BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep fonetik dan fonologi
Matlamat sebutan baku
Pelaksanaan Sebutan baku
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui
mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik
dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya,
daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi
yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada
masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang
ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800
apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa
dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa
yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih
menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi
sebutan yang sebenarnya.
1
FONETIK
FONEMIKFONOLOGI
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;
2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;
3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;
4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan
fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku
bahasa Melayu.
1.1 Definisi
Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή,
phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek
perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu
2
Fonetik dan Fonologi
Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya
Matlamatsebutan baku bahasa
MelayuPelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank
Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi
sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam
tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200
tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para
ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan
cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang
berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang
perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli
bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa
direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh
manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.
Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah
kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat
fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan
persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India
purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan
bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa
Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut
klasifikasi Pāṇini.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi
mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi
sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the
study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken
form of individual language has variously been called phonology”.
Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of
the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah
kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia”.
3
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan
pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif
dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan
pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,
mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap
bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).
Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik
ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when
speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-
bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”.
Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika
menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada
bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang
diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan
diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi
fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring.
Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang
tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan
mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji
secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan
bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran
atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi
seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik
4
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan
pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi,
fonetik akustik dan fonetik auditori.
1.1.1 Fonetik Artikulasi
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-
bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang
ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi
itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras,
lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.
1.1.2 Fonetik Akustik
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di
sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang
bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan
osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik
termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
1.1.3 Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar
melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah
proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan
kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah
cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik
di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak
kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang
menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
5
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang
diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah
difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula
bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan
menerusi jadual berikut:
Fonetik Fonologi
Fenomena bunyi atau pertuturan
manusia seluruhnya.
Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu
dalam pertuturan bagi sesuatu
bahasa.
Asas kepada kajian fonologi.
Input kepada kajian linguistik tinggi,
iaitu morfologi dan sintaksis.
Tidak dapat memerikan seluruh
bunyi yang dihasilkan oleh manusia,
tidak dapat menghalusi segala
variasi bunyi tersebut dan tidak
dapat menghuraikan sistem bunyi
semua bahasa yang dituturkan oleh
manusia dengan sempurna.
Dapat merumuskan, menghuraikan
dan menjelaskan segala bentuk bunyi
dalam sesuatu bahasa secara teliti
dan terperinci dengan tujuan untuk
menentukan peraturan dan bentuk
bunyi secara spesifik.
(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90)
1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapat bahan tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik,
dan fonetik auditori.
2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di
dalam kelas anda.
6
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika
dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai
bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai
bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak
rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu
dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan
negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti
ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa:
”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem,
dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah
diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”.
Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu
khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman
kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku
menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi.
Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang
melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa
Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa
Melayu baku dengan jayanya.
Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan
sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu
baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi,
morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi
sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah
ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956)
7
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan
ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.
Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan
serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah
seperti yang berikut:
i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang
dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.
ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan
pengguna bahasa.
iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu,
supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan
pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan
kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.
iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta
mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta
menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah
1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang
dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu
hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.
Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya
Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan
diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.
Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah
seperti berikut :
8
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi
perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang
dilambangkan.
Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan
dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar
atau kata terbitan.
Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam
Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Huruf dan fonem vokal ‘a’
Sebutan Baku
Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada
terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut
seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.
Contoh:
Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan
a [a] saya
berapa
apa
[sa ya]
[be ra pa]
[a pa]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud
vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem
vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].
Contoh:
9
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor RiauAlih
Mukim
Hasil
[a lih]
[mu kim]
[ha sil]
[ a leh]
[mu kem]
[ha sil]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud
vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem
vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o].
Contohnya:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-RiauBetul
Lanun
tutup
[be tul]
[la nun]
[tu tup]
[ be tol]
[la non]
[tu top)
Penyebutan Kata Terbitan
Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku
Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV ,
KVK , KVK + KVK.
Kata terbitan dengan imbuhan awalan
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-RiauPengajar
Pengedar
Terasa
Berlari
terangkat
[pe nga jar]
[pe nge dar]
[te ra sa]
[ber la ri]
[ter ang kat]
[pe nga ja]
[pe nge da]
[te ra sé]
[ber la ri]
[ter ang kat]
10
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris
Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan
bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.
Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
i) Bahasa IndonesiaSama bunyi
Anda
Merdeka
Berbeza bunyiBangsa
ii) Bahasa Arab
Sama bunyiFatwa
Takwa
Beza bunyiMakna
iii) Bahasa Inggeris
Frasa
drama
[an da]
[mer de ka]
[bang sa]
[fat wa]
[tak wa]
[mak na]
[fra sa]
[dra ma]
[an da]
[mer de ka]
[bang sé]
[fat wa]
[tak wa]
[mak né]
[fra sa]
[dra ma]
11
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap
dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa
Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik
atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu
dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai
dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan
angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada
3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan
yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat.
Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa
yang pelbagai jenis dan bentuknya.
Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:
i. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti
kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban,
kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.
ii. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa
terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa
pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.
iii. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru
berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran
iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.
iv. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik
bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang
membezakan satu berita dengan berita yang lain.
v. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit
ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang
panjang atau ungkapan dalam ucapan.
12
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
vi. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu
mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau
pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.
Sebutan bagi Nama Khas
Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang
empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]
James Bond [jéms bÕnd]
Nelson Mandela [nẼl.sen man.dé.la]
Lim Keng Yaik [lim kéng yék]
Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]
Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan
setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul éh.san]
Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang [pyong.yang]
New Zealand [niu zi.lẼnd]
Sunway Lagoon [sun.wéi le.gun]
13
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang
atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Bank Bumiputera [baângk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]
Universiti Teknologi Malaysia [u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]
Agensi Pengiklanan Multimedia [a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau
[a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]
Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan
bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara
pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.
Contohnya:
Ejaan Sebutan
Felda [fél.da] atau (Federal Land Development Authority)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO [yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization)
UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)
Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan
Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi
huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
14
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Ejaan Sebutan
DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung)
RTM [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO [pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)
BACAAN TAMBAHAN
Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:
Agensi Penerbitan Nusantara.
Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara
majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul
sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau
loghat masing-masing?
15
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 2 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk
menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal
yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.
(ii) Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal
(iii) Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1
16
ARTIKULASI DAN
ARTIKULATOR
DEFINISI ARTIKULASI
DAN ARTIKULATOR
ALAT-ALAT ARTIKULASI
ALAT-ALAT ARTIKULASI
VOKAL
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis
alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal.
2.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator
Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat
yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini
sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan
dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah
tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah
artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-
gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah
rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan
lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang
tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam
proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
2.2 Alat-Alat Artikulasi
Tahulah anda bahawa, alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah
artikulasi?. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-
gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah
rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan
lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga
mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh
dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan
kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi,
17
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,
1998:16-17)
Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi
1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok
Rajah 2.2: Alat-Alat Artikulasi
2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal
Anda perlu mengetahui bahawa, Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf
vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal
baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal
meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.
Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui
rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat
ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara
bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat
dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh
18
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara
dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh
luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian,
iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam
linguagram (gambar lidah) yang berikut:
ui
Depanhampar
Tengahneutral
e
o
ε
a
Belakangbundar
Tinggi (sempit)
Separuh tinggi (separuh sempit)
Rendah (luas)
Separuh rendah (separuh luas)
Rajah 2.3: Bahagian Lidah
Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral,
hampar dan bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal
yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek
Melayu, iaitu [ε] dan []. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan
harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg
dan bos. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi
vokal Bahasa Melayu.
Keadaan Bibir semasa Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal menghasilkan vokal hadapan, bibir terhampar. belakang, bibir bundar
19
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Rajah 2.4: Keadaan Bibir
AKTIVITI
Secara berpasangan, berdasarkan rajah di bawah, labelkan alat-alat artikulasi
yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.
i._______________________________ vii.__________________________
ii._______________________________ viii.__________________________
iii.______________________________ ix.___________________________
iv.______________________________ x.___________________________
v._______________________________ xi.___________________________
vi.______________________________ xii.___________________________
20
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN
1. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator.
2. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan
daerah artikulasi.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan
Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbitan PTS
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:
Agensi Penerbitan Nusantara.
21
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk
menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. Perbincangan turut ditumpukan
kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan
(ii) Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu
(iii) Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3
22
DIFTONG DAN
KONSONAN
DEFINISI DAN JENIS
DIFTONG SERTA
KONSONAN
ARTIKULASIDIFTONG
ARTIKULASI KONSONAN
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis diftong
dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.
3.1 Definisi Diftong dan Konsonan
Tahukah anda, menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak
Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang
disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya,
[ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah
semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap
arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan
dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-
sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).
3.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Anda perlu mengetahui bahawa, Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong,
iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam
perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini
membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah
Hassan, 2006:42).
Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya,
sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik
artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras,
lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
23
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa, bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan
alat artikulasi lidah?. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu
gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan
kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [a] dalam [pula]
pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan
lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang
puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai]
pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang
sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan
alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut:
Rajah 3.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong
Seterusnya, anda juga perlu mengetahui bahawa, konsonan Bahasa
Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan
getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara
yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya
sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara.
Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi
letupan.
24
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Bunyi Letupan
Fon Awal Akhir[p] [pulau] [atap][b] [bumi] [rəbab][t] [talam] [liat][d] [datu][kad][k] [kata] *[g] [garau] [bg][] ** [ana]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.**bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu.
Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini
dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh
paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga
pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi,
iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č],
manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan
bunyi [j].
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan
bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak
(uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang
dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi
nasal [m], [n], [], dan [].
Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran
(frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan
melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di
bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui
kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
25
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya
udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran
dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].
Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti
menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu
lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan
sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran
dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].
Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk
ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat
dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu
hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].
Bunyi Letusan[č] [cawan] [mač][j] [jam] [caj]
Bunyi Sengauan[m] [muda] [cium][n] [niat] [jalan][] [aa] [buja][] [ai] *
*Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata
Bunyi Sisian[l] [lalu] [awal]
26
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Bunyi Geseran[f] [faseh] [alaf][v] [vn] *[s] [sarat] [awas][z] [zat] [lafaz][š] [šarat] [skuaš][h] [harta] [sah]
Bunyi Getaran[r] [rasa] [siar]
Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak
bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti
bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak
digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f],
[s], dan [h].
Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara, (iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara.
Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah
dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar.
Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara
dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di
daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara.
Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [maaf] ‘maaf’. Cara
mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara
mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan.
Contoh sebutan: [vkal] ‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.
27
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada
di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada
belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut
dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara.
Contoh sebutan: [alaa] ‘Selasa’ (thalatha), [inen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hade]
‘hadis’ (hadith). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula, sama dengan
cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika
mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’
(dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).
Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah
dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri
dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-
paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa
menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan
[axer] ‘akhir’.
Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan
persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara.
Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan.
Contoh sebutan: [aeb] ‘ghaib’, [loat] ‘loghat’, dan [bale] ‘baligh’. Menurut Raja
Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang
Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [a] dan
[baa] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].
AKTIVITI
28
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap
jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh
perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. (Beri
contoh daripada beberapa dialek yang berbeza.
LATIHAN
1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris
berikut:
(i) ghairah (vi) balai
(ii) cabar (vii) laut
(iii) masyhur (viii) sepoi
(iv) dekad (ix) tekukur
(v) pulau (x) sarat
2. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman
yang telah anda pelajari.
BAHAN BACAAN
29
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU
30
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam
Bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong.
Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan
dan rangkap.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu
(ii) Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam
Bahasa Melayu
(iii) Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu
konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 44.0 KANDUNGAN ISI
31
HURUF-HURUF DALAM BAHASA
MELAYU
DEFINISI HURUF VOKAL,
KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU
JENIS-JENIS HURUF VOKAL,
KONSONAN DAN DIFTONG
BAHASA MELAYU
KONSONAN ASAL, PINJAMAN,
GANDINGAN DAN RANGKAP
BAHASA MELAYU
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis huruf
vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut
ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu, iaitu konsonan
asal, pinjaman, gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan
Bahasa Melayu.
4.1 Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang
daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak
Abdullah, 1977:42).
Seperti yang telah dipelajari, bunyi vokal terhasil apabila udara keluar
daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga
dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat
dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian
sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan
perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi
vokal, iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain
(Abdullah Hassan,2006:44).
4.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf
vokal, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan
huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu.
32
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Huruf Vokal Fonem / Bunyi Ejaan Sebutana
e talinge pepet
iou
[a][é][e][i][o][u]
adasemakselakbilikbotolduduk
[a.da][sé.mak][se.lak][bi.lik][bo.tol][du.duk]
Rajah 4.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu
Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi
konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah.
Huruf Konsonan Fonem / Bunyi Ejaan Sebutanbcdfgghhjk
khl
mnngnypqrssytvwx
[b][c][d][f][g]
[gh][h][j]
(1)[k](2) ?؟ (3)(4)[q][kh][l]
[m][n]
[ng][ny][p][q][r][s][sy][t][v][w][z]
bolacatatdadafakir
gabusghazalhargajagakala
kapaknikmatkadi
khairatlalai
madahnafkahngerinyalapaparqari
rapatsahamsyiriktajamviruswajahxylem
[bo.la][ca.tat][da.da][fa.kir]
[ga.bus][gha.zal][har.ga][ja.ga][ka.la]
[ka.pa?][ni؟mat][qa.di]
[khai.rat][la.lai]
[ma.dah][naf.kah][nge.ri][nya.la][pa.par][qa.ri]
[ra.pat][sa.ham][syi.rik][ta.jam][vi.rus][wa.jah][zi..lem]
33
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
yz
[y][z]
yuranzapin
[yu.ran][za.pin]
Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 di bawah.
Huruf Diftong Fonem / Bunyi Ejaan Sebutanaiauoi
[ai][au][oi]
pantaipulausepoi
[pan.tai][pu.lau][se.poi]
Rajah 4.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu
4.3 Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam
Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan
dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf
gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Bacalah modul
ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut.
Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat
19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku
kata. Daripada segi cara sebutan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 di
bawah, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan,
letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.
34
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Cara Sebutan
Daerah Sebutan
Bib
ir
Gus
i
Gus
i-L
Ker
as
Lela
ngit
K
eras
Lela
ngit
Lem
but
Pita
Sua
ra
1 2 3 4 5 6
Letupantb p t k b b d g
Letusantb č
b jSengauan b m n
Geserantb f s Š x hb v z
Getaran b rSisian b lSeparuh Vokal b w y
Rajah 4.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang
berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam
daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada
Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa
Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na,
digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a
(‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah, Sa’odah, Nor ‘Aini
sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat
dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh
Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.
35
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan
konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch,
dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu
kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai
menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi
konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi
s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).
Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem
Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan
daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu
huruf. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal
untuk memudahkan ejaan. Namun, walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya
tetap sama.
AKTIVITI
Secara berpasangan, teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan
rajah di bawah. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal
yang ditunjukkan.
36
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN
1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.
Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah
tersebut.
Cara Sebutan
Daerah SebutanB
ibir
Gus
iG
usi-L
Lela
ngit
Ker
as
Lela
ngit
Pita
S
uara
1 2 3 4 5 6
Letupan t d G
Letusan čb j
Sengauan b
Geseran h
Getaran
Sisian lSeparuh Vokal b w
BAHAN BACAAN
37
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
38
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa
Melayu. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan,
simbol konsonan rangkap dan simbol diftong.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu.
2. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang
diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
39
Simbol Fonologi
Vokal
Konsonan Diftong
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang
meliputi simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap, dan simbol
diftong.
5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur
sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam
bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini
tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.
Huruf Simbol bunyia [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə]
i [i]
o [i]
u [u]
Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu
40
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5.2 Simbol Konsonan
Huruf Simbol bunyib [b]
c [č]
d [d]
g [g]
h [h]
j [j]
k [k], [/], [Q]
l [l]
m [m]
n [n]
p [P]
q [q]
r [r]
s [s] [š]
t [t]
v [v]
w [w]
x [z]
y [Y]
z [z]
Jadual 5.2: Simbol Konsonan
41
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi
ai [ai]
au [au]
oi [oi]
Jadual 5.3: Simbol Diftong
Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol
bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam
bahasa Melayu.
5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap
Konsonan Rangkap Simbol bunyi
gh [ ]
ny [ ɲ ]
ng [ ŋ ]
sy [ ∫ ]
th [ ]
dz [ ð ]
akh [ x ]
Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap
42
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
BACAAN TAMBAHAN
Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice
Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:
Agensi Penerbitan Nusantara.
Secara individu, anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek
yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan,
kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan
simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari?
43
Top Related