PERSEPSI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA MENGENAI PROGRAM
LATIHAN VOKASIONAL YANG DIJALANKAN DI PUSAT LATIHAN
PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
AMIR HANIFF BIN ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o
JUDUL: PERSEPSI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA MENGENAI
PROGRAM LATIHAN VOKASIONAL YANG DIJALANKAN DI PUSAT
LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN.
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya _ _AMIR HANIFF BIN ABDULLAH_________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF DR. MUHD RASHID RAJUDDIN Nama Penyelia 205-3-19, SENTUL UTAMA, JALAN DATO SENU 26, 51000 KUALA LUMPUR. Tarikh: _____________ Tarikh: _________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
16 JANUARI 2012 16 JANUARI 2012
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrikal).”
Tandatangan :…………………………................
Nama Penyelia : PROF. DR. MUHD RASHID RAJUDDIN
Tarikh : 16 JANUARI 2012
“PERSEPSI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA MENGENAI PROGRAM
LATIHAN VOKASIONAL YANG DIJALANKAN DI PUSAT LATIHAN
PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN”
AMIR HANIFF BIN ABDULLAH
“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2012
iii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : AMIR HANIFF BIN ABDULLAH
Tarikh : 16 JANUARI 2012
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui
Segala pujian atas limpah kurnia Allah S.W.T. Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Istimewa buat Ayahanda dan Bonda
Abdullah B Debah Dan Noreisah Bt Zainuddin
Segala dorongan dan pengorbanan tidak mampu ku ungkapkan hanya dengan kata-kata
Maafkan segala salah dan silap dari anakdamu ini.
Tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain dari mendapat restumu.
Buat adik-adikku,
Ikatan kasih sayang kita selamanya
Buat teman-teman seperjuangan
Suatu saat ada yang harus pergi
Suatu saat ada yang akan datang
Mungkin yang pergi tidak akan kembali
Dan mungkin yang datang hanya sementara
Terima kasih untuk segalanya
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, rahmat serta
hidayah-Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah S.W.T yang
amat dikasihi.
Didalam ruangan ini, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
penyelia saya iaitu Prof. Dr. Muhd Rashid Bin Rajuddin diatas bimbingan, nasihat, tunjuk
ajar serta sumbangan idea-idea yang diberikan sepanjang penyelidikan projek sarjana
muda ini. Tanpa bantuan dan dorongan beliau, penyelidikan ini tidak dapat
disempurnakan dengan jayanya. Selain itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada
pengetua Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, PLPP Bangi, Selangor kerana sudi
membenarkan saya menjalankan kajian terhadap pelatih PLPP. Tidak dilupakan juga
buat penolong pengarah PLPP, Puan Siti Khadijah Bt Ibrahim yang banyak membantu
didalam urusan berhubung dengan pelatih PLLP , serta memberi nasihat dan tunjuk ajar
semasa proses soal selidik berlangsung.
Sebagai seorang anak, ingin juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua
ibubapa saya kerana sentiasa memberi sokongan dan semangat didalam apa jua keadaan
sekalipun. Buat teman-teman seperjuangan juga, terima kasih atas segala bantuan dan
pertolongan yang dihulurkan semasa kita sama-sama berjuang untuk menjayakan kajian
masing-masing. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan semua ini
dan semoga apa yang telah kita lalui akan diberkati dengan restu dan rahmat dari NYA.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelatih kurang upaya terhadap
program latihan vokasional di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP),
Selangor Darul Ehsan. Ia bertujuan bagi memperkasakan lagi latihan vokasional
dikalangan golongan kurang upaya disamping dapat dijadikan satu persediaan untuk
menghadapi alam pekerjaan apabila tamat pengajian kelak. Kajian ini berbentuk
deskriptif dan instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik yang digunakan, dibina
oleh penyelidik sendiri dan ia terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A merupakan
latar belakang responden, manakala bahagian B pula menjelaskan analisis berkaitan
dengan penekanan aspek kurikulum, kemudahan, tenaga pengajar serta persekitaran.
Keputusan kajian rintis seramai 10 orang sebagai responden ialah 0.87 alpha cronbach.
Pengkaji telah melaksanakan kajian sebenar di PLPP Bangi dengan memilih sampel iaitu
seramai 61 orang responden. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan perisian
Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v19.0 For Windows. Dapatan
menunjukkan persepsi responden terhadap kurikulum, kemudahan yang disediakan,
tenaga pengajar dan juga persekitaran adalah tinggi dan positif. Persepsi yang positif
dari responden menunjukkan bahawa pihak PLPP telah melaksanakan pelbagai program
vokasional, serta mengadakan program kaunseling diri dan kerjaya, perhubungan yang
baik antara ahli keluarga dan rakan sebaya termasuk juga kaedah memperolehi maklumat
melalui perhubungan antara tenaga pengajar dan pelatih selagi mereka bergelar pelatih di
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research was to find out the perception of the trainees of Pusat
Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Bangi (PLPP), Selangor Darul Ehsan towards
the vocational programmes offered. It was aims to provide insights to strengthen
vocational training programmes for the disables and to prepare them to work after
completing their studies. It is a descriptive research and the instrument used was a
set of researcher-developed questionnaire. The questionnaire is divided into 2 parts,
Part A and Part B. Part A is on respondent’s background and Part B are items
focusing on the aspects of curriculum, facilities, teachers and environment. The
score for the pilot test for the instruments was 0.87 alpha cronbach. A total of 61
respondents were used in this research. Statistical Packages for the Social Science
(SPSS) v19.0 For Windows was used to analyzed the data collected. The finding
shows that the curriculum, facilities, trainers and the environment were perceived
highly positive by the trainees. The highly positive responsed were due to the
PLPP’s management who continuously implementing new vocational training
programmes, providing personal and career counseling programmes, good
relationships between family members and peers groups and having good
communication between trainers and the trainees of Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan, Bangi.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
ix
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan
Bangi
17
2.3 Kurikulum Vokasional Untuk Golongan Kurang
Upaya
20
2.4 Kemudahan Untuk Golongan Kurang Upaya 23
2.5 Tenaga Pengajar Didalam Melatih OKU Dalam
Bidang Vokasional
27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Kerangka Operasi 31
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Kajian Rintis 39
3.7 Penganalisisan Data 40
3.8 Batasan Kajian 41
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Bahagian I Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bidang
Pengkhususan
46
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 48
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempat
Tinggal
49
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Jenis
Kecacatan
49
4.3 Analisis Bahagian II Pernyataan Maklum Balas
Responden
4.3.1 Dapatan Kajian 50
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 1 51
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 2 54
4.3.4 Analisis Persoalan kajian 3 57
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 4 60
4.4 Rumusan Keseluruhan Persoalan Kajian 64
4.5 Cross Tab Mengikut Bidang Pengkhususan 65
xi
4.6 Penutup 66
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Rumusan Kajian 69
5.2.1 Latar Belakang Responden 71
5.2.2 Pernyataan Maklum Balas Responden 72
5.3 Perbincangan 72
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 73
5.3.2 Perbincangan Pernyataan Maklum Balas
Responden
75
5.3.2.1 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Kurikulum
75
5.3.2.2 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Kemudahan
78
5.3.2.3 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Tenaga Pengajar
79
5.3.2.4 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Persekitaran
81
xii
5.4 Cadangan 82
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.6 Penutup 86
BIBLIOGRAFI 88
LAMPIRAN
Lampiran A Borang Soal Selidik 93
Lampiran B Surat Permohonan Kebenaran Mendapat
Maklumat
100
Lampiran C Surat Kelulusan Jabatan Kebajikan
Masyarakat
102
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.3.2 Penerangan Kerangka Operasi 33
3.5.2.3 Skala Likert Yang Digunakan Pada Bahagian II 37
3.5.2.4 Perincian Soal Selidik 37
3.5.2.5 Nilai Penskoran Item 39
3.7.6 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min Dan
Peratusan
41
4.1.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 44
4.1.2 Nilai Penskoran Item 45
4.2.1.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Bidang Pengkhususan
46
4.2.2.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
47
4.2.3.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
48
4.2.4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
48
4.2.5.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tempat Tinggal.
49
4.2.6.9 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jenis Kecacatan
50
4.3.2.10 Persepsi Pelatih Kurang Upaya Terhadap Kurikulum
Yang Dijalankan
51
xiv
4.3.3.11 Persepsi Pelatih Kurang Upaya Terhadap
Kemudahan Yang Disediakan.
54
4.3.4.12 Persepsi Golongan Pelatih Kurang Upaya Terhadap
Tenaga Pengajar.
57
4.3.5.13 Persepsi Golongan Pelatih Tentang Persekitaran 60
4.4.14 Rumusan Peratusan Responden 64
4.5.15 Analisis Data Bagi Persepsi Pelatih Kurang Upaya
Terhadap Program Latihan Vokasional Mengikut
Bidang Pengkhususan
65
xvi
SENARAI SINGKATAN
α Alpha cronbach
f Frekuensi
% Peratus
STS Sangat tidak setuju
TS Tidak setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
SS Sangat setuju
SPSS Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows
N Responden
OKU Orang Kurang Upaya
WHO World Healthty Organization (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)
dB Desibel
IPT Institusi Pengajian Tinggi
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
IDEA Individuals With Disabilities Education Act
3M Membaca, Menulis dan Mengira
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
MTUC Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
PLPP Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 93
B Surat Permohonan Kebenaran Mendapat
Maklumat
100
C Surat Kelulusan Jabatan Kebajikan
Masyarakat
102
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Setiap manusia di dunia ini dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan tujuan yang
tertentu di mana kewujudan manusia itu sendiri yang bergelar “khalifah” merupakan
suatu amanah. Tuntutan amanah itu menghendaki kita berusaha menjalani dan mengisi
kehidupan ini dengan sebaik mungkin di dalam lingkungan syariat Islam tanpa mengira
taraf insan normal atau Orang Kurang Upaya (OKU) kerana kedua-duanya memikul
amanah yang sama iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t demi mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t, “Dan tolong-menolonglah kamu
dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam membuat
dosa dan pelanggaran, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t., sesungguhnya Allah
amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah(5):2).
Golongan orang kurang upaya (OKU) secara umumnya merupakan mereka yang
memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari didalam
sesebuah komuniti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan
2
Bangsa-bangsa Bersatu, orang kurang upaya membawa maksud seseorang yang tidak-
berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian
daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat
sepenuhnya di sebabkan sesuatu kekurangan sama ada daripada segi fizikal ataupun
mental dan sama ada ia berlaku semenjak kelahiran ataupun kemudiannya. Definisi lain
bagi orang kurang upaya ialah merujuk kepada orang yang mengalami keterbatasan
mobilisasinya merujuk kepada jenis kecacatannya samaada fizikal anggota, mental
(ringan, sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran.
Orang kurang upaya dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu orang
kurang upaya fizikal dimana ia merujuk kepada kehilangan ataupun kelumpuhan salah
satu daripada anggota badan seperti kaki ataupun tangan dan mungkin juga meliputi
kelumpuhan seluruh badan (Verhaaren & Connor 1981a). Orang kurang upaya
penglihatan pula merujuk kepada Hewett dan Forness (1974) dalam Hasnah (1988)
dimana telah menerangkan definisi awal berkaitan kurang upaya penglihatan yang
digunakan di Amerika Syarikat pada tahun 1961 iaitu seseorang dikatakan mengalami
kecacatan penglihatan yang sepenuhnya apabila penglihatannya adalah 20/200 ataupun
kurang. Kecacatan penglihatan tidak sepenuhnya berlaku apabila seseorang itu
berkebolehan melihat antara 20/200 atau 20/70 dengan berdasarkan carta Snellen untuk
menguji tahap penglihatan seseorang.
Namun begitu, satu definisi yang telah dicadangkan di Malaysia iaitu kanak-
kanak kurang upaya penglihatan merujuk kepada kanak-kanak yang tidak dapat melihat
langsung, kebolehan melihat tidak lebih daripada 20/200 dan tidak dapat melihat dengan
terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas ataupun latihan khusus. Selain daripada itu,
orang kurang upaya yang dikategorikan dalam masalah mental dimana perkembangan
mental mereka yang terbatas dan mengakibatkan seseorang itu berfikir seperti kanak-
kanak yang tidak sepadan dengan usianya. Menurut American Association on Mental
Deficiency (AAMD), kurang upaya mental merujuk kepada fungsi intelektual dibawah
purata yang melibatkan kebolehan menyesuaikan tingkah laku berfikir dalam usia
3
perkembangan mereka. Insan kurang upaya yang mempunyai kekurangan mental ini
mempunyai daya fikiran yang lebih rendah berbanding insan normal. Antara lainnya
golongan orang kurang upaya yang mempunyai masalah pendengaran juga dikatakan
mereka ini mempunyai kekurangan pendengaran sebanyak 90 dB (Desibel). Pada
peringkat ini kaedah terbaik untuk mereka mendengar atau mengetahui sesuatu, mereka
memerlukan alat bantuan pendengaran yang telah direka bentuk ataupun mereka hanya
perlu menggunakan bahasa isyarat sahaja. Setelah mengetahui golongan ini merupakan
golongan yang kurang dari segi kudrat berbanding dengan insan yang normal, istilah
OKU ini yang diguna pakai pada hari ini telah diketengahkan bagi mengelakkan sebutan
orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek tanpa
dikategorikan. (Hashim Omar 1991), Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Dengan adanya istilah tersebut, golongan seperti ini dapat dirasakan mereka
lebih disayangi dan sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat.
Selain itu juga kementerian telah menyediakan dua jenis aliran pelajaran di
peringkat sekolah menengah iaitu aliran akademik dan vokasional. Aliran akademik
boleh diikuti di sekolah menengah akademik biasa dan vokasional di sekolah menengah
teknik yang terlibat. Tujuan diadakan program latihan vokasional di negara ini adalah
bertujuan untuk membantu golongan kurang upaya ini supaya bersedia menempuh alam
pekerjaan. Selain itu, kemahiran didalam bidang keusahawanan turut diberi pendedahan
kepada golongan OKU bagi tujuan memudahkan mereka mendapat pekerjaan disektor
perkilangan, sektor swasta, sektor kerajaan, bengkel terlindung ataupun bekerja sendiri.
Jika program latihan vokasional seperti ini digunakan dengan bijaksana, maka secara
langsung ia dapat meringankan beban tanggungan kerajaan malah bilangan tenaga kerja
golongan OKU dapat digunakan bagi menyumbang ke arah pembangunan negara. Ia
juga selaras dengan tujuan Kementerian Pendidikan Malaysia, (1986) dimana telah
mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah
satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
4
menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”.
Di Malaysia, komitmen kerajaan dalam membantu golongan kurang upaya ke
alam pekerjaan dilaksanakan melalui Program Pendidikan Teknik dan Vokasional dari-
peringkat sekolah sehingga ke pusat latihan vokasional dan mempunyai matlamat
apabila selepas mereka tamat menjalani latihan telah diperlengkapkan bagi golongan
OKU yang terlibat ini ke arah memperkembangkan kemahiran spesifik untuk bekerja
(Ramlee, 2000). Golongan ini juga mempunyai hak untuk memasuki program
vokasional bagi memperkembangkan pasaran pekerjaan sekaligus ia dapat meningkatkan
taraf ekonomi negara apabila mereka dapat bersaing bersama-sama dengan insan normal
yang lain. Program latihan vokasional yang diadakan adalah bertujuan menjadikan
mereka ini lebih berketrampilan dalam bidang khusus yang diikuti selain membantu
mereka menghadapi alam pekerjaan yang realistik di mana untuk memenuhi permintaan
tenaga pekerja mahir selaras dengan perkembangan teknologi dan perindustrian
masakini.
Dalam program vokasional ini golongan kurang upaya adalah objek utama bagi
membantu mereka mempunyai kemahiran, sikap dan motivasi serta keazaman kendiri
untuk berjaya dan bekerja serta boleh melibatkan diri dalam persekitaran sosial dengan
baik. Menurut Morningstar et. Al. (1999), pelajar yang keluar ke alam pekerjaan akan
menempuh berbagai-bagai cabaran dan keputusan yang perlu dibuat. Ini bermakna
golongan kurang upaya perlu bersiap sedia dan memahami bahawa mereka perlu kuat
dan berani serta yakin menyahut segala cabaran sebelum menempuhi alam pekerjaan dan
boleh menyatakan hasrat yang timbul dalam setiap diri mereka untuk berjaya. Demikian
diluahkan oleh Bullis dan Cheney (1999), bahawa kejayaan sukar dicapai dengan
pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri masalah ketidakseimbangan dari segi emosi dan
tingkahlaku.
5
Golongan OKU ini memerlukan perhatian yang istimewa dari segi kesesuaian
dan kemampuan mereka untuk melakukan kerja berdasarkan latihan vokasional yang
telah diikuti mereka mengikut bidang yang diminati. Kekuatan mereka juga perlu
disuntik dan dibentuk semula untuk menjadikan mereka manusia yang boleh
menyumbang ke tahap yang paling optima sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dan
lebih baik jika dapat menyumbang kepada keluarga dan negara. Untuk merealisasikan
hasrat dan misi nasional, kini pihak kerajaan sedang berusaha gigih dalam
mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran untuk golongan kurang upaya di Malaysia
supaya mampu bersaing dengan pasaran pekerjaan. Kemahiran-kemahiran yang
diberikan perlu bersesuaian iaitu selaras dengan kemajuan dan kehendak keperluan
negara yang kini semakin membangun untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang
diingini oleh setiap individu. (Ku Seman, 2007).
1.2 Latar Belakang Masalah
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau Individuals with Disabilities
Education Act (IDEA) menyatakan bahawa pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran
mempunyai kecelaruan dalam satu atau lebih dalam proses-proses psikologikal termasuk
masalah memahami dan menggunakan bahasa, bertutur, menulis dan mengira (3M).
Mereka juga ketidakupayaan persepsi, kerosakan dan ketidakfungsian otak, disleksia dan
aphasia. Jawatankuasa Induk Jabatan Pendidikan Khas (1999) mendefinisikan kecacatan
yang mengganggu pembelajaran serta dikategorikan mengikut tahap kefungsian seperti
kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial, penguasaan bahasa, keupayaan membaca dan
kemahiran perkembangan dan kemahiran 3M. Oleh kerana mengalami penguasaan yang
rendah dalam akademik, maka pelajar-pelajar ini memerlukan latihan yang boleh
menjamin masa depan sekurang-kurangnya untuk berdikari selepas mereka keluar dari
alam persekolahan. Jadi, program-program latihan yang dijalankan di sekolah serta
6
pusat latihan vokasional memungkinkan mereka untuk berfungsi seperti rakan mereka
yang normal.
Dalam program vokasional yang telah diikuti, golongan kurang upaya ini
mempunyai pengharapan yang tinggi di dalam mendapatkan peluang pekerjaan serta
berkeyakinan untuk bekerja sama seperti insan normal, tetapi terdapatnya kekangan yang
membelenggu mereka yang menyebabkan mereka sukar mendapat peluang pekerjaan.
Antara faktor utama adalah keraguan majikan untuk mengambil golongan kurang upaya
ini untuk bekerja di tempat mereka. Kebanyakan pihak majikan berpandangan stereotaip
terhadap golongan ini menganggap OKU tidak boleh di harap kerana mereka kerap jatuh
sakit, keupayaan mereka terbatas dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Namun
begitu, pandangan ini mungkin berpunca daripada masyarakat yang masih belum
memahami sepenuhnya diri serta keperluan OKU. Pandangan stereotaip oleh golongan
ini sewajarnya diubah memandangkan golongan OKU adalah sebahagian daripada
kehidupan kita. Apa yang perlu dilakukan, pihak majikan perlu memberi peluang dan
kepercayaan kepada kebolehan yang ada pada mereka.
Menurut Menteri Sumber Manusia ketika pelancaran Skim Bantuan Galakan
Perniagaan OKU di Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn,
beliau turut mengakui bahawa OKU adalah golongan yang kreatif dan produktif jika
diberi peluang. Tambahnya, kecacatan fizikal bukan merupakan halangan kepada
golongan ini untuk bekerja dan apa yang penting, para majikan perlu bersikap rasional
dengan menyediakan kemudahan khas kepada golongan terbabit. Jelasnya lagi, OKU
juga akan bekerja dengan baik apabila mereka di tempatkan di tempat kerja yang
kondusif, selesa dan selamat malahan OKU lebih fokus bekerja berbanding orang
normal dan ini merupakan kelebihan kepada mereka (Utusan Malaysia, 31 Mei 2007).
Justeru itu, golongan ini haruslah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran mereka
kerana ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka, boleh belajar untuk mencari
punca pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada belas kasihan orang lain.
7
Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Shafie BP. Mamal (2007) mendakwa terdapat segelintir majikan sektor swasta di negara
ini yang masih mendiskriminasikan golongan orang kurang upaya. Malah, terdapat
ratusan OKU di negara ini yang gagal mendapat pekerjaan menyebabkan golongan
tersebut hidup susah. Katanya lagi, sektor swasta tidak seharusnya memandang rendah
terhadap kecacatan yang dialami oleh golongan tersebut. Ini kerana, golongan istimewa
itu boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan sumbangan mereka
perlu diiktiraf. Jika majikan mendiskriminasikan OKU, di manakah tanggungjawab
sosial mereka, apakah mereka yang buta atau bisu tidak boleh menghasilkan produktiviti
yang baik?. Majikan seharusnya berasa bangga apabila menawarkan pekerjaan kepada
OKU. Langkah itu membuktikan bahawa mereka tidak lupa untuk menjalankan
tanggungjawab sosialnya (Utusan Malaysia, 10 Jun 2007).
Berdasarkan kesukaran golongan OKU ini mendapat pekerjaan, ia boleh dilihat
apabila kurangnya pendedahan yang diberikan kepada golongan ini berkaitan peluang-
peluang pekerjaan, jenis serta bentuk pekerjaan yang sesuai mengikut kebolehan,
kesesuaian dan kemampuan mereka semasa mereka menjalani latihan vokasional.
Mengikut Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau Individuals with Disabilities
Education Act (IDEA), transisi merupakan satu set aktiviti yang di koordinasikan untuk
pelajar-pelajar kurang upaya yang di bentuk dalam proses berorientasikan hasil atau
kesan bagi membolehkan pelajar-pelajar bergerak atau beralih dari alam persekolahan ke
alam selepas sekolah. Bagi program latihan vokasional seperti ini, golongan tenaga
pengajar memainkan peranan yang penting dimana tenaga pengajar harus mempunyai
pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diajar. Terdapat juga segelintir tenaga
pengajar di mana kurang pendedahan berkenaan pengetahuan dan pengalaman yang
mendalam tentang bidang tersebut.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Goupil, Tasse, Garcin dan Dore (2002)
mendapati persepsi guru-guru atau pendidik tentang bidang transisi ini adalah sukar,
kurang berpengetahuan dan pengalaman. Setelah diberi pendedahan melalui ceramah,
8
soal selidik dan sebagainya mereka merasakan bahawa proses transisi ini amat berguna
untuk membantu pelajar-pelajar mahupun OKU mendapatkan pekerjaan. Program
seperti ini amat penting untuk menentukan halatuju masa depan yang harus ditempuhi
oleh setiap golongan kurang upaya ini dan apabila mereka memilih peluang kerjaya
didalam bidang teknik dan vokasional ini maka mereka boleh melakukan kerja dengan
berdasarkan bidang yang diminati samaada bekerja dengan mana-mana sektor awam
atau swasta begitu juga bekerja sendiri sebagai seorang usahawan.
Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya ini, ia boleh
disimpulkan bahawa ia mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk membolehkan
golongan ini mendapatkan pekerjaan bagi penyaraan diri dan serba sedikit dapat
meringankan bebanan keluarga dan masyarakat. Apabila ia dikatakan pekerjaan, maka
sesorang itu perlulah mempunyai sedikit kemahiran di dalam bidang tertentu sebelum
melakukan kerja. Jadi perkara tersebut bermula dari pusat pembelajaran seperti pusat-
pusat latihan vokasional mahupun bengkel-bengkel terlindung yang telah di wujudkan
bagi melatih golongan kurang upaya seperti Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
Bangi, Selangor, Bengkel Daya Klang dan Pusat Pemulihan Kawasan Negeri Johor dan
lain-lain lagi. Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat apakah persepsi golongan ini
terhadap program yang diikuti seperti di bengkel terlindung, adakah kurikulum yang
dijalankan bersesuaian dan memberi keyakinan kepada mereka untuk bekerja pada masa
akan datang. Kajian ini juga akan dapat membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
dalam memperkasakan program latihan vokasional sebagai satu nadi kepada golongan
kurang upaya ini dalam menjamin kejayaan mereka pada masa yang akan datang seperti
insan lain.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Perancangan sesuatu perkara untuk golongan OKU sebenarnya memerlukan
pertimbangan yang teliti kerana golongan ini memerlukan pemerhatian dan ketelitian
oleh pihak tenaga pengajar khususnya dalam aktiviti di dalam dan luar kawasan
pembelajaran. Pada asasnya, pembimbing golongan OKU ini perlu menyesuaikan
kaedah pembelajaran mereka dengan pelbagai jenis ketidakupayaan yang dialami oleh
pelatih di bawah bimbingannya. Pendekatan dan kaedah yang digunakan juga cenderung
kepada kemampuan mereka dalam jangka masa yang panjang, bukan sahaja mampu
memupuk sifat-sifat berdikari di kalangan mereka malah mampu mempertingkatkan
peranan mereka sebagai sebahagian komuniti penyumbang kepada pembangunan negara
secara keseluruhannya. Berdasarkan kemampuan golongan kurang upaya ini terbatas di
dalam melakukan semua perkara secara tidak langsung termasuklah kaedah mempelajari
sesuatu perkara seperti latihan vokasional, maka satu kajian telah dibuat untuk
mengetahui persepsi golongan kurang upaya ini terhadap program latihan vokasional
yang diikuti di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor Darul Ehsan.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian
yang dilakukan. Langkah ini amat perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat
dicapai dengan sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah :
i. Meninjau persepsi golongan kurang upaya mengenai kurikulum yang
dijalankan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor
Darul Ehsan.
10
ii. Meninjau persepsi golongan kurang upaya terhadap kemudahan yang
disediakan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor
Darul Ehsan.
iii. Meninjau persepsi golongan kurang upaya terhadap tenaga pengajar di Pusat
Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor Darul Ehsan.
iv. Meninjau persepsi golongan kurang upaya tentang persekitaran di Pusat
Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor Darul Ehsan.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang ingin dijalankan, terdapat beberapa persoalan
kajian yang perlu dibincangkan bagi mencapai objektif tersebut. Antaranya ialah:-
i. Apakah persepsi golongan kurang upaya mengenai kurikulum yang
dijalankan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor
Darul Ehsan?
ii. Apakah persepsi golongan kurang upaya terhadap kemudahan yang
disediakan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor
Darul Ehsan?
iii. Apakah persepsi golongan kurang upaya terhadap tenaga pengajar di Pusat
Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor Darul Ehsan?
iv. Apakah persepsi golongan kurang upaya tentang persekitaran di Pusat
Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Selangor Darul Ehsan?
Top Related