727
PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN
JANTINA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH
MENENGAH
Noor Syuhaila Mat Yusup, Saemah Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kreativiti merupakan kemahiran abad ke-21 yang dapat menjana inovasi dan melengkapkan murid dengan
kemahiran lain yang diperlukan bagi bersaing dalam pasaran kerja. Terdapat kajian menyatakan murid lelaki
lebih kreatif berbanding perempuan, malah ada yang menyatakan murid perempuan lebih kreatif. Sebaliknya,
terdapat kajian menyatakan jantina bukan penentu kreativiti. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat
perbezaan kreativiti murid tingkatan empat berdasarkan jantina. Kajian ini penting membantu guru membuat
persediaan dalam melayan murid berlainan jantina. Kaedah kuantitatif dilaksanakan dengan menggunakan
soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 240 orang murid tingkatan empat telah dipilih secara rawak
daripada empat buah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor sebagai responden kajian. Data yang diperoleh
daripada Guildford Alternatif Users (GAU) disemak menggunakan skema Guilford & Torrance seterusnya
dianalisis menggunakan SPSS. Hasil ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang singnifikan
komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding
murid lelaki. Kajian ini diharap dapat memberi input kepada guru dalam melayan murid berlainan jantina dan
merancang pedagogi serta menyebatikan elemen kreativiti dalam P&P.
Kata kunci: Personaliti Kreatif, Kreativiti, Jantina
ABSTRACT
Creativity refers to 21st century skill that can generate innovation and equipped students with other skills in
order to compete in the job market or working environment. Past studies indicated, it is found that male
students are more creative than female students and vice versa. However, some other studies found that
gender does not in contribute to creativity.Hence, this study is carried out to determine the differences
creativity of Form Four students based on genders. This study is vital for the teachers to prepare themselves
in handling students of different gender in the classroom. To achieve the purpose of this study. A total of a
quantitative method is used by giving questionnaires as research instrument were 240 of Form Four students
from 4 schools in Hulu Langat, Selangor. are randomly selected as respondents of this study. The data was
collected using Guildford Alternative Users (GAU) and assessed using Guilford and Torrance framework of
creativity. The result of MANOVA shows there is significant difference in creativity based on genders. It
shows that female students are more creative than male students. It is hoped that this research will give the
teachers some information to treat the students of different gender and planning their lessons and blend the
element of creativity in the pedagogy conducted.
Key words: Creative Personality, Creativity, Gender
728
PENGENALAN
Pendidikan berkualiti merupakan aset pembangunan sesebuah negara. Melalui pendidikan kemahiran
abad ke-21, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat ditingkatkan. Murid akan dilengkapi dengan
kemahiran lain yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Bagi mencapai kemahiran berfikir aras
tinggi, unsur kreativiti perlu diterapkan kerana kreativiti menjadi tonggak pengupayaan ekonomi negara.
Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah melancarkan kajian semula yang
diterjemahkan melalui satu pelan pembangunan komprehensif iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan
Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025. PPPM yang mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan
melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui asas aspirasi murid.
Enam aspirasi tersebut yang digariskan dalam PPPM ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Kesemua aspirasi murid ini
penting bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Hal ini bertepatan dengan pandangan Moon
(2006), yang menyatakan komuniti yang berpendidikan dalam sesebuah negara berupaya mengukuhkan
ekonomi sesebuah negara. Sejajar dengan ini, kepentingan kreativiti perlu dititikberatkan bagi
membangunkan masyarakat dan membentuk sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang (Storm &
Storm, 2002). Kreativiti bukanlah satu subjek yang boleh diajar secara langsung tetapi boleh diterapkan
dalam setiap subjek melalui aktiviti dalam proses P&P. Walaupun KPM melakukan pelbagai transformasi
untuk membantu guru membangunkan kreativiti murid, apa yang menjadi masalah ialah kebanyakan guru
tidak menyedari bahawa kreativiti bukan hanya ada pada murid yang mempunyai kepintaran sahaja, tetapi
terdapat banyak faktor lain yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan kreativiti murid seterusnya memberi
implikasi positif terhadap pencapaian akademik mereka.
Oleh yang demikian, kajian ini penting bagi membolehkan guru mengetahui adakah faktor jantina
menjadi penentu kepada amalan kreativiti murid. Pengetahuan ini juga akan membolehkan guru meneroka
dengan lebih mendalam faktor yang menjadi pendorong kepada kreativiti murid dalam merancang pedagogi
yang bersesuaian dengan murid. Mayer (1983) menyatakan 'pengajaran kreatif' sebagai salah satu kaedah
merangsang kreativiti murid. Di samping itu, Best & Thomas (2007) menyatakan murid akan memperoleh
ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan nilai serta dapat mengembangkan kreativiti dan inovasi
mereka. Hasilnya, akan dapat membantu guru mengenalpasti pendekatan melayan murid berlainan jantina
dalam usaha memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Di samping dapat merealisasikan PPPM 2013-2025,
dalam salah satu aspirasi murid iaitu kemahiran berfikir, iaitu setiap murid akan belajar cara memperoleh
ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka iaitu dengan menerapkan perasaan ingin tahu dan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Sungguhpun terdapat banyak kajian mengenai kreativiti dikaji. Namun, dalam mengupas faktor
yang mempengaruhi kreativiti murid, faktor jantina murid sering diperdebatkan dan menjadi pertikaian oleh
kebanyakan sarjana dalam bidang ini. Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji berkaitan faktor jantina
dan kreativiti. Namun, masih boleh diperdebatkan kerana mempunyai keraguan. (Baer, J., dan Kaufman, J.
C.,2008). Soon Singh (2011) dalam kajiannya mendapati murid lelaki lebih kreatif jika dibandingkan
dengan murid perempuan. Dapatan kajiannya disokong oleh kajian yang dijalankan Fillippo (2000) di
Chicago. Manakala, kajian oleh Kousoulas dan Mega (2009) dan Ming (2000) bertentangan dengan dapatan
Soon Singh (2011) mendapati murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Dapatan oleh Ming
729
disokong oleh kajian Whonton (2001) yang menjalankan penyelidikannya di Amerika Syarikat. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa faktor jantina sama ada lelaki atau
perempuan tidak menentukan murid itu kreatif atau tidak. Penyataan ini dibuktikan melalui kajian Hamsiah
(2004) dan Matud et. al, (2007) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang singnifikan antara murid aliran
sains lelaki dan perempuan bagi kreativiti. Percanggahan dapatan kajian ini menimbulkan persoalan bahawa
adakah faktor berlainan jantina mempengaruhi kreativiti murid dan adakah terdapat faktor lain yang
mendorong kepada dapatan kajian sebelum ini. Oleh itu, fokus kajian hanya satu daripada lima faktor
kreativiti yang diperkenalkan oleh Sternberg (2006), iaitu personaliti. Diharapkan kajian ini akan memberi
input berguna kepada guru khususnya, adakah faktor jantina menjadi penentu kepada personaliti dan
kreativiti murid.
TINJAUAN LITERATUR
Bahagian ini akan membincangkan konsep kreativiti. Selain itu, turut diperbincangan kajian-kajian lepas
yang berkaitan dengan tahap kreativiti dan kreativiti berdasarkan jantina.
Kreativiti
Kreativiti adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Torrance (1990) menyatakan kreativiti bermaksud kelancaran
menjana sesutau idea, fleksibel dalam penghasilan idea yang berbeza, kebolehan menjana idea yang berbeza
yang bersifat asli dan luar biasa serta mampu menjana idea yang boleh dihuraikan. Lubart (2000) menyatakan
kretiviti adalah satu penghasilan idea atau produk ciptaan yang asli. Di samping itu, kreativiti ditakrifkan
sebagai proses perubahan sesuatu konsep yang melibatkan strategi kongnitif seperti peta konsep dan analogi
(Rezaei dan Katz, 2002). Mohd Azhar (2004) mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan pemikiran dan
kebolehan mengambil tindakan dengan tidak berasaskan logik biasa, kerana logik biasa bersifat penilaian
yang dibuat secara luaran dan tanggapan awal. Batey, M. dan Furnham, A. (2006) menyifatkan kreativiti
sebagai sesuatu penghasilan idea yang mesti memenuhi kriteria kreatif iaitu asli (origin), baharu, berguna
(useful), praktikal (practical), dan kebolehpasaran (marketable). Manakala Starko (2010) mendefinisikan
kreativiti melibatkan perubahan konsep dan idea yang dihasilkan bersifat asli. Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK 2010), mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang murid mencernakan dan
menghasilkan idea baharu yang bersifat asli. Dalam kajian ini komponen kreativiti yang dilihat ialah :
i. Keaslian (originality) ialah kebolehan mencetuskan idea baharu secara asli dan tulen. Kebolehan seseorang
menghasilkan idea unik dan berbeza daripada yang lain serta menyelesaikan sesuatu masalah mengikut cara
tersendiri.
ii. Kelancaran (fluency) merujuk kepada kemampuan individu menghasilkan idea. boleh berimaginasi,
berfikiran terbuka dan boleh menghasilkan kepelbagaian idea mengikut situasi.
iii. Kelenturan (fleksiblity) Kelenturan atau keluwesan merujuk kepada keupayaan individu menyesuaikan
hasil idea yang dijana dan mengemukakan pelbagai dalam cara atau pendekatan dalam menyelesaikan
masalah melalui pelan tindakan yang dirancang.
730
iv. Penghuraian (elaboration) Penghuraian merujuk kepada kebolehan seseorang membuat penghuraian,
penghujahan secara terperinci dengan mengemukan rasionalisasi.
Kajian Lepas
Di Malaysia, kajian terawal berkaitan kreativiti dijalankan oleh Yong pada tahun 1989, bertajuk " A
Study creativity & Its Correlates Among Form Four Pupils". Dapatan kajian daripada 397 responden ini
mendapati murid yang terpilih sebagai responden kurang kreatif secara keseluruhannya dan dari segi jantina
menunjukkan murid lelaki lebih kreatif berbanding murid perempuan. Rentetan daripada kajian ini, ramai
sarjana yang berminat mengkaji bidang ini. Mohamad Hussain (1998) dalam kajiannnya "Hubungan antara
Kreativiti dengan Pencapaian Akademik" menggunakan Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT) sebagai
instrumen kajian menunjukkan perbezaan jantina bagi kajian ini selari dengan Yong (1989) yang menyatakan
pelajar lelaki lebih kreatif berbanding perempuan. Kajian seterusnya daripada Ahamd Daud (2007). Hamsiah
(2003) mendapati tidak terdapat perbezaan yang singnifikan antara lelaki dan perempuan dari segi kreativiti.
Dapatan ini juga selari dengan kajian oleh Nurliana (2002) yang menjalankan kajian terhadap 50 orang
kanak-kanak di sekitar Lembah Klang. Soon Singh (2011) dalam kajiannya bertajuk " Perhubungan Antara
Kreativiti Figura Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat " menunjukkan terdapat perbezaan
yang singnifikan bagi kreativiti antara lelaki dan perempuan. Hasil ujian-t menunjukkan murid lelaki lebih
kreatif berbanding murid perempuan. Mohd Yusof Arshad & Siti Hajar Alias dalam kajian bertajuk "Tahap
Kreativiti Di Kalangan Pelajar Program Sains di Fakulti Pendidikan UTM" menggunakan metodologi
berbentuk tinjauan mendapati tidak terdapat perbezaan min yang singnifikan bagi tahap kreativiti antara
jantina lelaki dan perempuan. Berbanding dengan Malaysia, kajian kreativiti di luar negara telah lama wujud.
Guilford (1973) telah menjalankan satu kajian berkaitan perbezaan kreativiti antara individu. Hasil kajiannya
menunjukkan faktor kepintaran membantu mengatasi kesamaan antara individu yang mempunyai kecerdasan
otak dan sebaliknya. Kajian oleh Dharmangandan (1981), Tara (1981) & Khaleefa et. al (1996),
menunjukkan murid lelaki lebih berkreativiti bebanding murid perempuan. Kajian lain oleh Comeau (1980)
faktor jantina bukanlah penentu kepada tahap kreativiti yang dimiliki individu. Dapatan ini disokong oleh
kajian oleh Katiyar dan Jarial (1983) yang mendapati bahawa tidak ada perbezaan yang singnifikan bagi
tahap kreativiti berdasarkan jantina. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Frederick (2005) dari Amerika
Syarikat yang menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap pelajar pra sekolah awam. Dapat
disimpulkan, kebanyakan dapatan kajian yang mengkaji berkaitan perbezaan kreativiti antara jantina
menunjukkan jantina lelaki lebih kreatif berbanding perempuan sama ada dalam kalangan kanak-kanak,
murid sekolah mahupun pelajar universiti. Khalefa et.al (1996), Nurliana (2002), dan Soon Singh (2011).
Kajian terbaharu berkaitan oleh kreativiti oleh Balan & Ivy (2014) menunjukkan tiada perbezaan yang
singnifikan dalam kreativiti antara lelaki dan perempuan. Oleh itu kajian ini akan mengkaji amalan kreativiti
murid berdasarkan jantina. Kajian ini diharap dapat merungkai persoalan adakah jantina menjadi faktor
penentu kreativiti murid.
731
METADOLOGI KAJIAN
Populasi & Sampel
Seramai 360 orang responden dipilih terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan. Walau
bagaimanapun, hanya 240 reponden yang menjawab soal selidik dengan lengkap. Cohen et. al (2007)
menyatakan pulangan soal selidik melebihi 80 peratus adalah masih boleh diterima.
Profil Respoden Kajian
Seramai 360 orang responden terpilih dalam kajian ini, hanya 240 yang telah melengkapkan intrumen soal
selidik. Demografi responden yang terlibat dalam kajian ini adalah jantina sahaja. Daripada jumlah 240
orang responden yang terlibat dalam kajian ini, 121 orang ialah murid lelaki dan 119 orang murid perempuan.
Dari segi komposisi kaum seramai 150 murid berbangsa Melayu dan 57 murid berbangsa Cina manakala
seramai 32 murid berbangsa India dan selebihnya seramai 1 murid berbangsa lain-lain (Indonesia). Kesemua
responden ialah murid tingkatan empat berusia 16 tahun di sekolah menengah harian. Jadual 2 menerangkan
berkaitan profil responden yang terlibat dalam kajian ini.
Jadual 1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jantina Frekuensi Peratus
Lelaki 121 50.4
Perempuan 119 49.6
JUMLAH 240 100
Lokasi Kajian
Lokasi kajian dijalankan di empat buah SMK ( Harian ) di bawah Kementeraian Pendidikan Malaysia dalam
Zon Ampang dan Zon Kajang daerah Hulu Langat, Selangor.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi maklumet demografi responden
terdiri daripada jantina, bangsa dan aliran pengajian. Bahagian B mengukur dimensi Kreativiti
menggunkan instrumen asal Guilford Alternate Uses (GAU). Instrumen soal selidik ini mengandungi tiga
732
bahagian soalan dan menggunakan soalan respon terbuka. Jawapan disemak menggunakan skema Guilford
& Torrance dan diketegorikan mengikut komponen seperti di bawah.
i. Skor Keaslian (originality) diperoleh hasil daripada respon dan idea unik yang diberikan. Respon idea 5
peratus daripada sampel kajian diberikan 1 markah. Manakala 1 peratus daripada sampel kajian diberikan 2
markah. .
ii. Skor Kelancaran (fluency) diperoleh dengan menjumlahkan semua idea baharu yang dihasilkan
berdasarkan idea asal yang diberi di dalam instrumen. Setiap idea diberikan satu markah.
iii. Skor Kelenturan (fleksiblity) diperoleh diperoleh hasil daripada respon unik yang diberikan. Setiap idea
diberikan dua markah.
iv. Skor Penghuraian (elaboration) diperoleh berdasarkan idea baharu yang ditambah daripada idea asal yang
diberi. Idea berulang tidak akan diberikan markah. Setiap idea ini diberikan dua markah.
ANALISIS DATA
Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS) v22.
Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi
Dalam kajian ini, statistik deskriptif merujuk kepada penukaran data kepada angka dan bentuk yang
menyenangkan untuk difahami dan mentaksirkan data-data berkenaan. Statistik ini digunakan bagi
mendapatkan bilangan, min, peratusan dan sisihan piawai.
Statistik inferensi juga digunakan. Andaian-andaian dalam menggunakan statistik inferensi seperti skala
dalam bentuk interval, pemboleh ubah bertaburan normal dan karakteristik sampel menggambarkan ciri-ciri
sebenar populasi telah dipenuhi terlebih dahulu. Oleh kerana, kajian ini ingin menjawab persoalan perbezaan
antara kumpulan dengan lima kategori bagi variabel bersandar, ujian Multi Analysis of Variance (MANOVA)
digunakan bagi menguji pengaruh dua atau lebih daripada dua variabel bersandar yang dianalisis secara
serentak.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan data daripada dapatan kajian daripada semua persoalan yang dinyatakan.
PERSOALAN KAJIAN 1
Apakah kreativiti murid tingkatan empat berdasarkan jantina?
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang akan menjawab persoalan kreativiti murid berdasarkan
jantina. Jadual 2 menunjukkan taburan min dan sisihan bagi empat komponen kreativiti berdasarkan jantina.
Dapatan kajian bahagian ini menunjukkan jumlah min murid lelaki bagi komponen kreativiti keaslian (M=
4.13, SP=4.592) berbanding murid perempuan (M= 4.08, SP=4.648) . Seterusnya, murid lelaki mencatatkan
min komponen kreativiti kelancaran (M=16.45 , SP=8.637) manakala murid perempuan mencatatkan (M=
733
19.31, SP=11.427) . Murid lelaki mencatatkan min bagi komponen kreativiti kelenturan (M= 2.64,
SP=2.380) berbanding murid perempuan (M= 3.71, SP=3.320) dan bagi komponen penghuraian murid lelaki
mencatatkan (M=11.50 , SP=14.002) manakala murid perempuan mencatatkan (M=16.35 , SP=20.145).
Jumlah keseluruhan keempat-empat komponen kreativiti mencatatkan murid lelaki memperoleh (M=34.72 ,
SP=29.611) dan murid perempuan (M= 43.45, SP=39.54).
Kesimpulannya, daripada empat komponen kreativiti yang diuji, murid lelaki dan perempuan paling
baik dalam komponen kreativtiti kelancaran diikuti komponen kreativiti penghuraian dan keaslian. Kedua-
dua jantina lelaki dan perempuan mencatat skor paling rendah dalam komponen kreativiti kelenturan.
Kesimpulannya, dari segi jumlah keseluruhan min bagi empat komponen kreativiti, mencatatkan murid
perempuan lebih kreatif daripada murid lelaki.
Jadual 2 Taburan Kekerapan, Min dan Sisihan Piawai Komponen
Kreativiti Berdasarkan Jantina
Jantina Lelaki Perempuan
Komponen
Kreativiti
N Min SP N Min SP
Keaslian 121 4.13 4.592 119 4.08 4.648
Kelancaran 121 16.45 8.637 119 19.31 11.427
Kelenturan 121 2.64 2.380 119 3.71 3.320
Penghuraian 121 11.50 14.002 119 16.35 20.145
Jumlah 121 34.72 29.611 119 43.45 39.54
734
Rajah 1 Graf Bar Perbezaan Tahap Komponen Kreativiti Berdasarkan Jantina
PERSOALAN KAJIAN 2
Adakah terdapat perbezaan kreativiti berdasarkan jantina?
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang singnifikan antara kreativiti berdasarkan jantina dalam kalangan murid
tingkatan empat.
Bahagian ini akan membincangkan perbezaan kreativiti berdasarkan jantina. Oleh itu ujian
MANOVA digunakan setelah analisis pertama memenuhi andaian awal. Langkah pertama ialah dengan
melakukan, ujian Box'M menggunakan Homogenity of Covarians Matrices dijalankan bagi memenuhi
kehomogenan varian-kovarian sebelum analisis MANOVA dijalankan. Berdasarkan jadual 3, ujian Box's M
didapati bahawa nilai F = 3.281) df1 = 10, df2 =270635.159 pada aras singnifikan 0.000 Dalam situasi ini,
jika nilai aras singnifikan kecil dari 0.01 maka ini bermakna ujian MANOVA boleh digunakan sekiranya saix
sampel adalah besar dan hampir sama. Stevens (1986). Ini bermakna varian dan kovarian pemboleh ubah
bersandar tidak homogenus merentasi semua pemboleh ubah bebas (jantina). Sehubungan itu, pengujian
boleh diteruskan dengan menggunakan MANOVA.
Jadual 3 Hasil Ujian Box's M
Box's M Nilai F df1 df2 Sig
33.410 3.281 10 270635.1 Sig. 0.000*
0
5
10
15
20
25
Keaslian Kelancaran Kelenturan Penghuraian
LELAKI
PEREMPUAN
735
Hasil ujian multivariate menjelaskan tiga komponen kreativiti iaitu kelancaran, kelenturan dan
penghuraian mempunyai nilai p < 0.05. Ini bermakna terdapat perbezaan yang singnifikan dalam tiga
daripada empat kompenan kreativiti. Jadual 4 menunjukkan, nilai p bagi hasil analisis ujian MANOVA yang
dijalankan. Keputusan ujian mendapati bahawa aras singnifikan komponen keaslian ( p = 0.936 > p = 0.05),
kelancaran ( p = 0.030 < p = 0.05 ) , kelenturan (p = 0.004 < p = 0.05), dan penghuraian (p= 0.031 < p =
0.05).
Tiga daripada empat komponen yang diuji menunjukkan terdapat perbezaan antara komponen
kreativiti berdasarkan jantina. Komponen penghuraian menunjukkan aras singnifikan paling besar, diikuti
kelancaran dan kelenturan. Manakala hanya komponen kreativiti keaslian menunjukkan terdapat perbezaan
yang singnifikan antara kreativiti dan jantina. Kesimpulannya, tiga daripada empat komponen kreativiti
menunjukkan nilai p < 0.05. Ini bermakana hipotesis nol ditolak. Keputusan ujian MANOVA ini
menunjukkan, terdapat perbezaan yang singnifikan komponen kreativiti berdasarkan jantina.
Jadual 4 Analisis MANOVA Perbezaan Kreativiti Berdasarkan Jantina
Pemboleh Ubah
Komponen Kreativiti
Nilai F df Jumkah Kuasa Dua
Aras Singnifikan
Jantina Keaslian 0.007 1 0.139 0.936 Kelancaran 4.783 1 489.5 0.030* Kelenturan 8.246 1 68.6 0.004* Penghuraian 4.701 1 1410.5 0.031*
singnifikan pada aras 0.05
PERBINCANGAN
Kreativiti Murid Berdasarkan Jantina
Perbincangan seterusnya berdasarkan persoalan kajian pertama iaitu kreativiti murid tingkatan empat
berdasarkan jantina. Kreativiti murid pada persoalan ini dilihat berdasarkan skor jawapan murid yang
dikategorikan mengikut empat komponen iaitu keaslian, kelancaran, kelenturan dan penghuraian.
Jika dilihat dari aspek kedudukan skor min komponen kreativiti secara berasingan. Min keempat-
empat komponen murid lelaki dan perempuan adalah paling tinggi dicatatkan oleh komponen kreativiti
kelancaran, diikuti komponen kreativiti penghuraian, komponen kreativiti keaslian dan komponen kreativiti
kelenturan. Kajian ini menggambarkan murid lelaki dan perempuan gemar kepada penerokaan idea,
berimaginasi serta berfikiran terbuka. Mereka juga dilihat berkemampuan untuk mencetuskan respon dan
idea-idea baharu dalam pelbagai situasi yang diberikan. Hasil dapatan mempunyai persamaan dengan kajian
oleh Soon Sigh (2011) yang menggunakan instrumen Torrance Test of Creativity Thinking (TTCT). Dalam
kajian beliau dalam kalangan murid tingkatan empat mendapati murid lebih kreatif dalam komponen
kelancaran figura, iaitu murid berkenaan berkebolehan menjana idea dan pengetahuan baharu sekiranya
736
rangsangan yang diberikan dapat mencabar minda mereka. Selain itu, dapatan ini juga membuktikan murid
mempunyai kelemahan untuk menambah idea-idea baharu.
Manakala jika dilihat perbezaan setiap komponen kreativiti berdasarkan jantina komponen keaslian,
kelancaran, kelenturan dan penghuraian murid perempuan mencatatkan min lebih tinggi daripada murid
lelaki dengan perbezaan min yang tidak ketara. Oleh itu, dapatan ini membuktikan murid perempuan lebih
baik dalam proses penghasilan idea asli (keaslian), kebolehan berimaginasi dan berfikiran terbuka
(kelancaran), lebih berkeupayaan menyesuaikan idea baharu mengikut situasi (kelenturan) dan kebolehan
berhujah serta mngemukakan alasan yang rasional (penghuraian). Torrance (1963). Dapatan ajian ini
bertentangan dengan kajian oleh Ming (2000) di Taiwan serta Whonton (2001) di Selatan Amerika Syarika
yang menyatakan murid lelaki lebih tinggi tahap kreativiti berbanding murid perempuan.
Perbezaan Kreativiti Murid Berdasarkan Jantina
Dari segi perbezaan kreativiti murid berdasarkan jantina, dapatan menunjukkan hipotesis nol ditolak. Ini
bermakna murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini selari dengan dapatan oleh
William (2014) yang turut menyatakan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Ini
bermaksud murid perempuan lebih mudah menghasilkan idea yang berbanding murid lelaki, boleh
menghasilkan idea dan berfikiran terbuka. Murid perempuan juga lebih bersistematik kerana gemar
mengemukan penyelesaian masalah melalui pelan tindakan yang dijana. Selain itu, murid perempuan
berkemampuan berhujah secara terperinci berbanding murid lelaki. Murid lelaki lebih kreatif melalui
penghasilan idea yang bersifat asli dan unik. Walau bagimanapun, kajian ini bertentangan dengan kajian
yang telah dilakukan pada awal kajian kreativiti diperkenalkan oleh Halen (1980) bahawa faktor jantina
bukanlah penentu kepada tahap kreativiti yang dimiliki individu. Kajian terbaru oleh Bala & Ivy (2014)
berkaitan kreativiti turut menyokong penyataan ini. Daripada keputusan kajian ini, dapat disimpulkan
bahawa murid yang mempunyai ciri paling banyak dalam komponen kreativiti berpotensi untuk mempunyai
berkreativiti. Hal ini menunjukkann akan kepentingan komponen kreativiti untuk menjadikan seseorang
murid itu kreatif.
KESIMPULAN
Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kreativiti berdasarkan jantina dalam
kalangan murid tingkatan empat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Hulu Langat, Selangor.
Maklumat yang diperoleh melalui kajian ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada guru dan
pihak sekolah. Hasil kajian dapat membantu guru mengenalpasti kepelbagaian atau kesamaan kreativiti
murid berlainan jantina, seterusnya dapat menyumbang kepada kesediaan guru dalam melayan murid
berlainan jantina dan menyediakan pedagogi terbaik dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)
mereka. Di samping itu, hasil kajian juga diharap dapat menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Secara holistiknya, diharapkan kajian ini dapat memberi
nilai tambah serta sumbangan kepada lapangan kajian yang sama pada masa akan datang.
737
RUJUKAN
Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar
dalam Persekitaran Perisian Geometri Interaktif. 1st International Malaysia Educational Technology
Convention.
Balan Rathakrishnan & Ivy Lim. 2014. Perbezaan Kreativiti Berdasarkan Jantina Pelajar Tingkatan Empat
Di Kota Kinabalu Sabah. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga.
Chua Yan Piaw. 2014. Asas Penyelidikan Statistik. Kaedah Penyelidikan Statistik. Ed. Ketiga. Mc. Graw
Hill Education.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill Education.
Faizah Othman & Saemah Rahman. Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis
(KBKK) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Faridah Mohd Sopah 2015. Amalan Kreativiti, Gaya Kognitif, Pengaruh Faktor Persekitaran dan
Pencapaian Pelajar Pintar Akademik.
Gelede. G. 2000. Creative Style and Divergent Production. Journal Creative Behavior . 29 (1): 36-53.
Hamsiah. (2004). Tahap Kreativiti Guru Sains dan Amalannya Dalam Pengajaran.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ringkasan Eksekutif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025) Pendidikan prasekolah hingga Lepas Menengah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. KBAT. Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah (2013).
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015). Laporan Awal.
Mohd Razip, Seth Sulaiman & Lilia Ellany Mohtara. 2013. Pembinaan Instrumen Sikap Kreatif dalam
Kalangan Pelajar Fizik Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor. 2nd International and
Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).
Muliha Salma (2010). Aplikasi KBAT Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah. Universiti Teknologi
Malaysia.
Muhamad Mohsin & Nasruddin Yunus 2008. Halaangan-Halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti Di
Kalangan Pelajar. Prosiding SKIKS. Universiti Tun Hussin Onn Malaysia.
Mohammad Sattar Rasul, Nur Farhana Waheeda & Rose Amnah. (2013), Pembinaan Karektor Pelajar
Kreatif Mengikut Teori Sternberg : Satu Analisis Kandungan dan Pembangunan Kerangka Konseptual.
63.1 (2013) 7-15. ISSN 0127-9696.
Mohd Majid Konting 2014. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazeri Mohamad 2014. Faktor Personaliti Kreatif, Komitmen Pengajaran, Amalan Operasi
Metakongnisi dan Pengajaran Kreatif Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup.
Noraini Idris. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Mc. Graw Hill Education.
738
N. S. Rajendran. 2010. Pengajaran KBAT Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar/ Projek KBKK Poster ‘Warisan
Pendidikan-Wawasan” anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum KP dari 1-2 Ogos 2010.
Rahman, N. A. M. K. S. 2013. Pemupukan Kreativiti Dalam Kalangan Pelajar di Peringkat Sekolah.
Shaheen, R. 2010. Creativity and Education. Creative Education, 1(3), 166-169.
Smith, K. L. P. 2010. Developing Creativity for Learning in The Primary School A Practical Guide For
School Leader.
Top Related