PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
BAB JIRIM (MATTER) DALAM MATA PELAJARAN SAINS
KBSM TINGKATAN SATU
NOOR ASHIKIN BT ABD RAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ◆
JUDUL: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB “MATTER” DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM TNGKATAN SATU .
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya : __________________NOOR ASHIKIN BT ABD RAHIM_____________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 372, LORONG EMAS L2/9 EN ROSNIZAMUDDIN SHAH B SIDEK PEKAN BARU, 36000 Nama Penyelia TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: 24 APRIL 2006 Tarikh: 24 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan : …………..........
Nama Penulis : En. Rosni Zamuddin Shah b Sidek
Tarikh : 24 APRIL 2006
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB JIRIM (MATTER) DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM TINGKATAN SATU.
NOOR ASHIKIN BT ABD RAHIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : ..............................................
Nama Penulis : Noor Ashikin Bt Abd Rahim Tarikh : 24 APRIL 2006
iii
Dedikasi Teristimewa buat mak dan abah,
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan sejak kaki
ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…
sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…
Buat my lovely sis, Kaklong dan Abanglong,
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan apa jua bantuan yang diperlukan…
Buat semua ahli keluarga,
Terima kasih di atas segala-galanya…
Abang Abaddullah yang dikasihi....
Jasa dan budi baik yang telah diberikan amat kuhargai...suka dan duka mengharungi segala cabaran dan
dugaan cukup untuk mengajar kita erti kedewasaan...Semoga Allah S.W.T merestui hubungan ini...
Buat sahabat sehati dan sejiwa,
Terutamanya my lovely roomate, Sis Lis yang sudi membantu dan berkongsi pengalaman bersama, kenangan
manis bersama tidak akan dilupakan...Sis Jenab, Wanie, Ada, Sue, Fid, Ina, Uyun dan Rozi,...kenangan kita
sangat berharga sepanjang bergelar sebagai mahasiswi di UTM ini…
dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung…
Terima kasih, semoga jasa kalian diberkati Allah S.W.T…
”Kejayaan ini kita kongsi bersama...”
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayahNYA, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam
menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada
saya serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada
En.Rosnizamuddin Shah b Sidek selaku penyelia bagi projek ini di atas segala tunjuk
ajar, nasihat serta bimbingan yang diberi sepanjang tempoh projek ini dibangunkan.
Tidak lupa kepada Unit Audio Video, Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan yang
memberi peluang kepada saya untuk menggunakan kemudahan komputer dan video
kamera. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak pentadbiran SMK
Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang memberikan kerjasama kepada saya
menjalankan kajian di sekolah tersebut.
Penghargaan teristimewa buat keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak
jemu-jemu memberikan sokongan dan semangat kepada saya sepanjang berada di UTM
ini. Mak, Abah, Kaklong, Abglong, Ogy, Andy, Abg Abaddullah dan Sis Lis. Nama
kalian sentiasa tersemat di hati ini. Terima kasih semua. Wassalam......
v
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membina satu perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) bagi tajuk Jirim (Matter) dalam mata pelajaran Sains
KBSM tingkatan satu. Tujuan perisian ini dibangunkan adalah untuk memudahkan
pelajar mempelajari tentang konsep jirim dan konsep ketumpatan secara khususnya. Isi
kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran Sains KBSM. Teori
Konstruktivisme telah di gunakan sebagai teori pembelajaran utama di dalam perisian
ini. Perisian pengarangan Macromedia Authoware Attain 6.5 telah digunakan untuk
membina perisian PBK ini kerana ia dapat menggabungkan pelbagai elemen multimedia
seperti grafik, teks, suara, dan animasi untuk menghasilkan perisian multimedia
interaktif yang lebih menarik dan berkesan. Gabungan kepelbagaian unsur multimedia
memberi kelebihan kepada pengguna untuk memahami konsep jirim dan konsep
ketumpatan yang abstrak dan sukar untuk digambarkan. Metodologi pembangunan
perisian ini adalah berasaskan "Model Rapid Prototyping". Model ini membahagikan
aktiviti pembangunan perisian kepada lima fasa iaitu Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk,
Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian. Proses penilaian dan
pembaikan yang telah dilakukan sepanjang proses pembinaan perisian ini diharapkan
dapat memberikan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
pelajar-pelajar.
vi
ABSTRACT
The objective of this research is to develop a Computer Assisted Instruction and
Learning (CAIL) prototype software for the subject of Science KBSM form one entitled
Matter. The purpose of this software is to assist the students in learning the concept of
matter and the concept of density. The contents of this courseware are based on the
Science syllabus for the Secondary School Integrated Curriculum. Constructivism theory
is used as the main learning theory in this software. Macromedia Authoware Attain 6.5
authoring tool is used to develop this software as it can integrate several media such as
graphics, text, sound, and animation to produce a multimedia interactive courseware
which is more attractive and effective. The incorporation of the various elements of the
multimedia helps the user to better understand the concept of matter and concept of
density that are abstract and very difficult to visualize. The development of this software
is based on "Rapid Prototyping Model" which divides the development activities to five
phases: analysis, design, development, implementation and evaluation. With this
evaluation and improvement that have been made during the development level, it is
hoped that it will provide an effective teaching and learning environment for the
students.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Tujuan Perisian 8
1.5 Skop Projek 8
viii
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 9
1.7 Kepentingan Projek 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan 12
Komputer (PBK)
1.8.2 Perisian 13
1.8.3 Sains 13
1.8.4 Bab ”Matter” 13
1.8.5 Pengajaran 13
1.8.6 Pembelajaran 13
1.8.7 Pelajar 14
1.9 Penutup 14
II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 15
2.1 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan 16
Komputer (PBK) Berbanding Media
Pengajaran yang Lain
2.2 Definisi Multimedia 18
2.3 Elemen-elemen Multimedia 20
2.3.1 Teks 20
2.3.2 Grafik 21
2.3.3 Video 21
2.3.4 Animasi 22
2.3.5 Audio 22
2.4 Kepentingan Penggunaan Elemen Multimedia 22
2.5 Strategi Pengajaran dalam Perisian PBK 23
2.5.1 Tutorial/Nota 23
2.5.2 Latih Tubi 24
ix
2.5.3 Simulasi 24
2.5.4 Permainan 25
2.6 Teori Pembelajaran 25
2.6.1 Teori Konstruktivisme 26
III REKA BENTUK PERISIAN
3.0 Pengenalan 29
3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 30
3.2 Fasa Analisis 31
3.2.1 Pembinaan Konsep Perisian 32
3.2.2 Menyatakan Tujuan 33
3.2.3 Mengenalpasti Skop Tajuk dan 34
Kumpulan Sasaran
3.3 Fasa Reka Bentuk 34
3.3.1 Perisian Pembangunan 35
3.3.2 Perkakasan Pembangunan 36
3.3.3 Perisian dan Spesifikasi Perkakasan 36
Main Balik
3.3.4 Carta Alir Perisian 38
3.4 Fasa Pembangunan 46
3.5 Fasa Perlaksanaan 47
3.6 Fasa Penilaian 47
IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.0 Pengenalan 49
4.1 Pakej Perisian 49
4.2 Panduan Penggunaan Perisian (PBK) 50
4.3 Struktur Asas Perisian 51
4.4 Perbincangan Perisian 51
x
4.4.1 Tutorial 54
4.4.2 Isi Pelajaran (Topik) 54
4.4.3 Kuiz 56
4.4.4 Glosari 61
4.4.5 Permainan 62
4.4.6 Panduan Pengguna 64
4.4.7 Keluar 65
V KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 66
5.1 Perbincangan Soal Selidik Secara Umum 67
5.2 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa 68
Proses Pembangunan Perisian
5.2.1 Kekangan Masa 68
5.2.2 Kos 69
5.2.3 Kekurangan Perkakasan 69
5.3 Kekuatan dan Kelemahan Perisian PBK 69
5.3.1 Kekuatan Perisian 70
5.3.2 Kelemahan Perisian 71
5.4 Cadangan 71
5.5 Kesimpulan 72
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 79
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 : Aliran kerja berdasarkan Model
Rapid Prototyping 30
4.1 : Paparan montaj 53
4.2 : Paparan masukkan nama pengguna 53
4.3 : Paparan selamat datang 53
4.4 : Paparan objektif pembelajaran 53
4.5 : Paparan menu utama 53
4.6 : Paparan menu tutorial dan isi pelajaran (topik) 55
4.7 : Paparan isi pelajaran mengikut subtopik 55
4.8 : Paparan susunan isi pelajaran 56
4.9 : Paparan galeri sains 56
4.10 : Paparan rumusan yang menggunakan animasi 56
4.11 : Paparan soalan formatif dan soalan PMR yang 56
lepas
4.12 : Paparan menu kuiz 58
4.13 : Paparan soalan objektif 15 58
4.14 : Paparan peneguhan positif 58
4.15 : Paparan peneguhan negatif 58
4.16 : Paparan kekangan masa 58
4.17 : Paparan skor markah 58
4.18 : Paparan hadiah istimewa 60
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.19 : Paparan soalan berbentuk subjektif 60
4.20 : Paparan pilihan pengulangan semula 60
4.21 : Paparan soalan suai dan padan 60
4.22 : Paparan maklum balas positif 60
4.23 : Paparan keputusan bagi soalan yang betul 60
4.24 : Paparan menu glosari 61
4.25 : Paparan makna perkataan beserta grafik 61
4.26 : Paparan yang tiada makna perkataan 61
4.27 : Paparan menu permainan 62
4.28 : Paparan montaj permainan 62
4.29 : Paparan arahan permainan 63
4.30 : Paparan permainan ”Poison Balloon” 63
4.31 : Paparan permainan ”Crossword Puzzle” 63
4.32 : Paparan kemasukan kata laluan atau ”password” 63
4.33 : Paparan permainan ”A Day of Slacking” 63
4.34 : Paparan permainan ”Gallactic Warrior” 63
4.35 : Paparan menu panduan pengguna 64
4.36 : Paparan panduan pengguna 1 64
4.37 : Paparan panduan pengguna 2 64
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.38 : Paparan menu keluar 65
4.39 : Paparan montaj penamat 65
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CAI - Computer Assisted Instruction
CD - Cakera Padat
ICT - Information and Communication Technology
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PMR - Penilaian Menengah Rendah
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Borang Soal Selidik untuk Mengenal 79
Pasti Pengetahuan Sedia Ada Pelajar
Lampiran B Borang Penilaian Pakar 85
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kenyataan ‘ilmu pengetahuan era kini tidak diberi tetapi diteroka’ menjadi lebih
relevan dengan perubahan arus pendidikan kepada suasana pembelajaran era globalisasi.
Pembelajaran secara penerokaan kendiri di Malaysia masih lagi baru, tambahan pula ia
berasaskan teknologi maklumat yang begitu pantas berubah. Oleh itu, pandangan
kebiasaan mereka yang mencintai dunia pendidikan juga harus berubah dan beredar
mengikut perkembangan canggih ini. Perkembangan teknologi tinggi kini
memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya boleh
didapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik. Kemajuan canggih yang
mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan
tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya
yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia
(Azwan & Rozita. 2002).
Penggunaan komputer sebagai alat penyebaran maklumat dan juga sebagai alat
bantuan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih canggih apabila diperkenalkan
teknologi komunikasi yang disepadukan dengan penggunaan komputer dalam
2
pengajaran dan pembelajaran. Corak pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya lebih
berpusatkan guru kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, lebih-lebih lagi setelah
wujudnya projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT dalam sistem
pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 2003 pula dasar Kementerian Pendidikan dalam penggunaan Bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik merancakkan lagi penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan di mana sebanyak 5 bilion
ringgit telah diperuntukkan untuk melakasanakan pengajaran matematik dan sains dalam
Bahasa Inggeris. Ini termasuk membekalkan alat ICT di sekolah seperti Projektor LCD
dan komputer ‘notebook’ (Berita Harian, 20 Julai, 2002).
Dengan pengaruh globalisasi yang kita tidak dapat elak, penggunaan teknologi
maklumat secara meluas tidak dapat disekat. Ledakan maklumat hari ini adalah kesan
daripada kejayaan teknologi. Rekaan peralatan teknologi yang canggih membantu
meletakkan maklumat di hujung jari. Realitinya, implikasi kemajuan teknologi
maklumat yang dikecapi ini telah mempengaruhi dan menginovasikan corak pendidikan
di negara kita. Justeru, corak pendidikan negara yang agak ketinggalan zaman perlulah
diubah mengikut peredaran zaman.
“Dan bahawasanya adalah menjadi satu kewajipan untuk menghasilkan sistem
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperlambangkan potensi individu
sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia”.
(Akta Pendidikan,1995)
Terdapat banyak faktor atau perubahan dasar pendidikan negara yang akan
mempengaruh corak pendidikan di negara kita menjelang tahun 2020. Ini kerana
terdapat beberapa peranan pendidikan bagi memenuhi Wawasan 2020. Di antaranya
adalah membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan mereka
mengendalikan kehidupan secara produktif dalam bidang teknologi, perdagangan dan
3
ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk
dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action
bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan
Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini
wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti
tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai,
penekanan kepada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang
lebih dinamik.
1.1 Latar Belakang Masalah
Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam
merealisasikan matlamat kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk
sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaannya yang benar tentang sesuatu
pelajaran itu. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
para pendidik khususnya harus membuka mata serta mengambil peluang yang tersedia
bagi memperkaya produktiviti dan kreativiti mereka secara meluas.
Peranan guru seharusnya mengalami anjakan paradigma seiring dengan
peredaran zaman yang lebih memerlukan peranan seorang guru sebagai pemudah cara,
pembimbing dan sebagai fasilitator. Pandangan guru yang menganggap murid-murid
yang datang ke situasi pembelajaran sebagai bekas kosong yang perlu diisi penuh oleh
guru dengan pelbagai ilmu pengetahuan perlu di ubah sejajar dengan peredaran masa.
Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan penglibatan murid -murid dalam
pembelajaran amat kurang digunakan dan diamalkan oleh guru dalam sesi-sesi
pengajaran mereka (Jemaah Nazir Sekolah, 1992; PPD Kuala Terengganu, 1994) .
4
Para pelajar juga menghadapi masalah untuk belajar dimana mereka menghadapi
kesukaran di dalam memahami konsep dan kemahiran dalam pembelajaran bagi sesuatu
mata pelajaran.
Guru sebagai agen perantara perlulah memainkan peranan yang penting di dalam
mengatasi masalah ini. Guru-guru perlulah menjadi lebih kreatif dan inovatif bagi
memastikan matlamat yang digariskan dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Menurut
Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), guru kurang memberi
perhatian kepada gaya pembelajaran dan pengajaran berbantukan teknologi.
Satu permasalahan yang dihadapi oleh guru ialah mereka kurang berjaya
menggunakan bahan sumber secara kreatif, inovatif dan mengakibatkan pengajaran dan
pembelajaran kurang efektif dan tidak dapat menarik minat pelajar. Ini kerana, mereka
masih kurang faham konsep pedagogi bestari dan penguasaan Integrated Computer
Teaching (ICT) mereka adalah pada tahap yang rendah. Lantaran itu, guru-guru perlulah
memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan-pengetahuan asas berkaitan dengan
ICT.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar khususnya
perlulah dipelbagai bagi mencorak minda generasi yang akan datang dengan lebih
matang dan cemerlang. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik
dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pengajaran dan
pembelajaran. BBM juga boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk
mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Bahan ini bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dengan
pelajar dan pelajar sesama pelajar serta membantu mempercepatkan proses pemahaman
mereka. PBK ataupun perisian pembelajaran berbantukan komputer bukanlah sesuatu
5
yang asing di dalam dunia pendidikan. PBK merupakan salah satu alternatif bagi
mempelbagai kaedah ataupun cara di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Zuraida dan Munirah (1997), menyatakan penggunaan PBK dalam mata pelajaran sains
dan matematik dapat meningkatkan kefahaman tentang konsep dengan adanya unsur-
unsur interaktif dan rekabentuk yang menarik.
Menurut Shaharom Noordin (1993), pembelajaran berkesan apabila pelajar
menunjukkan perubahan tingkah laku secara khusus melalui aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan. Ini bermaksud, pembelajaran dikatakan berkesan apabila objektif dan
matlamat pembelajaran dapat memperlihatkan reaksi yang baik di akhir pengajaran.
1.2 Pernyataan Masalah
Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah untuk
memastikan pelajar dapat menguasai konsep dan kemahiran tentang sains, seterusnya
melahirkan generasi yang tahu menghargai kepentingan dan kemahiran alam ciptaan
Allah. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains masih lagi rendah. Kebimbangan
ini pernah dinyatakan oleh bekas Menteri Pendidikan Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu:-
“Pencapaian dalam usaha meningkatkan pendidikan sains di negara ini masih jauh.
Justeru itu kita perlu mempunyai dasar strategik yang menyeluruh untuk menjadikan
mata pelajaran sains dan teknikal sebagai mata pelajaran diminati”.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996)
Pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran sains melambangkan pelajar
menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran mereka. Kegagalan pelajar
memahami dan menguasai konsep-konsep sains menyebabkan mereka tidak dapat
6
menyelesaikan soalan yang menguji kefahaman konsep dan juga soalan kiraan. (Tan Kar
Seng, 1996).
Permasalah yang meruncing ini perlu di kenal pasti punca dan sebabnya di
peringkat akar umbinya lagi. Ini kerana, negara kita telah menetapkan sasaran ahli sains
ditambah daripada 300 orang ke 2300 orang bagi setiap juta rakyat Malaysia menjelang
tahun 2010. Sekiranya masalah ini tidak di bendung, hasrat dan impian negara tidak
dapat direalisasikan. Pokok utama kepada penyelesaian permasalahan ini haruslah
ditumpukan sepenuhnya kepada sistem pendidikan kita.
Konsep-konsep sains adalah abstrak dan sukar divisualisasikan. Pendapat ini
diutarakan oleh Wan Salihin dan Mohd Yusuf (1997). Kesukaran pelajar memahami
konsep sains yang sukar telah diberikan dengan berbagai label, seperti miskonsepsi oleh
(Gilbert dan Watts, 1983), alternatif scema (Driver dan Easley, 1978) dalam Wan
Salihin dan Mohd Yusof (1996).
Perkembangan dalam teknologi menjadi lebih bermakna dengan terciptanya
teknologi multimedia yang merupakan revolusi terbesar dalam bidang pendidikan dan
komunikasi. Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) mempunyai banyak
kelebihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Baharuddin Aris, et.al
(1998), kadar pengekalan informasi menggunakan multimedia berasaskan komputer
yang interaktif mampu mencapai sehingga 30 peratus lebih dari kadar pengekalan
informasi oleh pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.
Sungguhpun begitu, perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini
masih kurang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
di Malaysia. Terdapat beberapa alasan dan sebab yang mendorong kepada situasi yang
dihadapi ini. Menurut Rio Sumarni (1996), kebolehdapatan perisian di sekolah adalah
rendah dan kebanyakan perisian yang digunakan adalah jenis produk komersial serta
tidak sesuai dari segi bahasa, budaya dan kurikulum sekolah di Malaysia.
7
Kekurangan perisian PBK tempatan khususnya berunsurkan pendidikan sains
interaktif begitu ketara. Pendapat ini disokong oleh Zuraida dan Munirah (1997), yang
menyatakan kekurangan perisian PBK yang sesuai menghalang guru-guru dari
menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun mereka
menyedari akan kelebihannya.
Aziz Nordin (1989) menyatakan, bahasa juga boleh memberi masalah dalam
pembelajaran Sains. Tambahan pula mata pelajaran Sains telah menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar secara keseluruhannya. Masalah bahasa dalam
pembelajaran Sains adalah merupakan satu perkara yang perlu disedari oleh guru.
Bahasa adalah alat yang digunakan untuk memindahkan idea atau pengetahuan sains
kepada pelajar dan bahasa mungkin akan menyebabkan masalah salah konsep di dalam
pembelajaran sains jika tidak digunakan dengan betul.
Justeru, Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan jalan
penyelesaian kepada masalah-masalah pembelajaran sains masa kini, di mana
penggunaannya adalah selaras dengan era sains dan teknologi. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru memainkan
peranan yang penting sekali terutamanya untuk memahami suatu konsep dalam mata
pelajaran di samping menarik perhatian pelajar-pelajar. PBK yang dibina perlulah
menepati beberapa kriteria yang telah dikenalpasti seperti sesuai dari segi gaya bahasa,
budaya, bercirikan tempatan serta menepati kurikulum sekolah di Malaysia.
1.3 Objektif Projek
Projek ini dibina dengan tujuan untuk;
8
1. Membangun dan membina satu perisian PBK bertajuk Jirim (Matter) mengikut
sukatan Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tingkatan
satu berasaskan teori Konstruktivisme.
2. Meningkatkan minat dan fokus pelajar terhadap mata pelajaran Sains dengan
mengubah cara pembelajaran menggunakan PBK dengan mengimplementasi
elemen-elemen multimedia.
1.4 Tujuan Pembangunan Perisian
Selain dari itu, pembinaan perisian PBK ini juga mempunyai beberapa objektif
yang ingin dicapai iaitu:
1. Sebagai pemudah cara terhadap pemahaman pelajar berkenaan topik Jirim
(Matter) yang mengandungi beberapa konsep yang abstrak dan melibatkan
kemahiran visual pelajar terhadap topik ini. PBK yang dihasilkan akan
membantu menerangkan secara lebih jelas dan berkesan dengan mengaplikasi
elemen-elemen multimedia seperti animasi dan grafik.
2. Membantu guru dan pelajar menjalankan ulangkaji tentang topik yang
berkaitan dalam bab Jirim (Matter) pada masa yang diperlukan oleh pengguna.
3. Memberi pendedahan pendidikan berasaskan teknologi kepada para pelajar
sejajar dengan tuntutan semasa bagi melahirkan generasi celik IT.
1.5 Skop Projek
Memandangkan Pihak Kementerian Pendidikan begitu menitik beratkan
penguasaan Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi, pembangun
9
berasa amat tertarik untuk membangunkan perisian di kalangan subjek yang menjadi
fokus utama ketika ini iaitu para pelajar di sekolah menengah. Perisian yang bakal
dibina dan dibangunkan ini adalah meliputi sukatan mata pelajaran Sains tingkatan satu.
Bab yang dipilih adalah bab tiga di dalam mata pelajaran Sains tingkatan satu iaitu Jirim
(Matter).
Bab ini mengandungi empat subtopik yang akan membincangkan tentang
”Matter Has Mass and Occupies Space”, ”Three States of Matter”, ”Density” dan
”Properties of Matter”. Pembangun memilih subjek utama pelajar-pelajar tingkatan satu
kerana pada permulaan inilah mereka akan diuji secara menyeluruh tahap penguasaan
mereka terhadap mata pelajaran Sains di dalam Bahasa Inggeris. Bak kata pepatah
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kandungan BBM ini dibina berdasarkan
sukatan pelajaran Sains KBSM tingkatan satu serta diselitkan maklumat tambahan di
dalam galeri sains. Galeri sains yang akan diketengahkan merupakan bahan pengetahuan
am kepada para pelajar di samping dapat menjana pemikiran secara kreatif dan kritis.
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Konsep sains perlu diperkenal kepada pelajar-pelajar pada peringkat awal.
Menurut Sharifah Berlian (1996), memperkenal konsep sains yang betul dan tepat
kepada pelajar adalah mustahak supaya mereka tidak keliru apabila mereka menemui
konsep demikian di dalam konteks yang berlainan. Menurut Poh Swee Hiang (1994),
konsep sains adalah idea abstrak yang digeneralisasikan dengan fakta-fakta atau
pengalaman yang spesifik. Miskonsepsi atau idea alternatif adalah merujuk kepada
pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang pelajar tentang fenomena alam melalui
pengalaman sehariannya.
10
Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan dalam projek Perisian Berbantukan
Komputer (PBK) ini ialah Jirim (Matter). Tajuk ini menjadi pilihan kerana terdapat
beberapa salah faham ataupun salah konsep yang sering dilakukan oleh para pelajar
terhadap tajuk yang dipilih ini. Ambiola (1998) menegaskan, Sains membekalkan satu
rangka konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Setiap
pelajar mempunyai konsep yang telah dibina daripada pengalaman unik dan pemerhatian
dalam kehidupan mereka. Namun begitu, seringkali konsep mereka tidak bertepatan
dengan teori sains atau sekurang-kurangnya dengan apa yang diajar oleh guru. Salah
satu di antaranya adalah miskonsepsi para pelajar terhadap konsep ketumpatan yang
menganggap bahawa bahan yang lebih berat akan tenggelam. Namun jika mengikut
konsep sains yang sebenarnya ialah bahan yang lebih tumpat daripada air akan
tenggelam manakala bahan yang kurang tumpat daripada air akan timbul.
Begitu juga dengan pergerakan zarah-zarah yang berlaku di dalam sesuatu
keadaan di mana ianya tidak dapat dilihat dan digambarkan dengan mata kasar.
Kefahaman tentang konsep pergerakan ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi bagi
membolehkan seseorang pelajar membayangkan pergerakan zarah-zarah yang terjadi
dalam sesuatu keadaan. Selain daripada itu, para pelajar tidak dapat menghubung kait
konsep sains yang dipelajari dengan keadaan di sekeliling mereka. Kegunaan konsep
ketumpatan misalnya, terdapat pelbagai contoh yang boleh dihubung kaitkan dengan
kehidupan seharian seperti penggunaan pelampung, rakit, belon panas dan sebagainya.
Ini kerana, pelajar tidak menyedari dan tidak mengaplikasi akan kewujudan konsep sains
dengan kehidupan seharian mereka.
Maka di sinilah PBK akan memainkan peranan yang besar di dalam menjelaskan
konsep-konsep sains yang abstrak dan sukar divisualisasikan ini. Pendapat ini disokong
oleh kajian Balakrisnan (1992) dalam Rusnaini dan Hasanusi (2000) yang menyatakan
alat teknologi seperti perisian komputer dalam bilik darjah memberi kesan positif
kepada keyakinan pelajar untuk belajar. Sekiranya penggunaan PBK ini dilakukan
dengan cara yang tepat dan berkesan, pembelajaran Sains yang dihasilkan tidak akan
mengalami masalah dan miskonsepsi atau salah konsep tidak akan berlaku kepada para
11
pelajar. Elemen-elemen multimedia seperti grafik dan animasi yang menarik dapat
diterjemahkan ke dalam perisian ini bagi menjelaskan sesuatu konsep sains dengan cara
yang lebih realistik, menarik, mudah difahami dan juga berkesan.
1.7 Kepentingan Projek
Pembinaan PBK ini adalah bertujuan bagi menggalak usaha untuk memperkenal
dan memperkembang PBK sebagai satu alternatif kepada bahan bantu mengajar bagi
mata pelajaran Sains di sekolah. PBK yang akan dihasilkan diharapkan akan dapat
membantu sedikit sebanyak bebanan seorang guru semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru boleh menggunakan PBK ini bagi
memudahkan penyampaian maklumat kepada para pelajar dengan cara yang lebih efektif
dan interaktif. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang selama ini masih
berjalan secara tradisional seperti menggunakan buku teks semata-mata dapat di atasi.
Ketandusan perisian PBK Sains yang sesuai merupakan kekangan utama selain
daripada kekurangan peralatan komputer. Maka, dengan tercetusnya pembinaan PBK
seperti ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menambah
koleksi PBK Sains dalam Bahasa Inggeris yang selari dengan sukatan pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia serta bercirikan tempatan.
Seperti yang kita sedia maklum, bahasa pengantar yang digunakan bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik adalah di dalam Bahasa Inggeris. Ini sedikit sebanyak
telah menyumbang kepada salah tanggapan para pelajar terhadap sikap yang
menganggap bahawa Sains itu susah terutamanya di kalangan para pelajar Melayu.
Harapan pembangun adalah untuk mengikis salah tanggapan ini serta menarik minat
para pelajar khususnya dalam mata pelajaran Sains dengan kaedah dan cara yang lebih
interaktif. Oleh itu, PBK yang akan dihasilkan akan menggunakan Bahasa Inggeris yang
12
mudah dan ringkas. Maka ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan pelajar tanpa
jurang di antara mereka. Istilah-istilah Sains juga akan diterangkan dengan lebih
berkesan melalui penggunaan bahasa yang ringkas dan padat.
1.8 Definisi Istilah
Bagi memudahkan lagi pemahaman tentang tajuk kajian ini, beberapa definisi
istilah dinyatakan seperti di bawah:
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Terdapat beberapa pendapat dan definisi PBK yang telah diberikan oleh
beberapa sumber yang berbeza. Alessi dan Trollip (1985) mendefinisikan
PBK sebagai penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat,
membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar, sama ada kesemuanya
selkali atau sebahagiannya sahaja. Zainab Arshad (1991) mendefinisikan
PBK sebagai satu bentuk mekanisme pengajaran yang mempuyai nilai-
nilai pendidikan yang dibina dalam bentuk perisian di mana proses
pembelajaran menjadi lebih menarik dengan aktiviti yang ada dan
menggalak ke arah peningkatan tahap pencapaian.
1.8.2 Perisian
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, perisian bermaksud data, program
dan sebagainya yang perlu untuk pengendalian komputer. Perisian juga
boleh didefinisikan sebagai program atau atur cara komputer yang dapat
digunakan dengan sistem komputer tertentu.
1.8.3 Sains
13
Sains merujuk kepada susunan ilmu pengetahuan hasil dari kajian
terhadap alam sekitar. Mengikut Kamus Oxford Edisi 1983, Sains
merupakan cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan
eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman
terhadap fenomena alam semulajadi. Abu Hassan Kassim (2001)
menyatakan bahawa Sains merangkumi bidang pengetahuan yang
berkaitan dengan sebatian, kehidupan dan alam, yang dikaji secara
bersistem, dengan menggunakan kaedah saintifik.
1.8.4 Bab “Matter”
Bab “Matter” adalah bab ketiga dalam sukatan Sains KBSM tingkatan
satu yang mengandungi 4 subtopik iaitu ”Matter Has Mass and Occupies
Space”, ”Three States of Matter”, ”Density” dan ”Properties of Matter”.
1.8.5 Pengajaran
Suatu proses perlakuan-perlakuan guru yang dirancangkan dengan teliti
dan melihatkan langkah-langkah tertentu untuk membawa perubahan
tingkah laku di kalangan pelajar.
1.8.6 Pembelajaran
Perubahan tingkah laku di kalangan pelajar yang agak kekal kerana
pengalaman dan latihan yang diteguhkan melalui aktiviti-aktiviti bilik
darjah.
1.8.7 Pelajar
Mengikut Kamus Dewan adalah orang yang belajar iaitu meliputi murid
sekolah, penuntut-penuntut kolej dan sebagainya.
14
1.9 Penutup
Pembelajaran bermula apabila seseorang itu bertindak sekiranya menerima
sesuatu rangsangan. Tindakan ini mungkin secara perbuatan atau pemikiran terhadap
rangsangan tersebut. Proses pembelajaran dianggap berakhir apabila perubahan
tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Pengajaran yang seiring dengan bahan
bantu mengajar yang terkini seperti perisian PBK akan dapat membantu meningkatkan
proses pengukuhan dan pembinaan konsep sains di kalangan para pelajar. Norhashim
et al (1991), menyatakan melalui PBK tugas seorang guru untuk mengajar di dalam
bilik darjah boleh digantikan dengan komputer. Sehubungan dengan itu, pembangun
akan membangunkan satu perisian pembelajaran berbantukan komputer bab Jirim
(Matter) dalam mata pelajaran Sains KBSM tingkatan satu.
Top Related