Download - RESEPI APE

Transcript

copy paste saja resipinya

Brownies Cheese Versi Kukus

Brownies:Bahan A:2 biji telur1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)1/2 cawan susu pekat manis100 ml minyak1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)1/2 cawan tepung gandum1/2 sudu teh baking powder1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:500g cream cheese4 biji telur grade B140g gula halusSedikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse cake..

Kek span paling mudah..cuba buat kek nie bagi pandai...dah pandai cuba pulak buat cheese kek leleh tu...pastu sapa rajin tu dia boleh buat jualan pulak...janji kena tabur cheese sepenuh penuhnya....baru marvellous!!!!

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )

3 biji telur1 cawan tepung gandum (100g)1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula2 sudu kecil susu segar1 sudu kecil baking powder15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnyaesen vanilaCara-cara

panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihandalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul ratamasukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 30 - 45minit

KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN :

240 gm butter220 gm gula castor240 gm tepung gandum1/2 sudu kecil baking powder4 biji telur gred A10 gm ovallete1 sudu kecil esen vanila60 ml fresh milk20 gm serbuk koko20 ml air

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 175'C . Ayak tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan dulu . Satukan susu dengan esen vanilla . Putar butter dan ovallete sehingga rata dan masukkan gula serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi putih

- Teruskan mix adunan dan masukkan sebiji demi sebiji telur , jarak antara sebiji telur ialah 1 minit . Putar sehingga adunan jadi kembang . Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya putar balik adunan sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 3 minit saja )

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian , satu bahagian dibiar kosong dan satu lagi dimasukkan bancuhan koko dengan air kosong . Kacau bahagian koko sehingga sebati .

- Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan adunan kosong lepas tu adunan koko dan ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing . Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja tandanya kek dah masak la .

(RESEPI) Cheesecake biskut ! Cheesecake paling senang nak buat. Tak perlu bakar pon :DNak up lah satu entri resepi sebelum nak masuk bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni. Aku memang suka lah masak-masak or baking membaking (oh mybahasa melayu!) ni. Tapi aku suka buat benda yang simple je. Tak suka buat benda yang renyah dan remeh-temeh. Hari ni nak share dengan korang cara nak buat cheesecake paling senang dalam dunia. Tak payah nak beli oven,janji ada peti ais. Tak payah bakar, sejuk kan dalam peti ais jahh. Pastu bahan pon senang je nak cari. Pendek kata memang senang lah resepi kali ni. Pendek je kata camtu,panjang tak kata apa apa. ok tak kelakar

Ok ni lah bahan-bahan nak buatCheesecakeBiskut Teduhan Kasih. Auww feeling nak suap cheesecake dekat abang Ehsan sambil berteduh di tepian pantai pulak.kuikui padahal cerita teduhan kasih dah habis dah pon.

Bahan-bahan nak buat cheesecake biskut:

Cream cheese (250g)1/2 tin susu pekat manisNestumBiskut Hup Seng (Guna biskut yang Deluxe Cracker tau.Guna Cream Cracker kesedapan nya kurang.Aku ni kes salah beli biskut lah ni. haha )

Guna biskut ni, Deluxe Crackers original flavour.Jangan ambil yang perasa sayur pulak. Harap takconfusedantara Cream Cracker dengan Deluxe Cracker .

Susu segar untuk celup-mencelup biskut. Guna susuLow fatkalau nak kurus. Susu full cream kalau nak gemuk. kehkeh ok padahal sama je.Tak ada kena mengena pon. Janji susu segar, tak kesah lah jenama dan jenis apa pon

Cara-cara nak buat cheesecake biskut:

Pukul cream cheese sampai lunyai gunastand mixer

Masukkan1/2 tin susu (kalau kuat manis,bubuh lah lebih.Kalau tak suka manis,kurangkan.tapi jangan letak satu tin susu pekat ni pulak,kencing manis pulak karang)

Gaul-gaul sampai sebati. Ok siap dah part ni

Ambil biskut celupkan dalam susu segar tadi. Jangan sampai lembik sangat-sangat. Cukuplah sekadar soggy di bahagian depan dan belakang body biskut itu. Kemain biskut feeling mandi susu tauu.

Pastu susun dalam loyang kiut kiut macam ni. Loyang aku ni memang cun-cun je muat 9 keping biskut . Bagus kau loyang! Tak payah aku nak patah-patah kan biskut-biskut ituww :D

Then celet lah dengan cream cheese yang kita pukul tadi

Pastu tabur nestum

Then ulang benda yang sama.Letak biskut >>cream cheese>>nestum. Layerkan sampai lah cream cheese tu macam dah nak habis.Letak sekaligus banyak-banyak biskut dalam susu ni pon boleh. Lagi cepat kerja kau nak melayerkan cheesecake itu. MELAYERKAN? Hazabedah nya bahasa melayu kau ni. weee

Untuk topping atas sekali,tinggalkan cream cheese tu sedikit tebal daripada yang kita sapu dekat bawah-bawah layer biskut tu

Akhir sekali tabur nestum. Masuk dalam peti ais. Sejuk kan semalaman. Siap!

Haaa senang je kan?? Buat cheesecake biskut ni ala-ala kek batik je. Cuma tak payah masak atas api je. Celup-mencelup biskut tu tujuan dia untuk melembutkan isi cheesecake ni. Nanti nak potong senang lah. Kalau tak celup biskut tu kang, patah lak pisau nak memotong nya sebab biskut keras berdentung. Gituww saja hiperbola.

Ni lah hasilnya cheesecake biskut teduhan kasih itu. Jom papa Ehsan kitadating. Cheesecake Biskut siap dah ni. Nganga cepat Ehsan....aummm *masuk kek dalam mulut sendiri* kehkehkeh

Cheesecake biskut ni sesuai untuk dijamukan dibirthday partyke,open house ke, jamuan bos bersara ke...hehe tak kesah lah bila nak makan pon.Nak makan hari biasa-biasa pon boleh. Rasa cheesecake biskut ni lembut je bila gigit. Macam makan kek :D

Tapi kalau time berbuka puasa nak makan ni memang tak lah kan. Muak nanti. Perut kita pon lagi gembira riang ria bila tengok lauk pauk daripada cheesecake biskut ni time berbuka.Melainkan perut kau perut omputeh.Memang boleh lah kot kau hadap makan cheesecake time berbuka puasa. Perut aku perut melayu totok je. But time raya kalau nak jamu orang makan cheesecake biskut ni memang sangat sesuai! *buat thumbs up sambil kenyit mata bajet wondergirl*

Ok tu je. Kalau sesiapa nak cuba,selamat mencuba :

Resepi Egg Benedict (Hidangan Sarapan Western)Bahan6 keping roti2 biji telur1/2 cawan susu2 btg sosej atau udang atau apa-apa saja utk intiLada dan garam secukup rasaCheese utk topping.Letakkan sekeping roti ke dalam pan muffin. Bancuh susu dan telur. Masukkan inti, sosej, tuang ke dalam roti dan tabur cheese. Bakar suhu 170 selama 20 ke 30 min atau sampai masak*note: suhu dan timer bergantung pada oven masing-masing ya*

Nak kongsi respi apam balik yg senang dan lembut.Selama ni asyik beli je...,apa kata kita pakat buat sendiri,Jimat dan sedap,lg pun boleh taruk jagung bnyak2x kena cas lebih pun...,hihi.2 Cwn tpg gandum.1 1/2 Cwn air.1/3 Cwn gula.2 bj telur.1 sudu teh baking powder.1 sudu teh yis mauripan.2 sudu besar minyak masak.Secubit garam.Sedikit pewarna kuning telur.Bahan tabur.Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).Gula ( ikut suka)1 tin Jagung ala cream.Mentega (ikut suka)Caranya.Saya guna blend je, senang dn cepat.Blend telur dan gula hingga kembangMasukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,Masukan tpg,blend lg.Masukan pewarna blend lg.Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,senang sket nak makan.Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar

bahan-bahan ( unt 1 family )

1 kg mee laksa2 sudu makan udang kering10 batang lada kering2 ulas bawang besar4 ulas bawang putih300gm udangSedikit kerangSedikit Fishcake200gm daging kisarbeberapa batang sayur sawiminyak unt mengoreng2-3 sudu makan sos tiramgaram dan serbuk perasaCara-cara

kisar bawang besar,bawang putih,lada kering dan udang keringtumis bahan2 kisar tadi hingga garingmasuk kan sos tiram dan garamkemudian masuk kan udang ,kerang,fishcake dan daging kisarsetelah itu masuk kan mee laksa dan sayur sawi setelah itu boleh lah dihidang kan..

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Sebelum menulis berkenaan resepi, hariini saya nak kongsikan sedikit antara intipati kuliah Dhuha Ustaz Iqbal, surah Al Baqarah ayat 118-121 di mana ditunjukkan tentang kejahilan orang jahiliah yang tidak berilmu bila berdebat dengan Allah SWT. Mereka mungkin mempunyai ilmu tapi tidak menghujahnya dengan berilmiah. Sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang jelas pada setiap Rasul dengan mukjizat masing masing tetapi orang Yahudi dan Nasrani sangat degil. Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri.

Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat.Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu.

Sebagai kesimpulan, kita kenalah dekatkan dengan Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, dengan hadisnya. Beli dan baca buku berkenaan hadis hadis. Jangan ikut program Yahudi, perbanyakkan membaca Al Quran juga memahami kandungannya. Sebaiknya dibaca terjemahan dulu sebelum dibaca ayat bagi menambah penghayatan. Akhir sekali, kena yakin dengan seyakin yakinnya bahawa satu hari akan tiba bila Allah akan membalas kebaikan kita. Pada masa itu, tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah.Dan takutlah kamu pada satu hari yang tidak boleh menebus satu jiwa dengan jiwa yang lain. Juga tidak diterima ketika itu, apa bentuk keadilan dan tidak boleh menolong orang lain. Itulah hari pembalasan.....

Berbalik pada resepi pula, telah lama saya ingin membuat biskut ala ala Famous Amos terutama bila melihat ramai kawan kawan yang telah menayang di blog masing masing. Saya sebenarnya tak pernah membeli biskut yang "high end" ini walaupun saya sangat menggemarinya. Saya hanya akan makan biskut Famous Amos yang dibeli oleh anak anak. Bukan apa, macam terasa sayang duit nak membayar semahal itu untuk biskut yang sedikit jer. Tapi anak anak memang mereka tak kisah asalkan mereka suka. Malahan semasa majlis pertunangan Nana, juga disediakan biskut Famous Amos dalam salah satu dari hidangan candy buffet.

Sebenarnya dah banyak kali saya menyalin resepi Famous Amos yang dikatakanresepi asal yang dibeli oleh seorang pelanggan dengan harga yang mahal. Oleh kerana tidak berpuashati dengan cara isu yang ditangani oleh pihak Famous Amos, dia telah bertindak memyebarkan resepi di laman web. Walaupun dah lama menyimpan hasrat untuk membuatnya, ianya tinggal hasrat semata mata sehingga lah saya ternampak gambar kejadian biskut Famous Amos di blogCahaya Cinta Kukepunyaan Ana Suzana yang sangat menggoda hati saya.

Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap.

Jom kita tengok resepi di bawah ini yang telah ditulis untuk separuh adunan. Separuh adunan dapat menghasilkan 55 keping biskut. Jika mahu buat adunan penuh, gandakan sahaja bahan bahannya kecuali telur masih menggunakan 1 biji ya. Hari Raya Aidil Adha pun akan menjelang tak lama lagi, jadi bolehlah kita menyediakan biskut ini untuk hidangan tetamu yang bakal berkunjung. Lagi pun sangat mudah dan cepat jer untuk menyediakan biskut yang fofular seantario dunia ini.

Biskut Famous AmosOleh:Azie Kitchen

Bahan A1/4 cawan gula kaster1/2 cawan gula perang1/2 cawan mentega (~+75 gm)1/2 cawan minyak jagung1 biji telur gred B1/4 sk garam1/2 sb susu segar @ susu tepung1/2 sk vanilla extract

Bahan B2 cawan tepung gandum (di ayak)1 sb serbuk koko (di ayak)1 sb tepung jagung (di ayak)1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)1/2 sk soda bikarbonat1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair

Fiza Sezaliadded 3 new photos withHarrena Hambaliand35 others.Fenomena tauhu telur yg melanda FB masa kini...Saye pon tak ketinggalan mencubanya..dah 2 buat..mmg sedap..pada yg nak mencuba ni resepinye yer...~TAUHU TELUR~4keping tauhu putih2 tiub tauhu lembutsegenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnye)2 bj telur-kesemua bahan2 ni di blender sampai lumat yer-dah sudah masukkan dlm bekas mcm yg sye buat tu2bj cabai merah di cincang halus (kalu nak pedas tambah la lg)sedikit daun bawang yg di potong halus2 (nak gune daun sup pon boleh)sedikit serbuk cukup rasa Maggie..(jgn buh byk tau..1st buat sye buh 1 paket yg rm1 tu..masin giler huh)tapi kalu tak suka gune serbuk cukup rasa maggie ni pon takpa..buh je garam yer..-gaulkan sebati bahan2 ni dgn tauhu yg dah di blender lumat tu yer-dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke ,tapawe ke..sya gune loyang tp melekat la..baik gune tapawe lg selamat)-biarkan sejuk br di potong (ikut suke kome le nak potong gaye apa yer hihihi)-celopkan tauhu yg dah di potong dalm telur yg dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan..-mudahkan..~selamat mencuba~