Rancangan Pelajaran Harian-Reka Bentuk Teknologi Tahun 4
TAJUK 4.0 : Penghasilan Projek
STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan
logam dan litar elektrik
STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada
projek
4.1.14 Menguji kefungsian projek.
4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan
penyimpanan peralatan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membuat penyambungan litar
2. Menguji kefungsian litar
3. Membuat penyelenggaraan dan
penyimpanan peralatan
RINGKASAN
Murid boleh menyambung litar berdasarkan litar skematik dan litar bergambar pada projek dengan betul.
KEMAHIRAN 1. Menggunakan alat tangan dengan betul.
2. Menyambung litar pada projek.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM -Keusahawanan
EK1 - Berani mengambil risiko
- Kesanggupan belajar daripada kesilapan.
Nilai murni - bekerjasama
- jimat cermat
- mengutamakan kebersihan
- bertanggungjawab
BAHAN BANTUAN MENGAJAR 1. Lukisan skematik dan litar bergambar
2. Alatan tangan yang berkaitan
3. Bahan yang berkaitan
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi
1. Guru menunjukkan pelbagai bentuk lampu tidur kepada murid.
2. Guru bersoal jawab tentang penggunaannya kepada murid.
Langkah 1
1. Guru menunjukkan contoh projek yang telah siap dibina kepada murid.
2. Guru menunjukkan pada murid cara pemasangan litar projek lampu kecemasan.
Langkah 2
1. Murid memahami litar bergambar bagi pemasangan litar elektrik pada projek berpandukan
manual. (HOTS – merekacipta)
2. Murid menyediakan bahan dan alatan.
3. Murid membuat pemasangan litar pada projek. (HOTS- menilai)
Langkah 3
1. Murid menyemak sambungan litar.
2. Murid menguji kefungsian litar. (HOTS- menilai)
3. Murid membuat pembaikan jika perlu
Penutup
1. Murid membuat rumusan berkaitan aktiviti pada hari ini.
2. Murid mengemas dan menyimpan alatan dan bahan.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan litar elektrik.
(Sila rujuk lembaran kerja)
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat dan menggunakan lampu meja