Download - POLITEKNIK SEBERANG PERAi KEMENTERIAN ......1.1 Semua pelajar yang terlibat dengan PdP amali dan praktikal secara bersemuka diwajibkan tinggal di asrama Politeknik Seberang Perai (

Transcript
  • POLITEKNIK SEBERANG PERAi KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI JALAN PERMATANG PAUH 13500 PERMATANG PAUH PULAU PINANG MALAYSIA

    i=CLiTSl-

  • Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai

    Kemaskini: 24/12/2020 1 | 2

    SOP LAPOR DIRI PELAJAR PSP UNTUK PdP AMALI /PRAKTIKAL (4/1/2021 - 22/1/2021)

    Tarikh : 3/1/2021 (Ahad) Masa : 9:00 pagi (JKM & JTMK)

    2:00 petang (JKE) Lokasi : Kafetaria Asrama Lama & Asrama PFI

    (Ikut bilik asal pelajar sebelum ini, bagi pelajar yang belum ada bilik sila lapor diri di Asrama PFI)

    1. Pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Pesakit Bawah Siasatan (Patient Under Investigation –PUI) dan Individu Dalam Pengawasan (Person Under Surveillance -PUS). TIDAK DIBENARKAN HADIR MENDAFTAR. Sila maklumkan segera kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai.

    2. Hanya dua (2) orang waris dibenarkan untuk menghantar pelajar ke kampus. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.

    3. Waris dan pelajar diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan Politeknik Seberang Perai.

    4. Waris dan pelajar akan menjalani pemeriksaan suhu di lokasi A (seperti di lampiran).

    5. Waris hanya dibenarkan menurunkan pelajar dan barangan di lokasi drop point yang ditetapkan:-• Asrama Lama - Foyer Kafetaria Lama• Asrama PFI - di hadapan pintu masuk Asrama PFI

    6. Waris tidak dibenarkan mengiringi pelajar masuk ke dalam kawasan Kolej Kediaman.

    7. Pastikan barangan keperluan adalah lengkap (dibawa bersama) dan pelajar tidak dibenarkan keluar selepas mendaftar masuk kolej kediaman.

    8. Pelajar perlu mengisi borang akuan kesihatan/health declaration dan daftar masuk (check in) aplikasi MySejahtera.

    9. Semua barangan pelajar akan melalui proses sanitasi. Lindungi peralatan sensitif dari terkena semburan air sanitasi.

    10.Pelajar yang tinggal di asrama sebelum ini dan telah serahkan kunci semasa daftar keluar asrama boleh mengambil kunci di pejabat asrama yang berkenaan.

    11.Sepanjang proses lapor diri, pelajar perlu mengamalkan penjarakan fizikal mengikut Garis Panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    12.Sebarang perubahan tertakluk kepada arahan semasa pihak berkuasa.

    13.Sebarang pertanyaan berkaitan urusan lapor diri boleh berhubung melalui:

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang Telefon : 04-5383322 sambungan 5110 Emel : [email protected] Whatsapp : 011-57770787 (teks sahaja)

  • Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai

    Kemaskini: 24/12/2020 2 | 2

    PELAN PERGERAKAN WARIS/PELAJAR SEMASA HARI

    LAPOR DIRI

    ** Segala perubahan susun atur dan pergerakan tertakluk kepada arahan semasa

    A. Saringan Suhu

    Drop Point

    Drop Point

  • 1 | 2

    SOP KELUAR DAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN PSP PASCA PKPP

    1. Peraturan Keluar Masuk Harian dan Hujung Minggu

    1.1 Semua pelajar yang terlibat dengan PdP amali dan praktikal secara bersemuka diwajibkan tinggal di asrama Politeknik Seberang Perai (PSP).

    1.2 Pelajar yang berada di zon PKPD perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk pulang ke kampus.

    1.3 Pelajar yang akan pulang ke kampus mesti tidak mempunyai gejala

    covid-19, bukan Pesakit Bawah Siasatan (Patient Under Investigation – PUI) dan Individu Dalam Pengawasan (Person Under Surveillance -PUS).

    1.4 Semua Pelajar Kolej Kediaman TIDAK DIBENARKAN keluar dari

    kawasan kampus politeknik dalam tempoh sesi PdP Amali/Praktikal dilaksanakan iaitu 3 Januari 2021 sehingga 22 Januari 2021 kecuali mendapat KEBENARAN daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau Pengurusan Kolej Kediaman.

    1.5 Pelajar yang telah selesai sesi PdP Amali/Praktikal lebih awal

    DIBENARKAN untuk pulang tanpa perlu menunggu sehingga 22 Januari 2021.

    1.6 Semua Pelajar Kolej Kediaman TIDAK DIBENARKAN untuk pulang

    bermalam di rumah atau luar setiap hujung minggu atau keluar harian (outing) sepanjang tempoh berada di Kolej Kediaman.

    1.7 Pastikan pelajar perlu membawa barang keperluan diri yang mencukupi

    dalam tempoh tersebut. Kantin, kafeteria dan koperasi PSP akan beroperasi seperti biasa bagi memenuhi keperluan pelajar.

    2. Peraturan Melawat Pelajar Kolej Kediaman

    2.1 Ibu bapa atau waris adalah TIDAK DIBENARKAN untuk datang

    melawat pelajar kolej kediaman dalam sepanjang tempoh 3 Januari 2021 sehingga 22 Januari 2021.

    2.2 Ibu bapa atau waris hanya DIBENARKAN untuk menghantar dan

    mengambil pelajar di tempat yang telah ditetapkan sahaja.

  • 2 | 2

    3. Aktiviti Sukan Dan Riadah

    3.1 Semua Pelajar Kolej Kediaman DIBENARKAN untuk melaksanakan

    aktiviti sukan dan riadah sepanjang berada di Kolej Kediaman.

    3.2 Sebarang aktiviti sukan berkumpulan yang melibatkan pertandingan adalah TIDAK DIBENARKAN.

    Pengarah Politeknik Seberang Perai 23.12.2020

    ARAHAN PELAJAR PULANG KE KAMPUSKALENDAR AKADEMIK SESI JUN 2020SOP Lapor Diri 2021 lastSOP KELUAR MASUK last