GUNUNG CIPTA SDN. BHD No.3258, Tingkat 1, Depan Hospital Daerah Besut,
22000, Jerteh, Besut, Terengganu Darul Iman. Tel: 09-6978747/09-6978748 Tel:09-6978749
Tuan/Puan.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa dan berkat hasil daripada sokongan
dan kerjasama daripada Tuan/Puan, Projek Pertanian Ladang Gaharu kami sudah
beroperasi hampir 3 tahun. Nama Gunung Cipta Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak tahun
2007 bukan lagi baru dalam industri pertanian Gaharu di Malaysia, malah sudah sebati
dalam kalangan pelabur-pelabur tanah di seluruh Malaysia. GCSB sudah mampu berdiri
bersama beberapa pengusaha-pengusaha tanaman Gaharu yang lain dan menjadi aspirasi
dan rujukan bagi syarikat-syarikat yang baru berjinak-jinak dengan industri ini.
Setelah beroperasi sejak tahun 2007, banyak perkembangan dan pencapaian yang
telah kita kecapi. Empayar perniagaan kami telah berkembang pesat, kami mempunyai
pembeli-pembeli lot dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang bukan sahaja
dalam kalangan pembelian peribadi, malah mendapat sambutan daripada koperasi dan
badan-badan karporat yang mula mempertimbangkan belian secara besar-besaran.
Ladang Gaharu kami telah
berkembang luas dari kawasan-kawasan
di Besut, Setiu sehingga ke Hulu
Terengganu, Kuala Terengganu dan
Kemaman. Kami juga mempunyai lot-lot
Gaharu di beberapa kawasan di Pasir Putih
seperti di Kandis dan Seligi. Pekerja-
pekerja kami diberi latihan yang intensif
untuk menguruskan tanaman-tanaman
kami bagi memastikan ia mencapai kualiti
yang diingini.
Selain itu, kami merancang untuk mengorak langkah yang lebih aktif dengan
meneroka tanah-tanah yang berpotensi di beberapa daerah lain di Kelantan untuk
diusahakan dan kami mensasarkan untuk meneroka sehingga ke Perak, Pahang dan Johor
dalam beberapa tahun akan datang. Insya-Allah semoga kerjasama dan berkat doa dari
Tuan/ Puan dapat merealisasikan misi dan impian kami ini.
Untuk pengetahuan Tuan/ Puan, perkembangan tanaman gaharu di ladang kami
membesar dengan baik. Tanaman gaharu kami di
Seligi dan Padang bual membesar dengan baik
dan sudah hampir mencecah 3 tahun, dan
tanaman di Belao, Pelong 5 dan pelong 11 sudah
mencecah 2 tahun tampa sebarang masalah yang
besar. Manakala pokok-pokok di Padang Buloh 1,
Padang Buloh 2, Pelong 8, Guntung, Kemiyung 1
dan Kemiyung 2 berumur dalam lingkungan 5
bulan hingga 1 tahun. Pokok-pokok di kawasan
Tebak Kemaman, Tong lama dan Lata Tembakah
baru ditanam dan dijaga elok manakala kawasan
baru seperti di Alor Gelenggang dan Tanggul
sudah dibersihkan dan dalam proses untuk
penanaman setelah mendapat bekalan anak
pokok.
Walaubagaimanapun, bak kata pepatah
melayu “Bumi mana yang tidak ditimpa hujan”.
Terdapat berapa masalah persekitaran timbul
di beberapa kawasan ladang kami seperti
gangguan lembu liar dan serangan ulat perosak
pada tanaman. Terdapat juga sebilangan kecil
pokok yang terbantut pembesaran di sebabkan
masalah cuaca dan bentuk muka bumi.
Walaubagaimanapun, ia tidak memudaratkan ladang secara keseluruhan.
Namun, segala masalah telah ditangani dengan baik. Kami telah dan sedang
membina pagar-pagar yang lebih kukuh bagi mengelakkan kemusnahan pokok-pokok dan
memastikan pengawalan rapi bagi tempat-tempat tertentu yang terdedah kepada ancaman
lembu liar. Selain itu, semburan racun perosak dan penyeliaan ladang dengan kadar yang
optimum juga diambil untuk memastikan serangan ulat tidak berulang. Bagi pokok-pokok
yang bermasalah, kami telah menggantikan dengan pokok baru bagi memastikan pokok di
keseluruhan kawasan mempunyai pertumbuhan yang lancar, sekata dan sempurna.
Bukan berhenti setakat itu sahaja, operasi syarikat kami menjangkaui kemampanan.
Kami telah memulakan projek sokongan gaharu iaitu kami berjaya memperolehi kontrak
pengelolaan ladang sawit. Seluas 5000 ekar ladang sawit telah kami kelolakan yang mana
memperolehi pulangan yang agak lumayan bagi menampung kos pembiayaan projek
ladang gaharu.
Selain itu, hasil daripada kepakaran dan peralatan moden yang kami miliki serta
inisiatif pentadbiran dan sokongan kerajaan, kami juga sedang memulakan projek kilang
baja dengan mengeluarkan baja bio-organik yang memiliki jenama kami sendiri. Ia
mengandungi mikrob baik untuk tanaman yang dihasilkan daripada herba terpilih dan
terbukti berkesan untuk pelbagai jenis tanaman sayuran. Penjualan baja kami mendapat
sambutan ramai dan juga digunapakai dalam operasi ladang kami bagi mengurangkan kos
dan meningkatkan keuntungan dalam masa yang sama.
Sampai di sini sahaja laporan kami, kami akan terus memberikan laporan-laporan
terkini di masa-masa akan datang. Di sini, kami kepilkan beberapa gambar yang di ambil
dari ladang-ladang gaharu kami.
Sekian, Terima Kasih
“Bersama Makmurkan Bumi”
Yang Benar,
Pembantu Tadbir, GCSB
Top Related