BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
BENGKEL PENDAWAIAN
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER
TAJUK: Pendawaian Industri (Untuk Litar Kawalan Pengguna Dan Litar Kecil Akhir)
OBJEKTIF:
i) Memahami ilmu-ilmu dan mengetahui peralatan serta komponen yang diperlukan dalam
kerja-kerja Sistem Pendawaian Sesalur Mini PVC dan penyambungan untuk litar kawalan
pengguna dan litar kecil akhir.
ii) Membuat pengujian bagi pemasangan litar kawalan pengguna dan litar kecil akhir.
RADAS DAN BAHAN :
Bil Nama Alat dan Bahan Kuantiti1 Kotak Agihan (Distribution Board) 1 Unit2 Fius Suis ( Switch Fuse)- 32 Amp 1 Unit3 RCD (Residual Current Device-pemutus Litar) 1 Unit4 MCB (Miniture Circuit Breaker)-6 Amp 2 Unit5 MCB (Miniture Circuit Breaker)-20 Amp 2 Unit6 MCB (Miniture Circuit Breaker)-32 Amp 2 Unit7 Suis Sehala (1 Gang 1 Way) 1 Unit8 Suis Dua Hala (1 Gang 2 Way) 2 Unit9 Soket alir keluar 13Amp.(socket Outlet) 3 Unit10 Ros Siling(Ceiling Ros) 2 Unit11 Lampu Pendarflour (lampu kalimantang 20 watt) 1 Unit12 PVC Round Block 2 Unit13 Lampu Filamen 1 Unit14 Bungkah Plastik 6 Unit15 Pekakasan pendawaian 1 Kotak (Tool Box)16 Sesalur Mini PVC Secukupnya17 Wiring Nail Secukupnya18 Kabel 6mm² PVC Secukupnya19 Kabel 2.5 mm² PVC Secukupnya20 Kabel 1.5mm² PVC Secukupnya
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
TEORI:
Sistem pendawaian adalah pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan
perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan. Ia boleh dianggap sebagai nama bagi sistem
perlindungan bagi pemasangan dan cara bagaimana ianya dipasangkan. Di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga
(ST) berkuasa penuh bukannya TNB. Jika TNB melakukan kesalahan ST boleh mengenakan tindakan
terhadap TNB. Sistem Pendawaian Malaysia mengikut sistem daripada Britain kerana negara kita pernah
dijajah oleh British suatu ketika dahulu. Sistem pendawaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pendawaian domestik dan industri. Pendawaian domestik melibatkan pendawaian yang dilakukan di
rumah-rumah atau premis-premis kediaman. Ianya menggunakan kabel yang mempunyai dua lapisan
penebat. Manakala pendawaian industri dilakukan dikilang-kilang atau perindustrian yang mempunyai
satu lapisan penebat kerana kabel pendawaian telah dilindungi oleh conduit atau trunking. Terdapat 20
jenis pendawaian berdasarkan IEE ( The Institution of Electrical Engineers) dan yang paling banyak
digunakan di Malaysia adalah jenis pendawaian permukaan,tersembunyi, pembuluh, sesalur, dan bawah
tanah.
Sistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau atas lapik kayu
pada dinding batu atau konkrit. Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis yang mempunyai tebatan
berlapis (PVC) dan voltan yang digunakan ialah voltan lampau rendah dimana hanya punca-punca lampu
dan kuasa sahaja dibenarkan didalam sistem ini. Sistem pendawaian tersembunyi terbahagi kepada dua
jenis iaitu kabel bertebat dan pembuluh tersembunyi. Ia hanya membenarkan membawa voltan rendah.
Sitem pendawaian pembuluh biasanya digunakan ditempat yang terdapat kerosakan mekanik, terdedah
kepada tindakan kimia, cecair dibahagian luar bangunan. Contohnya dikilang-kilang perusahaan, bengkel
dan makmal. Ianya boleh dipasang secara permukaan atau tersembunyi. Selain daripada memberi
perlindungan mekanik atau kimia, pembuluh boleh dijadikan sebagai pengalir keselanjaran bumi
tambahan. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu pembuluh logamdan pembuluh PVC.
Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah mudah digunakan dan mudah dicapai oleh
pengguna bagi tujuan pengasingan dan penyuisan, perlindungan arus lebihan, serta perlindungan arus
kebocoran arus ke bumi. Bagi setiap pemasangan, pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan seperti
litar pintas dan beban lampu serta kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan kejutan, kebakaran dan
sebarang bahaya yang mungkin terjadi. Litar pengguna terbahagi kepada dua iaitu litar kawalan dan litar
akhir. Litar kawalan bermaksud turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama
pemasangan pengguna. Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan
perlindungan kebocoran arus ke bumi. Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar kawalan adalah
seperti fius perkhidmatan dan penghubung neutral, jangka kilowatt jam, suis utama, pemutus litar bocor
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
ke bumi (ELCB) dan papan agihan (DB). Litar akhir adalah litar yang disambungkan keluar dari kotak
fius agihan (DB) dan berakhir di beban atau soket alur keluar atau kelengkapan elektrik di pemasangan
tersebut (mula dari DB dan berakhir ke beban pengguna). Terdapat dua jenis litar akhir iaitu litar
pengcahayaan dan litar kuasa. Pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan
kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan
menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa
arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik
(terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang
wajib dibumikan.
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
PROSEDUR KERJA:
Langkah-Langkah Kerja – Untuk Pendawaian Sesalur Mini PVC (PVC Casing)
1. Sesalur mini diambil dan dipisahkan antara penutup denagan tapak dan dipotong mengikut
ukuran yang dikehendaki menggunakan ‘prunning shear cutter’ mengikut ukuran yang
dikehendaki dalam gambarajah kaedah.
2. Tapak sesalur mini PVC dipakukan ke atas permukaan pendawaian.
3. Sesalur mini dipasang dan kabel disalurkan dan dilekapkan dengan penutup sesalur mini PVC
tersebut.
4. Setiap penghujung kabel telah ditanda dengan tanda tertentu.Untuk tanda pangkah ditanda pada
kabel hidup manakala kabel dipotong serong untuk wayer suis dan tidak bertanda pula tidak
ditandakan.
5. Setiap penghujung kabel simpanan diadakan untuk kotak fius agihan,suis,siling ros dan
seumpamanya.
6. 2 sm penebat dibuang dari penghujung kabel .
7. Hujung pengalir kabel dipiuhkan dengan menggunakan plier.
8. Kabel yang betul disambung ke terminal aksesori dan ke lubang terminal yang telah ditentukan
dan di skru dengan ketat.
9. Aksesori itu ditekan atau dipusing perlahan-lahan ke tapak bungkah plastic empat segi sehingga
rapat dan diskrukan.
10. Pengujian dilakukan apabila selesai melakukan pendawaian berpandukan Borang Keputusan
Ujian Pepasangan Dawai.
11. Bekalan 240V dimasukkan keatas pendawaian tersebut setelah pengujian dilakukan dan konsep
cara kerja telah difahami sepenuhnya.
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
KEPUTUSAN:
Gambarajah sistem pendawaian sesalur mini PVC lengkap:
Gambarajah 1: Sistem pendawaian sesalur mini PVC lengkap
Gambarajah papan agihan:
Gambarajah 2: Papan Agihan
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
Litar pengcahayaan:
Gambarajah 3: Lampu Kalimantang 20w dan lampu Filamen 60w
Litar kuasa:
Gambarajah 4: Suis ( Sehala dan dua hala) dan Soket (Litar Gelang dan Litar Jejari)
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
PERBINCANGAN:
Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, untuk menghasilkan satu sistem pendawaian
sesalur yang lengkap memerlukan litar kawalan pengguna dan litar kawalan kecil akhir. Litar kawalan
adalah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.
Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus
ke bumi. Litar akhir adalah litar yang disambungkan keluar dari kotak fius agihan(DB) dan berakhir
dibeban atau soket alur keluar atau kelengkapan elektrik di pemasangan itu.(mula dari DB dan berakhir
ke beban pengguna). Bagi litar akhir terdapat dua jenis iaitu litar pencahayaan (litar lampu, kipas, loceng
dan jam elektrik) dan litar kuasa soket alur keluar(SAK) yang biasanya menggunakan 13A atau 15A).
Daripada litar yang telah kami bina, kami menggunakan tiga wayar utama iaitu wayar hidup
(life), wayar neutral (neutral) dan wayar bumi(earth). Bagi wayar bumi, kami sambungkan pada setiap
suis, soket, lampu dan papan agihan untuk tujuan keselamatan pada pengguna dan juga pada litar. Kami
menyambungkan wayar hidup pada suis, soket dan lampu terus ke ‘Miniture Circuit Breaker’ (MCB)
dalam papan agihan. Untuk suis satu hala dan dua hala akan disambungkan pada MCB 6A manakala
soket alir keluar 13A disambungkan pada MCB 20A kerana ia adalah litar jejari. Jika kami menggunakan
litar gelang pada soket alir keluar ia perlu disambungkan pada MCB 32A. Contoh aplikasi bagi
pendawaian dua hala ialah bilik air yang dikongsi antara dua bilik serta bahagian tangga. Bagi
menambahkan kecerahan pada koridor yang mempunyai lampu yang malap, kita hanya perlu menambah
lampu sahaja tanpa melibatkan pendawaian yang baru.
Semasa eksperimen dijalankan kami mengalami beberapa masalah antaranya ialah terdapat
sambungan litar gelang yang berlebihan. Ini menyebabkan kesukaran semasa penyambungan pada soket
alir keluar 13A. Masalah ini dapat diselesaikan apabila kami mengeluarkan satu wayar neutral dan wayar
hidup yang bersambung pada kedua-dua soket tersebut. Selain itu kami juga mengalami masalah pada
lampu filamen di mana lampu tersebut tidak menyala disebabkan oleh tiada penyambungan wayar hidup
pada ‘Miniture Circuit Breaker’ (MCB). Masalah ini juga dapat diselesaikan dengan menyambungkan
wayar life tersebut pada MCB. Kami juga mengalami masalah semasa pengujian di soket alir keluar litar
jejari. Ini kerana penyambungan wayar hidup dan wayar neutral tidak dipasang dengan baik. Semasa
pengujian dilakukan kita perlu menanggalkan beban supaya bacaan dapat dilakukan. Pada akhirnya
masalah yang timbul dapat diatasi dengan jayanya.
BENE 1004:BENGKEL KEJURUTERAAN
KESIMPULAN:
Di akhir bengkel pendawaian ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah membolehkan kami
memahami ilmu-ilmu dan mengetahui peralatan serta komponen yang diperlukan dalam kerja-kerja
sistem pendawaian sesalur mini PVC dan penyambungan untuk litar kawalan pengguna dan litar kawalan
kecil akhir. Seterusnya kami dapat melaksanakan pengujian bagi pemasangan litar kawalan pengguna dan
litar kawalan kecil akhir. Objektif tercapai.
RUJUKAN
1. http://www.wikipedia/Pendawaian elektrik.
2. Buku modul BENE 1004:Bengkel Kejuruteraan.
3. http:// www.geocities.com/affendi63/chap. 3_ pendawaian.pdf.
Top Related