Download - Perbezaan ASWJ dengan Syiah

Transcript
Page 1: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

1

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

PERBEZAAN FAHAMAN SYIAH IMAMIYYAH DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Mohd Fauzi Hamat

Mohd Sobri Ellias

Pendahuluan

Polemik antara golongan Syiah dan ahli sunnah wal Jamaah(ASWJ) merupakan

suatu isu yang telah lama dibahaskan oleh para ulama terdahulu dalam karya-karya

ilmiah mereka. Sebagai kiasan, mazhab ASWJ yang dipegang oleh majoriti umat

Islam diibaratkan seperti aliran sungai utama yang mempunyai cabang-cabang

sungai kecil yang berbilang, manakala Syiah pula diibaratkan seperti salah satu

daripada aliran-aliran sungai kecil yang menyimpang daripada aliran utama tersebut.

Berkaitan isu Syiah ini, para ulama ASWJ telah pun menyediakan jawapan dalam

menyingkapi golongan ini, khususnya Syiah Imamiyyah yang masih berpengaruh

hingga kini. Dalam melihat polemik yang berlaku di antara golongan Syiah dan Sunni

ini, dunia telahpun menyaksikan bagaimana berlakunya siri kemelut dan

persengketaan yang berpanjangan di seluruh dunia khususnya di Pakistan dan Iraq.

Beberapa usaha dan percubaan untuk mendamaikan atau mendekatkan antara dua

golongan ini nampaknya masih tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.

Berdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi

Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 5 Mei 1996 yang lalu,

ketika membincangkan isu Syiah di Malaysia, pihak jawatankuasa telah bersetuju

memutuskan bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah

diadakan pada 24-25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] yang

menetapkan “Hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyyah dan al-Ja`fariyyah

Mohd Fauzi Hamat, PhD. Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohd Sobri Ellias, Calon PhD dan Pembantu Penyelidik di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Page 2: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

2

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

yang diterima untuk diamalkan di Malaysia” dimansuhkan1. Berhubung isu ini,

terbaru, ia telah dibincangkan dalam sidang parlimen pada 9 Mac 2011 di mana YB

Senator Mejar Jeneral Dato‟ Jamil Khir b. Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan

Perdana Menteri telah melarang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia tanpa turut

menghalang pengamalan ajaran tersebut di Negara ini2. Ini bererti ajaran ini masih

bebas untuk diamalkan di Malaysia oleh pengikutnya dan kesannya; adalah sukar

untuk dijamin sejauh mana ia tidak disebarkan kepada pengikutnya, apatah lagi

wujudnya suara-suara sumbang yang cuba mempertahankan hak golongan ini untuk

menjalankan aktiviti mereka atas dasar hak asasi manusia. Setakat ini, terdapat

sebanyak enam buah negeri yang telah mewartakan larangan terhadap penyebaran

fahaman Syiah iaitu; Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan,

Negeri Sembilan dan Melaka3.

Realitinya isu Syiah ini, khususnya Syiah Imamiyyah, merupakan suatu isu

yang sebenarnya berakar umbi daripada permasalahan politik yang berlaku pada

zaman Sayyidina Ali, yang akhirnya telah meresapi permasalahan dasar dalam

agama iaitu akidah. Ia bukan hanya sekadar perbezaan dari aspek amalan seperti

perbezaan yang berlaku antara mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi`e dan

Hanbali, namun lebih besar lagi, ia turut melibatkan soal iktikad yang jelas

bertentangan dengan akidah sejati ASWJ. Nampaknya, Islam yang suci dan murni

dengan ajarannya yang dipegang oleh majoriti ummah akan tercemar dengan

kepercayaan dan perlakuan menyimpang tajaan golongan Syiah ini sekiranya isu ini

dipandang ringan oleh masyarakat pada hari ini.

Dalam kaitan ini, kesucian akidah warisan junjungan besar Nabi Muhammad

S.A.W. perlu dipertahankan daripada terus diselewengkan oleh golongan-golongan

1 Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia, 6

April 2011. 2Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-

09032011.pdf, 18 April 2011. Lihat juga Berita Harian Online,

http://www.bharian.com.my/articles/MalaysialarangsebarSyiah/Article/, 6 April 2011. 3Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa?keys=syiah&tid_2=All, 18 April 2011.

Page 3: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

3

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

ahli bid`ah yang terkeluar daripada garis kasar aliran arus perdana ummah seluruh

dunia. Tindakan mengeksploitasi kecintaan terhadap ahl al-bayt demi meraih

kepentingan aliran mereka ini juga tidak sewajarnya diberikan laluan untuk membina

tapak dalam jiwa umat Islam di Negara ini. Atas dasar ini, kertas ini dikemukakan

bagi menggariskan secara jelas perbezaan di antara fahaman Syiah Imamiyyah dan

fahaman ASWJ. Huraian ini kelak akan dijadikan asas kefahaman dalam

menanggapi sejauh mana percanggahan mazhab ini dengan fahaman mazhab arus

perdana di Malaysia.

Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

Dari sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan suatu istilah

yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata

ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna

yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut pemaknaan istilah.

Perkataan Ahl jika dilihat dari sudut literal, ia bererti ahli keluarga4, pengikut atau

golongan5. Dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau

berpegang dengan sesuatu [kalimah] yang disandarkan kepada perkataan Ahl

tersebut, seperti ahl al-madhhab ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan

mazhab tersebut6.

Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan

sebanyak 16 kali7. Perkataan al-Sunnah pula dari sudut literal bermaksud al-sirah8.

4 Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram (1952), Lisan al-`Arab, j. 11, Beirut : Dar Sadir li

al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 28; al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), al-Qamus al-Muhit, j. 3, Kaherah : Mu‟assasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi`, hlm. 331; Al-Razi, Muhammad b. Abu Bakr (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan, hlm. 13. 5 Mahmud `Abd al-Rahman `Abd al-Mun`im (t.t), Mu`jam al-Mustalahat wa Alfaz al-Fiqhiyyah, j. 1,

Kaherah : Dar al-Fadilah, hlm. 332. 6 Ibid.

7 Musatafa `Azami (1988), Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Engku Ibrahim Engku Ismail

(terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 7. 8 Al-Razi, Muhammad b. Abu Bakr (1986), op.cit, hlm. 133.

Page 4: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

4

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Dari sudut etimologi, perkataan al-sunnah mempunyai pengertian mengalirkan

sesuatu dengan lancar ( و إطارده فى سهولةجران الشء )9. Ia juga bermaksud al-tariqah

(jalan atau perilaku)10, baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak11. Sabda

Rasulullah S.A.W. :

ة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها من غير أ من سن في السلم ن ينقص من سنئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من :أجورهم شيئا ومن سن ة سي في السلم سن

غير أن ينقص من أوزارهم شيئا

Maksudnya: “Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya maka dia mendapat pahalanya dan pahala seperti pahala-pahala mereka (yang mengikutinya) tanpa berkurang sedikitpun pahala-pahala mereka. Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang buruk lalu diamalkan orang selepasnya maka dia menanggung dosanya dan dosa-dosa seperti dosa mereka tanpa berkurang sedikitpun dosa-dosa mereka”.

Manakala dari sudut terminologi, al-sunnah mengandungi erti; sesuatu yang

disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada kata-

katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnya‟12 dan sejarah hidupnya13, sama ada

sebelum kenabian mahupun selepas kenabian14. Ia juga bermaksud jalan yang

9 Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mu‟jam Maqayis al-Lughah, c. 2, j. 3, Mesir : Syarikah

Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, hlm. 60. 10

Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan : Dar al-Kutub al-

`Ilmiyyah, hlm. 145; Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-

Misriyyah, hlm. 96. 11

Muhammad `Ajjaj al-Khatib (2003), Usul al-Hadith : `Ulumuhu wa Mustalahuhu, c. 1, Beirut : Dar al-Fikr, hlm. 13. 12

al-Tahhan, Mahmud, Dr., (t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad : Maktabah al-Ma`arif, hlm. 15. Yang dimaksudkan dengan sifat Nabi ialah sifat-sifat kejadiannya dan sifat-sifat keperibadiannya, lihat Nur al-Din `Itr, Dr. (1997), Manhaj al-Naqd fi`Ulum al- Hadithlm. cet. 3, Beirut & Damsyik : Dar al-Fikr al-Mu`asir & Dar al-Fikr, hlm. 26. 13

Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri` al-Islami. Kaherah : Maktabah Wahbah, hlm. 72.

14 Muhammad `Abd al-Hadi (1992), Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah Ma`alim al-Intilaqah al-Kubra, c. 4,

Kaherah: Dar al-I`lam al-Duwali, hlm. 43.

Page 5: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

5

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

ditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat

dan hawa nafsu15. Di sisi para fuqaha‟, perkataan al-sunnah bermaksud perkara

yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan

percakapannya. Perkataan al-Sunnah tersebut telah digunakan oleh para fuqaha‟

bagi menggambarkan perbuatan yang berlandaskan kepada petunjuk Nabi, dan al-

Sunnah dengan maksud ini merupakan antonim bagi bid`ah16. Walaupun terdapat di

kalangan para pengkaji yang mengatakan bahawa al-Sunnah dan al-hadith pada

pandangan para ahli hadis membawa maksud yang sama17 namun penulis lebih

cenderung untuk mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang halus dari sudut

pemaknaan istilahi di antara keduanya di mana ungkapan al-Sunnah sebenarnya

lebih umum daripada ungkapan al-hadith18.

15

Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, hlm. 29. Penulis berpendapat bahawa, perkataan al-sunnah tidak patut diterhadkan maknanya sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, bahkan skopnya perlu diperluaskan mencakup gaya dan pendekatan Rasulullah dalam menangani sesuatu isu, dan bukan secara literalnya ia difahami dengan semata-mata merujuk kepada apa yang telah disabdakan, dilaksanakan atau yang ditaqrirkan oleh baginda secara zahir. Sebagai contoh, dalam memahami Hadith al-Jariah, tindakan baginda yang telah mentaqrirkan iman al-jariah tersebut, perlu dilihat dalam konteks „pendekatan‟ Rasulullah ketika berhadapan dengan kualiti manusia sedemikian bahkan ia tidak patut difahami secara literal dan mutlak sepertimana yang telah tergambar pada zahir lafaz ucapan baginda sallahu `alaih wasallam tersebut. Lihat al-Razi, Fakhr al-Din Abi `Abdillah Muhammad b. `Umar b. al-Husain (1993), Asas al-Taqdis fi `Ilm al-Kalam, c. 1, Beirut: Dar al-Fikr al-Lubnan, hlm. 126. 16

Salih Ahmad al-Khatib (2004), al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, j. 1, c. 1, Oman: al-Dar al-`Uthmaniyyah, hlm. 22. Dalam konteks penggunaan perkataan al-sunnah ini, sebagai contoh Ibn Hazm telah mengatakan bahawa ahl al-Sunnah merupakan ahl al-Haq dan selain daripada mereka adalah ahl al-Bid`ahlm. Lihat Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa‟ wa al-Nihal, j. 2, c. 2, Beirut: Dar al-Ma`rifah, hlm. 113. 17

Mohd Napiah Abdullah (1986), Peranan dan Metodologi Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, hlm. 17; Mohd Napiah Abdullah (1989), Mukhtasar Sejarah Perkembangan dan Kaedah Penyusunan Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 20. 18

Hammam `Abd al-Rahim Sa`id (2000), al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, c. 4, Oman: Dar al-Furqan, hlm. 11; Ahl al-Hadith merupakan mereka yang hanya berpegang dengan perkataan-perkataan Rasulullah sallahu `alaih wasallam, manakala Ahl al-Sunnah adalah mereka yang berpegang dengan perkataan Rasulullah, perbuatannya, adat kebiasaannya bermula dari bi`thah sehingga kewafatan baginda S.A.W. Sufyan al-Thawri merupakan imam di dalam sunnah dan bukan Imam dalam hadithlm. Al-Awzai`e merupakan imam di dalam hadith dan bukan imam dalam sunnah, manakala Anas b. Malik merupakan imam di dalam kedua-duanya sekali. Rujuk Hasan Ibrahim Hasan (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi wa al-Dini wa al-Thaqafi wa al-Ijtimai`e, c. 7, j. 2, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 162.

Page 6: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

6

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Maka diketahui bahawa pengistilahan al-sunnah tersebut apabila digunakan,

maka ia merujuk kepada jalan (طرقة) yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W yang

terdiri daripada ilmu, amalan, keperibadian, akhlak dan adab yang dipraktikkan

dalam segenap urusan kehidupan yang pelbagai. Ibn al-Jawzi telah berpendapat

bahawa istilah ahli sunnah merujuk kepada ahl al-naql wa al-athar yang telah

mengikut Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya. Ini adalah kerana menurutnya,

mereka tidak pernah melakukan perkara-perkara baru dalam agama19. Manakala Ibn

Hazm pula telah berpendapat bahawa ahl al-Sunnah adalah mereka yang terdiri

daripada para sahabat dan semua yang mengikut manhaj mereka; yang terdiri

daripada para tabien, ahl al-Hadith dan pengikut mereka dari kalangan para fuqaha‟

generasi ke generasi sehingga hari ini dan orang awam yang mengikut mereka

(fuqaha‟) di timur mahupun di barat20. Jika dilihat kepada sejarah penggunaan

perkataan ahli sunnah, terdapat beberapa bukti yang mengaitkan penggunaannya

telah digunapakai sejak kurun yang pertama lagi. Ini berdasarkan ucapan yang telah

diungkapkan oleh seorang tokoh muhaddithin yang bernama Sufian al-Thawri iaitu:

وري قال ).... : -رحمه هللا -يقول المام ابن رجب استوصوا بأهل : ))وعن سفيان الثة خيرا ن هم غرباء الس ((فإن

Maksudnya: “berwasiatlah dengan ahli sunnah adalah baik kerana mereka adalah golongan yang dagang”

Namun begitu, penggunaan istilah Ahli Sunnah tidak begitu popular

disebabkan golongan yang hidup pada zaman tersebut lebih dikenali dengan

panggilan sahabat, tabien dan tabi‟ tabien. Bahkan, istilah Ahli Sunnah hanya mula

digunakan secara meluas pada awal zaman pemerintahan Khilafah al-`Abbasi (132-

232H/749-847M) iaitu bagi membezakan di antara golongan yang mengikut al-Quran

19

Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj `Abd al-Rahman (t.t), Talbis Iblis, Kaherah: Maktabah al-Mutannabi, hlm.

16. 20

Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), op.cit., hlm. 113.

Page 7: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

7

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

dan al-Sunnah yang pada ketika itu dipimpin oleh al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari

dan golongan yang begitu ekstrem menggunakan akal iaitu golongan Mu‟tazilah21.

Berdasarkan Ilmu al-Isytiqaq22 dalam bidang bahasa, didapati bahawa

perkataan al-jama`ah berasal daripada perkataan al-ijtima` (االجتماع) yang

bermaksud perhimpunan atau perkumpulan. Antonim bagi kata al-jama`ah adalah al-

firaq (الفرق) yang bermaksud perpecahan23. Jika disorot dari sudut etimologi, ia

merujuk kepada satu himpunan ataupun kumpulan manusia24 dan kumpulan tersebut

mengandungi jumlah yang besar25. Manakala dari sudut terminologi, ungkapan al-

jama`ah di sisi para ulama usul al-din merujuk kepada mereka yang mengikuti

majoriti umat Islam, iaitulah yang terdiri daripada mereka yang mengikuti jalan yang

telah dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda26.

Jika diteliti kepada beberapa buah hadis yang mempunyai keterikatan

terhadap pendefinisian perkataan al-jama`ah ini, maka didapati bahawa para ulama

telah berselisih pendapat dalam menetapkan maksud al Jamaah dari sudut

terminologi, di kalangan mereka telah berpendapat bahawa perkataan al-jama`ah

tersebut merujuk kepada para sahabat tanpa selain daripada mereka27. Ini adalah

kerana mereka telah mendirikan tiang agama. Selain itu, mereka juga selama-

lamanya tidak akan berhimpun dalam kesesatan28. Pemaknaan versi ini adalah selari

dengan riwayat yang lain iaitulah sabda Rasulullah S.A.W. :

21

Hasan Ibrahim Hasan (1964), op.cit., hlm. 162. 22

`Ilm al-Isytiqaq merupakan suatu ilmu yang digunakan untuk menyusurgalurkan (mencari asal) sesuatu kalimah daripada sesuatu kalimah yang lain berdasarkan kepada kaedah-kaedah sorof ( صوغ-Lihat Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), al-Mu`jam al-Wasit, j. 1, Istanbul : al .(كلمة من أخرى على حسب قوانن الصرفMaktabah al-Islamiyyah, hlm. 489. 23

Al-Misri, Muhammad `Abd al-Hadi (1991), op.cit., hlm. 45. 24

Ibn Manzur (1952), Lisan al-`Arab, j. 8, Beirut: Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 53. 25

Jama`ah min Kibar al-Lughawiyyin al-`Arab (t.t), al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, (t.t.p) : Larus, hlm. 262. 26

Al-Harari, `Abdullah b. Muhammad (1998), al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah, c. 3, Beirut : Dar al-Masyari` li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi`, hlm. 17. 27

Al-Misri, Muhammad `Abd al-Hadi (1991), op.cit., hlm. 46. 28

Ibid.

Page 8: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

8

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

اشدين امن يعش منكم فسيرى اختلفا كثيرا ة الخلفاء الر تي و سن ين فعليكم بسن لمهدياكم و محدثات األمور ، فإن كل مح واجذ ، و إي وا عليها بالن كوا بها ، و عض دثة فتمس

بدعة ، و كل بدعة ضللة Maksudnya:

“Sesiapa yang hidup dari kalangan kamu (wahai sahabatku) selepas kewafatanku maka akan terlihat perpecahan yang banyak, maka hendaklah kamu sentiasa dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang diberi pedoman, berpeganglah kamu dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham (kinayah ini bermaksud berpegang dengan teguh). Awaslah kamu daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan, sesungguhnya tiap-tiap yang direka adalah bid`ah dan setiap bid`ah adalah sesat”29.

Maka ini juga sekaligus akan memasukkan mereka yang telah melakukan

ijtihad dalam urusan agama selagi mana mereka tidak tergelincir dari garisan yang

telah dilakarkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya30. Hal ini adalah,

berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: “dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Surah al-Baqarah (02): 143

Perkataan ummatan wasatan di dalam ayat tersebut telah ditafsirkan oleh al-

Bukhari sebagai ahli ilmu. Manakala Muslim telah mentafsirkannya sebagai mereka

29

Hadis ini elah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi dan beliau telah menilai hadis ini

sebagai hadis hasan sahihlm. 30

Ibid.

Page 9: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

9

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

yang merupakan ahli dalam bidang ilmu, fiqh dan hadis. Maka atas pendapat ini,

kata al-jama`ah merujuk kepada golongan ahli sunnah yang terdiri daripada para

ilmuwan (al-`alimun) orang yang arif (al-`arifun) dan orang yang mampu berijtihad (al-

mujtahidun). Maka terkeluar dari pemaknaan tersebut golongan yang melakukan

bid`ah (ahl al-bid`ah)31.

Manakala, apabila ketiga-tiga suku kata tersebut digabungkan menjadi satu

istilah, maka istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut [setelah lahirnya Abu al-Hasan

al-Asy`ari (260-330H) dan Abu Mansur al-Maturidi (238-333H)] adalah merujuk

kepada mereka yang telah berada di atas manhaj yang diperkenalkan oleh golongan

al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari sudut akidah. Hal ini adalah suatu yang

masyhur dalam kalangan majoriti para ulama ketika mengidentifikasikan golongan

yang dinamakan sebagai ASWJ ini.

Secara asasnya, ajaran akidah yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dan

para sahabat baginda telahpun termaktub kemas di dalam al-Quran dan al-Hadith.

Namun, pada ketika itu, tidak ada suatu metod penyampaian akidah yang tersusun

serta sistematik, berasaskan hujah-hujah tekstual dan akliah32. Maka pada zaman

yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini telah disusun dengan cara yang lebih

sistematik oleh dua orang ulama‟ yang mahir dan pakar dalam bidang Usuluddin iaitu

al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah

difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam pada zaman

mereka dan pada zaman selepasnya, maka penyebutan ASWJ sering dikaitkan

dengan kedua-dua ulama‟ ini.

31

Ibid. 32

Ahmad Amin (1952), Duha al-Islam, j. 2, c. 3, Kaherah : Matba`ah Lujnah al-Ta‟lif wa al-Tarjamah

wa al-Nasyr, hlm. 361.

Page 10: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

10

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Murtada al-Zabidi telah berkata di dalam kitabnya “Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin” yang

merupakan syarah bagi kitab “Ihya‟ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazzali33:

ة " د ة والجماعة فالمراد بهم األشاعرة والماتر ن ".إذا أطلق أهل الس

Maksudnya: "Apabila disebut Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah)".

Manakala Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi

(W 1252 H) pula telah berkata di dalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-

Mukhtar” 34:

جب اعتقاده على كل أي عم ( عن معتقدنا)قوله " ا ة مم ر المسائل الفرع ا نعتقد من غ د ة والجماعة وهم األشاعرة والماتر ن ه أهل الس د أحد، وهو ما عل ة، وهم مكلف بال تقل

محله متوافقون إال ف ن ف كماب رة أرجعها بعضهم إلى الخالف اللفظ س ."مسائل

Maksudnya:

"Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukallaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahli sunnah wal Jamaah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan mereka saling bersepakat (dari sudut pendapat) kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya".

Sementara itu, Dr. Ali Juma`ah telah menjelaskan mazhab ASWJ sebagaimana

katanya :35

33

Al-Zabidi, Muhammad b. Muhammad al-Husaini (1989), Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, j. 2, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 9. 34

Ibn `Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah Radd al-Mukhtar, , j. 1, Beirut : Dar al-Fikr, hlm. 52. 35

`Ali Jum`ah (2005), al-Bayan lima Yusyghiluhu al-Azhan, Kaherah : al-Muqatam li al-Nasyr wa al-Tauzi`, hlm. 140.

Page 11: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

11

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

ة والجماعة " ن ة -مذهب أهل الس د ع أبواب علم -األشاعرة والماتر جم مذهب واضح فمان باهلل، و اإل قة المذهب مسألة ف نكره من جهلوا حق د، ولكن أكثر ما وح ه الت

ى (اإلضافات إلى للا )تتعلق سم ة )، أو ما فات الخبر .(الص

Maksudnya:

"Mazhab ahli sunnah wal Jamaah al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah-

adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun

ramai orang yang mengingkarinya (iaitulah) orang-orang yang jahil

terhadap hakikat mazhab tersebut pada masalah iman kepada Allah

dan ia berkaitan dengan (al-Idafat/ perkara-perkara yang disandarkan

kepada Allah) atau apa yang dinamakan sebagai (sifat-sifat al-

Khabariyyah)".

Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama‟ salaf al-soleh

adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini adalah

kerana pada hakikatnya kedua-dua tokoh ini tidak melakukan suatu pekerjaan bid`ah

di dalam agama, bahkan mereka hanyalah meneruskan perjuangan para salaf al-

saleh dalam menyebarkan akidah yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.36

dan menyusun secara sistematik dan menjelaskan akidah tersebut kepada umat

Islam. Aqidah ASWJ adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, dan

telah diijma`kan oleh para pemuka mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta pendokong

utama mazhab Hanbali (فضالء الحنابلة)37.

Latar Belakang Kelahiran Syiah Imamiyyah

Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok

manusia (firqah wa jama`ah)38. Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada

seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya (atba`uh wa

36

Al-Zabidi (1989), op.cit., hlm. 9; Ahmad Amin (1955), op.cit., hlm. 99. 37

Ibid. 38

Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), al-Mu`jam al-Wasit, Turki : al-Maktabah al-Islamiyyah, hlm. 503.

Page 12: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

12

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

ansaruh)39. Sebagai contoh; “Syiah Ali” bermaksud “pengikut dan penyokong Ali”.

Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk

kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga

orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai

pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah40. Ia juga merujuk kepada suatu

kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai

dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka

adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah)41.

Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah merupakan sebuah mazhab politik

yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah al-

islamiyyah)42. Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman bin

Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Dalam

mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat bahawa perkataan Syiah

adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan golongan Syiah dalam

mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang paling afdal selepas

Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat Islam.

Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka

orang tersebut bukanlah daripada kalangan Syiah43. Secara umumnya, selain

mendakwa bahawa Sayyidina Ali bahawa merupakan seorang sahabat yang paling

afdal dalam kalangan para sahabat yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa

Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar)

39

Ibid.; Lihat Ibn Manzur, Lisan al-`Arab di bawah daftar kata “Sy-ya-`ain”, j. 33, Beirut : Dar Sadir li al-

Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 188-189; Lihat juga Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b.

Khaldun (t.t), Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut : Dar al-Jayl, hlm. 217. 40

Lihat Kamus Dewan di bawah entri “syiah”, Hajah Noresah bt. Baharom, et.al (2007), Kamus Dewan

Edisi Keempat, c. 2, Selangor : Dawama Sdn., Bhd., hlm. 1560 41

Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), op.cit., hlm. 503. 42

Muhammad Abu Zuhrah (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi,

hlm. 32. 43

Abu Muhammad `Ali b. Muhammad b. Hazm (t.t), al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa‟ wa al-Nihal, j. 2,

Beirut : Dar al-Ma`rifah, hlm. 89-90.

Page 13: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

13

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

oleh Nabi Muhammad S.A.W. 44 secara nas45. Maka, oleh sebab itu, al-Tusi dan al-

Mufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan sebahagian daripada golongan

Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana mereka tidak mengakui khilafah

Ali secara nas46. Ibn Abi al-Hadid, seorang tokoh Syiah yang moderate berpendapat

bahawa, terdapat beberapa orang sahabat yang telah bersependapat dengan

golongan Syiah dalam melebihkan Sayyidina Ali daripada para sahabat yang lain.

Mereka yang dimaksudkan adalah; `Ammar b. Yasir, al-Miqdad b. al-Aswad, Abu

Dhar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Jabir b. `Abdullah, Ubay b. Ka`ab, Hudhaifah,

Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl b. Hunaif, `Uthman b. Hunaif, Abu al-Haitham b.

al-Tihan, Abu al-Tufail `Amir b. Wailah, al-`Abbas b. `Abd al-Muttalib dan seluruh

Bani Hasyim47. Menurut Abu Hanifah, asas akidah yang dianuti oleh golongan Syiah

secara umum adalah menyesatkan para sahabat radiyallahu `anhum ajma`ien48.

Manakala menurut al-Haytami, Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat

disebabkan mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam49.

Berpandukan sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian

cendekiawan Barat telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan

pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman

orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang dengan

44

Ibid. Al-Asy`ari pula telah berpendapat bahawa gelaran “Syi`ah” ini digunakan bagi merujuk kepada

kelompok Syi`ah adalah disebabkan mereka mengikut Sayyidina `Ali (شاعوا علا) dan mengutamakan

beliau dalam kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W., bahkan mereka turut beriktikad bahawa

Sayyidina `Ali telah dilantik menjadi khalifah beradasrkan nas daripada Rasulullah sendiri. Lihat al-

Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musallin, Suntingan

Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid, c. 2, j. 1, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm.

65; Al-Qafari, Nasir b. `Abd Allah (1998), Usul Madhhab al-Syi`ah al-Imamiyyah al-Ithna Asyriyyah:

`Ard wa Naqd, j. 1, c. 3, t.t.p. : Dar al-Rida wa al-Tawzi`, hlm. 60. 45

al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), al-Milal wa al-Nihal, j. 1, Suntingan

Muhammad Sayyid Kaylani, Mesir : Syarikah Maktabah wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi, hlm.

146. 46

Al-Qafari (1998), op.cit., hlm. 60. 47

Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 32. 48

Perkatan Abu Hanifah tersebut telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi, kemudian dinukilkan oleh Ibn

Hajar al-Haytami di dalam kitab beliau. Rujuk al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd

`ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 68. 49

Ibid., hlm. 68-69.

Page 14: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

14

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi

pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang

sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya

Rasulullah S.A.W., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk

menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah Sayyidina Ali

b. Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki50. Sesiapa

yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman,

maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang

menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang

terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah51.

Namun, terdapat juga para ulama‟ yang berpendapat bahawa golongan ini lahir hasil

daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh

`Abdullah b. Saba‟ yang cuba melebihkan Sayyidina Ali daripada sahabat-sahabat

yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan

Sayyidina Ali52. Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul

pada akhir pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika

zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali

bercampur dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan

para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan

kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka

menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya

bersifat mu`tadil53.

50

Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah : Madkhal wa Dirasah,

c. 2, Kaherah : Maktabah Wahbah: hlm. 139. 51

Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, c. 12, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 277. 52

Ibid; Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah : Maktabah al-Anjalu

al-Misriyyah, hlm. 153. 53

Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 32.

Page 15: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

15

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Pecahan Golongan Syiah

Kelompok Syiah terpecah kepada beberapa kumpulan besar. Mereka terdiri daripada

kelompok yang melampau dalam pegangan, kelompok yang lebih bersikap

sederhana, dan kelompok yang bersikap pertengahan di antara kedua-dua kelompok

yang awal tersebut54. Umumnya, para ulama‟ telah membahagikan Syiah kepada

tiga kelompok yang terbesar55. Antara kelompok Syiah tersebut adalah Syiah yang

melampau (al-Ghaliyah)56, Syiah al-Imamiyyah dan Syiah al-Zaidiyyah57. Daripada

54

Ibid., hlm. 37. 55

Walaubagaimanapun, al-Syahrastani dalam hal ini, telah membahagikan Syiah kepada lima

kelompok yang terbesar iaitu : al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyyah, al-Imamiyyah, al-Ghulat dan al-

Isma`iliyyahlm. Rujuk al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), op.cit., hlm.

173. 56

Syiah al-Ghaliyah merupakan golongan Syi`ah yang melampau dalam membesarkan Sayyidina Ali.

Selain mengangkat darjat Sayyidina Ali melebihi darjat kenabian, mereka turut berpegang dengan

iktikad al-hulul dan tanasukh al-arwah dengan mendakwa bahawa Allah menyerap masuk ke dalam

jasad Nabi Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimahlm. Mereka turut mendakwa bahawa

imam-imam mereka adalah tuhan dan menyembahnya, manakala para pengikutnya adalah hamba

bagi tuhan tersebut. Di samping itu, mereka mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan

berkeyakinan bahawa dunia ini tidak akan binasa. Mereka juga telah menghalalkan perkara-perkara

yang diharamkan oleh Allah seperti perempuan-perempuan ajnabi, daging khinzir, arak dan judi.

Menurut al-Asy`ari, kelompok Syiah al-Ghaliyah ini terpecah kepada lima belas kelompok iaitu; al-

Bayaniyyah, al-Janahiyyah, al-Harbiyyah, al-Mughiriyyah, al-Mansuriyyah, al-Khattabiyyah, al-

Ma`mariyyah, al-Bazighiyyah, al-`Umayriyyah, al-Mufaddaliyyah, 11 (tiada nama), 12 (tiada nama), al-

Syari`iyyah, al-Saba‟iyyah dan 15 (tiada nama). Untuk keterangan lanjut, rujuk; al-Asy`ari (1969),

op.cit., hlm. 66-88. 57

Golongan Syiah al-Zaidiyyah merupakan pengikut Zaid b. `Ali b. al-Husain b. `Ali b. Abi Talib.

Mereka merupakan golongan Syi`ah yang paling hampir dengan ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan

tidak mengkafirkan para sahabat. Ini adalah kerana, mereka berpegang dengan konsep جواز إمامة

Berdasarkan pegangan ini juga, mereka tidak mengkafirkan dan tidak melaknat .المفضول مع قام األفضل

Abu Bakr dan Umar. Selain berpegang dengan konsep al-taqiyyah, mereka tidak mendakwa imam-

imam mereka maksum dan tidak juga mendakwa bahawa imam-imam mereka mampu menghilangkan

diri seperti mana yang telah diiktikadkan oleh golongan Isma`iliyyahlm. Golongan ini terbahagi kepada

tiga kumpulan iaitu; al-Jarudiyyah (pengikut Abi al-Jarud), al-Sulaymaniyyah (pengikut Sulaiman b.

Jarir al-Zaidi) –turut dikenali sebagai al-Jaririyyah- dan al-Butriyyah pengikut al-Hasan b. Saleh b.

Hayy). Menurut al-Baghdadi, golongan al-Butriyyah dan al-Sulaimaniyyah menghukum kafir terhadap

golongan al-Jarudiyyah disebabkan golongan al-Jarudiyyah mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan

Sayyidina Umar, manakala al-Jarudiyyah pula telah menghukum kafir terhadap golongan al-

Sulaimaniyyah dan al-Butriyyah disebabkan mereka tidak mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan

Sayyidina Umar. Walau bagaimanapun ketiga-tiga golongan Syiah ini bersepakat dalam mengatakan

bahawa pelaku dosa besar akan kekal selama-lamanya di dalam neraka. Dalam hal ini, pendapat

Page 16: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

16

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

tiga kelompok tersebut, terdapat banyak lagi kelompok Syiah yang terpecah

daripadanya. Dari sudut taburan, kebanyakan penganut Syiah al-Imamiyyah berada

di Iraq, Iran, India, Bahrain, Kuwait, Syria dan Afghanistan58. Penganut-penganut

Syiah al-Zaidiyyah pula ramai terdapat di Yaman59. Manakala Syiah yang melampau,

golongan ini telah pupus60.

Menurut al-Asy`ari, gelaran “al-Imamiyyah” digunakan bagi merujuk kelompok

Syiah al-Imamiyyah disebabkan mereka mendakwa bahawa kepimpinan Sayyidina

Ali merupakan suatu perkara yang telah dinaskan ( وهم دعون باإلمامة لقولهم بالنص على

”Mereka juga telah dinamakan sebagai Syiah “al-Rafidah .(إمامة على بن أب طالب

kerana mereka menolak kepimpinan (imamah) Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina

Umar61. Selain itu, menurut Ibn Khaldun, perkataan “al-Imamiyyah” digunakan bagi

merujuk golongan Syiah al-Imamiyyah kerana mereka memasukkan keyakinan

terhadap imam sebagai salah satu daripada syarat keimanan62. Para imam tersebut

di sisi mereka berjumlah seramai 12 orang yang berketurunan Sayyidina Ali b. Abi

Talib63. Imam-imam tersebut adalah Ali b. Abi Talib (al-Murtada), al-Hasan b. Ali (al-

Mujtaba), al-Husain b. Ali (al-Syahid), `Ali Zayn al-`Abidin b. al-Husain (al-Sajjad),

mereka tersebut didapati selari dengan golongan Khawarij. Menurut Abu Zuhrah, al-Zaidiyyah

terbahagi kepada dua; aliran al-Mutaqaddimin dan al-Muta‟akhkhirin. Golongan Syi`ah aliran al-

Mutaqaddimin tidak termasuk dalam kelompok Rafidah kerana mereka masih mengiktiraf „imamah‟

Abu Bakr dan Umar. Manakala golongan Syiah aliran al-Muta‟akhkhirin termasuk dalam kelompok

Rafidah kerana mereka menolak „imamah‟ kedua-dua tokoh tersebut. menurutnya lagi, Syiah al-

Zaidiyyah yang kini berada di Yaman lebih hampir kepada Syiah al-Zaidiyyah aliran al-Mutaqaddimin.

Untuk huraian lanjut, rujuk Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, j. 3, c. 12, Kaherah : Maktabah al-

Nahdah al-Misriyyah, hlm. 275-276; al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq

bayn al-Firaq, Mesir : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, hlm. 31; Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit.,

hlm. 46. 58

Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 165, 170. 59

Ibid., hlm. 165. 60

Ibid., hlm. 164. 61

al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit., hlm. 88-89. Hal ini turut dicatatkan oleh Ibn

Khladun dalam Muqaddimahnya. Lihat Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t),

op.cit., hlm. 219; `Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah :

Maktabah al-Anglo al-Misriyyah, hlm. 168. 62

Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 218. 63

Ibid., hlm. 217.

Page 17: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

17

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Muhammad al-Baqir (al-Baqir), Ja`far al-Sadiq b. Muhammad al-Baqir (al-Sadiq),

Musa al-Kazim b. Ja`far (al-Kazim), `Ali al-Rida (al-Rida), Muhammad b `Ali al-

Jawwad (al-Taqiy), `Ali al-Hadi (al-Naqiy), al-Hasan al-`Askari (al-Zakiy) dan

Muhammad b. al-Hasan al-Imam al-Mahdi al-Muntazar (al-Hujjah al-Qa‟im al-

Muntazar)64.

Kelompok Syiah ini menurut al-Isfirayinni telah terpecah kepada lima belas

aliran kecil yang masing-masing menisbahkan gelaran aliran mereka mengikut nama

pengasas aliran masing-masing. Di antaranya adalah; al-Kamiliyyah, al-

Muhammadiyyah, al-Baqiriyyah, al-Nawusiyyah, al-Syumaitiyyah, al-Isma`iliyyah, al-

Musawiyyah, al-Mubarikiyyah, al-Qat`iyyah (al-Ithna `Asyariyyah), al-Hisyamiyyah

(pengikut Hisyam b. al-Hakam al-Rafidi) , al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. Salim

al-Jawaliqi), al-Zarariyyah, al-Yunusiyyah dan al-Syaitaniyyah65.

Walaubagaimanapun, penulis hanya akan menumpukan perbincangan di sekitar

Syiah al-Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan Isma`iliyyah sahaja.

Menurut `Abd al-Halim Mahmud, ada di antara aliran Syiah al-Imamiyyah yang

dikenali sebagai aliran “al-Ithna `Asyariyah”. Ini disebabkan kepimpinan imam-imam

mereka adalah berantaian (tasalsul al-a‟immah) bermula daripada Sayyidina Ali b.

Abi Talib sehinggalah imam kedua belas iaitu Muhammad b. al-Hasan b. Ali yang

didakwa oleh mereka sebagai al-Imam al-Mahdi al-Muntazar66. Manakala, Syiah al-

64

Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 276; al-Syahrastani (1976), op.cit., hlm. 173. 65

Al-Isfirayinni. Abu al-Muzaffar (1940), al-Tabsir fi al-Din, c. 1, t.t.p : Matba`ah al-Anwar, hlm. 21-24.

Al-Baghdadi turut membahagikan Syi`ah al-Imamiyyah kepada lima belas pecahan. Rujuk al-

Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad, (t.t), op.cit., hlm. 42. Namun, al- Asy`ari pula telah

membahagikan Syi`ah al-Imamiyyah ini kepada dua puluh empat aliran yang berbeza. Untuk

maklumat lanjut berhubung pengasas dan pegangan bagi setiap aliran tersebut, lihat al-Asy`ari, Abu

al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit., hlm. 88-104. 66

`Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 166. Menurut Abu Zuhrah, mereka dinamakan sebagai

Syi`ah al-Ithna `Asyariah adalah disebabkan mereka berpendapat bahawa kepimpinan umat Islam

adalah milik zuriat Fatimah al-Zahra‟ daripada sesepuh al-Husain. Imam di sisi mereka hanya terhad

kepada dua belas orang sahaja dan kesemua mereka itu dinamakan sebagai al-awsiya‟ (األوصاء). Ini

adalah kerana setiap imam tersebut dilantik menjadi imam berdasarkan kepada wasiat yang dibuat

oleh imam yang sebelumya, dan wasiat tersebut merupakan suatu yang telah dinaskan oleh Nabi

Page 18: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

18

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Isma`iliyyah pula dinamakan sedemikian disebabkan di sisi mereka imam yang

ketujuh setelah al-Imam Ja`far al-Sadiq adalah al-Imam Isma`il yang merupakan

abang kepada al-Imam Musa al-Kazim67. Selain itu, mereka turut dinamakan sebagai

golongan “al-Batiniyyah”68 kerana mereka percaya bahawa; harus untuk imam

menyembunyikan diri daripada umum ketika mereka tiada kekuatan untuk berdepan

dengan musuh-musuh mereka (قولون باألمام الباطن أي المستور). Golongan Syiah

Isma`iliyyah ini adalah majoriti kelompok Syiah di India69. Mereka juga terdapat di

Pakistan, Selatan dan Timur Afrika70.

Menurut Abu Zuhrah, dasar pemikiran golongan Syiah adalah konsep al-

imamah71. Menurut mereka, al-Imamah itu bukan suatu perkara yang menjadi

masalah ummah yang diserahkan pemilihannya kepada ummah, bahkan ia

merupakan rukun agama dan pasak kepada Islam. Ia tidak harus dilalaikan oleh

Rasulullah S.A.W dan tidak harus ditinggalkan penentuannya kepada pemilihan yang

dilakukan oleh ummah sendiri. Bahkan Rasulullah S.A.W. wajib menentukan imam-

imam pengganti kepada umat Islam dan imam-imam tersebut adalah maksum

daripada dosa kecil dan besar. Selain itu, antara lain yang menjadi dasar pemikiran

mereka adalah konsep al-wasiyyah di mana berdasarkan konsep ini, mereka

mendakwa Sayyidina Ali adalah khalifah yang sebenar disebabkan beliau telah

diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjadi khalifah72. Ibn Khaldun juga telah

merumuskan beberapa dasar pemikiran mereka, antara lain adalah; Imamah

merupakan suatu kewajipan yang perlu ditentukan oleh Rasulullah S.A.W. ke atas

umat Islam. Ia merupakan rukun agama dan bukan berkait dengan masalah ummah

Muhammad sallahu `alayh wasallam kepada mereka. Lihat Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit.,

hlm. 276. 67

Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, c. 9, j. 3, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm.

213. 68

Ibid. Lihat juga Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 222. 69

Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 213. 70

Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 164. 71

Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi, hlm. 119 dan Ibn

Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217. 72

Mahmud Salim `Ubaydat (1998), Tarikh al-Firaq wa `Aqa‟iduha, t.t.p : Dar al-Furqan, hlm. 39.

Page 19: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

19

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

yang boleh ditentukan sendiri oleh ummah. Kedua: imam mestilah maksum daripada

melakukan dosa kecil dan besar. Ketiga: Sayyidina Ali merupakan imam yang telah

dinaskan oleh Rasulullah S.A.W., yang akan memimpin ummah selepas kewafatan

baginda dan beliau merupakan sahabat yang paling afdal73.

Menurut al-Isfirayinni, sebahagian daripada pengikut kedua-dua golongan

Syiah al-Imamiyyah dan al-Zaidiyyah, saling mengkafirkan di antara satu sama lain.

Beliau menambah lagi, kesemua aliran Syiah al-Imamiyyah bersepakat mengkafirkan

para sahabat selain bersikap prejudis terhadap al-Quran, kerana bagi mereka

naskah al-Quran yang ada kini telah berlaku tokok tambah dan pengurangan.

Mereka mendakwa, nas perlantikan Sayyidina Ali sebagai imam sebenarnya terdapat

di dalam al-Quran, namun para sahabat telah membuangnya daripada al-Quran.

Mereka juga turut mendakwa bahawa al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W tidak

boleh dijadikan pegangan. Hal ini turut membawa kepada penafian mereka terhadap

syariat yang menjadi pegangan umat Islam keseluruhannya. Natijahnya, mereka

telah melakukan penyelewengan terhadap syariah (تحرف الشرعة) dengan

menghalalkan apa yang dihukum haram di sisi syara‟ dan mengharamkan apa yang

dihukum halal menurut syara` seperti perbuatan menghalalkan nikah mut`ah, liwat

isteri dan kanak-kanak, arak, judi, menghalalkan makan bangkai dan sebagainya74.

Beberapa Aspek Perbezaan di antara Fahaman Ahli sunnah Wal Jamaah

dengan Fahaman Syiah al-Imamiyyah

Dalam huraian yang selanjutnya, penulis akan cuba menghuraikan beberapa aspek

perbezaan yang ketara di antara fahaman ASWJ dan fahaman Syiah al-Imamiyyah.

Aspek-aspek tersebut merangkumi konsep al-Imamah, rukun iman, relevansi 73

Ibn Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217. 74

Al-Isfirayinni (1940), op.cit., hlm. 24-25; al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit.,hlm. 67 & 75.

Page 20: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

20

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

pemilihan Abu Bakr, konsep al-`Ismah dan al-Raj`ah. Perbezaan ini akan membawa

implikasi penolakan ASWJ secara total terhadap golongan Syiah al-Imamiyyah

berdasarkan hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh beberapa pemuka aliran al-

Asy`irah seperti al-Asy`ari, al-Amidi, Ghazzali, al-Razi dan Ibn Hajar al-Haytami.

Konsep al-Imamah (al-Wasi)

Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu iktikad

golongan Syiah. Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi

Muhammad S.A.W. adalah milik Sayyidina Ali dan keturunannya daripada zuriat

Sayyidatina Fatimah al-Zahra‟75. Ia merupakan salah satu daripada rukun iman yang

penting sehingga iman seseorang dianggap tidak sah melainkan setelah menerima

konsep al-imamah ini. Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan

ASWJ dengan golongan Syiah76. Hal ini disebabkan, imamah di sisi ASWJ adalah

sabit berdasarkan persetujuan (al-ittifaq) dan pemilihan (al-ikhtiyar) yang dilakukan

oleh umat Islam77. Sebagai contoh, dalam menjelaskan perbezaan di antara rasul,

imam dan nabi, mereka mengatakan bahawa :

الفرق بن الرسول والنب واإلمام أن الرسول هو الذى نزل عله جبرل فراه وسمع

والنب ربما سمع كالمه ونزل عله الوح، ربما رأى ف منامه نحو رؤا إبراهم،

.الكالم وربما رأى الشخص ولم سمع، واإلمام هو الذي سمع الكالم وال ري الشخص

Maksudnya :

75

Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa‟id al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Qur‟an al-Karim, hlm. 341. 76

Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 213. Dalam hal ini, mereka telah menjadikan ayat al-Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima kitab-kitab ugama”

Surah al-Hadid (57): 26 77

al-Syahrastani (1976), op.cit., hlm. 103.

Page 21: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

21

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

“Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam (adalah) bahawa rasul merupakan seorang yang bertemu dengan Jibril dan mereka melihat dan mendengar suara Jibril dan wahyu turun kepadanya dan kadang-kadang mereka melihat Jibril di dalam mimpi mereka seperti yang dialami oleh Nabi Ibrahim. Dan Nabi kadang-kadang mendengar suara (Jibril)] dan kadang-kadang melihatnya tanpa mendengar suara. Dan imam, mereka adalah orang yang mendengar suara (Jibril) sedangkan mereka tidak melihat Jibril”78.

Justeru, daripada petikan di atas, jelas bahawa selain daripada mengangkat

darjat imam sehingga setaraf dengan para nabi dan rasul, mereka juga telah

mendakwa bahawa imam turut menerima wahyu sebagaimana para nabi dan rasul

walaupun cara menerima wahyu tersebut adalah berbeza. Mereka turut menyatakan

bahawa iktikad tentang “imam” adalah salah satu juzuk daripada keimanan, kata

mereka:

ل، وتصدق رسوله، ومواالة عل اإلئتمام به تصدق للا عز وج: فما معرفة للا؟ قال

.وبأئمة الهدى علهم السالم، والبراءة إلى للا عز وجل من عدوهم هذا عرف للا

Maksudnya:

“Apakah (maksud) mengenal Allah? : membenarkan Allah `azza wajalla, membenarkan RasulNya, dan (membenarkan) kepimpinan `Ali dan mengakui keimamannya dan imam-imam yang mendapat petunjuk `alayhissalam dan berlepas diri kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, inilah (yang dinamakan sebagai) mengenal Allah”79.

Hal ini jelas bercanggahan dengan konsep iman yang menjadi pegangan

ASWJ, di mana konsep iman yang sebenar adalah beriman dengan rukun iman yang

enam tanpa turut memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah satu

perkara yang wajib diimani. Di samping itu, khalifah di sisi ASWJ hanyalah terdiri

daripada orang biasa, kelahiran mereka persis seperti kelahiran manusia biasa dan

78

Al-Kulayni, Abu Ja`far Muhammad b. Ya`qub (t.t), Usul al-Kafi, t.t.p. : Intisyarat `Ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 82; Ibid., hlm. 214. 79

Al-Kulayni (t.t), op.cit., hlm. 84.

Page 22: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

22

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

darjat / kedudukan mereka tidak diangkat sehingga menyamai taraf nabi dan rasul.

Akhlak mulia mereka menyebabkan umat Islam memilih mereka sebagai khalifah dan

mereka tidak menerima wahyu, bahkan penerimaan wahyu merupakan suatu

perkara khusus bagi para anbiya‟ dan rasul yang tidak sama sekali dianugerahkan

oleh Allah kepada selain daripada mereka. Selain itu, khalifah merupakan pelaksana

kepada undang-undang Islam dan sekiranya mereka didapati menyeleweng daripada

landasan wahyu, maka gugurlah kewajipan mentaati mereka. Ini adalah kerana, di

sisi ASWJ, tidak ada ketaatan bagi mereka yang melakukan maksiat terhadap al-

Khaliq80. Berhubung masalah ini juga, menurut al-Amidi, para ahl al-Haq yang terdiri

daripada ahli sunnah dan ahl al-Hadith telah beriktikad bahawa penentuan bagi

jawatan imamah (di sisi Syiah) atau khalifah (di sisi ASWJ) tidak sabit dengan nas.

Bahkan penentuannya sabit berdasarkan pemilihan yang dibuat81.

Dalam mengukuhkan hujah mereka terhadap iktikad imamah ini, mereka telah

menjadikan Hadis Ghadir Khum sebagai dalil bagi mengesahkan dakwaan mereka

bahawa Sayyidina `Ali merupakan pemimpin yang akan menguruskan umat setelah

kewafatan baginda S.A.W. Hadis tersebut berbunyi:

فعل موالهمن كنت مواله

Maksudnya:

“Barangsiapa yang aku pemimpinnya, maka Ali juga pemimpinnya”82.

Menurut al-Amidi, maksud perkataan „mawla‟ di dalam hadis tersebut bukan

bermasud pengganti / pemimpin. Ini adalah kerana menurutnya perkataan „mawla‟

tersebut mengandungi banyak maksud seperti pencinta (al-muhib), pembebas (al-

mu`tiq), yang zahir (al-zahr), pengganti (al-khalf), tempat (al-makan) dan penolong /

pembela (al-nasir). Seperti firman Allah: “Sesungguhnya Allah adalah pembelanya;

80

Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 221. 81

Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, Suntingan Hasan

Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah : al-Majlis al-A`ala li al-Syu‟un al-Islamiyyah, hlm. 376. 82

Dikeluarkan oleh al-Timidhi di dalam kitab (al-manaqib), bab manaqib `Ali b. Abi Talib, no hadis 3713. Hadis ini dihukum sebagai hasan gharib oleh al-Tirmidhi.

Page 23: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

23

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

dan selain daripada itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-

orang yang beriman” (فإن للا هو مواله وجبرل وصالح المؤمن)83. Maka menurut al-Amidi,

perkataan „mawla‟ di dalam hadis di atas ditanggung dengan maksud penolong /

pembela84. Di samping hadis di atas, terdapat sebuah hadis lagi yang sering

dijadikan hujah bagi golongan sesat ini bagi menyokong iktikad al-imamah yang

menjadi anutan mereka. Sabda Rasulullah S.A.W. :

أنت من بمنزلة هارون من موسى

Maksudnya:

“(Kedudukan) Engkau (Ali) kepadaku seumpama kedudukan Nabi

Harun dibandingkan Nabi Musa”85.

Hadis di atas juga menurut al-Amidi, ia membawa pengertian pengganti dalam

menguruskan urusan umat Islam sepanjang ketiadaan Rasulullah S.A.W. pada ketika

itu sahaja dan penggantian Sayyidina Ali (istikhlafuhu) tersebut tidak memanjang

sehingga zaman setelah kewafatan Rasulullah S.A.W.86. Menurut Ibn Hajar al-

Haytami, hadis Ghadir Khum yang menjadi hujah bagi golongan Syiah ini merupakan

hadis da`if sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Abu Dawud dan Hatim al-Razi87.

Maka, hadis ini sudah tentu tidak boleh sama sekali dijadikan hujah lebih-lebih lagi

dalam perkara-perkara yang melibatkan soal iktikad.

Selain itu, al-Dhahabi telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayyidina Ali :

إن تؤمروا أبا بكر : من نؤمر؟ فقال : عن عل رض للا عنه قال قل ا رسول للا

اآلخرة، وإن تؤمروا عمرا تجدوه قوا أمنا ال تجدوه أمنا زاهدا ف الدنا راغبا ف

83

Surah al-Tahrim (66): 04. 84

Al-Amidi (1971), op.cit., hlm. 378. 85

Hadis ini muttafaq `alayh, dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab (al-manaqib), bab manaqib `Ali

b. Abi Talib al-Qurasyi al-Hasyimi, no hadis: 3706, dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab (fadail al-

sahabah), bab min fadail `Ali b. Abi Talib, no hadis: 2406, 86

Al-Amidi (1971), op.cit., hlm. 377. 87

Al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 64.

Page 24: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

24

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

خاف ف للا لومة الئم، وإن تؤمروا علا، وال أراكم فاعلن تجدوه هادا مهدا أخذ بكم

.الطرق المستقم

Maksudnya:

“Daripada Ali radiyallahu `anhu telah berkata dikatakan kepada Rasulullah wahai Rasulullah S.A.W. : siapakah yang akan kami jadikan pemimpin? Maka Rasulullah berkata: sekiranya kalian menjadikan Abu Bakar sebagai pemimpin, kalian akan mendapatinya seorang yang amanah dan zuhud di dunia dan lebih mengutamakan akhirat, sekiranya kalian menjadikan Umar sebagai pemimpin, nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang gagah, amanah dan tidak takut kepada cercaan orang yang memusuhi Allah dan sekiranya kalian menjadikan Ali sebagai pemimpin, sedangkan aku tidak berpendapat bahawa kamu akan melakukannya nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk, beliau akan menunjukkan (memimpin) kepada kamu ke jalan yang lurus” 88.

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad para rijal yang

thiqah. Al-Baihaqi telah berkata bahawa sesungguhnya hadis ini sebagai dalil

bahawa urusan kepimpinan diwakilkan / diserahkan kepada sesiapa yang dijadikan

pemimpin oleh umat Islam secara bai`ah ( من ؤمر المسلمون بالبعة) . Ia turut

membuktikan bahawa imamah itu tidak dinaskan kepada Sayyidina Ali89. Manakala

nas yang seringkali disebut oleh golongan Syiah bahawa Rasulullah S.A.W. telah

bersabda kepada Sayyidina Ali :

.نت أخ ووص وخلفت وقاض دنأ: قوله صلى للا عله وسلم لعل

Maksudnya:

Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Ali : “Kamu adalah saudaraku dan wasiatku dan penggantiku dan Qadi bagi agamaku”.

88

Ibid., hlm. 70. 89

Ibid.

Page 25: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

25

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Dalam menilai hadis ini, Ibn Hajar telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah

hadis yang direka, palsu dan mengandungi pendustaan terhadap baginda Rasulullah

S.A.W. (هذه األحادث كذب باطلة موضوعة مفتراة عله صلى للا عله وسلم). Ibn Khaldun juga turut

mengatakan bahawa nas-nas yang digunakan oleh golongan Syiah bagi mengangkat

Sayyidina Ali sebagai imam adalah nas-nas yang tidak ada di dalam nas-nas

syari`ah bahkan ia telah direka dan ditakwilkan agar ia selari dengan pegangan

mazhab mereka90. Sekiranya hal ini difikirkan dengan akal yang sejahtera serta

bebas daripada sebarang ketaksuban yang melampau, nescaya dakwaan mereka ini

akan tertolak sama sekali. Sekiranya memang benar hadis tersebut diucapkan oleh

Rasulullah S.A.W. dan didengari oleh para sahabat, maka mengapa tidak tercatat di

dalam sejarah bahawa terdapat dalam kalangan para sahabat yang mengutarakan

hadis tersebut ketika pemilihan khalifah yang pertama diadakan di Saqifah Bani

Sa`idah. Mustahil para sahabat bersepakat sekaliannya dalam kesesatan kerana

mendustakan hadis Nabi S.A.W. Pendapat mereka ini juga jelas tertolak apabila

Sayyidina Ali diriwayatkan turut bersama-sama dengan umat Islam yang lain

membai`ah Sayyidina Abu Bakar sebagaimana yang telah dicatatkan oleh al-Suyuti

di dalam kitabnya Tarikh al-Khulafa‟91. Dalam hal ini, penulis juga berpendapat

bahawa, sekiranya imamah tersebut berlaku berdasarkan nas (bi al-tansis) daripada

Rasulullah S.A.W., maka sudah tentu yang ternyata lebih layak untuk menjadi

khalifah adalah Sayyidina Abu Bakar. Ini kerana, terdapat banyak nas dari hadis

yang sahih, yang secara jelas Rasulullah S.A.W. mengangkat Sayyidina Abu Bakar

dan mengutamakan beliau berbanding sahabat-sahabat yang lain92.

90

Ibn Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217. 91

Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), Tarikh al-Khulafa‟, Suntingan Muhamad

Muhy al-Din `Abd al-Hamid, t.t.p : t.p., hlm. 69. Lihat juga Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari

(2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p, hlm. 21. 92

Untuk keterangan lanjut berhubung kelayakan Sayyidina Abu Bakr untuk memegang jawatan

sebagai khalifah lihat, Ibid., hlm. 53-66; al-Baqillani, Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib (1987), Tamhid

al-Awa‟il wa Talkhis al-Dala‟il, c. 1, Beirut : Mu`assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, hlm. 477-496.

Page 26: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

26

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Rukun Iman

Menurut golongan Syiah al-Imamiyyah, golongan yang sealiran dengan mereka

dalam menyakini iktikad al-imamah, maka orang tersebut adalah orang mukmin.

Adapun mereka yang hanya berpegang dengan rukun Islam yang lima tanpa

meyakini rukun ke-enam yang khusus berkait dengan al-imamah, maka orang

tersebut hanyalah mukmin dalam konteks yang umum (mu‟min bi al-ma`na al-`am)

dan tidak terkeluar daripada garis daerah Islam. Namun, kedudukan orang tersebut

berada di bawah kedudukan golongan Syiah93. Maka, berdasarkan pendapat mereka

ini, bererti setiap orang yang mukmin adalah muslim, tetapi tidak semua orang yang

muslim adalah mukmin94. Ini juga menjadi asas munculnya fahaman bahawa Islam

yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. tersebut hanya akan menjadikan

seseorang itu muslim sahaja tidak akan naik ke darjat mukmin, sementara penganut

Syiah pula adalah orang mukmin dan kedudukan mereka lebih tinggi daripada

muslim yang biasa disebabkan iktikad al-imamah yang menjadi pegangan mereka

tersebut. Perkara ini secara jelas bercanggah dengan prinsip pegangan yang

menjadi tunjang keimanan umat Islam yang beraliran ASWJ. Dalam hal ini, mereka

bukan hanya menyeleweng daripada pegangan sejati umat Islam, bahkan mereka

juga telah menokok tambah perkara yang pada asalnya tiada dinaskan oleh baginda

Nabi Muhammad S.A.W.

Di sisi ASWJ, maksud al-iman adalah merujuk kepada pembenaran yang

putus terhadap segala perkara (wahyu) yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad

S.A.W. merangkumi perkara-perkara yang telah diketahui di dalam agama secara

daruri95. Ia turut merangkumi membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah dan

93

Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa‟id al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Qur‟an al-Karim, hlm. 341. 94

Dr. HLM. O. K, Rahmat (1979), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., hlm. 616-617. 95

Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p, hlm. 37. Dr.

`Abd al-Fattah al-Bazzam telah menghuraikan maksud „perkara-perkara yang diketahui secara daruri

di dalam agama‟ sebagai perkara-perkara agama yang diketahui oleh orang awam mahupun orang

yang berilmu (al-khassah), dan tidak perlu merujuk kepada nas-nas [al-Quran dan al-Hadith] untuk

memahami perkara tersebut seperti kefarduan solat lima waktu, puasa, zakat, haji dan keharaman

Page 27: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

27

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

melakukan tuntutan iman dengan perbuatan (al-tasdiq bi al-jinan wa al-iqrar bi al-

lisan wa al-`amalbi al-arkan)96. Perkara yang dibawa tersebut adalah perkara yang

sabit secara putus menerusi al-Quran dan al-Sunnah serta wajib diyakini tanpa

sebarang zan, syak dan wahm97. Ia merangkumi beriman kepada Allah, para

malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, hari kiamat serta qada‟ dan qadar sama ada yang

baik mahupun yang buruk98. Inilah yang merupakan simpulan-simpulan iman yang

telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam hadis Jibril. Manakala Islam pula,

ia bermaksud menyerah (al-istislam), tunduk dan patuh serta reda terhadap segala

perkara yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.99 merangkumi

segala perintah dan tegahan Allah100.

Hasan Ayyub sebagai contoh, di dalam kitabnya menyebut bahawa terdapat

dua pendapat ulama‟ dalam menetapkan sama ada seseorang itu Islam atau tidak,

atau Islam namun mereka dikenali dengan muslim yang melakukan maksiat (`asi,

fasiq, mudhnib). Pendapat jumhur menyatakan bahawa, melakukan segala yang

diperintahkan oleh Allah di dalam Islam bukanlah rukun atau syarat dalam

menetapkan seseorang itu sama ada Islam ataupun tidak. Berdasarkan pendapat ini,

mereka yang tidak beramal akan dikenali sebagai muslim yang fasiq atau muslim

yang melakukan maksiat. Namun sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa

melaksanakan segala perintah Allah beserta rukun-rukunnya merupakan syarat

seseorang itu menjadi Islam. Sekiranya mereka hanya tunduk dan patuh semata-

mata kepada Islam, namun tidak beramal, maka orang tersebut tidak dikenali

sebagai Muslim.

perbuatan zina dan meminum arak. Rujuk al- Sawi, Ahmad b. Muhammad al-Maliki (2007), Kitab

Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid, Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam (thqq), c. 5, Beirut : Dar Ibn

Kathir, hlm. 130. 96

Nuh `Ali Salman (2003), al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh al-Tawhid, c. 1, Kuala Lumpur : Albayan

Corporation Sdn. Bhd., hlm. 42. 97

Hasan Ayyub (1980), op.cit., hlm. 341. 98

Ibid., hlm. 41. 99

Ibid. 100

Muhammad Rabi (2005), op.cit., hlm. 45.

Page 28: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

28

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Firman Allah ta`ala:

....

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya…”

Surah al-Nisa‟ (04): 116

Berdasarkan mafhum ayat ini, dapat difahami bahawa Islam itu merangkumi

aspek zahir dan batin seseorang. Ini kerana, ketundukan kepada agama ( idh`an bi

al-din) dan reda merupakan aspek batin, manakala tunduk kepada hukum-hakamnya

merupakan aspek yang zahir. Maka, atas dasar ini, Islam lebih umum daripada iman

dan iman lebih khusus daripada Islam101. Kedua-duanya juga saling berlaziman di

antara satu sama lain102. Ini adalah kerana, orang yang membenarkan di dalam hati

berhubung wahyu yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. mestilah turut tunduk

terhadapnya. Begitu juga orang yang tunduk kepada wahyu yang dibawa oleh

Rasulullah S.A.W. pastinya akan membenarkan wahyu tersebut. Maka oleh sebab

itu, apabila iman dan Islam disebut di dalam al-Quran, kedua-duanya menjurus

kepada makna yang satu103. Maka jelaslah bahawa para ulama ASWJ langsung

tidak menyatakan bahawa kepercayaan terhadap imamah itu merupakan syarat

keimanan bagi seseorang. Mereka turut tidak meletakkan kepercayaan terhadap

konsep imamah tersebut sebagai parameter dalam menentukan seseorang itu sama

ada mukmin ataupun tidak bahkan, yang menjadi kayu ukur dalam menentukan

Islam atau tidaknya seseorang di sisi ASWJ adalah berdasarkan kalimah syahadah

yang diucapkannya104.

101

Ibid., hlm. 44. 102

Muhammad Rabi` (2005), op.cit., hlm. 45. 103

Ibid., hlm. 45 104

Nuh `Ali Salman (2003), op.cit., hlm. 40.

Page 29: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

29

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Pemilihan Abu Bakar

Di antara iktikad sesat yang telah dianuti oleh golongan Syiah Imamiah juga adalah

mendakwa bahawa Sayyidina Abu Bakar telah merampas jawatan khalifah yang

sepatutnya menurut mereka adalah milik Sayyidina Ali. Berdasarkan alasan ini

jugalah mereka telah menyesatkan bahkan mengkafirkan bukan sahaja Sayyidina

Abu Bakar, tetapi juga para sahabat yang lain. Berhubung persoalan ini, penulis

berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah meninggalkan dan menyisihkan

pandangan golongan majoriti umat Islam berhubung pengesahan jawatan khalifah

yang disandang oleh Sayyidina Abu Bakar berdasarkan ijma‟ ulama‟105, lantaran

ketaksuban yang begitu menebal di dalam diri mereka terhadap Sayyidina Ali. Situasi

ini secara tidak langsung telah meletakkan diri mereka pada pihak yang

menyongsang suruhan baginda Nabi Muhammad S.A.W. agar umat Islam berada

bersama golongan majoriti (علكم بالسواد األعظم)106. Al-Ghazzali dalam hal ini, beliau

mengatakan bahawa umat Islam wajib mengingkari perkara yang tidak thabit pada

hak para sahabat r.a. Menurutnya lagi, sepatutnya umat Islam perlulah bersangka

baik terhadap golongan ini, kerana tersalah dalam menyangka baik terhadap

seseorang muslim adalah lebih baik berbanding berada di pihak yang benar, namun

mencerca dan mencela golongan tersebut107.

Dalam hal ini, golongan ASWJ berpendapat bahawa terdapat beberapa sebab

yang relevan untuk dikaitkan dengan pemilihan Sayyidina Abu Bakar sebagai

khalifah yang pertama sekaligus melayakkan beliau untuk memimpin urusan umat

105

Al-Asy`ari, Abu al-Hasan (1975), Kitab al-Luma` fi al-Radd `ala Ahl al-Zaigh wa al-Bida`, Kaherah :

Jami` al-Azhar li al-Ta‟lif wa al-Tarjamah wa al-Nasyr, hlm. 134. 106

Hadis tersebut adalah: ( إن أمت ال تجتمع على ضاللة، : عن أب هررة رض للا عنه قال، قال رسول للا صلى للا عله وسلم

.فإذا رأتم اختالفا فعلكم بالسواد األعظم ) Maksudnya: Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau telah

berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya umat aku tidak akan bersepakat dalam

kesesatan. Oleh kerana itu, apabila kalian melihat terjadinya perselisihan, maka kalian hendaklah

mengikuti kelompok yang majoriti”. al-Hafiz al-Suyuti telah menilainya sebagai hadis sahih. Rujuk al-

Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), al-Jami` al-Saghir fi Ahadith al-Basyir al-Nadhir,

j. 1, c. 4, t.t.p. : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 88. 107

Al-Ghazzali. Muhammad b. Muhammad (2003), al-Iqtisad fi al-I`tiqad, c. 1, Beirut : Dar Qutaybah,

hlm. 173.

Page 30: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

30

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Islam setelah kewafatan baginda S.A.W. Salah satu daripadanya adalah suruhan

baginda supaya Sayyidina Abu Bakar mengimamkan solat kaum muslimin yang

terdiri daripada kaum al-Muhajirin dan kaum al-Ansar dengan sabda baginda; “Kamu

suruhlah Abu Bakar supaya beliau mengimamkan solat orang ramai (umat Islam)

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda bahawa umat .108(مروا أبا بكر فلصل بالناس)

Islam akan diimamkan oleh orang yang paling banyak membaca al-Quran dalam

kalangan mereka (iaitulah yang paling luas pengetahuannya tentang al-Quran) ( ؤم

Menurut al-Asy`ari, ini merupakan dalil yang terkuat yang .(القوم أقرؤهم لكتاب

menunjukkan bahawa Sayyidina Abu Bakar merupakan sahabat yang paling afdal

dan paling berhak menggalas jawatan sebagai khalifah109. Para sahabat juga telah

menjadikan peristiwa ini sebagai dalil bagi melantik Sayyidina Abu Bakar sebagai

Khalifah. Salah seorang daripada mereka adalah Sayyidina Umar al-Khattab110.

Selain itu, al-Suyuti telah meriwayatkan bahawa; ketika Hasan al-Basri membaca firman Allah S.W.T. :

Maksudnya:

“ Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya.

Surah al-Maidah (05) :54

beliau telah berkata bahawa kaum di dalam ayat tersebut merujuk kepada Abu Bakar

dan para sahabat beliau. Ini kerana, tatkala murtadnya sebilangan umat Islam

108

Al-Suyuti (t.t), op.cit., hlm. 62. 109

Ibid., hlm. 63. 110

Ibid

Page 31: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

31

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

setelah kewafatan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sayyidina Abu Bakar dan para

sahabatnya telah berjaya menguasai mereka dan mengembalikan mereka kepada

Islam111. al-Asy`ari juga telah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Abu al-

`Abbas b. Syuraih telah berkata bahawa, khilafah al-siddiq terkandung di dalam ayat

tersebut. Ini kerana, menurutnya para ahli ilmu telah bersepakat bahawa tidak ada

peperangan yang berlaku setelah turunnya ayat tersebut melainkan peperangan

yang melibatkan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabatnya menentang orang-orang

yang murtad dan orang yang enggan mengeluarkan zakat112.

Dalam pada itu, ketika membahaskan dalil-dalil yang menunjukkan kelayakan

Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah, al-Suyuti dan al-Amidi telah menyebutkan

sebuah hadith berikut :

اقتدوا باللذن من : عله وسلم قال رسول للا صلى للا : عن حذفة رض للا عنه قال

.بعدي أبو بكر وعمر

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Hudhaifah R.A. beliau telah berkata : Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Hendaklah kalian mengikut mereka berdua yang hidup setelahku, (iaitulah) Abu Bakr dan Umar”113.

Al-Tabrani telah mengeluarkan hadith ini menerusi riwayat Abu al-Darda‟, manakala

al-Hakim pula telah mengeluarkan hadith ini menerusi riwayat Ibn Mas`ud114. Hadith

ini merupakan salah satu daripada lapan nas yang dikemukakan oleh al-Amidi di

dalam Ghayat al-Maram dalam membuktikan keutamaan Sayyidina Abu Bakar dan

kelayakan beliau menjadi khalifah umat Islam115.

111

Ibid., hlm. 65. 112

Ibid. 113

Hadis ini dinilai hasan oleh al-Tirmidhi dan dihukum sahih oleh al-Hakim. Lihat, Ibid., hlm. 61. 114

Ibid. 115

Rujuk al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), op.cit., hlm. 379-380.

Page 32: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

32

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Konsep `Ismah

Selain itu, golongan Syiah Imamiah juga turut mendakwa bahawa para imam mereka

bermula daripada Sayyidina `Ali sehinggalah imam-imam yang dilantik selepas

kematian beliau wajib bersifat maksum daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa

besar116 sepertimana para anbiya‟, cuma tinggal lagi mereka tidak diturunkan wahyu

sepertimana para anbiya‟117. Tidak terbit daripada mereka melainkan perkara-

perkara yang baik dan mereka sama sekali tidak akan melakukan kesalahan118.

Menurut Ahmad Amin, disebabkan fahaman sesat inilah para ulama mutakallimin

telah mengarang bab khusus berhubung `ismah al-anbiya‟ dalam siri wacana

mutakallimin119. Pada dasarnya, konsep `ismah yang menjadi pegangan mereka ini

secara jelas bercanggahan dengan iktikad ASWJ. Ini kerana, di sisi ASWJ, konsep

`ismah hanya sah berlaku terhadap para Nabi dan Rasul, adapun manusia biasa,

mereka tidak sama sekali terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa

disebabkan adanya kecenderungan hawa nafsu dalam diri manusia yang sering

mendorong mereka secara fizikal mahupun batin untuk memenuhi tuntutannya.

Disebabkan para anbiya‟ merupakan ikutan kepada umat manusia, maka Allah

S.W.T. telah menganugerahkan `ismah kepada mereka selain turut memperkuatkan

pengutusan mereka dengan penganugerahan mukjizat yang pelbagai bagi

membuktikan kesahihan risalah yang dibawa oleh mereka. Selain itu,

penganugerahan `ismah juga kepada mereka, sama ada sebelum mahupun selepas

kenabian dan kerasulan adalah untuk memuliakan mereka120.

Para Nabi dan Rasul telah diutus kepada umat manusia sebagai pemimpin

dan pemberi petunjuk dalam membimbing manusia ke jalan yang lurus. Logiknya,

116

Al-Razi, Muhammad b. `Umar b. al-Husayn (1986), al-Arba`ien fi Usul al-Din, j.2, Kaherah :

Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah, hlm. 263; Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 221; al-Syahrastani

(1976), op.cit., hlm. 146. 117

Al-Ghazzali, Muhammad b. Muhammad (2008), Fada‟ih al-Batiniyyah, Kaherah : Dar al-Far al-

Faruq li al-Istithmarat al-Thaqafiyyah, hlm. 64. 118

Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, op.cit., hlm. 268. 119

Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 228. 120

Nuh `Ali Salman (2003), op.cit., hlm. 127.

Page 33: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

33

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

jika mereka tidak terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan, maka sudah

tentu umat manusia tidak akan mempercayai kata-kata mereka. Hal ini seterusnya

akan membawa implikasi yang lebih besar di mana matlamat kenabian dan

kerasulan mereka akan terbatal. Maka oleh sebab itu, konsep `ismah adalah wajib121

bagi memastikan tanggungjawab kerasulan terlaksana. Selain itu, kesucian dan

kekudusan yang terzahir menerusi konsep `ismah yang wujud pada mereka tersebut

akan menjelaskan lagi kedudukan mereka. Dalam mempertahankan konsep ini pada

hak para anbiya‟, al-Razi telah berpendapat bahawa sekiranya mereka tidak

terpelihara daripada maksiat, maka sudah tentu mereka akan termasuk dalam

golongan yang mendapat kebencian Allah disebabkan mereka tidak melakukan apa

yang mereka telah katakan122; iaitulah menyeru manusia supaya melakukan taat

kepada Allah dan menjauhi segala larangan Allah. Maka, hal tersebut tertolak secara

ijma‟123.

Walaubagaimanapun, konsep ini tidak boleh digunakan bagi pihak para imam

mahupun khalifah. Iktikad ini bukan hanya menyalahi ijma‟, bahkan turut jauh

tersimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana, imam atau khalifah yang

dilantik adalah manusia biasa dan peranan mereka tidak lebih daripada

menguruskan urusan umat Islam mengikut al-qanun al-islami yang dibawa oleh

Rasulullah S.A.W.124. al-Razi menyebut bahawa, golongan Syiah berkeyakinan

bahawa imam-imam mereka maksum berdasarkan ayat ke 124 dalam Surah al-

Baqarah yang menyatakan bahawa orang yang zalim tidak akan menjadi imam125.

121

al- Sawi (2007), op.cit., hlm. 300. 122

Rujuk al-Quran, Surah al-Saff (61), 2-3 dan al-Baqarah (02) : 44. 123

Al-Razi (1986), op.cit., hlm. 119. 124

Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, op.cit., hlm. 20-21. 125

Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya:

Page 34: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

34

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Justeru, berdasarkan premis ini, di sisi mereka, setiap orang yang melakukan

dosa sama ada yang zahir mahupun yang batin, maka ia tidak layak untuk menjadi

imam. Dakwaan ini tertolak kerana menurut al-Razi ayat tersebut hanya

menunjukkan bahawa syarat untuk menjadi imam, hendaklah imam tersebut tidak

banyak melakukan dosa (أن شرط اإلمام أن ال كون مشتغال بالذنب) dan ia sama sekali

tidak mengandungi dilalah ke atas wajibnya maksum pada diri mereka126. Selain itu,

sekiranya benar individu yang akan menggantikan Rasulullah S.A.W. mestilah

maksum, maka mengapakah Sayyidina Abu Bakr berkata “taatlah aku selagi mana

aku taat kepada Allah, sekiranya aku menderhakai Allah, maka tidak ada lagi

ketaatan terhadapku” 127. Maka cukuplah kenyataan ini sebagai dalil bahawa konsep

`ismah ternafi daripada hak para imam.

Teori al-Raj`ah

Selain itu, ramai daripada golongan Syiah Imamiah berpendapat bahawa Allah

S.W.T. akan mengembalikan Nabi Muhammad S.A.W., Sayyidina `Ali, al-Hasan, al-

Husain dan beberapa imam-imam mereka yang lain dan musuh-musuh mereka

seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar, Uthman, Mu`awiyah dan Yazid ke dunia setelah

kedatangan al-Mahdi. Mereka akan menuntut keadilan terhadap perampasan

jawatan imamah (menurut mereka) yang sepatutnya diberikan kepada ahl al-Bayt

Rasulullah S.A.W. Bahkan, al-Murtadha telah berkata bahawa Sayyidina Abu Bakr

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah

(suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu)

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan)

bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!)

Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)".

Allah berfirman: "(permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh

orang-orang yang zalim."

Surah al-Baqarah (02): 124 126

Dalam hal ini, al-Razi telah mengemukakan sekurang-kurangnya lima hujah dalam membatalkan

dakwaan golongan Syiah berhubung kemaksuman imam-imam mereka tersebut. Rujuk; Ibid., hlm.

267-268. Al-Ghazzali juga ada menyatakan bantahan terhadap konsep `ismah menurut golongan

sesat ini. Untuk keterangan lanjut, rujuk al-Ghazzali, Fada‟ih al-Batiniyyah, op.cit., hlm. 168-170. 127

al-Baqillani (1987), op.cit., hlm. 476.

Page 35: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

35

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

dan Umar akan disalib pada zaman pemerintahan al-Mahdi128. Pendapat mereka

dalam hal ini didapati bercanggah secara jelas dengan nas al-Quran dan al-Hadith.

Menurut ASWJ, setiap manusia yang telah mati, maka manusia tersebut tidak akan

kembali ke dunia sehinggalah berlakunya kiamat129. Hal ini selaras dengan firman

Allah S.W.T. :

Maksudnya:

“Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada kami, untuk menerima balasan)”. Surah Yaasin (36): 31

Selain itu, Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda; tidak ada negeri setelah

kematian melainkan syurga dan neraka (لس بعد الموت دارا إال الجنة والنار). Maka

berdasarkan hadith ini, jelaslah bahawa setiap manusia yang telah menemui ajal

tidak akan kembali ke dunia130. Ini kerana, roh manusia yang telah meninggal dunia

dipisahkan daripada kehidupan manusia di dunia dengan alam barzakh. Oleh yang

demikian, maka tertolaklah iktikad al-raj`ah yang menjadi pegangan sebahagian

besar daripada golongan Syiah Imamiah tersebut. Manakala tentang Imam al-

Mahdi131, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :

128

Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, op.cit., hlm. 246. 129

Al-Nasafi, Maymun b. Muhammad (2005), Bahr al-Kalam, Suntingan: al-Sayyid Yusuf Ahmad, c. 1,

Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 188. 130

Ibid. 131

Secara dasarnya, hadis berhubung al-Mahdi memang tidak terdapat di dalam al-Sahihayn secara

lafzi dan terperinci, namun ia ada disebutkan di dalam kedua-dua kitab tersebut secara makna (مجملة).

Terdapat beberapa orang tokoh muhaddis yang telah mengeluarkan hadis-hadis berhubung al-Mahdi

di dalam kitab-kitab mereka, antaranya; Abu Dawud dan Ibn Majah dalam Sunan mereka, Imam

Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam Mustadraknya dan Ibn Hibban dalam Sahihnya. Di sisi

ASWJ, al-Mahdi merupakan keturunan Nabi Muhammad S.A.W dari sesepuh Sayyidina Husain, dan

bukan daripada sesepuh Sayyidina Hasan sebagaimana yang telah didakwa oleh golongan Syi`ahlm.

Selain itu, nama beliau mirip nama Rasulullah S.A.W iaitulah Muhammad b Abdullah, dan bukannya

Muhammad b. al-Hasan al-`Askari (imam ke sebelas bagi golongan Syiah al-Ithna `Asyriyyah). Beliau

Page 36: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

36

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

كف أنتم إذا نزل ابن : عن أب هررة رض للا عنه، أن النب صلى للا عله وسلم قال

مرم فكم وإمامكم منكم

Maksudnya :

Daripada abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah telah bersabda: “Bagaimanakah kamu apabila turun Isa b. Maryam dalam kalangan kamu sedangkan pemimpin kamu adalah daripada kalangan kamu.”132

المهدي من عترت من : سمعت رسول للا صلى للا عله وسلم قول: عن أم سلمة قالت

ولد فاطمة

Maksudnya :

Daripada Umm Salamah, beliau telah berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “al-Mahdi daripada keturunanku, daripada keturunan Fatimah.”133

Dalam akidah ASWJ, hanya Nabi Isa A.S. yang akan diturunkan semula oleh

Allah S.W.T. ke dunia ini ketika hampir berlakunya kiamat, tetapi hal ini bukan

juga akan dilahirkan pada akhir zaman kelak untuk memerintah dunia dan akan dizahirkan

kemunculannya kepada umat Islam secara terang-terangan oleh Allah S.W.T. ketika beliau

dibai`ahkan oleh umat Islam di antara rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim. Hal ini

berlainan dengan dakwaan golongan Syi`ah Imamiah yang mengatakan bahawa al-Mahdi telah ghaib

dalam usia kanak-kanak dan akan dizahirkan semula kepada manusia oleh Allah pada akhir zaman

kelak. Berhubung dengan persoalan al-Mahdi ini, ia bukan merupakan suatu perkara khilafiyyah,

bahkan ia merupakan suatu perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama ASWJ. Untuk keterangan

lanjut, rujuk Mohd Zaidi Abdullah (2000), Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jamaah : Suatu Keluhuran

dan Kemurnian Pegangan Hidup, c. 1, Kuala Lumpur : Syathariah Niaga Jaya Sdn. Bhd., hlm. 269-

273; Ahmad Amin (1987), Duha al-Islam, op.cit., hlm. 237. 132

Abu `Abdullah Muhammad b. Ismail b. Ibrahim b. al-Mughirah b. Bardizbah al-Bukhari (2000),

Sahih al-Bukhari dalam Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, hadis no. 3449 dalam

Bab Nuzul `Isa Ibn Maryam `alayhima al-salam, hlm. 282; al-Naysaburi, Abi al-Husayn Muslim b. al-

Hajjaj b. Muslim (2000), Sahih Muslim dalam Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3,

hadis no. 244 dalam Bab Nuzul `Isa Ibn Maryam Hakiman bi Syari`ati Nabiyyina Muhammad S.A.W,

hlm. 703. 133

Abi Dawud Sulayman b. al-Asy`ath b. Ishaq al-Azdi al-Sajistani (2000), Sunan Abi Dawud dalam

Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, hadis no. 4284 dalam Bab Awwalu Kitab al-

Mahdi, hlm. 1535.

Page 37: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

37

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

dinamakan sebagai al-raj`ah kerana baginda A.S. belum lagi wafat. Baginda bukan

dihidupkan semula pada akhir zaman kelak, sebaliknya baginda akan diturunkan ke

dunia setelah baginda diangkat ke langit dengan jasad dan roh baginda untuk

tempoh masa yang tertentu tanpa mengalami kematian. Penurunan baginda juga

bukan membawa syariat yang baru, tetapi baginda akan melaksanakan keadilan

berpaksikan syariat Nabi Muhammad S.A.W., selain akan turut membunuh khinzir,

memusnahkan salib dan mengutip jizyah134. Peristiwa penurunan Nabi Isa A.S. pada

akhir zaman kelak adalah sabit di dalam al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :

Terjemahannya:

“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka”. Surah al-Nisa‟ (04): 159

Menurut al-Buti, kata ganti diri (dhamir) pada perkataan قبل موته di dalam ayat di atas

adalah jelas merujuk kepada Nabi Isa A.S. Hal ini sekaligus membuktikan bahwa

baginda masih hidup dan tidak pernah mati (لم مت). Ayat ini juga telah membatalkan

dakwaan golongan Yahudi yang mendakwa bahawa Nabi Isa a.s telah mati disalib

oleh kaumnya. Ayat ini menjadi dalil yang jelas dalam menyatakan perbezaan di

antara iktikad ASWJ dan iktikad Syiah Imamiah khususnya dalam masalah al-raj`ah

ini.

Demikianlah beberapa aspek yang telah cuba digarapkan oleh penulis dalam

melihat perbezaan di antara golongan Syiah ini dengan golongan ASWJ. Secara

dasarnya, mereka bukan hanya menyalahi al-Quran dan al-Sunnah, bahkan mereka

turut menyalahi ijma‟ para ulama yang merupakan salah satu daripada usul al-tasyri`

134

Al-Musayyar, Muhammad Sayyid Ahmad (2007), Fatawa al-`Aqidah al-Islamiyyah, c. 1, Kaherah :

Maktabah al-Iman, hlm. 230-231.

Page 38: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

38

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

yang turut menjadi rujukan majoriti umat Islam zaman berzaman. Dalam aspek

syariat, perselisihan terbesar mereka dengan kelompok ASWJ berlaku dalam

masalah memahami nas al-Quran dan sikap mereka yang menolak sejumlah hadis

yang diriwayatkan oleh individu selain daripada imam-imam mereka135. Tindakan ini

bukan hanya merugikan kelompok mereka, bahkan turut memudahkan mereka untuk

tergelincir daripada landasan hak disebabkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh

imam-imam mereka adalah bukan berdasarkan kepada wahyu, namun ia

berlandaskan kepada hawa nafsu semata-mata.

Kesimpulan

Berbicara mengenai perbezaan fahaman Syiah Imamiah dan fahaman ASWJ, maka

perbincangan ini merumuskan bahawasanya akidah yang menjadi anutan golongan

Syiah Imamiah tersebut secara jelas telah bercanggah dengan akidah yang didokong

oleh ASWJ. Ia bukan hanya menyalahi ijma‟ para ulama, bahkan lebih parah, ia telah

menyongsang nas-nas yang telah ditanzilkan oleh Allah sebagaimana yang difahami

oleh jumhur ulama kepada umat manusia. Dalam hal ini, tidak ada perisai yang lebih

kuat dalam mendepani cabaran gerakan ini dengan berkesan melainkan umat Islam

perlu kembali berpegang teguh dengan ilmu akidah yang sahih warisan Nabi S.A.W.

dan para sahabat R.A.

Dalam mendepani gerakan ini juga, pastinya umat Islam wajib

mempertahankan kesucian ajaran Islam yang sebenar daripada terus dinodai oleh

anasir-anasir sesat golongan tersebut, selain turut perlu menyatakan pendirian

mereka dengan lebih tegas demi memastikan gerakan ini dapat dibendung daripada

ia terus disebarkan secara zahir ataupun tersembunyi dalam iklim dan komuniti

muslim yang beraliran ASWJ khususnya di Malaysia ini. Gerakan ini juga perlulah

dipantau agar ia tidak disebarluaskan kerana ia mampu menatijahkan perpecahan

yang menyulitkan penyatuan antara umat Islam di Malaysia.

135

Ahmad Amin (1987), op.cit., hlm. 267.

Page 39: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

39

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Selain itu, pihak yang berwajib seperti pihak Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlulah

menggandakan usaha supaya lebih peka terhadap perkembangan dan gerakan

golongan Syiah Imamiah ini demi membendung penularan pemikiran mereka agar

gerakan ini mampu ditangani sehingga ke peringkat akar umbi. Tindakan yang

diambil juga perlulah bersifat rasional dan bijaksana agar permasalahan ini dapat

diselesaikan dalam suasana yang terbaik tanpa menatijahkan perpecahan yang

besar dalam komuniti masyarakat Islam dalam negara tercinta. Sebaran am

berhubung penyelewengan aliran ini daripada akidah ASWJ perlulah diwar-warkan

kepada masyarakat umum agar mereka dapat menghindarkan diri daripada turut

terjebak dalam penyebaran ajaran songsang tajaan kelompok ini. Saranan-saranan

ini diharapkan agar ia dapat diberi perhatian demi mewujudkan masyarakat satu

akidah yang akhirnya akan menatijahkan sa`adah di dunia mahupun di akhirat.

Page 40: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

40

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Bibliografi

Rujukan Buku

`Ali Jum`ah (2005), al-Bayan lima Yusyghiluhu al-Azhan, Kaherah : al-Muqatam li al-Nasyr wa al-Tauzi`

Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah : Maktabah

al-Anjalu al-Misriyyah

Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mu‟jam Maqayis al-Lughah, c. 2, j. 3, Mesir:

Syarikah Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih

Abu Muhammad `Ali b. Muhammad b. Hazm (t.t), al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa‟ wa

al-Nihal, j. 2, Beirut : Dar al-Ma`rifah

Ahmad Amin (1952), Duha al-Islam, j. 2, c. 3, Kaherah : Matba`ah Lujnah al-Ta‟lif wa

al-Tarjamah wa al-Nasyr

Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-

Misriyyah

Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan :

Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah

al- Sawi, Ahmad b. Muhammad al-Maliki (2007), Kitab Syarh al-Sawi `ala Jawharah

al-Tawhid, Suntingan Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam, c. 5, Beirut : Dar Ibn

Kathir

Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam,

Suntingan Hasan Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah : al-Majlis al-A`ala li al-

Syu‟un al-Islamiyyah

Al-Asy`ari, Abu al-Hasan (1975), Kitab al-Luma` fi al-Radd `ala Ahl al-Zaigh wa al-

Bida`, Kaherah : Jami` al-Azhar li al-Ta‟lif wa al-Tarjamah wa al-Nasyr

al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-

Musallin, Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid (tqq), c. 2, j. 1, Kaherah :

Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah

al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Mesir :

al-Maktabah al-Tawfiqiyyah

al-Baqillani, Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib (1987), Tamhid al-Awa‟il wa Talkhis

al-Dala‟il, c. 1, Beirut : Mu`assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah

al-Buti, Muhammad Sa`id Ramadan (1997), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah, Beirut : Dar al-Fikr al-Mu`asir

al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), al-Qamus al-Muhit, j. 3, Kaherah : Mu‟assasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi`

Al-Ghazzali, Muhammad b. Muhammad (2008), Fada‟ih al-Batiniyyah, Kaherah : Dar

al-Far al-Faruq li al-Istithmarat al-Thaqafiyyah

Page 41: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

41

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Al-Harari, `Abdullah b. Muhammad (1998), al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah, c. 3, Beirut : Dar al-Masyari` li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi`

al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-

Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah

Al-Isfirayinni. Abu al-Muzaffar (1940), al-Tabsir fi al-Din, c. 1, t.t.p : Matba`ah al-

Anwar

Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah: Madkhal

wa Dirasah, c. 2, Kaherah : Maktabah Wahbah

Al-Nasafi, Maymun b. Muhammad (2005), Bahr al-Kalam, al-Sayyid Yusuf Ahmad

(thqq), c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah

al-Razi, Fakhr al-Din Abi `Abdillah Muhammad b. `Umar b. al-Husain (1993), Asas al-Taqdis fi `Ilm al-Kalam, c. 1, Beirut : Dar al-Fikr al-Lubnan

___________________ (1986), al-Arba`ien fi Usul al-Din, j.2, Kaherah : Maktabah al-

Kulliyyat al-Azhariyyah

___________________ (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), al-Jami` al-Saghir fi Ahadith

al-Basyir al-Nadhir, j. 1, c. 4, t.t.p. : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah

___________________ (t.t), Tarikh al-Khulafa‟, Suntingan Muhamad Muhy al-Din

`Abd al-Hamid, t.t.p : t.p.

al-Tahhan, Mahmud, Dr., (t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad: Maktabah al-Ma`arif Al-Zabidi, Muhammad b. Muhammad al-Husaini (1989), Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin,

j. 2, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), al-Fasl fi al-Milal wa al-

Ahwa‟ wa al-Nihal, j. 2, c. 2, Beirut : Dar al-Ma`rifah Dr. H. O. K, Rahmat (1979), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu : Pustaka

Aman Press Sdn. Bhd. Hajah Noresah bt. Baharom, et.al (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, c. 2,

Selangor : Dawama Sdn., Bhd. Hammam `Abd al-Rahim Sa`id (2000), al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, c. 4, Oman : Dar

al-Furqan Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa‟id al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Qur‟an al-Karim Hasan Ibrahim Hasan (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi wa al-Dini wa al-Thaqafi wa

al-Ijtimai`e, c. 7, j. 2, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah Ibn `Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah Radd al-Mukhtar, j. 1, Beirut : Dar al-

Fikr Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj `Abd al-Rahman (t.t), Talbis Iblis, Kaherah : Maktabah al-

Mutannabi

Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram (1952), Lisan al-`Arab, j. 11, Beirut : Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr

Jama`ah min Kibar al-Lughawiyyin al-`Arab (t.t), al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, (t.t.p) : Larus

Page 42: Perbezaan ASWJ dengan Syiah

42

Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Agama Islam Selangor

Mahmud `Abd al-Rahman `Abd al-Mun`im (t.t), Mu`jam al-Mustalahat wa Alfaz al-Fiqhiyyah, j. 1, Kaherah : Dar al-Fadilah

Mahmud Salim `Ubaydat (1998), Tarikh al-Firaq wa `Aqa‟iduha, t.t.p : Dar al-Furqan

Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri` al-Islami. Kaherah : Maktabah Wahbah Mohd Napiah Abdullah (1986), Peranan dan Metodologi Hadith, c. 1, Kuala Lumpur :

Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ___________________ (1989), Mukhtasar Sejarah Perkembangan dan Kaedah

Penyusunan Hadith, c. 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Muhammad `Abd al-Hadi (1992), Ahli sunnah wa al-Jama`ah Ma`alim al-Intilaqah al-

Kubra, c. 4, Kaherah : Dar al-I`lam al-Duwali

Muhammad `Ajjaj al-Khatib (2003), Usul al-Hadith : `Ulumuhu wa Mustalahuhu, c. 1, Beirut : Dar al-Fikr

Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi

___________________ (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah : Dar al-

Fikr al-`Arabi

Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p

Musatafa `Azami (1988), Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Engku Ibrahim Engku Ismail (terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Nur al-Din `Itr, Dr. (1997), Manhaj al-Naqd fi`Ulum al- Hadith. cet. 3, Beirut & Damsyik : Dar al-Fikr al-Mu`asir & Dar al-Fikr

Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik : Dar al-Fikr

Salih Ahmad al-Khatib (2004), al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, j. 1, c. 1, Oman : al-Dar al-`Uthmaniyyah

Rujukan Laman Web Berita Harian Online,

http://www.bharian.com.my/articles/MalaysialarangsebarSyiah/Article/, 6 April

2011.

Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-

malaysia, 6 April 2011.