PELAJARAN 21
SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
PEMUDA YANG BERANI
BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
NAMA Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
KETURUNAN Bani Hisyam
TARIKH LAHIR 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi
TEMPAT LAHIR Dalam Kabbah di Mekah Al-Mukarramah
JAWATAN Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin
TARIKH MENJADI KHALIFAH
Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi
TEMPOH PEMERINTAHAN
4 tahun
TARIKH WAFAT 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi
SEBAB KEWAFATAN:
Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah
GELARAN Abu Hasan/Abu Turab.
SIFAT PERIBADI
• Bersikap adil• Bijaksana• Berwawasan• Pintar• Berfikiran luas• Berusaha mencari ilmu• Berani menegakkan kebenaran • Terbuka• Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT• Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT
Gambar hiasan
KEUNGGULAN
SAIDINA ALI BIN ABU TALIB RA
PEMUDA YANG BERANI
KELUARGA RASULULLAH SAW
• Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW
• Adalah sepupu dan menantu Rasulullah
• Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda
• Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah
• Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah
KANAK-KANAK PERTAMAMEMELUK ISLAM
• Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun
• Kanak-kanak pertama memeluk Islam
• Terkenal dengan panggilan ’Karramallahu Wajhah’ bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala
• Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah
• Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
• Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga
SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG
• Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman
• Sehingga digelar ‘gedung ilmu’
PEMUDA YANG BERANI
• Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang• Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan
menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan Tabuk.
• Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid.
• Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.
PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF
• Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman.
• Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.
• Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
• Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’
• Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.
PENGORBANAN DAN JASASAIDINA ALI BIN ABU TALIB
• Jurutulis Perjanjian Hudaibiah.• Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).• Mengembangkan ilmu Islam.• Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-
tiga khalifah Ar-Rasyidin.• Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara• Menjadi hakim di Yaman.• Penulis wahyu.• Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang
berpecah.
SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI ZAMAN PEMERINTAHAN
• Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’
• Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali
• Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak
IKTIBAR
• Berani menegakkan kebenaran dimana sahaja kita berada
• Menyintai ALLAH SWT dan rasulNYA melebihi diri sendiri dan sedia berkorban kerana ALLAH SWT
• Bersungguh-sungguh menuntut ilmu termasuk ilmu fardhu Kifayah bagi membangunkan diri dan masyarakat.