RANGKA KERJA UNTUK BAHASA IBUNDA
Memupuk Pelajar pada Peringkat AwalKurikulum untuk Tadika di Singapura
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
• HasilPendidikanyangDiingini• TahapPentingdalamHasilPendidikan
Prasekolah• DasarDwibahasaSingapura• SemakanPengajarandanPembela jaran
BahasaIbunda(2010)• KajianmengenaiPengajarandan
Pembela jaranBahasaIbunda
• Pegangan kami mengenai Kanak-kanak
sebagaipela jarBahasaIbunda• VisiKita• ObjektifKita• MatlamatPembela jaran• PrinsipPanduan
• Apakah pegangan dan prinsip pengajaran serta pembela jaran guru?
• Bagaimanakah guru boleh merancang pengalaman pembela jaran Bahasa Ibunda yang sesuai?
• Bagaimanakah guru boleh memudahcarakan pengalaman pembela jaran Bahasa Ibunda?
• Bagaimanakah guru boleh mengetahui kanak-kanak telah memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang diperlukan bagi Bahasa Ibunda?
BAB 4: Membentuk Komuniti Pembela jaran Bahasa Ibunda yang Bersemangat dan Bertenaga
BAB 3: Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda
BAB 2: Gambaran Keseluruhan
BAB 1: PengenalanPenghargaan
Prakata
Perutusan
Bibliografi
Penutup
1617
1919
20
24
26262739
44
45
48
50
22
5
56
7
63
8
65
14
42
Hak cipta@2014, Kementerian PendidikanRepublik Singapura
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam sesebuah sistem dapatan semula, atau disalurkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara, elektronik, mekanikal, cetakan , rakaman atau sebaliknya, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta ini.
Semua maklumat yang terkandung di dalam penerbitan ini adalah tepat pada masa percetakan.
ISBN: 978-981-09-2287-0
Direka dan dicetak oleh Orgnix Creatives
Kandungan
Copyright © 2013, Ministry of Education, Singapore
5
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Perutusan
Kedwibahasaan merupakan tunjang sistem pendidikan Singapura. Dengan
kebolehan berdwibahasa, anak-anak kita mempunyai suatu kelebihan dalam
ekonomi yang semakin global dan saling bersaingan. Kebolehan untuk berdwibahasa
juga dapat mengukuhkan identiti budaya kita apabila anak-anak kita memahami
dan menghargai nilai, adat dan tradisi budaya masyarakat kita. Tambahan lagi,
ka jian terbaharu dalam sains kognitif mendedahkan bahawa seseorang yang boleh
berdwibahasa mampu berfikir secara kritikal dan melakukan berbilang tugas.
Anak-anak kita sepatutnya diberikan peluang untuk mempela jari Bahasa Inggeris
dan Bahasa Ibunda semasa mereka masih kecil. Dengan sokongan dan galakan
yang sesuai, anak-anak kita akan menjadi seorang penutur Bahasa Ibunda yang
yakin. Mereka akan berasa seronok menggunakan Bahasa Ibunda untuk berinteraksi
dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat. Lantas, mereka tidak akan teragak-
agak untuk menyertai kegiatan budaya etnik dan lebih menghargai adat dan tradisi
mereka.
Untuk mencapai matlamat ini, kita mesti meningkatkan pemahaman kita mengenai
pengajaran dan pembela jaran Bahasa Ibunda para pela jar pada peringkat awal.
Kita juga perlu mengikuti perkembangan terkini landskap sosiolinguistik Singapura
yang berubah-ubah. Hal ini penting kerana lebih lebih ramai kanak-kanak yang
kerap menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Justeru, Rangka Kerja Memupuk
Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda memberikan panduan kepada
guru ketika merancang dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan Bahasa Ibunda
yang menarik dan berkesan. Rangka kerja ini menyediakan visi, objektif, matlamat
pembela jaran dan prinsip panduan. Rangka kerja ini juga memberikan gambaran
tentang sekitaran pembela jaran Bahasa Ibunda yang membolehkan kanak-kanak
meminati dan berasa seronok mempela jari dan menggunakan Bahasa Ibunda.
Bersama-samalah kita menyediakan peluang kepada anak-anak kita agar mereka
terus berminat untuk mempela jari Bahasa Ibunda sepanjang hayat.
Indranee Rajah (Cik)
Menteri Negara Kanan
Kementerian Undang-undang dan Kementerian Pendidikan
Copyright © 2013, Ministry of Education, Singapore
7
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Prakata
Loke-YeoTeckYong(Puan)
Pengarah,BahagianPerkhidmatanPendidikan
KementerianPendidikan
Kajian menunjukkan bahawa tempoh yang penting bagi pembangunan bahasa kanak-
kanak adalah ketika mereka masih kecil. Mereka berupaya mempela jari sesuatu
bahasa dengan lebih mudah pada usia yang awal. Oleh itu, sebagai sebahagian
daripada usaha kami yang berterusan untuk meningkatkan mutu pendidikan
prasekolah di Singapura, dan khususnya dalam pengajaran dan pembela jaran
Bahasa Ibunda, Kementerian Pendidikan (MOE) telah menghasilkan Rangka Kerja
Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda. Kami telah merujuk
pakar-pakar bahasa tempatan dan luar negara, guru-guru, pembimbing pendidikan
awal kanak-kanak dan kumpulan penasihat yang dianggotai oleh para pengamal
dan pakar bahasa tempatan untuk membentuk aspek-aspek utama rangka kerja ini.
Pengajaran dan pembela jaran Bahasa Ibunda di peringkat prasekolah perlulah
mengambil kira sekitaran sosiolinguistik di Singapura yang kompleks dan sesuai
dari sudut pembangunan bagi kanak-kanak. Oleh itu, rangka kerja ini menekankan
pentingnya menyediakan asas kemahiran mendengar dan bertutur, memperkenalkan
budaya etnik tempatan melalui bahasa ibunda dan menggalakkan penggunaan
bahasa ibunda untuk berhubung dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat.
Rangka kerja ini juga memperkenalkan matlamat pembela jaran, yang perlu dicapai
oleh kanak-kanak pada akhir Tadika 2. Dengan ini, kanak-kanak berasa seronok
mempela jari Bahasa Ibunda dan pada masa yang sama, memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan kecenderungan asas untuk memudahkan mereka meneruskan
pembela jaran di peringkat sekolah rendah.
Rangka kerja ini diterjemahkan ke dalam bahasa Ibunda rasmi dan disertakan Panduan
Pendidik bagi setiap Bahasa Ibunda untuk menyokong guru-guru mempraktikkan
prinsip yang digariskan supaya menjadi amalan bilik darjah yang berkualiti. MOE
juga menghasilkan bahan pengajaran dan pembela jaran bagi setiap Bahasa Ibunda
untuk membantu pusat prasekolah memupuk dan membangunkan pengetahuan,
kemahiran dan kecenderungan kanak-kanak. Saya berharap rangka kerja ini akan
membimbing dan menyokong para pendidik prasekolah memperkaya pembela jaran
Bahasa Ibunda kanak-kanak dan pada masa yang sama menyemarakkan minat
mereka terhadap Bahasa Ibunda sepanjang hayat.
Penghargaan 9
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Kementerian Pendidikan mengucapkan terima kasih kepada para konsultan.
Bimbingan profesional dan nasihat mereka memainkan peranan penting
dalam penghasilan dokumen ini. Para konsultan tersebut ialah:
Dr Chong-Loke Har Tshin
Konsultan Pendidikan
Profesor Zhou Jing
Profesor Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pendidikan Awal dan Pendidikan Istimewa
Universiti Normal Timur China
Profesor Nonie Lesaux
Profesor Madya Marie dan Max Kargman dalam Pembangunan Insan dan
Pendidikan Bandar
Sekolah Siswazah Pendidikan Harvard
Kami merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Kumpulan Penasihat bagi
Pengajaran dan Pembela jaran Bahasa Ibunda Prasekolah kerana meluangkan
masa dan memberikan saranan yang membina sepanjang proses perundingan
dokumen ini:
Pengerusi
Puan Loke-Yeo Teck Yong
Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Pendidikan
Naib Pengerusi (mantan)
Encik Koh Kok Khai
Mantan Timbalan Pengarah, Pendidikan Prasekolah
Naib Pengerusi
Encik Liu Earnler
Timbalan Pengarah, Pendidikan Prasekolah
Ahli-ahli
Dr Tan Chee Lay
Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Bahasa Cina Singapura
Dr Fadilah Isnin
Ketua Guru Pakar Bahasa Melayu, Pusat Bahasa Melayu Singapura
Puan Tamilarasi Subramaniam
Guru Pakar Bahasa Tamil, Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar
Puan Ng Tai Cheen
Ketua Guru Pakar Bahasa Cina, Pusat Bahasa Cina Singapura
Cik Tan Beng Luan
Pengasas, Creative O Preschooler’s Bay
Cik Roslinah Salleh
Pengetua, My First Skool di Ang Mo Kio Blok 343
Cik Narayana Samy Pushpavalli
Pengetua, Ramakrishna Mission Sarada Kindergarten
Nara Sumber / Konsultan
Puan Woo-Mah Yoke Yoong
Mantan Timbalan Pengarah, Pendidikan Prasekolah
Dr Elizabeth Pang
Pengarah Program, Pembangunan Literasi, Bahagian Perancangan dan
Pembangunan Kurikulum
Dr Chong-Loke Har Tshin
Konsultan Pendidikan
Penghargaan
10 Penghargaan Penghargaan 11
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Kami mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan, Institusi Pengajian
Tinggi dan Agensi Latihan serta para pengetua dan guru dari tadika, ta jaka
dan sekolah rendah atas maklum balas yang diberikan:
Pertubuhan, Institusi Pengajian Tinggi dan Agensi Latihan
Kolej Antarabangsa Asia
Institut Bentley
Pusat Pembela jaran dan Latihan First
Pusat Bahasa Melayu Singapura
Institut Pengurusan Nanyang
Politeknik Ngee Ann
Yayasan Masyarakat PAP (PCF)
Institut SEED
Pusat Bahasa Cina Singapura
Universiti SIM
Universiti Selatan Australia (Profesor Madya Angela Scarino)
Tadika
Tadika Masjid Al-Mukminin
Tadika Masjid Hasanah
Tadika Bethesda Chapel
Tadika Christ Church
Tadika Masjid En-Naeem
Tadika Iman (CCK) Sdn Bhd
Tadika Iman (Tampines) Sdn Bhd
Tadika Iman (Tenagaville) Sdn Bhd
Tadika Jurong Christian Church
Tadika Khalsa
Tadika Kidz Meadow (Pasir Ris)
Tadika The Little House (Montessori) Sdn Bhd
Pusat Pendidikan Canberra PCF (Blok 330)
Pusat Pendidikan Changi Simei PCF (Blok 141)
Pusat Pendidikan Bishan East PCF (Blok 197)
Pusat Pendidikan Bukit Panjang PCF (Blok 422/420)
Pusat Pendidikan Kaki Bukit PCF (Blok 519/545)
Little Wings Taman Jurong PCF (Blok 161)
Pusat Pendidikan Nanyang PCF (Blok 825)
Pusat Pendidikan Nee Soon Central PCF (Blok 646/645)
Pusat Pendidikan Radin Mas PCF (Blok 108)
Pusat Pendidikan Tampines Central PCF (Blok 858)
Pusat Pendidikan Tampines West PCF (Blok 140)
Pusat Pendidikan Woodlands PCF (Blok 853)
Pusat Pendidikan Whampoa PCF (Blok 112)
Tadika Ramakrishna Sarada Mission
Tadika St. Francis of Asisi (Jurong West)
Tadika Zulfa
Tajaka
The Children’s Place
Creative O Preschooler’s Bay
Prasekolah Etonhouse (Vanda Road)
Pusat Pembangunan Global Child
Pusat Penjagaan dan Pembangunan Kanak-Kanak Harmony
Joy Little Skoolhouse
Pusat Penjagaan Kanak-kanak Kidz Meadow
The Kids’ Inn (Joo Chiat)
The Learning Ladder
Little Dolphins Playskool (Cawangan Clementi)
The Little Skool House International Sdn Bhd (Sembawang)
Pusat Pembangunan Penjagaan Kanak-kanak Modern Montessori (Kovan)
My First Skool di Ang Mo Kio Ave 4
My First Skool di Blok 166 Punggol Central
My First Skool di Jurong Point
Pat’s Schoolhouse (Tanglin)
Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sparkletot Bukit Batok PCF
Sparkletots Kebun Baru PCF
Pusat Penjagaan Kanak-kanak Little Wings Yuhua PCF (Blok 233)
Sparkletots Pasir Ris West PCF
12 Penghargaan Penghargaan 13
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Pusat Pembangunan Kanak-kanak PPIS (Sembawang)
Pusat Pembangunan Penjagaan Kanak-kanak Murni SGM
Sekolah Rendah
Sekolah Anglo-Chinese
Sekolah Rendah Bukit View
Sekolah Tinggi Katolik
Sekolah Rendah Casuarina
Sekolah CHIJ (Toa Payoh)
Sekolah CHIJ Our Lady of Good Counsel
Sekolah Rendah Concord
Sekolah Rendah Edgefield
Sekolah Rendah Fengshan
Sekolah Rendah First Toa Payoh
Sekolah Rendah Gan Eng Seng
Sekolah Rendah Greendale
Sekolah Rendah Naval Base
Sekolah Monfort Junior
Sekolah Rendah North Vista
Sekolah Rendah Pasir Ris
Sekolah Rendah St. Anthony’s
Sekolah Rendah Sembawang
Sekolah Tao Nan
Sekolah Rendah Zhonghua
Sekolah Rendah Townsville
Sekolah Rendah Qihua
Penghargaan kami kepada pengetua, guru dan kanak-kanak dari tadika dan
ta jaka berikut atas pelibatan mereka dalam sesi fotografi:
Tadika Kidz Meadow (Pasir Ris)
My First Skool
Pusat Pendidikan Sembawang PCF (Blok 755)
Pusat Pendidikan Canberra PCF (Blok 330)
Pusat Pendidikan Pasir Ris West PCF (Blok 517)
Pusat Pendidikan Punggol Central PCF (Blok 231)
Pusat Pendidikan Tampines East PCF (Blok 261)
Pusat Pembangunan Kanak-kanak PPIS (Bukit Batok)
Tadika Ramakrishna Sarada Mission
Tadika Soka
14 Pengenalan 15Introduction
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Dasar dwibahasa Singapura telah membawa manfaat kepada kita. Kebolehan menggunakan Bahasa Ibunda meletakkan kita sebagai masyarakat Asia dan mengekalkan jati diri dan nilai Asia kita serta memberikan kelebihan kepada warga kita dalam ekonomi global... Kita perlu melakukan yang terbaik untuk mengekalkan warisan bahasa dan kelebihan kita.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong, 2011. Dalam MOE (2011). Memupuk pelajar aktif dan pengguna cekap: 2010 Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda. ms. 5.
Pengenalan
Pembelajaran Bahasa Ibunda penting dalam pembangunan pemikiran dan
pembelajaran kanak-kanak. Justeru, Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat
Awal untuk Bahasa Ibunda yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE)
menjadi panduan pengajaran dan pembelajaran tiga Bahasa Ibunda rasmi di pusat
prasekolah untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Rangka Kerja ini
menyatakan visi, objektif, matlamat pembelajaran dan prinsip panduan yang sesuai
untuk pengajaran dan pembelajaran ketiga-tiga Bahasa Ibunda.
“
”
Chapter1
Bab 1
16 Pengenalan 17Pengenalan
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa IbundaHak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura
Hasil Pendidikan yang Diingini
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda dihasilkan
berdasarkan pegangan dan prinsip Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat
Awal (Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal – Rangka Kerja Kurikulum untuk Tadika
di Singapura, MOE, 2012).
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal menyediakan asas bagi kanak-
kanak mencapai Hasil Pendidikan yang Diingini dan Tahap Penting dalam Hasil
Pendidikan Prasekolah. Hasil Pendidikan yang Diingini menetapkan hala tuju bagi
sistem pendidikan Singapura demi memupuk kanak-kanak kita untuk menjadi:
Tahap Penting dalam Hasil Pendidikan Prasekolah
Di peringkat prasekolah, Tahap Penting dalam Hasil Pendidikan Prasekolah
menggariskan hasil pembangunan kanak-kanak. Hal ini menekankan pembangunan
holistik kanak-kanak yang menyediakan mereka untuk menjadi seorang pela jar
sepanjang hayat. Pada akhir pendidikan prasekolah, kanak-kanak seharusnya:
• faham akan perkara yang betul dan perkara yang salah;
• mahu berkongsi dan tahu menunggu giliran;
• boleh berbaik-baik dengan orang lain;
• bersifat ingin tahu dan berupaya meneroka;
• berupaya memahami apa yang didengar dan yang dituturkan;
• rasa selesa dan gembira dengan diri sendiri;
• telah membina koordinasi fizikal, tabiat yang baik, menyertai dan menikmati pelbagai aspek kesenian; dan
• mencintai keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan sekolah mereka.
Untuk membantu kanak-kanak mencapai Tahap Penting dalam Hasil Pendidikan
Prasekolah, Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa
Ibunda mengesyorkan idea-idea untuk pertimbangan para guru semasa
merancang dan melaksanakan kurikulum Bahasa Ibunda serta memerhati dan
menilai pembela jaran murid-murid mereka.
• Seorang yang Berkeyakinandandapatmembezakanantarayangbetuldan
yangsalah,yangbolehmenyesuaikandiridanbingkas,memahamidirinya,
bijakmenilai,berfikirsecarakendiridankritikalsertaberkomunikasidengan
berkesan.
• Seorang yang Mempunyai Arah Kendiri dan bertanggungjawab terhadap
pembela jarannya, suka bertanya,membuat renungan dan tekunmenimba
ilmu.
• Penyumbang yang Aktif yang mampu bekerja secara berpasukan
dengan berkesan, melaksanakan inisiatif, mengambil risiko yang telah
dipertimbangkan,berinovasidanberusahakearahkecemerlangan.
• Warganegara yang Prihatin dan memiliki jati diri Singapura, mempunyai
kesedaransivikyangtinggi,berpengetahuandanterlibatsecaraaktifdalam
usahauntukmeningkatkankehidupanmasyarakatnya.
18 Pengenalan 19Pengenalan
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa IbundaHak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura
Dasar Dwibahasa Singapura
Dasar dwibahasa merupakan tunjang sistem pendidikan kita. Hal ini memerlukan
semua pela jar mempela jari Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Hasilnya, Bahasa
Inggeris menjadi bahasa komunikasi yang lazim digunakan dalam kalangan kumpulan-
kumpulan etnik. Dasar dwibahasa juga menggalakkan pembela jaran Bahasa Ibunda
kerana Bahasa Ibunda memainkan peranan penting untuk mengukuhkan jati diri
dalam kalangan warga Singapura. Perkara ini juga memastikan nilai-nilai kumpulan
etnik tertentu diwarisi turun-temurun. Dari perspektif ekonomi, penggunaan bahasa
Inggeris dan bahasa Ibunda telah membantu warga Singapura memperoleh
maklumat dengan mudah dan menyediakan pelbagai jenis peluang sama ada di
Asia atau di Barat. Lantas, menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa
Ibunda memberikan kelebihan budaya dan ekonomi untuk memastikan penakatan
dan kejayaan masyarakat Singapura yang berbilang budaya dan berbilang bangsa.
Semakan Penga jaran dan Pembela jaran Bahasa Ibunda (2010)
Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda (MTLRC) yang diketuai oleh Pengarah
Agung Pendidikan telah dibentuk pada Januari 2010 untuk memastikan dasar
dwibahasa kekal berkesan dan relevan. Dapatan satu tinjauan yang terperinci
melaporkan bahawa terdapat trend yang meningkat bagi penggunaan Bahasa
Inggeris menjadi bahasa dominan di rumah. Bahasa yang digunakan di rumah
mempengaruhi sikap para pela jar terhadap Bahasa Ibunda dan kecekapan
mereka dalam Bahasa Ibunda. Sebagai contoh, pela jar daripada keluarga yang
bertutur Bahasa Inggeris kurang berminat untuk mempela jari Bahasa Ibunda.
Laporan itu menerangkan pentingnya merancang kegiatan penga jaran dan
pembela jaran Bahasa Ibunda yang memenuhi keperluan para pela jar. Antara
faktor-faktor yang patut dipertimbangkan ialah bahasa yang digunakan di rumah
dan tahap kecekapan Bahasa Ibunda yang berbeza-beza yang membolehkan
para pela jar mempela jari Bahasa Ibunda ke peringkat yang setinggi mungkin.
Elemen penting dalam Kecekapan Abad ke-21 ialah kemahiran berkomunikasi. Dasar dwibahasa kekal menjadi tunjang sistem pendidikan kita. Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa kerja yang utama di peringkat antarabangsa. Bahasa Ibunda kita akan membolehkan anak-anak kita membuat kaitan dengan perkara-perkara tentang nilai dan warisan budaya Asia serta memiliki kelebihan dalam dunia yang kian sejagat.
Menteri Pendidikan Heng Swee Kiat. 2012. Dalam MOE. (2012a) Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan FY2012. Jawapan Pertama.
“
”
20 Pengenalan 21Pengenalan
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa IbundaHak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura
Kajian mengenai Pengajaran dan Pembela jaran Bahasa Ibunda
Dapatan kajian berasaskan minda menunjukkan bahawa terdapat faedah kognitif
jika seseorang itu mempela jari dua bahasa. Kanak-kanak yang boleh berdwibahasa
memberi perhatian yang lebih lama dan berupaya memberi tumpuan berbanding
dengan rakan-rakan mereka yang mempunyai kemahiran dalam satu bahasa sahaja
(Bialystok, Craik, & Luk, 2012). Kanak-kanak seperti itu berupaya mengekalkan
tumpuan terhadap sesuatu tugasan dan mencapai matlamat mereka (Bialystok &
Majumder, 1998). Hal ini adalah salah satu daripada beberapa faedah kognitif yang
akan membantu kanak-kanak menjadi lebih berjaya semasa mereka bersekolah
(Best, Miller, & Naglieri, 2011).
Tambahan lagi, ka jian juga mendedahkan pentingnya mempela jari Bahasa Ibunda
pada usia awal. Menurut dapatan kajian terbaharu (Kulh, 2011), kanak-kanak yang
mempela jari Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda sebelum mencecah usia lapan
tahun mempunyai peluang yang lebih baik untuk mahir dalam kedua-dua bahasa di
peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan rakan-rakan mereka yang mula lebih
lewat. Selain itu, pengaruh dan sokongan keluarga dalam pembela jaran Bahasa
Ibunda kanak-kanak tersebut (Ren Hu, 2013; Dixon, Wu & Daraghmeh, 2012; Abu
Bakar, 2005; Li & Rao, 2005) dan kekerapan Bahasa Ibunda didengari dan dituturkan
serta penekanan penggunaan Bahasa Ibunda (Dixon, Wu & Daraghmeh, 2012) juga
akan mempengaruhi kemahiran Bahasa Ibunda kanak-kanak itu.
Dengan mengambil kira dapatan Laporan MTLRC 2010 serta dapatan kajian
berasaskan minda dan Bahasa Ibunda, Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada
Peringkat Awal (NEL) untuk Bahasa Ibunda bertujuan memberikan panduan
terhadap pengajaran dan pembela jaran Bahasa Ibunda supaya kanak-kanak kita
akan memiliki asas yang kukuh dalam pembela jaran Bahasa Ibunda.
1Kelebihankognitifyanglainialahkebolehanberfikirsecarakritikaldanmelakukanberbilangtugas(Bialystoketal.,2012)
22 Gambaran Keseluruhan 23Overview22
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Gambaran Keseluruhan Rangka Kerja NEL untuk Bahasa Ibunda dibina dengan keyakinan bahawa kanak-
kanak mempunyai sifat ingin tahu, aktif dan cekap. Dengan keyakinan ini, guru-guru
berada di landasan yang selaras dengan usaha untuk memenuhi visi, objektif dan
matlamat pembela jaran rangka kerja ini. Visi pengajaran dan pembela jaran Bahasa
Ibunda melengkapi objektifnya. Kedua-dua objektif dan prinsip panduan membantu
guru-guru merancang pengajaran di bilik darjah mereka. Ketika mengajar, guru
akan berusaha untuk mencapai matlamat pengajaran yang diselaraskan dengan
visi pengajaran dan pembela jaran Bahasa Ibunda.
Rajah 1: Gambaran keseluruhan Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
VISI
OBJEKTIF1. Komunikasi 2. Budaya 3. Hubungan
MATLAMAT PEMBELAJARAN1. Berminat mempelajari Bahasa Ibunda 2. Membina kemahiran asas bahasa dan literasi3. Mengetahui budaya etnik tempatan
PRINSIP PANDUAN
Kanak-kanak ialah pela jar yang mempunyai sifat ingin
tahu, aktif dan cekap
1. Bahasa Ibunda ialah bahasa yang hidup untuk kanak-kanak2. Pengajaran Bahasa Ibunda perlulah memenuhi keperluan pelbagai pelajar
3. Pembelajaran Bahasa Ibunda bersifat aktif dan interaktif yang dilakukan dalam suasana yang autentik
Kanak-kanak sebagai pelajar aktif, yang seronok menggunakan bahasa Ibunda,
berkomunikasi dengan yakin dan menghargai budaya etnik tempatan.
Chapter1
Bab 2
24 Gambaran Keseluruhan 25Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Kanak-kanak merupakan pelajar Bahasa Ibunda yang mempunyai sifat ingin tahu, aktif dan cekap.
Pela jar yang bersifat ingin tahu
Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu. Mereka bela jar apabila mereka meneroka
sekitaran mereka. Mereka memerhatikan adat dan tradisi yang berkaitan dengan
budaya etnik tempatan2. Mereka juga memerhatikan bagaimana Bahasa Ibunda
digunakan semasa bertutur dalam keadaan yang berbeza dan yang terdapat pada
bahan bercetak (contohnya papan tanda di warung, iklan dan risalah). Sebagai
pela jar yang bersifat ingin tahu, mereka dapat meneroka dan bela jar lebih banyak
perkara apabila mereka berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling mereka
semasa mereka menggunakan Bahasa Ibunda untuk berkomunikasi setiap hari.
Pela jar yang aktif
Kanak-kanak merupakan pela jar aktif yang bela jar apabila mereka melakukan
sesuatu. Kanak-kanak bela jar Bahasa Ibunda apabila mereka mendengar dan
bertutur dalam sekitaran dan suasana autentik sesuatu bahasa. Apabila mereka
menyertai dan melibatkan diri dalam kegiatan Bahasa Ibunda dalam kehidupan
mereka, kanak-kanak akan terbiasa dengan Bahasa Ibunda dan warisan budaya
etnik tempatan yang kaya.
Pela jar yang cekap
Kanak-kanak merupakan pela jar yang cekap. Mereka mampu mempela jari apa
sahaja sekiranya sokongan dan sekitaran yang sesuai disediakan. Walaupun mereka
memasuki pusat prasekolah dengan latar belakang bahasa rumah dan kemampuan
Bahasa Ibunda yang berbeza, sokongan daripada guru-guru dan ahli keluarga serta
sekitaran yang merangsang pembela jaran memainkan peranan untuk meyakinkan
kanak-kanak bahawa mereka mampu menggunakan Bahasa Ibunda dengan yakin
untuk berinteraksi dengan keluarga dan masyarakat mereka.
Pegangan kita mengenai Kanak-kanak sebagai Pela jar Bahasa Ibunda
Pemahaman tentang kanak-kanak, kemampuan mereka dan cara mereka
bela jar akan menentukan bentuk pengajaran di bilik darjah. Pengetahuan ini
mempengaruhi keberkesanan mereka menyelaras dan mengembangkan pemikiran
dan pembela jaran kanak-kanak. Maklumat seperti ini juga membolehkan guru-guru
membuat keputusan yang sesuai apabila merancang dan menyediakan pengalaman
pembela jaran yang bermakna di dalam dan di luar bilik darjah (Rangka Kerja NEL,
MOE, 2012b, ms. 26)
2Budaya etnik tempatan bermakna adat dan tradisi yang khusus kepada tiga kumpulan etnikSingapura(iaituCina,MelayudanIndia)masing-masing.
26 Gambaran Keseluruhan 27Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif, yang seronok menggunakan Bahasa Ibunda, berkomunikasi dengan yakin dan menghargai budaya etnik tempatan.
Rangka Kerja NEL untuk Bahasa Ibunda
membayangkan bahawa kanak-kanak
akan berminat mempela jari lebih
lanjut mengenai Bahasa Ibunda dan
menggunakannya setiap hari. Selain
mengetahui cara berkomunikasi
dalam Bahasa Ibunda, kanak-kanak
juga akan diberikan peluang untuk
mengetahui budaya etnik tempatan.
Justeru, pembela jaran Bahasa Ibunda akan membolehkan anak-anak kita sedar
akan identiti budaya di Singapura. Hal ini akan membolehkan mereka berhubung
dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.
Objektif Kita
Untuk mencapai visi tersebut, rangka kerja ini mengetengahkan tiga objektif
bagi penga jaran dan pembela jaran Bahasa Ibunda prasekolah: Komunikasi,
Budaya dan Hubungan3.
Visi Kita
Matlamat Pembela jaran Rangka kerja NEL untuk Bahasa Ibunda bertujuan memberikan kanak-kanak suatu
permulaan yang kukuh dalam pembela jaran Bahasa Ibunda dan menjadi pela jar
Bahasa Ibunda sepanjang hayat. Untuk mencapainya, guru-guru perlu menyediakan
peluang bagi kanak-kanak mencapai tiga matlamat pembela jaran yang berikut
pada akhir Tahun 2 Tadika (K2):
Matlamat Pembela jaran 1:Mempunyai minat untuk mempela jari Bahasa Ibunda
Kanak-kanak yang mempunyai minat untuk mempela jari Bahasa Ibunda akan
terdorong untuk merapatkan jurang antara apa yang mereka tahu dengan apa
yang mereka perlu tahu mengenai Bahasa Ibunda dengan sokongan rakan-rakan
dan guru-guru. Apabila kanak-kanak berasa seronok dan terlibat sama dalam
pembela jaran Bahasa Ibunda, mereka akan memberikan perhatian kepada apa
yang telah dipela jari oleh mereka, membina kemahiran asas bahasa dan literasi
dan, mengenali budaya etnik tempatan.
1. Komunikasi Untuk membina kemahiran asas bahasa dan literasi kanak-kanak dalam aspek-aspek yang berikut:
• mendengar dengan pemahaman;
• bertutur dengan keyakinan;
• mengenali huruf bercetak dan membaca dengan bantuan; dan
• membuat tanda, melukis simbol dan menulis huruf/aksara untuk melambangkan idea-idea.
3Hal ini diselaraskan dengan objektif Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda 2010 dan disesuaikan untuk kanak-kanak prasekolah dengan mengambil kira pertumbuhan dan perkembangan mereka.
2. Budaya Untuk memberikan kesedaran dan memupuk penghargaan kanak-kanak terhadap budaya etnik tempatan dalam aspek-aspek yang berikut:
• perayaan, adat dan tradisi; dan
• cerita rakyat.
3. HubunganUntuk membangunkan dan mengukuhkan ikatan kanak-kanak dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat dalam aspek-aspek yang berikut:
• menyertai secara aktif dalam perayaan, adat dan tradisi; dan
• menggunakan Bahasa Ibunda dalam kehidupan harian dan berkongsi mengenai pengalaman mempela jari Bahasa Ibunda.
28 Gambaran Keseluruhan 29Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Menyertai kegiatan Bahasa Ibunda4 secara aktif
Kanak-kanak menyertai kegiatan Bahasa Ibunda secara aktif apabila mereka berasa
mereka berada dalam sekitaran yang selamat dan meyakinkan untuk bertutur
dengan menggunakan bahasa tersebut.
Segolongan kanak-kanak mungkin berasa tidak selesa bertutur dalam Bahasa
Ibunda apabila mereka bela jar Bahasa Ibunda sebagai bahasa kedua (Krashen &
Terrel, 1983). Namun, mereka boleh menyertai kegiatan Bahasa Ibunda secara aktif
dengan melakukan pergerakan seperti menunjuk, mengangguk, menunjuk isyarat
atau menggelengkan kepala mereka. Apabila kanak-kanak telah mempela jari Bahasa
Ibunda untuk jangka masa tertentu, mereka sudah mampu memberikan respons
lisan dan menyertai kegiatan Bahasa Ibunda secara aktif dengan menggunakan
Bahasa Ibunda dalam respons atau pertuturan mereka.
Menikmati kegiatan Bahasa Ibunda
Kanak-kanak menikmati kegiatan Bahasa Ibunda dan meluahkan keseronokan
mereka dalam pelbagai bentuk. Mungkin mereka membina perkataan dalam Bahasa
Ibunda, berminat dengan buku Bahasa Ibunda yang tertentu, menceritakan semula
atau melakonkan sesebuah cerita.
Apabila kanak-kanak berasa seronok melakukan kegiatan Bahasa Ibunda, mereka
juga akan memberitahu ahli keluarga mereka mengenai kegiatan Bahasa Ibunda
yang diminati oleh mereka atau ghairah untuk mempela jari budaya etnik dan
perayaan tempatan dengan lebih lanjut.
Kanak-kanak yang telah membina kemahiran asas bahasa dan literasi mampu
berkomunikasi dengan yakin. Rangka kerja ini mengenal pasti empat kemahiran asas
bahasa dan literasi yang sepatutnya dimiliki oleh kanak-kanak di penghujung K2:
Matlamat Pembela jaran 2:Membina kemahiran asas bahasa dan literasi
4Kegiatan Bahasa Ibunda bermaksud kegiatan yang dilakukan dengan menggunakan Bahasa Ibunda. Kegiatan ini boleh melibatkan pengalaman pembela jaran untuk membolehkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang berkaitan dengan Bahasa Ibunda atau menggunakan Bahasa Ibunda untuk menjalankan kegiatan dalam bidang pembela jaran yang lain seperti Luahan Estetika dan Kreatif atau Pembangunan Kemahiran Motor dan sebagainya.
30 Gambaran Keseluruhan 31Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Melalui interaksi dan bela jar sambil bermain, kanak-kanak meneroka penggunaan
perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang berbeza seperti memainkan watak
seorang doktor dan pesakit di sebuah klinik (Harris, Golinkoff & Hirsh-Pasek,
2010). Mereka juga digalakkan untuk berkomunikasi dengan menggunakan
pelbagai struktur ayat daripada ayat mudah (contohnya “Saya mahu krayon.”)
kepada soalan (contohnya “Apakah itu?”). Hal ini akan membangunkan kemahiran
bertutur kanak-kanak tersebut dan memulakan asas bagi mereka memahami
bagaimana bahasa lisan dan bahasa cetak saling menguatkan penguasaan
bahasa mereka. Tambahan pula, menghasilkan dan menyampaikan idea-idea
melalui pertuturan akan menyokong kecekapan menulis di peringkat yang lebih
tinggi. Justeru, membangunkan kemahiran bertutur kanak-kanak adalah penting
untuk perkembangan dalam kefahaman membaca dan kemahiran menulis pada
peringkat pembangunan seterusnya.
Mengenali perkataan dan membaca dengan bantuan
Kanak-kanak digalakkan memupuk
tabiat membaca yang baik dan
meneroka lebih banyak buku-buku
bergambar dalam Bahasa Ibunda
dan bahan-bahan membaca yang
sesuai. Memupuk tabiat membaca
akan membantu kanak-kanak
menjadi pela jar sepanjang hayat
bahasa tersebut (Duncan, 2010).
Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk mendengar bahasa yang digunakan dalam
pelbagai konteks seperti dalam perbualan, puisi, lagu dan membaca buku cerita, maka
mereka menambahkan keupayaan untuk mendengar sepenuhnya dan meningkatkan
pemahaman Bahasa Ibunda mereka. Mereka mengenali perkataan-perkataan atau
frasa-frasa baharu semasa mendengar perbualan di sekeliling mereka.
Bertutur untuk menyampaikan maksud
Kanak-kanak membangunkan keyakinan untuk meluahkan perasaan mereka
apabila perkara yang dikatakan oleh mereka dihargai dan mereka digalakkan
untuk memberi respons dan menyampaikan pandangan dan idea-idea mereka
secara lisan.Apabila membaca buku-buku bergambar, kanak-kanak terlibat secara aktif untuk
mencari makna tentang perkara yang telah dibaca oleh mereka atau dibaca dengan
bantuan guru-guru atau rakan-rakan mereka. Kanak-kanak juga berpeluang
mengenali perkataan-perkataan dan frasa-frasa mudah yang terdapat di dalam
buku-buku bergambar. Kanak-kanak bertambah yakin selepas mereka mampu
membaca sebuah buku bergambar yang mudah dan ini mendorong mereka untuk
bela jar lebih lanjut lagi mengenai bahasa tersebut (Bair, 2001). Tambahan pula,
kesedaran mereka terhadap beberapa ciri asas Bahasa Ibunda akan bertambah
dan mereka dapat menggunakan pengetahuan tersebut untuk membaca
perkataan-perkataan atau aksara-aksara yang terdapat di sekeliling mereka
seperti di bilik darjah, rumah dan kejiranan.
Mendengar dengan pemahaman
Membangunkan kemahiran kefahaman mendengar kanak-kanak ialah langkah pertama
ke arah membangunkan kefahaman membaca di peringkat lebih tinggi (Perfetti, Landi
& Oakhill, 2005).
32 Gambaran Keseluruhan 33Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Matlamat Pembela jaran 3:Mengenali budaya etnik tempatan
Kanak-kanak juga akan menikmati perkongsian bersama pihak yang bersedia
melihat apa yang telah dilukis atau diconteng oleh mereka. Hal ini akan mendorong
mereka untuk berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Ibunda dan membina
pemahaman bahawa lukisan dan contengan boleh melambangkan idea-idea mereka.
Kanak-kanak tidak dijangkakan mengetahui urutan penulisan sesuatu aksara atau
abjad jika mereka belum lagi membangunkan kemahiran motor halus mereka. Namun,
mereka boleh memerhatikan dan sedikit demi sedikit bela jar daripada guru-guru
mereka yang seharusnya menjadi contoh yang baik bagi memegang sebatang
pensel dengan cara yang betul dan menulis dengan urutan lejang yang betul.
Membuat tanda, melukis simbol dan menulis abjad/aksara untuk melambangkan idea
Kanak-kanak suka menconteng, membuat tanda, melukis dan menggunakan simbol
untuk menyampaikan idea-idea mereka. Mereka meneroka garis dan bentuk abjad
atau aksara dengan melukis di pasir atau menggunakan tanah liat untuk membentuk
satu garisan atau bentuk. Lama-kelamaan, kanak-kanak membangunkan kemahiran
motor yang halus, koordinasi mata dan tangan dan postur yang betul untuk menulis.
Mereka juga akan memahami bahawa garis dan bentuk ini membentuk abjad atau
aksara dan seterusnya, menyusun abjad atau aksara akan membentuk perkataan
(Neuman, 1999).
Pembelajaran Bahasa Ibunda berkait rapat dengan adat dan tradisi sesebuah budaya. Apabila
kanak-kanak diberikan peluang mempelajari tradisi dan cerita rakyat serta menyertai secara
aktif dalam kegiatan berkaitan budaya, mereka akan sedar mengenai nilai-nilai moral yang
tertentu serta pelbagai aspek budaya etnik tersebut seperti perayaan-perayaan yang relevan
dalam konteks Singapura. Nilai-nilai moral ini yang biasanya dipaparkan dalam cerita-cerita atau
amalan-amalan yang berkaitan dengan budaya boleh menjadi relevan kepada kehidupan harian
kanak-kanak apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk menceritakan semula dan bertutur
mengenainya serta mengamalkannya.
Mengenali adat dan tradisi
Pada usia muda, kanak-kanak mengenali identiti budaya dan kumpulan budaya
mereka (Vandenbroeck, 2000).
Kanak-kanak mampu membangunkan rasa jati diri yang positif apabila
mereka mengenali adat dan tradisi budaya mereka dan membangunkan rasa
berkeperibadian dan kekitaan terhadap dunia sosial. Mengetahui adat dan tradisi
mereka ialah satu langkah ke arah membina jati diri yang positif. Seseorang kanak-
kanak yang mempunyai jati diri yang positif akan mampu membina daya tahan dan
mengatasi cabaran ketika membesar (Brooker & Woodhead, 2008). Kanak-kanak
sepatutnya menyertai secara aktif dalam kegiatan adat dan tradisi ini melalui
persekitaran yang sebenar dan relevan.
34 Gambaran Keseluruhan 35Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Interaksi dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat
Kanak-kanak yang sedang mempela jari Bahasa Ibunda selalunya bergantung
bukan sahaja kepada guru mereka tetapi juga kepada ahli keluarga, kawan-kawan
dan individu yang boleh dipercayai dalam masyarakat untuk membimbing mereka
dalam pembela jaran bahasa tersebut (Ragoff, 1990).
Pembela jaran bahasa bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah tetapi boleh berlaku
juga pada bila-bila masa dan tempat (Hyland, 2004). Begitu juga, kanak-kanak
boleh bela jar lebih lanjut mengenai budaya etnik melalui kawan-kawan, keluarga
dan masyarakat, terutama sekali apabila kanak-kanak tersebut boleh menyertai
secara aktif dalam kegiatan adat dan tradisi bersama mereka. Hal ini menyediakan
peluang bagi kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka bersama kawan-
kawan, keluarga dan masyarakat serta pengalaman ini dapat mengukuhkan lagi
pembela jaran mereka. Melalui interaksi seperti itu, kanak-kanak boleh terlibat
sepenuhnya dalam pembela jaran Bahasa Ibunda dan menggunakan Bahasa Ibunda
sebagai bahasa yang hidup serta yang relevan dalam kehidupan harian mereka.
Pembela jarankanak-kanakbolehdiperhatikan,contohnya**,apabilamerekasedang:
• mengikut pergerakan dalam lagu, bermain permainan dan/ataumemberikan respons kepada cerita yang dibacakan kepadamereka;
• bertanyasemasakegiatanBahasaIbunda;
• meminta bantuan dalam pembelajaran semasa kegiatan BahasaIbunda;
• menggunakanperkataan-perkataanbaharudalamperbualan;
• memulakan perbualan dengan menggunakan frasa-frasa yanglazimataubertanyasoalan-soalanyangmudah;dan
• menarikperhatiankawanatauorangdewasakepadabahancetak/lagu/permainandalamBahasaIbundayangdiketahuiolehmerekaataubolehdidapatidipersekitaranmereka.
Jadual 1 menyediakan ringkasan tiga matlamat pembela jaran serta pengetahuan,
kemahiran dan kecenderungan utama yang seharusnya diperoleh pada akhir K2.
Rajah itu juga menyediakan satu senarai contoh bagaimana bentuk pembela jaran
kanak-kanak bagi setiap matlamat pembela jaran. Contoh-contoh ini tidak terhad
dan guru-guru boleh menambah senarai tersebut berdasarkan pemerhatian dan
pemahaman mereka terhadap pembela jaran Bahasa Ibunda kanak-kanak.
Jadual 1: Matlamat Pembelajaran Bahasa Ibunda
**Contoh-contoh pembela jaran dan pembangunan kanak-kanak tidak terhad dan bukan untuk umur tertentu sahaja. Guru-guru mempunyai fleksibiliti untuk menyediakan peluang-peluang pembela jaran yang sesuai berdasarkan keupayaan, minat dan keperluan pembangunan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang tersenarai di atas apabila guru-guru menyediakan bimbingan yang mencukupi dan menyelaraskan pembela jaran mereka.
Menyertai secara aktif dalam kegiatan Bahasa Ibunda
Menikmati kegiatan Bahasa Ibunda
• membuathubunganmatasemasamendengarceritadanlaguatausedangberbualdenganoranglain;
• bertuturmengenaisesebuahcerita,melukisdanmelakonkancerita-ceritatersebut;
• bertutur mengenai pengalaman belajar yang dijalankan dalamBahasaIbunda;
• menyebut frasa-frasa yang menarik dalam lagu atau puisi, ataumembuatpergerakanberdasarkanlagutersebut;
• menunjukkan minat terhadap buku-buku (contohnya melihatgambar-gambardidalambukusecaradekat,memberikomenataubertanyasoalanmengenaiceritatersebut);
• bermaindenganrimasepertimenghasilkanperkataanberima;
• membentukperkataan,frasaatauayat;
• melukis, membuat tanda atau simbol untukmeluahkan idea-ideadanmaklumatdenganmenggunakanBahasaIbunda;
• memintadibacakanataudinyanyikancerita-ceritarakyatdanlagu/puisikanak-kanaktradisionallebihdaripadasatukali;dan
• ingin tahu lebih lanjut mengenai budaya etnik tempatan sepertiperayaan,adat,bentukkeseniandanmakanan.
Pengetahuan/ kemahiran/ kecenderungan utama
Matlamat Pembelajaran 1 - Mempunyai minat untuk mempelajariBahasa Ibunda
36 Gambaran Keseluruhan 37Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
**Contoh-contoh pembela jaran dan pembangunan kanak-kanak bukan untuk umur tertentu atau terhad. Guru-guru mempunyai fleksibiliti untuk menyediakan peluang-peluang pembela jaran yang sesuai berdasarkan keupayaan, minat dan keperluan pembangunan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang tersenarai di atas apabila guru-guru menyediakan bimbingan yang mencukupi dan menyelaraskan pembela jaran mereka.
Pembela jarankanak-kanakbolehdiperhatikan,contohnya**,apabilamerekasedang:
Membuat tanda, melukis simbol dan menulis abjad/ aksara untuk melambangkan idea
•Menunjukkan kawalan dan manipulasi semasa memegang pensel/marker besar
•Menunjukkangayayangbetuldanmemegang pensel/ marker besar dengan genggaman pensel yang betul
•Menunjukkanpemahamanbahawa melukis dan menulis simbol pada halaman ialah satu cara untuk menjelaskan maklumat mengenai sesuatu topik
• menunjukpadaperkataansemasagurumembacabukucerita;
• memberiresponsmelaluimimikmukapadaceritayangdibacakan;
• menyusun mengikut urutan beberapa kejadian dalam ceritatersebut (contohnya dengan melukis atau meletakkan gambarmengikuturutanyangbetul);
• menceritakan semula kejadian-kejadian utama dalam ceritatersebut;
• bercerita mengenai watak kegemaran mereka dalam ceritatersebut (contohnyamengapamereka suka akanwatak tersebutataubahagianceritayangdigemariolehmereka);
• menggunakangambar(contohnyalukisanbuku,kadgambarmudah)sebagaipetunjukuntukbertuturmengenaimaksudperkataanataufrasayangmudah;dan
• mempunyaikesedaranterhadapbeberapaciribahancetakBahasaIbundaseperti;
- Bunyisetiap12vokaldan18konsonandalambahasaTamil;
- BunyiabjaddalambahasaMelayu;dan
- Bahagian aksara Cina yang memberikan petunjuk mengenaimaksudaksaratersebut.
**Contoh-contoh pembela jaran dan pembangunan kanak-kanak bukan untuk umur tertentu atau terhad. Guru-guru mempunyai fleksibiliti untuk menyediakan peluang-peluang pembela jaran yang sesuai berdasarkan keupayaan, minat dan keperluan pembangunan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang tersenarai di atas apabila guru-guru menyediakan bimbingan yang mencukupi dan menyelaraskan pembela jaran mereka.
• menggunakan pensel/marker besar untuk menconteng danmembuatbentuksepertiabjad/aksara;
• membuatbentuksepertiabjad/aksaradenganmenyurihbentuknyapadapasirdanmelaluilukisanjaridansebagainya;
• menggunakan simbol untukmelambangkan idea-idea (contohnyamelukis bulatan untuk bulan, segi tiga atau segi empat untuksandwic);
• menjelaskan secara lisan dalam bentuk perkataan atau frasamengenai idea-ideaataumaklumatyangdipaparkanolehbentuktulisan yang berbeza apabila ditanya oleh kawan-kawan atau guru;dan
• cubamenyusunmengikuturutanlejangpadasesuatuabjad/aksaramenurutapayangpernahdiperhatikanolehmereka.
Menunjukkan pemahaman kepada cerita/ puisi
Matlamat Pembelajaran 2 - Membina kemahiran asas bahasa
Pengetahuan/ kemahiran/ kecenderungan utama
Pembela jarankanak-kanakbolehdiperhatikan,contohnya**,apabilamerekasedang:
• membuathubunganmatasemasaoranglainberbualdengannya;
• memberikanresponsapabilanamanyadipanggil;
• mengikutarahansatuataudualangkahsecaralisan;
• melakukan pergerakan dan tindakan yang sesuai semasamenyanyikanlaguataumembacapuisi;dan
• memberi respons kepada mesej yang mudah dan idea utamadalamperbualanmelaluigerak isyarat (contohnyamenganggukataumenudingjari)danmimikmukayangsesuai.
• menggunakan isyarat bukan lisan (contohnya gaya badan, hubunganmata)semasaberkomunikasidenganoranglain;
• menggunakan sebutan satu atau dua perkataan dengan gerakisyaratuntukmeluahkankeperluandankeinginan;
• menggunakannadadankelantangansuarayangsesuaisemasabertutur(contohnyabertuturdengansopan);
• menggunakan frasa sapaan yang lazim (contohnya “Selamatpagi”);
• menyebut nama objek-objek di bilik darjah dan pusatprasekolah;
• bertanyauntukmengetahuilebihlanjutmengenaikawan-kawanmereka;
• membuat pengenalan ringkas dengan memperkenalkan namadanumurmereka;
• berkongsi pengalaman (contohnya makan malam bersamakeluarga dan lawatan bersama kelas) dengan orang lainmenggunakanfrasa-frasamudah;dan
• menyampaikanmesej-mesejmudah kepada guru-guru, kawan-kawandankeluarga.
• mengenaliperkataanlazimdidalambilikdarjah,pusatprasekolah(contohnyaperkataanpadalabeldandidinding)dandikawasansekelilingpusat(contohnyaposterdanlabelmakanan);
• mengenalinamamerekasendiri;
• memegangbukudengancarayangbetul;dan
• menunjukkan perkataan pertama di halaman buku cerita untukmemberitahugurupermulaanpembacaan.
Mengenali perkataan dan membaca dengan bantuan
•Mengenali perkataan-perkataan
lazim
•Mempunyaikesedaranmengenaibahan cetak dan buku
Bertutur untuk menyampaikan maksud
•Memberitahu keperluan dan keinginan peribadi
•Bertanyadanmemberiresponskepada soalan-soalan yang mudah
•Berkongsipengalamanperibadidengan orang lain
•Menyertaiperbualanyangringkas dan mudah
Matlamat Pembelajaran 2 - Membina kemahiran asas bahasa
Pengetahuan/ kemahiran/ kecenderungan utama
Mendengar dengan pemahaman
•Memahamimesejdanarahanyang mudah
•Memahamiideautamadalamperbualan
dan literasi dan literasi
38 Gambaran Keseluruhan 39Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Pembela jarankanak-kanakbolehdiperhatikan,contohnya**,apabilamerekasedang:
• menceritakan semula, melukis atau melakonkan watak cerita atau watak tradisional;
• meluahkan pemikiran/idea mengenai nilai-nilai moral yangdipaparkan dalam cerita/puisi/peribahasa;
• bertanyasoalansepertibagaimanaperayaandisambut,bagaimanamakanan/pencuci mulut tradisional disediakan dan sebagainya;
• meneroka budaya etnik tempatan melalui seni lukis, muzik danmakanan tradisional dengan menyertai secara aktif dalam kegiatan berkaitan budaya dan mengunjungi pusat warisan tempatan; dan
• berkongsibeberapabutiransepertibagaimanaadatyangrelevandalam konteks Singapura diamalkan (contohnya adat mengenai menyambut tahun baharu).
• menggunakanbahasayangsesuaiuntukmemanggildanmenyapaseseorang;
• bertutur mengenai pengalaman seharian termasuk pertemuankeluarga, masa jamuan dan masa bersiar-siar;
• bertanya soalan-soalan mudah untuk mengetahui lebih lanjutmengenai latar belakang dan minat ahli keluarga mereka;
• berkongsipengalaman(contohnya laguyangdipela jaridipusatprasekolah atau semasa lawatan) dengan orang lain menggunakan frasa-frasa mudah;
• memberitahu keluarga dan kawan-kawan mereka perkarayang telah dipela jari oleh mereka dan suka mengenai Bahasa Ibunda; dan
• menyertaikegiatan(contohnyasambutanperayaan,persembahanbudaya yang sesuai) yang dianjurkan oleh masyarakat (contohnya balai rakyat, kelab masyarakat, Lembaga Perpustakaan Negara, Lembaga Warisan Negara) yang menggalakkan budaya etnik tempatan.
**Contoh-contohpembela jarandanpembangunankanak-kanakbukanuntukumurtertentuatauterhad.Guru-guru mempunyai fleksibiliti untuk menyediakan peluang-peluang pembela jaran yang sesuai berdasarkankeupayaan,minatdankeperluanpembangunankanak-kanak.Kanak-kanakbolehmemperolehpengetahuan,kemahiran dan kecenderungan yang tersenarai di atas apabila guru-guru menyediakan bimbingan yangmencukupidanmenyelaraskanpembela jaranmereka.
Prinsip Panduan
Untuk memenuhi visi dan mencapai objektif dan matlamat pembelajaran Bahasa
Ibunda, guru-guru boleh menimbangkan tiga prinsip panduan ini bagi merancang dan
melaksanakan kurikulum Bahasa Ibunda yang berkualiti:
1. Bahasa Ibunda ialah bahasa yang hidup untuk kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak mendengar dan menggunakan Bahasa Ibunda dalam pelbagai
konteks dan keadaan sebenar, Bahasa Ibunda menjadi suatu bahasa yang hidup
kerana mereka dapat melihat kaitan Bahasa Ibunda dengan rutin dan pengalaman
harian mereka.
Untuk Bahasa Ibunda menjadi bahasa yang hidup, Bahasa Ibunda boleh digunakan
dalam kegiatan dan rutin harian di bilik darjah. Bahasa Ibunda boleh digunakan untuk
memperkenalkan dan menjelaskan konsep dalam sesuatu bidang pembelajaran.
Tambahan pula, Bahasa Ibunda boleh digunakan untuk menonjolkan aspek-aspek
tertentu dalam budaya etnik tempatan apabila, sebagai contoh, kanak-kanak ditunjukkan
cara untuk menyapa orang dewasa yang bersesuaian dengan budaya.
Mengenali budaya etnik tempatan
Berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat
Matlamat Pembela jaran 3 - Mengenali budaya etnik tempatan
Pengetahuan/ kemahiran/ kecenderungan utama
40 Gambaran Keseluruhan 41Gambaran Keseluruhan
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
2. Pengajaran Bahasa Ibunda perlulah memenuhi keperluan pelbagai pelajar.
Tinjauan dalam Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa-bahasa Ibunda 2010
mendedahkan bahawa terdapat pelbagai peringkat keupayaan Bahasa Ibunda dalam
kalangan para pelajar di sekolah-sekolah nasional. Dalam suasana prasekolah, kita juga
boleh memerhatikan kepelbagaian peringkat keupayaan ini dalam kalangan kanak-
kanak. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai sedikit pengetahuan Bahasa Ibunda
dan juga kanak-kanak yang fasih bertutur dalam Bahasa Ibunda di dalam sebuah kelas
yang sama.
3. Pembelajaran Bahasa Ibunda bersifat aktif dan interaktif, dilakukan dalam suasana yang autentik.
Pembelajaran Bahasa Ibunda hendaklah dilakukan secara aktif dan interaktif dan,
kanak-kanak boleh menggunakan Bahasa Ibunda untuk berkomunikasi dengan kawan-
kawan, guru-guru dan ahli keluarga mereka.
Oleh itu, guru-guru perlu mengambil kira latar belakang bahasa di rumah dan keupayaan bahasa kanak-kanak semasa merancang kegiatan dan untuk membezakan strategi pengajaran di dalam bilik darjah untuk kanak-kanak yang mempunyai keupayaan Bahasa Ibunda yang berbeza.
Semasa mereka menyampaikan idea, keperluan dan keinginan melalui Bahasa Ibunda
kepada pelbagai golongan, mereka akan menerima maklum balas secara langsung
dan relevan. Komunikasi seseorang kanak-kanak dengan individu yang berbeza dalam
pelbagai konteks mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajarinya atau menyediakan
peluang untuk meneroka frasa dan perkataan Bahasa Ibunda yang baharu. Guru-guru
boleh menyelaraskan pembelajaran kanak-kanak itu dengan menjadi contoh yang baik
dalam bahasa tersebut dan menyediakan peluang seperti itu bagi kanak-kanak belajar
dan berlatih Bahasa Ibunda mereka.
Dalam persekitaran sebenar, guru-guru juga perlu menyediakan peluang pembelajaran
yang bermakna dan jelas terutama dalam bidang pembinaan perbendaharaan kata
(bagi kedua-dua komunikasi lisan dan kemahiran awal membaca seperti mengenal
perkataan-perkataan lazim). Kajian telah menunjukkan bahawa keseimbangan antara
menyediakan peluang yang jelas dan peluang yang tersirat seperti melalui permainan
yang bermakna akan menghasilkan pembelajaran bahasa yang lebih baik untuk kanak-
kanak (Maurals & Neuman, 2010).
42 Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Planning the MTL Curriculum 43
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Pengalaman mempela jari Bahasa Ibunda boleh ditingkatkan dengan mengkhususkan
sumber dan masa untuk merancang kurikulum Bahasa Ibunda.
Semasa merancang kurikulum Bahasa Ibunda, soalan-soalan berikut perlulah
dipertimbangkan:
• Apakah pegangan dan prinsip pengajaran serta pembela jaran guru?
• Bagaimanakah guru boleh merancang pengalaman pembela jaran Bahasa Ibunda yang sesuai?
• Bagaimanakah guru boleh memudahcarakan pengalaman pembela jaran Bahasa Ibunda?
• Bagaimanakah guru boleh mengetahui kanak-kanak telah memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan kecenderungan yang diperlukan bagi Bahasa Ibunda?
Chapter1
Bab 3
44 Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda 45
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Apakah pegangan dan prinsip pengajaran serta pembela jaran guru?
Pegangan, prinsip pengajaran dan pembela jaran Bahasa Ibunda yang sama dalam
kalangan guru membolehkan mereka merancang dan menyelaraskan pengalaman
pembela jaran Bahasa Ibunda yang sesuai untuk kanak-kanak. Guru perlu tahu
pegangan dan prinsip guru di pusat prasekolah masing-masing. Pegangan dan
prinsip mereka mungkin dibentuk oleh pengalaman mereka sendiri dan mungkin
berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
Bagaimanakah guru boleh merancang pengalaman pembela jaran Bahasa Ibunda yang sesuai?
Untuk merancang pengalaman pembela jaran Bahasa Ibunda yang sesuai, guru-
guru hendaklah:
• menimbangkan minat, keperluan dan keupayaan kanak-kanak;
• menentukan pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang perlu diperoleh
kanak-kanak; dan
• merancang sekitaran pembela jaran.
Menimbangkan minat, keperluan dan keupayaan kanak-kanak
Guru-guru hendaklah menimbangkan minat, keperluan dan keupayaan kanak-kanak
semasa merancang kurikulum dan kegiatan Bahasa Ibunda. Dengan menjalankan
aktiviti yang sesuai dengan minat dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak, pela jaran
akan menarik perhatian mereka dan mendorong mereka untuk mempela jari Bahasa
Ibunda. Pada masa yang sama, keupayaan kanak-kanak juga sama penting semasa
guru-guru merancang dan membimbing pembela jaran mereka.
Oleh sebab ahli-ahli keluarga lebih
mengenali anak-anak mereka, mereka
boleh memberikan maklumat berharga
mengenai kanak-kanak tersebut. Dengan
bertukar-tukar maklumat mengenai minat,
keperluan, keupayaan, pengalaman dan
perkembangan harian kanak-kanak,
guru boleh bekerjasama dengan ahli
keluarga untuk membantu kanak-kanak
itu membuat kaitan terhadap apa yang
berlaku di pusat prasekolah dan di rumah
untuk melengkapkan pembela jaran
Bahasa Ibunda mereka.
Untuk menentukan pegangan dan prinsip bersama, guru-guru boleh merujuk
kepada pegangan, visi, objektif, matlamat pembela jaran dan prinsip panduan yang
dijelaskan dalam Rangka Kerja NEL untuk Bahasa Ibunda. Dalam sesebuah pusat
prasekolah, peluang untuk berkomunikasi dan menjelaskan pegangan, visi dan
prinsip panduan seperti ini perlulah disediakan untuk semua guru.
46 Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda 47
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Menentukan pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang perlu diperoleh kanak-kanak
Guru-guru boleh merujuk kepada tiga matlamat pembelajaran yang disyorkan dalam
Rangka Kerja NEL untuk Bahasa Ibunda semasa menentukan pengetahuan, kemahiran
dan kecenderungan yang perlu diperoleh oleh kanak-kanak.
Merancang Sekitaran Pembelajaran
Sekitaran pembelajaran yang kondusif boleh menggalakkan dan meluaskan
pembelajaran Bahasa Ibunda kanak-kanak.
Sekitaran fizikal
Sebuah ruang khas di pusat prasekolah dan bilik darjah boleh digunakan untuk
memaparkan pelbagai bahan, maklumat dan sumber yang berkaitan dengan Bahasa
Ibunda untuk membangkitkan minat kanak-kanak.
Terdapat tiga aspek yang perlu dipertimbangkan semasa merancang sekitaran
pembelajaran:
• Sekitaran fizikal
• Sekitaran interaksi
• Sekitaran temporal
Apabila guru merancang dan menentukan pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan
untuk kumpulan usia yang tertentu, mereka hendaklah menimbangkan pelbagai
pengalaman pembelajaran untuk kanak-kanak. Dengan adanya pengetahuan
keseluruhan mengenai pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan kanak-kanak, ini
akan membantu guru membimbing pembelajaran Bahasa Ibunda kanak-kanak. Selain
itu, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak juga lebih tersusun dan terhubung antara
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ibunda dengan pengalaman pembelajaran lain
di pusat prasekolah tersebut.
Permainan bahasa, buku bergambar serta sumber digital yang memenuhi keperluan
pembelajaran bahasa kanak-kanak, boleh diletakkan di tempat yang mudah dicapai oleh
kanak-kanak. Hasil kerja kanak-kanak juga boleh dipaparkan dan selalu dikemaskinikan
supaya kanak-kanak boleh menilai semula apa yang telah dihasilkan oleh mereka agar
mereka berpeluang berasa bangga dengan apa yang telah dicapai oleh mereka. Selain
itu, suatu ruang di bilik darjah boleh dijadikan pusat pembelajaran. Pusat pembelajaran
ideal untuk kanak-kanak berlatih dan mengukuhkan pembelajaran Bahasa Ibunda
mereka.
48 Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda 49
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Sekitaran berinteraksi
Sekitaran berinteraksi merujuk kepada aspek-aspek sosial dan emosi sekitaran
tersebut. Kanak-kanak di dalam kelas sentiasa melihat dan mendengar apa sahaja
yang diucapkan dan dilakukan oleh guru. Di dalam sebuah sekitaran yang positif dan
yang memberi sokongan dan pupukan, kanak-kanak boleh mengambil risiko, meneroka
dengan yakin dan membuat keputusan. Menyediakan sekitaran seperti ini adalah
penting dalam membantu kanak-kanak menjadi penutur Bahasa Ibunda yang yakin.
Sekitaran Temporal
Sekitaran temporal merujuk kepada masa dan ruang untuk kegiatan. Hal ini merangkumi
rutin dan peralihan antara kegiatan. Pengalaman pembelajaran Bahasa Ibunda untuk
kanak-kanak boleh dilanjutkan untuk merangkumi rutin dan peralihan ini. Apabila
peluang pembelajaran untuk Bahasa Ibunda yang tidak dirancang timbul, masa dan
ruang perlu diadakan supaya guru-guru boleh menggunakan peluang pembelajaran
yang tidak dirancang seperti ini dengan sebaik-baiknya.
Bagaimanakah guru boleh memudahcarakan pengalaman pembelajaran Bahasa Ibunda?
Guru perlu maklum tentang prinsip panduan yang dinyatakan dalam Rangka Kerja NEL
untuk Bahasa Ibunda (ms. 39-41). Tambahan lagi, guru-guru juga perlu menimbangkan
pelbagai teori, pendekatan dan amalan pendidikan awal untuk membantu mereka
menyelaraskan pembelajaran kanak-kanak dengan baik. Oleh itu, prinsip iTeach
merupakan pertimbangan yang penting bagi kurikulum tadika yang berkualiti.
Enam prinsip utama iTeach menggariskan panduan bagi guru untuk merancang dan
menghasilkan pelbagai jenis pengalaman pembelajaran untuk membantu kanak-kanak
belajar dan membangun secara holistik.
Enam prinsip iTeach ialah:
• Pendekatan pembela jaran bersepadu
• Guru-guru sebagai penyelaras pembela jaran
• Pelibatan kanak-kanak dalam pembela jaran melalui kegiatan permainan
yang bermakna
• Pembela jaran autentik melalui interaksi yang berkualiti
• Kanak-kanak sebagai pembina pengetahuan
• Pembangunan holistik
Sumber: MOE. (2012b). Memupuk Pelajar pada
Peringkat Awal: Rangka Kerja Kurikulum untuk
Tadika di Singapura. (Semakan). ms. 30-40
Rajah 2: Prinsip iTeach
Guru-guru sebagai penyelaras pembelajaran
Kanak-kanak sebagai pembina pengetahuan
Pendekatan pembelajaran bersepadu
Pembangunan holistik
Pembelajaran autentik melalui interaksi yang berkualiti
Pelibatan kanak-kanak dalam pembelajaran melalui kegiatan permainan yang bermakna
Kanak-kanak ialah pelajar
yang mempunyai sifat ingin tahu, aktif dan cekap
50 Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda 51
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Bagaimanakah guru boleh mengetahui kanak-kanak telah memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang diperlukan bagi Bahasa Ibunda?
Rangka Kerja ini telah mengusulkan tiga matlamat pembela jaran yang boleh
dipertimbangkan oleh guru apabila melakukan pemerhatian dan penilaian
pembela jaran kanak-kanak. Guru Bahasa Ibunda boleh memerhatikan kanak-
kanak, mencatat perkara yang diperhatikan dan mentafsirkan maklumat untuk
mengetahui apa yang kanak-kanak tahu, boleh lakukan dan faham berdasarkan
matlamat pembela jaran yang tercatat dalam rangka kerja. Hal ini akan membantu
guru-guru dalam perancangan masa hadapan serta membolehkan guru-guru
mengenali dan menggunakan detik-detik pengajaran untuk mengukuhkan
pembela jaran kanak-kanak. Rangka kerja ini juga menyediakan maklumat
yang berwibawa untuk dikongsi dan disampaikan kepada ibu bapa mengenai
perkembangan anak-anak mereka dalam pembela jaran Bahasa Ibunda.
Secara ringkas, memerhati dan menilai pembela jaran Bahasa Ibunda kanak-kanak
merupakan satu proses yang berterusan yang melibatkan proses-proses berikut:
• Mengumpul dan mencatat maklumat
• Mentafsir maklumat tersebut untuk membantu perancangan
• Menyusun maklumat tersebut
• Berkongsi maklumat dengan keluarga
Maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian dan penilaian pembela jaran
Bahasa Ibunda kanak-kanak boleh membantu guru-guru merancang dan
menyelaraskan kegiatan mereka. Tambahan lagi, maklumat seperti itu boleh
dikongsi dengan ibu bapa supaya mereka boleh menghargai perkembangan anak
mereka dan terus memberikan sokongan terhadap pembela jaran mereka di rumah.
Mengumpul dan mencatat maklumat
Guru-guru boleh mengumpulkan maklumat mengenai pendedahan kanak-kanak
terhadap Bahasa Ibunda di rumah. Singapura menghadapi landskap bahasa
yang berubah. Lebih ramai kanak-kanak kerap bertutur dalam bahasa Inggeris
dengan ahli keluarga di rumah. Oleh itu, kanak-kanak masuk ke prasekolah
dengan tahap pendedahan Bahasa Ibunda di rumah yang pelbagai. Guru-guru
juga boleh mendapatkan maklumat mengenai pendedahan kanak-kanak kepada
Bahasa Ibunda daripada ibu bapa dan ahli keluarga mereka. Jika diketahui kanak-
kanak itu mempunyai pendedahan kepada Bahasa Ibunda dan sokongan dalam
pembela jaran Bahasa Ibunda yang sedikit, maka guru-guru boleh merancang
kegiatan-kegiatan yang akan memenuhi keperluan pembela jaran mereka. Hal
yang sama boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak yang telah menerima banyak
pendedahan dan sokongan dalam pembela jaran Bahasa Ibunda. Untuk kumpulan ini,
guru-guru boleh merancang dan menjalankan kegiatan yang dapat meluaskan lagi
pembela jaran mereka.
Semasa kegiatan di kelas dan melalui komunikasi yang berterusan dengan ibu bapa
kanak-kanak, guru-guru boleh mengumpulkan maklumat mengenai pembela jaran
Bahasa Ibunda kanak-kanak itu. Guru-guru hendaklah menggunakan beberapa cara
untuk menunjukkan bukti kemajuan kanak-kanak dalam pembela jaran Bahasa Ibunda.
Contoh-contoh bagaimana guru-guru boleh mengumpulkan bukti termasuklah:
•
Mengambil gambar / rakaman
video kanak-kanak sedang
melakukan tugasan
Gambar-gambar dan rakaman
video membantu guru merakamkan
kelakuan literasi yang tertentu dalam
pelbagai konteks. Sama ada mereka
sedang berseronok membaca sebuah
buku besar sewaktu duduk dalam
bulatan, meneroka sekeliling pusat
prasekolah atau sedang melakonkan peranan di sudut berlakon, gambar dan
rakaman video tersebut hendaklah menunjukkan tarikh dan disertakan dengan
nota penjelasan. Tambahan lagi, guru-guru boleh menyemak semula rakaman
video dan memerhatikan interaksi sosial antara kanak-kanak, mencatatkan
nota berkenaan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur mereka serta
keupayaan mereka untuk berinteraksi semasa mengadakan perbualan.
52 Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda 53
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Mengumpulkan maklum balas daripada kanak-kanak mengenai pembelajaran
mereka
Guru-guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk merenung dan berkongsi apa
yang telah dipela jari oleh mereka mengenai diri mereka dan rakan-rakan mereka.
Hal ini dapat memberikan guru-guru satu lagi perspektif mengenai pembela jaran
dan pembangunan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak berpeluang menceritakan
semula pembela jaran mereka dengan melihat gambar atau klip video, guru-guru
boleh memahami motivasi dan rasional mereka terhadap sesuatu respons dan
kelakuan tertentu. Maklumat seperti itu boleh membantu guru-guru merancang
kegiatan pada masa hadapan.
Menggunakan senarai semak untuk memantau perkembangan kanak-kanak
Senarai semak boleh berperanan sebagai alat pemerhati yang menyenaraikan
secara khusus kelakuan yang hendak diperhatikan untuk merekod perkembangan
kanak-kanak. Melalui senarai semak, guru-guru boleh mengetahui sama ada kanak-
kanak itu menunjukkan kemahiran tertentu secara konsisten atau hanya boleh
melakukannya pada satu-satu masa sahaja. Mereka juga mengetahui apakah
kegiatan-kegiatan dan bahan-bahan yang membuka peluang kepada kanak-
kanak untuk menunjukkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan. Tambahan lagi,
senarai semak boleh digunakan berulang kali untuk sepanjang tahun dan hendaklah
disertakan dengan gambar-gambar, contoh-contoh kerja dan catatan anekdot.
Dengan melakukan demikian, guru-guru akan memahami pembela jaran Bahasa
Ibunda kanak-kanak dengan lebih mendalam.
Guru-guru boleh mengumpulkan contoh-contoh kerja yang menunjukkan
pengetahuan Bahasa Ibunda kanak-kanak dalam menyelesaikan tugasan literasi
yang autentik seperti membuat kad dan poster ulang tahun dengan menggunakan
huruf / aksara mudah. Contoh kerja perlu disertakan dengan catatan guru yang
menjelaskan konteks bagi tugasan yang dilakukan. Nota tersebut hendaklah bertarikh
dan menonjolkan pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh atau sedang dalam
proses pemerolehan kanak-kanak itu.
Mengumpulkan contoh-contoh kerja kanak-kanak
Guru-guru boleh mengumpulkan contoh-contoh kerja yang menunjukkan
pemerolehan atau perkembangan pengetahuan atau kemahiran yang tertentu bagi
kanak-kanak tersebut.
54 Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda Merancang Kurikulum Bahasa Ibunda 55
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Mentafsir maklumat tersebut untuk membantu perancangan
Untuk membentuk satu pentafsiran yang objektif mengenai perkembangan Bahasa
Ibunda kanak-kanak secara keseluruhannya, soalan-soalan berikut boleh dijadikan
sandaran:
• Adakah maklumat mengenai pembela jaran dan pembangunan kanak-kanak dalam pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan yang diperlukan untuk Bahasa Ibunda mencukupi?
• Adakah maklumat tersebut menunjukkan suatu pola pembangunan dan bukannya pencapaian yang berlaku sekali-sekala?
• Adakah kanak-kanak itu memerlukan bimbingan daripada guru-guru, kawan-kawan atau ahli keluarga atau dia mampu melakukan sesuatu kemahiran atau pengetahuan secara kendiri?
• Adakah ciri-ciri pembangunan kanak-kanak sudah diambil kira?
• Bagaimanakah pengalaman kanak-kanak dalam Bahasa Ibunda dan pembela jaran bahasa sebelum ini mempengaruhi pembela jaran dan pembangunan Bahasa Ibundanya?
• Adakah terdapat bukti daripada pelbagai sumber (contohnya kanak-kanak itu sendiri, rakan-rakannya, ahli keluarga, individu profesional yang lain dan hasil kerja kanak-kanak itu) untuk membuat keputusan mengenai kanak-kanak itu?
• Apakah tindakan susulan yang diperlukan untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran atau kecenderungan yang tertentu?
Menyusun maklumat tersebut
Guru-guru perlu menyusun maklumat yang dikumpulkan (contohnya melalui
penggunaan portfolio) untuk memaparkan perkembangan dan pembela jaran kanak-
kanak. Sebuah portfolio bukan sekadar folder untuk memfailkan kertas kegiatan dan
contoh tugasan kanak-kanak. Portfolio ialah pengumpulan bukti secara sistematik
dan tersusun yang digunakan oleh guru, kanak-kanak atau ibu bapa untuk memantau
pembela jaran dan perkembangan kanak-kanak itu.
Portfolio seseorang kanak-kanak boleh mengandungi perkara-perkara berikut:
• Surat kepada ibu bapa yang menjelaskan secara terperinci tujuan portfolio ini
• Butiran kanak-kanak
• Nota, gambar-gambar dan klip video pemerhatian
• Contoh-contoh tugasan yang terpilih
• Laporan ringkas mengenai kemajuan kanak-kanak
• Perancangan guru untuk kanak-kanak itu
• Nota-nota pertemuan antara ibu bapa dan guru
Portfolio boleh dikongsi secara dalam talian (contohnya melalui lelaman perkongsian
gambar dan blog) supaya ibu bapa dapat melungsurinya.
Berkongsi maklumat dengan keluarga
Kanak-kanak meraih faedah apabila guru dan keluarga berkongsi maklumat
secara tetap. Untuk membantu keluarga menyokong pembela jaran kanak-kanak di
rumah, adalah penting bagi guru-guru memaklumkan keluarga mereka mengenai
pembela jaran yang dijalankan di pusat prasekolah. Dengan menunjukkan kepada
ibu bapa contoh-contoh tugasan kanak-kanak, gambar-gambar dan klip video yang
disertakan dengan nota-nota penjelasan, ibu bapa dapat menyaksikan perkara-
perkara yang dipela jari oleh anak mereka di dalam kelas. Tambahan lagi, guru-
guru boleh mencadangkan kepada ibu bapa cara-cara membantu anak mereka
di rumah bagi mengukuhkan pembela jaran Bahasa Ibunda anak mereka di kelas.
Untuk maklumat lanjut mengenai pemerhatian dan penilaian pembela jaran kanak-
kanak, guru-guru boleh merujuk “Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal – Rangka
Kerja Kurikulum untuk Tadika di Singapura” (MOE, 2012b) di ms. 55-58.
56 Membentuk Komuniti Pembela jaran Bahasa Ibunda yang Aktif
Developing a Vibrant MTL Learning Community 57
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Membentuk Komuniti Pembela jaran Bahasa Ibunda yang Aktif Untuk mengekalkan hasil positif kurikulum Bahasa Ibunda dalam jangka panjang,
pusat prasekolah boleh membentuk sekitaran pembela jaran Bahasa Ibunda yang
aktif. Sekitaran ini menggalakkan penggunaan Bahasa Ibunda dan kepentingannya
dalam pusat prasekolah dan masyarakat. Sekitaran seperti itu juga membolehkan
pusat prasekolah lebih maklum tentang amalan pengajaran dan pembela jaran
yang baik serta bahan-bahan yang mungkin tidak diketahui sebelum ini. Untuk
membentuk sekitaran pembela jaran Bahasa Ibunda yang aktif memerlukan
masa yang lama namun sekitaran seperti ini akan merangsang pengajaran dan
pembela jaran Bahasa Ibunda.
Chapter1
Bab 4
58 Membentuk Komuniti Pembela jaran Bahasa Ibunda yang Aktif
Membentuk Komuniti Pembela jaran Bahasa Ibunda yang Aktif
59
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Untuk membentuk sebuah komuniti pembela jaran Bahasa Ibunda yang aktif, guru-
guru boleh:
• Membentuk sebuah komuniti pembela jaran yang profesional
• Melibatkan ahli keluarga dan masyarakat
Membentuk sebuah komuniti pembela jaran yang profesional
Guru-guru Bahasa Ibunda perlu bela jar dan menyebarkan pengetahuan profesional
mereka secara berterusan supaya mereka boleh kekal relevan di dunia yang pesat
berubah dan sentiasa mengikuti trend pendidikan yang terkini. Pembela jaran
profesional mereka berlaku secara berterusan kerana guru-guru ialah pengamal
reflektif (seperti yang dinyatakan di dalam Rangka Kerja NEL, MOE, 2012b, ms. 59-
61). Mereka menilai semula amalan pengajaran mereka untuk mempertingkatkan
lagi pengalaman pembela jaran Bahasa Ibunda kanak-kanak.
Melibatkan ahli keluarga dan masyarakat
Ahli-ahli keluarga mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas pemerolehan
Bahasa Ibunda bagi kanak-kanak pada usia awal.
Pembela jaran profesional boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Selain menghadiri
bengkel dan persidangan, pembela jaran profesional boleh berlaku dalam bentuk
perkongsian profesional, penempatan kerja, pemerhatian dan bimbingan rakan
sekerja. Budaya pembela jaran profesional seperti ini boleh ditubuhkan di sesebuah
pusat prasekolah dan juga di pusat-pusat prasekolah yang berlainan. Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh menjadi satu cara untuk
menggalakkan budaya dan komuniti pembela jaran seperti itu dalam kalangan
guru-guru memandangkan mereka mempunyai masa dan ruang yang terhad.
Tambahan lagi, guru-guru boleh bekerjasama dengan individu-individu dalam
masyarakat yang berminat untuk membina bahan pengajaran dan pembela jaran
Bahasa Ibunda untuk kanak-kanak. Perkongsian penggunaan bahan pengajaran
dan pembela jaran seperti ini dalam kalangan guru-guru Bahasa Ibunda juga boleh
menjadi satu bentuk pembangunan profesional bagi guru-guru Bahasa Ibunda
dalam mempertingkatkan kemahiran pengajaran mereka.
60 Membentuk Komuniti Pembela jaran Bahasa Ibunda yang Aktif
Membentuk Komuniti Pembela jaran Bahasa Ibunda yang Aktif
61
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Ahli-ahli keluarga memperkenalkan kanak-kanak kepada perhubungan sosial
mereka, menjadi contoh bagi kelakuan dan peranan serta nilai-nilai dan pegangan.
Mereka juga adalah sumber bahasa dan “kamus” kepada kanak-kanak. Ahli-ahli
keluarga juga menjadi penghubung yang utama dalam pembangunan bahasa
kanak-kanak (Kostelnik, Soderman, & Whiren, 2011; Chu & Wu, 2010). Sikap,
matlamat dan kelakuan mempengaruhi pembangunan bahasa yang awal bagi
kanak-kanak dan sejauh mana kanak-kanak itu menghargai pembela jaran Bahasa
Ibunda.
Terdapat banyak bukti (Crosnoe, 2010) yang menunjukkan bahawa pelibatan ibu
bapa boleh meningkatkan pembela jaran dan pencapaian kanak-kanak. Ibu bapa
yang terlibat dalam pembangunan bahasa anak-anak mereka membangunkan
sekitaran pembela jaran bahasa di rumah dengan menyediakan buku-buku dan
bahan-bahan pembela jaran yang lain seperti permainan bahasa atau cakera padat
muzik (CD). Mereka bersama-sama anak-anak mereka menyertai acara-acara
kemasyarakatan yang berkaitan dengan pembela jaran bahasa (contohnya, sesi
membaca di perpustakaan awam). Mereka juga berminat mengetahui apa yang
telah dipela jari oleh anak-anak mereka, memberikan sokongan kepada anak-anak
mereka di rumah dengan kegiatan pembela jaran bahasa dan menyertai kegiatan-
kegiatan yang dianjurkan oleh pusat prasekolah (contohnya acara-acara perayaan
dan budaya). Pelibatan seperti itu membantu kanak-kanak memahami bahawa ibu
bapa mereka menghargai pembela jaran bahasa mereka.
Menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat ada manfaatnya. Pelbagai
perayaan yang disambut oleh pusat prasekolah dan sekolah rendah yang lain
merupakan peluang yang boleh digunakan oleh sesebuah pusat prasekolah untuk
melibatkan kanak-kanak mereka dalam pembela jaran Bahasa Ibunda. Kanak-
kanak akan meraih faedah apabila mereka berinteraksi dengan rakan-rakan
yang lebih dewasa. Selain itu, acara dan bahan budaya yang lain juga terdapat
di muzium-muzium seperti Muzium Negara Singapura dan Muzium Tamadun
Asia. Kegiatan-kegiatan dan bahan- bahan seperti ini merupakan peluang baik
untuk meluaskan pembela jaran kanak-kanak berkenaan budaya etnik tempatan.
Kegiatan seperti ini membantu kanak-kanak melihat kaitan Bahasa Ibunda
dengan kehidupan harian dan membolehkan mereka menghubungkannya
dengan masyarakat sekeliling.
Beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pusat-pusat prasekolah untuk
melibatkan keluarga dan masyarakat:
• menyediakan maklumat kepada ahli keluarga mengenai cara memilih buku-buku dan bahan pembela jaran yang sesuai untuk Bahasa Ibunda;
• menyediakan pelbagai kegiatan dan buku untuk membantu keluarga menghubungkaitkan kegiatan pembela jaran Bahasa Ibunda di rumah dengan kegiatan di dalam kelas;
• mengundang ahli-ahli keluarga untuk berkongsi budaya etnik mereka atau membantu dalam kegiatan Bahasa Ibunda yang mudah di dalam kelas (contohnya sesi bercerita);
• menghadiri atau menyertai acara-acara kemasyarakatan yang berkaitan dengan budaya etnik tempatan; dan
• berkongsi tip-tip dengan ahli-ahli keluarga mengenai cara menggalakkan penggunaan Bahasa Ibunda di rumah.
Copyright © 2013, Ministry of Education, Singapore
63
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Dengan sokongan dan galakan yang mencukupi, kanak-kanak mampu bela jar
Bahasa Ibunda dan bertutur dengan yakin. Zaman prasekolah penting untuk
menyemai sifat ingin tahu dan rasa teruja dalam diri kanak-kanak terhadap
Bahasa Ibunda dan budaya etnik tempatan. Guru-guru memainkan peranan
yang penting dalam penyediaan peluang yang akan melibatkan kanak-kanak
secara aktif dalam pembela jaran Bahasa Ibunda.
Rangka Kerja NEL untuk Bahasa Ibunda dihasilkan sebagai panduan bagi
penga jaran dan pembela jaran Bahasa Ibunda melalui pernyataan visi, objektif,
matlamat pembela jaran dan prinsip panduan yang luas dan yang sesuai
dalam konteks pembangunan kanak-kanak di Singapura. Guru-guru pula boleh
menyesuaikan sekitaran pembela jaran yang sewa jarnya untuk menyokong
pembela jaran Bahasa Ibunda untuk kanak-kanak. Rangka kerja ini menjadi
sumber untuk menyampaikan kurikulum Bahasa Ibunda dan peranan guru-
guru Bahasa Ibunda. Dengan berpandukan rangka kerja ini, guru-guru Bahasa
Ibunda prasekolah boleh menyediakan kurikulum mereka, sesuai dengan hala
tuju pendidikan Bahasa Ibunda prasekolah yang mahu memupuk kanak-kanak
menjadi penutur Bahasa Ibunda yang berkeyakinan dan juga menghargai
budaya etnik tempatan.
Penutup
Copyright © 2013, Ministry of Education, Singapore
65
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Abu Bakar, M. (2005). Early home literacy: Some insights into the cultural and
linguisticworldsofaMalaychild.InL.C.Chew(Ed.),Innovation and enterprise:
Education for the new economy(pp.756-764).Singapore:EducationalResearch
AssociationofSingapore.
Bair,J.(2001).Leaders in literacy: Multi-disciplinary literacy research for the twenty-
first century.US:CollegeofEducation,UniversityofMaryland.
Best,J.R.,Miller,P.H.,&Naglieri,J.A.(2011).Relationsbetweenexecutivefunction
andacademicachievementfromages5to17inalarge,representativenational
sample.Learning Individual Differences, 21,327–336.
Bialystok,E.,Craik,F.I.M.,&Luk,G.(2012).Bilingualism:Consequencesformindand
brain.Trends in Cognitive Sciences, 16(4),240-250.
Bialystok,E.&Majumder,S.(1998).Therelationshipbetweenbilingualismandthe
developmentofcognitiveprocessesinproblem-solving. Applied Psycholinguist,
19,69–85.
Brooker, L. &Woodhead,M. (Eds.). (2008).Developing positive identities. UK: The
OpenUniversity.
Chu, S. Y. &Wu, H. P. (2010). Understanding literacy practices in culturally and
linguisticallydiversechildren’shomes.New Horizons for Learning, 8(2).Retrieved
fromhttp://education.jhu.edu/PD/newhorizons/Journals/Fall2010/Chu-Wu
Crosnoe,R.(2010).Two-generationstrategiesand involving immigrantparents in
children’seducation.Austin:TheUrbanInstitute.
Dixon,L.Q.,Wu,S.,&Daraghmeh,A.(2012).Profilesinbilingualism:Factors
influencingkindergarteners’languageproficiency. Early Childhood Education
Journal, 40,25-34.
Duncan,S.P.(2010).Instillingalifelongloveofreading.Kappa Delta Pi Record,
46(2),90-93.
Griffith,P.L.,Beach,S.A.,Ruan,J.,&Dunn,L.(2008).Literacy for young children: A
guide for early childhood educators.US:CorwinPress.
Bibliografi
66 Bibliografi Bibliografi 67
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
Harris, J.,Golinkoff, R.M., &Hirsh-Pasek,K. (2010). Lessons from the crib for the
classroom:Howchildrenreallylearnvocabulary.InS.B.Neuman&D.K.Dickson,
(Eds.), Handbook of early literacy research (Vol 3, pp. 49-65). New York: The
GuilfordPress.
Hyland, F. (2004). Learning autonomously: Contextualizing out-of-class english
languagelearning.Language Awareness, 13(3),180-202.
Kostelnik,M.J.,Soderman,A.K.,&Whiren,A.P.(2011).Developmentally appropriate
curriculum: Best practices in early childhood education (5th ed.). US: Pearson
Education.
Krashen,S.D.&Terrell,T.D.(1983).The natural approach: Language acquisition in the
classroom.London:PrenticeHall.
Kuhl,P.K.(2011).Earlylanguagelearningandliteracy:Neuroscienceimplicationsfor
education.Mind, Brain and Education, 5(3),128-142.
Li,H.,&Rao,N.(2005).Curricularandinstructionalinfluencesonearlyliteracy
attainment:EvidencefromBeijing,HongKongandSingapore.International
Journal of Early Years Education, 13(3),235-253.
Marulis,L.M.,&Neuman,S.B.(2010).Theeffectsofvocabularyintervention
onyoungchildren’swordlearning:Ameta-analysis.Review of Educational
Research, 80(3),300-335.
Ministry of Education [MOE]. (2010). Nurturing learning dispositions: Curriculum
resources for kindergartens - PRAISE.Singapore:Pre-SchoolBranch,MOE.
MinistryofEducation [MOE]. (2011).Nurturing active learners and proficient users:
2010 Mother Tongue Languages Review Committee Report. Retrievedon15July2012
fromhttp://www.moe.gov.sg/media/press/files/2011/mtl-review-report-2010.pdf
LaporanPenuh:
• Chinese-http://www.moe.gov.sg/media/press/files/2011/01/mtl-review-report
2010-chinese.pdf
• Malay-http://www.moe.gov.sg/media/press/files/2011/01/mtl-review-report-
2010-malay.pdf
• Tamil-http://www.moe.gov.sg/media/press/files/2011/01/mtl-review-report-
2010-tamil.pdf
MinistryofEducation[MOE].(2012a).FY 2012 Committee of Supply Debate: 1st Reply
by Mr Heng Swee Keat, Minister for Education on Student-Centric, Values-Driven
Education: Nurturing an Inclusive and Stronger Singapore.Retrievedon8July2013
fromhttp://www.moe.gov.sg/media/speeches/2012/03/08/fy-2012-committee-of-
supply-debate-1st-reply.php
MinistryofEducation[MOE].(2012b).Nurturing early learners: A curriculum framework
for kindergartens in Singapore. (Revised). Singapore:Pre-SchoolBranch,MOE.
Neuman,S.B.(1999).Booksmakeadifference:Astudyofaccesstoliteracy.Reading
Research Quarterly, 34(3), 286-311.
Neuman,S.B.,&Rosko,K.A.(1993).Language and literacy learning in early years: An
integrated approach.US:HarcourtBraceCollegePublishers.
Perfetti,C.A.,Landi,N.,&Oakhill,J.(2005).Theacquisitionofreadingcomprehension
skill.InM.J.Snowling&C.Hulme(Eds.),The science of reading: A Handbook.(pp.
227-247).Oxford:Blackwell.
Ren, L.,&Hu,G. (2013).Acomparative studyof family social capitaland literacy
practicesinSingapore.Journal of Early Childhood Literacy, 13(1),98-130.
Rogoff,B.(1990).Apprenticeship in thinking: Cognitive development in social context.
UK:OxfordUniversityPress.
Tabors,P.O.(2008).One child, two languages: A guide for early childhood educators
of children learning english as a second language(2nded.).Baltimore,MD:Paul
H.Brooks.
Vandenbroeck,M.(2000).Self-awareness, cultural identity and connectedness: Three
terms to (Re) define in anti-bias work. Proceedings from10th European Conference
on Quality in Early Childhood Education (EECERA) Conference. London,England.
68 Bibliografi Bibliografi 69
Hak cipta @ 2014, Kementerian Pendidikan, Singapura Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
9 789810 785178
ISBN 978-981-07-8517-8
Cawangan Pendidikan Prasekolahhttp://www.moe.edu.sg/education/preschool
9 789810 785178
ISBN 978-981-07-8517-8
Top Related