+
26 0 RENCANA
Kraftangan Malaysia anjur si ri jela ja h beri
motivasi kepada pengusaho
tingkat kualiti, kuantiti
AZRUL AFANDI SOBRY
azr(tlbh.com.my
® ISNIN 11 OKTOBER 2013
Permintaan produk kraf tinggi
M enjadikan kraf tangan sebagai satu perniagaan adalah menguntungkan kerana kini ia bukan saja diterima masyarakat tempatan, tetapijuga masyarakat an
tarabangsa. Produk krafnegara sudah mula mendapat
temp at apabila pengeluar berani melakukan inovasi. Mereka juga sudah memahami kehendak peminat yang pelbagai. Ada yang sekadar suka menjadikannya barang perhiasan dan ada pula yang menjadikannya produk kegunaan harian.
Justeru, dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pembuat produk kraf bukan saja perlu kreatif, tetapi tahu bagaimana keluaran mereka mampu menepati cita rasa dan kehendak pengguna serta tidak sekadar terikat dengan gaya konvensional atau tradisional.
Penyunnbangekononll Di Terengganu, kraftangan bukan saja menjadi produk pelancongan, tetapi menjadi antara penyumbang ekonomi kepada kebanyakan penduduk di negeri ini. Ketulenan dan keaslian produk kraf negeri Pantai Timur ini antara yang terbaik di negara ini.
Siapa berani menyanggah bahawa songket Terengganu antara yang terbaik. Ada hasil sulaman songket sutera negeri itu yang boleh dijual hingga ribuan ringgit. lni sekali gus membuktikan pembuat kraf di luar bandar masih mengutamakan seni dan kualiti.
Statistik terkini menunjukkan seramai 770 usahawan kraf di negeri itu berdaftar dengan Kraftangan Malaysia. Bidang tekstil
r--.. disertai 611 usahawan, hasil rimba (l08 usahawan), logam (37
--~ usahawan), aneka kraf (12 usahawan) dan
hasil tanah (tiga usahawan). Kraftangan Malaysia sentiasa memberi
pelbagai bantuan dan insentif kepada usahawan berkenaan supaya mereka dapat bersaing dalam pasaran serta menyumbang kepada ekonomi negara.
Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata beliau sendiri turun padang berjumpa dengan usahawan kraf di seluruh negara menerusi siri jelajah untuk memahami masalah dihadapi mereka selain memberi motivasi untuk mereka mengeluarkan produk berkualiti.
"Masalah utama yang kita kenal pasti ialah kemampuan menghasilk':m produk yang kreatif kerana ia memerlukan ketekunan dan kesabaran. Akibatnya, produk mereka tidak dapat dihasilkan dengan banyak atau dikomersiaikan.
"Untuk menghasilkan produk berkualiti dan kreatif, terlalu banyak masa diambil. Ada yang ambil mas a lebih dua minggu untuk hasilkan satu kepala keris. Ada pula usahawan yang meskipun dibekalkan peralatan moden, rasa tidak selesa dan lebih suka menggunakan cara tradisional.
"Justeru, ~raftangan Malaysia sentiasa memikirkan kaedah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produk kraf ini kerana permintaan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa," katanya.
Galak pertambahan produk kraf Sohaimi berkata, menerusi sesi jelajah ke seluruh negara itu, Kraftangan Malaysia dapat mengumpulkan maklumat untuk dianalisis dan diambil tindakan bagi menggalakkan pertambahan produk kraf.
Katanya, Kraftangan Malaysia tetap proaktif mempromosikan produk kraf selain menggalakkan usahawan menyertai . prog-
Sohaimi Shahadan
ram pameran untuk pendedahan serta men-dapat teknologi baru. .
"Saya lebih sukajika usahawan kita dapat fokus untuk menghasilkan produk premium iaitu produk terpilih yang orang tahu datangnya dari syarikat tertentu. Ada banyak produk batik daripada pengusaha tertentu menjadi produk kegemaran orang korporat. Ada banyak jenama yang sudah menjadi jenama premium.
"Saya yakin hasil jelajah ini akan mengumpulkan maklumat berbeza lantaran masalah yang dihadapi pengusaha adalah berbeza di setiap negeri. Produk dan keupayaan memperoleh bahan mentah tentunya berbeza.
"Kraf tangan lebih sesuai digerakkan di luar bandar kerana kos yang lebih rendah. Maka menerusi skim satu daerah satu industri, usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk kraf dapat digerakkan.
"Cuma selama ini pengusaha kraf agak
11 OKTOBER 2013 ® ISNIN
lambat bertindak mere but peluang. Mereka sepatutnya perlu peka dengan segala bentuk insentif yang kerajaan tawarkan dan merebut semua peluang yang ada. Jika ada pengumuman mengenai geran tertentu untuk usahawan kecil, mereka perlu segera merebutnya, jangan harapkan bantuan Kraftangan Malaysia semata-mata," katanya ketika sesi jelajah ke Terengganu baru-baru ini.
Di Terengganu, tumpuan sedang diberikan untuk meningkatkan kemampuan pengeluaran produk dalam bidang anyaman mengkuang, batik, tembaga dan tenunan songket.
Insentif kepada pengusaha produk kraf Selaras dengan pelaksanaan untuk meningkatkan potensi produk kraf, Kraftangan Malaysia juga menyalurkan insentif seperti pembinaan bengkel bam, menaik taraf bengkel sedia ada, pembelian mesin jentera dan pembelian peralatan kerja.
Sepanjang 2012 saja, seramai tiga usahawan di Terengganu memperoleh bengkel, manakala 12 lagi diberikan insentif ber-
------------------_ .. _-----.
Anyaman beg mengkuang memerlukan ketelitian yang tinggi serta kreatif. [FOTO ASWADI
bentuk me sin, jentera dan peralatan kerja. Dalam konteks nasional, Kraftangan Ma
laysia melaksanakan pelan strategik 2012-2016·untuk membolehkan industri krafmenyumbang kepada pendapatan negara dengan nilai sasaran pasaran sehingga RM1 bilion.
Beberapa bidang sudah menunjukkan prestasi cemerlang melebihi sasaran dengan bidang logam mencatat 146 peratus peningkatanjualan kepada RM44. 7 juta berbanding sasaran RM30.6 juta.
Produk hasil tanah pula melebihi sasaran jualan sehingga 174 peratus, manakala beberapa produk kraf lain melebihi sasaran sebanyak 38 peratus. Secara puratanya, hasil jualan produk kraf tahun lalu mencecah RM341.8 juta berbanding sa saran sebanyak RM340juta.
Produk
RENCANA 0 27
Kekangan tenaga mahir hasH produk berinovasi
C abaran utama pengusaha kraf bukanlah untuk memasarkan produk, tetapi menghasilkan produk
berkualiti dalam kuantiti yang banyak.
Semakin hari semakin kurang mereka yang mahir atau sedia bekerja dalam bidang pengeluaran produk seni sehingga sukar untuk pengusaha kraf memenuhi permintaan dari dalam dan luar negara. _
Kekangan tenaga mahir inilah yang membantutkan usaha
rna, untuk meqjadikan produk ini mendapat tempat, penggunaan warna mestilah kontemporari, tidak boleh terlalu bersifat tradisional.
"Sebenarnya, orang Malaysia pun sudah mahukan produk kraf bercorak kontemporari. Gabungan warna yang kreatif semakin mendapat tempat. Kerana itulah kami perlu lebih kreatif dan inilah cabaran utama untuk memperbanyakkan produk," katanya yang sudah mula mengusahakan kraf sejak
1988. Masalah sarna dihamereka menghasilkan
produk berinovasi atau keluar daripada reka corak sedia ada. Mujurlah Kraftangan Malaysia terutama di cawangan negeri sentiasa membantu berkongsi idea dan rekaan bam.
Jika pengusaha kraf mampu menghasilkan produk dalam kuantiti banyak, usaha untuk mempromosikan hasil kraf ke peringkat antarabangsa bukan sesuatu yang sukar kerana ~taan sernakin banyak.
Hakikat ini dibuktikan Khadijah Yong, 61, yang mampu mengeksport produknya ke luar negara bagi memenuhi permintaan yang tidak pernah putus.
"Orang mudD tidok minot sedongkon permintoon songot bonyok. Yang tingga/ sekarang kebanyakannya generasi lama, mungkin kerana kerja kraf tangan ini sukar dan teliti"
dapi hampir semua pengusaha kraf. Produk berkualiti, mendapat permintaan tinggi, tetapi penghasilannya perlahan dan tidak banyak.
"Untuk dapatkan pekerja sangat susah. Kita sudah latih mereka, tetapi mereka tidak suka kerja lama. Orang muda tidak minat sedangkan permintaan sangat banyak. Yang tinggal sekarang kebanyakannya generasi lama, mungkin kerana kerja kraf tangan ini sukar dan : teliti. + Hasmah Ismail
Pengusaha produk anyaman mengkuang
"Tangan akan sakitsakit, tetapi pendapatan lebih tinggi dari ker-
Halangan penuhi permintaan "Meskipun permintaan sangat banyak, kemampuan kami untuk menghasilkan produk dalamjumlah yang banyak menjadi halangan utama. Kebanyakan kerja kraf adalah kerja tangan yang memerlukan ketelitian.
"Produk kraf tangan ini boleh dikatakan eksklusif kerana tidak dihasilkan secara perkilangan. Fokus saya adalah menggunakan bahan tempatan dan tenaga kerja di kampung. .
"Di luar negara, produk kraf tangan kita menjadi produk yang bukan sekadar untuk dipamerkan. Contohnya, di Jepun, produk alas pinggan mendapat permintaan menggalakkan. Ada juga syarikat teh yang menggunakan anyaman mengkuang untuk dijadikan bekas teh. Maksudnya, produk kita digunakan dan terkenal di sana.
"Biasanya, beg daripada mengkuang turut mendapat permintaantinggi. Cu-
ja kilang. NamlJ,I1, orang muda di kampung lebih suka kerja ~ kilang. Itulah masalah kami," kata Hasmah Ismail, 52, yang mengusahakan produk anyaman mengkuang.
Tiada generasi baru berminat Pembuat replika bot di Pulau Duyung, Johari Hamzah, 48, juga berdepan masalah yang sarna .kerana tidak ada generasi bam yang sedia bekerja dengannya sedangkan harga jualan satu bot boleh mencecah RM10,000.
"Bukan mudah untuk siapkan satu bot. Selalunya, paling kecil yang bernilai RM10,000 siap dalam mas a tiga bulan. Permintaan banyak, tetapi penghasilannya perlahan. Jika ada tenaga muda, mungkin lebih produktif.
"Pernah dulu ada beberapa pekerja diajar dan menerima gaji, tetapi selepas setahun dua, mereka berhenti dan cari kerja lain. Inilah kerumitan utama dalam penghasilan produk kraf," katanya.
kain tenun Terengganu berkualiti tinggi. [FOTO ASWADI
ALIAS/ BH)