ubk/kemasukan bainun
PERJANJIAN PELAJAR SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Bahawa saya ………………………………………………………………………………………..
( nama penuh pelajar )
anak kepada ………………………………………………………………………………………...
( nama ibu bapa / penjaga )
membuat perjanjian ini pada ……………………….. untuk menyambung pengajian di SMK Raja
Permaisuri Bainun, Ipoh mulai …………………….. Saya membuat perjanjian ini di hadapan ibu
bapa/penjaga saya. Saya mengaku akan mematuhi segala perjanjian dan syarat-syarat yang
dikenakan kepada saya semasa saya menuntut dan menginap di SMK Raja Permaisuri Bainun.
Berikut adalah beberapa SYARAT-SYARAT PERJANJIAN yang saya persetujui dan berjanji:-
1. Jika keadaan tidak memuaskan tentang tingkahlaku saya, melanggar UNDANG-UNDANG
KECIL SEKOLAH dan ASRAMA serta arahan-arahan lain, pihak sekolah dan asrama tanpa
memberi AMARAN boleh terus menyingkirkan saya dari sekolah dan asrama.
2. Segala bayaran asrama yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan asrama akan saya jelaskan
mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.
3. Saya faham semua UNDANG-UNDANG KECIL SEKOLAH dan ASRAMA yang dikenakan
kepada saya itu berkuatkuasa dari tarikh saya melapor diri hinggalah saya memohon
keluar atau disingkirkan dari asrama.
4. Saya sebagai pelajar berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah pencapaian
akademik yang terbaik. sekiranya pencapaian akademik saya tidak mencapai tahap yang
disyaratkan, saya boleh disingkirkan dari sekolah dan asrama
5. Saya sebagai pelajar bersetuju sebarang kesalahan saya di asrama atau di sekolah
dilaporkan kepada ibu bapa / penjaga serta dicatatkan dalam kad peribadi saya.
6. Saya akan mematuhi segala peraturan yang disyaratkan kepada saya. Kegagalan saya
untuk mematuhi PERJANJIAN PELAJAR ini boleh menyebabkan saya disingkirkan dari
sekolah dan asrama.
…………………………………. …………………………………….
(Tandatangan Pelajar) (Tandatangan ibu bapa / penjaga)
Nama : …………………………………… Nama : ………………………….…….
No.K P/ Sijil Lahir ………………... No.K P : …………………………
Tarikh : ……………….
Top Related