PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) PENGENALAN
Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.
KONSEP PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM TKPM
Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut:-
Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM;Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.;Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan)
MATLAMAT/OBJEKTIF PROGRAM TKPM
Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekalMembantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualitiMembangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersilMeningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulanMenggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TKPM
Peserta berpengalaman dan terlatihMempunyai minat dan kesungguhanMempunyai modal dan sanggup meminjamMempunyai sikap ‘terbuka dan positif'Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian
Pemilihan peserta dijalankan oleh Jawatankuasa Temuduga yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri dan ahli-ahli terdiri daripada Jabatan / Agensi dibawah MOA Inc.
STRATEGI PELAKSANAAN DAN PENGELUARAN PROGRAM TKPM
Strategi pelaksanaan dan pengeluaran program TKPM adalah seperti berikut:-
Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan Berdasarkan ‘Market driven'Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan
Mewujudkan rantaian makanan (From Farm to Table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makananPerladangan berskala besar dan komersilPenglibatan pihak swasta Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkiniAmalan pertanian baik
STRATEGI PEMASARAN PROGRAM TKPM
Strategi pemasaran bagi program TKPM adalah melalui 3 kaedah seperti berikut:-
Pemasaran atas inisiatif sendiri (pasaran domestik dan eksport)Pemasaran secara ‘contract farming' (FAMA, Syarikat Individu)Pemasaran melalui anchor company:-- Swasta- Government-Linked Company (GLC)
PEGAWAI PENGHUBUNG
Putrajaya1 Nama Pegawai Tuan Hj. Azmi bin Daud Jawatan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-887033410 Email [email protected] No. Faks 03-88888319 2 Nama Pegawai Puan Saiarah Asri Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703476 Email [email protected] No. Faks 03-88888319 3 Nama Pegawai Encik Mohd Noor Azlan bin Othman Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703464 Email [email protected] No. Faks 03-88888319 4 Nama Pegawai Puan Izzat Shafaah binti Ibrahim
Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703472 Email [email protected] No. Faks 03-88888319
PEGAWAI PENGHUBUNG
Nama : Encik Mohd Hafizul bin Husin
No. Tel : 03-8870 3552
No. Fax : 03-8870 3377
Emel : [email protected]
Alamat : Bahagian Pengembangan Pertanian Dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian,
Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
Top Related