RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 16 Februari 2011
Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Tahun : 5 Darussalam
Bilangan murid : 26/26 orang
Tema : Patriotisme
Tajuk : “Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia”
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
11.2 Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan,
idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran.
Aras 3
i. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat
dalam bahan.
ii. Fokus Sampingan
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk
meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca.
Aras 2
i. Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.
Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid dapat
1. Menulis satu perenggan tentang nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam
cerita ‘Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia’.
2. Membaca cerita ‘Lahirku di Bumi Malaysia’ dan mengumpulkan maklumat
tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini.
3. Menjawab 2 daripada 3 soalan pemahaman tentang cerita ‘Lahirku di Bumi
Malaysia ‘ dengan menggunakan bahasa yang santun.
Sistem Bahasa :
Kosa kata : merentap , memekakkan, menusuk, memercik , berpinar ,
mengimbau, derapan, menekup
Pengisian Kurikulum
1. Ilmu : Sastera
2. Nilai Murni : Kesyukuran, kebaranian, kasih sayang
3. Kemahiran Bernilai Tambah
a. Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat
kesimpulan
b. Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran, mencatat nota
c. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual
ruang
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang
keganasan pihak komunis di televisyen.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bum Malaysia
2. Bendera Malaysia
3. Lembaran Kerja
4. Kad huruf
Langkah
Masa
Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5minit
1. Bendera Malaysia
2.Contoh soalan:
Apa yang sedang
murid lihat?
Contoh jawapan:
Bendera Malaysia
1.Murid dipamerkan Bendera
Malaysia dan diminta untuk
mentafsir gambar tersebut.
2. Murid disoal tentang bendera
tersebut.
3.Murid dikehendaki melengkapkan
perkataan tentang tajuk dengan
menyebut huruf
“ LAHIRKU BERTUAH DI BUMI
MALAYSIA”
Kemahiran
berfikir: menjana
idea
Kecergasan
pelbagai:
Verbal linguistik
BBM :
Bendera
Malaysia
Kad perkataan
Langkah 1
15 minit
1.Teks cerita ‘Lahirku
Bertuah di Bumi
Malaysia’
(Lampiran 1)
2.Memahami teks
yang dibaca.
3.Kosa kata
- merentap
- memekakkan
- menusuk
- memercik
- berpinar
- mengimbau
- derapan
-menekup
1.Murid diedarkan petikan yang
bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi
Malaysia.
2.Tiga orang murid dipilih secara
rawak untuk membacakan petikan
secara bergilir mengikut perenggan.
3. Murid dibahagikan kepada 5
kumpuan. Setiap kumpulan diminta
membaca cerita mengikut
perenggan secara bergilir.
4.Murid diminta menyenaraikan
perkataan yang tidak difahami
dalam petikan tersebut.
5.Guru menerangkan makna
perkataan tersebut .
BBM : Petikan
Kecerdasan
Pelbagai: Verbal
linguistik
Nilai :
bekerjasama
Kemahiran BCB:
membaca
Langkah 2
10 minit
Soalan kefahaman
tentang teks.
a.Apakah tajuk lain
yang sesuai bagi
cerita ini?
b.Apakah tema dan
persoalan cerita ini?
c.Pada pendapat
kamu,mengapakah
penulis menyatakan
dia sangat bertuah
dilahirkan di bumi
Malaysia?
Contoh jawapan:
a.Aku Anak Malaysia
b.Tema
- Malaysia sebuah
negara aman dan
makmur
Persoalan
- Bersyukur kerana
dilahirkan di Malysia.
-Peperangan akan
memusnahkan
segala-galanya.
-Peperangan
membawa
kesengsaraan
- Hubungan yang erat
antara adik-beradik
1.Guru bersoal jawab dengan
murid.
2.Beberapa orang murid dipilih
secara rawak untuk menjawab
soalan yang dikemukakan oleh
guru.
BBM: Petikan
Kemahiran BCB:
Menjawab
soalan
Kemahiran
berfikir:
Mencirikan
Menganalisis
Membuat
kesimpulan
Nilai murni:
keyakinan
yang diikat dengan
kasih-sayang.
c.Pada pendapat
saya, penulis berasa
bertuah tinggal di
Malaysia kerana dia
tidak perlu melalui
kesusahan hidup
sebagaimana rakyat
di negara lain yang
terpalsa menghadapi
peperangan di
negara mereka.
Langkah 3
25 minit
1.Nilai dan
pengajaran yang
terdapat dalam cerita
Lampiran 2
Pemulihan
Keberanian
Kesyukuran
Kasih sayang
1.Secara individu murid diminta
untuk menulis nilai dan pengajaran
yang terdapat dalam cerita Lahirku
Bertuah di Bumi Malaysia pada
lembara kerjakan yang diedarkan.
2.Murid menulis nilai dan
pengajaran dalam satu perenggan
berdasarkan isi-isi tang telah diberi.
1.Murid pemulihan diminta
menyalin nilai murni yang terdapat
dalam petikan ke dalam buku
latihan dengan bimbingan guru.
BBM : Petikan
Kemahiran
belajar cara
belajar: menulis
nota
Kemahiran
berfikir:
mencirikan dan
membuat
kesimpulan
Nilai murni:
tekun
Pengayaan
Sajak ‘Tanah Pusaka
Tercinta’
Lampiran 3
1. Murid diminta menyenaraikan
nilai murni yang terdapat dalam
sajak yang bertajuk Tanah Pusaka
Tercinta
Penutup
5 minit
Kognitif
1.Penerapan nilai
murni
-kesyukuran
-keberanian
-kasih saying
2, Sosial
Penghargaan
1.Guru menasihati murid supaya
bersyukur kerana dilahirkan di bumi
Malaysia dan menghargai
keamanan negara kita.
2.Guru meminta murid
menyenaraikan nilai murni yang
terdapat dalam cerita tersebut.
3.Guru mengucapkan terima kasih
atas kerjasama murid.
Kecerdasan
Pelbagai:
Verbal linguistik
Refleksi
Lampiran 1 Petikan
Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia
Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau terlepas
tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentap
tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam
dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga.
Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi.Tapak
kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak peduli.Keadaan kami bagai telur
dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami.Aku sangat
mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-adikku yang lain.Dia
saudara yang aku ada kini.
Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tiba-tiba, aku
ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Aku
membatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya
erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan dan jeritan silih
berganti.Aku tahu beberapa orang bersembunyi berhampiran dengan kami telah
dibunuh.Giliranku bila?
Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu menjejak anggota
keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan
kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa.
Derapak sepatu tentera mengejutkan kami.Pelukanku semakin kemas.Aku
menekup mulut adikku.peluh memercik di dahi.Adik kecilku yang tidak mengerti apa-
apa mula meronta-ronta.Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannya
terlerai.Adik berlari keluar sambil menangis.”Turt! Trut! Trut!”
Bunyi itu menerjah ke telingaku.Tubuh kecil adikku rebah ke bumi.Aku terpempan.Aku
menerpa ke arahnya.Tubuhnya longlai dan dibasahi darah.Aku memeluk tubuh kaku
adikku.Aku menangis semahu-mahuku.Tuhan sahaja mengetahui betapa luluhnya
hatiku saat itu.Tubuh adikku ditembusi berpuluh-puluh butir peluru.Aku memeluknya
erat.
Tiba-tiba ,sebutir peluru singgah didadaku.Aku terpelanting.Sakitnya bukan
kepalang.Mataku berpinar-pinar.
Aku bingkas bangun.Aku mengucap panjang.Terasa lega.Bermimpi rupa-
rupanya aku.Aku termenung sambal mengimbau mimpiku.Aku bersyukur kerana aku
tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengah
pendudk di negara lain.Aku berdoa agar negaraku tetap merdeka.Sesungguhnya, aku
sangat bertuah kerana di lahirka di bumi ini.
Lampiran 2 Lembaran kerja
Nama : ………………………………………………
Tahun : 5 Darussalam Tarikh : 16 Februari 2011
Tuliskan nilai dan pengajaran dalam satu perenggan
Nilai -kesyukuran
-keberanian
-kasih sayang
Pengajaran – peperangan membawa kesengaraan hidup.- amalkan sikap berbaik-baik
dan saling menghormati
- perpaduan antara masyarakat di negara ini telah membawa kemakmuran
___________________________________________________________________

Tanah Pusaka Tercinta
Malaysiaku tercinta
Disini tumpahnya darahku
Disini tanah air yang kucinta
Setiaku tidak akan berbelah bahagi
Bakti kuberi
Demi agama dan bangsa
Negara yang kukagumi
Bersatu padu bertoleransi
Cabaran dan rintangan
Kita patahkan bersama
Demi kemakmuranmu
Wahai teman
Curahkan kesetiaan
Curahkan kasih sayang
Suburkan patriotism
Bersama menggapai cemerlang
Menjadikan tanah pusaka kita terbilang
Inilah tanah pusaka kita
Kedaulatannya pertahankan sentiasa
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 18 Februari 2011
Masa : 11.00 – 12.00 tengah hari
Tahun : 5 Darussalam
Bilangan murid : 22/26 orang
Tema : Patriotisme
Tajuk : “Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia”
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
11.2 Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan,
idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran.
Aras 2
i. Menyaring maklumat untuk mendapatkan mesej dan nilai yang terdapat dalam
bahan
Fokus Sampingan
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk
meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca.
Aras 2
ii. Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.
Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid dapat
1. Menulis satu perenggan tentang nilai murni dan pengajaran yang terdapat
dalam cerita ‘Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia’.
2. Menjawab 3 daripada 5 soalan pemahaman tentang cerita ‘Lahirku di Bumi
Malaysia ‘ secara objektif
3. Melengkapkan 5 daripada 10 ayat dengan menulis kata kerja yang betul.
Sistem Bahasa :
Kata Kerja : memegang , merentap , memeluk , meronta-ronta ,
Pengisian Kurikulum
1. Ilmu : Sastera
2. Nilai Murni : Kesyukuran, kebaranian, kasih sayang
3. Kemahiran Bernilai Tambah
d. Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat
kesimpulan
e. Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran,menulis
f. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual
ruang, muzik
Peengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang
keganasan pihak komunis di televisyen.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Bendera
2. Lagu Jalur Gemilang
3. Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia
4. Lampiran 2 – Soalan Kefahaman
5. Lampiran 3 - Borang pengurusan grafik
6. Lampiran 4 – Lembaran Kerja
Langkah
Masa
Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5 minit
1. Jalur Gemilang.
2.Lagu Jalur
Gemilang.
3.Contoh soalan:
Apakah perasaan
kamu ketika
menyanyikan lagu
Jalur Gemilang?
4.Tajuk pelajaran:
Lahirku Gemilang di
Bumi Malaysia.
1.Seorang murid ke hadapan untuk
mengibarkan bendera Jalur
Gemilang
2.Murid diminta menyanyikan lagu
Jalur Gemilang bersama –sama
dengan penuh semangat.
3. Murid disoal oleh guru tentang
perasaan mereka ketika
menyanyikan lagu tersebut.
4. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk pelajaran pada hari
ini.
BBM :
Bendera
Lagu Jalur
Gemilang
Kecerdasan
Pelbagai:
Muzik
Nilai: berbangga
Langkah 1
18 minit
1.Teks bertajuk
Lahirku Bertuah di
Bumi Malaysia,
Lampiran 1
2. Soalan Kefahaman
Lampiran 2
1.Murid diedarkan petikan yang
bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi
Malaysia.
2. Beberapa orang murid dipilih
secara rawak untuk membacakan
petikan menggunakan teknik
permainan bola beracun.
3.Murid dibahagikan kepada lima
kumpulan.Setiap kumpulan
membaca teks secara bergilir
mengikut perenggan.
4. Setiap kumpulan diedarkan
soalan kefahaman berbentuk
objektif dan diminta menjawab
soalan-soalan tersebut.
5. Wakil setiap kumpulan diminta
BBM:
Muzik
Bola tenis
Petikan
Kemahiran
Belajar Cara
Belajar:
Membaca secara
luncuran
Kecerdasan
Pelbagai: Verbal
linguistik
Nilai:
untuk membacakan jawapan dan
menilai hasil kerja kumpulan lain.
6.Guru merumus hasil jawapan
murid
kerjasama
Langkah 2
20 minit
1.Petikan
2. Borang
Pengurusan Grafik
Lampiran 3
1.Murid diminta meneliti semula
petikan yang diberi.
2. Setiap kumpulan diedarkan
borang pengurusan grafik.
3.Murid diminta melengkapkan
borang pengurusan tersebut
dengan menyatakan nilai murni
yang terdapat dalam petikan.
4.Setiap kumpulan diminta
membentangkan dapatan hasil
kumpulan.
5.Guru dan murid berbincang hasil
dapatan.
6..Murid diminta menulis satu
perenggan nilai murni ke dalam
buku latihan sebagai kerja susulan
.
BBM:
Borang
pengurusan
grafik
Nilai:
Kerjasama
keberanian
Kemahiran
berfikir:
mencirikan
Merumus
Kemahiran
belajar Cara
Belajar:
Menulis
Kecerdasan
pelbagai: Visual
ruang,
Interpersonal
Langkah 3
12 minit
1.Kata kerja
memegang ,
merentap ,
memeluk ,
meronta-ronta
2.Lembaran kerja
Lampiran 4
Pemulihan
- Menggariskan kata
kerja
Pengayaan
- Membina ayat
- bergelimpangan
- berlumuran
- berpelukan
1.Berpandukan petikan Lahirku
Bertuah di Bumi Malaysia, murid
diminat untuk menggariskan kata
kerja yang terdapat dalam petikan
tersebut.
2. Murid diminta menyebut kata
kerja yang telah digariskan.
3. Secara individu murid diedarkan
Lembaran Kerja dengan meminta
murid melengkapkan ayat
menggunakan kata kerja.
4.Murid diminta menyemak hasil
kerja rakan dengan bimbingan
guru.
1.Murid pemulihan diminta
menggariskan kata kerja yang
terdapat dalam ayat.
2.Murid diminta membina ayat
menggunakan perkataan kata kerja
BBM : Petikan
Lembaran Kerja
Kemahiran
berfikir: Menjana
idea
Mengklasifikasi
Kemahiran
Belajar Cara
Belajar:
Menulis
Nilai:
yakin
Penutup
5 minit
Penutup Sosial
Menyanyi lagu Jalur
Gemilang
1.Murid diminta berdiri tegak dan
menyanyikan lagu Jalur Gemilang
dengan penuh semangat
Kecerdasan
Pelbagai:Verbal
lingiuistik
Refleksi
Lampiran 1 Petikan
Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia
Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau terlepas
tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentap
tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam
dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga.
Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi.Tapak
kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak peduli.Keadaan kami bagai telur
dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami.Aku sangat
mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-adikku yang lain.Dia
saudara yang aku ada kini.
Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tiba-tiba, aku
ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Aku
membatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya
erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan dan jeritan silih
berganti.Aku tahu beberapa orang bersembunyi berhampiran dengan kami telah
dibunuh.Giliranku bila?
Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu menjejak anggota
keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan
kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa.
Derapak sepatu tentera mengejutkan kami.Pelukanku semakin kemas.Aku
menekup mulut adikku.peluh memercik di dahi.Adik kecilku yang tidak mengerti apa-
apa mula meronta-ronta.Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannya
terlerai.Adik berlari keluar sambil menangis.”Turt! Trut! Trut!”
Bunyi itu menerjah ke telingaku.Tubuh kecil adikku rebah ke bumi.Aku terpempan.Aku
menerpa ke arahnya.Tubuhnya longlai dan dibasahi darah.Aku memeluk tubuh kaku
adikku.Aku menangis semahu-mahuku.Tuhan sahaja mengetahui betapa luluhnya
hatiku saat itu.Tubuh adikku ditembusi berpuluh-puluh butir peluru.Aku memeluknya
erat.
Tiba-tiba ,sebutir peluru singgah didadaku.Aku terpelanting.Sakitnya bukan
kepalang.Mataku berpinar-pinar.
Aku bingkas bangun.Aku mengucap panjang.Terasa lega.Bermimpi rupa-
rupanya aku.Aku termenung sambal mengimbau mimpiku.Aku bersyukur kerana aku
tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengah
pendudk di negara lain.Aku berdoa agar negaraku tetap merdeka.Sesungguhnya, aku
sangat bertuah kerana di lahirka di bumi ini.
Lampiran 2 Soalan Kefahaman
Nama Kumpulan :……………………………………………………..
Tarikh : 25 Februari 20111. Apakah
Lampiran 3 Borang Pengurusan Grafik
Nama Kumpulan : ……………………………………………………….
Tarikh : 18 Februari 2011
Penanda Wacana Nilai murni Contoh
Lampiran 4 Lembaran Kerja
Nama ;……………………………………………………….
Kelas : Tahun 5 Darussalam
Tarikh : 18 Februari 2011
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai
menggeletar dihalau mengerang memerah mengadakan
terpisah menumbuk merancang menyambar melulur
1. Amir _______________________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
2. Badan Nabilah_________________________ kerana ketakutan.
3. Pengemis itu _______________________ oleh pekerja restoran tersebut.
4. Mak Cik Hasnah sedang ________________________ bawang di dapur.
5. Ibu ____________________________ kelapa untuk mendapatkan santannya.
6. Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba __________________.
7. Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan
_______________________ pameran lukisan.
8. Kampung Berlian dan Kampung Permata _____________oleh sebatang sungai.
9. Ular sawa itu _______________________ seekor kambing.
10. Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________________nya
terlebih dahulu.