Nicholas VLee
Proses Penerbitan Ayat
(SINTAKSIS)
Nicholas VLee
Proses Penerbitan Ayat
Penyusunan Semula
Pengguguran
Peluasan
Nicholas VLee
Pengguguran
Definisi : Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.
Jenis :
a. pengguguran FN sebagai subjek,
b. pengguguran frasa predikat, dan
c. Pengguguran FN mendahului frasa relatif.
Nicholas VLee
a. Pengguguran FN sebagai subjek
• Pengguguran subjek kata ganti nama diri
Cth: Kamu berdiri di sini Berdiri di sini.
Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk
Cth: Dia menangis. + Dia terjatuh ke dalam longkang. Dia menangis kerana terjatuh ke dalam longkang.
Nicholas VLee
b. Pengguguran frasa predikat
• Pengguguran FK yang serupa
Cth: John sedang makan. Sulaiman sedang makan. John dan Sulaiman sedang makan.
• Pengguguran FN yang serupa
Cth: Adi pengawas sekolah. John pengawas sekolah. Adi dan John pengawas sekolah.
• Pengguguran FA yang serupa
Cth: Diana sangat comel. Dania sangat comel. Diana dan Dania sangat comel.
• Pengguguran FSN yang serupa
Cth: Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung. Dia dan isterinya masih di kampung.
Nicholas VLee
c. Pengguguran FN mendahului frasa relatif
• Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa adjektif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relative itu boleh digugurkan.
Cth : Pelajar itu kawan saya, pelajar itu senyum.
Pelajar yang senyum itu kawan saya.
Yang senyum itu kawan saya.
Nicholas VLee
Proses Penyusunan SemulaDefinisi : melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat, dan kadang-kadang pengguguran dan penambahan beberapa unsur.
Jenis:
• Penyusunan semula FN sebagai subjek
Cth: Kakak Ahmad memandu kereta itu. Kereta itu dipandu oleh kakak Ahmad.
• Penyusunan semula FN sebagai objek
Cth: Mereka menghadiahi guru mereka sejambak bunga. Mereka menghadiahkan sejambak bunga kepada guru mereka.
• Penyusunan semula melalui ayat songsang
Rombongan pelancong itu pergi ke pusat beli-belah. Ke pusat beli-belah rombongan pelancong itu pergi.
Nicholas VLee
Proses PeluasanDefinisi: Proses yang menambahkan unsur baharu ke dalam ayat.
• Peluasan FN sebagai subjek
Cth: Pelajar itu teman saya. Pelajar itu comel. Pelajar yang comel itu teman saya.
• Peluasan frasa predikat
Kami melihat pementasan drama. Drama ditulis oleh Nordin Ali. Kami melihat pementasan drama yang ditulis oleh Nordin Ali.
• Peluasan dengan kata hubung
Hujan masih lebat. Mereka memulakan perjalanan mereka. Walaupun hujan masih lebat, mereka memulakan perjalanan mereka.
• Peluasan melalui proses komplementasi
Cth: Dia memberitahu saya. Mimi sakit. Dia memberitahu saya bahawa Mimi sakit.
~ Sekian ~
2N1&2
Top Related