TUGASAN
SEMESTER JANUARI 2015
KOD KURSUS EFF312
NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR RELIADIAHA BINTI RABAIE
NO. MATRIK E30209130892
NAMA FASILITATOR AKADEMIK EN. MAMAT UNGGAT
PUSAT PEMBELAJARAN PUSAT LUAR KAMPUSUUM SIBU
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN A:
“Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula”
1.0 TUJUAN KAJIAN
2.0 DAPATAN KAJIAN
2.1 Penentuan Representasi Fonemik 2.2 Inventori Vokal Dialek Kelantan 2.2.1 Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal
2.3 Penyebaran Fonem Vokal 2.3.1 Vokal Terbitan
3.0 IMPLIKASI DAPATAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2
3 – 5
6
BAHAGIAN B: TRANSKRIPSI
1.0 PENGENALAN
2.0 TRANSKRIPSI LIRIK LAGU WARISAN
3.0 KEPENTINGAN TRANSKRIPSI FONETIK KEPADA
MASYARAKAT
4.0 KESIMPULAN
7
8
9
9
BAHAGIAN C: LAPORAN
Pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Di Sekolah Saya:
Satu Tinjauan
1.0 PENGENALAN
2.0 PENYATAAN MASALAH
11
12
1
3.0 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
4.0 KESIMPULAN
13 – 16
17
RUJUKAN 18
BAHAGIAN A:
“Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula”
1.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap inventori vokal
dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat dalam kalangan
pengkaji. Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama terdiri daripada aspek segmen vokal
dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta
penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA). Kajian ini turut
menganalisis inventori vokal dalam dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi
generatif.
2
2.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini menunjukkan analisis yang dilakukan oleh penyelidik tentang inventori
vokal dalam dialek Kelantan dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif. Pengkaji
mengambil beberapa pendapat ahli Fonologi Generatif bahawa kehadiran sengau pada vokal
kebanyakkannya boleh diramal dan dijelaskan berdasarkan proses nasalisasi vokal.
2.1 Penentuan Representasi Fonemik
Zaharani (1993) mengatakan terdapat lima kriteria umum dalam menentukan
bentuk representasi fonemik dalam Fonologi Generatif, iaitu kebolehramalan
(predictability), kemunasabahan (plausibility), kealamiahan (naturalness) atau
kesejagatan (universality), kesederhanaan (simplicity), keselarasan pola (pattern
congruity), dan lingkungan penyebaran. Sementara Farid (1988), Teoh dan Yeoh
(1988) menjelaskan bahawa proses fonologi dari segi kebolehramalan ialah apabila
terdapat konsonan nasal dalam satu suku kata (tautosilabik) maka ia akan menasalkan
vokalnya melalui penyebaran fitur nasal, sama ada secara progresif (ke depan) atau
regresif (ke belakang). Dari segi kesejagatan pula, para pengkaji ini berpendapat tidak
ada satu bahasa pun daripada 29 bahasa yang tersenarai dalam Handbook of
Internasional Phonetik Alphabet (HIPA) yang memasukkan vokal sengau dalam
inventori vokal mereka kecuali bahasa Portugis.
Dari segi kesederhanaan pula, pengkaji ini mengatakan jumlah inventori
fonem yang sedikit dikatakan bersifat lebih sederhana atau ekonomi. Menurut
pengkaji lagi, sekiranya kesemua vokal nasal dimasukkan dalam inventori vokal
Dialek Kelantan maka ia bertentangan dengan konsep kesederhanaan. Dari segi
keselaran pola, pengkaji menjelaskan bahawa terdapat satu lompang dalam inventori
fonem vokal jika vokal tengah sengau tidak dimasukkan. Pengkaji menjawab
persoalan yang timbul dalam hal tersebut dengan cara melihat kepada lingkungan
penyebaran vokal sengau yang terhad, iaitu hanya wujud dalam lingkungan suku kata
akhir sahaja, sedangkan vokal tengah tidak boleh hadir dalam lingkungan tersebut dan
ini menyebabkan vokal tengah sengau tidak mempunyai fungsi semantik.
3
Berdasarkan kelima-lima kriteria tersebut, pengkaji menyimpulkan bahawa
vokal sengau tidak boleh dianggap sebagai fonem atau berstatus fonemik.
2.2 Inventori Vokal Dialek Kelantan
Pengkaji menjelaskan susunan inventori vokal adalah berdasarkan posisi lidah
di dalam rongga oral, iaitu tinggi, tengah (di antara tinggi dan rendah), dan rendah
yang disusun secara menegak, manakala depan, tengah (di antara depan dan
belakang), dan belakang, disusun melintang seperti yang ditunjukkan di bawah.
Inventori vokal Dialek Kelantan
i u
e o
a
Dalam Dialek Kelantan terdapat enam fonem vokal bersamaan dengan jumlah
yang diberikan oleh Teoh (1994). Bagaimanapun, menurut pengkaji susunannya
berbeza dengan susunan inventori vokal berdasarkan ciri fonetik seperti yang terdapat
dalam the Internasional Phonetic Alphabet (IPA) yang sering digunakan oleh ahli
tatabahasa struktural.
2.2.1 Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal
Matriks fitur vokal Dialek Kelantan
Fitur i u e o a
[tinggi] + + - - - -
[rendah] - - - - - +
[belakang] - + - + + -
[bundar] - + - - + -
[ATR] + + + + + -
Kendur √ √
Tegang √ √ √ √
4
Dalam jadual matriks fitur di atas, menunjukkan fitur-fitur asas vokal, iaitu tinggi,
rendah dan belakang seperti yang ditunjukkan dalam inventori vokal dialek Kelantan. Kajian
mendapati dalam matriks fitur tidak terdapat fitur tengah dan depan kerana ia tidak
diperlukan dalam analisis fonologi.
2.3 Penyebaran Fonem Vokal
Daripada data Dialek Kelantan yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa
kesemua fonem vokal boleh menduduki posisi nukleus suku kata pada awal kata,
akhir kata (suku kata akhir terbuka), suku kata awal (selepas onset), dan suku kata
akhir tertutup kecuali fonem vokal tengah //. Vokal tengah // hanya boleh
menduduki nukleus pada awal kata dan dalam suku kata awal yang didahului oleh
onset.
2.3.1 Vokal Terbitan
Kajian mendapati terdapat tiga vokal terbitan dalam Dialek Kelantan,
iaitu vokal [, , ]. Segmen vokal [] dan [] mempunyai banyak persamaan
dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [-rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala
segmen vokal [] pula berfitur [+rendah], [+belakang], dan [tegang].
i. Vokal Terbitan [, ]
Pengkaji berpendapat kedua-dua vokal tersebut adalah vokal terbitan
dan bukan berstatus fonem dalam DK. Menurutnya lagi, kehadiran
segmen vokal [, ] dalam kata adalah mudah diramal.
ii. Vokal Terbitan []
Kajian mendapati segmen vokal ini tidak dianggap sebagai fonem
kerana penyebarannya adalah terhad, iaitu dalam suku kata akhir
terbuka dan suku kata akhit tertutup yang diakhiri dengan /h/ atau //
sahaja, dan kehadirannya mudah diramal, iaitu direalisasikan daripada
fonem vokal /a/ sahaja.
5
3.0 IMPLIKASI DAPATAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Maklumat daripada kajian ini penting dalam pengajaran Bahasa Melayu agar tidak
mengelirukan kerana terdapat kata-kata pinjaman, idiolek dan sebutan yang dipengaruhi oleh
Bahasa Melayu yang turut dimasukkan ke dalam data dialek Kelantan.
Dapatan kajian juga dapat dimanfaatkan oleh guru Bahasa Melayu dalam mengenal
pasti inventori fonem khususnya aspek vokal berdasarkan pertimbangan fonetik dan fonologi
supaya dapat menggambarkan pola fonologi sesuatu dialek atau bahasa, sekaligus dapat
mengelakkan kekeliruan.
6
BAHAGIAN B
1.0 PENGENALAN
Transkripsi fonetik berguna kepada ahli fonetik dan fonologi untuk menerangkan ujaran.
Transkripsi fonetik merupakan sistem yang tidak taksa (ambiguous) dalam penghasilan
penyebutan bagi membantu penulisan. Transkripsi fonetik bertujuan memberi output sebenar
pertuturan kepada pembaca atau pengkaji. Ia penting untuk membantu orang asing menyebut
perkataan dengan bunyi yang betul.
Contoh: Bahasa Melayu :sebuah
*sebutan fonetik [sebuwah]
Transkripsi fonetik bertujuan mengubah bunyi fonetik kepada bentuk tulisan. Bunyi
fonetik adalah bentuk bunyi luaran yang dihasilkan oleh alat ujaran manusia. Pemindahan
bunyi bahasa atau dialek ke dalam bunyi ujaran sebenar percakapan. Transkripsi fonetik
menggunakan tanda kurung siku […]. Misalnya, [sebuwah]. Ditulis dalam bentuk segmental
dan suprasegmental dengan penyukuan suku kata jika lebih satu suku kata. Terdiri daripada
segmen bunyi terbitan.
Dalam melakukan transkripsi fonetik sama ada dari bentuk ejaan (ayat) atau bentuk
fonemik, peraturan seperti berikut perlu diambil kira:
- Setiap pemindahan fonemik hendaklah dilakukan berdasarkan kepada proses-proses
fonologi yang berlaku.
- Semua huruf besar hendaklah ditulis sebagai huruf/fonem kecil.
- Semua bentuk huruf bergand ing dalam sistem ejaan seperti ‘ng’, ‘ny’, ‘sy’, ‘gh’ dan
‘kh’ hendaklah ditranskripsikan kepada fonem iaitu ‘ng’ sebagai [], ‘ny’ sebagai [],
‘sy’ sebagai [], ‘gh’ sebagai [] dan ‘kh’ sebagai [≡].
7
2.0 TRANSKRIPSI LIRIK LAGU WARISAN
LIRIK LAGU TRANSKRIPSI FONETIKDi sini lahirnya sebuah cinta [di sini lahira sbuwah cinta]Yang murni abadi sejati [ya murni abadi sjati]Di sini tersemai cita-cita [di sini trsmai cita-cita]Bercambah menjadi warisan [brcambah mnjadi warisan]Andai ku terbuang tak diterima [andai ku trbua tak ditrima]Andai aku disingkirkan [andai aku disikirkan]Ke mana harusku bawakan [k mana harusku bawakan]Ke mana harusku semaikan cinta ini [k mana harusku smaikan cinta ini]Betapa [btapa]Di bumi ini ku melangkah [di bumi ini ku mlakah]Ke utara selatan timur dan barat [k utara slatan timur dan barat]Ku jejaki [ku jjaki]Aku [aku]Bukanlah seorang perwira [bukanlah sora prwira]Gagah menghunus senjata [gagah mhunus snjata]Namun hati rela berjuang [namun hati rla brjua]Walau dengan cara sendiri [walau dan cara sndiri]Demi cinta ini [dmi cinta ini]Ku ingin kotakan seribu janji [ku iin kotakan sribu janji]Sepanjang kedewasaan ini [spanja kdwasaan ini]Ku ingin sampaikan pesanan [ku iin sampaikan psanan]Aku lah penyambung warisan [aku lah pambu warisan]
Untuk menggambarkan nilai fonetik yang tepat, kurungan [ ] digunakan di setiap permulaan
dan pengakhiran kurungan. Kurungan siku bermaksud bunyi itu ditranskripsikan
sebagaimana yang disebut oleh penutur sesuatu bahasa atau dialek itu.
8
3.0 KEPENTINGAN TRANSKRIPSI FONETIK KEPADA MASYARAKAT
Transkripsi fonetik bukan sahaja berguna kepada ahli-ahli fonetik dan fonologi malah ia
sangat berguna kepada masyarakat untuk menerangkan sesuatu ujaran. Biasanya transkripsi
fonetik melakukan pemindahan ujaran atau kata dalam bentuk ejaan atau bentuk fonemik. Ia
penting kepada masyarakat untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan penutur jati sesuatu
bahasa kerana wujudnya perbezaan antara sistem abjad dengan hasil sebenar bunyi ujaran.
Masalah ciri-ciri suprasegmental seperti bunyi tekanan sesuatu kata yang membawa
pengertian yang berbeza menimbulkan masalah pemahaman pendengar (penutur jati). Selain
itu transkripsi fonetik juga penting dalam mentranskripsikan sistem yang tidak taksa dalam
penghasilan ujaran bertujuan untuk membantu penulisan.
4.0 KESIMPULAN
Transkripsi fonetik adalah penting bagi menjelaskan proses fonologi yang berlaku. Ia
memberi output sebenar pertuturan kepada pembaca dan pengkaji. Ia juga membantu pelajar
membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian
bunyi fonetik. Kesimpulannya transkripsi fonetik membantu membentuk atau mencipta
harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi.
9
BAHAGIAN C: LAPORAN
Pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Di Sekolah Saya: Satu Tinjauan
Abstrak
Kemahiran lisan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek lisan yang
melibatkan perkataan serta komunikasi lisan perlu diberikan penekanan oleh setiap guru.
Tinjauan ini bertujuan mengenal pasti sama ada pengajaran lisan diabaikan atau tidak di
sekolah. Aspek pengajaran kemahiran lisan yang dikaji merangkumi peruntukan masa dan
kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran lisan di sekolah.
Kaedah temubual digunakan dalam memperoleh maklumat dan gambaran tentang pengajaran
lisan di sekolah. Tinjauan dijalankan di SK Tuie iaitu sebuah sekolah luar bandar yang
majoriti pelajarnya adalah berbangsa Melayu dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu
Bahasa Melayu Sarawak. Seramai 12 orang guru diamanahkan untuk mengajar matapelajaran
Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Hasil tinjauan mendapati pengajaran lisan tidak diabaikan
walaupun berdepan pelbagai cabaran seperti masa yang terhad, kaedah pengajaran yang tidak
berkesan dan kesediaan pelajar itu sendiri.
10
1.0 PENGENALAN
Bahasa ialah alat komunikasi dan perantara manusia. Ahmad Kilani (2001) menyatakan
bahasa adalah alat komunikasi antara manusia. Bahasa pertuturan seharian digunakan di
sekolah sebagai alat komunikasi. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam bilik darjah adalah interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah. Hal ini kerana
guru-guru berinteraksi dengan murid secara individu hampir setiap hari. Pada masa kini,
iklim P&P lebih menumpukan untuk mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata
murid-murid. Selain itu, bahasa juga adalah salah satu medium utama manusia bersosial.
Apabila bahasa digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa pasti terikat dengan
budaya, dan ikatan ini wujud dalam pelbagai bentuk dan bersifat kompleks. Perkataan-
perkataan yang dituturkan dalam bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada pengetahuan
serta pengalaman yang dilalui dan dikongsi bersama oleh masyarakat Melayu lazimnya.
Sesuatu bahasa yang digunakan melambangkan realiti budaya. Kecekapan berbahasa,
terutamanya berkaitan lisan, menunjukkan sesuatu bangsa yang mengamalkan budaya
tersebut. Impak yang lebih besar dan penting ini mampu menterjemahkan betapa pentingnya
kemahiran lisan kepada murid sedari awal lagi. Interaksi lisan yang berkesan di dalam bilik
darjah menjadi satu medium bagi penguasaan kemahiran lisan murid-murid. Interaksi adalah
tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa
pihak.
Kepentingan interaksi lisan sebagai medium dan alat pembelajaran perlu diambil kira
dalam perancangan kurikulum Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, proses P&P Bahasa
Melayu turut disertai dengan peluang untuk murid berinteraksi lisan dengan meluas.
Umumnya, daripada permasalahan yang diketengahkan, iaitu penguasaan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik semasa interaksi lisan dalam kalangan guru, maka satu
tinjauan perlu dilakukan bagi melihat hal ini dengan lebih lanjut lagi.
Berkomunikasi secara lisan dengan berkesan amat penting untuk memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan
pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar dengan guru serta
pelajar dengan pelajar. Tanpa komunikasi yang berkesan objektif dan matlamat sesuatu
pengajaran dan pembelajaran tidak mungkin dapat dicapai dengan sepenuhnya.
11
2.0 PENYATAAN MASALAH
Roselan (2003) mengatakan situasi di dalam bilik darjah sebenar mendapati interaksi lisan
antara guru dengan murid tidak berlangsung dengan baik. Interaksi lisan yang berlangsung di
dalam bilik darjah sepanjang sesi P&P secara satu arah mendapati kekurangan-kekurangan
seperti berlaku salah faham maklumat yang disampaikan, tidak berlangsung sesi soal jawab
yang berkesan, dan peluang murid yang tersekat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia-KPM, 2001) banyak memberi tumpuan kepada
pembentukan insan yang seimbang, bersepadu dan harmonis.
Guru perlu menukar corak pendekatan pengajaran daripada berfokuskan guru kepada
berfokuskan murid. Oleh itu, pembelajaran yang bersifat aktif hendaklah diberi penekanan
dalam proses P&P. Kebanyakan kajian lampau mendapati bahawa guru yang mengajar
Bahasa Melayu menghadapi masalah untuk menggunakan pendekatan pengajaran bahasa
pertama atau bahasa kedua kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hal ini
berlaku kerana penggunaan sesuatu pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran bahasa
banyak bergantung pada sikap dan kualiti murid, persekitaran, dan keperluan P&P. Masalah
pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran Bahasa Melayu yang dihadapi oleh guru-guru di
sekolah rendah dan menengah tidak boleh dipandang remeh dan perlu diselesaikan dengan
segera. Menurut Abdul Rasid (2011), walaupun terdapat banyak kajian terdahulu yang
memperkatakan berkenaan model, teori, pendekatan, kaedah, dan teknik P&P kemahiran
bahasa dan aspek lisan, namun tidak ada satu pun yang dapat dianggap berkesan. Hal ini jelas
membuktikan, kemahiran lisan merupakan kemahiran berbahasa yang mempunyai tahap
penguasaan yang agak rendah (Junaida 2010). Contohnya, jika diberi peluang kepada murid
untuk memberi pendapat, suara yang hendak dilontarkan tersekat-sekat.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dibincangkan, pengkaji berpendapat aplikasi
ilmu interaksi lisan di dalam bilik darjah oleh guru-guru Bahasa Melayu boleh dilaksanakan
dengan menggunakan pelbagai cara. Pemilihan cara menyampaikan ilmu serta kemahiran
berinteraksi bergantung juga kepada kepelbagaian kecerdasan murid-murid di dalam bilik
darjah. Justeru, semasa interaksi lisan, guru juga perlulah bijak memilih dan menggunakan
strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik semasa sesi P&P berlangsung.
12
3.0 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Perbincangan berkaitan kemahiran lisan penting kerana aspek ini menjadi asas dalam
pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS). Interaksi lisan sebagai satu proses
pertukaran makna melibatkan penutur dan pendengar. Tujuan sebenar interaksi lisan adalah
untuk melaksanakan satu peristiwa yang dipanggil komunikasi. Kecekapan berinteraksi
bukan sahaja setakat mengetahui kod bahasa, tetapi juga harus mengetahui semua yang
hendak dikatakan kepada pendengar, dan cara hendak mengujarkannya sesuai dalam situasi-
situasi tertentu (Saville-Troike 2003). Hakikatnya, bahasa perlu difahami sebagai wahana
pemikiran yang turut menentukan sikap, nilai, dan pandangan hidup seseorang. Penguasaan
bahasa merujuk kepada penguasaan satu sistem komunikasi yang tercermin di dalamnya akal
budi dan pemikiran masyarakat bahasa itu (Awang Sariyan 2006). Sehubungan itu, interaksi
lisan boleh juga dikaitkan dengan penyoalan lisan yang berkesan di dalam bilik darjah.
Roselan (2003) menyatakan bahawa, interaksi lisan sebagai alat P&P yang dimiliki
secara semula jadi, guru seharusnya memanfaatkannya secara berkesan. Menurut Roselan
(2003) pula, interaksi lisan merujuk kepada proses pertukaran ujaran menggunakan bahasa
lisan, yang berlaku antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan itu, Zamri (2012) pula menyatakan bahawa terdapat enam kepentingan interaksi
penyoalan lisan kepada guru dalam melaksanakannya di dalam bilik darjah. Keenam-enam
kepentingan penyoalan ini jika digunakan oleh guru dengan betul akan menjadikan proses
P&P menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan mencapai objektif akhir P&P guru dan
murid. Enam kepentingan interaksi penyoalan lisan itu adalah seperti berikut:
- Memberi fokus kepada murid
- Meluaskan pemikiran
- Meningkatkan mutu pemikiran murid
- Mengarah dan memandu pemikiran murid
- Meningkatkan penglibatan murid
- Membina pengetahuan asas murid
13
Semasa sesi temu bual bersama dua orang guru tersebut, empat fokus utama yang dikupas
ialah:
1. Apakah amalan interaksi lisan yang kerap digunakan oleh guru-guru semasa
permulaan dalam P&P Bahasa Melayu?
2. Apakah amalan interaksi lisan yang kerap digunakan oleh guru-guru semasa
menyampaikan informasi dalam P&P Bahasa Melayu?
3. Apakah amalan interaksi lisan yang kerap digunakan oleh guru-guru semasa
menyampaikan arahan dalam P&P Bahasa Melayu?
4. Apakah amalan interaksi lisan yang kerap digunakan oleh guru-guru semasa menutup
P&P Bahasa Melayu?
Dalam menjawab persoalan ini, guru X mengatakan bahawa semasa sesi permulaan
pengajaran beliau memilih beberapa kaedah yang dirasakan sesuai dengan topik pelajaran.
Antara kaedah yang digunakan ialah teknik soal jawab, teknik bercerita, teknik kerusi panas,
kaedah perbincangan, kaedah tunjuk cara, kaedah penemuan, pendekatan berfokus,
pendekatan mengalami, strategi berpusatkan murid dan strategi pengajaran berpusatkan
bahan. Guru Y juga sependapat dengan guru X dan turut menambah bahawa guru-guru
Bahasa Melayu mencuba setiap kaedah tersebut setiap kali hendak memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Begitu juga semasa menyampaikan informasi, kedua-dua orang guru tersebut
bersetuju kaedah pengajaran yang sama digunakan untuk mengajar kemahiran lisan. Daripada
kaedah tersebut, murid diminta bercakap dalam Bahasa Melayu semasa berinteraksi sama ada
dengan guru atau pun rakan-rakan di dalam kelas. Guru akan menunjukkan cara bercakap
yang betul, intonasi, sebutan dan perbendaharaan kata yang betul.
Menurut kedua-dua orang guru ini lagi, kaedah dan pendekatan yang sama digunakan
semasa memberikan arahan dan semasa menutup P&P. Sentiasa wujud interaksi lisan antara
murid dan guru. Ini akan mengembangkan lagi kemahiran lisan Bahasa Melayu di kalangan
murid.
14
Temu bual bersama dua orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di SK Tuie
mendapati guru-guru Bahasa Melayu memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam pada
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar kemahiran lisan di dalam bilik
darjah.
Kedua-dua orang guru tersebut sependapat bahawa pengajaran kemahiran lisan di
sekolah tidak pernah diabaikan biar pun menghadapi kekangan dari segi masa dan kekangan-
kekangan lain. Menurut mereka lagi, walaupun pelbagai cabaran dalam usaha meningkatkan
kemahiran lisan di kalangan pelajar, guru-guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut sentiasa
mencari dan mencuba pelbagai kaedah untuk mengajar kemahiran lisan. Antara cabaran
terbesar dalam pengajaran kemahiran lisan Bahasa Melayu ialah apabila murid-murid di
sekolah tersebut bertutur dalam bahasa ibunda mereka.
Daripada temubual yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa dalam proses
permulaan P&P didapati guru masih mengamalkan interaksi lisan dalam kalangan murid. Hal
ini penting untuk guru menyediakan keadaan kesediaan murid untuk meneruskan
pembelajaran seterusnya. Mereka juga mengatakan guru masih berpandukan teknik soal
jawab dalam memastikan murid-murid menerima maklumat dan memahami isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, kaedah sumbang saran adalah bagi memastikan
situasi interaksi lisan berlaku antara murid dalam sesi pembelajaran. Jelas berdasarkan
dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku suatu proses transformasi dalam pembelajaran
pada masa kini iaitu guru sudah melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid-murid. Hal
ini satu petanda baik khususnya membina keterampilan murid dalam kemahiran lisan.
Guru X turut menambah, amalan interaksi lisan dalam menyampaikan maklumat
masih menggunakan teknik bersoal jawab antara guru dengan murid. Di samping itu, strategi
yang kerap guru gunakan adalah berpusatkan murid. Hal ini jelas memberi kesan yang positif
kepada murid-murid dalam membentuk amalan interaksi lisan dalam kalangan mereka.
Pendekatan pengajaran pula merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses P&P sesuatu pelajaran. Oleh hal yang demikian, ada kalanya pendekatan
menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis pendekatan yang digunakan berdasarkan
kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses P&P. Pendekatan pengajaran juga
boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan
murid, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Elemen P&P teknik pula,
kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Sekiranya seseorang
15
guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan
besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan
di dalam bilik darjah adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan fokus serta
menimbulkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang
dilaksanakan. Strategi pula boleh diibaratkan sebagai perancangan guru untuk mengajar
sesuatu tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah, serta teknik P&P. Strategi
yang baik akan menjadikan sesi P&P menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang
kondusif ke arah mencapai objektif yang hendak dicapai. Salah satu kriteria guru yang
berkesan adalah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk
disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa setelah
melakukan persediaan untuk mengajar, biasanya guru memulakan pengajaran dengan
melakukan permulaan sesi pengajaran dalam bentuk bertanyakan soalan, iaitu
mengemukakan pernyataan yang merangsangkan, dan menerangkan kandungan pelajaran
secara langsung.
Tahap tertinggi penggunaan teknik dalam P&P semasa permulaan yang telah dipilih
oleh guru-guru ialah teknik soal jawab. Hal ini kerana, penggunaan soalan sebagai
pengenalan untuk memulakan pengajaran begitu ketara. Soalan yang ditanyakan biasanya
berkaitan dengan kandungan pelajaran yang telah diterangkan atau dipelajari sebelumnya.
Daripada soalan berkenaan, murid memberikan penilaian terhadap reaksi lisan yang
diberikan. Sekiranya reaksi lisan bertepatan, guru melakukan pengulangan untuk tujuan
peneguhan atau mereka melakukan penerangan semula untuk menjelaskan perkara yang
masih belum jelas kepada murid (Roselan 2003). Hal ini selari dengan kajian Zamri (2012),
melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama dan beberapa fokus
sampingan. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama, manakala isi sampingan menjadi
perkara kedua penting. Bertepatan dengan hal tersebut, guru perlulah memfokuskan tentang
isi pelajaran yang hendak diajar pada sesi seterusnya. Hal ini kerana, pada peringkat
permulaan ini, guru hanyalah perlu menarik minat murid supaya memberikan tumpuan
terhadap aktiviti pembelajaran pada peringkat kandungan.
16
KESIMPULAN
Keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran lisan di sekolah bergantung kepada
pemilihan strategi pengajaran guru. Guru juga perlu bijak dalam memilih dan
mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai agar isi pengajaran dapat
disampaikan dengan jelas dan berkesan kepada murid. Kesan pengajaran bergantung pada
pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid berinteraksi secara lisan seterusnya dapat berkomunikasi dengan
berkesan. Kesimpulannya, menunjukkan pengajaran kemahiran lisan berlangsung secara baik
di dalam bilik darjah, dengan adanya penggunaan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan
yang sesuai. Justeru, disarankan agar guru berusaha meningkatkan tahap amalan interaksi
lisan di dalam bilik darjah. Amalan interaksi lisan yang pelbagai dapat merangsang dan
menarik minat murid untuk berkomunikasi secara lisan. Strategi berpusatkan murid
merupakan salah satu pendekatan yang dirasakan sesuai dalam meningkatkan tahap interaksi
lisan dalam kalangan murid.
17
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006).Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002.
Nor Hashimah Jalaludin.Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
18
Top Related