7/29/2019 p.perniagaan Jannah
1/18
AMALAN PENGORGANISASIAN DAN GAYA KEPIMPINAN
SYARIKAT UNI ASIA GENERAL INSURAN
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengoraganisasian dan gaya kepimpinan yang
telah diamalkan oleh syarikat Uni Asia General Insurance. Kajian ini telah melibatkan 21 orang pekerja di
Uni Asia General Insurance. Data dapatan telah dikumpul dengan menggunakan keadah soal selidik, kaedah
temu bual dan pemerhatian juga telah dilakukan bagi mencapai objektif kajian. Data ini telah diguna bagi
membuat tentang laporan firma untuk menganalisis secara lebih terperinci. Data ini telah menunjukkan
bahawa syarikat Uni Asia General Insurance telah melaksanakan proses pengoraganisasian dengan cekap dan
inovatif. Pemimpin tinggi Uni Asia General Insurance telah menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian
dengannya. Secara rumusnya, amalan pengurusan dan gaya kepimpinan yang sedia ada bersesuaian dengan
syarikat tersebut dan ada mempunyai potensi yang tinggi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh
syarikat tersebut.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
2/18
1.0 PENGENALAN
Maksud organisasi menurut kamus dewan bahasa kesatuan yang terdiri daripada bahagian-
bahagian dalam suatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentun organisasi. Manakala menurut beberapa
tokoh maksud organisasi ialah seperti tokoh Rosenweigh ialah orang-orang dalam kelompok integrasiatau kesatuan atau dari aktiviti-aktiviti orang yang bekerjasama dengan orang-orang yang berorentasi
atau berpedoman dengan tujuan yang sama. Menurut Matthias Aroef pula suatu organisasi terjadi
apabila sekelompok orang bekerja bersama-sama untuk mencapai tujuannya.
Manakala menurut Stone mengatakan bahawa orgaisasi adalah suatu pola hubungan-hubungan yang
melalui mana-mana orang di bawah pengarahan atasan mengejar tujuan yang bersama.. James D.
Mooney pula menyatakan maksud organisasi adalah bentuk setiap persekitaran manusia untuk mencapai
tujuan bersama.. Chester I. Bernad berpendapat bahawa organisasi adalah merupakan suatu sistem
aktiviti kerjasama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih.
Konsep organisasi ialah satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling
bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia dan organisasinya.
Gaya kepimpinan juga di perlukan dalam setiap organisasi. Kepentingan pengorganisasian terhadap
sesebuah organisasi swasta ialah menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang sistematik bagi mencapai
matlamat organisasi. Manakala kepentingan terhadap sesebuah organisasi kerajaan ialah
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti reka bentuk organisasi.
ii. Mengenal pasti proses pengorganisasian.
iii. Mengenal pasti konsep peengorganisasian.
iv. Mengenal pasti gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
3/18
3.0 LATAR BELAKAN KAJIAN
3.1 Latar Belakang Organisasi
Syarikat Uni Asia General Insurance dipilih sebagai suatu kajian yang menjalankan
perniagaannya di 10th Floor, Menara Uni Asia, 1008 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Uni.Asia Genereal Insurance Berhad memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan (IPK)
dengan mempunyai polisi insuran hospital dan pembedahan, insuran penyakit yang amat
ditakuti, insuran pendapatan akibat hilang upaya dan insuran pendapatan hospital.
Syarikat ini juga menawarkan insuran kemalangan diri (KD) merupakan polisi tahunan yang
memberikan anda perlindungan insuran 24 jam diseluruh dunia terhadap kecederaan, kehilangan
upaya, atau kematian akibat kemalangan.
3.2 Aspek Kajian
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang reka bentuk organisasi yang digunakan oleh
syarikat Uni Asia General Insurance. Reka bentuk yang dimaksudkan seperti carta organisasi,
manual organisasi ataupun penjabatan yang digunakan oleh syarikat ini. Selain itu, kajian ini
dikaji bagi memastikan gaya kepimpinan apakah yang digunakan oleh syarikat tersebut sama ada
autokratik, demokratik, laissez-faire ataupun kontingensi. Kajian ini juga dilakukan bagi
mengetahui konsep pengorganisasian dan susunan proses pengorganisasian bagi syarikat
tersebut.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
4/18
Peta 1 :?????????????????????????
Peta 2 :????????????????????
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
5/18
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 Soal Selidik
Soal selidik ini telah dipilih kerana mudah dan senang dikaji, kebanyakan ahli pengkaji telah
menggunakan kaedah soal selidik ini bagi mempercepatkan dan mempermudahkan kerja mereka.
Menurut pengkaji juga, kaedah ini tepat dan amat cepat berbanding temu bual bagi menganalisis suatu
kajian. Selain itu pihak pengkaji telah menggunakan soal selidek dengan rasional bahawa jangka masa
yang diperlukan dalam kaedah ini tidak panjang bagi dapatkan jawapan bagi pihak responden.
4.2 Temu Bual
Kaedah temu bual ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan mendalam.
Temu bual ini dapat memberi maklumat yang lebih terperinci dan memberikan gambaran tentang gaya
kepimpinan yang di amalkan oleh firma tersebut. Apabila melakukan suatu kajian, seringkali tidak dapat
maklumat yang sepenuhnya sekiranya hanya melalui soal selidik dan pemerhatian. Pihak pengkaji perlu
membuat temu bual ini dengan face to face dengan melalui CEO syarikat Uni.Asia General Insurance.
4.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau data selain soal
selidik dan temu bual yang dilakukan. Penyelidik perlu memerhatikan kawasan kajian dengan sendiri
dan melihat keadaan kawasan kajian. Maklumat tentang pemerhatian tidak terperinci seperti temu bual
dan soal selidik tetapi dapat melihat dan mengetahuai apa yang digambarkan seperti yang dilihat.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
6/18
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 REKA BENTUK ORGANISASI UNI.ASIA GENERAL INSURANCE
Berdasarkan kepada soal selidik mendapati syarikat ini mengamalkan penjabatan mengikut fungsi.
Rajah 2 : Carta Organisasi Uni Asia General Insurance
LEMBAGA PENGARAH
SETIAUSAHA SYARIKAT
JAWATANKUASA
TUNTUTAN &
PENAJAAN
JAMINAN
PELABURAN PENCALONAN PENGURUSAN
RISIKO
GANJARAN AUDIT EKSEKUTIF
KUMPULAN PENGURUSAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
7/18
BETULKAN CARTA NIE....XNAMPAK
TETIBA JER ADA CARTA..APA NAMA CARTA???
Berdasarkan soal selidik telah diedarkan bagi mengenalpasti tentang reka bentuk Uni Asia
General Insurance dengan menggunakan 20 orang responden bagi mengkaji reka bentuk
pengoraganisasian di syarikat tersebut. . Antara reka bentuk pengoraganisasian yang ada di syarikat Uni
Asia tersebut ialah carta organisasi, manual organisasi ataupun penjabatan. Manakala penjabatan ini
telah dibahagikan kepada tiga bentuk penjabatan, antaranya penjabatan mengikut fungsi, penjabatan
mengikut divisyen dan penjabatan mengikut matriks. Perkara ini dapat dibuktikan dengan melalui soal
selidik, soalan 1 seramai 20 orang responden telah bersetuju bahawa syarikat ini telah menggunakan
carta organisasi untuk pengurusan.
Soalan 2, kebanyakan 20 orang responden juga telah bersetuju mengenai reka bentuk syarikat
tersebut telah digunakan mengikut kesesuaian syarikat. Soalan 3, hanya seramai 13 orang responden
sahaja bersetuju dengan penggunaan penjabatan mengikut divisyen dan 7 orang responden lagi tidak
bersetuju kerana menurut keterangan masih ada lagi yang melaksakan tugasan yang pelbagai. Soalan 4
telah menunjukkan seramai 15 orang responden yang bersetuju tentang syarikat menggunakanpenjabatan mengikut fungsi dan 5 responden lagi tidak bersetuju. Selain itu, soalan 5 telah menunjukkan
20 orang responden bersetuju dengan syarikat ini mempunyai cawangan lain kerana meluaskan lagi
tentang syarikat insurans. Soalan yang terakhir soalan ke 6, hanya seramai 13 orang responden sahaja
AUDIT
DALAMAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
PELABURANPENAJAAN
JAMINAN
TUNTUTANPERNIAGAAN
PEMASARAN &
PEMBANGUNAN
OPERASI &
ERKHIDMATA
N SOKONGAN
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
8/18
yang bersetuju dengan memberi kerja kepada pekerja secara kekal, namun lagi 7 orang responden tidak
bersetuju kerana masih ada lagi yang tidak mendapat kerja secara kekal.
5.1.1 RASIONAL PEMILIHAN PENJABATAN MENGIKUT FUNGSI
Syarikat Uni Asia General Insuran merupakan sebuah pengorganisasian yang besar,
jumlah di syarikat tersebut adalah seramai 600 orang. Oleh itu reka bentuk yang dipilih
dan digunakan oleh Uni Asia General Insurance ialah penjabatan fungsian. Syarikat ini
memilih penjabatan mengikut fungsi dengan kelompok pekerja yang telah diagihkan
mengikut kemahiran dan menjalankan tugas tugas masing-masing dan menggalakkan
pengkhususan pekerja serta meningkatkan kemahiran pekerja. Syarikat ini sesuai dengan
penjabatan mengikut fungsi tersebut.
5.2 PROSES PENGORGANISASIAN
Seperti mana analisis data kajian yang telah terkumpul, berikut adalah proses pengorganisasian daripada
syarikat Uni Asia General Insurance.
Nama carta???
Berdasarkan soal selidik, soalan 1 telah menunjukkan 20 orang responden telah bersetuju dengan
kesemua proses pengorganisasian ini diamalkan dalam syarikat kerana syarikat ini adalah syarikat besar
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
9/18
insurans. Soalan 2, menunjukkan 20 orang responden yang bersetuju bahawa syarikat ini mempunyai
objektif yang ingin dicapai. Soalan 3 telah menunjukkan hanya 16 responden sahaja yang bersetuju
dengan pengurus mengenalpasti aktiviti yang bersesuaian bagi mencapai objektif syarikat tersebut,
manakala 4 responden lagi tidak bersetuju kerana tidak semua pengurus cekap dalam mengenalpasti
aktiviti yang bersesuaian bagi mencapai suatu objektif. Soalan 4 telah menunjukkan 20 orang responden
telah bersetuju dengan segala aktiviti tersebut dikelompok dengan mengikut sifat dan fungsi yang sama.
Soalan 5, menunjukkan bukti seramai 18 orang responden bersetuju dengan pengagihan segala tugas
oleh pengurus mengikut kebolehan dan kemahiran masing-masing dan 2 responden lagi tidak bersetuju
kerana masih ada lagi yang tidak mendapat kerja mengikut kemahiran tersendiri. Soalan 6,
menunjukkan seramai 20 orang responden telah bersetuju atas perlaksanaan penentuan autoriti
organisasi dalam pengagihan tugas.
5.2.1 Penentuan Objektif
Setiap organisasi mempunyai matlamat syarikat mereka tersendiri. Matlamat syarikat Uni Asia
General Insurance ialah syarikat yang menguntungkan serta cemerlang dalam semua bidang
yang dilakukan oleh syarikat tersebut bagi mencapai pertumbuhan yang berterusan di dalam
industri insurans am. Objektif yang perlu dicapai oleh setiap jabatan dalam syarikat ini
ditetapkan selari dengan usaha ke arah matlamat organisasi. Objektif ini akan menjadi panduan
kepada pengurus untuk menentukan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi yang perlu
dilakukan bagi mencapai objektif tersebut. Objektif Jabatan Pengeluaran Uni Asia General
Insurance adalah memastikan segala pengeluaran tentang jenis-jenis insurans dikeluarkan dengan
baik dan berkualiti. Objektif Jabatan Kewangan pula adalah membuat perancangan kewangan
dari segi keperluan pembiayaan bagi menyokong sasaran jualan yang diramalkan. Objektif
Jabatan Sumber Manusia adalah memastikan segala perkara tentang syarikat diketahui oleh
setiap ketua jabatan. Manakala objektif Jabatan Pemasaran diperincikan mengikut bahagian yang
berada di bawah jabatan tersebut. Objektif setiap bahagian ditetapkan dalam bentuk sasaran
anggaran pendapatan tahunan yang perlu dicapai oleh setiap bahagian.
5.2.2 Pengenalpastian Aktiviti
Bagi memastika matlamat Uni Asia General Insurance iaitu menjadikan syarikat yang
menguntungkan lagi cemerlang dalam industri insurans am dicapai, pengurus Uni Asia General
Insurance iaitu David Chan Mun Wai telah mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang berupakan
beberapa jenis insurans yang telah mendapat permintaan ramai dari pihak pelanggan. Pihak
pengurus akan melantik ejen insurans bagi mempromosikan insurans-insurans yang ada.
Syarikat tersebut ada menyediakan insurans pelaburan, insurans kesihatan dan insurans
perjalanan. Insurans pelaburan adalah insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan
perlindungan. Insurans ini juga bukan sahaja menyediakan perlindungan insurans hayat tetapi
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
10/18
premium yang dibayar akan dilaburkan dalam dana pelaburan yang dipilih khusus. Manakala
insurans perjalanan pula adalah adalah untuk melindungi diri atau keluarga terhadap
kemalangan, kerugian dan gangguan semasa perjalanan. Insurans ini adalah terhad mengikut
perjalanan. Bagi insurans kesihatan adalah untuk melindungi kos rawatan perubatan persendirian
seperti kos hospital dan servis penjagaan kesihatan.
5.2.3 Pengelasan Aktiviti
Selepas aktiviti-aktiviti tersebut telah dikenal pasti, pengelasan aktiviti akan dibuat dan akan
dikelompokkan mengikut bahagian-bahagian yang tertentu. Apabila aktiviti tersebut bersesuaian
dari segi sifat dan fungsi ia akan dikelompokkan perlu di bentukkan dalam bentuk jabatan seperti
jabatan pemasaran, jabatan pengeluaran dan lain-lain.
5.2.4 Pengelompokan Aktiviti
Setelah menentukan jenis aktiviti apa yang perlu dilakukan, aktiviti-aktiviti tersebut perlu
dikelompokkan mengikut sifat dan fungsi yang sama. Kemudian, struktur organisasi tersebut
akan ditetapkan untuk menguruskan kelompok aktiviti tersebut. Contoh bagi pengelompokan
aktiviti ialah aktiviti perletakan harga dan promosi akan diletakkan di bawah tugas Jabatan
Pemasaran. Peningkatan kualiti dan kepelbagaian produk pula diletakkan di bawah Jabatan
Pengeluaran.
5.2.5 Pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab
Kemudian pihak pengurus akan mengagihkan tugas mengikut kemahiran masing-masing. Setiap
pekerja bertanggugjawab melakukan tugasan mereka mengikut arahan dan spesifikasi yang telahditetapkan supaya aktiviti berjalan dengan lancar. Selain itu, pihak pengurus juga perlu
memastikan sumber-sumber yang penting ini diagihkan dengan cekap dan mengutamakan
aktiviti yang penting dahulu. Pengagihan tugasan tersebut telah melibatkan konsep hierarki
organisasi, contohnya menentukan ketua jabatan bagi menyelaraskan jabatan yang berkenaan.
Pengurus Uni Asia General Insurance telah mengagihkan tugasan kepada pekerja mengikut
kemahiran yang mereka ada.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
11/18
5.3 Konsep Pengorganisasian
Nama carta????
Menurut soal selidik yang telah diedarkan, soalan 1 menunjukkan keseluruhan pihak 20 orang
responden bersetuju dengan pengurus mereka berhak dalam membuat segala keputusan yang
dicadangkan. Manakala soalan 2 pula, hanya terdapat 17 responden sahaja yang bersetuju dengan
melaksanakan semua tugasan oleh pihak atasan mengikut masa yang ditetapkan, namun lagi 3
responden tidak bersetuju dengan perlaksanaan tersebut. Soalan 3 menunjukkan 18 responden bersetuju
kerana mereka ini diberi autoriti dalam membuat keputusan bagi melakukan tugasan namun lagi 2
responden lagi tidak bersetuju atas sebab setiap ketua diberi autoriti atas penjabatan tersendiri.
Kemudian menurut soalan 4, 17 responden sahaja yang bersetuju bahawa pekerja diberi peluang untuk
membuat keputusan dalam organisasi dan 3 lagi responden tidak bersetuju. Soalan 5, seramai 17
responden bersetuju semua keputusan yang dibuat pihak atasan tanpa melibatkan pihak bawahan tetapi
ada 3 responden tidak bersetuju. Seterusnya soalan 6, seramai 19 responden bersetuju dan hanya
seorang responden sahaja yang tidak bersetuju dengan pengurus memberikan kuasa kepada pekerja
untuk membuat sesuatu keputusan dalam tugasan. Soalan 7 menunjukkan 18 responden bersetuju
terhadap pengurus mempunyai subordinat untuk diselia namun 2 responden lagi tidak bersetuju denganperkara tersebut. Soalan ke 8 seramai 20 orang responden berstuju dengan pengurus yang menunjukkan
hubungan autoriti dan bertanggungjawab dengan pekerja bawahan.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
12/18
Terdapat beberapa konsep yang digunakan oleh syarikat Uni Asia General Insurance, antaranya:
1. Autoriti
Autoriti merujuk kepada hak formal untuk membuat keputusan, bertindak mengikut peraturan
dan memberi arahan kepada pekerja bawahan. Autoriti ini wujud akibat daripada kedudukan
seseorang dalam organisasi. Semakin tinggi jawatan seseorang individu berada dalam carta
organisasi, semakin besar autoriti yang dimilikinya. Namun begitu, autoriti seseorang itu
tertakluk kepada bidangnya sahaja, iaitu dia tidak berhak untuk memberi arahan dalam bidang
yang tidak berkaitan.
2. Tanggungjawab
Tanggungjawab merupakan kewajipan seseorang pekerja atau subordinat untuk melaksanakan
kerja yang diserahkan kepadanya oleh pihak atasan melalui autoriti. Berdasarkan kajian yang
telah dijalankan, pemimpin dan subordinat Uni Asia amat bertanggungjawab dalam
melaksanakan suatu tugasan.
3. Akauntabiliti
Akauntabiliti adalah amalan di mana seseorang pengurus bertanggungjawab ke atas sebarang
tindakan yang diambil apabila menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Pengurus
mempunyai akauntabiliti terhadap penggunaan autoriti dan tindakan pekerjanya, manakala
pekerja mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugasan yang dibuat.
Nape numbering jadi 4 semula???
4. Pemusatan dan Pemencaran Autoriti
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
13/18
1. Pemusatan autoriti (centralization) ialah system yang menunjukkan autoriti dan kawalan
dikuasai oleh segolongan kecil pihak pengurusan atasan.Kebanyakan keputusan dibuat oleh ibu
pejabat. Autoriti yang diturunkan kepada subordinat adalah sedikit dan terbatas. Syarikat Uni
Asia telah menggunakannya dan terdapat beberapa kebaikan.
a) Kawalan lebih berkesan dan mengurangkan keperluan membuat keputusan.
b) Pelan tindakan lebih seragam.
c) Keputusan lebih selari dan memenuhi tuntutan oraganisasi secara keseluruhan.
d) Mengurangkan risiko kesilapan yang dilakukan oleh staf bawahan yang tidak
berkebolehan.
Namun pemusatan autoriti juga mempunyai kelemahan, antaranya:
a) Tidak memberi peluang kepada staf bawahan untuk mendapat pengalaman.
b) Kurang memotivasikan subordinat dan mereka berasa tidak dipedulikan.
c) Pembuatan keputusan adalah lebih rumit dan memakan masa agak panjang.
d) Membebankan pihak pengurusan atasan.
2. Pemencaran autoriti ialah sistem yang mengamalkan penyerahan autoriti dan kawalan kepada
pengurus bawahan. Kauasa yang diturunkan termasuklah kuasa membuat keputusan dan
penglibatan pengurus bawahan dalam penetapan objektif organisasi. Terdapat beberapa
kebaikan autoriti:
a) Mengurangkan beban pengurusan pihak atasan.
b) Melatih pengurus bawahan.
c) Subordinat memperoleh banyak pengalaman dan lebih bermotivasi kerana diberi kuasa
untuk membuat keputusan.
d) Tindakan dan keputusan dapat diambil dengan lebih cepat.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
14/18
Bagi kelemahan pemencaran autoriti pula:
a) Wujud masalah kewangan.
b) Berlaku pertindahan tugas.
c) Kekecapan menurun juka subordinat adalah kurang mahir.
5. Penugasan Delegasi
Penugasan atau delegasi autoriti adalah pemberian autoriti daripada pengurus kepada subordinat
untuk membuat keputusan dan melakukan sesuatu tugas dengan lebih berkesan. Di sini terdapat
beberapa kebaikan delegasi autoriti:
a) Pengurus dapat mengagihkan sebahagian tugasnya kepada subordinat dan membolehkannya
menumpu pada hal-hal yang lebih penting. Dengan ini, pengurus akan berasa kurang
tertekan.
b) Subordinat memperoleh peluang untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan kerja, dan
kenaikan pangkat. Hal ini seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk bekerja.
c) Penugasan autoriti juga dapat membentuk sikap positif dalam kalangan pekerja. Ini dapat
mengingatkan keyakinan dan komitmen seseorang pekerja.
Namun begitu, penugasan autoriti ini juga membawa kelemahan, iaitu subordinat mungkin tidak dapat
melaksanakan tugas dengan baik dan melakukan kesilapan yang akan menjejaskan reputasi pengurus
dalam organisasi tersebut.
6. Empowermen
Menurut Clutterbuck, D. & Kernaghan, S. 1994: Empowerment, empowermen boleh ditakrifkan
sebagai satu cara penumpuan kuasa kepada individu tertentu dengan memberikannya, autoriti,
tanggungjawab, sumber dan kuasa. Empowermen juga bermaksud delegasi tanggungjawab untuk
membuat keputusan serta penurunan kuasa yang terkawal. Secara ringkasnya, empowermen
bermaksud pemberian kuasa kepada subordinat untuk membuat keputusan dalam melaksanakan
tugas. Empowermen mempunyai beberapa kebaikan iaitu:
a) Meningkatkan kualiti, produktiviti, dan mengurangkan kos.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
15/18
b) Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja.
c) Menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan pekerja.
d) Meningkatkan keberkesanan organisasi kerana penghapusan halangan-halangan dan
prosedur serta peraturan yang melambatkan kerja staf.
5.4 GAYA KEMPIMPINAN PEMIMPIN TERTINGGI ORGANISASI
5.4.1 Definisi Kepimpinan dan Pemimpin
Kepimpinan adalah satu proses di mana pemimpin akan mempengaruhi perlakuan pekerja atau
subordinat supaya mereka melaksanakan tugas demi mencapai matlamat organisasi. Pemimpin
yang berkebolehan akan Berjaya akan mempengaruhi pekerjanya untuk mematuhi setiap arahan
yang diberikan. Menurut Certo, kepimpinan adalah proses pengarahan tingkah laku individu lain
kea rah penyempurnaan sesuatu objektif. Secara kesimpulannya, ciri-ciri kepimpinan ialah:
a) Melibatkan pihak lain, iaitu subordinat atau pekerja bawahan.
b) Melibatkan pengagihan kuasa antara pemimpin dengan subordinatnya. Pemimpin
mempunyai autoriti untuk mengarah subordinatnya.
c) Pemimpin mempunyai pengaruh terhadap perlakuan atau tingkah laku pekerja.
5.4.2 Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Uni Asia General Insurance
5.4.2.1 Definisi dan kategori gaya kepimpinan
Gaya kepimpinan merupakan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin untuk mempengaruhi
pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas. Terdapat pelbagai gaya kepimpinan yang
digunakan oleh pengurus mengikut keadaan atau situasi. Namun, gaya kepimpinan ini dapat
dibahagikan kepada empat gaya utama, iaitu:
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
16/18
a) Gaya Kepimpinan Autokratik
Gaya kepimpinan ini mempunyai ciri di mana semua autoriti berpusat pada pengurus yang
berkuasa mutlak. Keadaan ini bermaksud pemimpin membuat semua keputusan sendiri.
Tindakan yang biasanya digunakan dalam gaya kepimpinan ini ialah hukuman dan ganjaran.
b) Gaya Kepimpinan Demokratik
Gaya kepimpinan ini di mana autoriti diagihkan kepada semua peringkat pengurusan.
Subordinat terlibat dalam membuat keputusan melalui perbincangan dengan pengurus.
Dalam gaya ini, komunikasi dua hala antara pengurus dengan subordinat diwujudkan.
c) Gaya Kepimpinan Laissez-faire
Bermaksud autoriti sepenuhnya pada subordinat. Pemimpin memberi kebebasan sepenuhnya
kepada subordinat untuk membuat keputusan. Komunikasi semua hala dan paling minimum
antara pengguna dengan subordinat diamalkan. Subordinat bebas menggunkan kemahiran
dan kepakarannya untuk membuat keputusan.
d) Gaya Kepimpinan Kontingensi
Teori ini hanya menekankan bahawa keberkesanan kepimpinan adalah bergantung kepada
pemadanan gaya kepimpinan dengan situasi yang betul.
5.4.2Analisis Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Uni Asia General Insurance Sdn. Bhd.
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
17/18
Carta???
Dengan hasil kajian yang telah dilakukan, gaya kepimpinan di syarikat Uni Asia telah dikenalpasti
melalui borang soal selidik tang telah dijalankan di syarikat tersebut. Jawapan soal selidik telah
ditunjukkan bahawa gaya kepimpinan pemimpin mereka adalah laissez-faire. Ini terbukti kerana
pemimpin di syarikat tersebut sering menggunakan komunikasi dua hala iaitu memberikan hak
kebebasan terhadap mereka dalam membuat keputusan. Soalan 1 menunjukkan hanya 6 orang
responden sahaja yang bersetuju atas pemimpin membuat keputusan dengan sendiri tanpa berbincang
dengan pekerja bawahan sedangkan lagi 16 responden tidak bersetuju dengan penyataan berikut.
Seterusnya soalan 2, menunjukkan hanya seramai 6 orang responden sahaja yang bersetuju dengan
kawalan yang di rapi dibuat terhadap penugasan subordinat manakala selebihnya 14 orang responden
tidak bersetuju kerana pemimpin mereka sentiasa mempercayai pekerja-pekerjanya serta kebolehan dan
kepakaran mereka dalam melaksanakan tugas. Soalan 3 menunjukkan seramai 19 orang responden
bersetuju dan seorang tidak bersetuju dengan wujudnya komunikasi dua hala antara pihak atasan dan
bawahan. Manakala soalan 4 seramai 20 orang responden bersetuju bahawa pemimpin mereka
mempunyai sifat terbuka dan menerima idea baru. Soalan 5 terdapat 19 responden bersetuju dan seorang
sahaja yang tidak bersetuju dengan subordinat pekerja menggunakan kemahiran dan kepakaran dalam
membuat keputusan. Seterusnya soalan 6 seramai 16 responden bersetuju dan 4 lagi responden tidak
bersetuju dengan tugasan yang diberikan sepenuhnya pada pihak subordinat atas sebab mereka
melakukan tugasan dengan sepenuhnya dengan bantuan orang lain. Soalan 7 seramai 14 responden
bersetuju bahawa pemimpin memadankan gaya membuat keputusan mengikut situasi yang betul,
manakala lagi 6 orang responden tidak bersetuju. Soalan terakhir hanya seramai 14 responden sahaja
yang setuju bahawa pemimpin mementingkan hubungan antara pemimpin dengan staf tetapi hanya 6
responden tidak bersetuju ini kerana mereka tidak akrab dan rapat dengan pemimpin mereka.
6.0 rumusan dan cadangan
7/29/2019 p.perniagaan Jannah
18/18
bibliografi
Top Related