit Transfer
Permindahan kredit daripada program di tahap
kelayakan yang sama. Contoh daripada peringkat
ijazah sarjana ke ijazah sarjana sahaja.
‘Home university dan host
university’
Penggunaan istilah ‘home university’ merujuk kepada
UTM manakala ‘host university’ merujuk kepada
universiti lain yang terlibat dalam program dwi ijazah
(double degree), dual ijazah (dual degree) dan ijazah
bersama (joint degree).
52
1.4 KONTEKS PERUNDANGAN
Polisi ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia 2010 dan Statut.
SEKSYEN 2 – POLISI
2.1 PRINSIP
2.1.1 Pihak UTM sentiasa mengalakkan dan menyokong insiatif untuk mewujudkan
program dwi ijazah (double degree), dual ijazah (dual degree) dan ijazah bersama
(joint degree) diperingkat pasca-ijazah di antara UTM dengan universiti dalam
dan luar negara.
2.1.2 Program dwi ijazah (double degree), dual ijazah (dual degree) dan ijazah bersama
(joint degree) boleh dilaksanakan oleh pihak Fakulti/Sekolah/Akademi
diperingkat Sarjana / Doktor Falsafah secara penyelidikan, kerja kursus
(coursework) dan kerja kursus dan penyelidikan (mixed-mode).
NAMA RUJUKAN
BAHAGIAN RUJUKAN
Peraturan Akademik Pengajian Siswazah UTM Seluruh dokumen
Garis Panduan Program Pasca-Ijazah Berganda
(Double Post-Graduate Degrees) dan Ijazah
Pasca-Ijazah Secara Usahasama (Joint Post-
Graduate Degree) Di UTM
Seluruh dokumen
Dasar Jaminan Kualiti yang Diputuskan
Melalui Mesyuarat Kajian Semula Dasar-
Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti Bil 1 / 2012 –
Bil 3 / 2013
Muka Surat 11-12
Malaysia Quality Assurance System : Support
System For Flexible Learning Seluruh dokumen
Garis Panduan Permohonan Program
Akademik Edisi Kedua 2015 Kementerian
Pendidikan Tinggi
Muka Surat 13
Dasar Pindah Kredit MQA Seluruh dokumen
Polisi dan Prosidur TNE UTM Seluruh dokumen
53
2.1.3 Fakulti digalakkan merancang program dwi ijazah (double degree), dual ijazah
(dual degree) dan ijazah bersama (joint degree) sebagai satu usaha bagi
memartabatkan program-program ijazah kedoktoran dan sarjana ke arah
pengantarabangsaan.
2.1.4 Pelaksanaan program dwi ijazah (double degree), dual ijazah (dual degree) dan
ijazah bersama (joint degree) memberi kelebihan kepada pelajar dari segi
pengiktirafan disamping menambah nilai kualiti program pengajian siswazah di
UTM.
2.1.5 Disamping galakan yang diberikan, pihak universiti masih memandang serius
pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Senat Universiti dan Pekeliling
yang dikeluarkan MQA serta KPT dari semasa ke semasa.
2.2 PENYATAAN POLISI
2.2.1 Pernyataan Umum
2.2.1.1 Universiti bertanggungjawab memantau perlaksanaan setiap program
dwi ijazah (double degree), dual ijazah (dual degree) dan ijazah bersama
(joint degree) mengikut amalan biasa dalam Peraturan Akademik
Pengajian Siswazah UTM.
2.2.1.2 Setiap pelajar dalam program dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama
adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Akademik dan syarat-syarat
penganugerahan kedua-dua universiti.
2.2.1.3 Program dwi ijazah dan ijazah bersama boleh dilaksanakan untuk semua
mod pengajian iaitu penyelidikan (research), kerja kursus (coursework)
dan kerja kursus dan penyelidikan (mixed-mode) manakala program dual
ijazah (dual degree) adalah khusus untuk program dalam mod kerja
kursus sahaja.
2.2.1.4 Proses kerja bagi permohonan penubuhan program adalah seperti di
Lampiran 1.
2.2.1.5 Fakulti/Sekolah/Akademi dikehendaki menyatakan syarat-syarat
perpindahan kredit, kursus yang setaraf dan peraturan berkaitan di antara
universiti pertama dan kedua dengan terperinci dengan merujuk
berdasarkan Kredit Pindah MQA.
2.2.1.6 Fakulti/Sekolah/Akademi dikehendaki merujuk dengan Pejabat penasihat
Undang-Undang UTM bagi tujuan menandatangani dokumen MoU /
MoA / Surat Cara bagi setiap program dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah
bersama dengan universiti kedua.
54
2.2.1.7 Fakulti/Sekolah/Akademi perlu mendapatkan kelulusan Senat Universiti
dan Lembaga Pengarah Universiti dan membuat pemakluman ke
Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum menjalankan sebarang program
dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama.
2.2.1.8 Hanya program yang telah mendapat status akreditasi penuh sahaja yang
layak dijadikan program dwi ijazah , dual ijazah dan ijazah bersama.
2.2.1.9 Penerangan perbezaan utama bagi program dwi ijazah , dual ijazah dan
ijazah bersama adalah seperti di Lampiran 2.
2.2.2 Pernyataan Khusus
2.2.2.1 Program Dwi Ijazah (Double Degree)
a) Pemilik program adalah oleh kedua-dua
Universiti/Fakulti/Akademi (home university dan host university)
yang terlibat dalam program ini.
b) Syarat kemasukan bagi program ini perlu merujuk kepada syarat di
kedua-dua universiti.
c) Pendaftaran pengajian perlu dibuat di kedua-dua universiti.
d) Bayaran yuran pengajian bagi pelajar perlu dibuat bagi kedua-dua
universiti/fakulti/akademi berdasarkan kadar yang dipersetujui
dalam perjanjian MoU / MoA / Surat Cara.
e) Struktur kurikulum ditentukan oleh kedua-dua universiti masing-
masing.
f) Pelajar boleh mengikuti program pengajian samada secara serentak
(concurrent) ataupun berturutan (sequential).
g) Pelajar layak untuk mendapatkan peratusan perpindahan kredit
mengikut Peraturan akademik Pengajian Siswazah UTM.
h) Pelajar wajib menjalani program sangkutan
penyelidikan/kelas/kursus bagi tempoh minimum satu (1) semester
di host university.
i) Pelajar perlu mendapatkan seorang penyelia utama dari UTM dan
seorang lagi penyelia utama dari Universiti/Fakulti/Akademi yang
terlibat dalam program dwi ijazah ini.
j) Pelajar perlu mengemukakan dua tesis yang berbeza untuk
penilaian di universiti masing-masing.
k) Bilangan pemeriksa adalah mengikut syarat yang ditetapkan di
home university dan host university.
l) Bilangan peperiksaan lisan yang diduduki oleh pelajar bergantung
kepada keperluan kedua-dua Universiti/Fakulti/Akademi.
m) Pelajar layak untuk dianugerahkan ijazah dari kedua-dua universiti
sekiranya memenuhi syarat penganugerahan.
n) Pelajar akan menerima dua skrol yang dikeluarkan oleh kedua-dua
universiti yang terlibat dalam program dwi ijazah ini
o) Nomenclature penganugerahan adalah mengikut program dari
kedua-dua universiti.
55
p) Jenis program dwi ijazah dinyatakan dalam transkrip yang
dikeluarkan oleh kedua-dua universiti.
2.2.2.2 Program Dual Ijazah (Dual Degree)
a) Pemilik program adalah oleh kedua-dua
Universiti/Fakulti/Akademi (home university dan host university)
yang terlibat dalam program ini.
b) Syarat kemasukan bagi program ini perlu merujuk kepada syarat di
kedua-dua universiti.
c) Pendaftaran pengajian perlu dibuat di kedua-dua universiti.
d) Bayaran yuran pengajian bagi pelajar perlu dibuat bagi kedua-dua
Universiti/Fakulti/Akademi berdasarkan kadar yang dipersetujui
dalam perjanjian MoU / MoA / Surat Cara.
e) Struktur kurikulum ditentukan oleh kedua-dua universiti masing-
masing.
f) Pelajar perlu mengikuti program pengajian secara serentak
(concurrent).
g) Pelajar layak untuk mendapatkan peratusan perpindahan kredit
mengikut perpindakhan kredit secara horizontal oleh MQA.
h) Pelajar wajib menjalani program sangkutan
penyelidikan/kelas/kursus bagi tempoh minimum satu (1) semester
di host university.
i) Pelajar perlu mengemukakan satu tesis / disertasi / projek sarjana
sahaja untuk penilaian.
j) Bilangan pemeriksa adalah mengikut syarat yang ditetapkan di
home university dan host university.
k) Bilangan peperiksaan lisan yang diduduki oleh pelajar bergantung
kepada keperluan kedua-dua Universiti/Fakulti/Akademi.
l) Pelajar layak untuk dianugerahkan ijazah dari kedua-dua universiti
sekiranya memenuhi syarat penganugerahan.
m) Pelajar akan menerima dua skrol yang dikeluarkan oleh kedua-dua
universiti yang terlibat dalam program dual ijazah ini. Pernyataan
khas (linking statement) yang menghubungkan dua skrol
penganugerahan perlu tercatat di dalam skrol. Contoh linking
statement adalah seperti dalam Rajah 1:
This degree is conferred under a Dual Degree Program agreement
between xxxxxxxxxxxxxxx and xxxxxxxxxxxxxxx.
Rajah 1: Contoh pernyataan khas (linking statement)
n) Nomenclature penganugerahan adalah mengikut program dari
kedua-dua universiti.
o) Jenis program dual ijazah dinyatakan dalam transkrip yang
dikeluarkan oleh kedua-dua universiti.
56
2.2.2.3 Program Ijazah Bersama (Joint Degree)
a) Pemilik program adalah UTM (home university).
b) Pendaftaran pengajian perlu dibuat di kedua-dua universiti.
c) Bayaran yuran pengajian bagi pelajar perlu dibuat di UTM (home
university).
d) Struktur kurikulum dirangka dan dipersetujui bersama oleh kedua-
dua universiti.
e) Pelajar perlu mengikuti program pengajian secara serentak
(concurrent).
f) Pelajar layak untuk mendapatkan peratusan perpindahan kredit
mengikut perpindahan kredit secara horizontal oleh MQA
g) Pelajar wajib menjalani program sangkutan
penyelidikan/kelas/kursus bagi tempoh minimum satu (1)
semester di host university.
h) Pelajar perlu mendapatkan seorang penyelia utama dari UTM dan
seorang lagi penyelia bersama dari Universiti/Fakulti/Akademi
yang terlibat dalam program ijazah bersama (joint degree) ini.
i) Bilangan pemeriksa adalah berdasarkan bilangan yang
dipersetujui bersama oleh kedua-dua universiti.
j) Pelajar perlu menjalani satu (1) sesi peperiksaan lisan sahaja.
k) Pelajar perlu mengemukakan satu tesis sahaja untuk penilaian.
l) Pelajar layak untuk dianugerahkan ijazah dari kedua-dua universiti
sekiranya memenuhi syarat penganugerahan.
m) Pelajar akan menerima satu skrol penganugerahan bersama yang
dikeluarkan dan ditandatangani oleh kedua-dua universiti.
n) Nomenclature penganugerahan adalah mengikut program dari
kedua-dua universiti.
o) Jenis program ijazah bersama dinyatakan dalam transkrip yang
dikeluarkan oleh kedua-dua universiti secara bersama.
2.2.3 Perkara 2.2.1 dan 2.2.2 boleh dipinda berdasarkan persetujuan antara universiti
menerusi Memorandum Perjanjian (MoA).
SEKSYEN 3 - PROSEDUR
3.1 TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab melaksanakan polisi ini meliputi pihak yang berikut:
3.1.1 Fakulti
a. Fakulti perlu menamakan satu jawatankuasa penubuhan program baru bagi
tujuan penyediaan kertas kerja, menyemak dan mengesahkan dokumen-
dokumen sebelum kertas kerja tersebut dihantar ke pihak atasan.
b. Satu kertas kerja perlu disediakan oleh fakulti meliputi perkara-perkara
berikut:
57
i. Perjanjian kerjasama serta terma dan syarat dari universiti kedua
mengenai Program Ijazah Berganda atau Pasca-Ijazah secara
Usahasama.
ii. Penerangan secara terperinci tentang cadangan perlaksanaan program
dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama di UTM.
iii. Syarat-syarat, peraturan dan aspek undang-undang yang perlu dilalui
oleh kedua-dua universiti.
iv. Syarat serta kelayakan dan pra-kelayakan calon dari UTM dan
universiti kedua bagi menyertai program-program ini.
v. Peraturan akademik di UTM dan universiti kedua mengenai syarat-
syarat peperiksaan, penyeliaan, kursus persediaan, peperiksaan,
penghantaran tesis, penganugerahan ijazah, dll.
vi. Perlaksanaan dari segi penyeliaan pelajar, dan penggunaan sumber-
sumber seperti makmal dan perpustakaan.
vii. Perkiraan perbelanjaan yuran, kos sara hidup, penajaan, dll. yang
akan dihadapi oleh pelajar. Juga, cadangan kos yang akan dihadapi
oleh UTM.
viii. Penajaan, penempatan, insuran, dll. pelajar di universiti kedua.
ix. Cadangan perlaksanaan dari segi jadual akademik melibatkan
penempatan pelajar di universiti pertama dan kedua.
c. Setiap program dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama memerlukan
Perjanjian Kerjasama (Memorandum of Understanding) dengan universiti
tersebut terlebih dahulu. Rujukan dengan Unit Undang-Undang UTM adalah
dikehendaki bagi tujuan ini.
3.1.2 Sekolah Pengajian Siswazah / Jawatankuasa Semakan Kertas Kerja
Program Pengajian Siswazah / Jawatankuasa Tetap Senat (Kurikulum &
Kualiti Akademik)
a. Bertanggungjawab untuk menyemak kandungan berdasarkan format terkini
mengikut format JKPT untuk Permohonan Program Baharu.
b. Membantu universiti dalam merekabentuk dan melaksana kurikulum
berdasarkan Inovasi Pembelajaran Akademia Baru dan selaras dengan
keperluan Pembelajaran Abad ke-21 menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) [PPPM (PT)] 2015-2025.
c. Memastikan program yang dibentuk menjurus dan menyokong pelaksanaan
New Academia Learning Innovation-(NALI) dan Blended Learning (BL)
yang mana merangkumi kaedah penyampaian, bahan pengajaran dan
penggunaan sumber digital dengan pelaksanaan Massive Open Online
Courses (MOOCs), Open Courseware (OCW), Student–to-Student (S2S)
Edutainment, projek UTM-MIT BLOSSOMS, Video of Exemplary
Professionals dan UTM e-Learning dan berbentuk ‘Multi-Disciplinary’.
58
3.1.3 UTM TEC dan UTM CC
a. Bertanggungjawab untuk membantu fakulti dalam menghasilkan program
yang dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan ke tahap global melalui
Pemerkasaan Tradisi dan Minda Keusahawanan.
b. Memberi maklumbalas berkenaan kebolehpasaran graduan bagi program
yang dicadangkan untuk tempoh masa panjang dengan merujuk bahan yang
dikeluarkan oleh Labour Force Survey (LFS), ILMIA, TalentCorp,
JobStreet.com, JPA, DOSM, COL untuk Keperluan Guna Tenaga dan MIDA
serta Pelan Industri untuk Keperluan Industri.
c. Memberi maklum balas berkenaan program yang bakal ditawarkan dan
hubungkait serta kepentingan kepada pihak industri dalam tempoh jangka
panjang.
3.1.4 Bendahari
a. Memberi maklumbalas berkenaan kos yuran yang dikenakan oleh pihak
fakulti samada wajar dan memberi keuntungan atau tidak kepada pihak UTM
selaras dengan pendekatan kemampanan kewangan ‘financial sustainability’
universiti
b. Merancang ‘business model’ sesebuah program untuk kelestarian program
berkenaan.
3.2 PENAWARAN PROGRAM DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE), DUAL
IJAZAH (DUAL DEGREE) DAN IJAZAH BERSAMA (JOINT DEGREE)
3.2.1 Fakulti/Sekolah/Akademi yang terlibat dalam penawaran program ini perlu
mempunyai memorandum perjanjian atau persefahaman yang jelas dan
komprehensif.
3.2.2 Program yang terlibat hendaklah kedua-duanya mencapai status Akreditasi /
pengiktirafan dari badan yang berautoriti di negara berkenaan.
SEKSYEN4 –TADBIR URUS
4.1 TANGGUNGJAWAB
Pengurus Polisi
Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)
59
4.2 KAWALAN VERSI AND KRONOLOGI PERUBAHAN
Nombor
Versi
Tarikh
diluluskan
Diluluskan
oleh Pindaan
1.0 2 Ogos 2017 Senat UTM
2.0 10 Januari 2018 Senat UTM
Pengguguran pernyataan a) di 2.2.2.2
Kemaskini pernyataan j) di 2.2.2.2
Penambahan pernyataan di 2.2.2.2
Penambahan pernyataan di 2.2.3
3.2.3 Universiti hanya menawarkan pelajar yang mempunyai rekod pencapaian
akademik yang cemerlang bagi mengikuti program program dwi ijazah (double
degree), dual ijazah (dual degree) dan ijazah bersama (joint degree).
3.2.4 Penawaran program dwi ijazah (double degree) dilaksanakan secara serentak
(concurrent) ataupun berturutan (sequential) tertakluk kepada pertimbangan
dengan berpandukan konsep penawaran dibawah;
a) Berturutan (Sequential)
Hanya pelajar yang telah mengikuti sepenuhnya program pengajian di
universiti pertama dengan rekod akademik yang cemerlang sahaja layak
memohon mengikuti program pengajian di universiti kedua. Permohonan
mengikuti program dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama dibuat secara
berasingan dan persetujuan fakulti / PTJ / sekolah yang terlibat.
b) Serentak (Concurrent)
Hanya pelajar yang telah mengikuti dan lulus sebahagian program di
universiti pertama dengan rekod akademik yang cemerlang boleh
dipertimbangkan untuk mendaftar dan mengikuti program di universiti
kedua.
3.2.5 Pindah kredit hanya boleh dilakukan secara Horizontal.
3.2.6 Syarat umum pindah kredit (Pertindihan / Perpindahan Kursus/Kredit) mengikut
Dasar Kredit Pindah oleh MQA dan Peraturan akademik Pengajian Siswazah
UTM.
3.2.7 Tempoh permastautin (residential year) di universiti kedua adalah sekurang-
kurangnya 1 semester.
60
LAMPIRAN VII
PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR
1.0 Penyeliaan Peperiksaan Akhir
1.1 Penyelia Peperiksaan ialah Dekan Fakulti. 1.2 Penyelia Peperiksaan bertanggungjawab untuk menentukan peperiksaan
berlangsung dengan pengawasan rapi dan tertib. 1.3 Penyelia Peperiksaan dikehendaki melantik Pengawas Peperiksaan (yang
terdiri daripada staf akademik) dan Pembantu Pengawas
Peperiksaan (yang terdiri daripada staf sokongan). 1.4 Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan
bertanggungjawab kepada Penyelia Peperiksaan.
2.0 Pengawasan Peperiksaan Akhir
2.1 Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan hendaklah
bertanggungjawab untuk mengawas peperiksaan. 2.2 Kecuali dengan kebenaran Penyelia Peperiksaan, sekurang-kurangnya DUA
(2) orang Pengawas Peperiksaan dilantik bagi sesuatu Dewan Peperiksaan.
Seorang daripada mereka akan dilantik sebagai Ketua Pengawas. 2.3 Tanggungjawab Ketua Pengawas adalah seperti berikut:-
2.3.1 melapor diri kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di
pejabat fakulti pada hari peperiksaan tidak lewat dari TIGA PULUH
(30) minit sebelum peperiksaan dimulakan. Ketua Pengawas akan
mendapatkan sampul surat bermetri yang mengandungi kertas soalan
dan senarai nama pelajar yang mengambil peperiksaan kursus
berkenaan; 2.3.2 mengesahkan kehadiran Pengawas dan Pembantu Pengawas; 2.3.3 mengarahkan Pembantu Pengawas meletakkan buku jawapan,
borang kehadiran dan keperluan lain peperiksaan di atas meja pelajar
dan hendaklah siap tidak lewat daripada LIMA BELAS (15) minit
sebelum bermulanya peperiksaan; 2.3.4 mengarahkan pelajar memasuki Dewan Peperiksaan LIMA
BELAS (15) minit sebelum bermulanya peperiksaan; 2.3.5 memastikan kehadiran pelajar dicatat dan direkodkan secara teliti; 2.3.6 mengumumkan masa permulaan dan akhir peperiksaan. Ia
hendaklah juga mengumumkan kepada pelajar apabila tinggal
LIMA BELAS (15) minit sahaja lagi sebelum berakhirnya
peperiksaan;
61
2.3.7 memberi peringatan kepada pelajar tentang kesan salah laku
peperiksaan;
2.3.8 sekiranya seseorang pelajar dibenar meninggalkan Dewan
Peperiksaan untuk sesuatu tujuan dan kemudian kembali semula,
Ketua Pengawas hendaklah memastikan pelajar berada dalam
pengawasan secukupnya semasa pelajar berada di luar Dewan
Peperiksaan;
2.3.9 sekiranya berlaku salah laku menipu dan/atau meniru semasa
peperiksaan, Ketua Pengawas hendaklah mengumpulkan bahan
bukti dan mengambil kertas jawapan pelajar secara serta-merta.
Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan meneruskan peperiksaan
dengan menggunakan kertas jawapan baharu;
2.3.10 melapor dan menyerahkan bahan bukti tentang kejadian yang
melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan kepada Penyelia
Peperiksaan atau wakilnya dengan serta-merta selepas tamatnya
peperiksaan;
2.3.11 boleh membenarka pelajar meninggalkan Dewan Peperiksaan
sekiranya pelajar hendak menyerahkan buku/kertas jawapan
lebih awal daripada LIMA BELAS (15) minit sebelum
berakhirnya peperiksaan;
2.3.12 mengeluarkan arahan kepada Pengawas dan Pembantu Pengawas
untuk mengutip buku dan/atau kertas jawapan selepas waktu
peperiksaan tamat, iaitu pelajar masih duduk di tempat masing-
masing. Buku dan/atau kertas jawapan yang kosong atau tidak
digunakan hendaklah dikutip secara berasingan;
2.3.13 bertanggungjawab atas hitungan dan pengesahan bilangan set
buku dan/atau kertas jawapan yang diterima;
2.3.14 bertanggungjawab atas penyerahan buku dan/atau kertas jawapan
kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya bersama buku
dan/atau kertas jawapan yang kosong atau tidak
digunakan;
2.3.15 tidak boleh menangguh, menggantung atau membatalkan
sesuatu peperiksaan tanpa persetujuan Penyelia Peperiksaan;
2.3.16 menyerahkan borang kehadiran Pengawas dan Pembantu
Pengawas kepada Penyelia Peperiksaan atau
wakilnya di pejabat fakulti selepas tamat waktu peperiksaan;
2.3.17 bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan peperiksaan;
dan
2.3.18 diberi kuasa untuk mengambil sebarang tindakan yang
dirasakan perlu bagi membendung salah laku peperiksaan.
62
2.4 Tanggungjawab Pengawas adalah seperti berikut:
2.4.1 melapor diri kepada Ketua Pengawas di Dewan Peperiksaan TIGA
PULUH (30) minit sebelum bermulanya peperiksaan; 2.4.2 meletakkan kertas soalan di atas meja pelajar sebelum pelajar
dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan; 2.4.3 memastikan maklumat yang tercatat dalam borang kehadiran
pelajar adalah sama dengan yang terdapat dalam MyKad/pasport
dan/atau kad matrik pelajar dan slip pendaftaran kursus pelajar
sebelum mengutip salinan kedua borang kehadiran pelajar; 2.4.4 mengutip buku dan/atau kertas jawapan selepas tamatnya
waktu peperiksaan, semasa pelajar masih duduk di tempat masing-
masing. Buku dan/atau kertas jawapan yang kosong atau tidak
digunakan hendaklah dikutip secara berasingan; 2.4.5 melaporkan kepada Ketua Pengawas sesuatu kejadian yang
melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan; dan 2.4.6 menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas.
2.5 Tanggungjawab Pembantu Pengawas adalah seperti berikut:
2.5.1 melapor diri kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di
pejabat fakulti TIGA PULUH (30) minit sebelum peperiksaan
bermula. Kemudian, Pembantu Pengawas dikehendaki pula
melapor diri kepada Ketua Pengawas di Dewan Peperiksaan.
2.5.2 bertanggungjawab kepada Ketua Pengawas dan hendaklah:
a. membawa semua keperluan peperiksaan ke tempat
peperiksaan;
b. meletakkan alat keperluan peperiksaan di atas meja
pelajar mengikut arahan Ketua Pengawas;
c. membantu meletakkan kertas soalan peperiksaan di atas
meja pelajar sebelum pelajar
dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan;
d. berada dalam Dewan Peperiksaan sepanjang
tempoh berlangsungnya peperiksaan;
e. membantu Pengawas mengutip buku dan/atau kertas
jawapan pelajar;
f. memulangkan semua alat keperluan setelah
selesainya peperiksaan kepada Penyelia Peperiksaan atau
wakilnya di pejabat fakulti; dan
g. menjalankan tugas lain dari semasa ke semasa seperti
yang diarahkan oleh Ketua Pengawas
63
Top Related