Download - Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Transcript
Page 1: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 2: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Program Kesejahteraan Rakyat

Program Pembangunan Masyarakat

Dan Institusi

Lawatan Turun Padang

Mesyuarat–Mesyuarat Utama

Pengurusan Organisasi

Pembangunan Projek/Program Persekutuan

Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima

Tahun (RMLT)

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan

Negeri Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 1/2018

Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri

Pulau Pinang (MTPNg) Bilangan 1/2018

Program Rekreasi Pegawai Persekutuan Dan Negeri

Pulau Pinang Di Taman Negara Teluk Bahang

Pegawai Bertukar Keluar/Masuk

Program/ Aktiviti Warga 5P

Senarai Kandungan

3

3

Penyerahan sumbangan Mobile Team kepada 30 KIR

eKasih dan B40 Sempena Program Mobile CTC Siri 1

Tahun 2018 Peringkat Parlimen Balik Pulau

Lawatan Mobile Team ke Rumah Pelajar-pelajar

eKasih dan B40 Sek. Keb. Ayer Itam, Pulau Pinang

Lawatan ke rumah mangsa-mangsa ribut di Kg. Guar

Kepah, Penaga

Lawatan Mobile Team ke Rumah KIR eKasih Parlimen

Permatang Pauh, Pulau Pinang

4

4

Majlis Pelancaran Sijil Kemahiran Intensif Lepasan

Sekolah (Skils)

Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif Lepasan

Sekolah (SKILS)

Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak

(MCTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1/2018

Program Seminar Transformasi Rakyat (STAR Camp)

Negeri Pulau Pinang 2018 di Parlimen Kepala Batas,

Nibong Tebal dan Balik Pulau

Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

2018 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Banjir 2017 Peringkat

Negeri Pulau Pinang

5

5

6

7

8

Majlis Perjumpaan Pengerusi MTPNg Bersama Ketua

Jabatan / Agensi Persekutuan Negeri Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Masjid Penaga, Masjid Dato' Sheikh

Adnan Parlimen Kepala Batas

Pengisytiharan Kebenaran Solat Jumaat Pertama

Masjid Kubang Ulu Parlimen Permatang Pauh

10

11

11

Pembangunan Projek/Program Persekutuan

Upacara Pembukaan Jalan (Flag Off) Projek

Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT006 Dari Teluk

Kumbar Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau

Pinang

Majlis Pelancaran Projek Tabung Penyelenggaraan

1Malaysia (TP1M) Taman Desa Genting, Balik Pulau

Majlis Penyerahan Projek Tabung Penyelenggaraan

1Malaysia (TP1M) Flat Teratai Taman Desa Sena,

Tasek Gelugor

Majlis Perasmian Dewan Terbuka di Perumahan Polis

Bayan Indah, Bayan Lepas & Penyerahan Bantuan

Khas Banjir Kepada Anggota Polis

12

9

13

13

14

15

Ringkasan Prestasi RP3 RMK-11 Pulau Pinang

(Sehingga 31 Mac 2018)

16

Lawatan YB Dato' Roslan bin Saidin ke kawasan banjir

di Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal bersama

pemimpin tempatan,Timbalan Pegawai Kemajuan

Negeri dan Pejabat Kemajuan Zon Seberang Perai

Lawatan YBhg. Dato' Syed Shaari bin Syed Abdullah,

Pegawai Kemajuan Negeri ke Projek-projek

Touchpoint 2.0 di Permatang Berangan dan

Permatang Tinggi A

Lawatan Kerja YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)

Ke Parlimen Balik Pulau

Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

Ke Pulau Pinang

Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

Ke Parlimen Batu Kawan

17

17

Majlis Penyampaian Bayaran Khas Secara One-Off

Kepada Imam, Bilal, Siak/ Noja/ Merbot Guru Kafa,

Guru Takmir, Penggali Kubur & Pengurus Jenazah

di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2018

18

19

20

21

22

23

24

Sidang Redaksi

21

Page 3: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 4: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 5: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 6: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama 5P telah

menganjurkan Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak

(MCTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1/2018 di kawasan

Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi Bin

Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Merangkap Ahli

Parlimen Balik Pulau dan turut disertai oleh pemimpin tempatan

persekutuan yang lain. Program Mobile CTC ini dilaksanakan

bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama

Kerajaan berbentuk customer oriented kepada komuniti

setempat dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke

pejabat Kerajaan yang lain pada hari tersebut. Program Mobile

CTC juga merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru

(NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti

perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategik antara

Jabatan / Agensi Kerajaan. Penganjuran Program Mobile CTC kali

ini menjadi penganjuran pertama untuk tahun 2018 bagi seluruh

Malaysia. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua

Jabatan/Agensi berkaitan Kerajaan dan badan bukan kerajaan

yang terlibat amat jitu dengan penyertaan 54 buah agensi yang

menyediakan 37 buah khemah booth pameran dan 17 kenderaan

perkhidmatan mobile untuk masyarakat setempat. Antara

program/akiviti yang berlangsung adalah pemeriksaan jantung

dari pihak Institut Jantung Negara secara percuma, pemeriksaan

am kesihatan dan pergigian, pertandingan paintball,

pertandingan mewarna, cabutan bertuah, pemberian sumbangan

kepada golongan sasar dan sebagainya. Program pada sebelah

petang turut mengundang artis-artis jemputan di bawah kelolaan

pihak IM4U Malaysia seperti Lisa Surihani, Adira, dan beberapa artis lain.

Page 7: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 8: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia peringkat Negeri

Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Dato’ Haji Mohd Salleh, Jalan

Permatang Keling, Nibong Tebal bagi menyampaikan baucer BR1M

kepada penerima yang layak. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg.

Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman selaku Pengerusi Majlis Tindakan

Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang. Seramai lebih 700

penerima baucer BR1M dari Parlimen Nibong Tebal telah hadir

termasuklah golongan kurang upaya dan warga emas dari pelbagai

kaum dan agama. Jumlah keseluruhan penerima BR1M bagi Negeri

Pulau Pinang yang layak bagi Fasa 1 bagi tahun 2018 adalah

berjumlah 259,350 orang dengan peruntukan sebanyak RM236.89juta

meliputi mereka yang menerima secara pindahan akaun dan

penerima baucer. Usaha kerajaan dalam membantu rakyat melalui

pemberian BR1M ternyata dapat meringankan bebanan kenaikan kos

sara hidup pada masa kini. Inisiatif pemberian bantuan ini jelas

menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap beban rakyat dan

sentiasa berusaha melakukan yang terbaik demi menjaga

kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat di Malaysia.

“Kerajaan Persekutuan telah

memperuntukan sebanyak

RM6.8 Bilion bagi Program

Bantuan Rakyat 1Malaysia

yang memberi manfaat

kepada 7.4 juta rakyat

sebagai penerima.”

Page 9: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Banjir 2017 peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di

perkarangan Masjid Kepala Gajah, Nibong Tebal. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang

bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA) telah bekerjasama bagi menyalurkan bantuan daripada kerajaan Persekutuan kepada

mangsa-mangsa banjir yang terlibat dalam bencana yang telah melanda pada 3 dan 4 November

2017 lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg). Turut hadir YBhg. Dato' Syed

Shaari bin Syed Abdullah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (ICU JPM), Encik Pang Ah Lek

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang (APM) diiringi wakil daripada Agensi Pengurusan

Banjir Negara (NADMA). Lebih 270 orang penerima telah hadir bagi menerima bantuan di majlis

tersebut yang diharap dapat membantu menampung kos kehilangan dan kerosakan harta benda

semasa bencana banjir pada tahun lalu. Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin terhadap nasib

rakyat dan telah memperuntukkan sejumlah RM5.387 juta kepada 21,548 ketua isi rumah

merangkumi mangsa yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan mahupun mereka yang tidak

berpindah semasa banjir di Pulau Pinang. Majlis penyerahan bantuan banjir telah dilaksanakan

sepanjang bulan Mac 2018 bagi kesemua parlimen di Pulau Pinang.

Page 10: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Majlis Perjumpaan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri

(MTPNgPP) Bersama Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan Negeri

Pulau Pinang yang pertama bagi tahun 2018 telah dirasmikan

oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis

Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNgPP) dan

dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil ketua-ketua jabatan/agensi

persekutuan Negeri Pulau Pinang. Pada majlis perjumpaan ini,

pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang

telah membentangkan taklimat Pelaksanaan Projek Rancangan

Tebatan Banjir dan Cadangan Projek Mitigasi Banjir Pulau

Pinang. Pembentangan ini adalah sebagai sesi info sharing

susulan daripada insiden banjir besar yang melanda Pulau Pinang

pada 4 hingga 5 November 2017 serta beberapa siri banjir lain

pada tahun yang sama. Pada majlis ini juga, dua jabatan telah

terpilih untuk menerima penghargaan khas daripada MTPNg

Pulau Pinang iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang yang

merangkul Penghargaan Khas Jabatan/Agensi Terbaik Dalam

Pemantauan Dan Pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan

Persekutuan Di Pulau Pinang, manakala Jabatan Ketua Pengarah

Tanah dan Galian Pulau Pinang pula menerima Penghargaan Khas

Ketua Jabatan Aktif dan Responsif Dalam Pelaksanaan Projek-

Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan Di Pulau Pinang.

Penganugerahan penghargaan khas kepada kedua-kedua jabatan

ini diberikan atas komitmen padu dan usaha mereka dalam

memberikan kerjasama dan respons terhadap pelaksanaan

projek-projek Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang melalui pelbagai siri mesyuarat yang diadakan di pelbagai peringkat.

Page 11: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 12: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah menyiapkan

Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT006 Dari Teluk

Kumbar Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,

Bayan Lepas Pulau Pinang pada 23 Disember 2017 lalu.

Lanjutan itu, satu Upacara Pembukaan Jalan (Flag Off)

telah diadakan dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri

Zainal Abidin bin Osman selaku Pengerusi Majlis Tindakan

Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) dan turut

dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Persekutuan tempatan

serta pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Pembangunan

Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Ibupejabat JKR dan

Jabatan-jabatan Persekutuan lain. Ini adalah satu projek

jalan Persekutuan yang menghubungkan Teluk Kumbar ke

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merangkumi

pembinaan jalan sepanjang 3km. Jalan sedia ada adalah

jalan jenis satu lorong dua hala (JKR R3 standard).

Perlaksanaan projek ini adalah untuk tujuan penyuraian

trafik dari Jambatan kedua Pulau Pinang ke Balik Pulau.

Keperluan perlaksanaan projek ini begitu ketara dengan

keadaan laluan jalan sedia ada yang agak sempit dan aliran trafik menjadi begitu sesak semasa waktu puncak.

Page 13: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 14: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Pejabat Pembangunan Daerah Zon Pulau dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

telah menganjurkan Majlis Perasmian Dewan Terbuka di Perumahan Polis Bayan Indah, Bayan

Lepas. Majlis perasmian dewan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin

Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau. Turut hadir pada

majlis tersebut YB Datuk Sr. Dr. Muhammad Farid bin Saad, ADUN Pulau Betong, YB Haji Nordin

bin Ahmad, ADUN Bayan Lepas, YB Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah, ADUN Teluk

Bahang, YBhg Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Yang

Dihormati DCP Dato’ Roslee bin Chik, Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang dan YBhg Datuk

Muhammad Yusoff bin Wazir, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana, Agensi

Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Pada majlis tersebut juga, YB Ahli Parlimen Balik Pulau

turut menyampaikan bantuan khas banjir kepada Anggota Polis seramai 207 orang. Sebagai

makluman, kos kontrak bagi pembinaan dewan terbuka berjumlah RM200,000.00 telah siap pada

tarikh sebenar 18 Disember 2017.

Page 15: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Majlis Bayaran Khas Secara One-Off Kepada Imam, Bilal, Siak, Guru KAFA, Guru Takmir, Penggali

Kubur dan Pengurus Jenazah telah bermula pada 9 Mac 2018 yang lalu di Parlimen Nibong Tebal

dengan upacara perasmian oleh Pengerusi MTPNg, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Osman. Majlis

yang turut diadakan di setiap 13 kawasan Parlimen di Pulau Pinang secara berperingkat telah

menutup tirai pada 23 Mac 2018 di Parlimen Jelutong. Secara keseluruhan, seramai 3,777 orang

penerima telah memperoleh manfaat daripada sumbangan Kerajaan Persekutuan ini. Penerima

bagi kategori Imam, Bilal, Siak, Guru KAFA dan Guru Takmir telah dibayar RM1,000 secara tunai

manakala baki RM500 akan dijelaskan menjelang Aidilfitri nanti. Manakala penerima bagi kategori

Penggali Kubur dan Pengurus Jenazah pula telah memperoleh RM400 secara one-off.

Page 16: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 17: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 18: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

Pada 4 Mac 2018 (Ahad) telah berlangsungnya Program Seminar Transformasi Rakyat (STAR Camp)

di Politeknik Balik Pulau yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Sujurus selepas perasmian program tersebut, YBhg. Tan Sri

Zainal Rahim bin Seman telah menghadiri satu lawatan ke Program Bantuan kepada Kakitangan

Awam dan Pesara Kerajaan di sekitar Parlimen Balik Pulau yang telah diselaraskan sepenuhnya oleh

Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Daerah Barat Daya

(DBD). Turut hadir dalam lawatan ini ialah YB Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan

Negeri, YB Datuk Dr. Sr. Muhamad Farid bin Haji Saad, ADUN Pulau Betong, YBhg. Dato’ Syed Shaari

bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang serta Pegawai-Pegawai Kanan dari

Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 2 buah rumah kakitangan dan pesara Kerajaan

telah dibaik pulih dan 3 pesara Kerajaan yang terlantar sakit dan uzur telah menerima bantuan.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan keperluan asas dan juga sedikit sumbangan kewangan kepada kakitangan dan pesara Kerajaan yang terlantar sakit.

Page 19: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Menteri Merangkap Menteri

Dalam Negeri telah mengadakan Program Turun Padang di Dewan Millenium Kepala Batas. Program ini

turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri,

merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi MTPNg Pulau

Pinang, YBhg. Dato' Mohammad Razin bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, YB Dato'

Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Syed Shaari Bin Syed

Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang serta Pemimpin-pemimpin Persekutuan Pulau Pinang.

Dalam ucapan perasmian, YAB TPM menyatakan bahawa antara inisiatif terbaharu Jabatan Pendaftaran

Negara adalah proses mendapatkan Mykad kini boleh dibuat dalam tempoh hanya 45 minit. Namun begitu

ujarnya, soal keselamatan dan kualiti Mykad tidak pernah dipandang ringan biarpun ia diproses dalam masa

yang singkat. Transformasi yang dilaksanakan ini terutamanya dalam urusan dokumen pengenalan diri telah

mendapat pengiktirafan banyak badan-badan dunia. Dalam Program Turun Padang ini juga, Pelbagai agensi

Kerajaan dan swasta turut datang menyampaikan perkhidmatan secara bergerak seperti Lembaga

Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA),

Klinik Pergigian Bergerak Butterworth, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pilihan Raya

Malaysia (SPR), RELA Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Tabung Haji, GIATMARA, TEKUN, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan banyak lagi.

Page 20: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

17 Mac 2018 (Sabtu): YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana (TPM) Menteri telah

mengadakan Program Turun Padang ke Parlimen Batu Kawan. Program ini turut dihadiri oleh YBhg.

Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang

(MTPNg), YBhg. Dato’ Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang,

Pemimpin Tempatan Persekutuan serta pelbagai lapisan masyarakat di Parlimen Batu Kawan. Dalam

majlis ini, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Bayaran Khas Secara One-Off kepada

Imam, Bilal, Siak / Noja / Merbot Guru KAFA, Guru Takmir, Penggali Kubur dan Pengurus Jenazah serta

penyerahan Bantuan Khas Banjir bagi Parlimen Batu Kawan. Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan

Perdana Menteri telah megumumkan kelulusan Meroboh Dan Membina Baharu Masjid Perai, Seberang

Perai Tengah, Pembinaan Sekolah Kafa Masjid Jamek Kampung Sekolah Juru dan Sumbangan Kewangan

Bagi Pelaksanaan Program/ Aktiviti Kelab/ Persatuan Dalam Kawasan Parlimen Batu Kawan, Pulau

Pinang. YAB Timbalan Perdana Menteri berlepas pulang ke Putrajaya pada jam 7.30 malam.

Page 21: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 22: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri

5P telah menganjurkan Program Rekreasi Pegawai Persekutuan dan Negeri di Taman Negara Teluk

Bahang. Program yang bertemakan ‘Mencergaskan Fizikal Mencerdaskan Intelektual’ diadakan

bertujuan untuk merapatkan ukhuwah, jalinan kerjasama serta mewujudkan networking di antara

Pegawai-Pegawai Persekutuan dan Negeri di Pulau Pinang. Program ini dimulakan dengan aktiviti

senamrobik dan taklimat ringkas oleh petugas taman negara. Peserta kemuadiannya dibahagikan

mengikut kumpulan dan dibawa untuk mendaki bukit. Setelah tiba di pantai keracut, semua

peserta bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan pantai, mengecat tandas dan

menanam semula pokok bagi menambah keindahan kawasan pantai. Program ini telah dirasmikan

oleh YB. Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg. Dato’ Syed Shaari bin

Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bagi memeriahkan program

ini, Ketua-ketua jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pulau

Pinang.

Page 23: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri
Page 24: Program - ppg.icu.gov.my · Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS) Touchpoint Program6 Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC) Peringkat Negeri