Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong
karya Mohammed Latif Mohammed
SINOPSIS
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar
Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga
Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz
Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi
bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini
disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya.
Mak Timah selalu berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Mak Timah tahu bahawa anaknya Munah dan Katijah tidak boleh diharapkan untuk membela
Pungut. Anak lelakinya pula sering menyuruh Mak Timah menghantar Pungut ke rumah kanak- kanak
cacat. Mak Timah biasanya akan menjawab dengan menyatakan bahawa jika dia mati dahulu barulah
Pungut boleh dihantar ke rumah kanak- kanak cacat. Anak lelaki Mak Timah biasanya akan
terdiam apabila dia berkata demikian. Pada akhir cerpen, Mak Timah terus berdoa agar Tuhan
mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya diambil.
TEMA
Kasih sayang dan kesabaran seorang ibu terhadap anak
angkatnya yang cacat.
Mak Timah tetap membela Pungut walaupun anak lelakinya tidak menyukai
Pungut dan menyuruh Mak Timah menghantar Pungut ke rumah anak-anak
cacat.
PERSOALAN
Ketabahan semasa membela anak angkat yang
cacat. Peristiwa Mak Timah tabah menghadapi dugaan ketika membela Pungut yang cacat sejak dilahirkan.
Mementingkan dir i sendir i
Bibik tidak mahu menjaga cucunya yang cacat dan akan membuang bayi tersebut jika tiada orang lain yang hendak membelanya.
Kesabaran dalam menghadapi karenah anak-
anakMak Timah bersabar dengan tingkah laku anak lelakinya yang mahu Mak Timah menghantar Pungut ke rumah anak-anak cacat.
Keikhlasan dalam memberi kebaj ikan tanpa
mengharapkan balasan Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.
Kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak
yang cacat Siew Lan dan ibunya, Bibik tidak menyukai bayi yang baru dilahirkan Siew Lan kerana bayi tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
WATAK & PERWATAKA
N
WATAK UTAMA
MAK TIMAH
• Suaminya bernama Muhammad
• Mempunyai 3 orang anak kandung dan seorang anak angkat
• Telah 24 tahun membela Pungut
• Kerap sakit kerana umur meningkat
• Penyayang – menyayangi anak angkatnya yang cacat
• Tabah – menghadapi dugaan ketika menjaga Pungut
• Rasional – berharap nyawa Pungut diambil dahulu kerana tahu tidak ada seorang pun yang sanggup menjaga Pungut.
• Bertanggungjawab – menyediakan segala keperluan Pungut sejak kecil
• Sabar – dengan tingkah laku anak-anaknya yang tidak menyukai Pungut
WATAK SAMPINGAN PUNGUT
• Lahir pada tahun 1957
• Berusia 24 tahun• Cacat anggota sejak
dilahirkan• Ibu kandungnya
bernama Siew Lan dan neneknya ialah Bibik
• Dibela oleh Mak Timah sejak kecil
• Penyayang – menyayangi Mak Timah
• Redha – dengan kecacatan yang dialaminya sejak kecil
• Sabar – menghadapi hidup sebagai orang yang cacat
WATAK SAMPINGAN BIBIK
• Mempunyai anak bernama Siew Lan
• Mempunyai cucu bernama Yap Siew Hong (Pungut)
• Berketurunan cina Peranakan
• Pandai berbahasa Melayu
• Mementingkan diri sendiri – tidak mahu menjaga cucunya yang cacat
WATAK SAMPINGAN
ANAK LELAKI MAK
TIMAH
• Merupakan anak bongsu Mak Timah
• Mempunyai kakak bernama Katijah dan Munah
• Mempunyai adik angkat bernama Zahara @ Pungut
• Baik Hati – Membenarkan Mak Timah tinggal bersamanya
• Rasional – Menyuruh Mak Timah menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat
WATAK SAMPINGAN SIEW
LAN
• Anak kepada Bibik• Mempunyai 5 orang
anak• Ibu kandung Pungut
• Mementingkan diri sendiri – tidak mahu menjaga anaknya yang cacat
WATAK SAMPINGAN KATIJAH
• Anak kepada Mak Timah
• Kakak angkat Pungut
• Baik hati – menyuruh ibunya mengambil Pungut sebagai anak angkat
WATAK SAMPINGAN MUNAH
• Anak kepada Mak Timah
• Kakak angkat Pungut
• Baik hati – menyuruh ibunya mengambil Pungut sebagai anak angkat
LATAR
M A S A
1. Masa kini • Mak Timah menetap di rumah anak lelakinya
bersama Pungut• Anak lelakinya menyarankan agar Pungut
dihantar ke rumah kanak-kanak cacat• Mak Timah marah dan berkecil hati
2. Dua puluh empat tahun yang lalu• Bibik datang memberitahu Mak Timah bahawa
anaknya, Siew Lan telah bersalin• Mak Timah mengambil anak tersebut kerana
kasihan terhadapnya.
TEMPAT
1. Rumah anak lelaki Mak Timah• Mak Timah menjaga Pungut yang sudah
berusia 24 tahun• Dia terkenangkan peristiwa 24 tahun yang lalu• Anaknya menyarankan agar Pungut dihantar
ke rumah kanak-kanak cacat
2. Rumah Mak Timah• Mak Timah menerima khabar bahawa Siew
Lan telah bersalin daripada Bibik• Siew Lan tidak mahu anak tersebut kerana
percaya anak itu membawa sial
MASYARAKAT
1. Masyarakat majmuk – bangsa Melayu diwakili oleh Mak Timah sekeluarga manakala bangsa cina diwakili oleh Bibik dan Siew Lan
2. Masyarakat yang mempercayai dukun dan bomoh – Bibik dan Siew Lan mempercayai ‘datok’ bahawa anak Siew Lan mendatangkan sial.
3. Masyarakat individualistik – anak lelaki Mak Timah marah kepada Mak Timah kerana membela Pungut yang tidak mendatangkan apa-apa.
4. Masyarakat berhati mulia – Mak Timah menerima anak Siew Lan sebagai anak angkat kerana kasihan apabila mendapat tahu Siew Lan akan membuang anak tersebut.
PLOT
TEKNIK PLOT
GAYA BAHASA
NILAI
PENGAJARAN
TAMAT
Top Related