PROSEDUR PERMOHONAN
SIJIL SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SPKK)
DAN
LESEN JURULATIH
NATIONAL COACHING LICENSING SCHEME
(pindaan 1 Januari 2012)
1 Pengenalan
Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan bidang
kejurulatihan. Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan
(LKK), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang
kejurulatihan di negara ini. Antaranya adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet
Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan
berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan
elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang
kejurulatihan secara penuh masa ataupun sambilan.
Dalam masa yang sama Cawangan Kejurulatihan juga telah membangunkan Skim
Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) bagi memastikan jurulatih yang
mempunyai kelulusan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)
dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan pada skim pekerjaan tersebut. Konsep
SLKK ini telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan dan
mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka tibalah masanya dilaksanakan supaya
semua jurulatih yang bertauliah di negara ini dapat didaftarkan di bawah pengkalan
data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi
pengiktirafan yang sewajarnya.
2 Apakah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)?
SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan.
Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik (Tahap I, II dan III) bagi
keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan
tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih. SPKK mengandungi
tiga komponen asas :
i) Kursus Sains Sukan
Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang
dikendalikan oleh Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara (MSN)
ii) Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik
Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan
strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan-persatuan Sukan
Kebangsaan (PSK) dan Badan Sukan di peringkat antarabangsa.
iii) Latihan Amali (Praktikum)
komponen-komponen SPKK
Sains Sukan Majlis Sukan Negara
Pengkhususan Sukan
Praktikum
Persatuan Sukan
Kebangsaan
Selepas menghadiri kursus kejurulatihan sukan spesifik, calon-calon perlu
menyerahkan laporan amali kejurulatihan yang dikelolakan oleh Persatuan
Sukan Kebangsaan masing-masing dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan
kepada Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara (MSN).
2.1 Sijil Penuh SPKK
Kursus Sains Sukan dan Kejurulatihan Sukan Spesifik mengandungi tiga tahap
pembelajaran. Sijil penuh SPKK yang diiktiraf dan lengkap bagi setiap tahap akan
diperolehi oleh jurulatih setelah beliau selesai menyempurnakan kedua-dua kursus
sains sukan dan sukan spesifik serta telah melaksanakan latihan amali (Praktikum) di
tahap yang berkaitan. Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik
PSK dan Tahap I Sains Sukan MSN serta telah menjalani latihan amali (praktikum)
sukan spesifik akan di beri pengiktirafan Sijil Penuh SPKK Tahap I. Oleh kerana SPKK
melangkah secara progresif, maka para jurulatih dikehendaki lulus Tahap I sebelum
dibenarkan mengambil kursus Tahap II dan seterusnya. Berikut adalah tajuk utama
dalam silibus kursus SPKK.
Sains Sukan Sukan Spesifik dan Praktikum
• Falsafah Kejurulatihan
• Sukan di Malaysia
• Anatomi dan Fisiologi
• Biomekanik Sukan
• Latihan Persediaan Fizikal
• Pemakanan Sukan
• Kompetensi Kejurulatihan
• Psikologi Sukan
• Tumbesaran & Perkembangan Motor
• Kecederaan & Perubatan Sukan
• Sejarah
• Organisasi Sukan
• Peraturan/Undang-undang Permainan
• Peralatan
• Falsafah Kejurulatihan
• Kod Etika Kejurulatihan
• Metodologi Pengajaran
• Perancangan Latihan Mengajar
• Teknik / Kemahiran sukan
• Taktik & Strategi
• Kecergasan Sukan Spesifik
• Sains Sukan Gunaan
2.2 Yuran dan Jangkamasa Kursus Sains Sukan SPKK :
Sains Sukan Yuran Kursus Jangkamasa Kursus
Tahap I RM100.00 27 Jam
Tahap II RM150.00 35 Jam
Tahap III RM250.00 45jam
Mengulang RM50.00
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 1818
SIJIL SAINS SUKAN TAHAP ISIJIL SAINS SUKAN TAHAP I
Dengan mempunyai Sijil Penuh bagi setiap tahap SPKK, seseorang jurulatih akan
meningkatkan diri sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih bertauliah.
Cadangan : Para jurulatih dinasihatkan mengambil Kursus Sains Sukan terlebih
dahulu sebelum meneruskan ke Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik. Cara ini dapat
membantu mereka memperolehi pengetahuan secara meluas mengenai prinsip-
prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan sebelum bergerak maju membentuk
kemahiran-kemahiran kejurulatihan sukan spesifik.
SPKK adalah penting sebagai langkah pertama ke arah mendaftarkan diri dalam
senarai pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan yang
dikendalikan oleh Cawangan Kejurulatihan. Hanya jurulatih yang mempunyai sijil
penuh SPKK sahaja layak untuk memohon lesen kejurulatihan.
2.3 Persamaan Taraf Sains Sukan dan Sukan Spesifik
Persamaan taraf bagi kursus Sains Sukan akan diberi kepada individu-individu atau
jurulatih-jurulatih yang mempunyai kelayakan yang menyamai silibus Sains Sukan
SPKK. Bagi Sukan Spesifik pula, persamaan taraf akan diberikan dengan
pertimbangan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) kepada jurulatih-jurulatih
yang mempunyai kelayakan dalam Sukan Spesifik yang diperlukan dan kursus-kursus
yang diiktiraf di dalam atau luar negara. Bagaimanapun, penentuan persamaan taraf
setiap kelayakan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) akan dibincang
oleh LKK sebelum keputusan dicapai.
2.3.1 Persamaan Taraf Sains Sukan
SAINS SUKAN PERSAMAAN TARAF
Tahap I Ijazah dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya
Tahap II Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya
Tahap III Doktor Falsafah dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya
Peserta yang ingin mendapatkan pengesahan pengiktirafan perlu mengisi Borang Persamaan Taraf Sains Sukan MSN melalui laman web MSN. Kelulusan tertakluk kepada Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK).
2.3.2 Persamaan Taraf Sukan Spesifik. Ini tertakluk kepada keputusan Persatuan
Sukan Kebangsaan yang berkaitan.
SUKAN SPESIFIK PERSAMAAN TARAF
Tahap I Mengikuti kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik antara 5 hingga 13 hari.
Tahap II Mengikuti kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik antara 2 minggu dan kurang 5 bulan.
Tahap III Mengikuti kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik melebihi 5 bulan.
3 Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK)
Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) adalah pengkalan data bagi
jurulatih SPKK yang bertauliah dan telah memperolehi sijil penuh sekurang
kurangnya Tahap I Sains Sukan SPKK dan Tahap I Sukan Spesifik dengan
praktikumnya. Jurulatih yang tersenarai dalam PJPK hendaklah sentiasa
menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejurulatihan serta kemahiran sukan
tertentu menerusi Program Lanjutan Kejurulatihan (PLK). Melalui program PLK ini,
jurulatih dapat memperbaiki diri mereka dengan menyertai pelbagai aktiviti
peningkatan ilmu yang dapat membantu mereka memperolehi teknik dan kaedah
terkini dalam bidang kejurulatihan. Maka PJPK merupakan tempat himpunan semua
jurulatih yang bertauliah dan berwibawa. Lebih penting lagi, PJPK adalah mercu
jaminan kualiti jurulatih di mata masyarakat
CARA-CARA MEMPEROLEHI SIJIL PENUH SPKK
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 1919
SIJIL PENUH SPKK TAHAP 1SIJIL PENUH SPKK TAHAP 1
3.1 Prosedur Memohon Sijil SPKK I , II atau III serta Lesen A,B atau C.
i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web MSN di http://www.nsc.gov.my atau dapatkan di Cawangan Kejurulatihan.
ii) Hantar borang yang telah lengkap beserta sijil – sijil yang telah disahkan kepada Pengarah Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.
CARA –ACARA MEMPEROLEHI LESEN JURULATIH
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 1313
SIJIL SPKK DAN LESENSIJIL SPKK DAN LESEN
Yuran untuk memohon dan memperbaharui kad keahlian adalah
RM 10.00.
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 1414
LESEN CLESEN C
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 1515
LESEN BLESEN B
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 1616
LESEN ALESEN A
3.2 Memperbaharui Keahlian ( 2 Tahun sekali)
Keahlian boleh diperbaharui dengan syarat-syarat berikut :
I. Telah memenuhi keperluan Program Lanjutan Kejurulatihan (PLK). Rujuk
kepada Syarat membahurui Lesen Jurulatih dan Status Aktif.
II. Mematuhi Kod Etika Jurulatih ( Sila Baca Lampiran)
III. Wajib bagi jurulatih Sukan Air : Mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR)
yang sah (Optional kepada sukan lain).
IV. Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari
Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja)
Setelah mematuhi syarat-syarat di atas jurulatih hendaklah menghantar borang
permohonan bersama dengan Buku Log Sistem Perlesenan Kejurulatihan
Kebangsaan dan Sijil-sijil Kehadiran yang disahkan untuk memperbaharui keahlian
dengan PJPK sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh
keahliannya.
Cawangan Kejurulatihan bertanggungjawab menilai dokumen-dokumen yang
dihantar bagi tujuan memperbaharui permohonan tersebut.
Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00. Sekiranya kad keahlian
tidak dituntut dalam tempoh 2 minggu, surcaj sebanyak RM 10.00 akan dikenakan.
4. Program Lanjutan Kejurulatihan (PLK)
Tujuan PLK adalah untuk menggalakkan jurulatih sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran tentang kejurulatihan. Melalui peningkatan ilmu
pengetahuan yang terkini, jurulatih dapat menyampaikan cara latihan yang bermutu
tinggi mengikut tahap-tahap tertentu.
Untuk memperbaharui keahlian jurulatih di dalam PJPK, jurulatih hendaklah
mengumpul jumlah bilangan jam/hari pembelajaran dengan menghadiri aktiviti-
aktiviti peningkatan ilmu kejurulatihan. MSN, ISN dan PSK akan membantu,
mengenalpasti dan mengelolakan aktiviti-aktiviti tersebut untuk jurulatih. Sila
layari laman web Cawangan Kejurulatihan untuk rujukan mengikuti Kursus PLK
(CCE).
“ Setiap Jurulatih yang telah berdaftar adalah wajib untuk mengikuti kursus-
kursus, persidangan, simposium, bengkel, klinik dan seumpamanya untuk mencapai
himpunan bilangan jam ataupun hari bagi tempoh pembelajaran Continuous
Coaching Education (CCE) Program yang kelah membolehkan Jurulatih
memperbaharui lesen setelah 2 tahun...”
4.1 Program Lanjutan Kejurulatihan (PLK)?
PLK merupakan platform bagi jurulatih meningkatkan diri mereka dengan ilmu
pengetahuan dalam bidang Kejurulatihan supaya mereka menjadi jurulatih yang
lebih cekap, mahir dan berpengetahuan. Program ini diperkenalkan kerana MSN
yakin dengan adanya pengetahuan dan kaedah-kaedah latihan terbaru yang
diperolehi, jurulatih dapat menyampaikan aktiviti kejurulatihannya dengan baik dan
berkesan.
Di bawah penubuhan baru Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK),
semua jurulatih yang berdaftar dengannya dikehendaki mengumpulkan bilangan
jumlah jam ataupun hari pembelajaran dengan menghadiri aktiviti-aktiviti
pendidikan kejurulatihan secara berterusan.
Peranan utama MSN dalam PLK adalah mengenalpasti dan mengelola aktiviti-aktiviti
yang berguna seperti klinik, bengkel, seminar, kursus, konferen dan lain-lain lagi
aktiviti pendidikan untuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran jurulatih. MSN
akan bekerjasama dengan ISN, PSK serta pertubuhan yang lain untuk mengendalikan
PLK yang komprehensif untuk jurulatih. Objektif utama program ini ialah
memastikan jurulatih mendapat peluang-peluang pembelajaran bagi meningkatkan
kepakaran mereka.
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 2222
SIJIL PENYERTAAN PROGRAM CCESIJIL PENYERTAAN PROGRAM CCE
4.2 Pengumpulan Bilangan Jam / Hari Pembelajaran
PLK merupakan satu elemen utama bagi Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan
kerana ianya memerlukan jurulatih untuk meningkatkan keupayaan mereka secara
berterusan bagi menjamin dan mengawal mutu kejurulatihan yang tinggi.
Keahlian Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) ialah selama tiga
tahun. Semasa menjadi ahli, seseorang jurulatih dikehendaki memenuhi syarat PLK.
Terdapat empat jenis status ahli di dalam PJPK:
Aktif Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat
serta kriteria yang ditetapkan oleh PJPK dan pembaharuan
keahlian diperlukan dalam masa dua tahun.
Tidak Aktif Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat dan
kriteria yang ditetapkan oleh PJPK, tetapi tidak memenuhi
syarat keperluan membaharui keahlian, iaitu gagal memperolehi
himpunan bilangan jam/hari pembelajaran yang minima.
Keluar dari
Senarai
Merujuk kepada jurulatih yang gagal memenuhi syarat-syarat dan
kriteria membaharui keahlian yang ditetapkan oleh PJPK setelah
setahun dari tempoh luput keahliannya. Namanya akan
dikeluarkan dari senarai PJPK.
Gantung Merujuk kepada jurulatih yang telah melanggar Kod Etika
Jurulatih atau pun dalam penyiasatan, bergantung kepada Badan
Penyiasat Lembaga Disiplin. Kemasukan semula menjadi ahli
berdaftar bergantung kepada kes demi kes.
Untuk memastikan status “AKTIF” dalam PJPK, jurulatih hendaklah mempunyai
himpunan bilangan jam ataupun hari pembelajaran (bergantung kepada tahap
persijilan) dalam jangkamasa tiga tahun seperti berikut :-
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 2121
Syarat untuk memperbaharui lesen Jurulatih Syarat untuk memperbaharui lesen Jurulatih
dan Status Aktifdan Status Aktif
Jenis Jenis
JurulatihJurulatih
Kegiatan.Kegiatan.
AktifAktif
Sebagai Sebagai
seorang seorang
JurulatihJurulatih
BUKU LOGBUKU LOG
Bengkel Bengkel
MSNMSN
Seminar Seminar
MSNMSN
Bengkel/ Bengkel/
Seminar Seminar
LuarLuar
Jumlah Jumlah
Bengkel/ Bengkel/
Seminar yg Seminar yg
DihadiriDihadiri
Tempoh Tempoh
MasaMasa
Jurulatih Jurulatih
MSNMSN33 11
Tiada Tiada
halanganhalangan 3 + 13 + 1 1 1
TahunTahun
Jurulatih Jurulatih
LuarLuar
DisahkanDisahkan
OlehOleh
PihakPihak
Berkenaan Berkenaan
DalamDalam
BUKU LOGBUKU LOG
SebagaiSebagai
Aktif.Aktif.
Digalakkan Digalakkan
MenyertaiMenyertaiDigalakkan Digalakkan
MenyertaiMenyertaiMenyertai Menyertai
satu atau satu atau
lebih lebih
bengkel/sembengkel/sem
inar yang inar yang
dianjurkan dianjurkan
oleh pihakoleh pihak--
pihak pihak
tertentu.tertentu.
11 1 1 TAHUNTAHUN
Himpunan jumlah bilangan jam atau hari pembelajaran yang boleh diambil kira dalam
pendidikan kejurulatihan.
www.nsc.gov.mywww.nsc.gov.my 2323
Syarat untuk memperbaharui lesen Jurulatih.Syarat untuk memperbaharui lesen Jurulatih.
BUKU LOGBUKU LOG
4.3 Pendidikan Jurulatih (Coach Education)
Pendidikan jurulatih merujuk kepada aktiviti–aktiviti pendidikan atau pembelajaran
yang mempunyai hubungkait dengan kejurulatihan. Pendidikan ini juga merangkumi
penyebaran pengetahuan dan kemahiran dari seorang jurulatih kepada jurulatih-
jurulatih lain melalui bengkel, symposium, seminar dan konferen atau persidangan.
Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pembelajaran dan pengajaran pendidikan
kejurulatihan seperti :-
I. Menghadiri program mengenalpasti bakat (TID)
II. Menghadiri program kejurulatihan pembangunan sukan.
III. Menghadiri kursus-kursus kejurulatihan prestasi tinggi.
IV. Menghadiri kursus pendek / klinik / seminar / ceramah Sains Sukan.
V. Menghadiri kursus kepegawaian / pengadil dan lain-lain.
VI. Menghadiri kursus “Sports Trainer”, perubatan sukan dan lain-lain.
VII. Mengendalikan kursus-kursus berkaitan bidang kejurulatihan.
VIII. Memberi ceramah di seminar dan bengkel kejurulatihan.
IX. Pembentangan kertas kerja di persidangan dan seminar.
X. Penyumbang artikel dalam jurnal, berita atau buku penerbitan yang relevan
(imbuhannya 1-2 hari).
XI. Menghadiri mana-mana persidangan sukan antarabangsa, simposium, seminar,
bengkel dan kursus-kursus kejurulatihan dan lain-lain di luar negara.
Aktiviti-aktiviti di atas merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti
pembelajaran dan pengajaran pendidikan kejurulatihan, ianya tidak berakhir di situ
sahaja malah banyak lagi aktiviti lain boleh diterokai. Untuk sebarang keterangan
lanjut, jurulatih hendaklah menghubungi pihak MSN atau PSK untuk mendapat
kepastian.
5. Kenapa Jurulatih Perlu Berdaftar di bawah PJPK ?
Sebagai seorang jurulatih yang berdaftar, anda lebih diutamakan kerana mempunyai
syarat yang diperlukan dan lebih dikehendaki oleh persatuan sukan dan ahli sukan.
Anda mempunyai apa yang diperlukan oleh kerana anda bertauliah, berkemahiran,
berketrampilan dan telah memenuhi keperluan pemilihan yang ketat. Yang paling
penting, anda telah menunjukkan sikap profesionalisma dalam kejurulatihan, ini
telah membezakan anda dengan jurulatih lain yang tidak berdaftar dengan PJPK.
5.1 Keistimewaan Yang Diperolehi oleh Ahli Berdaftar PJPK :
I. Sebagai jurulatih yang berdaftar dengan PJPK, anda akan diiktiraf sebagai
jurulatih kebangsaan yang berdaftar. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda
sebagai seorang jurulatih bertauliah.
II. Anda berpeluang mendapat maklumat dan menambahkan pengetahuan serta
kemahiran sukan melalui kursus jangka pendek, ceramah, seminar dan bahan-
bahan ilmiah anjuran MSN & ISN.
III. Anda akan diberi potongan yuran penyertaan (20-50%) atau kadar yuran
penyertaan istimewa untuk menghadiri seminar dan konferen kelolaan MSN &
ISN.
IV. Anda akan mendapat potongan yuran penyertaan (5-20 %) bagi kursus jangka
pendek, seminar dan konferen yang dikelolakan oleh institusi gabungan MSN &
ISN.
V. Anda juga akan menikmati potongan harga untuk menjadi ahli Perpustakaan
MSN & ISN.
VI. Anda boleh mempamerkan pengalaman dan kelulusan anda di bidang
kejurulatihan di laman web Cawangan Kejurulatihan, ini akan membuka ruang
yang lebih luas mengenai diri anda untuk diketahui oleh orang ramai.
VII. Anda akan menikmati publisiti melalui MSN di samping meningkatkan imej dan
status jurulatih di bawah Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan.
Anda boleh mencetak di kad perniagaan atau memasukkan ke laman web yang anda
adalah seorang jurulatih berdaftar dengan PJPK dan seterusnya anda diiktiraf
sebagai jurulatih yang bertauliah dan berwibawa.
5.2 Keistimewaan bagi Majikan yang Mempunyai Jurulatih yang berdaftar dengan
PJPK:
I. Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan memberi khidmat panduan yang
penting dengan menyediakan senarai jurulatih yang berdaftar dalam pelbagai
sukan bagi memudahkan orang ramai memilih jurulatih yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti Kejurulatihan.
II. Jurulatih berlesen perlu mematuhi Kod Etika Jurulatih untuk memastikan
mereka mengamalkan budaya kerja dan tingkahlaku positif dalam sukan.
III. Masyarakat akan lebih yakin dengan jurulatih berdaftar dengan PJPK kerana
mereka semua telah diperakui oleh MSN.
IV. Masyarakat dapat mengetahui tentang jurulatih PJPK yang berdaftar dengan
melayari lawan web kejurulatihan MSN.
Disediakan oleh :
Cawangan Kejurulatihan
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Unit Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)
Cawangan Kejurulatihan
Majis Sukan Negara (MSN)
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 8992 9600 (Direct Line : MSN)
03 – 8992 9849 (CAW. KEJURULATIHAN)
03 – 8992 9010 (UNIT SPKK)
03 – 8992 9003 (LESEN JURULATIH)
Faks : 03 – 8996 6203
LAMPIRAN
KOD ETIKA JURULATIH
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorang atlet. Jurulatih merupakan seorang pemimpin / guru yang bertanggungjawab mempastikan program-program sukan dapat membentuk keperibadian dan perwatakan yang baik di dalam kehidupan seorang atlet.
Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlet dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi
pekerti yang mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.
Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan
cekap selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah
bertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambil
bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi serta sanggup berkorban apa sahaja
demi mencapai kemajuan atlet bimbingannya.
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akan melakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlet di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai oleh
semua jurulatih sama ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yang berkhidmat di bawah naungan Institut Sukan Negara Malaysia. Kod etika ini
sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti oleh seseorang jurulatih.
Saya akan sentiasa terikat dan mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugas
sebagai seorang jurulatih.
Seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi
diri seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya :-
� Mengenalpasti keperluan setiap orang individu.
� Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.
� Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa
mendapat motivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan
prestasinya.
rulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di
bawah :-
Sebagai seorang jurulatih
1. Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak
akan berkelakuan negetif yang mana ia akan memberi kesan terhadap
tanggapan masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya.
2. Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis
kepada orang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan
profesion kejurulatihan.
3. Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika
melatih. Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain
serta tidak menganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri.
4. Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan
dan mendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dan
kesetiaan.
5. Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan
keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan
menurut semua garis panduan yang terkandung di dalam persatuan-
persatuan sukan yang saya ceburi.
6. Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta
melatih mereka secara adil dan sama rata.
7. Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagi
mempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan
menyeronokkan, dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan
perasaan sayang serta menghargai nilai sukan. Saya tidak akan
melakukan penderaan fizikan dan psikologikal , tidak menggunakan tutur
kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh menyinggung
perasaan seseorang atlet dan orang lain.
8. Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir
dan bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan
sentiasa memperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta
berdisiplin. Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta
tidak bersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingan
sehingga tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya
kerja berkumpulan dilaksanakan demi kelancaran dan kecemerlangan
sukan.
9. Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan
kepada kepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan terpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran.
Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan
salah laku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet
atau seseorang yang rapat dengan mereka.
10. Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya
ketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa
menjadi ikutan kepada atlet.
11. Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok,
minum minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa jua sekali pun. Ini akan memberi impak yang negatif tentang peranan
saya sebagai “role-model”.
20 | M u k a S u r a t
12. Saya akan membimbing atlet menerima tanggungjawab ke atas
perlakuan dan prestasi mereka.
13. Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan
pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari
teknik dan strategi terkini dalam sukan yang diceburi.
14. Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih,
pegawai, saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet.
15. Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta
cabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan
suasana sukan secara fizikal dan mental yang selamat.
16. Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip “fair-play” dan tidak akan
melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Saya
akan mengingati atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarang
termasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk peningkatan
prestasi.
17. Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan
sebarang imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin
dari Majlis Sukan Negara.
18. Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam
semua lapangan sukan.
19. Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya
juga akan akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya
masyarakat majmuk negara ini.
20. Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.
Top Related