PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana dengan keizinan daripada
Nya dapatlah saya menyiapkan satu kajian yang berhubung kait dengan bidang
perubatan. Walaupun dalam proses menyiapkan kajian ini terdapat banyak masalah
yang di hadapi.
Setiap aspek dalam kajian ini tidak mungkin akan terhasil dan terlaksana
tanpa tunjuk ajar dan sokongan daripada pelbagai pihak yang tampil dalam
menjayakan kajian ini. Sehubungan dengan itu, sekalung budi dan penghargaan
yang tidak terhingga kepada pengajar, Tn. Hj Halim Bin Ahmad iaitu penyelaras
kumpulan 64 pengajar-pengajar lain kerana telah banyak membantu dalam
menghasilkan satu kajian yang lengkap serta berkualiti. Tanpa bimbingan mereka
tidak mungkin kajian ini dapat dihasilkan dengan sempurna.
Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada staf-staf Klinik Kesihatan Titi,
Jelebu yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam
usaha saya mendapatkan data-data dan maklumat yang dikehendaki. Kepada
rakan-rakan seperjuangan sekalian, terima kasih di ucapkan dalam memberi idea-
idea bernas yang berguna semasa menghasikan kajian ini. Akhir sekali, saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung kerana membimbing saya dalam proses menyiapkan kajian ini.
Sekian wassalam..........................
1
ABSTRAK
Peningkatan penyakit jantug joronari merupakan masalah yang perlu ditangani dan
satu kajian bagi mengesan bagaimanakah tahap keberkesanan pendidikan
kesihatan terhadap pesakit ini dijalankan. Seperti yang di ketahui penyakit janung
koronari ini boleh menyebabkan maut kepada manusia jika seseorang itu gagal
mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit ini. Kebanyakkan masyarakat
mengetahui tentang penyakit ini tetapi masih kurang mengambil berat dan memberi
perhatian. Keadaan ini berlaku khususnya dikalangan masyarakat luar bandar yang
tidak begitu mementingkan kesihatan. Ini berlaku kerana masyarakat menganggap
penyakit ini biasa berlaku apabila umur seseorang itu semakin meningkat. Dalam
proses kajian ini, objektif utama penyelidik adalah untuk mengkaji tahap
keberkesanan pendidikan kesihatan yang telah diberikan kepada masyarakat.
Kajian tersebut telah dijalankan di wad perubatan Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban. Kajian ini dilakukan dengan kaedah Metadologi yang telah
menggunakan cara ‘questionnaire’, dimana soalan-soalan dirangka serta diedarkan
kepada 50 orang responden secara rawak. Soalan-soalan yang diajukan adalah
berkaitan biodata responden dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyakit
ini. Sehubungan dengan itu, peningkatan tahap kesedaran terhadap die=ri dan
penyakit adalah amat penting untuk menjalani kehidupan yang sihat.
2
PENGENALAN
Hipertensi atau dengan nama lain dikenali sebagai tekanan darah tinggi merupakan
penyakit utama yang terjadi dikalangan golongan orang dewasa yang berada
dipertengahan diantara umur 35 tahun hingga 45 tahun dan warga tua di Malaysia.
Penyakit ini terjadi akibat daripada tindak balas yang abnormal dalam salur
darah dan menyebabkan tekanan di dalam salur darah meningkat melebihi kadar
normal iaitu melebihi 140 mmHg bagi tekanan sistolik dan melebihi 90 mmHg bagi
tekanan diastolik (130/80 mmHg) dalam keadaan seseorang yang rehat.
Terdapat beberapa ketegori mengenai penyakit Hipertensi ini. Ia adalah
seperti,
Kategori Systole Diastole
Optimum <120 <80
Normal <130 <85
Normal Tinggi 130 – 139 85 – 89
Hipertensi
Tahap 1 140 – 159 90 – 99
3
Tahap 2 160 – 179 100 – 109
Tahap 3 180 110
Antara faktor-faktor yang meningkatkan risiko terhadap penyakit ini adalah
seperti usia. Terjadi kerana kekakuan arteri berlaku apabila usia meningkat dan
menyebabkan berlakunya halangan aliran darah serta mengakibatkan tekanan
tinggi. Selain itu, faktor keturunan juga berperanan sebagai agen penyebab
sekiranya dikalangan ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit ini. Selain itu,
pengambilan alkohol dan merokok secara berlebihan serta ubat-ubatan turut
menjadi penyumbang penyakit ini.
Penyakit-penyakit lain seperti Diabetis Mellitus, kegagalan jantung dan ginjal
juga boleh meningkatkan faktor risiko terhadap penyakit Hipertensi. Keadaan ini
berlaku apabila retensi garam dalam isipadu darah meningkatkan akibat daripada
rangsangan system Renin-Angiotensin-Aldosteron dan seterusnya tekanan darah
akan turut meningkat. Walaubagaimana pun penyakit Hipertensi ini mampu
menyerang sesiapa sahaja.
4
KENYATAAN MASALAH
Penyakit Hipertensi merupakan penyakit yang kronik dan ditakuti oleh setiap
lapiasan masyarakat. Di antara masalah-masalah yang berkaitan adalah kurangnya
tahap kesedaran masyarakat terhadap penyakit Hipertensi ini. Ramai diantara
pesakit-pesakit di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu ini adalah pesakit-pesakit yang lama
dan pesakit kes baru.
Walaubagaimanapun masyarakat sini secara umumnya mengetahui dan
sedar mengenai bahayanya penyakit Hipertensi, namun mereka masih kurang
mengambil berat dan memberi perhatian. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya
kefahaman dan kesedaran mengenai risiko penyakit Hipertensi daripada maklumat
yang disampaikan. Kebanyakan pesakit hanya mengetahui bahaya penyakit tetapi
tidak tahu manakah golongan yang berisiko, bagaimana penyakit ini boleh berlaku
dan apakah tanda-tanda serta cara untuk mengatasi penyakit ini.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini, secara umumnya bermatlamatkan dalam mengujudkan sesebuah
masyarakat yang sihat dan berilmu pengetahuan tentang penyakit Hipertensi. Dalam
5
pada itu juga, bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran masyarakat di Klinik
Kesihatan Titi, Jelebu mengenai penyakit Hipertensi ini. Justeru itu, ia juga bertujuan
mengkaji kadar peningkatan penyakit Hipertensi di klinik kesihatan tersebut.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Untuk menilai responden berkenaan tahap kesedaran masyarakat mengenai
penyakit Hipertensi. Berkenaan dengan ini juga bertujuan mengkaji penyakit
Hipertensi di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu.
Objektif Spesifik
Berkenanan kajian ini, terdapat juga berberapa objektif spesifik yang menjadi teras
kepada proses kajian ini. Di antaranya adalah seperti berikut:-
Untuk menilai tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit Hipertensi di
Klinik Kesihatan Titi Jelebu.
Untuk memberi pendedahan maklumat tentang penyakit Hipertensi
dikalangan pesakit di Kinik Kesihatan Titi, Jelebu.
Untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan
berlakunya penyakit Hipertensi ini.
6
LITERATURE REVIEW
Hipertensi merupakan keadaan peningkatan tekanan darah sistemik yang
berpanjangan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan tekanan
normal systole iaitu 140 mmHg dan diastole iaitu 90 mmHg. Kurangnya kesedaran
mengenai penyakit Hipertensi menyumbang kepada peningkatannya.
Antaranya adalah ekonomi. Menurut kajian Hales B, (1993) menyebut,
ketidak kekukuhan ekonomi menggalakkan proses kemunduran pengetahuan
masyarakat mengenai risiko berlaku penyakit Hipertensi. Menurut Brown G, (1999)
masih ada segelintir masyarakat yang kurang peka terhadap masalah penyakit
Hipertensi ini boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan
kesedaran.
Taraf pendidikan yang tidak sempurna menyebabkan kurang ilmu
pengetahuan seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Ruskin J, (1996). Beliau
menyatakan kurangnya kefahaman tentang penyakit Hipertensi adalah disebabkan
oleh kemunduran ekonomi yang dipengaruhi oleh bidang pendidikan. Kenyataan ini
turut di sokong oleh Dally H, (1990), menyatakan peratusan yang tinggi bagi
masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan terutama oleh masyarakat luar bandar.
7
Secara lazimnya, pemikiran mereka menjadi sempit terhadap penyakit Hipertensi
serta boleh menimbulkan sikap negatif terhadap risiko penyakit Hipertensi, sebagai
contoh sikap tidak ambil berat terhadap penyakit ini. Whelthon E N, (1999).
Brian P D, (1993) menyatakan dimana kajiannya menyatakan taraf ekonomi
rendah adalah faktor sesebuah keluarga tidak mampu menghantar anak-anak
mereka untuk mendapatkan pendidikan. Ini menyebabkan penyampaian maklumat
kepada masyarakat gagal.
Akibat yang mungkin berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang penyakit
Hipertensi adalah Stroke (CVA). Terjadi kerana peningkatan tekanan darah ke
paras maksimum secara spontan dan berlakunya trombosis pada salur darah
serebral Gray A W, (1991). Keadaan ini juga boleh menyebabkan maut jika keadaan
ini diabaikan dan menjadi terlalu serius Shermen H, (1998).
Oleh sebab demikian, kesedaran terhadap penyakit Hipertensi di kalangan
pesakit perlu dititik beratkan setiap masa agar komplikasi ini dapat dihindari. Kajian
Smith F, (1997) menyatakan bahawa masyarakat perlu memahami dan mengambil
berat terhadap penyakit ini. Dengan cara memberi perhatian pada sebarang
maklumat kesihatan dan mengaplikasikannya bagi mengatasi penyakit Hipertensi.
Justeru itu, peranan dari pelbagai pihak diperlukan untuk mencapai sasaran
yang ditetapkan. Ini bertujun supaya masyarakat akan lebih mengambil berat dan
8
perhatian mengenai kesihatan diri mereka. Selain daripada itu, masyarakat juga
perlu mengetahui tentang risiko bahayanya penyakit Hipertensi supaya bilangan kes
penyakit ini dapat di kawal.
METODOLOGI
Design Kajian
Kajian dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesedaran masyarakat terhadap
penyakit Hipertensi. Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak dikalangan
pesakit di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu. Dikalangan responden ini, 15 orang lelaki
dan 15 orang wanita dipilih dari peringkat umur 35 tahun keatas serta daripada
pelbagai latar belakang.
Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah ‘questionnaire’
atau borang soal selidik. Kaedah ini lebih mudah mendapatkan data dan maklumat
tanpa sebarang tekanan terhadap responden. Responden akan lebih mudah
memberikan maklumat tanpa sebarang masalah. Setiap respondan akan diberikan
soal selidik untuk dilengkapkan. Konsep format ‘close ended’ diguna pakai untuk
membentuk borang ini serta menggunakan bahasa Malaysia bagi memudahkan
responden untuk melengkapkan borang yang diedarkan.
Dalam mendapatkan data lengkap, penyelidik telah menyediakan 18 soalan
yang berkaitan dengan Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Penyakit Hipertensi
9
Di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu. Selain itu juga, kajian ini dilakukan untuk mengetahui
faktor-faktor yang menbawa kepada berlakunya penyakit Hipertensi didalam
masyarakat dan langkah-langkah mengatasinya.
Berkenaan borang ‘questionnaire’ yang diedarkan, terdapat tiga bahagian
iaitu A,B dan C. Tiga bahagian itu terdiri daripada bahagian ‘A’ merangkumi
sosiodemografi responden yang merangkumi jantina, usia, bangsa, agama dan taraf
perkahwinan. Bahagian ‘B’, menjerumus kepada ekonomi dan pendidikan
responden. Manakala bahagian ‘C’ pula menilai tahap kesedaran responden
terhadap permasalahan yang dikaji ini.
Tempat Kajian
Penyelidik telah menjalankan kajian ini di Kelinik Kesihatan Titi, Jelebu, Negeri
Sembilan. Dalam usaha mendapatkan data dan maklumat kajian, penyelidik telah
mengedarkan borang ‘questionnaire’ kepada beberapa orang pesakit yang
mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan yang terlibat. Ianya amat bersesuaian
kerana mengikut data dan statistik terdapat banyak kes-kes ulangan di Klinik
Kesihatan Titi, Jelebu ini.
10
Persampelan
Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang responden di mana mereka dipilih
secara rawak yang berumur 35 tahun keatas dan terdiri daripada 15 orang
responden lelaki serta 15 orang responden wanita. Proses persampelan ini
dijalankan di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu iaitu dari kalangan pesakit yang untuk
mendapatkan rawatan. Persampelan dilakukan secara terancang iaitu peneranagan
diberi dan kenapa kajian ini dilakukan sebelum borang ‘questionnaire’ diedarkan. Ini
bertujuan untuk memudahkan penyelidik mendapatkan kerjasama daripada pesakit.
Metodologi Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilgunakan untuk
mendapatkan satu penyelidikan yang baik dan sempurna. Antara kaedah yang
boleh digunakan ialah melalui kaedah temubual. Terdapat kebaikan dan keburukan
kaedah temubual ini. Antara kebaikannya adalah penyelidik dapat berkomunikasi
secara terus dengan responden tetapi keburukan kaedah ini ialah ia memerlukan
masa yang lama untuk menemubual setiap responden dan penyelidik terpaksa
berjumpa dengan responden seorang demi seorang.
11
Manakala bagi kaedah kedua pula, kaedah soal selidik dilakukan bagi
mendapatkan maklumat. Antara kebaikan kaedah ini ini ialah masa yang digunakan
adalah singkat dan soalan yang diberikan mudah di fahami oleh responden. Namun
kelemahan kaedah ini adalah maklum balas dari responden kurang iaitu borang
yang di kembalikan tidak lengkap dan kebarangkalian mencapainya adalah rendah.
Kaedah Penganalisaan
Kaedah penganalisaan yang digunakan bertujuan untuk melakukan penganalisa
data yang diperolehi daripada hasil pengedaran borang ‘questionnaire’ kepada
responden bagi mendapatkan sebarang maklum balas kepada objektif kajian ini.
Secara keselurahan kaedah penganalisaan dibuat untuk mendapatkan tahap
peratusan kekerapan responden untuk mendapatkan perbandingan bagi setiap
soalan-soalan yang diberikan. Setiap data penganalisaan yang diperolehi dapat
dipersembahkan sama ada dalam bentuk carta pai, bar graf ataupun jadual bagi
menghuraian setiap data-data tersebut.
12
HASIL PENEMUAN
PENGANALISAAN DAN PERSEMBAHAN DATA
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, seramai 30 orang responden
telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan segala maklumat dan data-data yang
diperlukan melalui borang ‘questionnaire’ yang diedarkan. Daripada borang tersebut
segala maklumat dan data-data yang diperolehi dianalisa dan keputusannya
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta seperti yang telah ditunjukkan.
BAHAGIAN A
Carta 1 menunjukkan peratusan responden berdasarkan jantina iaitu lelaki
sebanyak 50% dan wanita sebanyak 50%.
13
Carta 2 menunjukkan peratusan responden berdasarkan umur iaitu antara 21-30
tahun sebanyak 0%, 31-40 tahun sebanyak 23.31%, 41-50 tahun sebanyak 59.94%
dan 50 tahun keatas sebanyak 16.65%.
Carta 3 menunjukkan peratusan responden berdasarkan bangsa iaitu Melayu
sebanyak 23.31%, Cina sebanyak 46.62%, India sebanyak 29.97% dan Lain-lain
0%.
14
Carta 4 menunjukkan peratusan responden berdasarkan agama iaitu Islam
sebanyak 29.97%, Buddha sebanyak 46.62%, Hindu sebanyak 23.31% dan Lain-
lain sebanyak 0%.
Carta 5 menunjukkan peratusan responden berdasarkan status perkahwinan iaitu
sebanyak 100% yang berkahwin dan 0% masing-masing bagi status bujang serta
bercerai.
15
BAHAGIAN B
Carta 6 menunjukkan peratusan responden berdasarkan pendapatan mencukupi
dalam sebulan iaitu berkata ya 53.28%, tidak 33.30% dan 9.99%.
Carta 7 menunjukkan peratusan responden berdasarkan kestabilan ekonomi
keluarga iaitu berkata ya 19.98% dan tidak 79.92%.
16
Carta 8 menunjukkan peratusan responden berdasarkan pendidikan iaitu yang
berpendidikan 83.25% dan tidak mendapat pendidikan 13.32%.
Carta 9 menunjukkan peratusan responden menunjukkan taraf pendidikan iaitu tidak
bersekolah 9.99%, sekolah rendah 29.97%, sekolah menengah 46.62% dan
kolej/universiti 13.32%.
17
Carta 10 menunjukkan peratusan responden berdasarkan pendedahan mengenai
kesihatan iaitu yang berkata tidak 7.40% dan berkata ya 92.30%.
BAHAGIAN C
Carta 11 menunjukkan peratusan responden yang mengetahui tentang penyakit
Hipertensi iaitu yang berkata ya 100% dan berkata tidak 0%.
18
Carta 12 menunjukkan peratusan responden yang mengetahui punca penyakit
Hipertensi iaitu yang berkata ya 73.26% dan berkata tidak ialah 26.64%.
Carta 13 menunjukkan peratusan responden berdasarkan usaha untuk menghindari
penyakit Hipertensi iaitu yang berkata ya ialah 56.61% dan berkata tidak ialah
43.29%.
19
Carta 14 menunjukkan peratusan responden yang berpendapat mahu masyarakat
laian mengetahui penyakit Hipertensi ini iaitu yang berkata ya sebanyak 59.94%,
tidak sebanyak 13.32% dan kurang pasti sebanyak 26.64%.
Carta 15 menunjukkan peratusan responden yang berpendapat mengenai sikap
ambil mudah perlu dikikis iaitu yang berkata ya sebanyak 63.27%, tidak sebanyak
19.98% dan kurang pasti sebanyak 16.65%.
20
Carta 16 menunjukkan peratusan responden mengenai sokongan terhadap kempen
kesihatan iaitu yang berkata ya sebanyak 93.24%, tidak sebanyak 0% dan kurang
pasti sebanyak 6.66%.
Carta 17 menunjukkan peratusan mengenai media massa sebagai penyebaran
maklumat penyakit Hipertensi iaitu yang berkata ya sebanyak 66.60%, tidak 9.99%
dan kurang pasti sebanyak 23.31%.
21
Carta 18 menunjukkan peratusan responden berpendapat penyakit hipertensi
berbahaya iaitu yang berkata ya sebanyak 86.58%, tidak 0% dan kurang pasti
sebanyak 13.32%.
22
PERBINCANGAN
Dalam bahagian ini penyelidik akan membincangkan hasil kajian dan keputusan dari
data yang diperolehi daripada ‘questionnaire’ yang dijawab oleh 30 orang responden
yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang wanita. Semua responden yang
terlibat adalah dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas dan secara amnya
merupakan pesakit Hipertensi itu sendiri. Berdasarkan analisa, matlamat penyelidik
untuk mengetahui tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit Hipertensi
dikalangan pesakit di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu terlaksana.
Daripada edaran borang tersebut, maklum balas responden yang diterima
adalah 100% dengan semua borang berjaya dikumpul. Kesemua data yang
diperolehi dikumpulkan dan di persembahkan dalam bentuk peratusan. Ini bertujuan
untuk memudahkan kajian ini dinilai serta dipersembahkan. 100% akan mewakili
jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu 30 orang responden.
Dalam bahagian A, bertumpukan kepada butiran peribadi responden iaitu
sebanyak 29.97% responden yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang
wanita, 46.62% berbangsa Cina dan beragama Buddha terdiri 8 lelaki dan 6 wanita,
dan 23.31% berbangsa India beragama Hindu yang terdiri 3 lelaki dan 4 wanita. Ini
kerana bangsa cina yang memonopoli di sekitar kawasan yang berhampiran dengan
Klinik Kesihatan Titi, Jelebu tersebut berbanding dengan bangsa melayu dan india.
23
Berdasarkan pada umur, responden dicirikan seperti antara 21 hingga 30
tahun ialah kosong orang, antara 31 hingga 40 tahun ialah 7 orang, antara 41
hingga 50 tahun ialah 18 dan 51 ke atas ialah 5 orang tahun. Dalam pada itu,
kesemua responden adalah berstatus berumahtangga dan mempunyai keluarga.
Berpandukan daripada data ini kebanyakkan responden terdiri pada lingkungan
umur 31 tahun dan ke atas. Pada lingkungan umur inilah yang merupakan
golongan-golongan berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit Hipertensi ini.
Data seterusnya adalah berkaitan dengan ‘questionnaire’ di bahagian B yang
menilaikan status ekonomi dan taraf pendidikan responden. Sebanyak 53.28%
responden mempunyai pendapatan yang mencukupi dalam sebulan. Iaitu
sebahagian besar responden berkerja sendiri. Berbanding 33.3% responden
berpendapatan tidak mencukupi dan 9.99% tidak pasti. Seterusnya ramai di
kalangan responden mempunyai ekonomi keluarga yang stabil iaitu sebanyak
79.92% daripada 19.98% responden tidak mempunyai pendapatan yang stabil.
Dengan ini, kebanyakan responden tidak mempunyai sebarang kesulitan dalam
menjalani kehidupan harian. Dimana ia berkaitan rapat dengan cara hidup serta
berkait rapat dengan penjagan kesihatan seseorang individu.
24
Melihat dari segi taraf pendidikan, sebanyak 83.25% responden mendapat
pendidikan, manakala selebihnya tidak mendapat pendidikan. Ia dicirikan lagi
sebanyak 9.99% tidak bersekolah, 29.97% tamat sekolah rendah dan 46.62% tamat
sekolah menengah dan 13.32% tamat kolej atau universiti. Ini menunjukkan rata-
rata responden mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Dalam pada itu, 7.4%
responden tidak mendapat pendedahan kesihatan berbanding 92.5%. Oleh yang
demikian, pendedahan terhadap kesihatan yang cukup pada masyarakat membantu
dalam megenali penyakit Hipertensi ini.
Dalam bahagian C, soalan lebih tertumpu kepada tahap kesedaran dan
pendapat responden mengenai penyakit Hipertensi ini. Berdasarkan data, kesemua
responden memang mengetahui apakah sebenarnya penyakit Hipertensi. Selain
itu, 73.26% responden berbanding 26.64% responden mengetahui bagaimana
punca berlakunya penyakit ini. Ini telah menunjukkan responden tersebut
menpunyai maklumat-maklumat berkaitan penyakit ini. Kebanyak responden yang
ditemui, menyatakan maklumat di perolehi daripada media massa dan juga
ceramah-cerama kesihatan.
25
Walaubagaimanapun, terdapat dikalangan responden yang sedar akan
tanggungjawab mereka terhadap penjaga kesihatan diri sendiri iaitu sebanyak
56.61%. Antaranya usahanya adalah seperti pemeriksaan kesihatan dan senaman
yang berterusan berbanding 43.29% responden tidak melakukan sebarang usaha.
Seterusnya, terdapat 59.94% responden mahukan masyarakat sekeliling tahu
tentang penyakit ini,13.32% tidak mahu dan 26.64 tidak pasti. Ini menunjukkan
responden mahu berkongsi maklumat penyakit ini dan bukan hanya pentingkan diri
sendiri.
Terdapat sebanyak 63.27% responden menyatakan sikap ambil mudah
terhadap penyakit Hipertensi perlu dikikis, manakala 19.98% menyatakan tidak dan
16.65% adalah kurang pasti. Dengan ini, menunjukkan sikap responden terhadap
penyakit ini adalah serius. Mengenai kempen-kempen kesihatan terhadap penyakit
Hipertensi wajar diadakan dan disokong sebanyak 93.24%, selebihnya 6.66%
kurang pasti dan ini menunjukkan masyarakat mahukan sebarang aktiviti-aktiviti
yang berbentuk kesihatan.
26
Dalam pada itu, peranan media massa dalam menyebarkan maklumat
penyakit Hipertensi dikatakan berjaya kerana ini 66.6% responden menyatakan
maklumat berkaitan kesihatan ini diperolehi daripada media ini. Ini dinilaikan bahawa
media massa telah mencapai objektifnya dalam penyebaran sebarang maklumat
yang berkaitan dan telah sampai pada masyarakat.
Soalan terakhir berkaitan dengan bahaya penyakit Hipertensi ini iaitu
sebanyak 86.58% responden berpendapat penyakit Hipertensi berbahaya dan
13.32% responden berpendapat sebaliknya. Ini telah membuktikan masyarakat
memang mengetahui penyakit Hipertensi ini adalah penyakit yang berbahaya dan
boleh menbawa kepada maut.
27
CADANGAN
Berdasarkan dan berasaskan daripada kesimpulan kajian yang telah dilakukan,
terdapat beberapa cadangan yang difikirkan boleh untuk mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa dalam masyarakat.
Menyedarkan tanggungjawab setiap masyarakat yang kesihatan ini sangat
penting dan utama, mahu pun terhadap diri sendiri atau orang lain disekeliling
mereka. Seperti saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang kepentingan
menjaga dan memelihara kesihatan.
Mengadakan satu rutin pemeriksaan kesihatan yang berkala dan berjadual
bagi setiap individu masyarakat. Ia adalah untuk memastikan tahap kesihatan
individu itu sendiri berada di tahap maksima. Selain itu, jika timbul sebarang
komplikasi penyakit ia dapat menjalani rawatan awal serta pencegahan dilakukan.
Merancang sesi pendidikan kesihatan dikalangan masyarakat yang
berterusan. Dengan kata lain penyebaran ilmu pengetahuan mengenai sesuatu
penyakit dikalangan masyarakat dapat disampaikan. Sebagai contoh, ceramah-
ceramah kesihatan dan seminar-seminar kesihatan yang dihadiri oleh setiap
golongan masyarakat.
28
Memainkan peranan media massa dalam menyebarkan sebarang maklumat
berkaitan dengan kesihatan. Dimana media massa ini boleh mengadakan satu
ruangan khas untuk membentangkan sebarang infomasi berkaitan dengan
kesihatan. Selain itu, menerbitkan satu majalah atau pun buku yang berunsurkan
kesihatan.
Badan-badan NGO ( Non Goverment Organisatoin ) berperana dalam aktiviti-
aktiviti kesihatan. Badan NGO ini juga boleh bergabung tenaga dan kepakaran
dengan kerajaan dalam menyediakan kemudahan atau infranstruktur berkaitan
dengan kesihatan.
Seperti pihak kerajaan mengenalpasti punca sesuatu penyakit ini meningkat
dalam masyarakat. Dengan peningkatan ini kerajaan dapat mencari penyelesaian
dan mengawal serta membendung daripada terus meningkat.
29
RUMUSAN
Daripada kajian ini, objektif dan matlamat penyelidik untuk mengetahui Tahap
Kesedaran Masyarakat Terhadap Penyakit Hipertensi terlaksana dengan jayanya.
Ini kerana segala data yang diperolehi telah memenuhi dan menjawab semua
persoalan penyelidik melalui borang ‘questionnaire’ yang diedarkan kepada
responden. Walaubagaimanapun, pada mulanya terdapat masalah dalam
menerangkan tujuan kajian ini di kalangan responden dan mendapatkan kerjasama
dari mereka.
Namun, daripada hasil data yang terkumpul antara faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap kesedaran masyarakat terhadap penyakit Hipertensi ini adalah
seperti sosioekonomi dimana responden yang menpunyai taraf ekonomi yang tinggi
peluang untuk menghidapi penyakit ini kurang disebabkan kesedaran yang tinngi.
Selain itu, taraf pendidikan yang tinggi juga, memudahkan masyarakat itu
sendiri mengetahui dan memahami penyakit ini. Walaubagaimanapun, sikap
masyarakat yang mengambil berat terhadap tahap kesihatan mereka sendiri
mengakibatkan penyakit ini berada di tahap terkawal. Semua ini dapat dilihat
daripada hasil penganalisa data yang diperolehi.
30
Kesimpulannya, tahap kesedaran di kalangan masyarakat terhadap penyakit
ini adalah tinggi. Kesedaran ini dapat dipertingkatkan lagi dengan kerjasama,
komitmen dan tanggungjawab semua pihak dalam masyarakat. Dengan itu, harapan
untuk menjadikan semua golongan masyarakat mencapai tahap kesihatan tertinggi
terlaksana dan selaras dengan kehendak kerajaan.
31
BIBLIOGARFI
Brown G, (1999) Understanding Health, pg 54 chap 4. New Jersey :
Professional Communication.
Brian P D, (1993) Health Management For Living, pg 21.Volume 2.
Philadelphia J.B Lippincott Company.
Dally H, (1990) Culture Health And Illnes, (2nd ed). Kuala Lumpur : Golden
Book Centre.
Gray A W, (1991) Advance In Hypertension, (3rd ed).London : Masray
Company.
Hales B, (1993) Research Methods For Nurses, (2nd ed). Buckingham : Open
University Press.
Isles CG, (1995) Management Of Hypertensive Crisis, pg 23-25, Volume 2,
Scott Med Co.
J Hypertens, (1999) Guidelines For The Management Of Hypertension, pg
151-183. 1999 World Health Organization.
32
Mancia G, Zanchetti A, (1996) Prevention, Detection, Evaluation And
Treatment Of High Blood Pressure, pg 157, Arch Intern Med.
Ruskin J, (1996) Understanding Of Hypertension, pg 117, Volume 13. United
State : Visual Education Corp.
Smith F, (1997) Manual Of Diagnosis And Therapy, (17th ed). New York :
Mosby.
Shermen H, (1998) A B C Of Hypertension, pg 56-59 volume 26.London :
British Library.
Whelton E N, (1999) Health And Fitness, pg 67. Ireland : Latimer Trend &
Company.
33
Top Related