POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR
KAMARUL AZIZAN BIN MD JAY
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR.
KAMARUL AZIZAN BIN MD JAY
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MARCH, 2004
Khas untuk yang dikasihi….
Ayahanda Md Jay dan Bonda Jamingah tersayang…..
Segala pengorbananmu amat anakanda hargai
Akan anakmu balas demi ikatan kasih…
Buat kakanda Aida Suhana dan Kakanda Azharuddin
Serta Adinda Ana Fariza
Segala dorongan dan bantuan amat dihargai
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang….
Alhamdulillah…..syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
dan kurnianya, laporan bagi bab 1 hingga bab 5 ini telah dapat saya siapkan dengan
sepenuhnya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih kepada En Mohd Safarin Bin Nordin selaku pensyarah
pembimbing yang telah banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar, teguran
dan sokongan yang diperlukan dalam usaha menyiapkan laporan penulisan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada guru-guru Sekolah Menengah Teknik
Cheras, Kuala Lumpur kerana telah memberikan kerjasama dan tidak lupa kepada
Siti Narmiezilawaty yang telah banyak membantu serta kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek penulisan ini dijalankan.
Segala jasa kalian tidak akan saya lupakan.
Sekian,wassalam.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola gaya pembelajaran di Sekolah
Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 133 orang responden terlibat
dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah inventori yang direka oleh
David A. Kolb (1976) setelah diubahsuaikan. Penyelidik memilih kaedah tinjauan
menggunakan kaedah instrumen soal selidik. Data-data diproses dan di analisis
menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 10.0 dan
dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan rajah grid. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur lebih
dominan mengaplikasikan gaya pembelajaran pengalaman konkrit diikuti oleh gaya
pembelajaran pengkonsepsian abstrak. Perbezaan pola gaya pembelajaran berlaku
antara jantina pelajar. Pelajar lelaki cenderung kepada gaya pengkonsepsian abstrak
manakala pelajar perempuan cenderung kepada gaya pengalaman konkrit. Manakala
tiada perbezaan pola gaya pembelajaran dari segi pencapaian PMR tetapi mempunyai
hubungan dengan pencapaian PMR pelajar.
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the pattern of learning styles among
students in Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur (SMT Cheras). 133
respondents involved in this research. The research instrument used was an inventory
created by David A. Kolb (1976) after a modification. The researcher chose an
observation method using questionnaires to collect data. The data was analyzed by
Statistical Package of Social Science Software (SPSS) version 10.0 and were stated
in percentage, frequency and grid figure. The findings showed that students of SMT
Cheras are more dominant in applying concrete experiences learning style followed
by abstract conceptualization learning style. The differences of the learning style
patterns happened between student’s gender. Male students are more to abstract
conceptualization learning style while female students are more to concrete
experience learning style. However, there is no difference between those patterns of
learning style in PMR’s achievement but it is related to the students result in PMR.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
AKUAN DIRI
DEDIKASI
PENGHARGAAN
i
ii
iii
iv
ABSTRAK
ABSTRACT
v
vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN/ TATANAMA xvi
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Terminologi 9
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN PENULISAN 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Gaya Pembelajaran 12
2.3 Jenis-jenis Gaya Pembelajaran 22
2.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
32
2.5 Penutup 36
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN 37
3.1 Pendahuluan 37
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Sampel Kajian 39
3.4 Tempat Kajian 39
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Instrumen Kajian Untuk Pelajar
40
41
3.6 Tatacara Kajian 45
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 45
3.8 Analisis Data 46
3.9 Kesimpulan 47
BAHAGIAN EMPAT ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 48
4.1 Pendahuluan 48
4.2 Analisis Bahagian A 49
4.2.1 Analisis Taburan Responden 49
4.3 Analisis Bahagian B 51
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 52
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 54
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 56
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 58
4.4 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 58
4.5 Dapatan Persoalan Kajian Keenam 59
4.5.1 Analisis Gaya Pengalaman Konkrit
Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan
61
4.5.2 Analisis Gaya Pemerhatian Reflektif
Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan
63
4.5.3 Analisis Gaya Pengkonsepsian
Abstrak Pelajar Lelaki dan Pelajar
Perempuan
65
4.5.4 Analisis Gaya Pengujian Aktif
Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan
67
4.6 Dapatan Persoalan Kajian Ketujuh 68
4.7 Kesimpulan 71
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 72
5.3 Pola Gaya Pembelajaran: Pengalaman
Konkrit
73
5.4 Pola Gaya Pembelajaran: Pengkonsepsian
Abstrak
74
5.4 Pola Gaya Pembelajaran : Pengujian Aktif 75
5.5 Pola Gaya Pembelajaran : Pemerhatian
Reflektif
77
5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling
Dominan
78
5.7 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut
Jantina
80
5.8 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut
Pencapaian PMR
82
5.6 Rumusan 84
5.7 Cadangan 85
5.10 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.11 Kesimpulan 88
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN 89
BAHAGIAN LIMA
LAMPIRAN
Lampiran A 93
Lampiran B 98
Lampiran C 99
Lampiran D 100
Lampiran E 101
Lampiran F 102
Lampiran G 104
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK M/SURAT
1.1 Analisa Keputusan Peperiksaan SPM Bagi
Matapelajaran Kejuruteraan Tahun 1998-2001
4
3.1 Pembolehubah Kajian 40
3.2 Instrumen Kajian Soal Selidik Pelajar 41
3.3 Kategori Gaya Pembelajaran Pelajar 43
3.4 Pengiraan Kategori Gaya Pembelajaran 43
3.5 Pengiraan Jenis Gaya Pembelajaran 43
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
49
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Pencapaian PMR
50
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Tempat Tinggal
50
4.4 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pengalaman Konkrit
51
4.5 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pemerhatian Reflektif
53
4.6 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pengkonsepsian Abstrak
55
4.7 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pengujian Aktif
57
4.8 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pengalaman Konkrit Pelajar Lelaki
dan Pelajar Perempuan
60
4.9 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pemerhatian Reflektif Pelajar Lelaki
dan Pelajar Perempuan
62
4.10 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pengkonsepsian Abstrak Pelajar
Lelaki dan Pelajar Perempuan
64
4.11 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan
Analisis Gaya Pengujian Aktif Pelajar Lelaki dan
Pelajar Perempuan
66
4.16 Taburan Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut
Keputusan PMR
69
4.17 Pola Taburan Gaya Pembelajaran Pelajar
(Berdasarkan Kategori Gaya Pembelajaran)
70
4.18 Pola Taburan Gaya Pembelajaran Pelajar
(Berdasarkan Jenis Gaya Pembelajaran)
70
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK M/SURAT
2.1 Kuadran Dimensi Gaya Pembelajaran 15
2.2 Profile Norma Gaya Pembelajaran Untuk Inventori
Gaya Pembelajaran Kolb
17
2.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb 23
2.4 Model Eksperimen Kolb 24
2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28
3.1 Grid Gaya Pembelajaran Pelajar 44
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK M/SURAT
A Set Soal Selidik 93
B Ciri-ciri Pola Gaya Pembelajaran 98
C Kekuatan dan Kelemahan 4 Jenis Gaya Pembelajaran 99
D Surat Kebenaran dari Fakulti Pendidikan, UTM 100
E Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
101
F
G
Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan
Grid Gaya Pembelajaran Pelajar Lelaki dan Pelajar
Perempuan Berdasarkan Keputusan PMR
102
104
SENARAI SINGKATAN /TATANAMA
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
EPRD - Educational Planning And Research Department
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
CE - Pengalaman konkrit (concrete experience)
RO - Pemerhatian reflektif (reflective observation)
AC - Pengkonsepsian abstrak (abstract conceptualization)
AE - Pengujian aktif (active experimentation)
PTM - Paling tidak menyerupai diri pelajar
KM - Kurang menyerupai diri pelajar
M - Menyerupai diri pelajar
PM - Paling menyerupai diri pelajar
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mencorakkan rupa anak
bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara; dan
berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan
bangsa dan negara ( Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1991) Dalam konteks pendidikan, perkara yang diutamakan ialah visi kita
tentang rupa anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita
luhur, dan keunggulan.
Matlamat Pendidikan Malaysia adalah berorientasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ”. Pelajar yang telah
melalui sistem ini sebenarnya mampu untuk memahami diri serta menghayati nilai-
nilai dan matlamat hidup yang sebenar.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan
berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia,1990)
Sekolah seharusnya merupakan sebuah institusi yang dapat memberi ilmu
kepada pelanggannya, iaitu para pelajar. Sistem pendidikan di Malaysia telah
menetapkan bahawa setiap pelajar wajib menduduki peperiksaan umum pada setiap
peringkat. Pelajar sekolah yang rendah yang telah tamat darjah enam akan
mengambil UPSR. Bagi pelajar menengah rendah, akan menduduki peperiksaan
PMR selepas tamat tingkatan tiga. Selepas peperiksaan PMR, pelajar boleh memilih
untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah akademik ataupun sekolah teknik.
Ketika tamat tingkatan lima, pelajar akan diuji sekali lagi melalui peperiksaan SPM.
Setiap peperiksaan yang dijalankan akan memperlihatkan prestasi sesebuah
sekolah itu meningkat ataupun sebaliknya. Saban tahun juga, prestasi sesebuah
sekolah itu juga akan dibandingkan dengan sekolah yang lain. Kita juga sering
mendengar pencapaian sekolah yang cemerlang bergantung kepada kemudahan
prasarana yang lengkap dan selesa. Namun begitu, prestasi akademik sesebuah
sekolah juga disebabkan oleh gaya , strategi, kaedah yang sistematik pembelajaran
pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Belajar merupakan satu proses penting untuk memperolehi ilmu pengetahuan
bagi memperkembangkan potensi yang ada pada diri manusia. Keberkesanan
pembelajaran banyak dipengaruhi dari segi kemahiran teknik pembelajaran, kaedah
pembelajaran atau gaya pembelajaran (learning style) yang digunakan.
Menurut kajian Dunn & Griggs (1995), seseorang pelajar yang belajar
melalui gaya pembelajaran akan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada
sesiapa yang tidak menggunakan gaya pembelajaran. Oleh sebab itu, gaya
pembelajaran seseorang individu mempunyai kesan ke atas pencapaian akademik
mereka. Di samping itu, pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran yang tertentu
akan mendapat keputusan yang baik berbanding dengan pelajar yang lain (Matthews
(1996). Oleh yang demikian, jenis gaya pembelajaran juga mempengaruhi
pencapaian mereka.
Gaya pembelajaran membolehkan seseorang individu mengalami proses
pembelajaran dengan lebih berkesan, namun jenis gaya pembelajaran bergantung
kepada kesesuaian seseorang individu. Dengan adanya gaya pembelajaran yang
bersesuaian dengan isi pelajaran yang ditetapkan, proses pembelajaran yang paling
berkesan tentu boleh berlaku (Hunt, 1981). Walaubagaimanapun, Kramlinger (1992)
mengatakan bahawa penggunaan satu-satu jenis gaya pembelajaran tidaklah begitu
penting, yang penting ialah gaya itu mesti di aplikasikan dalam proses pembelajaran
(Wan Zuraida, 2002).
Margaret (1986 dalam; Norsuhaila,2002 ), mengatakan pembelajaran itu
adalah satu proses bagi manusia untuk memperolehi kebolehan, kemahiran dan sikap
dalam skop yang amat luas. Pembelajaran merupakan interaksi antara pengetahuan
pelajar dan ingatan serta informasi yang dipelajari (Wittrock,1991). Gaya
pembelajaran merupakan satu konsep penting, bukan sahaja sebagai informasi
pengajaran, tetapi juga membawa kepada isu-isu secara kasar bagi membantu pihak
sekolahuntuk memikirkan dengan panjang lebar peraturan mereka dan budaya
organisasi yang merupakan tanggungjawab mereka (Claxto,Charles, 1988). Oleh itu,
ianya menjadi suatu pernyataan untuk membezakan setiap individu dalam
memproseskan maklumat, termasuklah persepsi, ingatan dan perpindahan maklumat
dari alam sekitar.
Antara masalah pembelajaran termasuklah pelajar lemah dan gagal dalam
penguasaan penggunaan kemahiran belajar pada peringkat pengetahuan, kefahaman
dan aplikasi yang membawa kepada kemerosotan dalam keputusan peperiksaan (
Abdul Nasir, 2000).
Kelemahan pelajar dalam pelajaran mereka disebabkan oleh penguasaan
konsep asas pelajaran yang lemah dan kurangnya kecekapan dalam penyelesaian
masalah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecerdasan akal menjadi faktor
utama untuk memperolehi kecemerlangan dalam akademik tetapi tanpa cara belajar
yang berkesan, objektif pembelajaran mungkin tidak dapat dicapai.
Menurut Kolb (1971 dalam; Fong,2001 ), menyatakan bahawa salah satu
faktor kegagalan seseorang individu dalam pembelajarannya ialah tidak memahami
proses pembelajaran dirinya iaitu gaya pembelajaran. Oleh yang demikian, kejayaan
pembelajaran seseorang pelajar bukan hanya dapat menyiapkan kerja sekolah dan
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ianya merangkumi satu
lingkungan yang luas kerana proses pembelajaran itu adalah seumur hidup selaras
dengan tuntutan agama Islam iaitu “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang
lahad”.
Kejayaan tersebut sebenarnya adalah selepas seseorang itu tamat proses
pendidikan formal dan menjejak langkah ke alam pekerjaan, seseorang itu dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dan belajar untuk mencapai
matlamatnya kerana objektif pendidikan memang untuk menyediakan seseorang itu
ke arah pekerjaan.
Jadual 1.1 : Taburan keputusan peperiksaan SPM bagi matapelajaran
kejuruteraan dari tahun 1998 – 2001.
Matapelajaran 1998 1999 2000 2001
Pengajian Kejuruteraan
Awam
93.51
100
98.7
100
Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal
96
97.3
100
99.1
Pengajian Kejuruteraan
Elektrik
100
100
100
100
Sumber : Statistik keputusan peperiksaan sekolah menengah teknik cheras,
Kuala Lumpur.
Jadual 1.1 menunjukkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 1998 hingga
2001 untuk matapelajaran kejuruteraan bagi Sekolah Menengah Teknik Cheras,
Kuala Lumpur. Berdasarkan analisis peperiksaan tersebut, didapati peratus kelulusan
pelajar berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi 90 peratus. Melalui kajian ini,
penyelidik ingin mengetahui gaya pembelajaran yang di amalkan oleh pelajar
sekolah terbabit kerana setiap tahun, sekolah ini mampu mengekalkan keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan terutama bagi matapelajaran kejuruteraan.
1.3 Pernyataan Masalah
Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu itu sendiri
seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka
dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya
komuniti dan sekolah.
Menurut Crow & Crow (1983), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-
syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran yang paling berkesan berlaku.
Gaya pembelajaran sangat penting bagi setiap individu kerana ia mempunyai daya
pengaruh yang kuat terhadap prestasi seseorang. Gaya pembelajaran telah
menyediakan suatu mekanisme pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang
betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap
prestasi akademik mereka.
Menurut Dunn ( 1995 dalam; Fong, 2001 ), pelajar yang diberikan
pendedahan dalam gaya pembelajaran dan dapat menyesuaikan gaya pembelajaran
mereka dalam proses pengajaran guru mencapai kecemerlangan yang tinggi
berbanding dengan mereka yang tidak membuat penyesuaian. Di samping itu akan
menunjukkan perbezaaan yang jelas di antara pelajar yang menggunakan gaya
pembelajaran dengan pelajar yang tidak menggunakannya.
Menurut Maddox (1970), kecemerlangan dalam pelajaran bukan hanya
bergantung kepada kepandaian dan usaha yang gigih sahaja tetapi juga bergantung
kepada keberkesanan cara belajar. Hasil kajian Dunn dan Griggs (1995)
menunjukkan bahawa pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang baik memang
berkait rapat dengan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaranyang digunakan
tanpa mengambil kira taraf sosioekonomi pelajar, bangsa dan kedudukan geografi.
Menurut Dorris (1993 dalam; Liau, 2000 ), gaya pembelajaran akan mendatangkan
kesan terhadap pencapaian akademik maka beliau mencadangkan adalah lebih sesuai
jika gaya pembelajaran bagi setiap pelajar diuji.
Oleh yang demikian, pengkaji membuat kajian terhadap pola gaya
pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik
Kuala Lumpur.
1.4 Objektif Kajian
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan
mengenalpasti perkara-perkara berikut di Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala
Lumpur. Objektif kajian adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti pola gaya pembelajaran yang paling dominan di kalangan
pelajar
1.4.2 Mengenalpasti perkaitan antara pola gaya pembelajaran pelajar dengan
pencapaian akademik pelajar.
1.4.3 Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar mengikut latarbelakang
diri pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian yang telah
dibincangkan, berikut adalah persolan kajian yang telah dikenalpasti:
1.5.1 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini
mengaplikasikan pengalaman konkrit sebagai gaya pembelajaran
mereka?
1.5.2 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini
mengaplikasikan pemerhatian reflektif sebagai gaya pembelajaran
mereka?
1.5.3 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini
mengaplikasikan konsepsi abstrak sebagai gaya pembelajaran
mereka?
1.5.4 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini
mengaplikasikan ujikaji aktif sebagai gaya pembelajaran mereka?
1.5.5 Apakah jenis gaya pembelajaran yang paling dominan di kalangan
pelajar?
1.5.6 Adakah terdapat perbezaan antara pola gaya pembelajaran pelajar
dengan jantina pelajar?
1.5.7 Adakah terdapat perkaitan antara pola gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar?
Top Related