HOSPITAL PENGAJAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(HPUPM)
Project Lessons Learned
Report
HPUPM Project Team, JKR Malaysia
HPUPM Project Review – Lessons Learned
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan ini bertujuan menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi serta
perkara-perkara yang kurang baik boleh diambil iktibar seterusnya diperbaiki
untuk projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya melalui bengkel
yang telah dilaksanakan pada 9 Oktober 2018 bagi projek Pembinaan Hospital
Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) yang telah dihadiri oleh Pasukan
projek JKR HPUPM, HOPT, Bahagian Pembangunan UPM, Hospital Pengajar
UPM dan kontraktor utama, AIM Concepts Sdn Bhd Bersama dengan pasukan
perunding-perunding. Selain itu juga, laporan ini juga mencadangkan beberapa
penambahbaikan yang perlu diambil kira bagi projek-projek seumpamanya di
masa hadapan.
LATARBELAKANG PROJEK
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM ditubuhkan pada 1 Ogos
1996 yang mempunyai 15 jabatan (12 jabatan klinikal dan 3 bukan klinikal).
UPM juga merupakan satu-satunya Universiti Penyelidikan yang menawarkan
program pengajian bidang perubatan yang masih belum mempunyai Hospital
Pengajar walaupun telah beroperasi lebih 17 tahun. Hospital Pengajar merupakan
keperluan bagi membolehkan FPSK memperluaskan program akademiknya serta
memberi kemudahan kepada pelajar.
Kemudahan di Hospital Serdang telah mencapai tahap “Ketepuan” dan
kemudahan yang ada hanya tertumpu kepada kardiotorasik dan sub bidang
tertentu sahaja. Kekurangan prasarana semasa (peralatan dan ruang) yang
optima di Hospital Serdang juga telah menjejaskan aktiviti pengajaran &
pembelajaran bagi sarjana perubatan dan klinikal. Hospital Pengajar baru
(HPUPM) memperlengkapkan kemudahan dan perkhidmatan Hospital Serdang
seperti Kecemasan dan Forensik serta bukan menjadi pesaing di mana fokus
diberikan kepada bidang sub-kepakaran yang tidak disediakan oleh Hospital
Serdang.
Secara prinsip, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara, JPPN dalam
Mesyuarat Bil. 11/2012 pada 11 September 2012 telah bersetuju dengan cadangan
penubuhan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dengan
kemudahan 400 katil dan Lab Pengurusan Nilai perlu dilaksanakan bersama
Seksyen Pengurusan Nilai Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
bagi menentukan keperluan sebenar peruntukan yang diperlukan.
Lembaga Pengarah, UPM dalam Mesyuarat Ke-93 pada 20 November 2012 telah
meneliti dan bersetuju dengan cadangan tapak projek HPUPM di atas tanah seluas
95 ekar iaitu sebahagian daripada Lot 48693 (PT535)yang terletak di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang.
Cadangan penawaran program siswazah perubatan yang dimohon oleh pihak
UPM telah disokong dan diluluskan oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) secara bersurat
bertarikh 28 November 2012. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan
Perdana Menteri telah menyokong cadangan UPM untuk membina Kuarters Kelas
F dan G seta asrama jururawat dengan syarat-syarat tertentu di dalam surat
BPH/RK. 09-02 (60) bertarikh 27 Disember 2012.
UPM telah menghantar surat Permohonan Perjawatan kepada Pengarah,
Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 11
Januari 2012 bagi memohon penjawatan seramai 2,643 orang di mana 508 adalah
daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional manakala 2,135 adalah daripada
kumpulan sokongan
PENGENALAN PROJEK
Cadangan Pembangunan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)
telah dibentang sebanyak dua (2) kali di dalam Jawatankuasa Perancang dan
Pembangunan Negara (JPPN) dan diputuskan bahawa pembinaan hospital
pengajar dan perolehan peralatannya perlu melalui proses pengurusan nilai bagi
mengenal pasti keperluan dan kos sebenar projek.
HPUPM merupakan hospital tertiari berkapasiti 400 katil bersebelahan dengan
Hospital Serdang dan perkhidmatan yang ditawarkan berkonsepkan
“perkongsian”. HPUPM bersifat memperlengkapkan kemudahan dan
perkhidmatan bagi Hospital Serdang dan bukan menjadi pesaing di mana fokus
diberikan kepada bidang sub-kepakaran yang tidak disediakan oleh Hospital
Serdang. HPUPM dan Hospital Serdang akan berkongsi kemudahan tertentu
secara guna sama seperti Kecemasan, Forensik dan Nutrasi.
Lokasinya terletak di PT 535, Mukim Dengkil, Daerah Sepang dengan tapak seluas
95 ekar. Ia mempunyai 11 kepakaran mengikut disiplin dan lebih daripada 30 sub-
kepakaran. HPUPM akan menjurus kepada 4 pengkhususan utama iaitu Strok,
Zoonotik, Gerontologi dan Kanser.
OBJEKTIF PROJEK
Objektif utama projek ini adalah untuk :
a) Menyediakan prasarana (ruang dan peralatan) yang optima untuk
pengajaran & pembelajaran sarjana perubatan dan klinikal
b) Meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di
kawasan persekitaran
c) Meningkatkan peluang untuk menjalankan penyelidikan
SKOP PROJEK
HPUPM merangkumi pembinaan
i. Hospital/pusat perubatan pakar bagi 400 katil (96,000m2),
ii. Kuarters kakitangan Kelas F dan G (26,550m²),
iii. Asrama Jururawat. (2,550m²) lengkap dengan
iv. kerja luaran,
v. mekanikal,
vi. elektrikal,
vii. ICT,
viii. peralatan lain-lain kerja berkaitan.
PROSES KAJIAN
Kajian dilaksanakan dalam enam (6) fasa iaitu Fasa Maklumat, Analisis Fungsi,
Kreativiti, Penilaian, Pembangunan dan Persembahan kepada Stakeholders.
KAJIAN AWALAN
Mesyuarat pengenalan kepada projek ini telah diadakan pada 11 Oktober 2012
di UPE, JPM dan diikuti dengan lawatan ke tapak projek, Fakulti Perubatan &
Sains Kesihatan, UPM dan Hospital Serdang pada 22 November 2012 bagi
mengumpul maklumat projek, meninjau dan memahami masalah di tapak.
UPM dan para perunding telah menerangkan skop projek dan konsep
rekabentuk.
MAKMAL PENGURUSAN NILAI
Makmal Pengurusan Nilai (VM) bagi projek ini telah dimulakan dengan
perbincangan Schedule of Accomodation (SOA) pada 5 – 7 dan 13 - 14
Disember 2012, Makmal VM I pada 17 – 20 Disember 2012 dan Makmal VM II
pada 7 – 11 Januari 2013 kesemuanya di Fakuti Perubatan & Sains Kesihatan,
UPM Serdang. Seramai lebih daripada 50 orang peserta telah melibatkan diri
dalam makmal-makmal tersebut yang terdiri daripada para pegawai daripada
UPE (fasilitator), IWK, Tenaga Nasional Berhad, Majlis Perbandaran Sepang,
Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, UPM (pelanggan),
Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
(JKR) dan perunding pelbagai disiplin. Peserta telah dibahagikan kepada
empat (4) kumpulan iaitu Schedule of Accomodation (SOA)/Masterplan, Civil &
Structure, Mechanical & Electrical (M&E)/ICT dan Medical Equipment.
HASIL KAJIAN
1. Sebanyak 67 idea kreatif telah dihasilkan, 36 idea telah dinilai dan 28 idea telah
diperaku untuk dilaksanakan. Dengan mengambil kira idea-idea baru tersebut,
anggaran kos ialah sebanyak RM600 juta, iaitu pengurangan sebanyak
RM403.0 juta atau 40.18% dari kos asal yang dipohon UPM.
2. Di antara idea –idea yang dinilai dan diperaku untuk dilaksana adalah:
i. mengurangkan saiz ruang lantai hospital (klinikal dan bukan klinikal)
daripada 96,000m2 kepada 78,579m2 tanpa menjejaskan fungsi dan
prestasi perkhidmatan dalam mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. Cadangan pembinaan 180 unit kuarters Kelas F dan 45 unit kuarters
Kelas G digugurkan berdasarkan keutamaan semasa, yang mana
pembinaan hospital pengajar dan bangunan pentadbiran adalah lebih
menjadi keutamaan dan mengekalkan skop asrama jururawat.
iii. Menambah skop pembinaan perhentian teksi dan perhentian bas di
dalam kawasan hospital yang pada asalnya tiada.
iv. Menambah skop pembinaan pondok pengawal di pintu masuk utama,
“linkway”, “secondary exit” ke Bukit Expo dan laluan ke bahagian
services.
v. Menghadkan saiz keluasan tapak pembangunan HPUPM daripada 95
ekar kepada 45 ekar bagi pengurangan kerja-kerja Site Clearance &
Earthworks.
vi. Menambah skop pembinaan bangunan pencawang elektrik (PPU)
33kV (30m x 40m).
vii. Mengkaji semula butiran terperinci bagi skop kerja elektrikal dan
mekanikal.
viii. Mengkaji semula butiran terperinci bagi skop peralatan perubatan.
PENEMUAN VM LAB/LESSONS LEARNT
Beberapa penemuan telah dikenal pasti dalam makmal, di antaranya adalah:
i. Dapat memuktamadkan skop projek mengikut keperluan sebenar dan
keutamaan semasa projek.
ii. Dapat memuktamadkan kos projek selari dengan konsep Value for
Money.
iii. Dapat memperbaiki komunikasi antara perunding, stakeholder, end user
dan pengurus projek.
iv. Dapat menanamkan Sense of Belonging dalam perancangan projek.
PELAN TINDAKAN
Projek ini akan dilaksanakan oleh JKR dan dibantu oleh perunding/UPM
setelah diluluskan dalam RP3 RMKe-10. Pelan tindakan adalah seperti di
bawah:
i. Pelaksanaan Value Engineering – 2013
ii. Penyiapan pelan reka bentuk dan senarai kuantiti – 2014
iii. Proses perolehan – 2014
iv. Siap projek dan akaun muktamad – 2018
PERAKUAN DAN SIGN-OFF
1. Keputusan dan perakuan lab telah dibentangkan dan dipersetujui dengan skop
bangunan seperti di bawah:
i. Bangunan Non-Clinical (8,703 m²)
ii. Bangunan Hospital (Clinical) (69,876 m²)
iii. Asrama Jururawat (2,550 m²)
iv. Link Bridge (574 m²)
v. kerja luaran, mekanikal, elektrikal, ICT, peralatan dan lain-lain
kerja berkaitan dengan kos sebanyak RM600 juta
2. Perakuan ini telah ditanda tangani oleh Dato’ Mahamed bin Hussain,
Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, Dr. Mohd Gazali bin Abas, Pengarah Seksyen Pembangunan
Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Ir.
Mamman K.T. George, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan dan
Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr.
Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM)
pada Isnin, 4 Februari 2013 di Bangunan Pentadbiran, UPM.
OUTPUT DARI BENGKEL PLL
MAKLUMAT PROJEK
SKOP UTAMA PROJEK
i. Bangunan Non-Clinical (8,703 m²)
ii. Bangunan Hospital (Clinical) (69,876 m²)
iii. Asrama Jururawat (2,550 m²)
iv. Link Bridge (574 m²)
v. kerja luaran, mekanikal, elektrikal, ICT, peralatan dan lain-lain kerja
berkaitan,
Untuk tujuan laporan ini, perserta bengkel telah dibahagikan kepada
dua (2) kumpulan untuk mengkaji hasil daripada bengkel ini dan telah
difokoskan kepada 2 peringkat.
No.Kontrak JKR/IP/CKUB/202/2014
Nama Kontraktor AIM CONCEPT SDN. BHD
Alamat Kontraktor 140 Blok 6, Persiaran Selatan, Laman Seri Business Park, Section 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kelas Kontraktor Kelas A
Harga Kontrak Harga Kontrak Semasa
RM 488,000,000.00 RM 514,227,497.73
Tarikh Milik Tapak 27hb Oktober 2014
Tarikh Siap Kerja Asal 22hb April 2018
Tarikh Siap Kerja Semasa (EOT NO 1) 31hb Mac 2019
Tempoh Kontrak 182 minggu
Tempoh Tanggungan Kecacatan 24 Bulan
Tempoh Tanggungan Kecacatan Berakhir -
Denda Kelewatan Gantirugi Tempoh Tanggungan
RM 88,230 /hari
a. Peringkat perlaksanaan
b. Peringkat keseluruhan projek.
Setiap kumpulan dianggotai oleh JKR, kontraktor berserta
perunding-perunding, Bahagian Pembangunan UPM dan HPUPM.
Setiap ahli kumpulan telah memberi input untuk dibincangkan.
AFTER ACTION REVIEW (AAR) -
1.
What was supposed to happen?
1. The terms and parameters
within the tender/contract documents must be consistent.
2.
What actually happened?
1. Conflicting and unclear term
and parameters within the document.
3.
Why did it happen?
1. Rationalization between JKR
internal department not completely executed.
4.
What are the consequences
1. Dispute regarding
interpretation of the contract requirements among the stakeholders.
5.
What are the key lessons?
1. All terms and parameters
within the tender/contract document must be clear, concise and consistent.
6.
Suggestions for action
1. Proper synchronisation of the
tender document to be made between JKR internal department.
AFTER ACTION REVIEW (AAR)
1.
What was supposed to happen?
1. Conflict must be properly
resolved at early stages.
2.
What actually happened?
1. Insufficient conflict resolution
during early stages.
3.
Why did it happen?
1. Inexperience in making
decision. 2. Person in-charge failed to
make decision within time frame.
3. Indecisive on the part of the decision maker.
4.
What are the consequences
1. Project delay 2. Additional cost 3. Poor relationship among
project team
5.
What are the key lessons?
1. JKR to identify the right
person to manage the project.
6.
Suggestions for action
1. The right person at the right
place with good leadership and right attitude; technically and contractually sound.
AFTER ACTION REVIEW (AAR)
1.
What was supposed to happen?
1. WPP must have full authority
to make decision regarding site matters.
2.
What actually happened?
1. Involvement of HODT during
construction period.
3.
Why did it happen?
1. Unclear delegation of authority
by the SO. 2. Lack of understanding of SPB
form and applications. 3. Action can only be taken by
WPP after referring to HODT in order to solve issues.
4.
What are the consequences
1. Additional cost 2. Project delay 3. Unclear line of responsibility
5.
What are the key lessons?
1. Clear roles and responsibility
from top to bottom must be comply.
2. Roles and responsibilities in SOP must be adhered.
6.
Suggestions for action
1. WPP should be given
responsibility to make decision on site.
2. To form a dedicated project team for a complex project.
TEMPLATE TO BE USED FOR REPORT
4. MONITORING
PEMANTAUAN
WHAT WENT WELL?
APA BERLAKU DENGAN LANCAR
WHAT COULD HAVE BEEN DONE BETTER ?
APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK
1 Kerja vinyl perlulah dipastikan dipasang
oleh pekerja berkemahiran
2 Memastikan penggunaan bata AAC
berketebalan 250 mm untuk zon 24 jam dan
bilik 24 jam bagi mengelak pembiakan kulat
1 Penggunaan self-levelling grout sebelum
pemasangan vinyl dijalankan.
2 Penggunaan bata AAC berketebalan 250 mm
dan mengikut garis panduan JKR - pencegahan
pembiakan kulat.
3 Memastikan lepaan pada bata AAC
mengikut spesifikasi yang dibenarkan
4 Menjalankan ujian pull-out pada rod siling
dan peralatan M & E tidak digantung terus
pada system siling.
3 Penggunaan bahan bersesuian untuk lepaan
dan skim coat dan tidak melebihi 12 mm
(dinding luar) dan 6 mm (dinding dalam)
4 Pemakaian galvanised mild steel bagi ceiling
hanger perlulah ≥4 mm dan jarak antara rod
≤1200 mm. Peralatan M&E perlu ada system
gantung sendiri.
5 Pembinaan bumbung rata perlulah
mengikut lukisan dan kaedah kerja yang
telah diluluskan.
5 Merekabentuk kecerunan 1:200 pada
bumbung rata, penggunaan crystallisation
waterproofing di dalam konkrit dan
penggunaan waterproofing membrane pada
permukaan bumbung rata.
LESSONS LEARNT:
PEMBELAJARAN
1 Penggunaan self levelling dapat menghasilkan permukaan rata dan kemas untuk menerima
kemasan di atasnya.
2 Pembiakan kulat dan kodensasi dapat dicegah
3 Keretakan dapat dielakkan dan permukaan dinding yang kemas dan rata dapat dihasilkan.
4 Menghindar daripada system siling runtuh dan mengelak daripada komponen M&E
digantung terus pada system siling.
5 Kebocoran pada bumbung rata dapat dielakkan.
TEMPLATE TO BE USED FOR REPORT
5. OVERALL PROJECT ASSESSMENT
TAKSIRAN PROJECT SECARA KESELURUHAN
ISSUE THAT POSITIVELY IMPACTED PROJECT
ISU-ISU YANG MEMBAWA KESAN POSITIF
KEPADA PROJEK
ISSUE THAT NEGATIVELY IMPACTED PROJECT
ISU-ISU YANG MEMBAWA KESAN NEGATIF
KEPADA PROJEK
1. Sufficient fund and good pay master.
2. Good communication and understanding within project team and the stakeholders.
3. Adaptive to new ideas to maintain
and propel progress.
4. Adequately trained and experience
project management members.
5. Good Leadership at all level.
6. Good and fast response to issues.
7. Contribution/Connection charges
executed as per provisional sum; hence avoiding dispute.
1. Conflicting and unclear terms and parameters within the document.
2. Differing interpretation of requirement by the respective stakeholder.
3. Inefficient conflict resolution during
early stage.
4. Involvement and the outcome of the
Value Management Lab must have continuity.
5. Involvement of the HODT during
construction period.
6. Wrong person at wrong the place.
ADDITIONAL COMMENTS KOMEN TAMBAHAN
BENGKEL `PROJECT LESSONS LEARNED` JKR CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN 2018
- Projek Pembinaan Hospital Pengajar UPM (HPUPM)
BILIK MESYUARAT PEJABAT TAPAK PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL PENGAJAR UPM,
PT 535, JALAN SATELIT, 43400 SERDANG, SELANGOR
09 OKTOBER 2018
PESERTA BENGKEL `PROJECT LESSONS LEARNED` JKR CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN 2018
MASA : 8.30 pagi – 5.00 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat Pejabat Tapak,
Projek Pembinaan Hospital Pengajar UPM, Serdang TARKIH : 09 Oktober 2018
BIL. NAMA JAWATAN / GRED PEJABAT CAWANGAN
1 Ar. AZMAN BIN MD. HASHIM APK / J54 HPUPM CKP
2 Sr. FADZIAH BINTI JHAYA JUBP / J52 HPUPM CKP
3 MUHAMAD KHAIR BIN HASAN JAP / J52 HPUPM CKP
4 Ir. ZULKIFLI BIN ABDUL RAHMAN JEP / J52 HPUPM CKP
5 ALFA RIZAL BIN ZAINUDIN AK / J48 HPUPM CKP
6 MARLIANA BINTI MOHAMED JMK / J48 HPUPM CKP
7 Ir. AHMAD SHAHRIL AZLI BIN IDRIS JA / J44 HPUPM CKP
BIL. NAMA JAWATAN / GRED PEJABAT CAWANGAN
8 SYAHERZA BINTI SENAN JA / J44 HPUPM
CKP
9 KU AMIRREZA BIN KU MAHAZIR JM / J44 HPUPM CKP
10 ZASWINARTI BINTI JAPARUDIN PJA / JA36 HPUPM CKP
11 IRMAWATY BINTI AHMAD PJA / JA36 HPUPM CKP
12 NIK MOHD FAIEZ BIN MOHAMED ZALAMI PJA / JA36 HPUPM CKP
13 MOHD YUSDI BIN MOHD NOR PJE / JA36 HPUPM CKP
14 SITI HANIFFAH BINTI MAZLAN PJE / JA36 HPUPM CKP
15 FADILAH HANI BINTI SIAJAM AR / J44 BPP 5 CKP
BIL. NAMA JAWATAN / GRED PEJABAT CAWANGAN
16 MUHAMAD NOOR HIDAYATUDDIN BIN KITIRI
WIRANDA
PERUNDING
ALAM SEKITAR
17 YATIMULEA RAMLI JURUTERA PPPA UPM
18 THILAKAVENI A. RAMASAMY PENYELIA JURURAWAT HPUPM
19 MOHD HASRUL ADZHAR HASSAN PEGAWAI SAINS HPUPM
20 MUSTAFFA DOLLAH HPUPM
21 HAZRI ZAINUDIN JURU XRAY HPUPM
22 SUHAIMI BIN MASAN PD 2 ALIB
23 HAIZATUL DARSHIMA QS CONSULTANT KSKD
24 MUHAMMAD FAIZ AHMAD CONSULTANT MEDICONSULT
25 Ir. MOHAMMAD ANUAR YUSUF M & E AYA
BIL. NAMA JAWATAN / GRED PEJABAT CAWANGAN
26 MOHD DINUL SYAHIDI BIN SABARDIN JURUTERA MEKANIKAL PPPA UPM
27 SYED KHANAFIAH SYED GHDUB AIM CONCEPT SDN BHD M & E
28 ARIE WISUDIANTO AIM CONCEPT SDN BHD R. A (ARKITEK)
29 Ar. MOHD AZLI MD. ATAN PENGARAH (ARKITEK)
A & R ARCHITECT SDN
BHD
30 HERMY HINDARSIN PENGARAH PROJEK ACSB
31 MOHAMMAD ADNAN BIN RAMLI RE (CE) AYA ENGINEER
32 MOHAMAD EDDYPUTRA ABD HADI EQPT PLANNER MEDICONSULT
33 SITI NADZIRAH BINTI ISHAK
PROJECT
COORDINATOR ACSB
34 ZAFFARUDDIN BIN ZAMBERI ARKITEK
A & R ARCHITECT SDN
BHD
35 DATO’ HJ ABD RAHIM ACSB
URUSETIA :
BIL. NAMA JAWATAN / GRED PEJABAT CAWANGAN
36 Ir. HABIBAH BINTI BABA JAPK / J54 URUSETIA CKP
37 MAS ERA KARLINA BINTI MOHD FAUZI JAK / J48 URUSETIA CKP
38 AZIZAN BIN MAT RASHIB JEK / J48 URUSETIA CKP
39 ROSILAWATI BINTI MOHAMAD PJA / JA36 URUSETIA CKP
40 MOHAMAD SYAZWAN BIN SAAIDIN PJA / JA36 URUSETIA CKP
41 AMIRAH BINTI ABU HASAN AL SHAARI PPS / JA29 URUSETIA CKP
42 IZZATY IZYAN BINTI AMER HAMZAH PJA / JA29 URUSETIA CKP
PENCERAMAH / FASILITATOR :
BIL. NAMA JAWATAN / GRED PEJABAT CAWANGAN
43 Sr. Dr. KHAIRIL HIZAR BIN MD. KHUZAIMAH J48 PENCERAMAH ECKM
Top Related