Download - Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

Transcript
Page 1: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

Panduan bagi perubahan kepada Akta Pekerjaan bermula 1 April 2014.

Perubahan kepada Akta Pekerjaan

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA Untuk maklumat lanjutLaman web: www.mom.gov.sgE-mel: [email protected]: 6438 5122

Page 2: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

Semua maklumat di dalam Panduan ini adalah tepat pada Mac 2014. Namun, Panduan ini bukan kenyataan undang-undang yang menyeluruh dan mungkin tidak meliputi keperluan bagi perundangan yang lain mengenai isu-isu tertentu. Maklumat ini ditulis menggunakan istilah-istilah umum sebagai panduan untuk para majikan dan pekerja dan mungkin tidak boleh digunakan dalam keadaan yang khusus. Untuk nasihat undang-undang yang khusus, anda hendaklah mendapatkan bantuan guaman profesional. Walaupun usaha yang terperinci telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, tiada jaminan diberikan bahawa maklumat ini bebas daripada ralat atau kesilapan.

KANDUNGAN

PENGENALAN

RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN

PERLINDUNGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK LEBIH RAMAI PEKERJA Perlindungan Untuk Pengurus dan EksekutifPerlindungan Untuk Pekerja Bukan Buruh di Bawah Bahagian IV Akta PekerjaanPemotongan Yang dibenarkan Faedah Pembuangan KerjaPemindahan PekerjaanGaris Panduan Tiga Pihak Bagi Pengeluaran Penyata Gaji Berperincian

FLEKSIBILITI UNTUK MAJIKAN Pembayaran Kerja LemburPenebusan Bagi Pemecatan Yang Tidak Adil Untuk Pengurus dan EksekutifCuti Ganti Untuk Pengurus dan Eksekutif Kewajipan Cuti Sakit Oleh Majikan Untuk Rawatan Kosmetik

PENGUATKUASAAN DAN KEPATUHAN KEPADA PIAWAIAN PEKERJAAN YANG DIPERTINGKAT Penambahan denda Bagi Kesalahan Akta PekerjaanKlausa Andaian Bagi Pegawai KorporatKuasa Inspektor Pekerjaan

NoTA-NoTA

2

3

5 57889

10

11 11131416

17 171818

19

Page 3: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

32

Akta Pekerjaan ialah perundangan buruh Singapura yang utama. Ia menetapkan terma dan syarat yang minimum bagi pekerjaan, hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja di bawah sesebuah kontrak perkhidmatan.

a Perlindungan Yang Lebih Baik Untuk Lebih Ramai Pekerja

• Had gaji asas bulanan bagi pekerja bukan buruh yang akan dilindungi di bawah peruntukan berkaitan masa kerja dalam Bahagian IV Akta Pekerjaan akan dinaikkan daripada $2,000 hingga $2,500.

• Para pengurus dan eksekutif dengan gaji asas bulanan sehingga $4,500 akan dilindungi di bawah peruntukan umum Akta Pekerjaan, termasuk penebusan bagi pemecatan yang tidak adil. Mereka tidak akan dilindungi di bawah peruntukan berkaitan masa kerja dalam Bahagian IV Akta tersebut.

Piawaian dan Faedah Pekerjaan yang Dipertingkat

• Had sampingan 25% akan dikenakan pada pemotongan yang dibenarkan kepada gaji pekerja untuk kos penginapan, kemudahan dan perkhidmatan. Had sampingan yang baru ini masih di dalam lingkungan had 50% bagi pemotongan yang dibenarkan daripada gaji pekerja bagi mana-mana tempoh gaji.

• Tempoh minimum pekerjaan sebelum seseorang pekerja itu boleh memohon faedah pembuangan kerja jika dia dibuang kerja akan dikurangkan daripada 3 tahun kepada 2 tahun. Ini akan berkuat kuasa bermula 1 April 2015.

• Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai kesatuan sekerja, perjanjian kolektif yang sedia ada di antara pihak pemindah dan kesatuan sekerja akan kekal sah di antara penerima pindahan dan kesatuan sekerja bagi satu tempoh yang dilanjutkan sekurang-kurangnya 18 bulan selepas tarikh pemindahan, atau sehingga luput perjanjian kolektif tersebut, mana-mana yang kemudian.

• Satu set Garis Panduan Tiga Pihak telah dikeluarkan untuk menggalakkan para majikan untuk menyediakan penyata gaji yang berperincian kepada semua

AKTA PEKERJAAN

MENGAPA MEMINDA AKTA PEKERJAAN?Sejak Akta Pekerjaan kali terakhir disemak, profil tenaga buruh kita telah berubah dan amalan serta norma pekerjaan telah berkembang. Oleh itu, semakan semula ini, yang dijalankan melalui perundingan tiga pihak, adalah tepat pada masanya untuk memastikan Akta Pekerjaan kekal relevan.

PRAKATAPanduan ini menyediakan maklumat mengenai perubahan-perubahan utama kepada Akta Pekerjaan yang akan berkuat kuasa bermula 1 April 2014, kecuali dimaklumkan sebaliknya. Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila kunjungi laman web MOM di www.mom.gov.sg atau hubungi 6438 5122.

RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN

Page 4: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

54

PERLINDUNGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK LEBIH RAMAI PEKERJA

1 Tidak ada tempoh kelayakan bagi para pengurus dan eksekutif dengan gaji asas bulanan sehingga $4,500 untuk menebus bagi pemecatan yang tidak adil tanpa notis.

pekerja. Perlaksanaan garis panduan tersebut akan dipantau secara dekat sebelum penguatkuasaannya dilaksanakan beransur-ansur.

b Fleksibiliti Untuk Para Majikan

• Kadar kerja lembur untuk pekerja bukan buruh dengan gaji asas bulanan sehingga $2,500 akan dihadkan pada paras gaji asas bulanan $2,250.

• Para pengurus dan eksekutif dengan gaji sehingga $4,500 perlu bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan untuk layak mendapatkan penebusan bagi pemecatan yang tidak adil di mana notis diserahkan.1

• Para majikan dibenarkan memberikan pilihan tambahan dalam bentuk cuti ganti kepada para pengurus dan eksekutif yang perlu bekerja pada hari cuti umum. Ini satu alternatif bagi pembayaran gaji pekerja bagi hari tambahan pada kadar asas gaji serta kadar kasar gaji bagi hari cuti tersebut, atau sama-sama bersetuju untuk menggantikan hari cuti umum itu dengan mana-mana hari lain.

• Para majikan tidak diwajibkan untuk memberikan cuti sakit berbayar atau menanggung kos perubatan bagi konsultasi dan prosedur kosmetik bagi para pekerja. Penilaian sama ada rawatan tersebut berbentuk kosmetik atau tidak akan ditentukan berdasarkan pendapat doktor yang melakukan pemeriksaan dan yang mengeluarkan sijil perubatan tersebut.

c Penguatkuasaan Dan Kepatuhan Kepada Piawaian Pekerjaan Yang Dipertingkat

• denda bagi kegagalan membayar gaji pekerja menurut Akta Pekerjaan akan dinaikkan. Seseorang majikan yang disabit buat pertama kali dengan kesalahan berkaitan gaji boleh dikenakan denda di antara $3,000 dan $15,000, dan/atau tempoh penjara maksimum 6 bulan. Pesalah berulang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda di antara $6,000 dan $30,000, dan/atau tempoh penjara maksimum 12 bulan.

• Jumlah denda maksimum yang boleh dikenakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta Pekerjaan akan dinaikkan daripada $1,000 kepada $5,000.

• Klausa andaian yang berkaitan dengan kesalahan Akta Pekerjaan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat akan diperkenalkan untuk para pegawai korporat, seperti para pengarah syarikat. Klausa ini mengandaikan bahawa kesalahan tersebut disebabkan kecuaian oleh mana-mana pegawai korporat yang bertanggungjawab di atas perlakuan atau ketinggalan tersebut dan gagal untuk melakukan penyeliaan yang sewajarnya atau kelalaian. Individu ini akan dipertanggungjawabkan secara peribadi bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat melainkan andaian itu disanggah.

• Kuasa yang diberikan kepada para inspektor pekerjaan untuk menguatkuasakan Akta Pekerjaan akan diluaskan.

PERLINDUNGAN BAGI PENGURUS DAN EKSEKUTIF

Bermula 1 April 2014, para pengurus dan eksekutif yang bergaji bulanan asas sehingga $4,500 akan dilindungi di bawah peruntukan umum Akta Pekerjaan. Mereka tidak akan dilindungi di bawah peruntukan berkaitan masa kerja dalam Bahagian IV Akta tersebut.

Mengapa melindungi para pengurus dan eksekutif yang bergaji bulanan asas sehingga $4,500 di bawah peruntukan umum Akta Pekerjaan?

Bilangan pengurus dan eksekutif dalam tenaga kerja semakin berkembang, maka terdapat keperluan untuk meluaskan perlindungan kepada kumpulan ini untuk memastikan bahawa Akta Pekerjaan kekal relevan dengan keadaan pasaran buruh yang sentiasa berubah di Singapura.

S

Page 5: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

76

Bagaimana perubahan ini memberi faedah kepada para pengurus dan eksekutif?

Pada masa ini, para pengurus dan eksekutif yang bergaji bulanan asas sehingga $4,500 dilindungi untuk pembayaran gaji di bawah Akta Pekerjaan. dengan perluasan perlindungan ini, para pengurus dan eksekutif kini akan dilindungi di bawah peruntukan umum Akta Pekerjaan, termasuk faedah cuti sakit dan cuti umum. Tuntutan pekerjaan mereka juga boleh dihakimi oleh Pesuruhjaya Buruh dan mereka boleh membuat penebusan bagi pemecatan yang tidak adil. Perubahan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 karyawan, pengurus dan eksekutif.

Mengapa para pengurus dan eksekutif tidak dilindungi di bawah Bahagian IV Akta Pekerjaan?

Bahagian IV Akta Pekerjaan memperuntukkan bagi keadaan kerja berdasarkan masa seperti pembayaran jumlah masa bekerja dan kerja lembur. Keadaan ini kurang relevan bagi para pengurus dan eksekutif disebabkan jenis pekerjaan mereka.

Siapakah yang dianggap sebagai pengurus dan eksekutif?

Perincian tugas yang diberikan kepada seseorang pekerja akan menentukan sama ada dia seorang pengurus atau eksekutif di bawah Akta Pekerjaan. Umumnya, para pengurus dan eksekutif adalah pekerja yang menjalankan fungsi sebagai eksekutif dan penyeliaan. Fungsi-fungsi tersebut di antaranya ialah kuasa untuk mempengaruhi dan membuat keputusan mengenai isu-isu seperti pengambilan pekerja, disiplin, pemberhentian pekerjaan, penilaian prestasi dan ganjaran, atau penglibatan dalam membentuk strategi dan polisi syarikat, atau pihak pengurusan dan pengendalian perniagaan tersebut. Ia juga termasuk golongan karyawan yang berpendidikan tinggi dan/atau kelayakan karyawan, pengetahuan/kemahiran khusus dan di mana terma pekerjaannya tidak berbeza dengan terma pekerjaan pengurus dan eksekutif.

Jika kontrak pekerjaan seseorang pengurus dan eksekutif menyediakan terma pekerjaan yang lebih baik daripada apa yang dinyatakan di dalam Akta Pekerjaan, adakah perlu majikan tersebut menyemak semula kontraknya supaya selaras dengan terma Akta Pekerjaan?

Majikan sepatutnya terus memberikan terma pekerjaan yang lebih baik. Majikan mesti mendapatkan persetujuan pekerjanya untuk membuat perubahan kepada kontrak pekerjaan yang sedia ada.

PERLINDUNGAN UNTUK PEKERJA BUKAN BURUH DI BAWAH BAHAGIAN IV AKTA PEKERJAAN

Bermula 1 April 2014, had gaji bagi para pekerja bukan buruh yang dilindungi bagi peruntukan yang berkaitan masa bekerja di bawah Bahagian IV Akta Pekerjaan akan dinaikkan daripada $2,000 kepada $2,500 gaji bulanan asas.

Mengapa had gaji bulanan asas Bahagian IV bagi pekerja bukan buruh dinaikkan daripada $2,000 kepada $2,500?

Kenaikan daripada $2,000 kepada $2,500 gaji bulanan asas adalah selaras dengan kenaikan 25% dalam gaji median sejak kali terakhir Akta Pekerjaan disemak semula.

Adakah perlu majikan mengemas kini kontrak pekerjaan yang sedia ada bagi para pekerja bukan buruh yang berpendapatan di antara $2,000 dan $2,500 gaji bulanan asas?

Bermula 1 April 2014, kumpulan pekerja ini akan dilindungi oleh peruntukan Bahagian IV Akta Pekerjaan, seperti gaji untuk masa bekerja dan kerja lembur. Majikan hendaklah mengemas kini klausa-klausa yang relevan di dalam kontrak dengan persetujuan pekerja, supaya memenuhi keperluan di bawah Akta Pekerjaan.

S

S

S

SS

S

Page 6: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

98

PIAWAIAN DAN FAEDAH PEKERJAAN YANG DIPERTINGKAT

PEMoToNGAN YANG DIBENARKAN

Bermula 1 April 2014, had sampingan sebanyak 25% gaji pekerja akan dikenakan ke atas pemotongan yang dibenarkan bagi kos penginapan, kemudahan dan perkhidmatan. Jumlah ini adalah termasuk dalam jumlah had 50% gaji pekerja yang dibenarkan untuk dipotong.

Apakah tujuan had sampingan 25% bagi pemotongan untuk kos penginapan, kemudahan dan perkhidmatan?

Had sampingan 25% diperkenalkan untuk melindungi pekerja daripada pemotongan yang keterlaluan oleh majikan.

FAEDAH PEMBUANGAN KERJA

Bermula 1 April 2015, tempoh minimum pekerjaan sebelum seseorang pekerja itu boleh memohon faedah pembuangan kerja jika dia dibuang kerja akan dikurangkan daripada 3 tahun kepada 2 tahun.

Mengapa tempoh minimum seseorang pekerja perlu bekerja dengan majikannya sebelum dia boleh memohon faedah pembuangan kerja dikurangkan?

Tempoh ini dikurangkan daripada 3 tahun kepada 2 tahun untuk mengambil kira kontrak pekerjaan yang lebih singkat. dalam kes di mana kontrak pekerjaan tidak menentukan jumlah faedah pekerjaan yang perlu dibayar, maka jumlah tersebut tertakluk kepada perundingan di antara pekerja dan majikan.

Mengapa perubahan ini hanya berkuat kuasa pada 1 April 2015?

Pindaan ini akan hanya berkuat kuasa pada 1 April 2015 untuk memberikan masa yang mencukupi kepada majikan dan kesatuan sekerja untuk membuat penyesuaian yang perlu kepada perjanjian kolektif mereka.

2 Pemindahan termasuk pelupusan perniagaan yang sedang beroperasi dan pemindahan yang disebabkan oleh penjualan, penggabungan, penyatuan, pembentukan semula atau tuntutan undang-undang.

PEMINDAHAN PEKERJAAN

Bermula 1 April 2014, perjanjian yang sedia ada di antara pemindah dan kesatuan sekerja akan kekal sah di antara penerima pindahan dan kesatuan sekerja bagi tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan selepas tarikh pemindahan2, atau sehingga tarikh luput perjanjian kolektif tersebut, mana-mana yang kemudian.

Mengapa tempoh sah bagi perjanjian kolektif yang sedia ada bagi pemindahan dilanjutkan?

Pindaan ini membolehkan kesatuan sekerja untuk terus mewakili para pekerja yang dipindahkan ke syarikat baru untuk 18 bulan selepas tarikh pemindahan atau sehingga tarikh luput perjanjian kolektif tersebut, mana-mana yang kemudian, supaya dapat memberikan lebih jaminan kepada pekerja yang terjejas.

S

S

S

S

Page 7: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

1110

FLEKSIBILITI UNTUK PARA MAJIKANGARIS PANDUAN TIGA PIHAK BAGI PENGELUARAN PENYATA GAJI BERPERINCIAN

Satu set Garis Panduan Tiga Pihak telah dikeluarkan untuk menggalakkan majikan menyediakan penyata gaji berperincian kepada semua pekerjanya. Perlaksanaan garis panduan tersebut akan dipantau secara dekat sebelum penguatkuasaannya dilaksanakan beransur-ansur.

Mengapa MOM tidak menguatkuasakan pemberian penyata gaji pada tahun ini, bersama-sama perubahan yang lain di dalam Akta Pekerjaan?

Banyak syarikat kecil, terutama perusahaan seperti perniagaan kecil-kecilan dan penjaja, mendapati menyediakan penyata gaji adalah sesuatu yang mencabar. Oleh itu, Garis Panduan Tiga Pihak memberikan masa yang mencukupi kepada perniagaan seperti itu untuk mengubah amalan mereka dengan cara yang lebih tersusun supaya mereka mampu mematuhi keperluan ini apabila ia dikuatkuasakan kelak.

Di mana boleh saya dapatkan Garis Panduan Tiga Pihak?

Garis Panduan Tiga Pihak bagi Pengeluaran Penyata Gaji Berperincian boleh dimuat turun di http://www.mom.gov.sg/employment-practices/resources/

S

S

BARU

Gaji sebulan

$1,600

Pengiraan kadar gaji asas setiap jam

Formula untuk mengira kadar gaji asas setiap jam

12 x $1,60052 x 44

= $ 8.40

Gaji kerja lembur setiap jam

$8.40 x 1.5 = $12.60

Gaji kerja lembur setiap jam

$8.40 x 1.5 = $12.60(tiada perubahan)

$2,25012 x $2,250

52 x 44= $ 11.80 dikecualikan daripada

perlindungan Bahagian IV

$11.80 x 1.5 = $17.70

12 x $2,25052 x 44

= $ 11.80dikecualikan daripada

perlindungan Bahagian IV

$11.80 x 1.5 = $17.70$2,400

44bulan setahun minggu setahun

1252 jam kerja

setiap minggu

kadar gaji asas setiap bulanX

X

PEMBAYARAN KERJA LEMBUR

Bermula 1 April 2014, kadar kerja lembur yang dibayar kepada pekerja bukan buruh akan dihadkan pada paras gaji bulanan asas sebanyak $2,250.

KINI

Mengapa kadar kerja lembur yang dibayar kepada pekerja bukan buruh dihadkan pada paras gaji bulanan asas sebanyak $2,250?

dengan kenaikan paras minimum gaji bulanan asas untuk perlindungan bagi pekerja bukan buruh di bawah Bahagian IV Akta Pekerjaan daripada $2,000 kepada $2,500, majikan bimbang mengenai kenaikan kos buruh. Had bagi kadar kerja lembur yang dibayar akan membantu majikan mengurus kos buruh dan dalam masa yang sama membolehkan lebih ramai pekerja bukan buruh menikmati perlindungan bagi peruntukan berkaitan masa kerja di bawah Akta Pekerjaan.

S

Page 8: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

1312

Bagi pekerja bukan buruh dengan gaji bulanan asas tidak melebihi $2,500, bolehkah majikan dan pekerja bukan buruh itu sama-sama bersetuju untuk mengetepikan pembayaran kerja lembur dan digantikan dengan hari cuti?

Tidak, pembayaran kerja lembur adalah hak yang wajib di bawah Akta Pekerjaan dan tidak boleh diasingkan.

Bagi pekerja bukan buruh dengan gaji bulanan asas di antara $2,250 dan $2,500, bolehkah majikan menggunakan gaji asas sebenar pekerja itu untuk mengira pembayaran kerja lembur dan bukannya mengehadkan pada $2,250?

Ya, majikan boleh menggunakan gaji bulanan asas sebenar pekerja, yang di antara $2,250 dan $2,500, dan bukannya menghadkan pada $2,250 bagi tujuan mengira pembayaran kerja lembur.

PENEBUSAN BAGI PEMECATAN YANG TIDAK ADIL UNTUK PENGURUS DAN EKSEKUTIF

Bermula 1 April 2014, para pengurus dan eksekutif dengan gaji bulanan asas tidak melebihi $4,500 boleh membuat penebusan mengenai pemecatan yang tidak adil oleh majikan mereka dengan membuat rayuan secara bertulis untuk mengembalikan pekerjaan lama mereka kepada Menteri Tenaga Manusia dalam tempoh satu bulan selepas dipecat.

Namun, jika pekerja tersebut dipecat dengan diberikan notis yang diperlukan atau dibayar gaji sebagai ganti pemberian notis, maka mereka mesti sekurang-kurangnya telah bekerja selama 12 bulan dengan majikan yang sama sebelum mereka boleh membuat penebusan. Mereka juga perlu membuktikan tuntutan pemecatan yang tidak adil tersebut.

Mengapa para majikan dan eksekutif perlu berkhidmat dengan majikan mereka sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum mereka boleh membuat penebusan jika dipecat dengan notis atau diberikan gaji sebagai ganti pemberian notis?

Tempoh kelayakan minimum tersebut memberikan majikan lebih banyak fleksibiliti untuk menguruskan tenaga kerja mereka. Ini mengambil kira amalan lazim di mana pekerja tersebut dinilai semasa tahap awal pekerjaan mereka untuk menilai kesesuaian mereka kepada pekerjaan tersebut.

Bagaimana majikan mengira pembayaran kerja lembur bagi pekerja bukan buruh yang dilindungi di bawah bahagian IV Akta Pekerjaan?

• Para pekerja bukan buruh dengan gaji bulanan asas tidak melebihi $2,500 akan berhak mendapat pembayaran kerja lembur. Bagi setiap jam kerja lembur, mereka berhak menerima minimum 1.5 kali kadar gaji asas setiap jam.

Kadar kerja lembur yang dibayar bagi pekerja bukan buruh dengan gaji bulanan asas melebihi $2,250 akan dihadkan pada paras gaji $2,250.

Contoh 1:

Pekerja bukan buruh itu menerima gaji bulanan asas $1,600. Bagi setiap jam kerja lembur, dia akan dibayar 1.5 kali kadar gaji asas setiap jam sebanyak $8.40. dia tidak akan terjejas dengan perubahan tersebut.

Pengiraan: Kadar gaji asas setiap jam = ($1,600 x 12) / (52 x 44)= $8.40 Gaji kerja lembur setiap jam = $8.40 x 1.5= $12.60

Contoh 2:

Pekerja bukan buruh itu menerima gaji bulanan asas sebanyak $2,250. Pada masa ini, dia tidak berhak menerima pembayaran kerja lembur. dengan pindaan Akta Pekerjaan, dia akan berhak menerima pembayaran kerja lembur. Bagi setiap jam kerja lembur, dia akan dibayar 1.5 kali kadar gaji asas setiap jam sebanyak $11.80.

Pengiraan: Kadar gaji asas setiap jam = ($2,250 x 12) / (52 x 44) = $11.80 Gaji kerja lembur setiap jam = $11.80 x 1.5 = $17.70

Contoh 3:

Pekerja bukan buruh itu menerima gaji bulanan asas sebanyak $2,400. Pada masa ini, dia tidak berhak menerima pembayaran kerja lembur. dengan pindaan Akta Pekerjaan, dia akan berhak menerima pembayaran kerja lembur. Namun, dalam pengiraan kadar gaji asas setiap jam, ia akan dihadkan pada gaji bulanan asas $2,250. Bagi setiap jam kerja lembur, dia akan dibayar 1.5 kali kadar gaji asas setiap jam sebanyak $11.80.

Pengiraan: Kadar gaji asas setiap jam = ($2,250 x 12) / (52 x 44) = $11.80 Gaji kerja lembur setiap jam = $11.80 x 1.5 = $17.70

SS

S

S

Page 9: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

1514

b) Berikan cuti ganti pada hari bekerja selama 4 jam, jika pekerja itu bekerja untuk tempoh yang tidak melebihi 4 jam pada cuti umum tersebut, atau

c) Berikan cuti sehari penuh jika pekerja bekerja melebihi 4 jam pada cuti umum.

Mengapa majikan diberikan pilihan tambahan untuk memberikan cuti ganti bagi kerja yang dilakukan pada cuti umum untuk para pengurus dan eksekutif sahaja?

Majikan prihatin mengenai penambahan kos apabila pengurus dan eksekutif bekerja pada cuti umum, kerana sebelum ini, mereka tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan. Pilihan untuk majikan memberikan cuti ganti kepada pekerja tersebut dan bukannya membayar mereka gaji satu hari kerja atau membenarkan cuti ganti akan memberikan majikan fleksibiliti dan membantu mengawal kos.

Adakah pengurus dan eksekutif berhak mendapat cuti ganti jika dia bekerja pada cuti umum dengan kehendaknya sendiri dan bukan diperlukan oleh majikannya untuk berbuat demikian?

Pekerja itu berhak menerima cuti ganti hanya jika majikan memerlukannya bekerja pada cuti umum. Majikan dan pekerja hendaklah sama-sama bersetuju mengenai bilangan masa bekerja pada cuti umum. Jika seseorang pekerja memilih untuk bekerja pada cuti umum mengikut kehendaknya sendiri, maka tidak ada cuti ganti yang akan diterima oleh pekerja itu.

Mengapa tempoh kelayakan 12 bulan tidak digunakan untuk pekerja biasa?

Pada masa ini, para pekerja biasa tidak perlu berkhidmat untuk tempoh minimum sebelum mereka boleh membuat penebusan terhadap pemecatan yang tidak adil. Adalah penting untuk tidak mengenakan tempoh kelayakan minimum bagi kumpulan pekerja ini kerana ada kemungkinan boleh menimbulkan kesukaran kepada mereka.

Jika majikan memecat seorang pengurus dan eksekutif dengan membayar gaji menggantikan pemberian notis, adakah tempoh di mana gaji menggantikan notis dibayar dikira sebagai tempoh kelayakan 12 bulan?

Tempoh kelayakan 12 bulan perlu dipenuhi dengan majikan tersebut. Tempoh di mana gaji menggantikan pemberian notis dibayar tidak dikira sebagai tempoh kelayakan.

Contoh:

Jika seorang pengurus dan eksekutif dipecat selepas 9 bulan perkhidmatan dan diberi 3 bulan gaji menggantikan pemberian notis, dia tidak dapat memenuhi tempoh kelayakan 12 bulan yang diperlukan untuk membolehkannya membuat penebusan terhadap pemecatan yang tidak adil dengan pemberian notis kerana dia hanya telah berkhidmat dengan majikan itu untuk 9 bulan sahaja.

CUTI GANTI UNTUK PENGURUS DAN EKSEKUTIF

Bermula 1 April 2014, majikan akan dibenarkan memberikan cuti ganti sebagai pilihan tambahan kepada para pengurus dan eksekutif yang perlu bekerja pada cuti umum. Ini satu alternatif bagi pembayaran gaji pekerja bagi hari tambahan pada kadar asas gaji serta kadar kasar gaji bagi hari cuti tersebut, atau dengan cara sama-sama bersetuju untuk menggantikan hari kerja pada cuti umum itu dengan hari yang lain.

Contoh:

Majikan boleh memilih memberikan cuti ganti bagi kerja yang dilakukan pada cuti umum oleh seseorang pekerja yang merupakan seorang pengurus atau eksekutif. Tempoh cuti ganti boleh dipersetujui di antara majikan dan pekerja (contohnya 2 jam masa ganti bagi 2 jam bekerja pada cuti umum).

Jika tidak ada persetujuan bersama mengenai tempoh cuti ganti yang diberikan untuk kerja pada cuti umum, majikan boleh memutuskan salah satu cara berikut ini:

a) Bayar gaji untuk satu hari kerja pada kadar gaji asas; atau

S

S

S

S

Page 10: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

1716

KEWAJIPAN CUTI SAKIT oLEH MAJIKAN UNTUK RAWATAN KoSMETIK

Bermula 1 April 2014, majikan tidak diperlukan memberikan cuti sakit berbayar atau menanggung yuran konsultasi perubatan untuk para pekerja yang merujuk atau menjalani rawatan perubatan, yang pada pendapat doktor yang melakukan pemeriksaan tersebut, ialah untuk tujuan kosmetik.

Mengapa majikan dikecualikan daripada kewajipan cuti sakit bagi rawatan kosmetik?

Adalah penting wujudnya keseimbangan tanggungjawab di antara majikan dan pekerja. Perubahan ini, yang berdasarkan maklum balas majikan dan dengan sokongan kesatuan sekerja, bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan ini.

Bagaimana jika majikan mendapat tahu cuti sakit dan yuran konsultasi perubatan yang telah dibayarnya untuk bulan tersebut adalah untuk tujuan kosmetik?

Cuti sakit yang telah silap dibayar boleh ditukar dengan cuti tahunan berbayar jika pekerja membenarkannya. Jika tidak, cuti sakit itu hendaklah ditukar sebagai cuti tanpa gaji dan majikan boleh mendapatkan semula jumlah yang telah silap dibayar melalui pemotongan gaji terlebih bayar daripada gaji bagi bulan berikutnya.

Yuran konsultasi perubatan boleh dituntut semula daripada pekerja melalui pemotongan bagi pembayaran lebihan gaji daripada gaji bulan seterusnya.

PENAMBAHAN DENDA BAGI KESALAHAN AKTA PEKERJAAN

Bermula 1 April 2014, denda bagi kesalahan gagal membayar gaji menurut Akta Pekerjaan akan ditambah. Seseorang majikan yang sabit kesalahan berkaitan gaji buat pertama kali boleh dikenakan denda di antara $3,000 dan $15,000, dan/atau tempoh penjara maksimum 6 bulan. Pesalah berulang, setelah sabit kesalahan, boleh dikenakan denda di antara $6,000 dan $30,000, dan/atau tempoh penjara maksimum 12 bulan.

Jumlah denda maksimum yang boleh dikenakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta Pekerjaan juga akan dinaikkan daripada $1,000 kepada $5,000.

Denda pada masa ini bagi kegagalan membayar gaji

Denda yang disemak semula bagi kegagalan membayar gaji

Kesalahan pertama:

denda maksimum $5,000 dan/atau tempoh penjara maksimum 6 bulan

Kesalahan berulang:

denda maksimum $10,000 dan/atau tempoh penjara maksimum 12 bulan

Kesalahan pertama:

denda di antara $3,000 dan $15,000 dan/atau tempoh penjara maksimum 6 bulan

Kesalahan berulang:

denda di antara $6,000 dan $30,000 dan/atau tempoh penjara maksimum 12 bulan

Jumlah denda maksimum pada masa ini Jumlah denda maksimum yang disemak semula

$1,000 $5,000

PENGUATKUASAAN DAN KEPATUHAN KEPADA PIAWAIAN PEKERJAAN YANG DIPERTINGKAT

S

S

Page 11: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

1918

NoTA-NoTAKLAUSA ANDAIAN BAGI PEGAWAI KoRPoRAT

Bermula 1 April 2014, jika sesebuah syarikat melakukan kesalahan di bawah Akta Pekerjaan, terdapat klausa andaian di dalam Akta yang mengandaikan bahawa kesalahan tersebut disebabkan kecuaian pegawai korporat, seperti pengarah syarikat, jika mereka bertanggungjawab bagi tindakan atau ketinggalan tersebut dan gagal melakukan penyeliaan yang sewajarnya atau melakukan kecuaian. Maka mereka akan dipertanggungjawabkan secara peribadi bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat kecuali andaian tersebut disanggah.

Apakah tujuan klausa andaian bagi pegawai korporat?

Klausa andaian bertujuan meningkatkan pertanggungjawaban dan rasa pemilikan individu, seperti pengarah syarikat, bagi kesalahan Akta Pekerjaan yang dilakukan oleh syarikat mereka.

Bolehkah pegawai korporat menafikan tanggungjawab di bawah klausa andaian?

Ya, tetapi tanggungjawabnya terletak pada pegawai korporat untuk membuktikan bahawa mereka tidak bertanggungjawab bagi kesalahan di bawah Akta Pekerjaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut. Contohnya, pegawai korporat perlu membuktikan bahawa dia telah melakukan penyeliaan yang sewajarnya untuk mengelakkan terjadinya kesalahan tersebut.

KUASA INSPEKToR PEKERJAAN

Bermula 1 April 2014, kuasa inspektor pekerjaan akan diluaskan untuk menguatkuasakan Akta Pekerjaan. Ini termasuk kuasa untuk masuk ke mana-mana tempat pekerjaan untuk melakukan pemeriksaan dan untuk memberkas, tanpa waran, mana-mana individu yang disyaki secara wajar oleh inspektor sedang melakukan atau telah melakukan kesalahan tidak membayar gaji.

S

S

Page 12: Perubahan kepada Akta Pekerjaan - mom.gov.sg/media/mom/documents/employment-practi… · Namun, Panduan ini bukan kenyataan ... RINGKASAN PERUBAHAN UTAMA KEPADA AKTA PEKERJAAN ...

20

NoTA-NoTA