Majlis Pelancaran Program SUMUR Mentor Mentee SMK Taman Perumahan
Bedaun 2022,7 Guru SMK Labuan Terima Surat Kenaikan Pangkat,SMK
Labuan Anjur Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran,Pelancaran Program
Ihya’ Ramadan Peringkat JPWPL Tahun 2022,Majlis Bicara Aspirasi
Pendidikan 2022, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
LabuanMajlis Pelancaran Program SUMUR Mentor Mentee SMK Taman
Perumahan Bedaun 2022
LABUAN, 25 April – SMK Taman Perumahan Bedaun telah menjayakan
Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dan Mentor
Mentee bagi tahun 2022.
Majlis yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK TPB
dan Panitia Pendidikan Islam ini dilaksanakan pada perhimpunan
rasmi sekolah mengikut norma baharu. Turut hadir bersama dalam
majlis ini ialah barisan pentadbir SMK Tmn Perumahan Bedaun.
Program SUMUR yang bermula pada tahun 2017 ini merupakan arahan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermatlamat melahirkan
murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh
murid lain, memupuk perasaan cintakan ilmu untuk kebahagiaan dunia
dan akhirat, menerapkan nilai jati diri dan berusaha meningkatkan
daya kepimpinan
Terdapat empat Modul utama dalam Program SUMUR iaitu Modul
Mutadayyin, Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri dan Modul
Penampilan Diri. Kesemua Modul ini merangkumi semua aktiviti yang
dijalankan oleh sekolah dan murid-murid akan dinilai permakahan
oleh guru-guru sepanjang tahun.
Puan Norazita Md Nor @ Shamsuri, selaku pengetua SMK TPB dalam
ucapannya menyatakan pembentukkan sahsiah dan disiplin yang positif
adalah penting dalam melahirkan generasi berakhlak terpuji.
Pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi
meningkatkan sahsiah dan keterampilan diri yang positif dalam
kalangan murid agar dapat mencegah mereka daripada gejala yang
tidak sihat yang mungkin akan menjejaskan masa depan mereka.
Beliau juga mengingatkan agar pelaksanaan program SUMUR dan Mentor
Mentee sekolah ini dapat dijalankan dengan sebaiknya agar berjaya
memperkasakan potensi dan kemenjadian murid sekolah ini.
Majlis Pelancaran Program SUMUR dan Mentor Metee telah
disempurnakan oleh pengetua dengan acara memotong reben banting
program SUMUR dan penyerahan Modul Mentor Mentee oleh Encik Awang
Adi Tuah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kepada Puan Norazita Md
Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun sebagai
simbolik perasmian tersebut.
Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun
MERASMIKAN : Puan Norazita Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK TPB
menandatangani banting Program SUMUR dan Mentor Mentee
7 Guru SMK Labuan Terima Surat Kenaikan Pangkat
Labuan, 25 April – Seramai 7 guru SMK Labuan diraikan di dalam
Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Sabtu lalu. Majlis
kelolaan Sektor Sumber Manusia (SSM), Jabatan Pendidikan W.P Labuan
ini telah diadakan di salah sebuah pusat rekreasi di Kg. Sungai
Miri.
Menurut Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Manusia, Encik Mohd
Khairul Hafiz bin Juni, majlis ini diadakan bagi merai dan
mengiktiraf kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) secara Time Based Berasaskan
Kecemerlangan (TBBK).
Menurut pengetua SMK Labuan, Encik Mohd Nizam bin Yasim, seramai 1
guru telah menerima kenaikan pangkat dari DG48 ke DG52, 4 orang
daripada DG44 ke DG48, 2 orang daripada DG41 ke DG44.
Guru-guru yang terlibat ialah Yusfalizah binti Yusoff (DG48 ke
DG52), Chua Chee Kiat, Dayangku Halizah binti Pg. Hassan, Liaw Chia
Chiun dan Voon Sem Yee(DG44 ke DG48), Juriati binti Jumat dan Nur
Hidayah binti Muhammad (DG41 ke DG44).
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap
pengiktirafan kerajaan ini dapat meningkatkan motivasi diri dan
kualiti kerja guru-guru ke peringkat yang lebih tinggi” katanya
lagi.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Encik
Yusup bin Haji Mohamad.
“Ini adalah menifestasi penghargaan kerajaan atas sumbangan dan
komitmen guru-guru dan menyeru agar kita semua terus istiqamah dan
konsisten dalam meningkatkan budaya kecemerlangan dalam organisasi”
Encik Yusup Haji Mohamad.
Berita Oleh : SMK Labuan
Labuan, 21 April – SMK Labuan telah menganjurkan ceramah bertajuk
Kemuliaan Al-Quran sempena sambutan Hari Nuzul Al-Quran pada Selasa
lalu.
Program anjuran Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan telah
dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.
Program yang bermula 8.00 pagi telah dimulai dengan sesi alunan
bacaan Al-Quran yang diketuai oleh Adik Mohd Nabil Nuruddin bin
Ramli.
Sejurus selepas itu, satu sesi ceramah bertajuk ‘Kemuliaan
Al-Quran’ telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Uwais
Qarni bin Abdul Wahab, Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat yang juga
merupakan pendakwah bebas.
Dalam sesi ceramahnya, beliau menyentuh tentang tanggungjawab
seorang muslim terhadap Al-Quran dengan berusaha untuk merapatkan
diri dan mesra dengan mukjizat paling agung itu.
“Al-Quran membawa pelbagai kemuliaan dan menjadi pemberi syafaat
kepada pembacanya di akhirat kelak” jelas beliau lagi.
Adik Mohd Nabil Nuruddin
Ustaz Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab, Mudir Pusat Pengajian
Tahfiz Ribat
Menurut Penyelaras program, Ustazah Jamaliah binti Mohd Said yang
juga Ketua Panitia Pendidikan Islam, program ini telah dihadiri
oleh seramai 123 peserta yang terdiri daripada guru, murid dan
ibubapa.
“Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah
hadir secara dalam talian ke program tersebut dan berharap agar
mendapat manfaat daripada sesi ceramah berkenaan” kata beliau
lagi.
Majlis telah diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pengetua
sekolah, Encik Mohd Nizam bin Yasim.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan berharap
program sebegini dapat diteruskan untuk memupuk nilai murni
berteraskan Islam dalam kalangan murid-murid SMK Labuan.
Berita Oleh : SMK Labuan
Pelancaran Program Ihya’ Ramadan
Program Ihya’Ramadan yang dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Islam
(SPI) diadakan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan program-
program yang dapat meningkatkan amal ibadah dan penghayatan Islam
dalam kalangan warga pendidikan.
Majlis dimulai dengan bacaan surah Al Kahfi, surah Yaasin dan doa
selamat. Tazkirah Ambang Ramadan yang disampaikan secara santai
oleh Pengurus Kanan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
Labuan, Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian menyerikan lagi majlis
tersebut.
Dalam tazkirahnya Ustaz Ahmad Sharizal berkata cara untuk
menzahirkan kegembiraan menunggu ketibaan Ramadan adalah dengan
mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan puasa dan ibadat lain yang
boleh dilakukan sepanjang Ramadan.
Katanya, setiap muslim selalu berharap untuk bertemu dengan bulan
ramadan, karena bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan rahmat,
anugerah dan pahala yang berlipat ganda.
“Ciri-ciri orang beriman iaitu saat datangnya bulan Ramadan ia
senang. Melakukan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan
sehingga nanti akan timbul perasaan takut untuk melakukan segala
bentuk kemaksiatan” ujarnya lagi.
Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan telah disempurnakan oleh
Pengarah Pendidikan JPWPL, Encik Yusup Haji Mohamad.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
yang hadir secara bersemuka dan secara maya dalam Program Tafaqquh
Fiddin ini.
“Saya percaya ada beberapa program yang telah disusun oleh Sektor
Pendidikan Islam dalam kita menghidupkan lagi ibadah puasa Ramadhan
yang akan datang di peringkat jabatan ini dan
begitu juga yang telah dirancang peringkat sekolah.
“Kita perlu muhasabah diri supaya setiap perkara negatif ketika
Ramadan pada tahun yang lalu tidak kita ulangi pada tahun ini. Kita
perlu menghayati intipati falsafah sebenar ibadat puasa pada
Ramadan ini supaya apa yang diamalkan tidak tersasar daripada
landasan sebenar”, tegas Yusup lagi.
Dalam ucapannya beliau turut mendoakan agar Ramadan yang disambut
kali ini memberikan semangat kepada kita dan umat Islam di Malaysia
terutamanya untuk bangkit kembali setelah menghadapi pelbagai
kekangan akibat Covid-19.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan
Sekolah, Puan Maimoon Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan
Encik Mohd Nizam Yasim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Encik Yahya Ahmad Puteh, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan
Islam Puan Kamariah Salim, Ketua-ketua sektor, pengetua dan guru
besar serta pegawai-pegawai JPWPL.
Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam
Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022, Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Labuan
LABUAN, 02 April 2022 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Labuan telah mengadakan Majlis Aspirasi Pendidikan 2022.
Kehadiran warga pendidik adalah seramai 285 orang yang terdiri
daripada Majlis Pengurusan Tertinggi Jabatan, Focal Person,
Pengetua & Guru Besar, YgDipertua PIBG, pegawai-[egawai jabatan
dan wakil warga pendidik di setiap sekolah. Turut hadir bersama
YBhgia. Datin Sri Dato’ Hjh. Norsiah binti Abdullah, merupakan AJK
Focal Person Jabatan Pendidikan WP.Labuan
Dalam majlis ini Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Encik Mohd
Nizam bin Yasim telah membentangkan Pelan Strategik jabatan bagi
tahun 2022.
Dalam pembentangan tersebut, beliau telah menekankan tentang 9
Strategik jabatan dalam mencapai matlamat berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.
Disamping beliau juga menekankan beberapa isu antaranya, isu beg
berat dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
SekolahKu Sejahtera digagaskan bagi memperkenalkan, mempromosi, dan
meningkatkan kefahaman terhadap elemen-elemen sejahtera yang perlu
diterap, dididik, diamalkan, dan dihayati sehinggan menjadi budaya
semua warga sekolah.
Majlis ini juga diselajurkan dengan Pelancaran Saluran Aduan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bertemakan Bersama
Meningkatkan Kualiti Penyampaian Sistem Pendidikan. Banting turut
diedarkan ke sekolah-sekolah di WP.Labuan.
Dari kiri Encik Nizam, Puan Maimoon, Encik Yusup, Encik Yahya
dan
Ustaz Abdul Rahman
Majlis Aspirasi Pendidikan ,Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Labuan 2022 telah dipengerusikan oleh Puan Maimoon binti Hj.Matnoh,
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, merupakan urusetia
bagi majlis ini.
Majlis ini telah diadakan di Dewan Theatrette, Bagunan Utama
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
Majlis ini juga bersiaran langsung melalui Facebook Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berita Oleh : Sektor Pengurusan Sekolah
Gimik pelancaran Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022
Pembentangan Pelan Strategik JPWPL 2022 oleh Encik Mohd Nizam
Bersama warga pendidikan dan tetamu yang hadir
Encik Reza menerima hadiah kuiz daripada Encik Yusup