2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat saya
siapkan sebuah e-book untuk manfaat seluruh masyarakat. Dalam percutian,
kewangan adalah faktor penting untuk memilih tempat dan tempoh percutian. Bercuti
mengikut kemampuan dan perancangan awal adalah langkah bijak supaya kita tidak
‘kering poket’ selepas pulang dari bercuti. Ia sekaligus dapat mengelak kesimpulan
bahawa bercuti hanya membazirkan wang dan seterusnya meningkatkan stress.
Apabila berbicara soal tiket murah, ramai akan berkata membeli awal adalah
kuncinya. Awal 6 bulan atau setahun sebelum terbang. Untuk sesetengah situasi betul
bahawa tiket murah jika membeli awal seperti itu. Tetapi membeli awal bukanlah
jaminan untuk tiket murah.
3
Contoh di atas adalah tempahan tiket 1 minggu sebelum daripada tarikh penerbangan.
Perhatikan bahawa tiket penerbangan Kuala Lumpur – Kuching adalah percuma (tidak
termasuk cukai) dan Kuala Lumpur – Kota Bharu hanya bernilai RM13.00 (tidak termasuk
cukai). Ini adalah contoh bahawa membeli lewat juga boleh dapat tiket murah jika
anda ketahui tekniknya.
Ebook 9 Rahsia Tiket Spy memberikan anda kaedah yang boleh dipraktikkan untuk
menjimatkan wang dalam urusan membeli tiket penerbangan. Ia adalah hasil
pengalaman, kajian serta pembacaan kami berkaitan tiket penerbangan.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh anda. Tiada
yang lebih menggembirakan kami selain anda berjaya mempraktikkan ilmu yang
dikongsikan.
Yang benar,
Faizul Hafiz & Zaim Azfar
9 Rahsia Tiket Spy
http://www.tiketspy.com/
4
Malaysia).
Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, beliau sentiasa melakukan research
bagaimana hendak mendapatkan tiket yang murah dan mempelajari selok-belok fare
& ticketing melalui pembacaan dan try and error bagi memberikan yang terbaik untuk
para pelanggannya. Setelah beberapa tahun melakukan research, akhirnya beliau
berjaya mendapatkan formula bagaimana orang awam yang tidak mahir berkenaan
fare & ticketing boleh mendapatkan harga termurah yang ditawarkan oleh
syarikatsyarikat penerbangan.
Faizul Hafiz Surati merupakan seorang Pengarah
milik Operasi di sebuah syarikat pelancongan
keluarganya iaitu Tholand Waey Holiday Sdn Bhd .
hampir 4 tahun Beliau mempunyai pengalaman
dalam bidang pelancongan dan telah
menguruskan pelbagai trip ke luar negara. Syarikat
tersebut mempunyai lesen pelancongan yang sah
iaitu KPL/LN 4883 dan menjadi ahli kepada MATTA
( Persatuan agen pelancongan Malaysia) serta
BUMITRA ( Persatuan agen pelancongan Bumiputra
5
Mohd Zaim Azfar pula merupakan seorang usahawan berasal daripada Terengganu dan
pernah menetap di Tawau, Sabah. Sepanjang tempoh menetap di Sabah, beliau
merupakan seorang frequent flyer yang mana beliau mempunyai perniagaan sendiri di
Terengganu dan rutin beliau adalah menaiki kapal terbang dari Terengganu ke Tawau
dengan menaiki 2 penerbangan (transit) setiap 2-4 minggu. Untuk mengurangkan kos,
beliau sering membuat kajian bagi
mendapatkan harga tiket paling murah bagi menampung perjalanan beliau. Formula
yang beliau perolehi akhirnya dapat dikongsi dengan terhasilnya ebook ini.
6
Tips #1 - Penerbangan Transit Dengan Tiket Berasingan
Terdapat tempat percutian yang menarik tidak menawarkan penerbangan terus
daripada tempat anda. Sebagai contoh, bagi mereka yang tinggal di Kuantan, jika
ingin bercuti ke Kota Kinabalu, mereka perlu transit di Kuala Lumpur dahulu sebelum ke
Kota Kinabalu. Ada syarikat penerbangan yang menawarkan pakej tiket Kuantan-Kota
Kinabalu, namun anda masih tertakluk untuk transit seketika di Kuala Lumpur. Cuba lihat
perbezaan harga antara tiket pakej Kuantan-Kota Kinabalu dengan harga tiket
berasingan Kuantan-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu.
Contoh harga tiket yang ditawarkan untuk tempahan pakej Kuantan-Kota Kinabalu
(oleh MAS)
Ia berharga RM316.00. Cuba pula anda membuat carian untuk tempahan tiket secara
berasingan iaitu Kuantan-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu.
7
Kuantan-Kuala Lumpur
Bagi tempahan secara berasingan, harga tiket bagi Kuantan-Kuala Lumpur adalah
RM85.00 manakala Kuala Lumpur-Kota Kinabalu adalah RM135.00 menjadikan
jumlahnya RM220.00
Menggunakan kaedah ini anda telah menjimatkan hampir RM100.00!
Kenapa ini berlaku? Cuba perhatikan kelas tiket yang ditawarkan, anda akan dapati
jika tempahan secara pakej, MAS hanya menawarkan kelas MH Smart ke atas manakala
jika tempahan secara berasingan, anda akan ditawarkan bermula dari kelas Ekonomi
Promo.
Kuala Lumpur - Kota Kinabalu
10
Selain itu, anda boleh gabungkan dua penerbangan ini menggunakan syarikat
penerbangan yang berlainan jika ia mampu menjimatkan lebih banyak wang.
Contohnya, penerbangan pertama menggunakan Firefly dan penerbangan seterusnya
dengan MalindoAir. Walau bagaimanapun, sebelum memilih untuk tempahan secara
berasingan, saya syorkan beberapa tips sebagai panduan anda:
I. Dapatkan perlindungan insurans sekurang-kurangnya untuk penerbangan
pertama. Ini penting supaya anda mendapat pampasan sewajarnya jika
berlaku sebarang kelewatan penerbangan yang memungkinkan anda terlepas
penerbangan kedua.
II. Pastikan anda mempunyai tempoh masa transit yang mencukupi untuk menaiki
penerbangan kedua. Jika penerbangan kedua menggunakan syarikat yang
sama, sekurang-kurangnya 1-2 jam tempoh transit manakala jika menggunakan
syarikat penerbangan berlainan, sekurang-kurangnya 3-4 jam tempoh transit
kerana anda perlu mendaftarkan bagasi sekali lagi untuk penerbangan kedua
itu serta berkemungkinan berlakunya kelewatan berlepas oleh syarikat
penerbangan yang pertama.
III. Jika menggunakan syarikat penerbangan yang sama, daftarkan bagasi anda
untuk diambil sewaktu ketibaan di destinasi terakhir. Anda boleh lakukan
dengan memaklumkan kepada pegawai bertugas sewaktu mendaftarkan
bagasi. (tertakluk kepada syarat & peraturan syarikat)
IV. Pastikan lapangan terbang transit adalah lapangan terbang atau terminal yang
sama untuk penerbangan kedua anda. Untuk Kuala Lumpur (KUL), dua terminal
berasingan beroperasi iaitu KLIA serta KLIA2. Namun ada pengangkutan awam
11
yang menghubungkan keduanya. Kekeliruan ini mungkin berlaku jika anda
menggunakan syarikat penerbangan yang berbeza.
Tips #2 - Hari Terbaik Untuk Menempah Tiket
Untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah, ada hari-hari tertentu yang
boleh anda praktikkan. Harga tiket penerbangan tidak statik, ia sentiasa berubah
berdasarkan permintaan dan juga persaingan.
Kebiasaannya syarikat penerbangan memaparkan harga terbaik mereka pada lewat
Isnin atau awal Selasa. Kemudian, pesaing mereka akan menawarkan pula harga
terbaik daripada syarikat mereka beberapa ketika selepas itu. Maka hari terbaik untuk
menempah tiket ialah pada hari Selasa dan Rabu.
Terdapat juga syarikat penerbangan yang menawarkan tiket lebih murah pada hari
Jumaat. Jetstar memperkenalkan ‘Friday Fare Frenzy’ manakala AirAsia dengan Friday
Fly-Day. Mereka memilih hari tertentu bagi melihat keseluruhan tempahan, lalu
melancarkan promosi harga tiket lebih murah daripada membiarkan tempat duduk
kosong. Walaupun dengan hanya RM1, ia lebih baik daripada tidak mendapat
apaapa. Ini kaedah yang digunakan oleh syarikat penerbangan bagi memaksimumkan
pendapatan.
12
Contoh dibawah adalah daripada carian melalui online tawaran AirAsia pada hari lain
berbanding dengan tawaran pada hari Jumaat. Mengambil contoh penerbangan
Carian di atas adalah pada hari Selasa, 22 Oktober 2013 dan tawaran tiket sepanjang
minggu pada awal November 2013 adalah sebagaimana dipaparkan dalam kotak
Kuala Lumpur ke Langkawi.
13
merah itu. Kemudian bandingkan pula dengan carian (gambar dibawah) pada hari
Jumaat, 25 Oktober 2013 iaitu 3 hari kemudian. Harga tawaran pada awal November
2013 adalah lebih m urah.
14
Lihat pula contoh carian untuk penerbangan antarabangsa Kuala Lumpur ke Seoul,
Walau bagaimanapun tawaran ini tertakluk kepada promosi terkini yang dilakukan oleh
syarikat penerbangan.
Korea. Ia juga menunjukkan tawaran lebih murah untuk carian pada hari Jumaat.
15
Tips #3 - Musim Terbaik Untuk Terbang
Dalam perniagaan, permintaan tinggi akan menyebabkan harga makin meningkat.
Begitu juga dalam industri penerbangan, anda sukar mendapatkan harga murah jika
ingin terbang pada musim percutian dan perayaan. Pada musim sebegini juga, harga
hotel turut meningkat dan sukar diperolehi melainkan dengan tempahan awal. Oleh itu,
rancang sebaik mungkin tarikh penerbangan anda supaya dapat menjimatkan
perbelanjaan percutian. Kalau anda ingin juga bercuti atau terbang pada waktu
tersebut, anda perlu membuat tempahan lebih awal.
Selain itu, hari penerbangan juga menawarkan harga tiket yang berlainan. Menurut
kajian oleh FareCompare.com, hari Rabu adalah paling murah untuk terbang dan diikuti
dengan Selasa dan Sabtu. Namun, tak semestinya ia menjamin anda dapat harga
rendah.
Kaedah mendapatkan harga rendah secara berkesan dan lebih tepat ada saya
kongsikan dalam Panduan Tiketspy.
Tips #4 - Penerbangan Tambang Murah
Suatu masa dahulu kapal terbang dianggap pengangkutan yang mewah dan
golongan elit sahaja yang menggunakannya. Sejak awal tahun 2000, penerbangan
tambang murah mula memberikan dimensi baru kepada masyarakat bahawa ia tidak
lagi mustahil untuk orang awam menggunakan perkhidmatan kapal terbang sebagai
pengangkutan awam. Penerbangan tambang murah bukanlah bermakna
perkhidmatan yang mengabaikan aspek keselamatan dan kualiti, tetapi ia tetap
menekankan soal keselamatan yang ketat, mengamalkan sistem yang teratur dan
menjaga kualiti perkhidmatan dengan baik.
16
Kesan pertumbuhan baik syarikat penerbangan tambang murah dan peningkatan
jumlah pengguna, KLIA2 yang merupakan terminal pernerbangan tambang murah
terbesar dunia diwujudkan khas untuk operasi penerbangan ini. Begitu juga di Kota
Kinabalu. Penerbangan tambang murah beroperasi di Terminal 2 KKIA (Kota Kinabalu
International Airport).
Penerbangan tambang murah adalah pengangkutan awam yang memerlukan anda
membayar lebih untuk menambah perkhidmatan yang ditawarkan. Anda perlu
membayar untuk khidmat bagasi, makanan dalam penerbangan dan bayaran
tambahan untuk perlindungan insuran perjalanan. Jika hanya membawa sebuah beg
bimbit (kurang 7Kg) dan tidak mahu makan dalam penerbangan, anda tidak perlu
membayar untuk semua ini. Cukup sekadar harga tiket penerbangan.
Tips #5 - Bandingkan Harga
Usah cepat mengatakan harga yang anda perolehi adalah paling murah tanpa
membandingkannya dengan syarikat lain. Walaupun suatu syarikat tersebut sedang
melakukan promosi tiket murah, syarikat lain juga tidak akan ‘duduk diam’ sahaja.
Mereka akan cuba menyaingi tawaran promosi syarikat lain. Dalam satu laluan
penerbangan, ada sekurang-kurangnya dua syarikat yang beroperasi dan lebih banyak
syarikat beroperasi untuk laluan-laluan popular yang mendapat permintaan tinggi.
Gunakan website travel seperti expedia.com.my, farecompare.com dan
sebagainya untuk membandingkan harga. Website ini menyediakan fungsi
perbandingan harga mengikut laluan dan tarikh pilihan anda. Ia lebih efisyen daripada
membuka setiap satu web syarikat penerbangan.
17
Tips #6 - Promosi! Promosi! Promosi!!
Kewujudan banyak syarikat penerbangan memberi keuntungan kepada pengguna.
Antara strategi persaingan adalah tawaran promosi harga rendah. Kadang-kadang
mereka menawarkan tiket percuma!
Maka apabila tawaran promosi ini dilancarkan, jangan lepaskan peluang. Beberapa tips
yang boleh dipraktikkan bagi merebut peluang semasa promosi dijalankan.
Antaranya:
I. Subscribe (langgan) newsletter syarikat penerbangan supaya sebarang promosi
mereka terus dihantar ke email anda sebelum ia dilancarkan. Jadi anda dapat
18
mengetahuinya lebih awal dan dapat bersedia untuk merebut peluang promosi
tersebut.
II. Ikuti (follow,like) syarikat penerbangan melalui media social kerana ia lebih
memudahkan komunikasi dua hala berlaku.
III. Jika satu syarikat menawarkan promosi yang ‘terlalu hebat’ ia pasti akan diikuti
oleh syarikat lain. Jadi lakukan perbandingan antara syarikat-syarikat
penerbangan yang anda ketahui terbang ke destinasi yang anda ingin tuju.
IV. Kebiasaannya, apabila tempoh sesuatu promosi tamat, ia akan diikuti oleh satu
lagi promosi. Ia dipanggil promosi berangkai supaya anda terus kekal bersama
syarikat tersebut.
Tips #7 - Ganjaran Kad Keahlian
Syarikat penerbangan memperkenalkan kad keahlian yang memberikan suatu nilai
mata (point) setiap kali anda menempah tiket penerbangan. Nilai mata ini akan
terkumpul dan ia boleh ditebus untuk tiket penerbangan. Contohnya Malaysia Airlines
(MAS) memperkenalkan kad Enrich dan AirAsia dengan kad BIG. Semasa menempah
tiket, terdapat ruangan untuk memasukkan nombor keahlian dan nilai mata anda akan
terkumpul dalam sistem mereka.
Jika anda adalah ‘frequent flyer’, TERAMATLAH RUGI jika tidak mendaftarkan diri
untuk program ini.
19
AirAsia sering menawarkan sesuatu promosi mereka kepada ahli kad BIG lebih
awal 1 hari sebelum membuka tawaran tersebut kepada orang ramai.
Saya pernah mendapatkan tiket PERCUMA dengan menebus mata ganjaran yang
terkumpul. Ia ibarat hadiah daripada syarikat penerbangan.
Hanya perlu bayar cukai & surcaj
20
Pendaftaran boleh dilakukan di pautan berikut :
BIG Card - http://www.tune2big.com/
Enrich Card - https://www.enrich.malaysiaairlines.com/EnrichWebsite/
Tips #8 - Tempahan Melalui Agen Pelancongan
Antara tempah melalui manusia atau robot, anda yang tentukan. Kadang kala
tempahan melalui agensi pelancongan juga anda boleh dapat harga yang lebih baik.
Agen Pelancongan juga mempunyai sistem khas untuk tempahan tiket yang
kadangkadang anda akan dapat lebih murah daripada yang dipaparkan melalui
online. Sistem Amadeus, Galileo dan Abacus adalah antara sistem khas yang hanya
boleh diakses oleh agensi pelancongan untuk tempahan tiket penerbangan. Anda
boleh berhubung dengan agensi pelancongan terdekat anda untuk membuat
perbandingan harga. Namun, berurusan dengan manusia adalah lebih baik berurusan
dengan robot di online.
Agensi pelancongan mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak syarikat
penerbangan sendiri. Sebarang masalah mereka berupaya untuk menyelesaikannya
terus dengan pihak airline. Jadi bagi pandangan saya, berurusan dengan agensi
pelancongan adalah lebih baik kerana anda berurusan dengan manusia berbanding
robot di online.
Tips #9 - Pilihan Destinasi Bajet
Destinasi penerbangan juga menjadi faktor penentuan harga tiket. Tidak
semestinya jarak penerbangan yang jauh lebih mahal harganya berbanding
penerbangan yang singkat. Destinasi yang mempunyai bilangan trip yang tinggi dalam
satu hari akan menawarkan harga lebih rendah. Tambahan lagi jika banyak syarikat
penerbangan yang beroperasi bagi laluan tersebut.
21
Contohnya laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Malaysia Airlines menawarkan tidak
kurang 10 trip sehari manakala AirAsia pula hampir 14 trip sehari. Ini menjadikan laluan
tersebut terbuka kepada persaingan.
Lihat gambar di bawah. Penerbangan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu yang mengambil
masa 2 jam 30 minit mempunyai tawaran tiket yang lebih murah berbanding Johor
Bharu-Kuching yang cuma mengambil masa penerbangan selama 1 jam 30 minit.
24
Alhamdulillah.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana anda berjaya menghabiskan
pembacaan eBook yang ringkas ini. Diharapkan agar anda berpuas hati dengan
perkongsian kami ini. Semoga ilmu yang sedikit ini memberi seribu manfaat kepada
anda terutama berkaitan topik yang kami kongsikan.
Untuk pengetahuan anda, Panduan Tiket Spy yang dihasilkan ini khusus untuk membantu
anda mendapatkan tiket terendah ke mana-mana destinasi seluruh dunia. Ianya
meningkatkan peluang untuk mendapatkan harga terendah dengan lebih berkesan.
Bagaimana sekiranya anda berpeluang mendapatkan penjimatan sebagaimana
b e r i k u t :
25
Bagaimana pula dengan yang ini?
Ini adalah penjimatan yang anda boleh perolehi untuk seorang. Bagaimana sekiranya
anda boleh dapat harga yang sama untuk 5 atau 8 orang lagi. Pasti penjimatan beribu-
ribu ringgit kan.
Panduan dalam bentuk beberapa siri video bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan
hasil secara ‘live’ agar anda dapat memahami dan seterusnya mempraktikkan
teknikteknik yang diajarkan.
26
Anda boleh terus mendapatkan panduan ini sebelum ianya ditutup kerana ianya sangat
kontroversi dan berkemungkinan syarikat penerbangan sendiri akan minta saya jangan
jual panduan ini. Ini kerana ianya mungkin tidak menguntungkan mereka.
Sila klik gambar di bawah untuk proses tempahan. TEMPAH SEKARANG!.
Faizul Hafiz & Zaim Azfar.
Top Related