7/29/2019 Rancangan Malaysia Merupakan Tempoh Pelaksanaan Program
1/3
Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan
Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini
adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang
Dunia Kedua.
Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga
1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah
penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan
Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya
ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah
dan Sarawak selain dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana sebelumnya.
Rancangan Malaya Pertama: 1956 1960
Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui
peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada
masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki
kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian.
Selaras dengan ini kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book) iaitu singkatan
daripada Rural Economic Development. Buku Merah bertujuan mengumpul dan menyelenggarakan
maklumat untuk perancangan projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah dan
diletakkan dalam Bilik Gerakan di setiap daerah. Buku Merah juga digunakan untuk memantau
pelaksanaan program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual.
Rancangan Malaya Kedua: 1961 1965
Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf
hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah
Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970
Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan
penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan
rakyat.
Rancangan Malaysia Kedua: 1971 1975 Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan
Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan
pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberikeutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth
with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses
pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia.
Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara
telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di
peringkat negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB.
Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980
Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar
dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yangdiluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan
7/29/2019 Rancangan Malaysia Merupakan Tempoh Pelaksanaan Program
2/3
Malaysia Kedua.
Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi
pelaksana. Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP)
menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam
tahun 1978.
Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985
Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan
sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990
Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta
memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan
industri berasaskan sumber.
Sistem pemantauan projek pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan
menggantikan sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan
maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran dan prestasi
pelaksanaan projek.
Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995
Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional serentak
dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1, 1971 Majlis Tindakan Negara dipinda bagi
menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario pembangunan tahun 1990an.
Arahan ini digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional.
Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk
mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa. Bagi memantapkan
pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan
sistem SETIA untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan.
Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000
Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada
pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang
lebih padu dan pembangunan yang seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan
digantikan dengan Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional.
Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian dikenali sebagai
Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan. Bagi meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan sistem pemantauan projek, sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali
sebagai Sistem Maklumat Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini
menggabungkan maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan.
Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005
Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia
Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang
tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah mengubah strategi
pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuanbagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor
7/29/2019 Rancangan Malaysia Merupakan Tempoh Pelaksanaan Program
3/3
pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi
menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.
Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional. Selaras
dengan ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan jentera-jentera
penyelarasan pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai matlamat dasar kerajaan. Di bawah
Arahan No. 1, 2001 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem
Pemantauan Projek II (SPP II) digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh
semua kementerian.
Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat
pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri
daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.
RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan
merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek
ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti
mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima
tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah
mencapai Wawasan 2020.
Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Top Related