i
PROSIDING / PROCEEDINGS OF
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
ISSN: 2231-962X 2018
Editor:
Dr. Hazrul Shahiri
Dr. Mohd Adib Ismail
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Cetakan Pertama / First Printing 2018
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ii
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM
43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 13, 2018.
Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi
LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar
tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti
dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui
pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai
persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran
perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang
ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan
dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan
pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.
The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar
series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,
The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for
researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail
regarding Malaysia's economic development through the presentation of research
findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and
business environment. Through this conference, apart from adding to the body of
knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are
useful as reference point for those involved in preparing future development plans,
especially with regards to the Malaysian economic.
Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia
Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.
Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh
Scopus.
Conference papers will be published in PERKEM proceedings.
Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the
Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit
UKM and indexed by Scopus.
iv
KATA PENGANTAR / PREFACE
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan
keizinan-Nya Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat
disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 13 2018 yang berlangsung
di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.
Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan
kepada peserta PERKEM Ke – 13 2018. Selain itu, ia memberi peluang kepada yang
tidak berkesempatan untuk menghadiri persidangan kali ini untuk sama-sama
mengutip ilmu dari kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan. Persidangan ini
merupakan acara tahunan Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang kepada para penyelidik, pembuat dasar dan
individu membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dan berbincang
mengenai isu semasa berkaitan ekonomi Malaysia secara khususnya.
Tema PERKEM kali ini adalah ‘Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0
Menuju Negara Berpendapatan Tinggi’. Tema ini menyokong usaha dalam
merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi dalam
berdepan cabaran revolusi industri 4.0. Bagi mencapai sasaran tersebut,
perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu berlaku secara
holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan tanpa
mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat futuristik
yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di masa akan
datang.
Sebanyak 80 kertas kerja telah dimuatkan dalam prosiding ini yang disusun
berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang ditentukan. Tema-tema tersebut
disusun dalam beberapa tema umum berasaskan bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi
dan Kewangan Islam, ii) Zakat, Wakaf dan Dana Khalayak, iii) Pembangunan
Kemahiran dan Latihan Sumber Manusia iv) Kelestarian Fiskal dan Kewangan, v)
Integrasi Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa, vi) Ekonomi Pelancongan dan
Alam Sekitar, vii) B40, Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat. Kepelbagaian
tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi peluang yang seluasnya
kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi pelbagai hasil penyelidikan
dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat kepada penggubal dasar dan
pengkaji akan datang.
Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.
Sekian,terima kasih
v
Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 13 2018
Abu Hanifah Ayob Mustazar Mansur
Azmafazilah Jauhari Nafisah Mohammed
Azrina Abdullah Al-Hadi Noorasiah Sulaiman
Doris Padmini S. Selvaratnam Norain Mod Asri
Fathin Faizah Said Norlin Khalid
Hairunnizam Wahid Norshamliza Chamhuri
Hazrul Izuan Shahiri Riayati Ahmad
Lai Wei Sieng Roziana Baharin
Liew Chei Siang Siti Hajar Mohd Idris
Mohd Adib Ismail Tamat Sarmidi
Mohd Ali Mohd Noor Zulkefly Abdul Karim
Mohd Nasir Saukani
vi
Prosiding / Proceedings of
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
PERKEM KE – 13 2018
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
13th PERKEM 2018
26 – 27 September 2018
Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA
ISSN: 2231-962X 2018
PERSIDANGAN / CONFERENCE
Tema utama persidangan pada tahun 2018 ialah “Menggarap Cabaran Revolusi
Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi”.
Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek
penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:
pertumbuhan ekonomi yang holistik,
pertumbuhan inklusif, dan
kelestarian pembangunan.
Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 13 meneruskan kelangsungan
dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para
penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat
untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar
dan program pembangunan negara.
The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:
Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.
The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three
important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:
holistic economic growth,
inclusive growth, and
development sustainability.
Given these three important aspects, PERKEM 13 continues to provide a platform for
all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and
all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national
development policies and programs.
vii
SUB-TEMA / SUB-THEMES
1. Ekonomi dan Kewangan Islam
2. Zakat, Wakaf dan Dana Khalayak
3. Pembangunan Kemahiran dan Latihan Sumber Manusia
4. Kelestarian Fiskal dan Kewangan
5. Integrasi Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa
6. Ekonomi Pelancongan dan Alam Sekitar
7. B40, Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat
viii
KANDUNGAN
Kandungan
ix
Prakata
xviii
TEMA 1 : EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM
1
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Produk Halal Secara
Talian
Mathew Anak Ching & Mohd. Ali Mohd. Noor
1 - 13
2 Do Bankruptcy Profiles of Islamic Banks Differ Across Organizational
Structure? Evidence from Malaysia
Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida, Ahmad Azam
Sulaiman@Mohamad
14 – 27
3 Penglibatan Pekebun Kecil Sawit dalam Perniagaan dan Keusahawanan:
Kajian di Teluk Intan, Perak
Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid
28 – 42
4 Bitcoin Risks from Shariah Perspective
Safiah Binti Mohamad, Mariani Abd Majid, Nik Abdul Rahim Nik
Abdul Ghani
43 – 53
5 Faktor Penentu Kecekapan dan Produktiviti Firma Pembekal Barangan
Makmal di Malaysia
Zafirah Chek, Mohd Ali Mohd Noor
54 – 60
6 Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia
Siti Nabihah Esrati, Shifa Mohd Nor, Mariani Abdul Majid
61 -75
7 Kefahaman Konsep Asas Takaful Terhadap Agen Takaful Di Sekitar
Bangi, Selangor
Nur Syairah Bt Mohamed Haris, Hendon Bt Redzuan
76 – 83
8 Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Jongkong Dan Dinar
Emas Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia
Muhammad Syafiq Ramlan, Mohd Ali Mohd Noor
84 – 89
9 Investment Account Platform (IAP): Opportunities and Challenges
Farah Athiqah Farit, Mariani Abdul Majid, Shifa Mohd Nor
90 – 102
11 Pulangan Pelaburan Dalam Pendidikan Lanjutan Ke Atas
Perkembangan Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Jaswan Mulop
111 –122
ix
TEMA 2 : ZAKAT, WAKAF DAN DANA KHALAYAK
1
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat Oleh
Lembaga Zakat Selangor (LZS): Kajian Di Perkampungan Orang Asli
Daerah Sepang, Selangor. Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
173 - 185
2 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu
Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali
Mohd Noor
186 - 199
3 Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor
Nur Amirah Binti Jaafar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
200 - 214
4 Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan Dan Implikasinya
Dalam Merealisasi Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap
Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan
Nor Ayuni Mohamad Zulkifli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
215 - 227
5 Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian Dalam
Kalangan Kakitangan Kerajaan Di Jabatan Agama Islam Melaka,
Melaka
Siti Zulaikha Binti Nasir, Hairunnizam Bin Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
228 –244
6 Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat Serta Peranan Masjid :
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (Lzs) Cyberjaya
Nur Farahanis Abas, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
245–258
12 Gerbang Pembayaran e-Dagang dalam Segmen Pembayaran P2B
Menurut Perspektif Islam
Muhammad Azim Ismail, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd
Shafiai
123 –134
13 Does Tourism Induce Crime in Malaysia? Questing After Truth
Through Empirical Investigation
Mori Kogid, Dullah Mulok, Jaratin Lily, Rozilee Asid
135 –142
14 Permintaan Terhadap Takaful: Sorotan Literatur
Nuraeni Buwathy, Rubayah Yakob
143 - 152
15 Waqf Based Pension Model: A Conceptual Proposition
Muhammad Ubaidillah Mustaghfirin, Mohd Adib Ismail, Mohd Ali
Mohd Noor
153 –172
x
7 Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain Dalam Pengurusan Zakat Di
Negeri Sembilan
Nur Syahirah Binti Mohd Noh, Mohd Ali Mohd Noor, Mohd Shahid Bin
Mohd Noh
259–267
9 Isu Pemilikan Dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
284–294
10 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman Desa
Asnaf Fakir Miskin di Perlis
Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri, Mohd. Ali Mohd Noor,
Hairunnizam Wahid
295–305
11 Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan Di Kalangan
Usahawan Di Selangor: Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat
Ahmad Syakir bin Rurol Mukhan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam
Wahid
306–313
13 Pembangunan Tanah Wakaf Secara Penswastaan : Kajian Terhadap
Projek Menara Imarah Wakaf oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan
Norliza Md Nuruddin, Hairunnizam Wahid, Aisyah Abdul-Rahman
329 –341
14
15
16
17
18
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan
Perubatan Asnaf: Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM)
Nur Farahana Saripudin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian
Terhadap Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat
Selangor
Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin, Hairunnizam Wahid
Peranan Institusi Masjid Dan Pondok Dalam Memberikan Kefahaman
Tentang Fatwa Zakat Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat Di
Mukim Kenering Dan Gerik, Perak
Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi, Hairunnizam Wahid
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan: Kajian
terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Nur Najihah Zilani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir Miskin: Kajian kes
Di Raub Pahang
Nur Shahida Samsudin, Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid
342 –352
353-365
366-376
377-388
389-398
xi
19
20
21
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan Dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji
Kamarul Azlan Bin Mustaffa, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh,
Perak
Mohamed Hanif Mohamed Nor, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Nor
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama
Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah
Hairunnizam Wahid, Mohd Fairus Mohd Salleh, Azlina Ahmad, Norida
Basnan, Azizah Mohd Harun, Ainol Basirah Abdul Wahab
399-410
411-423
424-438
TEMA 3 : PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN SUMBER MANUSIA
1
Do Technological Change and Human Capital Lead to Economic
Growth? Evidence from Indonesia Mutia Wahyuni, Doris Padmini S. Selvaratnam, Roziana Bahrin
439 - 446
2 Potensi Kebolehpasaran Bakal Siswazah Fakulti Ekonomi Dan
Pengurusan (FEP), UKM
Nur Ain Darol Baha, Mustazar Mansur, Mohd Adib Ismail
447 –459
3 Analisis Hubungan Antara Pekerja Asing Dan Pengangguran Di
Malaysia
Siti Nor Silmi Nordin, Ishak Yussof , Hazrul Izuan Shahiri
460–471
4
Mismatch and Unemployed in Malaysia Labour Market
Rusmawati Said, Salwaty Jamaludin, Normaz Wana Ismail, Ahmad
Zubaidi Baharumshah
472 –484
5 Pengaruh Pusingan Kerja Terhadap Perkembangan Kerjaya Pegawai
Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Kamal Azri Husin, Hazrul Shariri, Azrina Abdullah Al-Hadi
485 –496
6 Pusing Ganti Pekerja Kilang Elektrik dan Elektronik (E&E)
di Pulau Pinang
Nur Alia Amalina Zainol Abidin, Abdul Rasyid Kasim, Jacqueline Liza
Fernandez
497 –507
7 Dominasi Buruh Indonesia Dalam Operasi Perladangan Di Felda:
Dekomposisi Gaji Antara Kumpulan Buruh Lain
Ahmad Fitri Hakim Ibrahim, Hazrul Izuan Shahiri , Azrina Abdullah Al-
Hadi
508-521
xii
8 Factor Accumulation vs TFP Growth in Asia: A Panel Cointegration
Analysis
Subramaniam Munusamy, Yogambigai Rajamoorthy, Seena Biju
522-528
9 Kesan Gaji Minimum Ke Atas Produktiviti Buruh: Analisis Antara
Industri
Mohd Khairol Rasit, Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Saukani
529-543
10 Determining Factors Of Labour Participation In The Agriculture Sector
In Malaysia
L Vani Loganathan, Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff
544-553
TEMA 4 : KELESTARIAN FISKAL DAN KEWANGAN
1
Determinants of Capital Expenditure (CAPEX) in Malaysian Palm Oil
Industries: Panel Data Analysis
Afza Asyura Mohd Hisham, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid
554-565
2 Fiscal Discipline In The ASEAN-3: New Evidence From Nonlinear
ARDL Approach
Lee Chee Loong, Riayati Ahmad, Norlin Khalid, Zulkefly Abdul Karim
566 –588
3 Pengurusan Kewangan Efektif Tadika
Izad Firdaus Yaakob, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna Mohd Amin
589 - 602
4 Penilaian Prestasi Perbankan Islam Melalui Pendekatan Analisis Camel
Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad, Nur Syakirah Mustapha Kamal,
Wardah Al-Hamra Kamaruzaman
603 –614
5
The Fiscal Policy Reaction Function in Malaysia: The Asymmetric
Impact of Debt and Output Gap to Primary Balance
Wan Farisan Wan Sulaiman, Zulkefly Abd. Karim, Norlin Khalid,
Riayati Ahmad
615 - 625
6 Impak Skim Subsidi Terhadap Pengeluaran Padi Di Kawasan Muda:
Pendekatan ARDL
Zulkifli Abdul Rahim, Nor Asmat Ismail
626 –634
7 Personal Bankruptcy and Household Consumption Patterns in Malaysia
Toh Siaw Mien, Rusmawati Said
635 –652
8 Factors Affecting Microcredit Quality In Malaysia
Thilagarani Selvaraj, Zulkefly Abdul Rahim, Aisyah Abdul-Rahman,
Norshamliza Chamburi
653 –660
9 The Government Revenue and Expenditure Causal Nexus: A Bootstrap
Rolling Window Approach
Riayati Ahmad, Norlin Khalid
661 –672
xiii
TEMA 5 : INTEGRASI EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
1 Indeks Keterangkuman Kewangan: Kaedah Bukan-Parametrik Dan
Parametrik
Rosmah Nizam, Zulkefly Abdul Karim, Tamat Sarmidi, Aisyah Abd
Rahman
673 –685
2 Kejayaan Dan Kegagalan Francais Malaysia Di Pasaran Antarabangsa
Noor Diyanti Adzhari, Mohd Hizam Hanafiah, Noorasiah Sulaiman
686 –699
3 Determinants Of Online Shoppping Behaviour Among Generation Y
Towards Taobao
Annie Yong Ing Ing, Nuraishah binti Raimee, Wong Teck Keong,
Mahendra Kumar a/l Chelliah, Jeya Santhini a/p Appannan, Chan Kar
Wai, Lee Wan Joey
700 –707
4 Driving Forces for SMEs in Thriving the Digital Economy in Malaysia
Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin, Yogambigai a/p Rajamoorthy ,
Goh Yann Ling
708 - 714
5 Customs Tax And Its Role In Iraq Budget
Ahmed Kadhum Jawad Al-Sultani, Tamat Sarmidi, Junaidah Hasan
715- 725
6 Impact of the Global Financial Crisis on Foreign Direct Investment in
Malaysia
Mustafa Ibrahim, Lai Wei Sien, Harul Izwan
726– 735
7 Kesan Upah Minimum ke atas Guna Tenaga dan Harga Pengguna:
Peranan Pengubahsuaian Produktiviti Buruh dan Jam Bekerja
Nur Hazwani Jamaluddin, Chung-Khain Wye, Tamat Sarmidi
736 –753
8 Produk Negara Thailand sebagai Jualan Utama di Sempadan:
Satu Tinjauan di Arked Niaga Padang Besar, Perlis
Siti Noridayu Abd. Nasir
754 –760
TEMA 6 : EKONOMI PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR
1
Persepsi Masyarakat Terhadap Status Hotel Patuh Shariah Berdasarkan
Piawaian Malaysia: Satu Kajian Di Hotel Tenera Bangi, Selangor
Abdul Rahman Hamzah, Hairunnizam Wahid
761 –774
2 Malaysia Sebagai Negara Oic Dalam Industri Pelancongan Islam : Satu
Kajian Empirikal
Muhammad Aminuddin Abdul Majid, Norlin Khalid
775– 789
xiv
TEMA 7 : B40, KOS SARA HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
1
Assessing On The Impact Of Higher Housing Price On Fertility
Wang Li Wong, Chin Lee, Kelly Kai Seng Wong
790– 801
2 An Analysis On Income Distribution Among Household In Malaysia
Using Multilevel Modelling
Imee Shahnaz Mohd Bashah, Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Mohd
Saukani
802- 814
3 Kemudahan Asas Peralatan Rumah Dalam Kalangan Isirumah Fakir
Dan Miskin: Kajian Di Selangor
Siti Nasibah Md Nor, Hairunnizam Wahid
815– 828
4 Persepsi Pelajar Fakulti FEP Terhadap Perkhidmatan Bas UKM”
Wan Nuur Wan Mansor, Norain Binti Mod Asri, Norshamliza Binti
Chamhuri
829 – 842
5 Faktor-Faktor Budaya Dan Sosial Ke Atas Perbelanjaan Belia Melayu
Bandar
Nur Jannah Bukhari, Kim Keum Hyun, Aida Idris
843 – 853
6 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jumlah Pinjaman Isi Rumah Di
Malaysia
Fatin Syarmimi Hasan, Norlin Khalid
854 – 866
7 Perkhidmatan Berasaskan Teknologi Kewangan (Fintech): Kajian Ke
Atas Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I Plus)
Siti Madiah Binti Salim, Rubayah Yakob, Mohd Hafizuddin Syah B.A.M
867 – 883
8 Analisis Tahap Pengetahuan Golongan Isi Rumah B40 Terhadap
Perlindungan Takaful Mikro
Suriadi Uddin, Hafizuddin-Syah, B.A.M1, Rubayah Yakob
884 – 898
9 Kesan Upah Minimum Ke Atas Guna Tenaga Dan Harga Pengguna:
Peranan Pengubahsuaian Produktiviti Buruh Dan Jam Bekerja
Nur Hazwani Jamaluddin, Chung-Khain Wye , Tamat Sarmidi
899 – 917
10 Cabaran Penyediaan Rumah Mampu Milik Oleh Koperasi
Di Malaysia
Mohd. Nusi Abdul Rahman, Shahida Shahimi, Mohd. Adib Ismail
918-927
Prosiding PERKEM Ke 13 (2018)
ISSN: 2231-962X
408
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Terhadap Gelagat Membayar Zakat
Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak
MOHAMED HANIF MOHAMED NOR
Universiti Kebangsaan Malaysia
HAIRUNNIZAM WAHID
Universiti Kebangsaan Malaysia
MOHD ALI MOHD NOOR
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang menitikberatkan pembayaran zakat pendapatan penggajian. Fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 telah bersetuju bahawa zakat ke atas
pendapatan penggajian adalah wajib ke atas orang Islam yang layak mengeluarkan zakat (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia). Namun demikian, pada 16 Februari 2004, Jabatan Mufti Negeri Perak pula telah mengeluarkan fatwa yang
tidak mewajibkan pembayaran zakat pendapatan penggajian. Negeri Perak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia
yang tidak mewajibkan pembayaran zakat pendapatan penggajian. Namun begitu, jumlah kutipan zakat pendapatan di
negeri Perak terus meningkat dari tahun ke tahun. Persoalannya mengapakah masyarakat Islam di Perak masih terus
membayar zakat pendapatan sedangkan terdapat fatwa yang tidak mewajibkan pembayaran zakat pendapatan. Justeru itu,
kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauhmana wujud perkaitan antara kefahaman fatwa tersebut dengan gelagat
pembayaran zakat pendapatan di negeri Perak. Sampel kajian ini adalah dalam kalangan kakitangan Politeknik Ungku
Omar, Ipoh, Perak dan seramai 228 orang responden telah ditemubual menggunakan teknik pensampelan secara rawak.
Data dianalisis menggunakan model regresi logistik bagi menguji kebarangkalian beberapa pemboleh ubah yang
dijangkakan mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan seperti kefahaman fawa zakat penggajian, insentif rebat cukai,
kecekapan agihan zakat dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden telah mendengar dan
memahami fatwa zakat penggajian namun mereka tetap meneruskan membayar zakat pendapatan disebabkan oleh
pelbagai faktor termasuklah faktor rebat cukai pendapatan dan kepercayaan kepada sistem agihan zakat yang cekap dan
efisien serta inginkan fadilat membayar zakat. Malahan, berdasarkan pengalaman Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu
Perak (MAIPk) dan dapatan kajian, jumlah kutipan zakat pendapatan terus meningkat setiap tahun di negeri Perak
terutama di Politeknik Ungku Omar dan wujud kecenderungan pembayar zakat membayar zakat pendapatan melebihi
kadar kewajipan zakat. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.
Katakunci: Fatwa Zakat Pendapatan
ABSTRACT
Malaysia is an Islamic country which emphasizes the payment of zakat income payroll. Fatwa Muzakarah National
Council of Fatwa Committee dated 22 June 1997 have agreed that zakat on employment income is mandatory on Muslims
eligible alms (Department of Islamic Development Malaysia). However, on 16 February 2004, Perak Mufti Department
had issued a fatwa which does not require the payment of zakat income employment. Perak is the only Malaysian state that
does not require the payment of zakat income employment. However, the amount of zakat collection in Perak State income
continued to increase from year to year. The question is why the Muslim community in Silver continues to pay the zakat on
income while there is a fatwa which does not require the payment of zakat income. Therefore, this study aimed to identify
on how far the existing association between understanding the fatwa the act to pay zakat in Perak. The sample of this
study are taken among the staff of the Polytechnic Ungku Omar, Ipoh, Perak and a total of 228 respondents were interviewed using a random sampling technique. Data analyzed using logistic regression models to test the probability of
some expected variables affecting income as zakat fatwa understanding of employment, tax rebate incentives, and
efficiency of distribution of zakat and so on. The results show that the majority of respondents have heard and understood
the fatwa zakat employment but they still continue to pay zakat income caused by various factors including income tax
rebate factors and faith zakat distribution system that is efficient and would expect fadilat pay zakat. In fact, based on the
experience of the Islamic religious Council and Malay custom Silver (MAIPk) and findings, the amount of zakat proceeds
income continued to increase every year in the State of Perak particularly in Politeknik Ungku Omar and zakat payers pay
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
409
zakat tendency of income exceeding the obligation of zakat. A few suggestions and implications of policies are also
discussed in this study.
Keywords: Zakat Fatwa Income
PENGENALAN
Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada
perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim. Zakat pendapatan adalah satu
kewajipan bagi orang Islam yang kaya di Malaysia untuk membayar zakat bagi memastikan matlamat jaminan sosial umat
Islam di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kewajipan pembayaran zakat mempunyai pelbagai objektif sosio-ekonomi yang
positif bukan sahaja kepada penerima zakat bahkan kepada pembayar zakat dan masyarakat keseluruhannya. Zakat
pendapatan juga dilihat sebagai sumber baru yang sangat baik untuk dibangunkan dengan jumlah pembayar zakat yang
ramai di setiap negeri (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2005). Sumbangan zakat pendapatan dilihat amat berpotensi
meningkatkan jumlah kutipan zakat di setiap negeri bagi memastikan pengagihan zakat mampu berjalan dengan lebih
kemas untuk menjamin keadilan sosial masyarakat (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2007). Walaupun fatwa wajib zakat
ke atas pendapatan telah lama diwartakan, namun masih ramai individu Muslim yang layak tidak membayar zakat atau
tidak patuh kepada fatwa wajib zakat gaji ini (Zainol Bidin, & Kamil Md Idris, 2009). Hikmah disebalik amalan ibadah ini
merupakan rahmat Allah SWT yang tidak ternilai. Ia merupakan langkah awal yang sepatutnya ditangani dengan baik
untuk menuju satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 103:
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan
mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.
Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”.
(Surah At-Taubah : ayat 103)
Di Malaysia zakat pendapatan mula diperkatakan pada akhir tahun 1970an. Sehingga ke awal 1990an konsepnya telah
mula diterima dan mula dilaksanakan di Malaysia. Definisi Fatwa pada sudut bahasa diambil daripada kalimah afta-ifta'an
yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan. Dengan itu Fatwa Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi
orang yang layak mengeluarkan zakat12
. Jadual 1 menunjukkan tahun zakat pendapatan telah difatwakan bagi negeri di
Malaysia. Berdasarkan jadual tersebut, menunjukkan kebanyakkan negeri telah menfatwakan zakat pendapatan. Negeri
Kedah merupakan negeri yang terawal yang mewartakan wajib zakat gaji iaitu pada 19 April 1986. Seterusnya bagi negeri
Selangor, Pahang dan Pulau Pinang yang mula difatwakan bermula tahun 2001. Namun begitu, Jawatankuasa fatwa negeri
Perak tidak memfatwakan zakat pendapatan adalah wajib. Ini adalah selaras dengan keputusan jawatankuasa fatwa negeri
Perak yang telah bermesyuarat pada 16 Februari 2004 mengatakan:
“Gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib zakat apabila cukup nisab dan haul kerana
haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhurul Ulama dalam mazhab yang empat.
Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat”
Walaupun negeri Perak yang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mewajibkan pembayaran zakat
pendapatan, namun jumlah kutipan zakat pendapatan sentiasa meningkat setiap tahun. Berdasarkan Jadual 2, statistik
kutipan zakat pendapatan melalui MAIPk di Negeri Perak menunjukkan berlaku peningkatan dalam jumlah pembayar
zakat dari tahun 2014 hingga tahun 2017. Pada tahun 2014 adalah seramai 17,513 orang telah membayar zakat pendapatan
telah meningkat berbanding pada tahun 2017 adalah seramai 26,659 orang. Jumlah peningkatan tersebut adalah sebanyak 52 peratus. Manakala jumlah kutipan zakat pendapatan terus mengalami peningkatan iaitu RM 23.13 juta kepada RM
36.15 juta dan peningkatan ini adalah sebanyak 56 peratus.
Persoalannya ialah mengapakah jumlah kutipan zakat di negeri Perak terus meningkat sedangkan fatwa zakat
pendapatan adalah tidak wajib di negeri tersebut. Apakah faktor yang mempengaruhi kepatuhan pembayar zakat
membayar zakat pendapatan kepada pihak berwajib. Adakah wujud hubungan antara kecenderungan membayar zakat
pendapatan dan kefahaman terhadap fatwa zakat. Adakah wujud persepsi yang berbeza dalam kalangan masyarakat Islam
terhadap pengurusan cukai dan zakat. Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kajian ini akan mengkaji gelagat pembayaran
zakat pendapatan dalam kalangan kakitangan Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak. Politeknik ini merupakan
salah satu institusi pendidikan awam yang terbesar, Politeknik terawal dan diberi taraf Politeknik Premier dalam kalangan
Politeknik di Malaysia. Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk) telah melantik pihak politeknik sebagai wakil
12
PPZ MAIWP,’Fatwa Zakat’ http://www.zakat.com.my/info-zakat/fatwa-zakat/#1480300641301-f64ba14a-69e1. Dicapai pada 13 Julai 2018
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
410
MAIPk dalam pengurusan pengutipan wang zakat dikalangan kakitangan Politeknik. Politeknik ini juga berhampiran
dengan MAIPk. Berdasarkan Jadual 3, jumlah dan kutipan zakat pendapatan di PUO menunjukkan peningkatan dalam
jumlah pembayar zakat dari tahun 2014 hingga tahun 2017. Pada tahun 2014 adalah seramai 194 orang berbanding tahun
2017 iaitu seramai 239 orang. Jumlah peningkatan adalah sebanyak 23 peratus. Manakala jumlah bayaran zakat meningkat
dari RM165,405 kepada RM275,693 dan peningkatan ini adalah sebanyak 66 peratus.
Justeru objektif kajian ini adalah seperti berikut; (1) mengkaji hubungan antara kecenderungan membayar zakat
pendapatan dan kefahaman individu terhadap fatwa zakat pendapatan. (2) membandingkan persepsi masyarakat Islam
terhadap sistem kutipan serta agihan dalam pengurusan cukai dan zakat. (3) Kajian ini juga akan menganalisis faktor
penentu yang berkemungkinan mempengaruhi peningkatan kutipan jumlah zakat pendapatan di PUO. Faktor tersebut
termasuklah faktor pendapatan, bidang pendidikan, pengetahuan agama, persekitaran & cukai, kempen MAIPk &
pengaruh rakan, rebat cukai pendapatan, kelebihan sistem zakat, kelebihan sistem cukai, agihan zakat, agihan cukai,
kefahaman fatwa. Faktor ini dipilih berdasarkan kepada beberapa kajian lepas yang telah menguji faktor ini (Hairunnizam,
Sanep & Mohd Ali, 2007; Nur Barizah & Hafiz Majdi, 2010: Nur Azura, Norazlina & Nor Fadzlin, 2005: Adibah & Joni
Tamkin, 2014: Abdul Hamid, 1998; Abdullah Khairi & Hairunnizam, 2017 : Kamil, 2002: Mujaini, 1995: Muhammad
Ikhlas, Luqman, Mohd Farhan &Mohamad Zaim, 2017).
KAJIAN LEPAS
Pembayaran zakat merujuk kepada perbuatan mengeluarkan zakat itu sendiri iaitu menunaikan hak yang wajib terhadap
harta. Ia juga digunakan untuk menunjukkan kepada sebahagian harta yang telah ditetapkan yang difardhukan oleh Allah
S.W.T. sebagai satu hak kepada orang-orang fakir. Zakat juga dinamakan sebagai sedekah kerana ia menunjukkan kepada
sifat benar seorang hamba dalam melakukan ubudiyyah dan mentaati perintah Allah S.W.T. Menurut Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan di Malaysia telah menetapkan bahawa zakat pendapatan adalah wajib ditunaikan
melalui pewartaan fatwa pada tahun 1997. Terkecuali negeri Perak sahaja pada tahun 2004 telah mewartakan bahawa
zakat pendapatan adalah tidak wajib dikutip. Perbezaan kekhilafan ini dilihat turut membantu dalam merancakkan lagi
kutipan zakat di Malaysia termasuk di negeri Perak itu sendiri. Konflik tentang zakat pendapatan ini turut dikaji oleh
Muhammad Ikhlas, Luqman, Mohd Farhan dan Mohamad Zaim (2017).
Kajian Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali (2007) telah mengkaji faktor-faktor yang signifikan mempengaruhi
kesedaran masyarakat untuk membayar zakat menggunakan analisis logistik. Antara faktor yang penting ditemui dalam
hasil kajian mereka ialah umur, taraf perkahwinan, pendapatan dan juga mekanisme pembayaran zakat. Kajian oleh Mohd
Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2004) pula menunjukkan peratusan pembayaran zakat adalah kecil dalam kakitangan
profesional. Antara faktor yang dikenal pasti ialah pengetahuan dan kurangnya penguatkuasaan. Nur Barizah dan Hafiz
Majdi (2010) melibatkan kakitangan profesional di UIAM serta Nur Azura, Norazlina dan Nor Fadzlin (2005) di UUM
turut berkongsi faktor yang sama. Dalam menangani isu ini, Kamil Md. Idris (2006) menyatakan keperluan untuk
melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas bertujuan meningkatkan komitmen individu berkelayakan untuk
mengetahui tanggungjawab dan menunaikan zakat yang telah diperintahkan oleh Allah. Selain daripada itu, faktor
kecekapan institusi dalam membuat kutipan dan agihan turut didapati signifikan untuk menarik keyakinan pembayaran
zakat melalui institusi formal oleh Hairunnizam & Sanep (2004). Hasil kajian yang dilakukan oleh Nur Liyana ‘Aqilah dan
Mohd Ali (2017) di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) mendapati tahap pendidikan seseorang
itu mencerminkan pengetahuan dan keterbukaan dalam bidang ilmu agama seseorang dalam mentaati kefardhuan
membayar zakat pendapatan adalah tinggi.
Walaupun zakat hasil penggajian dianggap harta iktilaf tetapi ia masih dikategorikan sebagai wajib berzakat ke
atasnya berdasarkan fatwa di negeri masing-masing. Kajian oleh Norlela dan Hairunnizam (2014) melihat wujud
kekhilafan berkaitan hukum pembayaran zakat pendapatan dimana terdapat sesetengah negeri di Malaysia mewajibkan dan
ada yang tidak mewajibkan. Pelaksanaan hukum pembayaran zakat oleh Fatwa Kebangsaan dilihat berbeza pendapat
dengan Mufti dan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang memutuskan bahawa:
“Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu
adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhur Ulama dalam mazhab yang empat. Syarat ini tidak
berlaku pada gaji atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat.”
Oleh itu, tidak melunaskan zakat penggajian adalah dianggap sebagai individu yang tidak taat dalam melakukan ibadatnya
(Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2007). Justeru tindakan ini melambangkan ketidaktaatan pada agama serta tingkat
keimanan yang kurang di dalam diri individu tersebut (Aidit, 1998).
Manakala Mohd Faisol et. al. (2005) pula melihat pelaksanaan e-zakat dapat meningkatkan lagi jaringan
komunikasi dalam penyampaian maklumat dan perkhidmatan iaitu melalui meningkatkan penyertaan rakyat dalam zakat,
meningkatkan ketelusan organisasi, integriti, akauntabiliti dan meluaskan rangkaian global organisasi zakat di seluruh
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
411
rantau ini dan seluruh negara-negara di seluruh dunia. Rumusnya belum ada kajian yang mengkaji aspek gelagat pembayar
zakat pendapatan di negeri Perak.
METODOLOGI KAJIAN
KAEDAH PENSAMPELAN
Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan secara rawak berstruktur dengan menggunakan soal selidik yang dirangka
untuk menjawab persoalan kajian. Data diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan secara manual bermula dari 30 Mac
2018 sehingga 16 April 2018 dengan tertumpu kepada individu Islam yang berkhidmat di Politeknik Ungku Omar (PUO)
Ipoh, Perak yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik. Mereka meliputi daripada Unit Pentadbiran,
Unit Perpustakaan, Unit Kewangan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Jabatan
Pengajian Am, Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan. Jumlah kakitangan Islam di Politeknik Ungku Omar(PUO) adalah seramai
550 orang. Sebanyak 500 soal selidik telah diedarkan dan hanya 228 soal selidik diterima dan sesuai untuk dianalisis
menjadi responden kajian. Jumlah 228 sampel adalah bersesuaian mengikut Robert V.Krejcie & Daryle W.Morgan (1970)
untuk mendapatkan keputusan yang baik.
KAEDAH ANALISIS DATA
Data dianalisis menggunakan model regresi logistik bagi menguji kebarangkalian beberapa pemboleh ubah untuk
mencapai objektif kajian. Analisis regresi digunakan dalam kajian ini dalam menganalisis data berkaitan dengan
kebarangkalian. Model logit binomial sesuai digunakan memandangkan pembolehubah bersandar berbentuk dikotomus
sekaligus dapat menguji kesan terhadap tujuh pembolehubah yang berbentuk dami(Gujarati 2003). Model yang
dianggarkan dalam regresi logistik adalah seperti berikut:
Pi = E( Y = 1/X ) = 1/ ( 1+ e
-z
) (1)
Di mana Pi adalah kebarangkalian bagi responden yang membayar zakat pendapatan iaitu Y=1 dan Y=0 bagi responden
yang tidak membayar zakat pendapatan. Kajian ini akan mengadaptasikan model daripada kajian oleh Sanep dan
Hairunnizam (2004). Dengan ini berpandukan persamaan (2) model khusus yang akan dianggarkan dalam kajian ini ialah:
L = In (P
i / ( 1-P
i ) = β
0 + β
1 X
1 + β
2 X
2 + β
3 X
3 + β
4 X
4 + β
5 X
5 + β
6 X
6 + β
7 X
7 + β
8 X
8 + β
X
9
+ β
10 X
10 + β
11 X
11 (2)
L Adalah log bagi nisbah ‘odds’ membayar zakat pendapatan
X1
Adalah dami Pendapatan
X2
Adalah dami Bidang Pendidikan
X3
Adalah Pengetahuan Agama
X4
Adalah Persekitaran & Cukai
X5
Adalah Kempen MAIPk & pengaruh rakan
X6
Adalah dami Rebat Cukai Pendapatan
X7
Kelebihan Sistem Zakat
X8 Kelebihan Sistem Cukai
X9
Agihan Zakat
X10
Agihan Cukai
X11
Adalah dami Kefahaman Fatwa
Pembolehubah bersandar adalah bernilai 1 jika responden menyatakan membayar zakat pendapatan dan memberi nilai 0
jika respon tidak membayar zakat pendapatan. Kesemua pembolehubah dalam persamaan (2) diuji untuk menentukan
manakah pembolehubah yang signifikan mempengaruhi kesedaran membayar zakat pendapatan.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
412
HASIL KAJIAN
Jadual 4 menunjukkan Demografi Responden yang diperolehi semasa menjalankan pengutipan data di lapangan. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa (65.8%) adalah perempuan berbanding (34.2%) responden lelaki. Daripada tujuh kategori
umur, mendapati kategori yang berumur 36 tahun hingga 40 tahun adalah tertinggi iaitu sebanyak 86 responden (37.7%).
Manakala kategori yang berumur 25 tahun ke bawah adalah terendah sebanyak 2 responden (0.9%). Bagi status
perkahwinan responden, sebanyak 208 orang responden (91.2%) adalah berstatus telah berkahwin. Hanya terdapat
sebanyak 13 orang responden (5.7%) adalah berstatus bujang. Di samping itu, terdapat 7 orang responden (3.1%) yang
berstatus janda atau duda bagi taraf perkhawinannya. Majoriti daripada keseluruhan responden adalah berstatus berkahwin.
Jadual 4 menunjukkan majoriti responden bagi tahap pendidikan akademik tertinggi responden adalah terdiri
daripada lepasan Sarjana iaitu 102 orang responden (44.7%). Seramai 79 orang responden (34.6%) mempunyai Sarjana
Muda. Manakala terdapat 18 orang responden (7.9%) yang memiliki tahap pendidikan akademik sehingga SPM. Namun
hanya terdapat seramai 8 orang responden (3.5%) mempunyai tahap pendidikan akademik tertinggi sehingga Phd. Dari
segi status bidang pengajian responden, kajian ini mendapati seramai 190 orang responden (83.3%) adalah bukan bidang
pengajian agama. Manakala hanya 38 orang responden (16.7%) adalah bidang pengajian agama. Di dalam kajian ini
terdapat lima jenis gred jawatan yang di perolehi daripada responden. Kebanyakan responden berada di Gred 41 hingga
44. Gred ini adalah tertinggi iaitu seramai 150 orang (65.8%). Di ikuti oleh Gred 48 hingga 54 seramai 36 orang (15.8%).
Di Gred 11 hingga 19 seramai 24 orang (10.5%). Bagi Gred 29 hingga 40 seramai 15 orang (6.6%). Namun demikian
hanya terdapat seramai 3 orang (1.3%) di Gred 22 hingga 28. Majoriti responden bagi Jawatan di Politeknik adalah
kakitangan akademik(Pensyarah) iaitu seramai 185 orang (81.1%) dan di ikuti oleh Kakitangan Sokongan iaitu seramai 43
orang (18.9%). Sebilangan besar responden kajian ini, pendapatan sebulan yang tertinggi adalah antara RM3,861 hingga
RM8,120 iaitu seramai 166 orang responden atau 72.8 peratus. Bagi pendapatan sebulan RM1,001 hingga RM3,860 adalah
seramai 45 orang atau 19.7 peratus. Bagi pendapatan sebulan RM8,121 dan ke atas adalah seramai 15 orang atau 6.6
peratus. Namun hanya terdapat seramai 2 orang responden atau 0.9 peratus memperolehi pendapatan RM1,000 kebawah
sebulan.
Merujuk kepada Jadual 5 iaitu kecenderungan bayar zakat pendapatan dan memahami fatwa, menunjukkan
majoriti responden membayar zakat pendapatan iaitu seramai 172 orang responden atau 75.44 peratus daripada
keseluruhan berbanding responden tidak membayar seramai 56 orang responden atau 24.56 peratus daripada keseluruhan.
Di dalam kumpulan yang membayar zakat terdapat seramai 132 orang atau 76.7 peratus pernah mendengar dan memahami
fatwa zakat berbanding sebaliknya seramai 40 orang atau 23.3 peratus tidak pernah dengar dan tidak faham fatwa negeri
Perak yang tidak wajib membayar zakat pendapatan penggajian. Manakala responden yang tidak membayar zakat, terdapat
seramai 27 orang atau 48.2 peratus pernah dengar dan faham fatwa berbanding sebaliknya seramai 29 oarang tau 51.8
peratus tidak pernah dengar dan tidak faham fatwa negeri Perak yang tidak wajib membayar zakat pendapatan penggajian.
Walaupun kajian ini seperti yang dijangka menunjukkan ramai orang Islam khususnya di Politeknik Ungku Omar, Ipoh,
Perak masih tetap membayar zakat pendapatan penggajian walaupun fatwa zakat pendapatan penggajian di negeri Perak
tidak mewajibkan untuk membayar.
Terdapat tiga (3) faktor yang dikaji iaitu Faktor Agama, Faktor Persekitaran dan Cukai dan Faktor Kempen MAIP
& Pengaruh rakan. Min setiap faktor dinilai untuk dijadikan rujukan tahap persetujuan responden iaitu bagi min 3.81 dan
keatas adalah tahap persetujuan yang tinggi, nilai min 2.41 hingga 3.80 adalah tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai
min 2.4 dan kebawah dinilai sebagai tahap persetujuan yang rendah. Hasil kajian ini telah mendapati tahap persetujuan
yang tinggi berlaku kepada faktor Agama(4.87%). Manakala faktor yang dinilai berada pada tahap persetujuan yang
sederhana adalah faktor Persekitaran dan Cukai(3.09%) dan juga faktor Kempen MAIPk & Pengaruh rakan(3.64%).
Namun begitu secara keseluruhannya, nilai min keseluruhan kesemua faktor Pembayaran Zakat Pendapatan ialah pada
tahap yang tinggi(3.87%)
Untuk melihat gelagat kakitangan terhadap Kelebihan Sistem Zakat dan Faktor Kelebihan Sistem Cukai, min
setiap faktor dinilai untuk dijadikan rujukan tahap persetujuan responden iaitu bagi min 3.81 dan keatas adalah tahap
persetujuan yang tinggi, nilai min 2.41 hingga 3.80 adalah tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai min 2.4 dan ke
bawah dinilai sebagai tahap persetujuan yang rendah. Hasil kajian ini telah mendapati tahap persetujuan yang tinggi
berlaku kepada Kelebihan Sistem Zakat (4.04%). Manakala Kelebihan Sistem Cukai berada pada tahap persetujuan yang
sederhana (3.09%). Bagi mengkaji kepercayaan kepada Agihan Zakat dan Agihan Cukai, min setiap faktor dinilai untuk
dijadikan rujukan tahap persetujuan responden iaitu bagi min 3.81 dan keatas adalah tahap persetujuan yang tinggi, nilai
min 2.41 hingga 3.80 adalah tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai min 2.4 dan kebawah dinilai sebagai tahap
persetujuan yang rendah. Hasil kajian ini mendapati tahap persetujuan yang tinggi berlaku kepada sistem Agihan
Zakat(3.81%). Manakala faktor yang dinilai berada pada tahap persetujuan yang sederhana adalah sistem Agihan
Cukai(3.67%). Responden lebih kepercayaan kepada sistem agihan zakat.
Ujian Model: Merujuk kepada Jadual 9 Pengelasan Regresi Logistik, kajian mendapati model Regresi binomial
logistik yang digunakan, pembolehubah bersandar ialah responden membayar zakat pendapatan dan sebaliknya. Ia
menunjukkan peratusan betul bagi yang membayar ialah 100 peratus betul manakala tidak membayar 16.7 peratus betul.
Ini menunjukkan model ini adalah aras kesahan benar yang tinggi melebihi 50 peratus. Merujuk kepada Jadual 10, hasil
kajian ini juga mendapati pembolehubah bersandar yang diterangkan oleh pembolehubah bebas sebanyak 9.7 peratus
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
413
digambarkan oleh Cox & Snell (R2 =0.097) dan 37 peratus ditunjukkan oleh Negelkerke (R
2 = 0.379). Selanjutnya ujian
padanan model telah dilakukan menggunakan ujian chi-square Hosmer dan Lemeshow menunjukkan nilai bersamaan
6.715 (df=5) dan didapati tidak signifikan. Ini menunjukkan model ini mempunyai padanan yang baik dan sesuai untuk
dianalisis. Nilai koefisien: Hasil regresi terhadap model mendapati terdapat dua pembolehubah yang kekal signifikan pada
aras keertian 5 peratus iaitu pembolehubah Pendapatan dan Kefahaman Fatwa. Nilai koefisien untuk kedua pembolehubah
ini adalah 3.742 dan 2.243 namun bernilai negatif. Ini menunjukkan wujud hubungan yang negatif antara pembolehubah
Pendapatan dan Kefahaman Fatwa di PUO terhadap pembolehubah bersandar. Nilai koefisien pembolehubah Kefahaman
Fatwa adalah lebih tinggi berbanding pembolehubah Pendapatan. Namun begitu berdasarkan Jadual 10, pembolehubah
bidang pendidikan, pengetahuan agama, rebat cukai pendapatan, kelebihan sistem zakat, agihan cukai adalah tidak
signifikan.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Kajian ini mendapati wujud kecenderungan individu Muslim yang membayar zakat pendapatan tetapi tidak faham dan
tidak pernah dengar fatwa zakat pendapatan di negeri Perak. Mereka tetap membayar zakat pendapatan kerana pendekatan
MAIPk yang senantiasa memikirkan kaedah atau cara yang terbaik bagi meningkat kesedaran individu untuk membayar
zakat pendapatan. Pelbagai program kesedaran dan pemahaman tentang zakat dijalankan. MAIPk menyebarkan maklumat
kepada masyarakat melalui media massa, seminar, ceramah dan pendidikan formal. Menurut Hairunnizam, Sanep dan
Mohd Ali (2013), medium sebaran formal yang berbentuk promosi seperti pameran bergerak, peranan amil kariah dan
pegawai zakat disetiap daerah memainkan peranan yang penting dan amat berkesan didalam kesedaran tentang zakat serta
institusi yang menguruskan zakat. Ini disokong oleh kajian Ismadi Md Badarudin, Arifin Saleh, Sy Ahbudin Senin, Alias
Deraman (2004), institusi zakat perlu memainkan peranan yang proaktif bagi menyebarkan maklumat zakat melalui
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman web, laman sosial, papan iklan, laporan tahunan,
radio, televisyen dan ceramah zakat di masjid dan juga surau. Ini bersesuaian dengan kajian yang di lakukan oleh Mohd
Faisol (2014), pelaksanaan e-zakat dapat meningkatkan lagi jaringan komunikasi dalam penyampaian maklumat dan
perkhidmatan iaitu melalui meningkatkan penyertaan rakyat dalam zakat, meningkatkan ketelusan organisasi, integriti,
akauntabiliti dan meluaskan rangkaian global organisasi zakat di seluruh rantau ini dan seluruh negara-negara di seluruh
dunia.
Sebenarnya, keberkesanan kutipan dan agihan zakat amat bergantung kepada sistem pengurusan oleh institusi
zakat itu sendiri seperti menurut kajian Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2009). Pusat Pungutan
Zakat(PPZ) menjalankan usaha dakwah dan penyaluran informasi berkenaan zakat yang senantiasa dijalankan sepanjang
tahun menerusi ceramah di pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat-syarikat swasta, sesi taklimat kepada majikan, persatuan,
NGO serta khutbah sempena sembahyang Jumaat hasil kajian oleh M. Rais Alias (2004). Bagi golongan yang
berpendapatan pula, antara kemudahan yang disediakan untuk mereka menunaikan zakat pendapatan ialah Skim Potongan
Gaji (SPG). Skim ini diperkenalkan sebagai satu kemudahan kepada para majikan dan kakitangan kerajaan juga swasta
untuk menunaikan tanggungjawab mereka membayar zakat gaji secara ansuran bulanan melalui potongan gaji. Mereka
juga akan menikmati rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pihak MAIPk boleh menjelaskan fadhilat dan hikmahnya zakat yang diunjurkan dalam Islam iaitu untuk
‘penyucian’ dan ‘pertumbuhan’ harta dalam mendapatkan keredaan Allah dan keberkatan dalam hidup. Malahan Zakat
dapat mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah. Kepada pembayar zakat, zakat ini sebagai
alat untuk menyucikan harta bagi memperolehi keredaan Allah dan membolehkan ia bertumbuh dalam keadaan baik,
selain menyucikan hati si pemberi daripada sifat mementingkan diri dan tamak. Ini disokong oleh Ibn Taimiyah iaitu di
dalam jiwa pembayar zakat, ia menjadi lebih baik dan hartanya dibersihkan. Munurut Syaikh Ali Ahamad Al-
Jurjawi(2008) dalam bukunya, Hikmah al-Tasyri’ wa Falsafatuhu berkata:
“Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa kepada keamanan dalam negara. Beliau memberi
banyak alasan dan hujah bagi membenarkan kenyataan tersebut yang jelas menunjukkan bala menimpa
masyarakat, negeri, negara dan tempat di mana pengabaian untuk mengeluarkan zakat berlaku. Natijah
yang lebih parah lagi membawa kepada pembunuhan, jenayah, pencurian dan juga ramai yang ditangkap
dan dimasukkan ke penjara kerana sebab harta benda dan kewangan.”
Sekiranya pihak Maipk menekankan kepada fatwa zakat, di mana pembayaran zakat pendapatan tidak wajib dan bukannya
terhadap fadilat pembayaran zakat pendapatan, jumlah kutipan zakat pendapatan akan terjejas. Lantaran itu agihan zakat
kepada asnaf tidak dapat diagihkan mengikut keperluan mereka. Sehubungan dengan itu, rakyat negeri Perak yang
membayar zakat pendapatan memperoleh pahala yang lebih berbanding dengan rakyat negeri lain yang fatwa mewajibkan
pembayaran zakat pendapatan.
Kenapa faktor pendapatan dan kefahaman fatwa signifikan. Walaupun fatwa zakat negeri Perak tidak
mewajibkan pembayaran zakat pendapatan, namun responden di Politeknik Ungku Omar menunjukkan kecenderungan
dan kesedaran untuk membayar zakat pendapatan. Jumlah kutipan zakat pendapatan setiap tahun sentiasa meningkat.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
414
Tahap pendapatan juga mempengaruhi secara signifikan pembayaran zakat. Kajian ini menyokong kajian Mohd Zyadi dan
Mariani (1999) serta Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad dan Nahid Ismail (2001) yang menunjukkan faktor
pendapatan amat penting dalam mempengaruhi pembayaran zakat. Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi
kebarangkalian individu membayar zakat memandangkan pendapatan yang tinggi akan mencukupkan syarat cukup nisab
zakat.
Melalui Jadual 11, menunjukkan hubungan antara tingkat pendapatan dan membayar zakat pendapatan,
mendapati responden yang mempunyai tingkat pendapatan yang rendah tetap membayar zakat pendapatan. Namun begitu,
terdapat juga responden yang berpendapatan tinggi tidak membayar zakat pendapatan. Responden yang memperolehi
tingkat pendapatan rendah iaitu RM1,001 hingga RM3,860, sebanyak 15 orang atau (33.3%) daripada keseluruhan.
Manakala responden yang memperolehi tingkat pendapatan yang sama, seramai 30 orang atau (66.7%) daripada
keseluruhan tidak membayar zakat pendapatan. Golongan yang berpendapatan antara RM3,861 hingga RM8,120 adalah
pembayar zakar yang paling ramai iaitu 143 orang. Berbanding 23 orang sahaja yang tidak menunaikan pembayaran
zakat.
KESIMPULAN
Daripada hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa Fatwa Zakat Pendapatan yang tidak wajib di negeri Perak, tidak
memberi kesan pada pembayaran zakat pendapatan di kalangan kakitangan Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Dengan
andaian kemungkinan mereka menitik beratkan fadilhat pembayaran zakat yang telah di janjikan oleh Allah. Oleh itu,
rakyat negeri Perak yang membayar zakat pendapatan memperoleh pahala yang lebih berbanding dengan rakyat negeri lain
yang fatwa mewajibkan pembayaran zakat pendapatan. Peningkatan kesedaran membayar zakat pendapatan adalah
penting. Di Malaysia fatwa wajib zakat pendapatan wujud dengan pewartaan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan pada tahun 1997. Walaupun begitu hanya negeri Perak yang kekal tidak mewajibkan zakat pendapatan.
Masyarakat umum pula terdedah dengan pelbagai tafsiran dan polemik tersebut dan akhirnya menjadi keliru. Kekeliruan
itu memberi kesan kepada sikap pembayar untuk mematuhi atau tidak mematuhi fatwa tersebut. Melalui pelaksanaanya
yang efektif dan teratur akan mewujudkan suatu bentuk jaminan sosial dan sumbangan dalam memartabatkan
kecemerlangan umat. Walau bagaimanapun perlu difahami bahawa zakat pendapatan mempunyai Prinsip keadilan
ekonomi dan bentuk keprihatinan Islam terhadap kaum miskin. Maka semakin banyak kutipan zakat, semakin banyaklah
wang dapat diagihkan dan dapat membantu asnaf terutamanya asnaf fakir dan miskin dalam kehidupan mereka serta
kemiskinan tegar dapat dihapuskan secara beransur-ansur perlu diambil tindakan segera. Ingatlah! zakat merupakan
perkara penting dalam agama Islam sebagaimana solat lima waktu. Tatkala zakat ditunaikan dengan penuh keimanan, pasti
ada kesan yang sangat besar yang dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap individu. Jika ibadah solat yang dilaksanakan
menjadi bukti kecintaan terhadap Allah SWT, zakat pula menjadi bukti kecintaan seseorang terhadap saudaranya. Anas bin
Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia
mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
RUJUKAN
Abdul Hamid Mohd Hassan, (1998). Antara zakat dan cukai pendapatan: Satu analisis penyelarasan. Kertas kerja
dibentang dalam seminar zakat dan cukai pendapatan di Pusat Matrikulasi USM.
Abdullah Khairi & Hairunnizam Wahid, (2017). Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian Dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan Di Wilayah Persekutuan, Putrajaya Prosiding PERKEM ke-12 ,
199-207.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan, (2014). Faktor Penentu Pembayaran Zakat oleh Entiti Perniagaan di
Malaysia: Satu Tinjauan Teori. Jurnal Syariah, Jilid 2: 295-322.
Aidit Ghazali, (1988). Zakat Satu Tinjauan. IBS Buku Sdn Bhd., Selangor
Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Fatimah Salwa Abdul Hadi & Nor Hamizah Saidin.(2016). Kepatuhan
Pengiraan Zakat Pendapatan Kumpulan Profesional di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Sains Humanika. 8: 3
(2016) 1–7.
Gujarati, D.N. (2003). Basic Econometrics. 4th Edition. New York: McGraw Hill.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2013). Keberkesanan dan Kesesuaian Medium
Promosi Agihan Zakat: Kajian Kes di Negeri Selangor. PERKEM VIII, JILID 1, 28-37.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2007). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di
Malaysia. Islamiyyat, 29, 53-70.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
415
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di
Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah.17 (1) 2009: 89-112
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Cadangan Melokalisasikan Pengagihan Zakat:
Persepsi Amil dan Penerima Zakat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hairunnizam Wahid; Mohd Ali Mohd. Noor, & Sanep Ahmad. (2005). Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor
Penentunya? IJMS, 12(2), 171-189.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2005). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di
Malaysia dalam Abu Sufian et.al (penyt) Pascasidang Seminar Ekonomi & Kewangan Islam. Kuala Lumpur:
Univision Press Sdn Bhd hlm 265-274.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2006). Kesedaran Membayar Zakah Pendapatan Di
Malaysia. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Wkonomi & Perniagaan, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Institusi Zakat di Malaysia. Dicapai pada 30 Mac 2018.
Ismadi Md Badarudin, Arifin Saleh, Sy Ahbudin Senin, Alias Deraman. (2004). Kajian Aplikasi Sistem Dalam
Perlaksanaan Zakat Berkomputer Di Negeri Melaka. Universiti Teknologi MARA.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Dicapai pada 30 Mac 2018.
Kamil Md. Idris. (2006). Kesan Persepsi Undang-Undang dan Penguatkuasaan Zakat terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat
Pendapatan Gaj. REKAYASA – Journal of ethics, legal and governance Vol. 2, 2006 (32-41)
Kamil Md. Idris. (2002). Gelagat Kepatuhan Zakat Gaji Di Kalangan Kakitangan Awam. Tesis PhD Tidak Diterbit,
Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Kerajaan Negeri Perak (2004), Warta Kerajaan Negeri Perak. Perak: Kerajaan Negeri
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (2002). Peranan Zakat dalam Pembangunan Ummah. In: Nik Mustapha Nik Hassan (ed)
Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
Md Zyadi Tahir & Mariani Majid. (1999). Prestasi kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Dlm Pascasidang Seminar
Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan
Malaysia. pp 293-306.
M. Rais Alias. (2004). Strategi Kutipan Zakat Di Kuala Lumpur, Malaysia. Kertas Kerja Zakat Awards 2004,
Institut Manajemen Zakat, Dompet Dhuafa Republika, 21Oktober 2004.
Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid, Nor Ghani. (2004). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan
Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat, 26(2), 59-68.
Mohd Faisol Ibrahim, Mohd Yahya Mohd Hussein & Suhaina Musani. (2005). Peranan Institusi Bank Sebagai Agen
Kutipan Dalam Aktiviti Bayaran Zakat: Kajian Ke Atas Pusat Zakat
Mohd. Daud Bakar. (1998). The Malaysian Zakat System: Law and Policy Reform. Kertas kerja dibentangkan di “Seminar
of Zakat and Taxation” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur
Muhammad Ikhlas R., Luqman H. A., Mohd Farhan M. A. & Mohamad Zaim I. (2017). Konflik Hukum Zakat
Pendapatan:Satu Penilaian. Labuan e-Journal of Muamalat and Society. Vol. 11, 2017, pp. 13-19.
Mujaini Tarimin. (1995), “Zakat Penggajian: Satu Penilaian Terbaru Di Malaysia,” kertas kerja, ITM Shah Alam.
Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad danNahid Ismail. (2001). Can Privatization Improve Performance?
Evidence from Zakat Collection Institutions.KertaskerjaBengkelEkonomi Islam.FakultiEkonomi,
UniversitiKebangsaan Malaysia.
Norlela Zaman & Hairunnizam Wahid. (2014). Pewartaan Zakat Pendapatan dan Trend Kutipan Zakat Pendapatan:
Kajian di Malaysia. Prosiding PERKEM ke-9 , 199-207
Nur Azura S, Norazlina AW, Nor Fadzlin MB. (2005). Gelagat Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian Kes
UUM. Seminar Ekonomi dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, 29-30 Ogos.
Nur Barizah Abu Bakar, Hafiz Majdi Abdul Rashid. (2010). Motivations of Paying Zakat on Income: Evidence from
Malaysia. International Journal of Economics and Finance 2 (3), 76-84. Perak.
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor. (2017). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan
Kakitangan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Prosiding PERKEM ke-12(2017), 55-63
Qaradawi, Yusuf, (2000), Fiqh al-Zakah, Vol II .English Translation by Monzer Kahf, Jeddah, Scientific Publishing
Centre, King Abdulaziz University.
Sanep Ahmad, (2004). Kepatuhan Bayaran Zakat Kepada Institusi Formal Kutipan Zakat. Laporan Penyelidikan, Fakulti
Ekonomi dan Perniagaan, Universiti kebangsaan Malaysia .Selangor. Dlm. Kertas Kerja Seminar Ekonomi dan
Kewangan Islam, 29-30 Ogos. Selangor: ESSET Bangi.
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2004). Kesan Prestasi Agihan oleh Institusi Formal Ke Atas Kepatuhan
Membayar Zakat dalam Pascasidang Seminar Kebangsaan Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2004. Kuala Lumpur:
Univision Press Sdn Bhd.
Syaikh Ali Ahamad Al-Jurjawi.(2008). Hikmah dan Falsafah Dibalik Penetapan Syariat, Hikmah at-Tasyri wa
Falsafatuhu Diterbitkan pada tahun 2008 oleh Pustaka Hidayah.
Umer Chapra,M.(1992). Islam and the economic challenge.Leicester:t.pt.
Zainol Bidin, & Kamil Md Idris, (2009), Sikap, Norma Subjektif dan Kawalan Gelagat Di Tanggap Terhadap
Niat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji IJMS 16 (1), 31-55.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
416
JADUAL 1. Tahun Fatwa Zakat Pendapatan Di Malaysia
Negeri Tahun Fatwa
Selangor 2001
Kuala Lumpur 1999
Kelantan 1999
Johor 2000
Kedah 1986
Melaka 2000
Negeri Sembilan 1998
Pahang 2001
Perak 1990
Perlis 1991
Pulau Pinang 2001
Sabah t.d
Sarawak 1996
Terengganu 1999
Nota: t.d: tiada data Sumber: Laporan zakat pelbagai tahun setiap negeri
JADUAL 2. Satistik Kutipan Zakat Pendapatan melalui potongan zakat berjadual di Negeri Perak
Tahun Jumlah Pembayar Zakat
(Orang)
Peratusan
Peningkatan
tahunan (%)
Jumlah Zakat
Pendapatan (RM Juta)
Peratusan
Peningkatan
tahunan (%)
2017 26,659 20 36.15 20
2016 22,134 15 30.06 10
2015 19,189 10 27.43 19
2014 17,513 23.13
Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
JADUAL 3. Statistik Jumlah dan Kutipan Zakat Pendapatan oleh Kakitangan Politeknik Ungku Omar
melalui potongan zakat berjadual di MAIPk di Negeri Perak
Tahun Jumlah Kakitangan Membayar
Zakat (Orang)
Peratusan
Peningkatan
tahunan (%)
Jumlah Zakat
pendapatan
(RM)
Peratusan
Peningkatan
tahunan (%)
2017 239 11 275,693 15
2016 215 9 239,362 25
2015 197 1.5 192,003 16
2014 194 165,405
Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
417
JADUAL 4. Demografi Responden
Item Bilangan Peratusan (%)
Jantina:
Lelaki 78 34.2
Perempuan 150 65.8
Umur:
Bawah 25 tahun 2 0.9
26 hingga 30 tahun 9 3.9
31 hingga 35 tahun 43 18.9
36 hingga 40 tahun 86 37.7
41 hingga 45 tahun 44 19.3
46 hingga 50 tahun 17 7.5
Lebih 51 tahun 27 11.8
Status Perkahwinan:
Bujang 13 5.7
Berkahwin 208 91.2
Duda/Janda 7 3.1
Pendidikan Akademik Tertinggi:
SPM 12 5.3
STPM 5 2.2
Sijil 3 1.3
Diploma 18 7.9
Sarjana Muda 79 34.6
Sarjana 102 44.7
PHD 8 3.5
Lain-lain 1 0.4
Bidang Pengajian:
Agama 38 16.7
Bukan Agama 190 83.3
Gred Jawatan:
Gred 11 hingga 19 24 10.5
Gred 22 hingga 28 3 1.3
Gred 29 hingga 40 15 6.6
Gred 41 hingga 44 150 65.8
Gred 48 hingga 54 36 15.8
Jawatan Di Politeknik:
KakitanganAkademik(Pensyarah) 185 81.1
Kakitangan Sokongan 43 18.9
Pendapatan Bulanan:
RM1,000 ke bawah 2 0.9
RM1,001 hingga RM3,860 45 19.7
RM3,861 hingga RM8,120 166 72.8
RM8,121 dan ke atas 15 6.6 Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018
JADUAL 5. Kecenderungan bayar zakat pendapatan dan memahami fatwa
Bayar zakat pendapatan
Ya
172 (75.44)
Tidak
56 (24.56)
Dengar dan Faham Fatwa Tidak Dengar dan Tidak
Faham Fatwa
Dengar dan Faham Fatwa Tidak Dengar dan Tidak
Faham Fatwa
132 (76.7) 40 (23.3) 27 (48.2) 29 (51.8) Nota: ( ) peratus daripada jumlah keseluruhan
Sumber: Maklumat Soalselidik 2018
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
418
JADUAL 6. Faktor Pembayaran Zakat Pendapatan
Bil Item Faktor
Muatan
Nilai
Min
Ralat Piawai Tahap1
Faktor Agama Tinggi
(1) Menyempurnakan Rukun Islam .764 4.84 0.351
(2) Islam mewajibkan pembayaran zakat pendapatan .660 4.59 0.068
(3) Yakin akan ketulusan pihak yang mengurus zakat
pendapatan
.648 4.47 0.072
(4) Faham dan percaya akan kelebihan di sebalik
keberkatan pembayaran zakat pendapatan
.704 4.85 0.033
(5) Pembayaran zakat pendapatan kurang
membebankan hanya 2.5% sahaja
.650 5.82 0.705
(6) Membayar zakat pendapatan bagi mengelakkan
hukuman di akhirat kelak
.680 4.62 0.077
Purata 4.87 0.218
Faktor Persekitaran Dan Cukai Sederhana
(1) Inginkan insentif rebat cukai pendapatan apabila
membayar zakat pendapatan
.815 4.14 0.101
(2) Membayar zakat untuk mengelak pembayaran
cukai pendapatan
.849 2.04 0.114
Purata 3.09 0.113
Faktor Kempen MAIP & Pengaruh rakan Sederhana
(1) Kempen kesedaran membayar zakat pendapatan
oleh MAIP adalah berkesan dan bermanfaat
.751 3.79 0.897
(2) Membayar zakat pendapatan kerana pengaruh
kawan
.767 3.49 0.125
Purata 3.64
Nilai Min keseluruhan 3.87 Tinggi Nota: Kesemua pembolehubah melepasi ujian Bartlett’s Test of Sphericity: dan signifikan pada aras ke ertian 1%
1Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril Balli & Wahid Razzaly (2011)
Sumber: Maklumat Soalselidik 2018
JADUAL 7. Kelebihan Sistem Zakat dan Cukai
Bil Item Nilai
Min
Ralat
Piawai
Tahap1
Faktor Kelebihan Sistem Zakat Tinggi
(1) Saya berpendapat bahawa sistem zakat di Malaysia berfungsi dengan
baik 4.01 0.065
(2) Saya merasakan bahawa kadar zakat di Malaysia adalah munasabah 4.22 0.048
(3) Saya berpendapat bahawa sistem zakat di Malaysia adalah adil 4.05 0.060
(4) Saya merasakan bahawa kewujudan banyak kemudahan untuk
membayar zakat 4.20 0.057
(5) Saya berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang zakat
adalah berkesan 3.75 0.072
Purata 4.04 0.060
Faktor Kelebihan Sistem Cukai Sederhana
(1) Saya berpendapat bahawa sistem cukai di Malaysia berfungsi dengan
baik 3.62 0.087
(2) Saya merasakan bahawa kadar cukai di Malaysia adalah munasabah 3.23 0.089
(3) Saya berpendapat bahawa sistem cukai di Malaysia adalah adil 3.16 0.096
(4) Saya merasakan bahawa kewujudan banyak kemudahan untuk
membayar cukai 3.82 0.077
(5) Saya berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang cukai
adalah berkesan 3.74 0.076
Purata 3.52 0.085 Nota:1Skala Tahap Persetujuan; < 2.4 Rendah; 2.41-3.80 Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril Balli & Wahid Razzaly (2011)
Sumber: Maklumat Soalselidik 2018
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
419
JADUAL 8.Agihan Sistem Zakat dan Cukai
Bil Item Nilai
Min
Ralat
Piawai
Tahap1
Agihan Zakat: Tinggi
(1) Saya merasakan bahawa zakat dikutip dengan cekap dan efisien 3.92 0.068
(2) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan kutipan zakat mudah
untuk di akses 3.98 0.065
(3) Saya merasakan bahawa zakat diagih dengan cekap dan efisien 3.71 0.076
(4) Saya merasakan bahawa proses agihan zakat sampai kepada sasaran 3.68 0.076
(5) Saya berpendapat bahawa program agihan zakat yang dilaksanakan
berkesan dan bermanfaat 3.77 0.073
(7) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan agihan zakat mudah
untuk di akses 3.78 0.078
Purata 3.81 0.073
Agihan Cukai: Sederhana
(1) Saya merasakan bahawa cukai dikutip dengan cekap dan efisien 3.83 0.077
(2) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan kutipan cukai mudah
untuk di akses 4.20 0.380
(3) Saya merasakan bahawa cukai diagih dengan cekap dan efisien 3.40 0.083
(4) Saya merasakan bahawa proses agihan cukai sampai kepada sasaran 3.65 0.387
(5) Saya berpendapat bahawa program agihan cukai yang dilaksanakan
berkesan dan bermanfaat 3.37 0.080
(6) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan agihan cukai mudah
untuk di akses 3.56 0.088
Purata 3.67 0.182 Nota: 1Skala Tahap Persetujuan; < 2.4 Rendah; 2.41-3.80 Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril Balli & Wahid Razzaly (2011) Sumber: Maklumat Soalselidik 2018
JADUAL 9.Pengelasan Regresi Logistik1
Di ramalkan Peratusan Betul
Pemerhatian Ya Tidak
Model Ya 171 0 100.0
Tidak 5 1 16.7 Nota: 1 nilai batasan = 0.5
Model regresi: Regresi binomial logistik. Pemboleh ubah bersandar : Membayar zakat pendapatan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13
420
JADUAL 10. Hasil Regresi
Pemboleh ubah Nilai Koefisien (β)
Statistik Wald Exp(β)
Konstan 1.043
(4.922)
0.045 2.837
Pendapatan (1) -3.742*
(1.492)
6.714 0.024
Bidang Pendidikan (1) .488
(1.489)
0.107 1.628
Pengetahuan Agama 1.212
(1.234)
0.964 3.360
Persekitaran & Cukai -0.820
(0.718)
1.304 0.440
Kempen MAIP & pengaruh rakan -0.027
(0.638)
0.002 0.973
Rebat Cukai Pendapatan (1) 0.157
(1.440)
0.012 1.170
Kelebihan Sistem Zakat
1.277
(1.316)
0.942
3.587
Kelebihan Sistem Cukai
-2.034
(1.498)
1.845 0.131
Agihan Zakat -0.715
(1.083)
0.436 0.489
Agihan Cukai 2.004
(1.402)
2.044 7.418
Kefahaman Fatwa (1) -2.243*
(1.163)
3.719 0.106
Hosmer and Lemeshow (χ2)
6.715 ns
Cox and Snell R2 0.097
Negelkerke R2 0.379
Nota: * signifikan pada aras keertian 5%
ns tidak signifikan (1) pemboleh ubah dami
( ) ralat piawai
Model regresi: Regresi binomial logistik. Pemboleh ubah bersandar : Membayar zakat pendapatan
JADUAL 11. Hubungan antara tingkat pendapatan dan membayar zakat pendapatan
Tingkat Pendapatan Bayar zakat pendapatan Jumlah
Responden Ya Tidak
RM1,000 ke bawah 1
(50.0)
1
(50.0)
2
(100.0)
RM1,001 – RM3,860 15
(33.3)
30
(66.7)
45
(100.0)
RM3,861 – RM8,120 143
(86.1)
23
(13.9)
166
(100.0)
RM8,121 dan ke atas 13
(86.7)
2
(13.3)
15
(100.0)
Jumlah 172
(75.4)
56
(24.6)
228
(100.0) Nota: nilai χ2 adalah signifikan pada aras keertian 1%
( ) adalah peratusan daripada jumlah responden mengikut tingkat pendapatan
Top Related