PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN
Nama: Muhammad Akmal Hakim Bin Roslan
HC: Values , attitude , ethics and professionalism
Jawatan: Exco Teknikal
PERANCANGAN
Gambar dia atas menunjukkan saya sedang bermesyuarat dengan ahli
organisasi bersama felo Pn Wahidah.
Di dalam mesyuarat yang telah dilakukan di bilik felo , saya sebagai exco teknikal telah ditugaskan untuk
melakukan beberapa kerja seperti:a) menempah biik di pusat kembangan pendidikan (PKP)
untuk sesi saringan bagi qari dan qariah sebelum ke peringkat akhir.
b) menempah Dewan Serbaguna pada tarikh yang telah ditetapkan
c) menempah peralatan untuk kegunaan terutama P.A sistem yang berkualiti kerana pertandingan ini
melibatkan suara sebagai penilaian.Ia termasuk juga rosrum dan juga gong.
d) menempah bilik 7 dan 6 untuk kegunaan para peserta sebelum malam final.
e) menempah tapak letak kereta untuk juri pada sesi saringan dan sesi akhir.
PELAKSANAAN
Gambar di atas menunjukkan tempat saya menempah DSG dan juga LCD.
Saya telah berurusan dengan pihak pejabat untuk menempah DSG pada tarikh 3 Mei 2014
Saya juga telah menempah LCD kerana LCD di Dewan Serbaguna telah rosak
Di atas merupakan tempat saya menguruskan dan memastikan penghawa dingin berfungsi
dengan baik pada hari kejadian.
Seterusnya saya telah menempah P.A sistem berkualiti di Bangi untuk kegunaan.Saya juga telah menempah lori untuk mengambilnya pada hari kejadian untuk pergi ke Pangung
Seni.Berikut merupakan gambar saya di sana
Untuk mendapat P.A sistem ini saya telah menghantar e-mail ke pusat kebudayaan untuk menempah peralatan ini.Untuk itu
saya telah berhubung dengan Encik Herman semasa di sana.Kami telah pergi
pada 3 MEI 2014 pada sebelah petang dan menggunakanya pada waktu malam
di mana peringkat akhir dilakukan.
Saya juga telah menempah tempat letak kereta bagi juri pada hari kejadian .Pengurusan permohonan surat telah dilakukan oleh
setiausaha.
Seterusnya , saya telah mengemas dewan pada 2 Mei sebelum hari kejadian bersama ahli
organisasi yang lain dan memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik sebelum acara
sebenar pada 3 Mei 2014.