1.0 Bangsa
Iban
Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian penuh (wanita) Iban
semasa upacara Gawai di Debak, rantau Betong,Sarawak
Jumlah penduduk 600,000 (Sarawak sahaja)
Rantau dengan penduduk
penting
Sarawak, Brunei &Kalimantan Barat
Bahasa Iban
Agama Kristian & Animist
Kelompok etnik terdekat Kantu, Mualang, Semberuang, Bugau & Sebaru'
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000
iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan
etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri
Sarawak dari daerahLundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan
penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri
Aman, Sarekei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal
berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di
tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah
berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan
perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat
iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa
yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang
menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai
Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan
banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-
rumah panjang. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-
bandar di sekitar negeri Sarawak.
2.0 Kelas Sosial
2.1 Aspek Cara Hidup Masyarakat Iban
Adat dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak, yang pertama kali saya kaji ialah dari
aspek cara hidup mereka. Cara hidup masyarakat Iban adalah dapat dilihat dari segi
kehidupan masyarakat Iban yang teguh dengan kemasyarakatannya iaitu hidup
dalam satu rumah panjang. Struktur organisasi dalam rumah panjang itu diterajui
oleh Tuai Rumah kemudian beberapa orang yang akan membantu beliau dalam
mengendalikan hal-hal pentadbiran dalam rumahnya. Tuai Rumah akan berperanan
dalam undang-undang rumah panjang dan juga mengendalikan adat-adat dalam
rumah panjang tersebut.
2.2 Aspek Ekonomi.
Sementara dari segi ekonomi pula, masyarakat Iban di Sarawak masih teguh dengan
tradisi masyarakat mereka yang bergantung kepada aktiviti pertanian secara sara
diri. Tradisi ini masih kekal sehingga ke zaman ini. Tanaman padi ini akan
diusahakan setiap setahun sekali iaitu selepas penghujung bulan Jun atau bulan 1
bagi masyarakat Iban, yang menganggap bulan Jun sebagai bulan permulaan dalam
takwim mereka. Padi akan selesai dituai pada bulan Februari. Pada 1 haribulan Jun,
sambutan Hari Gawai Dayak akan diadakan sebagai meraikan semangat padi yang
telah memberikan rezeki kepada mereka. Padi yang diusahakan pula ialah padi
bukit, dan secara keseluruhan aktiviti adalah masih menggunakan peralatan
tradisional, seperti kapak,parang, dan peralatan tradisional yang lain. Oleh itu,
masyarakat Iban gemar menjalankan aktiviti dengan bergotong-royong kerana
percaya bahawa aktiviti itu akan lebih cepat dan mudah.
Selain daripada mengusahakan tanaman padi, masyarakat Iban di Sarawak juga
turut menanam lada. Lada ditanam sebagai sumber pendapatan bagi menyara hidup
keluarga dan anak-anak mereka. Biasanya lada ditanam juga dengan menggunakan
kaedah tradisional. Walaupun harga lada di pasaran tidak tetap, tetapi masyarakat
Iban tidak ada pilihan lain memandangkan struktur muka bumi di Sarawak lebih
banyak yang bertanah tinggi. Selain daripada menanam lada yang pada asalnya
dibawa oleh orang asing yang datang ke Sarawak iaitu sekitar abad ke- 18 lagi,
masyarakat Iban di Sarawak juga masih teguh mengusahakan tanaman getah dan
juga tanaman sampingan yang lain. Di samping itu juga, masyarakat Iban di Sarawak
juga turut menyara hidup mereka dengan aktiviti berburu dan menangkap ikan.
Mereka akan memburu binatang-binatang yang boleh dimakan seperti rusa, kijang,
pelanduk dan banyak lagi.
Orang iban pada zaman dahulu merupakan peneroka ulung dalam membuka hutan
rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit.aktiviti
penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk
mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak.bagi masyarakat iban
sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang
boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. justeru itu masyarakat
iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan
penanaman padi bukit(Sultive,1978:3).
Selain itu juga orang iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti
memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan
makanan dan perubatan.pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di
bandar- bandar besar di sarawak, kebanyakan generasi baru iban mempunyai
pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan
sektor swasta.
2.3 Aspek Sosial
Dari aspek sosial pula, masyarakat Iban terkenal dengan amalan dalam sesebuah
rumah panjang. Pada zaman sekarang, amalan hidup dalam komuniti rumah panjang
masih lagi ada. Di rumah panjang saya sendiri ada lima puluh empat buah rumah
yang sama besar dan juga sama struktur binaannya. Masyarakat Iban dalam rumah
panjang begitu mementingkan semangat kerjasama. Dalam apa juga kerja,
masyarakat Iban lebih memilih untuk bergotong royong daripada melakukan kerja itu
secara sendiri. Amalan bergotong-royong atau beduruk ini kerap diamalkan apabila
musim menanam dan juga menuai padi.
Di samping itu juga dalam pergaulan seharian, amalan masyarakat Iban antara lelaki
dan perempuan adalah tidak disekat ataupun dibenarkan mengikut adat ngayap.
Ngayap ini merupakan satu amalan masyarakat Iban pada zaman dahulu,yang
dilakukan oleh si teruna untuk memikat si dara serta berkenalan dan meluahkan
perasaan masing-masing. Walaupun amalan ngayap ini dibenarkan namun ia
haruslah dilakukan dengan adab dan juga sopan santun yang berlandaskan adat dan
juga pegangan hidup masyarakat kaum Iban itu sendiri.
Mengikut adat,si teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam
berturut-turut. Jika kunjungan berterusan, ibu-bapa si gadis mempunyai hak untuk
menentukan dan bertanya sama ada si teruna serius di dalam usahanya untuk
memikat si gadis. Sekiranya antara mereka serius,mereka akan dikahwinkan. Pada
masa kini, tradisi dan amalan ngayap ini tidak lagi diamalkan. Teruna dan dara
hanya berjumpa dalam majlis keramaian, perjumpaan semasa perayaan, dan
sebagainya yang tidak berlebih-lebihan dsan bersopan santun. Oleh itu,sekiranya
terdapat perlanggaran adab dan campurtangan kaum lain ,maka tindakan undang-
undang akan diambil seperti yang termaktub dalam seksyen 132 Adat Iban,1993.
Dari aspek menyambut keramaian pula, masyarakat Iban adalah amat
menitikberatkan kepuasan dan juga hubungan persaudaraan juga silaturrahim antara
mereka. Mereka juga seperti kaum lain yang memberi makan setiap tetamu yang
datang ke rumah mereka. Tetamu yang datang juga mungkin dihantar pulang
sekiranya perlu. Di samping itu juga, tetamu yang hendak pulang juga akan
dibekalkan dengan buah tangan dan juga cenderamata yang menunjukkan tuan
rumah senang menerima kehadiran mereka.
2.4 Aspek Politik(Pentadbiran dalam Rumah Panjang)
Dalam aspek politik pula, cara hidup masyarakat Iban amatlah mementingkan
ketaatan kepada Tuai rumah atau ketua kampung dalam sesuatu organisasi dalam
sesebuah rumah panjang. Dalam hal ini, ketua rumah dalam sesebuah rumah
panjang akan melantik beberapa orang ahli jawatankuasa di bawahnya. Peranan
ketua rumah panjang bukan sahaja dalam birokrasi mahupun pentadbiran
sahaja,bahkan ketua rumah panjang juga berperanan dalam mengendalikan urusan
adat dan juga undang-undang rumah panjang tersebut.
Ahli jawatankuasa yang membantu ketua rumah akan bertungkus lumus
terutamanya dalam urusan rumah panjang,misalnya bendahari,setiausaha,
komiti,dan sebagainya. Namun pada masa sekarang,masyarakat Iban hidup dalam
rumah panjang yang agak mewah seiring dengan arus pemodenan. Bukan lagi
sepert dahulu yang hanya beratapkan rumbia,berdinding buluh dan sebagainya.
Bahkan kira-kira 60% daripada rumah orang Iban adalah rumah batu dan moden
struktur binaannya.
Oleh itu, pada zaman sekarang struktur pentadbiran pun telah berubah. Bahkan
seorang ketua dalam rumah panjang itu juga seharusnya seorang yang pernah
menerima pendidikan bukanlah mereka yang buta huruf seperti sebelumnya. Hal ini
kerana, ketua berperanan dan berurusan dengan kerajaan untuk meminta sebarang
kemudahan daripada kerajaan dan diberikan kepada rumah panjang di bawahnya.
Oleh itu perlunya sikap kepimpinan ada dalam apa jua keadaan sekalipun.
3.0 Kepercayaan
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun
temurun dan ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief
Paramount dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya
apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang
hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga
percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung
beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan
alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh
'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di
masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat
yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan
'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief Paramount.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil
tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau
berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan
kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan animisme.
Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban.
Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Burung,Gawai Batu, Gawai Kenyalang,
dan Gawai Antu yang meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini.
Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan
kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam
sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi
sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk
menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap,
sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi
dan beras boleh didapati di rumah panjang.
4.0 Bahasa
Kaum Iban mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu bahasa Iban, bahasa Iban
mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu, bahasa Iban merupakan
bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-
satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai system tulisan yang disebut
'Turai'. Ia nya mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi
sebutan seperti tulisan rumi. System tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat
merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan
yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa
yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' dimana mereka
mematahkan kemaraan penjajah dan merampas harta kebendaan pihak musuh.
Bahasa Iban
Dituturkan di: Malaysia
Rantau: Borneo
Bil. penutur: 400,000
Keluarga bahasa: Austronesia
Melayu-Polinesia (MP)
Nuklear MP
Sunda-Sulawesi
Malayik-Dayak
Ibanik
Bahasa Iban dituturkan di Kalimantan (Indonesia bahagian Borneo) dan negeri
serantau Sarawak dari Malaysia oleh Suku Iban, sebuah rumpun etnik
kumpulan Dayak (dahulu dikenali sebagai "Dayak Laut"). Ia tergolong kepada
rumpun Melayu-Polinesia dari keluarga bahasa Austronesia, dan rapat berhubung
dengan Bahasa Melayu.
makai - makan
ngirup - minum
tinduk - tidur
belanda/belawak - lari
bejalai- jalan
dani'- bangun (dari tidur
nuan - anda (formal),deh (kurang formal)
Dimana -Dini
Kemana -Kini
Kesana -Kin
aram-mari,jom
Sapa nama nuan? - "Apakah nama anda?"
Brapa rega utai tu? - "Berapa harga barang ini?"
Ari ni penatai nuan? - "Anda dari mana?"
Aku datai ari ___. - "Saya datang dari ___."
Selamat lemai! - "Selamat petang!"
Selamat datai! - "Selamat datang!"
Anang manchal! - "Jangan nakal!"
enda ulih datai - "tidak dapat datang"
Anang guai - "nanti dulu"
5.0 Adat Resam
Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai
suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain.
Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping
mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan
masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-
tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan
bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh
masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan
mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.
5.1 Kelahiran
Pengenalan
Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam
aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan
menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari
peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
5.1.1 Sewaktu Mengandung
Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya
dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana
dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa
melahirkan anak.
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan
untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu
kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala
besar.
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri
bayi akan lumpuh.
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak
tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.
5.1.2 Bersalin
Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa
menyambut kelahiran bayi.
Pontong
Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong
akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga
turut digunakan.
Potong Tali Pusat dan Berurut
Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan
dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang
ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan
memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu
akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan
akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang
diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain
yang dibuat daripada kulit kayu.
5.1.3 Selepas Lahir
Berpantang
Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak.
Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan
kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua
makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia
supaya dapat memanaskan badan.
Berdiang/Bersalai
Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil
berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu
yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis
kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini
juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu
yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi
asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai
selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur
pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu
dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini.
Tanggal Pusat
Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal
pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek
atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil
mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera
dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.
Menamakan Bayi
Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka
yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas
masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi,
anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu
seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek
moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan
mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya
upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas
papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan
dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan
nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi
tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang
terdekat.
Mandi Sungai
Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa
bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan
air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat
tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-
panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air
sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan
membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain
pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau
mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan
berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan
ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap
ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang.
Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan.
Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu
akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di
tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain
pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas
atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu
dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri
mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang
lebih banyak.
5.2 Berkhatan
Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun.
Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri.
Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan
kaum Iban.
5.3 Perkahwinan
Pengenalan
Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan
yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat
Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam
usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis
pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi
masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang
melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk
mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan
bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka
lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-
anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat
membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat
tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang,
bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.
5.3.1 Merisik
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki.
Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau
wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak
ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu
syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya.
Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil
pertemuan itu menggalakkan.
5.3.2 Meminang dan Bertunang
Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai
dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat
perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain
yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki
menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda
pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari
perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan
teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan
memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang
bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta
barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga
membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada
hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil
masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa
utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan.
Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan
berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul
itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka
simpulan tali itu setiap hari.
Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki
biasanya berarak ke rumah panjang pengantin
perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi
kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan
sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang
jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja
sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan
dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai
pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin
lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu
juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala
tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua
rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di
kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.
Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik
pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu
perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan
menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan
lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan
sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air
untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan
lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali.
Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air
penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan
tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur
galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan
selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan
melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai
hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi
akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para
tetamu.
Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada
mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian.
Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak
perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran
pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah
pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki ,
sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu
sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa
pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula
syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut
akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian
disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya
dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan
untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan
dikenakan denda yang lain.
Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan.
Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah
pinang tersebut. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin
perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau
bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu
semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan
diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi. Upacara perkahwinan telah
dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang
dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi di sungai
untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain
yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang
pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai
korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri,
pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah
pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana
segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan
pula di rumah pengantin lelaki.
Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan
akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga
boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu.
Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya
seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang
telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah
disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini
akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.
Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di
rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan
suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di
bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan
mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan
yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.
5.4 Pakaian
5.4.1 Pakaian Lelaki
Lelaki masyarakat Iban terkenal dengan lanjang atau topi yang dihiasi dengan bulu
burung iaitu burung merak atau ruai. Lelaki juga relevan dengan pantang atau tatu
yang diukir pada badan mereka. Amalan bertatu ini masih lagi diamalkan sehingga
pada zaman sekarang dan ia menggambarkan seni masyarakat Iban yang sangat
unik dan menarik. Ukiran-ukiran yang sering diukir pada badan mereka ialah seperti
ukiran bungai terong, binatang-binatang buas,dan sebagainya. Di samping itu
juga,amalan menindik telinga juga sebati dengan masyarakat Iban. Tidak kira lelaki
dan perempuan. Namun demikian, pada zaman sekarang,amalan itu tidak lagi
diamalkan, melainkan perempuan sahaja yang menindik telinga untuk dilekatkan
subang sebagai perhiasan.
Pada zaman dahulu, lelaki juga memakai kain sirat. Kain sirat merupakan sehelai
kain yang berukuran 50m X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi denga sulaman
atau tenunan yang indah. Manik dan kulit siput juga kadang-kadang dijadikan
sebagai hiasan itu. Pemakaian sirat adalah dengan melilitnya di pinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan
untuk mempamerkan bahagian yang berhias.
Lelaki juga sinonim dengan kain dandong atau kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban. Panjang dandong adalah tidak tetap kerana kain dandong ini digunakan
sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.
Dandong ini diperbuat daripada tenunan secara ikat. Kain dandong tidak lagi
digunakan pada zaman sekarang,melainkan digunakan untuk perhiasan sahaja.
Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula dikenali sebagai baju burung. Baju
burung adalah merupakan sejenis kain tenunan yang mempunyai corak yang
bermotifkan burung dan coraknya sangat cantik. Cara pemakaian baju burung
adalah dipakai seperti baju biasa hanya ia tidak bertutup dan mendedahkan dada.
Baju burung juga dipakai tanpa lengan kelihatan ringkas namu menarik. Baju burung
masih lagi dipakai sehingga zaman sekarang tetapi pemakaiannya hanyalah pada
hari-hari tertentu sahaja seperti musim perayaan, majlis dan keramaian dan juga
menyambut tetamu atau pengabang.
5.4.2 Pakaian Wanita
Sementara untuk pakaian wanita pula, pakaian tradisional wanita Iban adalah sangat
unik dan hampir keseluruhannya merupakan kain tenunan yang mempunyai corak-
corak yang menarik. Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala
sehinggalah ke bahagian kaki. Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi,
yang merupakan hiasan yang diperbuat daripada logam timah dan kelihatan cantik
apabila wanita Iban menggunakannya. Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan
marik empang,yang diperbuat daripada manik-manik yang disusun mengikut corak.
Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan yang diperbuat daripada timah
dan kelihatannya seperti syiling yang disusun berjuntai-juntai. Kaki juga mempunyai
perhiasan yang cantik dan setiap gelang kaki akan diletakkan gerunung yang
mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya.
Begitulah halnya dengan pakaian wanita. Pakaian dijadikan baju adalah dinamakan
selayah(bedong) yang merupakan sejenis kain tenunan yang sangat panjang dan
dilit di bahagian dada. sementara kain sarung yang dipakai separas lutut. Kain
sarung ini ditenun dengan corak jalur yang berwarna-warni. Malah ada diantaranya
juga dihiasi dengan corak bermotif tradisionla dan disongketkan dengan benang
emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
5.5 Pua Kumbu
Pua kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua kumbu
dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara
seperti perubatan,gawai dan seumpamanya. Pua kumbu biasanya diperbuat
daripada benang yang ditenun dengan pelbagai motif atau corak yang sangat unik
dan menarik. Apabila menggunakannya,ia perlulah direntangkan. Pua kumbu
digunakan juga dalam majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai mas kahwin.
Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah ‘sengkuap’ untuk
mendapat restu daripada saudara tua. Seringkali juga pua digunakan sebagai
pelamin dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian. Namun pada
masa sekarang, penggunaan pua kumbu ini adalah sebagai hiasan dan merupakan
hasil tangan yang sangat unik bagi masyarakat Iban.
5.6 Tarian
5.6.1 Tarian Tarian Ngajat
Sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian Ngajat terdiri
daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
1. Ngajat Induk
2. Ngajat Bebunoh
3. Ngajat Lesong
4. Ngajat Semain
5. Ngajat Berayah
6. Ngajat ““Ngemai antu pala”
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-
orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu
tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari
juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis
baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti
kulitberuang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,
penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah
bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang
Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk
ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan
pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan
menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan daripada
alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang,
tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti
'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-
bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat
daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai
pakaian tradisi seperti
5.6.2 Ngayau
Merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi memburu
kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh terutamanya
pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa,
"lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi
rebutan atau kegilaan ramai wanita" ini kerana ia melambangkan keberanian dan
satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan
wanita yang dikahwininya. Sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih
boleh dipersoalkan. Ia dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat
Iban di Rumah-Rumah panjang, selain orang Bujang ada juga individu yang telah
berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala.
Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa, aktiviti "Ngayau" dijalankan adalah
untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain,
"ngayau" juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang
pernah memperolehi kepala dalam aktiviti "ngayau" yang disertainya akan digelar
sebagai "Bujang Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti. Ternyata bahawa
masyarakat Iban Tradisional tidak memandang "Ngayau" sebagai perkara yang
memudaratkan. Malah berdasarkan cerita lisan masyarakat Iban juga, "ngayau"
sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif. Misalnya, "Ngayau sebagai
lambang keberanian, Simbol Kelelakian, serta martabat Sosial.
5.6.3 Ngayap
Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan
dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap
(Sandin,1980:69).amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan si teruna dan
si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-
masing,walaupun amalan ngayap dibenarkan ,namun ngayap seharusnya dilakukan
dengan adap sopan santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup
bermasyarakat kaum iban itu sendiri bagi mengelakan salah sangka dan fitnah yang
boleh mencemarkan nilai budaya masyarakat iban.
Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga
malam berturut,jika kunjungan berterusan ,ibu- bapa si gadis mempunyai hak untuk
menentukan dan bertanya kepada si teruna samada si teruna serius di dalam
usahanya untuk memikat atau tidak, jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin
berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera . Dan jika si
teruna serius dan bercadang untuk mengawini si Gadis, maka si teruna dinasihatkan
supaya memberitahu ibubapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si
gadis.sekiranya si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka
ibubapa si gadis berhak menangkap si teruna dan menguruskan perkahwinan
pasangan yang berkernaan dan kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai
Rumah(Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang yang berkenaan.
Pada masa kini tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan di dalam arus
pembangunan dan cara hidup yang lebih bersifat kemodenan,justeru itu perjumpaan
si teruna dan dara dijalankan semasa maljlis keramaian,seperti gawai,pergaulan di
sekolah, di institusi pengajian tinggi,atau di tempat kerja pasangan masing-
masing.namun demikian ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan
iban, untuk mengelakan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka
amalan ini harus dihadkan untuk orang iban sahaja,sekiranya terdapat pelanggaran
adap atau campurtangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh
diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban,1993.
KANDUNGAN
i. Etnik Iban
1.0 Bangsa
2.0 Kelas Sosial
3.0 Kepercayaan
4.0 Bahasa
5.0 Adat Resam
ii. Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan
iii. Rancangan Pengajaran Harian
BIBLIOGRAFI
Fazli bin Mohd Bazin,2010, Air Tangan Guru,Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Tengku
Ampuan Afzan,Pahang
http://amaljaya.com/guru/category/pgsr/ diakses pada 4 Mac 2010
http://kumangkenyalang88.blogspot.com/ diakses pada 4 Mac 2010
http://malaysiana.pnm.my/01/0104swketnik_pengenalan.htm diakses pada 4 Mac 2010
http://ms.wikipedia.org/wiki/ diakses pada 4 Mac 2010
www.unicef.org/malaysia/msl/media_6687.html diakses pada 6 Mac 2010
Top Related