Download - Proses Hidup Manusia

Transcript
Page 1: Proses Hidup Manusia

Proses Hidup Manusia

Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di

dunia bersandarkan kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan,

tempat perlindungan).

1. Pernafasan Manusia Manusia bernafas menggunakan hidung, trakea, peparu.

Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu, trakea,

hidung.

2. Perkumuhan dan Penyahtinjaan Daripada makanan yang kita makan, terdapat sebahagian yang tidak

tercerna dan bahagian yang dicerna juga menghasilkan bahan

buangan.

Pembuangan dalam bentuk pepejal ialah penyahtinjaan.

Pembuangan dalam bentuk cecair ialah perkumuhan.

3. Gerak Balas Terhadap Ransangan Manusia juga bergerak balas terhadap ransangan secara

Contoh : Kita secara automatik menarik tangan kita apabila tersentuh

cawan berisi air panas.

Kita juga akan menggigil apabila kesejukan.

Apabila kita termakan makanan yang masam, automatik mata kita

akan terpejam seketika.

4. Pembiakan Manusia Manusia membiak dengan melahirkan anak. Sekiranya manusia

berhenti membiak, bilangan manusia di muka bumi akan berkurang

dan akhirnya pupus.