Tarikh Kemaskini : 24 Januari 2019
POLISI PELUPUSAN UBAT/BUKAN UBAT
UNIT FARMASI DAN BEKALAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR
34200 JALAN SEMPADAN
PARIT BUNTAR, PERAK
POLISI PELUPUSAN UBAT
Unit Farmasi dan Bekalan
Hospital Parit Buntar
1.0 TUJUAN
Memberi penerangan mengenai tatacara pelupusan ubat dan stok dalam simpanan unit
farmasi dan bekalan, Hospital Parit Buntar.
2.0 PERATURAN AM
2.1 Semua stok/peralatan yang rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh
digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak, melebihi keperluan dan disyorkan
selepas pengiraan stok, pemeriksaan stok atau verifikasi stok perlu dilupuskan.
2.2 Pelupusan aset hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuasa kecuali Pelupusan Stok
Bernilai Rendah.
3.0 Pelupusan Stok Bernilai Rendah
3.1 Pelupusan stok yang bernilai rendah perlu dilakukan bagi stok yang nilai
perolehan asalnya tidak lebih daripada RM 10,000 bagi nilai agregatnya dalam
satu permohonan.
3.2 Senaraikan stok yang ingin dilupuskan menggunakan borang Laporan Pelupusan
Stok Bernilai Rendah Kew PS-20 (Lampiran A).
3.3 Jadualkan lawatan pemeriksaan oleh Pegawai Pemeriksa yang dilantik oleh Ketua
Jabatan bagi mendapatkan syor kaedah pelupusan.
3.4 Hantar dokumen/senarai untuk kelulusan kepada Kuasa Melulus ( Pengarah,
Jabatan Kesihatan Negeri Perak).
3.5 Asingkan stok yang ingin dilupuskan dan di labelkan ‘ TIDAK BOLEH GUNA’.
3.6 Tunggu kelulusan dari kuasa melulus dan dapatkan surat kelulusan sekiranya
pelupusan diluluskan.
3.7 Masukkan ubat/item yang ingin dilupuskan ke dalam tong sisa klinikal. Labelkan
dengan jelas, “AWAS! SISA BUANGAN TOKSIK”.
3.8 Serahkan item kepada wakil syarikat konsesi dan tandatangan borang pelupusan.
3.9 Kemukakan Laporan Pelupusan Stok KEW.PS 20 ke Jabatan Kesihatan Negeri
Perak bagi setiap sukuan.
PANDUAN PELUPUSAN STOK (TERMASUK BAHAN PSIKOTROPIK) DI FARMASI
PESAKIT LUAR DAN FARMASI PESAKIT DALAM
1. Pegawai Stor di substor Farmasi Pesakit Luar dan Farmasi Pesakit Dalam perlu mengenalpasti stok yang hendak dilupuskan disebabkan oleh rosak, usang atau luput.
2. Semua stok yang rosak, usang atau luput (termasuk bahan psikotropik) dalam simpanan substor,
kaunter farmasi, dipulangkan oleh pesakit dan Unit Pemesan tidak perlu dikemukakan kepada
Urus Setia Pelupusan. Stok yang rosak, usang atau luput di peringkat ini perlu direkod dan
dilupuskan melalui perkhidmatan sokongan klinikal fasiliti sahaja.
3. Bahan psikotropik yang rosak, usang atau luput di substor, kaunter farmasi, dipulangkan oleh pesakit dan Unit Pemesan perlu mendapat Penyaksian Pelupusan oleh Cawangan Penguatkuasa
Farmasi Negeri
4. Fasiliti perlu mewujudkan Buku Daftar Pelupusan Bahan Psikotropik di substor dan kaunter
farmasi. Stok fizikal yang rosak, usang atau luput perlu direkod pada buku ini dan akan disahkan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi. Buku daftar hendaklah mengandungi maklumat
berikut:
a) No Siri Transaksi e) Nombor Kelompok
b) Tarikh Transaksi f) Kuantiti Luput
c) Nama Stok g) Tandatangan Pegawai Farmasi dan
Pegawai Penguatkuasa Farmasi
d) Tarikh Luput
PANDUAN PELUPUSAN STOK (TERMASUK BAHAN PSIKOTROPIK) DI FARMASI
LOGISTIK
1. Pegawai Stor di Farmasi Logistik Hospital dan Kesihatan perlu mengenalpasti stok usang, rosak
atau luput yang hendak dilupuskan. Tatacara pelupusan stok di Farmasi Logistik tertakluk kepada 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP - Pelupusan).
2. Borang KEW.PS-20 dikemukakan kepada Urus Setia Pelupusan selepas Lembaga Pemeriksa
Pelupusan (LPP) membuat pemeriksaan, melengkapkan dan menandatangani KEW.PS-20 dan
SATU (1) salinan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan berikut:
• Surat Tawaran Lambat Bergerak / Hampir Luput bagi setiap item yang luput
• Senarai Stok Bertarikh Luput (KEW.PS-6) bagi setiap item yang luput
3. Verifikasi stok di Farmasi Logistik perlu dilaksanakan 100% ke atas semua stok termasuk bahan psikotropik dengan menggunakan Borang Verifikasi Stor KEW.PS-10 dan rekod Kad
Daftar Stok KEW.PS-3 . Buku Daftar Preskripsi Bahan Psikotropik tidak perlu diwujudkan di
Farmasi Logistik.
4. Semua stok yang rosak, usang dan luput (termasuk bahan psikotropik) dalam simpanan
Farmasi Logistik perlu dikemukakan kepada Urus Setia Pelupusan menggunakan Borang
KEW.PS-20. Pelaporan stok pelupusan perlu dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan
Farmasi Negeri sekali setahun menggunakan Borang QAP 4, 4a dan 4b.
5. Penyaksian Pelupusan oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri bagi bahan psikotropik
yang rosak, usang atau luput di Farmasi Logistik dibuat setelah mendapat kelulusan Kuasa Melulus pada KEW.PS-20 melalui Unit Pengurusan Aset (UPA) Jabatan. Stok dilupuskan
secara Buangan Terjadual/E-Waste.
6. Farmasi Logistik perlu mewujudkan Buku Daftar Pelupusan Bahan Psikotropik. Stok fizikal
yang rosak, usang atau luput perlu direkod pada buku ini dan akan disahkan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi. Buku daftar hendaklah mengandungi maklumat berikut:
a) No Siri Transaksi e) Nombor Kelompok
b) Tarikh Transaksi f) Kuantiti Luput
c) Nama Stok g) Tandatangan Pegawai Farmasi dan
Pegawai Penguatkuasa Farmasi
d) Tarikh Luput
PROSES KERJA PELUPUSAN STOK (TERMASUK BAHAN PSIKOTROPIK) DI
FARMASI PESAKIT LUAR & FARMASI PESAKIT DALAM
BIL PROSES KERJA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
DOKUMEN RUJUKAN
1 Kenalpasti stok untun perlupusan Pegawai Stor KEW.PS-3
2 Rekodkan stok luput menggunakan Borang QAP 4a dan QAP 4c untuk stok yang luput di substor
Pegawai Stor QAP 4a dan QAP 4c
3 Semak stok sekiranya terdapat bahan psikotropik terlibat dalam perlupusan
Pegawai Stor
4 Sekiranya terdapat bahan psikotropik terlibat dalam perlupusan, terus ke perenggan 5. Sekiranya tidak mengandungi bahan psikotropik terus ke perenggan 7
Pegawai Stor
5 Permohonan bertulis dibuat kepada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri untuk menyaksian pelupusan
Pegawai Stor Surat permohonan rasmi kepada
Cawangan Penguatkuasa Farmasi
Negeri
6 Pegawai Penguatkuasa Farmasi Negeri mengesahkan rekod perlupusan dalam Buku Daftar Perlupusan Bahan Psikotropik (Substor/Kaunter)
Pegawai Penguatkuasa Farmasi Negeri
Buku Daftar Perlupusan Bahan
Psikotropik (Substor/Kaunter)
7 Lupus stok melalui perkhidmatan sokongan klinikal fasiliti
Pegawai Stor
PROSES KERJA PELUPUSAN STOK (TERMASUK BAHAN PSIKOTROPIK) DI
FARMASI LOGISTIK
BIL PROSES KERJA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
DOKUMEN RUJUKAN
1 Kenalpasti stok untuk pelupusan Pegawai Stor KEW.PS-3
2 Laksanakan pemeriksaan ke atas stok Lembaga Pemeriksa KEW.PS-3
3 Lengkapkan maklumat stok dalam Borang Laporan Lembaga Pemeriksa dan tandatangan (KEW.PS-20)
Lembaga Pemeriksa KEW.PS-20
4 Kemukanan KEW.PS-20 kepada Urus Setia Perlupusan bersama-sama *dokumen sokongan berikut : a) Surat tawaran ubat lambat bergerak/hampir luput bagi setiap stok yang dilaporkan b) Senarai Stok Bertarikh Luput (KEW.PS-6) bagi setiap stok yang luput
Lembaga Pemeriksa / *Pegawai Stor
KEW.PS-20
* Surat Tawaran Ubat Lambat
Bergerak/Hampir
* KEW.PS-6
5 Semak KEW.PS-20 dan pastikan dokumen sokongan berikut disertakan : a) Justifikasi Jabatan bagi syor kaedah tukar beli dan tukar barang b) Gambar stok (jika perlu), dan c) Surat permohonan daripada Kementerian atau Jabatan / Pertubuhan bagi kaedah hadiah / serahan
Urus Setia KEW.PS-20
6 Jika laporan lengkap terus ke perenggan 7
Urus Setia Dokumen di perenggan 5 di atas
6a Jika laporan tidak lengkap dikembalikan kepada Lembaga Pemeriksa
Urus Setia KEW.PS-20
7 *Kemukakan KEW.PS-20 bersama-sama dokumen sokongan dalam perenggan 4 kepada Kuasa Melulus peringkat Kementerian atau Jabatan dan SATU (1) salinan dokumen yang sama ke pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
Urus Setia / *Pegawai Stor
KEW.PS-20
P.U.(B)
*Dokumen di perenggan 4 di atas
8 JIka pelupusan diluluskan terus ke perenggan 9. Jika pelupusan tidak
Kuasa Melulus / Urus Setia KEW.PS-20
diluluskan, laporan dikembalikan kepada Urus Setia untuk mendapatkan maklumat lanjut Urus Setia
9 Maklumkan keputusan kepada pemohon
Urus Setia KEW.PS-20
10 *Rekodkan stok luput menggunakan Borang QAP 4, 4a dan 4b
*Pegawai Stor *Borang QAP 4, 4a dan 4b
11 *Semak stok sekiranya terdapat bahan psikotropik terlibat dalam perlupusan
*Pegawai Stor KEW.PS-20
12 *Sekiranya terdapat bahan psikotropik terlibat dalam pelupusan, terus ke perenggan 13. Sekiranya tidak mengandungi bahan psikotropik terus ke perenggan 15
*Pegawai Stor
13 *Permohonan bertulis dibuat kepada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri untuk penyaksian pelupusan
*Pegawai Stor *Surat permohonan rasmi kepada
Cawangan Penguatkuasa Farmasi
Negeri 14 *Pegawai Penguatkuasa Farmasi
Negeri mengesahkan rekod pelupusan dalam Buku Daftar Pelupusan Bahan Psikotropik (Farmasi Logistik)
*Pegawai Penguatkuasa Farmasi Negeri
8 Buku Daftar Pelupusan Bahan
Psikotropik (Farmasi Logistik)
15 Laksanakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan
Pegawai Stor KEW.PS-20
16 Sediakan Sijil Pelupusan Pegawai Stor KEW.PS-22
17 Kemukakan Sijil Perlupusan kepada Kuasa Melulus beserta : i) Salinan resit bagi pelupusan kaedah jualan ii) Surat akuan terima bagi pelupusan kaedah hadiah / serahan iii) Salinan Resit Akuan Penerimaan bagi pelupusan kaedah Buangan Terjadual / Sisa Pepejal iv) Sijil Penyaksian Pemusnahan KEW.PS-21 bagi pelupusan kaedah musnah / tenggelam
Pegawai Stor KEW.PS-21
KEW.PS-22
18 Kemaskini rekod stok Pegawai Stor KEW.PS-3
19 *Laporkan dokumen yang telah direkod dalam perenggan 10 kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri secara tahunan
Pegawai Stor* *Dakumen seperti di perenggan10
Catatan:
Proses kerja bertanda (*) adalah proses kerja tambahan daripada arahan 1PP yang asal dan
dipraktikkan untuk arahan dalaman peringkat farmasi sahaja.
LAMPIRAN
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 6.3 Lampiran A
Penjelasan Terperinci Maklumat Daftar Stok
No. Kad : Bilangan Kad bermula dengan 1
Nama Stor : Nama Stor Yang Telah Ditetapkan Oleh Ketua Jabatan.
Contoh: Stor Utama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri
Sembilan.
Perihal Stok : Nama stok berdasarkan Pusat Rujukan Maklumat SPPA.
Contoh: Kertas A4 Putih 80 gsm
Bahagian A
No. Kod : No Kod bagi stok berdasarkan Pusat Rujukan Maklumat.
Unit Pengukuran : Penjodoh bilangan seperti buah, batang, bilah dan sebagainya
berdasarkan pengeluaran kepada pengguna akhir.
Kumpulan : Kumpulan A atau Kumpulan B (berdasarkan KEW.PS-5).
Pergerakan : Aktif atau Tidak Aktif (Tiada transaksi dalam tempoh 2 tahun).
Lokasi
Penyimpanan Stok : Gudang/ Seksyen, Baris, Rak, Tingkat dan Petak diberi tanda
Pengenalan.
Paras Stok : Kuantiti Stok Maksimum - 3 bulan penggunaan
Kuantiti Stok Menokok - 2 bulan penggunaan
Kuantiti Stok Minimum – 1 bulan penggunaan
Terimaan Stok
Suku Tahun : Jumlah penerimaan stok samada melalui perolehan, pindahan,
hadiah, lucut hak dan lain-lain.
(i) Suku Tahun Pertama : Sehingga 31 Mac
(ii) Suku Tahun Kedua : Sehingga 30 Jun
(iii) Suku Tahun Ketiga : Sehingga 30 September
(iv) Suku Tahun Keempat : Sehingga 31 Disember
Keluaran Stok
Suku Tahun :
(i) Suku Tahun Pertama : Sehingga 31 Mac
(ii) Suku Tahun Kedua : Sehingga 30 Jun
(iii) Suku Tahun Ketiga : Sehingga 30 September
(iv) Suku Tahun Keempat : Sehingga 31 Disember
Terimaan Stok
Tahunan : Mulai 1 Januari hingga 31Disember
Keluaran Stok
Tahunan : Mulai 1 Januari hingga 31 Disember
Bahagian B
Transaksi Stok
Tarikh : Tarikh Terimaan/ Keluaran
No PK/ BTB/ : No. Pesanan Kerajaan/ Borang Terimaan Barang/ Borang
BPSS/BPSI/ BPIN Permohonan Stok (Antara Stor) dan Borang Permohonan Stok
(Individu Kepada Stor)/ Borang Pindahan Stok
Terima Daripada/
Keluar Kepada : Diterima daripada Pembekal/ Stor/ Agensi Lain dan dikeluar
kepada Stor/ Pengguna Akhir/ Agensi Lain.
Terimaan : Kuantiti dibeli/ diterima, harga seunit dan jumlah harga.
Keluaran : Kuantiti dikeluarkan dan jumlah harga keluaran.
Baki : Baki kuantiti selepas terimaan atau keluaran dan jumlah harga.
Nama Pegawai : Nama Pegawai Stor
Top Related