Cara-cara pencegahan kebakaran
Ahli kumpulan: hashimah ismail, siti hawa zuber, sarah syahirah, afiqah ahmadi.
polibriged
Keselamatan di dapur
Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk
Ruang alat pemanas
Letakkan alat pemanas pada jarak tiga (3) kaki atau satu (1) meter daripada sebarang benda yang mudah terbakar.
Pekakas merokok
Pastikan bekas abu rokok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.
Mancis dan pemetik api
Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak- kanak.
elektrikGantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas.
lilin
Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin.
Alat pengesan asap
Lengkapkan rumah anda dengan alat pengesan asap. setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan asap. Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan keluarga dan amatlah baik disyorkan agar di setiap bilik dipasang alat tersebut
Sentiasa membuat pemeriksaan
Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat pengesan ini berbunyi ia menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap sepuluh tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih.
Perancangan untuk melepaskan diri
Pastikan setiap rumah mempunyai satu (1) lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.
Merangkak dalam asap
Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm (kurang daripada dua kaki) dari aras lantai.
sekianterima kasih
Top Related