8/10/2019 research group5 (ORI).docx
1/26
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Dalam sistem pembelajaran dan pengajaran terdapat pelbagai cara yang
diwujudkan oleh setiap institusi pendidikan untuk membantu pelajar atau pelatih
dalam persediaan awal menghadapi peperiksaan, meningkatkan prestasi
akademik dan kefahaman subjek yang kurang difahami. Dengan wujudnya
kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai membolehkan setiap institusi
pendidikan dapat meningkatkan kualiti pelajar atau pelatih.
Kaedah kelas Tutorial semasa praktikal merupakan salah satu cara yang
telah digunakan oleh Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu untuk
pelatih Diploma Kejururawatan. Kaedah pembelajaran ini juga turut digunakan
oleh Oxford and Cambridge University untuk melaksanakan sistem
pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar. Beck (2007) menyatakan tujuan
tutorial adalah untuk melatih secara sistematik metakognitif [berfikir tentang
pemikiran] kuasa atau membolehkan pelajar belajar untuk berfikir untuk diri
mereka sendiri.
Bagi melahirkan jururawat yang berjaya, pendidikan yang berkesan perlu
dimulai di dalam kelas dan penempatan klinikal kerana teori yang dipelajari akan
cuba diaplikasikan oleh pelajar jururawat semasa di penempatan klinikal
(Wittmann,2007; Lisko & ODell, 2010). Dengan itu, untuk melahirkan pelatih
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi kelas tutorial
sememangnya berguna kepada pelatih semasa prakitkal. Kelas tutorial juga
mempunyai kelebihan yang membolehkan pelajar melihat bagaimana masalah
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
2/26
2
mereka boleh ditangani dan, sudah tentu, boleh bertanya soalan lanjut kepada
pengajar. Dengan adanya kelas tutorial, pelatih dan pengajar boleh bertukar
pandangan tentang sesuatu pemahaman yang baru dan dapat membantu
pelatih mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya.
Walaubagaimana pun, terdapat halangan kepada pelajar untuk
menghadiri kelas tutorial semasa praktikal kerana wujud perbezaan stail
pembelajaran yang dikehendaki oleh pelatih untuk belajar. Hal ini kerana, stail
belajar berkait rapat dengan kecenderungan pelatih untuk berfikir, berhubung
dengan orang lain, suasana kelas dan aktiviti yang dijalankan (Grasha, 1996;
Rogers, 2009). Malahan Zhang dan Lambert (2008) serta Ju An dan Sook Yoo
(2008) juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang erat antara stail
pembelajaran dan stail berfikir. Persediaan mental untuk belajar juga menjadi
penghalang untuk pelatih menghadirkan diri ke kelas tutorial kerana sekiranya
pelatih tidak bersedia dari segi mental, pelatih tidak dapat menerima
pembelajaran dengan baik . Berdasarkan (Dunn & Biggs, 1995; Ruslin 2007;
Rogers, 2009) pembelajaran tertumpu kepada proses dan operasi mental
individu dalam menerima, memproses dan bertindak balas kepada maklumat.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
3/26
3
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Kelas tutorial yang diadakan semasa praktikal merupakan satu kaedah
yang diwujudkan untuk meningkatkan prestasi dan mengukuhkan ilmu
pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelatih diploma kejururawatan bagi
mencapai kecemerlangan akademik. Menurut Nazri ( 2010 ) yang diadaptasi
daripada kajian Lim Nguk Liang dan Mohd Isha Awang ( 2013 ), menyatakan
bahawa kelas tutorial adalah kaedah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar
untuk belajar dengan lebih berkesan di samping dapat meningkatkan prestasi
dan potensi pelajar agar memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Selain itu, kelas tutorial juga membolehkan pelatih membuat
persediaan awal bagi menduduki peperiksaan melalui latihan-latihan yang telah
diberikan. Disamping itu, pelatih juga memperolehi maklumat-maklumat
tambahan berkaitan dengan subjek yang diajar. Dr Aminudin Mansor ( 2007 ),
juga berpendapat bahawa kelas tutorial banyak memberikan input kepada
pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
Namun begitu, pelaksanaan kelas tutorial menjadi kurang berkesan. Ini
mungkin disebabkan oleh kepenatan akibat kerja-kerja yang dilakukan di wad,
dimana berkait rapat dengan kurang persediaan diri dari segi fizikal dan mental
seperti yang dikatakan oleh Ahmad (2005) bahawa keadaan umum fizikal dan
kecergasan tubuh dapat mempengaruhi semangat dan minat dalam mengikuti
pelajaran. Keadaan ini mungkin terjadi kerana pelatih tidak berrminat untuk
menghadiri kelas tutorial kerana lebih selesa untuk belajar sendiri mengikut
masa yang mereka tentukan sendiri. Ini dinyatakan oleh Azizi Yahaya ( 2010 ),
memang tidak dinafikan bahawa sikap, minat dan gaya pembelajaran pelajar
yang berbeza juga mempengaruhi keberkesanan kelas tutorial yang dihadiri
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
4/26
4
oleh pelajar-pelajar tersebut. Oleh itu, timbul satu persoalan yang menarik minat
kami untuk mengkaji tentang, adakah kelas tutorial memberi lebih kesan positif
atau negatif kepada pelatih diploma kejururawatan semasa praktikal.
1.3 TUJUAN KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti kesan positif dan negatif
kelas tutorial semasa minggu praktikal terhadap pelatih Diploma Kejururawatan
Tahun 1 Semester 2 ,Tahun 2 Semester 1,Tahun 2 Semester 2, Tahun 3
Semester 1 dan Tahun 3 Semester 2, di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota
Kinabalu.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.4.1 OBJEKTIF AM
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
5/26
5
Untuk mengenalpasti impak kelas tutorial terhadap pelatih diploma
kejururawatan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah.
1.4.2 OBJEKTIF SPESIFIK
i. Mengenalpasti kesan positif kelas tutorial dikalangan pelatih Diploma
Kejururawatan Kolej Sains kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah
semasa minggu praktikal.
ii. Mengenalpasti kesan negatif kelas tutorial dikalangan pelatih Diploma
Kejururawatan Kolej Sains kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah
semasa minggu praktikal.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah impak positif kelas tutorial terhadap pelatih Jururawat diploma
kejururawatan semasa minggu praktikal?
2.Apakah impak negatif kelas tutorial terhadap pelatih Jururawat diploma
kejururawatan semasa minggu praktikal?
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
6/26
6
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Jururawat Pelatih
Daripada kajian ini, ia akan membantu para pelatih untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan di samping
menambah pemahaman pelatih terhadap setiap subjek yang dipelajari.
Organisasi
Kajian ini akan membantu pengajar mengenalpasti kesan positif dan
negatif kelas tutorial yang diberikan untuk membantu dalam penambahbaikan
teknik pengajaran. Di samping itu,pengajar dapat mempraktikkan kaedah kelas
tutorial ini sebagai medan pengajaran yang relevan serta itensif.
Profession
Kajian yang dijalankan akan dapat memberi kesedaran kepada pelatih
akan kebaikan kelas tutorial serta boleh mengaplikasikan teori yang diajar di
kelas semasa berada di wad atau penempatan klinikal sambil mengasah minda
pelatih dengan latih tubi serta tugasan yang diberikan.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
7/26
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
8/26
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
9/26
9
1.7 ISTILAH DAN DEFINISI
Kajian
Kegiatan ( usaha, proses ) mengkaji tentang sesuatu isu berdasarkan data,
maklumat dan sebagainya secara terperinci yang dikumpulkan dalam jangka
masa tertentu. ( kamus dewan edisi keempat, (2005), m/s 657 )
Impak
Kesan yang ketara, dampak ( kamus dewan, edisi keempat, (2005), m/s 571)
Kelas
Bilik ( tempat ) belajar,bilik darjah berkumpul untuk mempelajari sesuatu.
Kamus dewan edisi keempat ( 2005 ), m/s 712 )
Tutorial
Kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor.
kamus dewan edisi keempat (2005),m/s 1748)
Negatif
Pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju,ingkar. Tidak mempunyai nilai, ciri,
kualiti dan sebagainya yang membina ( meyakinkan, bersemangat, pasti ).
cenderung membawa kesan atau pengaruh yang tidak elok.
( kamus dewan edisi keempat, (2005), m/s 1074 )
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
10/26
10
Positif
Pasti, tegas, tentu, tetap. Memperlihatkan ( mengemukakan,menekankan ,dan
sebagainya ) sesuatu yang baik atau sesuatu yang mendatangkan manfaat dan
sebagainya. ( kamus dewan edisi keempat,(2005),m/s 1227)
Praktikal
Melibatkan atau berkaitan dengan pengalaman atau penggunaan
sebenar,bukan teoretikal.(kamus dewan edisi keempat (2005),m/s 1229)
Minggu praktikal
Merupakan minggu dimana pelatih-pelatih akan melaksanakan teori yang telah
dipelajari semasa kuliah, seperti tempat dan masa mengikut jadual yang
ditetapkan.
Jururawat pelatih
Orang yang sedang menerima latihan kejururawatan selama tiga tahun
Diploma (sijil)
kelayakan biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya daripada
ijazah. kamus dewan bahasa edisi keempat (2005),m/ 354)
Kejururawatan
Hal yang berkaitan dengan (pekerjaan,tugas,urusan ,dsb) jururawat
kamus dewan bahasa keempat (2005),m/s 645)
KSKB
kolej sains kesihatan Bersekutu.Sebuah institusi pengajian yang di anjurkan
oleh kementerian kesihatan Malaysia.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
11/26
11
BAB 2
LITERATURE REVIEW
KESAN POSITIF KELAS TUTORIAL
Bagi melahirkan jururawat yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran
yang tinggi dan berkualiti Kolej Sains kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
melaksanakan satu kaedah pembelajaran yang membantu pelatih mencapai
matlamat mereka pada masa hadapan. Kaedah yang telah dijalankan ialah
kelas tutorial. Kelas tutorial mempunyai kelebihan kepada pelajar untuk
membantu dalam pembelajarannya.
Kelas tutorial membolehkan pelajar berbincang sesama mereka dan juga
pengajar. Menurut Mohamad Shatar Sabran (2005), berbincang dalam
kumpulan merupakan kaedah yang amat berkesan untuk membantu setiap
pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Beliau juga berpendapat bahawa,
perbincangan dengan pengajar akan dapat membantu pelajar memahami topik
perbincangan dengan lebih jelas dan mendalam. Melalui kaedah perbincangan
pelajar dengan pengajar, ia dapat melatih minda dan pemikiran agar lebih aktif
dan mampu mengingat dalam jangka masa yang lebih lama. Perbincangan
dalam kelas tutorial akan lebih membuatkan pelajar faham berkaitan subjek
yang mereka lemah. Azizi Yahaya (2010) juga berpendapat yang sama bahawa
kelas tutorial dapat membantu pelajar dalam pelajaran terutama dari segi
memperbaiki dan meningkatkan keputusan mereka.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
12/26
12
Melalui kelas tutorial, pelatih dapat melatih diri untuk mengisi masa
dengan baik dan berfaedah. oleh itu dengan adanya kelas tutorial ini, masa
selepas praktikal di wad tidak diisi dengan aktiviti yang kurang berfaedah
sebaliknya menggunakan masa itu untuk belajar mengulangkaji pelajaran.
sebagai persediaan menghadapi minggu peperiksaan. Ini disokong oleh Muhd
Azidan Abdul Jabar (2006) yang mengatakan pengurusan masa merupakan
aspek yang amat penting dalam kehidupan terutama pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dalam akedemik.
Kelas tutorial ini adalah satu cara para pengajar memberikan latihtubi
kepada pelatih terutama apabila minggu peperiksaan semakin hampir. Pengajar
memberi soalan popular peperiksaan secara berulang-ulang untuk
meningkatkan ingatan serta kefahaman pelatih berkenaan subjek yang mereka
lemah dan secara tidak langsung membantu pelatih membuat persediaan
menghadapi peperiksaan. Menurut DR.Aminudin Mansur (2007), latihan yang
banyak dan berulang kali dapat memberi kesan kepada kecemerlangan
peperiksaan yang sebenarnya.
Kelas tutorial dapat membantu pelatih untuk mencapai kejayaan dalam
bidang akedemik serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang
kejururawatan. Dengan adanya kelas tutorial, ia dapat mendorong pelatih untuk
belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh sehingga mencapai target atau
matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan. Azizi Yahaya dan Hii Ching Ling
(2010) berpendapat bahawa apabila seseorang itu berminat dan bersungguh-
sungguh untuk belajar dengan tekun memudahkan proses pembelajaran untuk
mencapai kejayaan.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
13/26
13
Kelas tutorial juga dapat membantu dalam praktikal , dimana pengajaran
dan perbincangan teori mengenai prosedur-prosedur kejururawatan dapat
dibincangkan bersama-sama. (Wittmann, 2007; Lisko & ODell, 2010)
menyatakan bagi melahirkan jururawat yang berjaya, pendidikan yang berkesan
perlu dimulai di dalam kelas dan penempatan klinikal kerana teori yang
dipelajari akan cuba diaplikasikan oleh pelatih jururawat semasa di penempatan
klinikal.
Selain itu, pembentukan sahsiah diri juga dapat dibentuk melalui nilai-
nilai moral yang diterapkan oleh pengajar semasa pengajaran tutorial. Menurut
Ahmad Marzuki Ismail (2007) akitiviti dan kegiatan dalam pembelajaran dapat
menangani sikap sikap negatif di kalangan pelajar, di samping itu dapat
meningkatkan semangat pelajar dalam membina sahsiah diri. Pembentukan
sahsiah diri amat penting dalam membentuk imej dan personaliti untuk
melahirkan jururawat yang berkualiti.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
14/26
14
KESAN NEGATIF KELAS TUTORIAL
Namun begitu, kepentingan rehat yang cukup dari segi mental dan fizikal
adalah penting untuk meningkatkan konsentrasi dalam pembelajaran. Menurut
Muhd Azidan Abdul Jabar (2006) yang menyatakan pelatih mesti membuat
persediaan-persediaan yang diperlukan sama ada dari segi fizikal atau mental
sebelum memulakan sesi pembelajaran. Manakala Ahmad (2005) menyatakan
bahawa keadaan umum fizikal dan kecergasan tubuh dapat mempengaruhi
semangat dan minat dalam mengikuti pelajaran. Pelatih perlu mengikuti kelas
tutorial selepas dan sebelum berkerja di wad menyebabkan pelatih berasa
penat. Ini mengakibatkan pelatih hilang semangat dan minat untuk
mengulangkaji pelajaran pada waktu yang terluang.
Hilangnya semangat dan minat untuk mengulangkaji pelajaran, akan
menjejaskan prestasi akademik pelatih kerana tanpa elemen tersebut pelatih
akan menghadapi kesukaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
semasa kelas tutorial. Ini dinyatakan oleh Azizi Yahaya dan Hii Ching Ling (2010
mengatakan bahawa apabila seseorang itu berminat dan bersungguh-sungguh,
maka dia bersedia untuk belajar dengan tekun sehingga mencapai kejayaan
seterusnya memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Wan
Mohammad Wan Sulong (2006) juga menyatakan sikap dan minat pelajar
terhadap pelajaran adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
15/26
15
(Sims & Sims, 2006; Ruslin, 2007) menyatakan bahawa pelajar tidak
dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan atau stail pengajaran yang
bercanggah dengan stail yang biasa dilakukan. Setiap pelatih mempunyai teknik
pembelajaran yang berbeza sama ada secara individu atau berkumpulan atau
pebincangan. Hal ini mengganggu corak pembelajaran terutamanya pelatih
yang mempunyai stail pembelajaran secara individu semasa menghadiri kelas
tutorial. Ini disokong oleh Amnah Zanariah Abd. Razak dan Norzaini Azman
(2012), pencapaian akademik dan stail pembelajaran saling bersandar dimana
pelajar yang mencapai keputusan akademik yang baik mempunyai stail berfikir
dan stail pembelajaran tertentu.
Gangguan dalam stail pembelajaran adalah merupakan salah satu faktor
pencetus gangguan emosi terhadap pelatih apatah lagi semasa minggu
praktikal dimana pelatih akan merasa penat dan terbeban kerana harus bekerja
diwad serta diwajibkan untuk menghadiri kelas tutorial setiap hari. Menurut Lum
Ka Mun dan Loke Pooi Mun (2012) Tekanan yang dihadapi pelajar adala
berpunca daripada akademik dimana pelajar terpaksa menyesuaikan diri
dengan sistem pengajaran yang berbeza. Menurut mereka lagi, tekanan
menyebabkan penurunan pencapaian dimana pelajar sukar memberi tumpuan
ketika belajar dan mengganggu daya. Ingatan. Menurut Dr. Hans Selye,
Tekanan perasaaan ialah suatu reaksi oleh diri seseorang disebabkan oleh
sesuatu bebanan yang menimpanya.
Mengikut Terri Mauro (2004) salah satu faktor yang menyebabkan
gangguan emosi di kalangan pelajar ialah persekitaran yang tidak kondusif
seperti keadaan kelas tutorial yang sesak dan bising. Kelas tutorial berfungsi
sebagai tempat pelatih melakukan perbincangan kumpulan dan bilangan pelatih
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
16/26
16
yang sedikit membantu dalam memperolehi ilmu yang optimal. Ini disokong oleh
Muhammad Shatar Sabran (2005) yang mengatakan bahawa jumlah ahli
seramai 2-5 orang adalah jumlah yang sesuai untuk mewujudkan satu
perbincangan yang efektif.
Pelatih perlu membahagikan masa untuk mengurus diri, berehat,
beriadah, bersosial serta mengulangkaji pelajaran. Seperti yang dikatakan oleh
Shafina Mohammad (2012) manusia memerlukan dan melakukan pelbagai
kegiatan dalam kehidupannya. Badan memerlukan tidur dan makan. Otak
memerlukan rehat dari pemikiran yang serius dan berat, membersihkan diri
serta bergaul. Dengan adanya kelas tutorial setiap hari semasa minggu
praktikal, pelatih tidak dapat membahagikan masa yang seimbang diantara
pelajaran dan rehat yang cukup. Pelatih akan berasa penat selepas bekerja di
wad menyebabkan pelatih tidak dapat focus semasa kelas tutorial dan ingin
mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Namun, pada ketika malam pelatih
pastinya penat dan memerlukan rehat menyebabkan aktiviti mengulangkaji
pelajaran tidak dapat dilakukan. Menurut Osman Affan (2013) sukar untuk
pelajar mengulangkaji pelajaran pada waktu malam selepas jam10 atau 11
malam kerana pelajar sudah berasa penat. Pembahagian masa yang tidak
seimbang akan menganggu pencapaian pelatih dari segi praktikal mahupun
teori terutama sekali untuk pelatih yang mempunyai stail pembelajaran secara
individu.Menurut Shafina Mohammad (2012) sekiranya kegiatan kehidupan tidak
diseimbangkan pelajar mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk
belajar.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
17/26
17
BAB 3
METODOLOGI
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan kualitatif dengan menggunakan kaedah soal
selidik untuk mengumpulkan data-data kajian.
3.2 LOKASI
Kajian ini akan dijalankan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota
Kinabalu , Sabah yang terletak di bukit padang iaitu berhampiran dengan
Hospital Mesra, Bukit Padang.
3.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN
Populasi kajian adalah seramai 731 Pelatih Diploma Kejururawatan Kolej
Sains Kesihatan Bersekutu , Kota Kinabalu. Melibatkan pelatih Diploma
Kejururawatan semester 2 sehingga semester 6 dan tidak termasuk pelatih
semester 1. Seramai 110 orang responden dipilih iaitu 21 orang Pelatih
Diploma Kejururawatan Tahun 1 Semester 2, 28 orang pelatih daripda Tahun
2 Semester 1, 19 orang pelatih daripada Tahun 2 semester 2, 16 orang pelatih
daripada Tahun 3 Semester 1 dan 26 orang pelatih daripada Tahun 3
semester 2 akan dipilih menggunakan Simple Random Sampling.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
18/26
18
Setiap senarai sampel yang dipilih akan menjawab soalan kaji selidik
yang diedarkan. Secara amnya, jika saiz sampel yang digunakan lebih besar
maka peratusan yang akan diperolehi lebih kukuh dan tepat.
3.4 VARIABLES
Dalam kajian ini, kami ingin mengenalpasti impak kelas tutorial terhadap
pelatih Diploma Kejururawatan semasa minggu praktikal di KSKB, Kota
Kinabalu. Independent Variable ialah Kelas Tutorial manakala dependent
variable adalah pelatih Diploma Kejururawatan semasa minggu praktikal.
3.5 ALATAN KAJIAN
Instrumen yang kami gunakan ialah soal selidik yang merangkumi bahagian
A,bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A terdiri daripada maklumat yang mengandungi demografi respondan.
Bahagian B pula terdiri daripada soalan-soalan yang bertanyakan impak negatif
kelas tutorial dalam kalangan pelatih diploma kejururawatan Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu.Bahagian ini mengandungi 10 buah soalan
dengan skala jawapan A:SETUJU dan B:TIDAK SETUJU.
Manakala bahagian C pula terdiri daripada soalan yang bertanyakan impak
positif kelas tutorial dalam kalangan pelatih diploma kejururawatan Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu.Bahagian ini turut mengandungi 10 buah
soalan
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
19/26
19
3.6 PILOT STUDY
Seramai 18 orang pelatih Diploma Kejururawatan Tahun 2 Semester 1
dipilih oleh pengkaji sebagai pilot study bagi menilai keberkesanan boring soal
selidik yang akan digunakan dalam kajian sebenar.
Kajian ini akan dijalankan sebelum kajian sebenar berlangsung. Semua
responden yang telah mengikuti pilot stdudy adalah dikecualikan daripada
menyertai kajian sebenar.
3.7 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Dalam proses pengumpulan data melalui kaedah kajian yang telah dipilih
iaitu soal selidik, kami akan mengedarkan borang soal selidik kepada 73 orang
responden. Disampimg itu kami juga meminta supaya responden menjawab
semua soalan dengan jujur dan ikhlas.Pengumpulan data akan kami lakukan
selepas semua responden mengisi borang soal selidik.
3.8 PENGANALISAN DATA
Pengkaji menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) edisi 10.0 untuk menganalisa data yang akan pengkaji perolehi
daripada boring soal selidik responden.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
20/26
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
21/26
21
RUJUKAN
Siti Hajar Halili,Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd.Rashid,2011,Keberkesanan
Proses Pembelajaran Menggunakan Teknologi Sidang Video,The Effectiveness
of Learning Process Using Video Conferencing Technology,Jurnal Pendidikan
Malaysia 36(1)(2011) : page 55-56
Zulzana Binti Zulkarnain,Mohamed Binti Saim,Roslina Binti Abd Talib
(Pensyarah ,Politeknik Port Dickson),2011,Hubungan Antara Minat, Sikap
Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus CC301-Quantity
Measurement,Kajian Literatur. Available at :
[ Accessed 16
July 2014]
Prof.Khalid Mohamed Nor,2006, Belajar Teknik Belajar,Page 133-134
Mohd Azidan Abdul Jabar,2006,Siri Motivasi dan Kecemerlangan Utusan
Cemerlang Gemilang & Terbilang,: Saya berada dalam keadaan bersedia
untuk belajar,page 19.
Lim Nguk Liang dan Mohd Isha Awang,UUm (2013).Faktor Guru,ibubapa dan
rakan-rakan dengan amalan tuisyen pelajar : satu tinjauan awal [PDF]. Available
at :
http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/.../1EduSem12.phttp://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/.../1EduSem12.phttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/84.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/84.pdfhttp://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/.../1EduSem12.p8/10/2019 research group5 (ORI).docx
22/26
22
[Accessed 18 July 2014]
DR.aminudin Mansur (2007).Peranan tuisyen perlu di perluaskan.Available at :
[Accessed 14
July 2014]
Azizi yahaya dan Hii Ching Ling (2010).Persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap
keberkesanan kelas Tambahan di Sekolah [PDF]. Available at:
[Accessed 14 July 2014]
Mohamad shatar sabran,Siri Motivasi dan kecermerlangan Utusan,Rahsia
Kecermerlangan Akademik Rahsia 6, perbincangan kumpulan page 58
Debora Terry,2010,Curtin University,The learning Centre,What Can I Get Out Of
Tutorials.Available at : [Accessed 21 July 2014]
Wittman, P. 2007. Promoting reflection In groups of Diverse Nursing Students.
Nursing Eduction. Philadelphia: Davis.
Amnah Zanariah Abd.Razak,Norzaini Azman.STAIL BERFIKIR DAN STAIL
PEMBELAJARAN PELAJAR JURURAWAT : SATU KAJIAN KES DI KOLEJ
JURURAWAT MURNI.AJTLHE Vol.4,No.1,Jan 2012,14-31. Available at:
[Accessed 16 July 2014]
http://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://eprints.utm.my/2402/http://www.curtin.edu.au/learningfortomorrow/festival-of-learning.cfmhttp://www.curtin.edu.au/learningfortomorrow/festival-of-learning.cfmhttp://www.ukm.my/jtlhe/pdf/2%20ATJHE66.pdfhttp://www.ukm.my/jtlhe/pdf/2%20ATJHE66.pdfhttp://www.curtin.edu.au/learningfortomorrow/festival-of-learning.cfmhttp://www.curtin.edu.au/learningfortomorrow/festival-of-learning.cfmhttp://eprints.utm.my/2402/http://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisye8/10/2019 research group5 (ORI).docx
23/26
23
Dunn,R, & Dunn,K.1995.Teaching students through their individual learning
Styles.Reston VA: Reston Publishing.
Dunn,R, & Biggs,S.1995.A meta-analtic validation of the Dunn and Dunn model
of learning style preference Jurnal of Educational Research ,88(6): 353-362
Ahmad Marzuki Ismail, (2007). Jati Diri Seorang Pelajar : Interaksi dan
Amalannya. Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd. 2, p. 44-45.
Mahzan Arshad, (2004).Tuisyen - Amalan Dalam Sistem Pendidikan. Utusan
Malaysia: 26 Januari 2004.
Sims, R. & Sims, S. 2006. Learning Styles and Learning: A Key to Meeting the
Accountability Demands in Education. Hauppage. NY: Nova Publishers
Ruslin Amir. Saemah Rahman, Tajul Ariffin Muhammad & Jamaluddin Badusah,
2007.Stail Berfikir Pelajar Kejuruteraan: Kesesuaian Stail Dengan Bidang
Pengajian. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ruslin Amir, 2007. Stail Berfikir, Stail Pengajaran dan Stail Pembelajaran
Pensyarah dan Pelajar UKM. Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan: UKM Bangi.
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
24/26
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
25/26
25
03. Berikut merupakan perihal tentang kajian yang akan dijalankan oleh
kumpulan kami iaitu:
3.1 Tajuk kajian: Impak kelas tutorial terhadap pelatih Diploma
Kejururawatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota KinabaluSabah.
3.2 Lokasi : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu Sabah.
3.3 Populasi : Kursus Diploma Kejururawatan yang terdiri daripada
Tahun 1 Semester 2, Tahun 2 Semester 1, Tahun 2 Semester 2,
Tahun 3 Semester 1 dan Tahun 3 Semester 2.
3.4 Sampel : Kursus Diploma Kejururawatan yang terdiri daripada
Tahun 1 Semester 2, Tahun 2 Semester 1, Tahun 2 Semester 2,
Tahun 3 Semester 1 dan Tahun 3 Semester 2.
3.5 Kaedah : Simple Random Sampling
3.6 Instrumen : Borang soal selidik
3.7 Objektif : Mengenalpasti Impak kelas tutorial terhadap pelatih
Diploma Kejururawatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota
Kinabalu Sabah.
04. Perhatian dan permohonan daripada pihak Puan adalah amat kami
hargai.
Sekian dan terima kasih
Yang benar
.
(CRYSTAL ALVIA MUHITAM)
8/10/2019 research group5 (ORI).docx
26/26
Ketua kumpulan 5
Jururawat Pelatih Ambilan Julai 2012
LAMPIRAN 3
Top Related