PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA SEPTEMBER 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
6 SEPTEMBER 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan September 2016
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Industri dan Klasifikasi Tarif
Dagangan kerana telah mengatur
dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan baik sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016]
3. Kita telah menyambut Hari
Kebangsaan tahun 2016 pada 31
Ogos yang lepas. Sambutan Hari
Kemerdekaan atau Kebangsaan pada
tahun 2016 lebih menekankan kepada
semangat kejiwaan dan bersatu hati
rakyat Malaysia apabila “Sehati
Sejiwa” masih kekal dipilih sebagai
tema sambutan Hari Kebangsaan
tahun 2016.
6
4. “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh
kesepaduan, kesefahaman, kekitaan
dan kemanusiaan seluruh rakyat di
negara ini selain melambangkan
semangat kesepaduan yang dimiliki
oleh semua rakyat tidak kira di mana
mereka berada.
5. Saya secara peribadi merasa
berbangga dengan semangat “Sehati
Sejiwa” di kalangan warga Jabatan
Kimia Malaysia. Kemeriahan
sambutan bulan Kebangsaan dirasai
bukan sahaja di Ibu Pejabat malahan
7
sehingga ke makmal-makmal
cawangan. Pelbagai aktiviti telah
diadakan di ibu pejabat serta
cawangan-cawangan (antaranya
Sabah, Perak, Kedah, Sibu, Melaka,
Terengganu, Kelantan dan Pahang)
bagi menyambut bulan kebangsaan
ini. Antara aktiviti yang diadakan
adalah gotong-royong memasang
bendera Jalur Gemilang di sekitar
bangunan & kereta, konvoi, kuiz serta
aktiviti riadah seperti ekspedisi
mendaki bukit dan sebagainya.
8
6. Tahniah warga Kimia. Semangat
Sehati Sejiwa sebegini yang sangat
kita perlukan di kalangan warga kita.
Cintailah negara kita.
7. Walau bagaimanapun, saya ingin
mengingatkan agar kita kekal
mengibarkan Jalur Gemilang sehingga
Hari Malaysia pada 16 September
nanti.
9
Hadirin yang dihormati sekalian,
[KENAIKAN PANGKAT]
8. Di pagi yang indah ini, saya ingin
menyampaikan berita gembira buat
seluruh warga Kimia. Untuk
makluman, pada 27 Julai 2016 yang
lepas, mesyuarat JKTT yang
dipengerusikan oleh KSN telah
bersetuju mempertimbangkan
permohonan Jabatan Kimia Malaysia
seperti berikut:
10
Jawatan Ketua Pengarah Kimia
dinaikkan dari Gred Utama B ke
Gred Utama A
Jawatan TKP Dasar dinaikkan
dari Gred Utama C ke Gred
Utama B
Jawatan Pengarah JKMC Pulau
Pinang dan Sabah dinaikkan
dari Gred C54 ke Gred Utama C
Jawatan Pengarah Bahagian
Forensik, KAS, PJK, IKTD dan
Pengarah JKMC Johor diubah
11
dari Gred Khas C ke Gred
Utama C
9. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk
kepada waran dari pihak Kementerian
Kewangan.
10. Pada bulan Ogos yang lepas juga,
seramai 15 orang warga Kimia telah
dinaikkan pangkat seperti berikut:
Penolong Pegawai Sains Gred
C29 ke C32
- Encik Shafi bin Hamid (Kader
Jab. Bomba Terengganu)
12
- Puan Yeat Soo Teng (JKMC
Perak)
- Puan Chung Sok Lian (JKMC
Kuching)
- Puan Norihah binti Mat
(JKMC Terengganu)
- Encik Anuar bin Razak
(Kader Jab. Bomba Sarawak)
- Encik Anil Asam (JKMC
Kuching)
- Encik Mohd. Yusoff bin
Bujang (JKMC Kuching)
13
- Encik Benjamin anak Daniel
(JKMC Kuching)
- Puan Rusnita binti Ismail
(JKMC Perak)
- Puan Pu Chen Lee (JKMC
Kuching) 15 September
Pembantu Makmal Gred C22 ke
C26
- Puan Zabedah Binti Hitam
(JKMC Johor)
- Encik Muhammad Roslan Bin
Jaafar (Bahagian Forensik,
Ibu Pejabat)
14
- Puan Majidah Binti Ab. Malek
(JKMC Pahang)
Pemandu Kenderaan Gred R3
ke R6 (Encik Malek Fadzullan
bin Md. Salleh : JKMC Johor)
Pembantu Am Pejabat Gred N1
ke N4 (Encik Mu'adzam Izuddin
Bin Haji Mohd Ali : Bahagian
KAS, Ibu Pejabat)
11. Tahniah dan syabas kepada semua.
Diharap dengan kenaikan pangkat ini
akan dapat meningkatkan semangat &
usaha dalam kerjaya masing-masing.
15
[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]
12. Saya juga ingin mengucapkan tahniah
kepada iaitu En Selvan A/L Muthaiah,
Pembantu Makmal C26 dari JKMC
Pulau Pinang kerana telah
dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian
(PJK) dalam Majlis Istiadat
Penganugerahan Darjah Kebesaran,
Bintang Dan Pingat Kehormatan
Negeri Pulau Pinang pada 15 Ogos
2016 di Dewan Sri Pinang, Pulau
Pinang.
16
Tuan/Puan,
[PERSARAAN]
13. Pada bulan September ini, Puan Anne
Lim dari BKP, Ibu Pejabat akan
bersara pada 20 September akan
datang. Saya difahamkan beliau telah
mengambil cuti rehat sebelum
bersara. Terima kasih atas jasa bakti
dan sumbangan beliau pada Jabatan
Kimia Malaysia selama ini.
17
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PROGRAM PEMBUDAYAAN STI]
14. Jabatan Kimia Malaysia telah bergiat
aktif secara langsung dalam aktiviti
pembudayaan STI di seluruh negara.
Antaranya adalah:
JKMC Kedah: Pameran Sains
dan Teknologi Sempena Pesta
SEM Type III MRSM Pengkalan
Hulu (11 Ogos)
JKMC Pulau Pinang: Karnival
Sains 2016 di UiTM, Permatang
Pauh (13 Ogos)
18
JKMC Bintulu: Karnival Bintulu
Hawks di SMK Bintulu (13 Ogos)
JKMC Johor: Program Inovasi
Digital di PERSADA Johor (12 –
14 Ogos)
JKMC Kedah: Pameran OSH
Sempena Program Minggu
Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan 2016 di Hotel Grand
Alora, Alor Setar, Kedah (17
Ogos)
JKMC Pulau Pinang: Karnival
Sains, Matematik & Teknologi di
19
Maahad Tahfiz Sains Darul
Aman, Kulim, Kedah (17 Ogos)
JKM Johor: Minggu Sains &
Matematik di Kolej Vokasional
Tanjung Puteri, JB (22 Ogos)
JKMC Sibu: CSR di SMK Sibu
Jaya (24 Ogos)
JKMC Kedah: CSR di Kolej
MARA Kulim (25 Ogos)
JKMC Pulau Pinang & Perak:
MINGGU SAINS & MATEMATIK
di SK Tanah Kebun, Parit
Buntar, Perak (26 & 27 Ogos)
20
JKMC Melaka: Karnival Sains
SMK Gemas 2016 (26 & 27
Ogos)
JKMC Kuching: Program
Science Fair 4.0 di Dewan Jubli
UiTM, Kota Semarahan,
Sarawak (26 Ogos)
JKMC Sabah: Karnival Kimia
Malaysia, K2M di UiTM Sabah (3
& 4 September)
15. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Semoga dengan usaha anda semua
akan dapat meningkatkan minat
21
masyarakat umum dan pelajar dalam
bidang STI ini.
Hadirin sekalian,
[SCAR MOSTI 2016]
16. Pada 22 hingga 30 Ogos yang lepas,
MOSTI telah menganjurkan program
“34th Scientific Committe on Antartic
Research (SCAR) Biennial Meetings”
di KLCC. Untuk makluman, Jabatan
Kimia Malaysia telah diberi amanah
sebagai AJK Sambutan & Protokol
dalam program ini. Seramai 23
22
pegawai dengan diketuai oleh Puan
Rosnah binti Awang (TKPD) telah
dilantik menjalankan tugas tersebut.
17. Syabas diucapkan kepada para
pegawai tersebut kerana telah
menjalankan tanggungjawab dengan
begitu cemerlang. Tahniah!
[SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
1437H]
18. Seperti semua sedia maklum, pada
bulan ini kita akan menyambut Hari
23
Raya Aidiladha yakni ibadah korban
iaitu pada 12 September 2016
bersamaan 10 Zulhijjah 1437H.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan sifat
Rahman dan RahimNya maka kita
dianugerahkan lagi dengan sambutan
Aidiladha. Bagi mereka yang
mempunyai rezeki lebih sedikit tidak
salah untuk membuat ibadah korban
ini. Sangat digalakkan, sunat muakkad
dan ganjarannya sangatlah banyak.
24
19. Saya ingin mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidiladha kepada semua
warga Kimia. Marilah kita bersama-
sama meraikan sambutan Aidiladha ini
melalui semangat 1Malaysia dan
”Sehati Sejiwa” yang turut
memperlihatkan kepentingan nilai-nilai
pengorbanan untuk agama, bangsa
dan negara.
25
Tuan/Puan sekalian,
[PEMURNI – TABUNG SERINGGIT]
20. Kita semua sedia maklum, Pemurni
Jabatan Kimia Malaysia banyak
menganjurkan program ceramah,
keagamaan, penerapan nilai murni
dan berbagai program bermanfaat.
Tiada yuran keahlian untuk Pemurni,
sebaliknya hanya bergantung kepada
sumbangan orang ramai.
21. Pada hari ini, Pemurni akan
melancarkan kempen sumbangan
26
dana berterusan dan sumbangan
semasa perhimpunan dengan slogan
“Seorang Seringgit Sebulan”.
22. Sumbangan adalah sebagai sumber
kewangan untuk aktiviti Pemurni.
Saya menyeru agar semua warga
Kimia menyumbang dalam
merealisasikan semua program
anjuran Pemurni.
27
[PENUTUP – PELANCARAN MINGGU
OSH]
23. Seperti mana pihak tuan-tuan dan
puan-puan sedia maklum bermula hari
ini (6 September 2016) sehingga 8
September 2016, pihak Ibu Pejabat
akan mengadakan Minggu OSH bagi
mempertingkatkan kesedaran
berkaitan aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Minggu OSH
merupakan agenda tetap Jabatan
Kimia Malaysia yang diadakan di Ibu
Pejabat dan Makmal-makmal
28
Cawangan pada setiap tahun
walaupun tiada pekeliling khusus
untuk melaksanakannya berbanding
Hari Inovasi yang ditetapkan
pelaksanaannya pada setiap tahun.
24. Pihak Pengurusan Jabatan Kimia
Malaysia sangat komited dan sentiasa
berusaha untuk menambahbaik aspek
kesihatan dan keselamatan di tempat
kerja. Penambahbaikan yang
berterusan sentiasa diberi perhatian
bagi mematuhi keperluan
perundangan OSH dan keperluan
29
sistem OHSAS 18001. Untuk
makluman tuan-tuan dan puan-puan,
Pihak Jabatan telah menyediakan
peruntukan kewangan yang besar
untuk tujuan tersebut termasuklah
perolehan PPE, penyelenggaraan
kebuk wasap, penyelenggaraan
sistem penghawa dingin dll. Saya
ingin menekankan supaya semua
kakitangan mematuhi semua
peraturan/SOP yang ditetapkan
semasa bekerja di dalam makmal dan
semasa berada di dalam premis
30
Jabatan. Tahap keberkesanan
pelaksanaan dapat dilihat/dinilai
semasa audit dijalankan. Berdasarkan
penemuan audit, masih terdapat
banyak perkara perlu diberi perhatian
seperti penstoran bahan kimia,
pemakaian PPE, houskeeping dsbnya.
25. Selain itu, saya juga ingin
menegaskan bahawa aspek kesihatan
dan keselamatan pekerjaan di tempat
kerja merangkumi semua kakitangan
31
bukan hanya bagi kakitangan yang
bertugas di makmal, malah termasuk
juga mereka yang bekerja di ruang
pejabat seperti Bahagian Khidmat
Pengurusan dan juga mereka yang
sentiasa bertugas di luar pejabat
seperti pemandu. Kesemuanya perlu
memahami kepentingan aspek OSH
ini di samping memastikan kualiti
perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan masing-masing adalah
pada tahap yang memuaskan. Saya
berharap agar semua kakitangan
32
dapat menjadikan amalan kesihatan
dan keselamatan di tempat kerja
sebagai budaya kerja harian.
26. Melalui pelbagai program OSH yang
disusun setiap tahun, diharapkan agar
warga kerja Jabatan Kimia Malaysia
akan mendapat manfaat daripadanya.
Untuk memastikan Jabatan Kimia
Malaysia seiring dengan organisasi
luar yang telah ke hadapan dalam
aspek OSH, maka pada tahun ini
Jabatan Kimia telah menyertai
33
MSOSH Awards 2015 di mana ianya
merupakan satu platform yang sangat
baik untuk menilai tahap pelaksanaan
dan pencapaian KIMIA dari aspek
kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
Pada tahun ini, Jabatan Kimia
Malaysia bersama-sama 163
organisasi daripada pelbagai sektor
seperti sektor Petroleum, Gas &
Petrokimia, Pembinaan, Pembuatan,
Perladangan, Elektronik telah
bertanding bagi kategori
‘Gold/Silver/Bronze Award’. Jabatan
34
Kimia Malaysia adalah di antara 63
organisasi yang telah berjaya
mendapat Anugerah Gold Award
Class 1 yang dikategorikan sebagai
Very Good in OSH Performance.
Kejayaan ini tidak mungkin dapat
dicapai tanpa komitmen yang
diberikan oleh tuan/puan sebagai
warga kerja KIMIA.
27. Saya juga ingin menekan supaya
tuan-tuan dan puan-puan mengambil
berat berkaitan aspek kesihatan. Saya
35
sering mengingatkan tuan-tuan dan
puan-puan dalam perhimpunan dan
majlis-majlis sebelum ini betapa
pentingnya aspek kesihatan. Banyak
aktiviti boleh dijalankan umpamanya
beriadah, bersenam, berbasikal
dsbnya yang dilakukan bagi
mengekalkan kecergasan disamping
menjaga pemakanan. Amalkan gaya
hidup sihat dan selamat.
28. Bersempena penganjuran Minggu
OSH pada minggu ini beberapa aktiviti
36
yang bermanfaat telah diatur oleh Unit
OSH dan PUSPANITA Jabatan Kimia
Malaysia seperti ceramah kesihatan,
pemeriksaan kesihatan, gotong-
royong dan kempen derma darah.
Saya difahamkan aktiviti gotong
royong akan dijalankan di peringkat
Bahagian masing-masing yang akan
melibatkan housekeeping dan
pengumpulan bahan-bahan kimia
lama dsbnya untuk dilupuskan. Saya
berharap agar warga Kimia semua
dapat meluangkan masa untuk turut
Top Related