PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang
dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu
masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional
ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu
generasi kepada generasi berikutnya.
Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut
dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa.
Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini
disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan
juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam
masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan
secara perseorangan.
Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan
aktiviti permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada
perayaan-perayaan atau majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu
musim, misalnya musim menuai padi. Umumnya juga masyarakat
tradisional menjalankan permainan ini pada zaman dahulu adalah untuk
hiburan, peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku
kaum yang diwakili oleh masyarakat tertentu pada ketika itu. Permainan-
permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat
kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah
menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu.
Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang
memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang
bijak untuk memenangi permainan itu!
Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin
dipinggirkan oleh golongan generasi muda kerana mereka lebih
cenderung dengan aktiviti sukan lasak yang dianggap lebih mencabar
kerana memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi selain
daripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan yang digarapkan
oleh dunia antarabangsa.
Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang
canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada
permainan tradisional dimana melahirkan tanggapan bahawa permainan
tradisional sudah ketinggalan arus zaman. Perkara ini menyebabkan
generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupakan cara atau kaedah
sesuatu permainan tradisional dimainkan.
Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersama-sama
bertanggungjawab dan berganding bahu untuk mempopularkan kembali
permainan tradisional ini agar terus popular seperti kata peribahasa tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
PERMAINAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka
masing-masing. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai
pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan
atau suku kaum. Kebudayaan ini telah dipersatukan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan atau suku kaum
mempunyai adat resam tersendiri sehingga membentuk kebudayaan
masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan
kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat
dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang
demikian maka banyak permainan tradisional yang diperkenal dan
pertandingkan.
TEROMPAH GERGASI
Permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh
masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan – perayaan atau
pesta. Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh
kalangan kanak-kanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan
mereka ketika ibu-bapa bekerja di ladang. Alatan yang biasa digunakan
oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering
atau belahan bambu sebagai selipar
gergasi yang diikatkan tali sebagai
penyangkut tapak kaki. Penggunaan
alatan zaman dahulu kini ditukar
dengan menggunakan papan
berukuran tiga (3) meter yang
mempunyai empat atau lima
penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4 orang
atau hingga 5 orang dalam satu pasukan.
Permainan ini dilakukan dengan cara setiap gerakan kaki peserta
mestilah sama semasa berjalan. Pada asasnya gerakan setara mesti
dibuat oleh peserta dengan rentak
dan laju yang sama semasa
berjalan. Jika seseorang peserta
tidak mengikut rentak maka
pasukan tersebut akan tersekat
perjalanannya dan akan terjatuh.
Dari segi moral, sukan ini
menggambarkan bahawa sesuatu perjalanan yang jauh atau masalah
tidak dapat di capai atau di selesaikan tanpa koordinasi dan sokongan
dari semua ahli. Sukan ini memerlukan kawasan yang luas.
RAMPANAU
( BERJALAN MENGGUNAKAN CANGKUNGAN )
Permainan Rampanau atau pun berjalan menggunakan cangkungan
adalah sejenis permainan tradisional yang sering dijalankan oleh kanak-
kanak di zaman dahulu sebagai permainan santai bagi mengisi masa
terluang mereka bersama rakan-rakan sepermainan sementara ibu bapa
mereka sibuk di ladang. Permainan ini terbatas kepada permainan
individu atau berombongan sahaja maksudnya permainan ini hanya dapat
dimainkan secara individu bagi sepasang rampanau tersebut atau
beberapa orang secara berombongan dengan rampanau milik masing-
masing.
Rampanau ini diperbuat daripada dahan sagu (kumba), kayu keras dan
dua (2) batang bambu. Bambu berkenaan berukuran kira - kira 3 hingga
10 kaki. Dahan sagu dan kayu keras digunakan sebagai tempat
meletakkan kaki semasa aktiviti dalam lubang yang ditebuk pada bambu
yang berukuran kira – kira 8cm dan 5cm. Di sesetengah tempat pula
hanya menggunakan sebatang dahan bambu tersebut sebagai anjal kaki
atau tempat untuk berpijak. Bagi kanak-kanak biasanya akan merasa
bangga bila dapat bermain rampanau, karena selain dapat melakukan
keseimbangan badan, dia juga akan merasa lebih tinggi dengan berpijak
di atas pijakan rampanau tersebut.
Pada awal zamannya, permainan rampanau biasanya digunakan oleh
kanak-kanak zaman dahulu untuk bermain . Namun tidak lama kemudian
permainan ini telah dipekembangkan dan telah mulai sering
dipertandingkan, biasanya selepas kerja – kerja menjual padi dijalankan
atau semasa sambutan sesuatu keramaian, majlis atau pesta.
Permainan tradisional ini dimainkan dengan cara dan peraturan yang
mudah. Pemain yang bermain rampanau perlu menginjakkan kakinya
pada alat pijakan yang tingginya sekitar 50 cm dari tanah. Kedua kaki
dipijakkan pada kedua pijakan dan mencuba berjalan menggunakan
rampanau tersebut. Dalam permainan ini, pemain haruslah dapat
menjaga keseimbangan badan. Jika gagal menjaga keseimbangan badan
akan sering terjatuh. Namun jika sudah terlatih, maka dia akan mahir
menggunakan permainan rampanau tersebut. Pemain yang terjatuh dari
rampanaunya boleh kembali meneruskan permainan dengan
rampanaunya.
Pemain permainan ini akan dikira menang jika pemain itu berjaya lebih
dahulu menamatkan larian rampanaunya ke garisan penamat.
LARI DALAM GUNI
Sukan ini tergolong dalam sukan tradisi yang dimainkan oleh masyarakat
setempat di Negeri Sabah terutama semasa menyambut hari perayaan
seperti Hari Kaamataan dan Karnival sukan Rakyat.
Menurut cerita dahulu kala, sukan
ini wujud daripada idea
sekumpulan muda – mudi yang
sedang membantu keluarga
mereka berkerja semasa menuai
padi. Sementara menunggu padi
yang mereka jemur kering, muda –
mudi itu secara sengaja atau tidak sengaja telah mengambil beberapa
helai karung guni tersebut dan terus berlari berlumba – lumba sesama
mereka untuk menghilangkan rasa jemu atau hanya untuk bersukaria
sahaja. Tanpa mereka sedari perlakuan mereka itu mendapat perhatian
daripada keluarga dan saudara mara mereka yang mana turut serta
bermain dalam permainan tersebut. Semanjak daripada peristiwa
tersebut permainan ini telah mendapat tempat dikalangan masyarakat
setempat di Negeri Sabah. permainan ini telah dijadikan sukan tradisi
yang dimainkan turun menurun dari generasi sehingga kini.
Permainan ini dimainkan secara individu yang mana setiap individu
tersebut akan memasukkan kaki mereka dalam karung guni tersebut.
Seorang pelepas akan melepaskan mereka di tempat mula. Pemain pula
akan berlari dengan kaki dalam karung guni tersebut apabila dilepaskan
oleh pelepas. Pemain yang lebih dahulu sampai ke garis penamat akan
dikira sebagai pemenang ‘nombor satu’ bagi pemenang pertama, nombor
dua dan nombor tiga bagi pemenang berikutnya sementara pemain
nombor empat dan seterusnya dikira kalah.
SEPAK RAGA
Permainan sepak raga mulai di
dipermainkan oleh kaum Melayu sejak
sekitar 600 tahun yang lalu. Dalam
lipatan sejarah Melayu menceritakan
tentang Raja Muhammad, putera
Sultan Mansor Shah Muhammad
tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Pada
zaman itu, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, permainan sepak
raga juga turut digemari oleh rakyat jelata. Pada masa sekarang sepak
raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Sepak takraw adalah
permainan sepak raga yang telah dimodenkan sesuai dengan keperluan
dunia sukan, malahan sukan sepak takraw ini telah dikenali di seluruh
dunia.
Bola sepak raga adalah diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang
dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke
arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya
supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan
tersebut ditamatkan.
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk
satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain
melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan
menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu
dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,
permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Di Sabah
permainan ini dikenali sebagai Main Batu. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia
menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat. Bilangan objek yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau
cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat
lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Cara bermain Batu Seremban:
1. Buah Satu: Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah
tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke
udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas
lantai sudah dikutip,2. Buah Dua:
Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
3. Buah Tiga: Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan
serentak.
4. Buah Empat:
Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat
biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
5. Buah Lima: Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip
keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada
masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
6. Buah Enam: Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit
perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah
akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi
buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
7. Buah Tujuh: Buah tujuh adalah urutan
daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam
tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
CONGKAK
Permainan congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Permainan tradisional ini selalunya digemari oleh kaum wanita dan kanak-
kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.
Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan
buah congkak yang disebut “cakak”. Kadang-kadang sebagai ganti papan
congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara buah
congkak atau cakak pula menggunakan biji-biji guli kaca, buah getah, biji
saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Papan congkak mengandungi 14
lubang yang dipanggil “kampung”. Jumlah kampung yang biasa terdapat
pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-
kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Terdapat dua
lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil
“rumah”.
Cara-cara bermain Congkak
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak
dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak.
2. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah
dan kampung lawan.
3. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan
dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan
dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati
di kampung sendiri.
4. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang
dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di
dalam kampung tersebut.
5. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga
buahnya mati.
6. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih
banyak di mana-mana kampung sendiri.
7. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati.
8. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula
kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak
cukup buah, ia dianggap terbakar.
9. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang
kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
GASING
Gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian bawahnya
ia dimainkan oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia selalunya
dimain selepas musim menuai. Pemenang adalah yang paling lama
gasingnya berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian
atau kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk gasing. Talinya
selalunya 1 meter panjang.
Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Di
Malaysia permainannya berlainan antara satu daerah dengan daerah lain.
Walau bagaimanapun pemain harus mempunyai kemahiran memusing,
memangkah, membela uri gasing.
Jika mengikut cara yang betul ia akan
menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan
tetap. Langkah yang disusun akan menentukan
hasilnya, jika tidak betul, gasing itu jatuh,
mengiring, meleret atau borot.
Ada dua jenis pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Pusingan tarik, gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke
belakang, harus juga tertumpuh kepada arah sasaran di hadapan. Bagi
pusingan sentap , ia mengahasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi
buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm
dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan
gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang
melilit jambuhnya direnggut.
KONDA-KONDI
Merupakan salah satu permainan tradisional dikalangan masyarakat Melayu pada zaman
dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan bergembira setelah penat bekerja.
Konda-kondi adalah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang. Kawasan
permainan ini ialah kawaasan yang terbuka dan lapang. Di beberapa tempat permainan ini
juga dikenali sebagai Perik Mata, ia dinamakan sedemikian kerana permainan ini
memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain bagi menguis kayu ke arah yang
selamat dan mengejar kayu yang dikuis tersebut untuk mematikan pihak lawan. Ia merupakan
permainan yang ringkas dan menyeronokkan. Permainan ini selain sebagai hiburan ia juga
bertujuan untuk menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelak daripada disambut
oleh pemain lawan.
Peralatan yang diperlukan untuk permainan ini adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
yang masing-masing berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini
berbentuk bulat dab berukuran 2cm garis pusat.
Kayu yang pendek di panggil “anak” dan kayu
yang panjang dipanggil “ibu”. Lubang sedalam
15cm juga dikurang bagi tujuan meletakkan kayu
panjang.
Cara bermain Konda-kondi
Menggunakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran
½ kaki dan satu kayu panjang berukuran 1 kaki.
Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama
banyak bilangannya.
Undian dibuat untuk menentukan
giliran sebagai pemain kumpulan mana
yang main dahulu.
Lubang dikorek di atas permukaan
tanah. Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu
menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang
tempat bermain. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat.
Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang
melambung di udara.
Jika pemain lawan gagal menangkap kayu anak. Ukur jarak kayu
anak itu dari lubang dengan kayu ibu. Mata akan dikira daripada
bilangan ukuran yang dibuat.
Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati.
Giliran permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil
peranan sebagai kumpulan utama pula.
Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul
kayu anak.
Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh
pemain kedua.
Mata dikumpul oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampur
bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul
bilangan mata terbanyak dikira akan memenangi pertandingan itu..
MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang. Permainan ini berasal dari
China yang lahir dari China pada 3000-4000 tahun yang lalu. Dalam sejarahnya permainan
Mahjong ini dimainkan oleh raja dan golongan-golongan bangsawan. Mahjong membabitkan
kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada
variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Padahal
dari asal usulnya Mahjong ini hanyalah sebuah permainan sehat yang diperuntukan untuk
kesenangan semata. Permainan yang menghibur para pemain-pemainnya.
Permainan mahjong menggunakan keping kad atau balok tebal yang terbuat dari tulang dan
buluh. Seiring dengan perkembangan zaman, saat ini keping kad Mahjong dibuat dari bahan
plastik. Satu set Mahjong terdiri atas 108 buah keping kad ditambah 36 yang dijadikan
cadangan jika diperlukan atau untuk tambahan.
Ada tiga jenis Mahjong yang ada dalam setiap setnya. Jenis tersebut yaitu “Bing”, “Tiao” dan
“Wan”. Setiap jenisnya terdiri atas bunga serupa yang diberi nomor satu sampai sembilan.
Cara bermainnya adalah dengan membentuk suatu kombinasi biji Mahjong sebanyak 14 biji.
Pemenangnya iaitu peserta yang paling cepat mengumpulkan 14 biji buah Mahjong.
Kombinasi inilah yang berbeza-beza di setiap kawasan dalam memainkannya. Ini
menyebabkan beberapa orang menganggap bahawa permainan Mahjong ini menjadi rumit.
Oleh karena itu, untuk memainkannya memerlukan kemahiran, kecekapan dalam mengatur
strategi dan prediksi, serta hal lainnya, iaitu keberuntungan nasib.
GO
Go ialah satu permainan tradisional masyarakat Cina, ia adalah
permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang pemain. Go juga
dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan
strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang
permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji batu berwarna
hitam dan putih.
Go dimainkan dengan cara kedua-dua pemain akan berganti-ganti meletakkan batu masing-
masing di atas persilangan grid garis. Tujuannya adalah untuk menguasai kawasan papan
yang lebih besar daripada lawan. Oleh itu setiap pemain akan berusaha untuk meletakkan
biji-biji batu mereka dalam cara-cara tertentu agar tidak ditangkap oleh pihak lawan,
disamping itu merancang pemetaan kawasan-kawasan
yang pihak lawan tidak akan dapat duduki tanpa
ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan
ditangkap dan dialihkan jika sekiranya ianya tidak
mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong,
akibat daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu
dari pihak lawan.
XIANG QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh
dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan
catur. Xiangqi bentuk masa kini adalah berasal dari China, oleh itu
permainan ini juga digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati
telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China.
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam),
peraturan yang melarang panglima (seperti “raja” dalam catur) daripada
bertemu dalam garisan yang sama, serta “sungai” dan “istana” yang
mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.
Peraturan dan cara permainan Xiang Qi:
1. Raja bergerak hanya satu ruang
pada satu masa, sama ada secara
melintang atau menegak.
Tambahan pula, Raja perlu sentiasa berada dalam lingkungan istana, yang merupakan
persegi ditanda dengan X.
2. Pengawal (Advisor) bergerak hanya satu ruang pada satu masa menyerong. Sama
seperti Raja, pengawal mesti berada dalam lingkungan istana.
3. Menteri-menteri (Gajah) bergerak dua ruang pada satu masa menyerong (iaitu 2 ruang
kiri / kanan dan 2 tempat dalam pergerakan ke atas / bawah). Mereka mesti kekal
dalam bahagian masing-masing sungai. Jika terdapat sekeping antara pertengahan
kedudukan asal dan akhir yang dicadangkan bagi menteri, menteri disekat dan
pergerakannya adalah tidak dibenarkan.
4. Kereta kebal (Kereta) bergerak satu atau lebih ruang secara melintang atau menegak
dengan syarat bahawa semua kedudukan di antara kedudukan asal dan akhir adalah
kosong.
5. Kuda (Horses) bergerak dua ruang mendatar dan satu ruang menegak (atau masing-
masing 2 ruang menegak dan satu ruang mendatar). Jika terdapat sekeping di sebelah
kuda (menegak) arah melintang, kuda itu disekat dan langkah itu adalah tidak
dibenarkan.
6. Meriam bergerak satu atau lebih ruang mendatar atau menegak seperti Rook a. Walau
bagaimanapun, dalam usaha menangkap, mesti ada betul-betul satu
ruang yang tidak kosong di antara kedudukan asal dan akhir. Dalam
keadaan bukan menangkap, semua ruang di antaranya mestilah
kosong.
7. Bidak (atau Askar) bergerak satu ruang pada satu masa. Jika bidak
tidak melintasi sungai lagi, ia hanya boleh bergerak ke hadapan secara menegak.
Setelah menyeberangi sungai, bidak juga boleh bergerak secara mendatar.
8. Tangkap: Apabila sekeping bergerak ke kedudukan yang kini dipegang oleh sekeping
lawan, ia menangkap sekeping bahawa lawan. Sekeping ditangkap dikeluarkan dari
papan.
9. Garis penglihatan Raja: Dua Raja-raja dalam lembaga tidak boleh berada di fail yang
sama (garisan menegak) tanpa sebarang keping di antara mereka. Satu langkah yang
meletakkan kedua-dua Raja-raja dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-
undang.
10. Keselamatan Raja: Satu tidak boleh meninggalkan Raja hendak ditawan oleh
pembangkang dalam langkah seterusnya. Sebarang langkah yang meletakkan Raja
dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-undang.
Syarat Penamatan permainan: permainan ini berakhir apabila salah satu daripada situasi
berikut berlaku:
Checkmate : Jika seseorang mengancam untuk menangkap Raja lawan dan lawan tidak
mempunyai cara untuk menyelesaikan ancaman, satu kemenangan.
kebuntuan : Jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa langkah yang sah, satu
kehilangan.
Salah satu atau kedua-dua pihak melanggar Peraturan Advanced.
KHO-KHO
‘Kho-kho’ merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan
kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India
mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada
satu permainan ‘Lari dan kejar’ di mana seorang pemain akan berlari dan
mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini
memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel
untuk megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12
pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu
perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap
giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8
kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan
duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.
Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.
Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan
menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila
pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan “foul”,
pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun
lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar
dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata “Kho Kho”.
Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah
seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan.
Bagi permainan ‘Kho-Kho’ ini, keluasan petak padang yang diperlukan
ialah 27mX15m.
CHATURANGA
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini
sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan
buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan
tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern
ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur
memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan
Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk
empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, “Chaturanga” berarti “memiliki empat
bagian” dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti
“tentara.” Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran
dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah
simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi
militer India saat itu.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain
Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10
dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī memberi rincian tentang
penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi ketenteraan,
matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib
di India dan tempat lainnya. Catatan Mas’ūdī juga menunjukkan Ivory di
India merupakan daerah pengeluar alat permainan catur untuk pertama
kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke
India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal
dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang
pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui
pembersihan terhadap semua bidak
lawan (kecuali raja) atau melalui
penaklukan terhadap raja lawan. Posisi
pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak
lain mengalami perubahan bentuk.
KABADI
Permainan Kabaddi merupakan permainan
tradisional yang berasal dari negara India. Menurut bahasa Hindi, perkataan “kabaddi”
bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Turut
dikenali dengan nama Hadududi kalangan orang Bangladesh.Permainan ini sangat popular di
selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, jepun dan Iran. Kabaddi turut
merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.
Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain;
iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi
permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang
satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.
Permainan ini dimainkan di kawasan gelanggang permainan yang meliputi luas 12.5 x 10
meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas.
Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk
pertukaran dua sesi tersebut.
Permainan ini dimainkan dengan cara Pasukan penyerang akan menghantar
seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (sebahagiannya seperti yang
dijelaskan diatas).
Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana
pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut
perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang
lain, beliau dikehendaki menyebut ‘kabaddi’ secara berterusan.
Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih
lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut
kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.
Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan
pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang
pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali,
beliau juga turut terkeluar.
Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir
sehingga sesi permainan tamat.
Peraturan am permainan ini ialah, tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan iaitu
seorang pengadil, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang
pencatat markah.
Mata akan dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan
dan kembali semula ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.
Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya
menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung,
pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan
kecuali jika tindakan itu berlaku atas “struggle”.
Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam
masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus “lona”.
Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan
berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.
KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya
yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya
termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada
warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional
merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu
masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum
mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan
tradisional ini merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu. Permainan
tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh
golongan dewasa. Namun dewasa ini, aktiviti permainan tradisional
smakin mendapat penyisihan oleh bukan sahaja golongan kanak-kanak
malahan golongan dewasa juga turut menyisihkan permainan tradisi ini.
Oleh itu, kepenganjuran sesuatu pertandingan yang melibatkan
permainan tradisional dilihat sangat bermanfaat untuk memertabatkan
kembali tradisi kesukanan tradisional ini. Melalui permainan tradisional
juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional
itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan
masyarakat tersebut.
Penganjuran permainan tradisional bukan sahaja dapat mendatangkan
rasa keseronokan tetapi juga dapat memberikan pendedahan tentang
kepelbagaian permainan tradisional masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia kepada bukan sahaja peserta tetapi juga kepada penonton yang
hadir dalam majlis permainan tradisional tersebut. Pertandingan bermain
permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah
tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan
tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak
cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional
mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Penganjuran pertandingan permainan tradisional ini juga turut dapat
menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni masyarakat setempat
dan Malaysia amnya. Melalui permainan tradisional kita dapat memupuk semangat
perpaduan, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok masyarakat. Tanpa melihat warna kulit
mahupun agama. Oleh yang demikian, tersimpul dengan nyata permainan tradisional ini
dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan
murni kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya terkandung pelbagai nilai
budaya masyarakat yang memilikinya.
Permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa
lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sekaligus membantu menjauhkan diri
daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.
Pertandingan permainan tradisional seumpama ini juga dapat membantu membangunkan dan
meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap peserta. Selain
itu, penganjuran ini juga dapat menguji kemahiran kognitif peserta pertandingan untuk
berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu
masalah yang timbul dengan tepat. Penganjuran ini juga mampu menyemai budaya bergiat
cergas sepanjang hayat dalam diri setiap peserta mahu ahli penganjur itu sendiri. Perkara
yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
Pertandingan permainan tradisional ini juga sangat berfaedah dan bermanfaat khususnya
untuk meningkat dan mengeratkan hubungan sosial dikalangan masyarakat majmuk di
Malaysia. Menerusi pertandingan permainan tradisional ini nilai-nilai murni seperti
bekerjasama, semangat kesukanan sama ada individu mahupun berpasukan dapat di pupuk,
selain dari itu pertandingan ini juga dapat mengeratkan silahtulrahim dikalangan peserta
mahupun pihak penganjur dan masyarakat keseluruhannya. Jelas di sini bahawa permainan
tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dikalangan rakyat supaya terus
menyuburkan semangat bersatu teguh.
Kesimpulannya, permainan tradisional ini sangatlah penting dihidupkan semula supaya
menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Usaha seumpama ini sangatlah mustahak
supaya permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan
masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah dikekalkan demi
kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional akan dapat
mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN
PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa kini berhadapan dengan ancaman arus
pembangunan dan pemodenan khususnya kemajuan teknologi menyebabkan popularitinya
semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan
mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk
mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, usaha untuk
mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini berhadapan dengan cabaran yang
besar.
Salah satu dari cabaran dalam usaha untuk mempopularkan semula permainan ini ialah
golongan remaja zaman sekarang yang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah
ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan. Sikap segelintir generasi pada masa kini
yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada
zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis.
Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga
merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Permainan tradisional merupakan
sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah
merubah segala-galanya. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini
yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja.
Remaja hari ini juga lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan
memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi. Iklan-iklan sukan dunia disamping
galakan pihak berkuasa khususnya penyertaan golongan remaja dalam aktiviti permainan
moden dan antarabangsa bukan sahaja menjadi salah satu sebab mengapa permainan
tradisional ini semakin tersisih menyebabkan mempopularkan semula permainan tradisional
ini semakin mencabar.
Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan
tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan. Kecenderungan
masyarakat moden untuk hidup seperti ‘enaun dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing’ menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan
majalah-majalah sahaja. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka
tradisi nenek moyang yang terbilang.
Kesimpulannya semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini
kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu
dipertahankan. Pihak kerajaan dan swasta seharusnya bersama-sama menggembling
tanggungjawab untuk mengembalikan semula kegemilangan permainan tradisional ini agar
terus popular dikalangan remaja.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN
TRADISIONAL.
Tidak dapat disangkali hakikatnya pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal
ini disebabkan adanya halangan dan kekangan yang disebabkan oleh arus kemodenan,
pengaruh-pengaruh kuat dari aktiviti-aktiviti permainan yang bersifat antarabangsa yang
mendapat suntikan bukan sahaja oleh media-media massa tetapi juga oleh badan-badan bukan
Kerajaan dan Kerajaan malahan turut mendapat dukungan oleh sebahagian besar kalangan
masyarakat kita. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil bagi mempopularkan semula permainan
tradisional ini.
Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pendedahan dan
galakan serius dari peringkat sekolah. Sangat bertepatan sekali pendedahan pada peringkat
sekolah yang mana sewajarnya pihak sekolah melalui sokongan penuh Kementerian Pelajaran
agar mewujudkan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional.
Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan
tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Salah satunya adalah dengan
menubuhkan Kelab Permainan Tradisional di peringkat sekolah. Usaha ini bertujuan untuk
memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Tambahan pula, pertandingan
permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid
untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah
tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan
generasi muda di negara kita. Usaha ini tidak akan sia-sia jika ianya berterusan sehingga ke
peringkat pengajian tinggi.
Pihak kerajaan juga perlu main peranan dalam usaha ini. Kerajaan wajar menganjurkan
pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Pertandingan ini
wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan
sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap negeri mestilah digalakkan untuk mengambil
bahagian sebagai langkah memeriahkan pesta tersebut. Langkah ini bertujuan untuk menarik
minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang permainan (sukan) tradisional yang
semakin dilupakan. Penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti
permainan tradisional bangsa kita.Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dan
memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh rakyat.
Melalui Kementerian Pelancongan juga perlu menjadikan permainan tradisional ini sebagai
satu bentuk kerjaya yang mana bukan sahaja memberi keuntungan kepada negara tetapi juga
sebagai suatu punca pendapatan masyarakat kita. Kerana permainan tradisional itu
sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan
masyarakat yang majmuk kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya
terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya dan ini
menjadikan amalan membudayakan permainan tradisional satu daya
tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara. Usaha ini bukan sahaja
dapat mempopularkan semula permainan tradisi masyakat kita tetapi
juga dapat membantu mengharumkan nama negara kita sebagai sebuah
negara yang kaya dengan budaya tradisional yang terpelihara di persada
dunia.
Peranan pihak media massa juga sangat penting. Pihak media seharusnya berpenanan sebagai
medium yang dapat menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat.
Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Anjuran
mahu pun bantuan pihak media dalam menghebahkan aktiviti pertandingan permainan
tradisional sangat-sangat membantu kerana rata-rata masyarakat zaman sekarang banyak
bergantung kepada media-media massa ini untuk mendapatkan malumats Sesungguhnya,
peranan pihak media massa sangat penting dalam membantu memperkenalkan dan
mempopularkan permainan tradisioanl ini kepada masyarakat khususnya generasi muda.
Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan semula permainan tradisional ini
dikalangan anak-anak mereka. Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak
mereka perlu memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Ibu bapa sewajarnya dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain
permainan tradisional seperti bermain congkak dan sebagainya, sebagai satu aktiviti riadah
yang bukan sahaja sebagai mengisi masa lapang dan hiburan tetapi juga sebenarnya dapat
membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa dapat membantu
mengembalikan kepopularan permainan tradisional ini seperti membelikan permainan
tradisional seperti gasing, congkak dan layang-layang khusus untuk anak-anak mereka.
Peranan individu juga sangat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional ini.
Kesedaran adalah sangat penting ditanam dalam diri setiap individu itu. Mereka hendaklah
menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari
dan mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat
mengurangkan diri mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan
elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan
masyarakat juga dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional.
Oleh yang demikian, peranan setiap individu itu amat penting dalam mempopularkan
permainan tradisional.
Peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan menubuhkan
persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain
pada masa lapang. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau
antara kampung. Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga.
Pertandingan ini dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan
tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan
permainan tradisional.
Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam
kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan
kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan
berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua
pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.
Top Related