Download - RESEPI IBU

Transcript
Page 1: RESEPI IBU

RESEPI IBU

Masakan & Selera Malaysia

Home Aneka Nasi Aneka Nasi 2 Aneka Mee Aneka Sayur Aneka Lauk-Pauk Aneka Lauk-Pauk 2 Aneka Kuih-Muih Pencuci Mulut Aneka Puding Tambahan - Western Food

ANEKA LAUK-PAUK

1. Barbeque Ayam Berempah

Bahan-bahannya

1 kg ayam @ 1kg kepak ayam4 sudu besar serbuk cili5 biji bawang besar10 ulas bawang putih4 cm halia4 cm lengkuas10 batang serai(dihiris halus)2 sudu besar jintan manis (blender kering)1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)Gula secukup rasaGaram secukup rasaSerbuk perasa

caranya

Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.

Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap)

2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit

Page 2: RESEPI IBU

Bahan-bahannya

Ayam seekor di potong ikut selera- 5 ulas bawang merah- 3 ulas bawang putih- Cili Api kampung 20 biji- Sedikit halia- Sedikit lengkuas- dua biji tomato dibelah empat- Sedikit kunyit serbuk- Sehelai daun kunyit disimpul- Santan RM1.00 bahagikan dua

caranya 

 

Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana.

Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika.

Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.

Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api.

3.Ayam Percik Special

Bahan-bahannya

 

 

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air)3 batang serai 2 inci halia3 biji bawang putih4 biji bawang merah Bahan B:1 1/2 cawan air asam jawa pekat7 sudu besar gulagaram secukupnya Bahan C:6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas

Page 3: RESEPI IBU

kurangkan sikit)1 cawan santan pekat

caranya

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula,

bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan

cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.

Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.

4. Ayam Berempah Ala Sate

Bahan-bahannya 

1/2 ekor ayamBahan untuk dikisar:2 sudu besar jintan manis2 sudu besar jintan putih1/2 inci halia1/2 inci lengkuas1 batang serai3 ulas bawang putih3 biji bawang merahsedikit serbuk kunyitgaramgula melaka

caranya

Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga hancur.

Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak.Selamat mencuba

5. Ayam Masak Merah

Page 4: RESEPI IBU

Bahan-bahannya

Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering30 gm halia20 gm bawang putih90 gm serai200 gm bawang besar300 gm tomato200 gm minyak masakGaram, gula dan serbuk perasa secukup rasa1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

caranya

Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.

Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.

Apabila telah kering bolehlah diangkat.

 

  6. Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-bahannya

500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa

caranya

Page 5: RESEPI IBU

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.

Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya.

Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

 7. Ayam Panggang Lemak

Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati. Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan Seinci halia Seinci kunyit hidup 10 ulas bawang merah sederhana besarnya. 10 biji bunga cengkih 3 keping asam keping 5 helai daun limau parut Sehelai daun kunyit 3 Helai daun salam Garam secukup rasa

caranya

Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.

Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan. Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam. Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.

Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana. Setelah kering santan, barulah diangkit. *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar. *Susun dengan taburan sohon goreng.

8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering

Bahan-bahannya

½ ekor ayam 3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat)

Page 6: RESEPI IBU

1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiramSedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa Sedikit minyak Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

caranya

Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

9. Ayam Bakar Mayonis

Bahan-bahannya 

1 ekor ayam yang bersaiz serdahana 1 bungkus kecil rempah kari ayam 5 sudu mayonis Sedikit garam dan kunyit

caranya

Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan

maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.

10. Ayam Masak Siam

Bahan-bahannya

5 ketul dada ayam 2 ketul kiub ayam 2 sudu besar lada giling 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

Page 7: RESEPI IBU

1 inci halia (ditumbuk) 1 biji bawang besar(potong 4)2 batang serai (dititik) 4 helai daun limau purut 1 biji limau purut (ambil airnya) Sedikit minyak untuk menumis

caranya

Dada ayam dipotong kecil-kecil. Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau. Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut. Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup

masakan  dengan penutup sebentar. Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan

bawang besar. Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.

11. Gulai Lemak Ikan Haruan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruankelapa parut 1/2 bijiCili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup rasa.

caranya

Ikan dibersihkan. Tumbuk cili padi sampai lumat. Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam

keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.

  1 2. Ikan Merah Bersos Cili

Bahan-bahannya

400 gm ikan merah 150 gm cili kering75 gm serai100 bawang putih100 bawang merah1/2 sudu besar belacan1 liter minak masak 1 sudu besar sos ikan

Page 8: RESEPI IBU

1 sudu besar gula1/2 sudu kecil garam10 helai daun limau purut100 gm cili sos

caranya

Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.

Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan

sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan.

13. Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahannya

seekor ikan siakap(sederhana besar)-2 batang serai dititik-satu inci halia dipotong halus-daun bawang, sup-sebiji bawang besar dihiris bulat-cili besar(belah dua) dan asam boi-rempah tomyam(botol),minyak jagung-2keping nenas keping, jeruk mempelamgula,garam & bahan perasa(secukup rasa)

caranya

ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai).

masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi.

hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam. masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu

makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit.

14. Ikan Cencaru Goreng Terutup

Bahan-bahannya

Page 9: RESEPI IBU

3 ekor ikan cencaru (bersihkan)-lada kering*-bawang merah*-sedikit halia*-2 batang serai*-air asam jawa-garam,gula & sedikit perasa-minyak masak(kisar bahan yg bertanda * )

caranya

 

goreng ikan cencaru panaskan minyak masukkan bahan2 yg dikisar tadi biarkan hingga naik bau masukkan sebatang serai yg telah dititik masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa.. biarkan selama 2 minit

mesti sedap punya... Selamat mencuba

15. Bawal Masam Manis

Bahan-bahannya

1 ekor ikan bawal1 sudu besar tepung jagung1 biji putih telur1 biji bawang besar ] dipotong dadu2 biji cili merah ]3 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos plum2 sudu besar sos cili50 ml air1 sudu kecil air limau nipisMinyak masakGaram dan gula

caranya

Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.

Page 10: RESEPI IBU

Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.

Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

16. Ikan bungkus daun pisang

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung2 ulas bawang merah-kisar halus2 ulas bawang putih-kisar halus3 sm halia-kisar halus1 batang serai-kisar halus2 sudu besar cili pes1 helai daun kunyit-hiris halus1 keping asam-hiris halus100 ml santanGaram dan gula secukup rasa

caranya

Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.

Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan ke atas ikan.Gaul rata.

Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan ratakan ramuan serta lipat.

Bakar di atas arang api sehingga wangi. Hidang panas.

17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia

Bahan-bahannya

600 gm bawal kecil20 gm halia muda. diracik halus100 gm tomato, diracik halus100 gm cendawan hitam5 gm garamSedikit lada putih1 gm minyak bijan10 gm cili merah, diracik halus

Page 11: RESEPI IBU

15 gm daun parsli cina60 gm minyak halia100 gm kicap cair20 ml stok ikan

caranya

Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan.

Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar.

Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.

18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya

1 kilo ikan keli [dipanggang]4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)1 mangkuk santan pekatsedikit santan cairsedikit buah cekurhirisan daun cekursedikit garamsedikit perasa

caranya

Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,dan buah cekur sehingga lumat.

MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.

MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yangsederhana.

Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.

Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi.. Senang jerkan ....kalau pedas lagi best..Selamat mencuba

Page 12: RESEPI IBU

19. Cencaru Bersumbat

Bahan-bahannya

2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg beratMinyak untuk dilengser1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat1 camca besar cili giling-untuk disumbatGaram secukup rasa-untuk disumbat1 biji telur-untuk disumbat½ cawan serbuk roti-untuk disumbat

caranya

Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang

dan bawang putih. Kacau hingga wangi. Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata.

Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia sebati.

Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c.

Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.

20. Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahannya 

600 gm ikan pari300 gm bendir2 batang serai, dititik2 kuntum bunga kantan4 - 6 helai daun kesumSedikit minyak untuk menumisSedikit air asam jawaGaram secukupnyaBahan-bahan digiling halus:

Page 13: RESEPI IBU

15 tangkai cili kering5 biji bawang merah3 ulas bawang putih2.5 sm halia

caranya

Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air

asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan

garam. Kacau rata.

21. Daging Gulung Bakar

Bahan-bahannya

4 biji kentang, direbus dan dilenyek 200 gm keju parut Sedikit garam ½ camca teh serbuk lada putih 1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus1 cm halia, dikisar Sedikit daun ketumbar 5 ulas bawang putih, ditumbuk 500 gm daging cincang 2 batang lobak merah, diparut

caranya

1 cm halia, dikisar Sedikit daun ketumbar 5 ulas bawang putih, ditumbuk 500 gm daging cincang 2 batang lobak merah, diparut

22. Daging Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-bahannya

1kg Daging- 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk- 2 biji cili masak dibelah dua- halia sebesar ibu jari dihiris

Page 14: RESEPI IBU

- 4 ulas bawang merah di mayang- 2 ulas bawang putih di mayang- 2 batang serai diketuk- 5 biji cili api diketuk- 5 sudu besar kicap pekat tamin- 3 sudu besar cuka- 1 biji bawang besar dipotong bulat- 5 sudu besar minyak untuk menggoreng- garam dan ajinomoto secukup rasa

caranya

Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil. Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan

bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada hitam, kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan dgn sedikit air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih.

Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa secukupnya.

Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api.

23.Daging Berempah

Bahan-bahannya

300 gm daging10 ulas bwang merah4 ulas bawang putih3 camca serbuk rempah kari1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik)2 cm halia1 kuntum bunga cengkih1 kuntum bunga lawang1 cm kulit kayu manis¼ cawan kerisik2 sudu minyak makan1 helai daun limau purutGaram

caranya

Daging dicuci & potong ikut suka. Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih

dimayang halus.

Page 15: RESEPI IBU

Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bungalawang & kayu manis. Bila bawang kuning,masukkan rempah, daging & santan cair.

Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak sampai pekat.

Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya jangan hangus

 24 . Daging Masak Merah

Bahan-bahannya

300 gm daging lembu2 biji bawang besar (dihiris)3 ulas bawang putih (dititik)125 gm sos tomato4 sudu besar cili kering (dikisar)Sedikit kicap cairGaram secukup rasaSedikit airMinyak untuk menumis

caranya

Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.

Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering.

Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.

Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

25. Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahannya

Daging (dihiris halus) Lada hitam secukup rasa Bawang merah Bawang putih Sedikit halia

Page 16: RESEPI IBU

Kesemua bahan di tumbuk.Sos tomato Sos cili Sos tiram Kicap pekat Garam Bahan perasa

* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri.

caranya

Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)

Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk.

Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar.

26 .Daging Goreng Cili Padi

Bahan-bahannya

Daging (dihiris nipis)500gCili padi 10 ulas Bawang besar 3 bijiHalia 1/2 inciSos Tiram 2 sudu makanGaram secukup rasaGula sedikit(jika suka)Cili merah potong menyerongLimau kasturi 2 biji (jusnya)

caranya

Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar; Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang

agar lembut. Setelah itu angkat; Tumis bahan (1) di atas hingga garing; Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang

besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah. Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi; Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit

dan bolehlah dihidangkan.

Page 17: RESEPI IBU

27. Daging Masak Serai

Bahan-bahannya

Daging Masak Serai1 kilo daging8 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1.5 inci halia2 batang seraisedikit gula melaka1 sudu budusedikit lada hitamgaram

caranya

serbuk perasa bawang merah,putih dan halia dimayang halus masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris, serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah.

masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak.

28. Bergedel Goreng

Bahan-bahannya

125 gm daging cincang/kisar 5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya) 2 camca mentega Garam & lada sulah secukup rasa 1 ulas bawang putih (dicincang halus) 6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing)1 pokok daun bawang (dicincang) 1 pokok daun sup (dicincang) 1 biji kuning telur ½ camca buah pala parut Sedikit serbuk perasa Putih telur dari 1 biji telur Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa

caranya

Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca. Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa.

Page 18: RESEPI IBU

Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega selebihnya dengan kentang yang telah dilecek.

Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak & putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit.

Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan.

Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur.

Hidangkan panas-panas dengan nasu putih

29. Bifstik Daging

Bahan-bahannya

600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka300 gm kentang, dihiris dan digoreng2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng1 tin kecil kacang pis2 camca sedang kicap pekat 2 biji tomato, dibelah empat3 biji bawang besar, dihiris bulat1 tin kecil puri tomato5 tangkai cili hijau, dibelah dua2 camca sedang minyak sapiAir untuk mengempukkan dagingGaram secukupnyaBahan-bahan tumis:PelagaKulit kayu manisCengkih

Bahan-bahan digiling lumat:

1 camca teh lada putih1 biji bawang besar1 camca teh jintan manis2 ulas bawang putih1 sm halia

caranya

Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga

kuning.

Page 19: RESEPI IBU

Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

30. Daging Masak Sambal Halia

Bahan-bahannya

½ kg Daging ½ inci halia (dihiris) 2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng) 1 ulas bawang besar (dihiris) 1 cawan air asam jawa Garam dan gula (secukup rasa) Minyak (untuk menumis)Bahan dikisar: 9-11 keping cili kering 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 1 ½ inci halia

caranya

Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau.

Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau.

Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu hingga daging masak.

Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan kentang dan bawang besar.

Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat

 

Page 20: RESEPI IBU

 

31. Singgang Daging TerengganuHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan500 g daging, tanpa lemak

Bahan-bahan A5 g (1 sudu makan) biji ketumbar           ditumbuk kasar2 g (1 sudu teh) lada hitam

Bahan-bahan B4 g (2 sm) lengkuas4 g (2 sm) halia                dihiris4 g (2 sm) kunyit4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji 10 g daun kesom, tanpa batang5 g (3 keping) asam keping60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm3 g (1/2 sudu teh) garam2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging

Cara memasak

1. Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm). 2. Rebus daging hingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk,

tambahkan air dan biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan-bahan (A), (B), ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan.

3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya. 4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan

ubi kentang sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik-balikkan.

5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 280 g

Page 21: RESEPI IBU

 

 

32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang)Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit10 g (10 biji) cili kering200 g (20 ulas) bawang merah15 g (3 ulas) bawang putih              (A) dikisar halus10 g (2 sm) halia10 g (2 sm) lengkuas200 g kelapa parut dibuat kerisik60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka5 g (2 keping) asam keping20 g (1 batang) serai diketuk30 g (4 sudu makan) minyak sayuran100 g (6 - 8 biji) cili hijau250 ml (1 cawan) air5 g (1 sudu teh) garam

Cara menyediakan kerisik

1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan. 2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan

mengeluarkan minyak.

Cara memasak kerutup

1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan asam keping sehingga wangi. 2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat. 3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa. 4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat. 5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.

Page 22: RESEPI IBU

Berat satu hidangan: 160 g

 

33. Asam Pedas Sayur KeladiHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi)5 g (2 sm) kunyit hidup       (A) 10 g (5 biji) cili padi           ditumbuk halus80 g (4 sudu makan) tempoyak20 g udang kering/geragau basah2 g (2 keping) asam keping                                              Bahan (B)3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil)10 g (2 sudu teh) garam1250 ml (5 cawan) air

Cara memasak

1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya. 2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu.

3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan. 4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk. 5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih. 6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika. 7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok. 8. Angkat dan hidangkan.

Nota:

1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak (masam/manis).

2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai untuk hidangan rendah lemak.

Page 23: RESEPI IBU

Berat satu hidangan: 160 g

 

 

 

34. Daging Panggang ala KelantanHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan1 kg daging tanpa lemak30 g (6 sm) halia80 g (8 ulas) bawang merah                              (A) ditumbuk halus20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup70 g (3 batang) serai20 g (4 sudu teh) lada sulah10 g (2 sudu teh) garam

Untuk Hiasan5 helai daun salad1/2 biji timun1 biji tomato

Cara memasak

1. Daging dicuci dan dipotong 5. 2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.

3. Panggang daging sehingga masak. 4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun

salad dan sambal air asam.

Berat satu hidangan: 200 g

Sambal Air Asam

Page 24: RESEPI IBU

Bahan-bahan100 g (10 biji) cili merah50 g (5 ulas) bawang merah10 g (2 sm) halia                            ditumbuk halus30 g udang kering20 g belacan20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air3 g (1/2 sudu teh) garam

Cara menyediakan

1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam. 2. Hidangkan dengan daging panggang.

 

 

35. Kerabu Mangga MudaHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus20 g (1 biji) bawang besar, dimayang10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus10 ml (1 sudu makan) cuka10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi5 g (1 sudu teh) garam10 g (2 sudu teh) gula

Hiasan100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Page 25: RESEPI IBU

Cara memasak1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 80 g

 

 36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut

 

Bahan-Bahan:

Ayam ½ ekor 15 biji cili padi(ikut rasa) kunyit hidup ½ inci garam secukup rasa

bawang kecil 1 biji serai 2-3 batang Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)

Cara:

Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau. Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak. tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba...

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam.

Tambahan:

Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah..

 

  37. Begedil Istimewa

 

Bahan-Bahan:

10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air masak)

2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam)

Bahan A 5 tangkai lada merah segar 1 biji bawang merah 4 ulas bawang putih Daun sup Daun bawang

Bahan B daging ayam / lembu yang di kisar

garam secukup rasa minyak masak

Cara:

Page 26: RESEPI IBU

Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam.

apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali.

balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.

Tambahan:

pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.

 

 38. Asam Pedas Ayam

 

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong 2 keping asam gelugur 1 cawan minyak masak 1 ikat daun kesum Gula dan garam secukupnya 2 cawan air 10 tangkai cili kering, digiling

6 biji bawang merah, digiling 1 sm halia, digiling Sedikit belacan, digiling 4 tangkai cili merah, digiling 2 ulas bawang putih, digiling 1 sm kunyit basah, digiling

Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.

 

  39. Ayam bakar enak

 

Bahan-Bahan:

3 camca besar minyak masakSedikit garam1 ekor ayam1 camca besar perahan limau nipis500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:8 biji cili merah

2 batang serai1 cm kunyit8 biji bawang merah

Disangrai dan ditumbuk:1 camca teh jintan putih1 camca teh lada hitam4 biji buah keras

Cara:

Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.

 

Page 27: RESEPI IBU

 

40. Ayam Berempah

 

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)garam secukup rasa 4 sudu besar minyak makan 1 cawan teh pati santan Air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling: 15 ulas bawang merah 5-6 batang lada merah 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup

Cara:

Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahandengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4 orang saja

 

 

 

MY©2008

Create a Free Website

Page 28: RESEPI IBU

RESEPI IBU

Masakan & Selera Malaysia

Home Aneka Nasi Aneka Nasi 2 Aneka Mee Aneka Sayur Aneka Lauk-Pauk Aneka Lauk-Pauk 2 Aneka Kuih-Muih Pencuci Mulut Aneka Puding Tambahan - Western Food

ANEKA NASI

31. Nasi Beriani Kismis

Bahan-Bahan:

1 mangkuk kismis kuning½ mangkuk gajus2 gelas beras basmathi½ cawan minyak sapi½ cawan susu cair2 gelas air¼ gelas rempah beriani4 biji tomato

5 kuntum bunga lawang10 kuntum cengkih5 biji bawang besar, dihiris¼ cawan tairu2.5 sm kulit kayu manis4 biji pelagaGaram secukupnya

Cara:

Panaskan minyak sapi. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, bawang besar, pelaga hingga wangi. Kemudian masukkan tairu dan rempah beriani. Apabila garing masukkan air, garam dan susu. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan beras dan tomato. Kacau rata. Tutup periuk dan biarkan masak. Setelah masak taburkan kismis dan gajus.

 

 

32. Nasi Beriani Tulang

 

Page 29: RESEPI IBU

Bahan-Bahan:

2 kg beras beriani230 gm minyak sapi1 tin besar susu cair1 bungkus kecil rempah beriani1 tin kecil tomato puri1 ringgit biji gajus - digoreng1 pokok daun ketumbar1 pokok daun pudina1 labu bawang besar - dihiris2 labu bawang besar ]3 ulas bawang putih ] digiling2 sm halia ]Sedikit bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan 4 helai daun pandan

Bahan untuk direbus:

1 kg rusuk kambing1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)2 labu bawang besar (ditumbuk)3 ulas bawang putih (ditumbuk)2 sm halia (ditumbuk)

Cara:

Tumiskan bawang besar hiris, lalu masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bahan giling, rempah beriani dan biar hingga garing. Bila wangi masukkan bahan rebus dan air secukupnya, susu, daun pandan, tomato puri, air mawar dan garam lalu biarkan mendidih.

Kemudian masukkan beras dan masak hingga kering baru taburkan gajus, daun pudina dan daun ketumbar lalu biar seperti menanak nasi biasa.

33. Nasi Beriani Udang

 

Bahan-Bahan:

600 gm. udang yang sederhana besarnya2 tin susu beras siam2 tin susu air4 sudu makan minyak sapi2 labu bawang besar (dimayang halus)1 genggam bawang merah ditumbuk hingga lumat.

2 hiris halia dipotong sepanjang 1 sm.2 ulas bawang merah (dimayang halus 2 ulas bawang putih (untuk ditumis)1 helai daun pandanSedikit kulit kayu manis, cengkih danbuah pelaga.

Cara:

Udang dibersihkan kemudian buangkan kulit kepalanya. Beras dicuci dan ditoskan airnya. Masukkan minyak sapi di dalam periuk kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama halia, kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Apabila telah naik baunya, masukkan 2 tin susu cair. Setelah itu masukkan bawang yang sudah ditumbuk tadi dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan daun pandan. Kemudian masaklah seperti memasak nasi biasa. Lebih elok dimasak di dalam periuk elektrik. Gorengkan udang di dalam kuali yang berasingan sehingga separuh masak, kemudian diangkat. Bila nasi telah hampir masak masukkan udang ke dalam nasi sambil diratakan. Kemudian bolehlah dikecilkan api dan tutupkan periuk nasi. Apabila nasi telah kering masukkan bawang besar yang telah dimayang tadi. Gaul-gaulkan sehingga sebati. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama sebarang acar.

34. Nasi Beringin

 

Bahan-Bahan:

250 gm beras panjang (dibersih dan disejat)½ biji kelapa (diambil santan secukupnya seperti sukatan nasi lemak biasa)1 sudu teh halba campur2 helai daun pandanSedikit garam dan gula

Bahan-bahan hiris: 4 biji bawang merah

Bahan-bahan lain yang sudah siap: Sambal tumisIkan bilis gorengKacang tanah gorengTimun

Page 30: RESEPI IBU

2 ulas bawang putih2 cm halia

Cara:

Jerang beras bersama santan, halba campur, daun pandan, garam, gula dan Bahan-bahan dihiris halus di dalam periuk. Masak seperti nasi lemak. Hidang nasi bersama sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan hirisan timun.

35. Nasi Dagang Merah

 

Bahan-Bahan:

2 kg beras merah1 ½ kelapa parut10 bawang merah (dihiris)

1 cm halia (dihiris)1 ½ sudu makan halba Garam secukup rasa

Cara:

Beras dibersihkan kemudian direndam selama 2 jam. Lepas itu ditoskan dan dikukus. Kelapa diambil santannya sebanyak 2 cawan pekat dan 4 cawan yang cair. Setelah kembang pada kukusan yang pertama masukkan santan cair dan kukus sekali lagi. Lepas dimasak angkat masukkan santan pekat, bawang, halia dan halba serta garam secukup rasa. Kemudian kukuskan hingga sebati.

36. Nasi Daging Masala

 

Bahan-Bahan:

500 gm beras basmati300 gm daging (belah empat)200 gm ghee1 sudu garam masala5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih

3 cm halia (dihiris nipis)2.5 cm kayu manis4 kuntum bunga cengkih1.5 liter air½ cawan susu cairGaram

Cara:

Basuh beras dan ketepikan. Panaskan ghee dan tumis halia, kayu manis, bunga cengkih, bawang putih dan bawang merah serta daging.

Kacau rata sehingga daging dan beras sebati. Masukkan air dan tuang garam masala. Tutup periuk sehingga air mendidih.

Buka sekejap dan tuangkan susu, masukkan garam dan tutup rapat periuk. Pada yang menggunakan api biasa, sebaik airnya kering, kecilkan api.

Bila nasi benar-benar masak, anda boleh menghidangkan sekali atau daging dihiris-hiris serta diatur pada nasi. Sedap dimakan begitu sahaja.

 

 37. Nasi Daging Telur

 

Page 31: RESEPI IBU

Bahan-Bahan:

500 gm beras (dikosek & ditoskan) 250 gm daging lembu 1.8 leter air mendidih 4 bii telur (direbus & kupas kulitnya)150 gm minyak sapi3 biji buah pelaga 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih

250 gm bawang besar (dicincang)4 biji sedang tomato (dicincang)Garam & serbuk perasa secukup rasa 1 tin kecil susu sejat cair 10 ulas bawang merah (dihiris & digoreng)90 gm sultana60 gm kacang tanah (digoreng,dikupas kulitnya & dibelah dua)

Bahan Giling: 3 ulas bawang putih 2.5 cm halia 1 sudu ketumbar (direndang)1 sudu jintan putih 10 batang lada kering (direndam & ditoskan) 60 gm buah badam

Cara:

Rebus daging dengan air selama 15 minit. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk.Ambil 4 cawan air rebusannya. Potongkan daging kecil-kecil. Pijarkan minyak sapi di atas api yang sederhana. Tumis semua rempah kering & bahan giling hingga minyak keluar. Masukkan bawang besar & masaklan hingga layu. Masukkan daging, telur,air rebusan yang disimpan, tomato & bahan perasa.Kacau hingga mendidih. Masukkan beras & masak hingga agak kering. Masukkan susu & kecilkan api. Masaklah dengan bertutup hingga nasi tanak & kering. Isikan ke dalam pinggan & taburkan dengan bahan selebihnya.Hidangkan panas-panas.

Cadangan Hidangan:

Untuk 6-8 orang saja

 38. Nasi Dal

 

Bahan-Bahan:

1 kati beras siam1 liter air sejuk1 kati dal(dibuang kulitnya)1gm minyak sapi2 labu bawang besar1 inci halia5 kuntum bunga cengkih

1 inci kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang4 biji buah pelaga1 tin susu cair2 sudu makan garamdaun pandan

Cara:

Bawang & halia dimayang halus & tumis dlm minyak sapi.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,air sejuk,garam & susu.Biarkan ia mendidih baru masukkan beras(yang sudah dicuci & ditos)& kacang dal.Biarkan nasi masak.

  39. Nasi Dal Tomato

 

Bahan-Bahan:

3 biji buah pelaga3 kuntum bunga cengkih4 cm kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang

Bahan untuk hiasan:

15 gm gajus goreng50 gm kismis goreng (ditabur di dalam nasi)20 gm gajus goreng

Cara:

Bersihkan dal dan rebus sehingga tiga suku empuk, tuskan airnya dan ketepikan. Basuh pula beras dan tuskan.

Page 32: RESEPI IBU

Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris sehingga naik baunya dan masukkan pula bahan tumis dan kacau hingga wangi.

Masukkan pula puri tomato, kacau sebentar dan tuangkan air.

Apabila air mendidih bolehlah dimasukkan beras diikuti susu cair, garam dan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi.

Apabila hampir kering, masukkan kismis, setengah bahagian bawang goreng dan dal, kacau rata dan tutup kembali periuk, kecilkan api dan biarkan sehingga masak sempurna.

Ketika menghidangkannya tabur pula bahan hiasan.

  40. Nasi Delima

 

Bahan-Bahan:

1 tin susu beras (dimasak seperti biasa) ¼ kg daging atau ayam 1 labu bawang besar (dimayang)1 camca kecil jintan putih 1 camca kecil lada sulah 2 camca besar minyak sapi 1 camca besar minyak

2 ulas bawang merah atau ½ labu bawang besar (ditumbuk) 2 ulas bawang putih (ditumbuk)2 camca besar susu cair2 cili merah (dimayang)Sedikit garam dan pewarna merah½ tin kacang peasSedikit daun pudina (untuk hiasan)

Cara:

Daging dipotong kecil-kecil dan direbus hingga empuk. Tumiskan bawang besar, masukkan rempah yang sudah digiling serta bawang tumbuk. Bila telah garing, masukkan daging dan biarkan sekejap. Masukkan nasi dan garam, gaul hingga rata. Masukkan cili dan kacang peas. Bahagikan dua, warnakan satu bahagian kemudian campurkan dengan yang tidak berwarna. Hidangkan dan hiaslah dengan daun pudina.

41. Nasi Goreng Kampung Hijau

 

Bahan-Bahan:

Semangkuk nasi putih 2 batang kacang botol Secekak daun asin-asin 5 tangkai daun selom 7 biji cili padi hijau 3 ulas bawang putih Seinci halia 2 sudu besar udang kering 2 sudu besar minyak masak

Cara:

1.Tumbuk kasar bawang,cili padi,udang kering & halia. 2.Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 3.Masukkan sayuran yang telah dihiris halus, goreng 2 minit. 4.Masukkan nasi, garam dan gula secukup rasa. 5.Tambah 1 sudu besar minyak masak. 6.Gaul rata dan biarkan masak selama 5 minit dengan api kecil.

Cadangan Hidangan:

Tambahan:

Selain sayuran di atas, boleh diganti dengan sayuran kampung lain kesukaan anda.

Page 33: RESEPI IBU

 

 

42. Nasi Goreng Adabi

 

Bahan-Bahan:

5 cawan nasi Perencah nasi goreng Adabi 1 mangkuk(kecil) sayur campur Setengah mangkuk(kecil) sos tiram Setengah mangkuk(kecil) sos cili 10 ulas bawang putih Udang (yg dibuang kulitnya) atau ayam yang dipotong kecil.

Sebagai hiasan:

Daun sup Telur (potong mengikut citarasa) Timun (hiris mengikut citarasa) Tomato (hiris mengikut citarasa) Daun salad Cili merah dihiris kecil.

Cara:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak. Masukkan bawang putih sehingga kelihatan kuning. 2. Masukkan 1 pek perencah nasi goreng Adabi ke dalam bawang tadi. Kemudian masukkan sayur campur. 3. Selepas itu, masukkan udang atau ayam ke dalam masakan tadi. Masak sehingga udang atau ayam menjadi lembut. 4. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Taburkan sos tiram dan sos cili di atas nasi dan gaulkan. Selepas itu bolehlah dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Untuk kelihatan lebih menarik lagi, taburkan daun sup dan cili merah yang telah di hiris halus. Letakkan daun salad di tepi nasi. Hiaskan telur, timun dan tomato disekeliling nasi (pinngan)

Tambahan:

Nasi Goreng Adabi ini adalah nasi goreng yang sesuai untuk hidangan sarapan.

 

 

43. Nasi Goreng ala Kampung

 

Bahan-Bahan:

3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 3 biji cili merah 7 biji cili padi 2cm belacan ikan bilis ayam nasi putih

lada sulah gula secukup rasa garam secukup rasa sayur kangkong (sayur boleh diubah mengikut kehendak) telur serbuk perasa

Cara:

1)tumbukkan cili hidup,cili padi,bawang merah,bawang putih dan belacan sehingga lumat. 2)goreng ikan bilis sehingga rangup dan di letakkan di mangkuk yang berasingan. 3)tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.

Page 34: RESEPI IBU

4)masukkan ayam dan letakkan garam dan gula sehingga sebati 5)setelah itu, masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga ramuan dan nasi tadi sebati 6)buat sedikit lubang dan pecahkan telur di tengahnya. 7)utk mengelakkan sayur kangkong lecuh,masukkan sayur kangkong pada waktu ini.sayur akan lebih segar. 8)masukkan serbuk lada sulah dan gaul hingga sebati.

Cadangan Hidangan:

1)taburkan bawang goreng di atas hidangan. 2)jika tidak mahu masukkan telur di dalam nasi,telur boleh di goreng berasingan 3)boleh di makan bersama sos cili

Tambahan:

boleh dimakan bila2 masa samada waktu pagi,tengahari dan juga waktu malam buta

 

 

44. Nasi Goreng Ayam Rebus

 

Bahan-Bahan:

Bahan A: 3 pot beras (dibasuh) 3 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah ½ inci halia (bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk)

Bahan B: ½ ekor ayam (dipotong kecil) 1 inci halia 600 ml air 1 biji lobak merah (dipotong dadu) Sedikit daun sup (dipotong halus) Sedikit garam

Bahan C: 5 sudu besar minyak masak 2 biji bawang merah (dimayang) 2 ulas bawang putih (dihiris kecil) 10 tangkai cili padi (dipotong kecil) 10 ekor udang segar 2 sudu sos tiram Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara:

1. Ayam direbus sehingga masak bersama kesemua bahan B

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan A yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.

3. Masakkan beras menggunakan air rebusan ayam beserta sebahagian daging ayam. Sebahagian lagi diasingkan.

4. Panaskan minyak (Bahan C), tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.

5. Masukkan udang segar dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan garam dan serbuk perasa.

6. Masukkan pula sebahagian ayam yang diasingkan tadi.

7. Masukkan nasi yang telah dimasak tadi dan gaul rata.

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 2-3 orang.

Tambahan:

Bagi mereka yang alah dengan udang, boleh diganti dengan rencah lain yang bersesuaian.

Page 35: RESEPI IBU

 

 

45. Nasi Goreng Bawang Putih

 

Bahan-Bahan:

1 labu bawang putih (dihiris) 2 sudu besar minyak 3 cawan nasi

Cara:

Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih yang dihiris tadi sehingga kuning.Kemudian masukkan nasi dan gaulkan selama 5-7 minit.Kemiudian angkat.

 

 

46. Nasi Goreng Belacan

 

Bahan-Bahan:

1 potong belacan ( ikut suka ) 30 biji cili padi ( ikut pedas ) 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih Kicap secukup rasa Garam secukup rasa

Nasi ( satu periuk -ikut suka) 3 biji telur ( didadar dan hiris halus )

Cara:

Tumbuk lumat semua bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan kicap dan garam.Kacau rata.

Akhir sekali masukkan nasi yg telah diramas dan telur hiris, goreng hingga sebati.

Tambahan:

Nasi goreng belacan ini memang pedas, selalunya saya guna segenggam cili padi, tapi boleh dikurangkan ikut suka anda.

 

 

47. Nasi Goreng Belacan Seafood

Page 36: RESEPI IBU

 

Bahan-Bahan:

4 biji cabai hijau 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih sedikit daging ayam (dipotong kecil) 5 ekor udang 3 ekor sotong (dipotong kecil) 1 mangkuk besar nasi putih

2 sudu besar sos tiram sedikit belacan garam secukup rasa satu sudu kecil serbuk sup 2 sudu kecil gula sepotong kobis bunga sedikit minyak masak

Cara:

1. Tumbuk cabai,bawang merah dan putih serta belacan. 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 ditumbuk ke dalam kuali. 3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong.Biarkan ia dimasak sebentar. 4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula.Tunggu sehingga 3 minit. 5. Masukkan nasi serta sayur dan hidang.

Cadangan Hidangan:

Boleh dihidang untuk2-4 orang

 

 

 48. Nasi Goreng Bercampur

 

Bahan-Bahan:

Cili padi 5/4 biji Bawah merah 1 biji Bawang putih 2 ulas(kecil) Bawang besar 1 biji Garam sesedap rasa

Sotong Udang putih Fishball Kek ikan Telur Kicap Nasi

Cara:

Tumbuk cili dan kesemua bawang serta tumiskannya.kemudian potong udang, fish ball dan kek ikan. Jangan terlalu banyak. Masukkan udang tak telah di buang kulitnya.

Gaulkan kesemuanya sehingga bau naik. kemudian masukkan telur kacau sebentar dan terus masukkan nasi serta kicap. Gaul kesemuanya dan hidangkan.

Tambahan:

Seandainya untuk ramai, tambahkan lagi resepinya. Dan kalau suka pedas, tambahkan cili dan sebaliknya. Seandainya anda tidak makan salah satu makanan laut itu, anda boleh gunakan yang lain.

 

 

49. Nasi Goreng Berempah

Page 37: RESEPI IBU

 

Bahan-Bahan:

2 mangkuk nasi 2 sudu besar serbuk kari 5 tangkai cili kering ( dikisar ) 300 g udang 2 sudu besar sos tomato 5 ekor sotong garam secukup rasa 6 ulas bawang putih ( ditumbuk ) 8 biji bawang merah ( ditumbuk )

Cara:

CARA MEMASAK

1. Gaulkan nasi dengan garam sehingga sebati.

2. Bersihkan udang dan potong sotong sekecil 1.5 cm.

3. Campurkan serbuk kari bersama cili kering dan kacau.

4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.

5. Masukkan rempah yang telah bercampur tadi dan masak sehingga garing.

6. Masukkan udang dan sotong dan masak sehingga kering.

7. Masukkan nasi tadi dan goreng sehingga sebati.

Cadangan Hidangan:

masukkan daun bawang dan juga cili merah yang dipotong dua

Tambahan:

koleksi resipi keluarga sendiri

 

 

50. Nasi Goreng Bermadu

 

Bahan-Bahan:

2 pinggan nasi yang telah disejukkan2 biji telur6 ulas bawang putih(ditumbuk)2 camca besar maduGaram secukup rasaSedikit kunyit serbuk5 biji kacang buncis (dipotong kecil-kecil

1 batang karot (dipotong kecil-kecil)5 biji cili kering (direndam)10 biji cili api (jika ada)½ inci belacan5 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar (ditumbuk lumat)Sedikit minyak

Cara:

Sebiji telur dipukul bersama kunyit, garam dan secolek madu hingga kembang. panaskan sedikit minyak, masak telur sambil dikacau sehingga hancur kemudian diangkat. Sebiji lagi telur dibancuh dengan cara yang sama tetapi dadarkan nipis. Angkat kemudian dipotong memanjang.(untuk hiasan)Kacang buncis dan karot digoreng hingga layu kemudian diangkat. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga kuning kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, masak hingga cili benar-benar masak, masukkan madu dan kacau hingga sebati. masukkan nasi, sayur yang digoreng tadi dan telur yang telah dihancurkan. Gaul hingga sebati. Angkat dan hidangkan bersama telur yang dipotong memanjang tadi.

Page 38: RESEPI IBU

 

 

51. Nasi Goreng Cendawan

 

Bahan-Bahan:

2 pinggan nasi putih 50g daging ayam (dipotong dadu) 40g cendawan 30g sayur campur (frozen mix vege) 4/5 sudu sos tiram

(bahan2 yg ditumbuk) 1 biji bawang besar ½ ulas bawang putih

2 sudu besar minyak masak (untuk menumis) garam secukup rasa 4/5 sudu air

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali,kemudian tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga wangi.Masukkan daging ayam, goreng seketika sebelum memasukkan cendawan dan sayur campur.Masukkan air, tunggu seketika (dlm 30saat).Masukkan nasi, sos tiram, dan garam secukup rase.Gaul rata dan hidangkan.

Bagi yang gemarkan makanan pedas, boleh juga menambahkan cili dalam masakan.

 

 

52. Nasi Goreng Gulung Dadar

 

Bahan-Bahan:

1 cawan nasi 4 cawan ikan bilis goreng 3 sudu besar udang kepai (ditumbuk)1 sudu besar cili kisar3 tangkai cili padi - dihiris 2 sudu besar kicap

3 ulas bawang putih - dicincang 1 sudu besar bawang goreng - untuk tabur ½ sudu kecil hirisan daun sadri 1 urat kacang panjang - dihiris nipisSedikit minyak untuk menumis2 keping telur dadar

Cara:

Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga naik baunya masukkan cili kisar bersama udang kepai. Masukkan nasi diikuti kacang panjang da kicap kacau rata. Sebelum diangkat taburkan ikan bilis goreng, kacang tanah, cili padi (jika suka), bawang goreng dan daun sadri. Jika sudah cukup masin tidak perlu ditambah garam. Setelah siap gulung dalam telur dadar.

 

 

Page 39: RESEPI IBU

53. Nasi Goreng Hailam

 

Bahan-Bahan:

600 gm daging300 gm udang300 gm sawi300 gm tauge150 gm kacang panjang150 gm kucai10 biji cili kering10 biji lada putih5 biji cili hidup3 biji buah keras2 biji telur (didadar)¼ biji kubis

2 batang lobak12 cawan nasi1 ½ cawan minyak½ cawan sos tomato15 labu bawang merah4 ulas bawang putih4 sudu besar udang kering3 keping tauhu1 pokok daun saderi1 pokok daun bawang2.5 cm haliaGaram secukup rasa

Cara:

Potong daging 2 cm x 2 cm dan rebus sehingga empuk. Toskan daging dan simpan airnya. Tumbuk atau mesin cili kering, cili hidup, lada putih, buah keras, halia, 5 labu bawang merah dan bawang putih. Potong sawi, kacang panjang, kubis dan lobak sepanjang 2.5 cm. Mayang 10 labu bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan potong 8. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang kering, udang dan daging rebus. Apabila kuning angkat. Masukkan ramuan yang dimesin dan campur dengan air rebusan daging. Biarkan hingga masak. Masukkan sos tomato dan garam. Masukkan sayur-sayuran satu persatu dan kacau. Masukkan nasi dan kacau hingga mesra. Angkat dan hidang di dalam pinggan. Taburkan telur dadar, bawang goreng, tauhu, daun saderi dan daun bawang.

 

 

54. Nasi Goreng Halia

 

Bahan-Bahan:

1 mangkuk nasi putih,1 inci halia,2 biji telur ayam,sayur dingin beku,sedikit garam dan lada hitam.

1 camca besar mentega/butter,isi ayam 1 mangkuk kecil,4 tangkai kacang panjang dan tomato.

Cara:

Panaskan kuali disertakan dengan mentega sehingga cair.Selepas itu masukkan 1 inci halia yg dihiris halus2.Tumis sehingga naik bau.Masukkan sayur dingin beku,daging ayam cincang,dan kacang panjang.Selepas itu masukkan 1 mangkuk nasik dan kacau sehingga sempurna.Masukkan juga 2 biji telu dan juga tomato yang di belah empat.

Cadangan Hidangan:

Hidangan lebih menarik jika di hiasi dengan daun bawang serta bawang goreng.

Tambahan:

Enak di makan ketika musim hujan.Kerana halia dan lada hitam mampu menghangatkan tubuh badan seseorang.

 

 

Page 40: RESEPI IBU

55. Nasi Goreng Ikan Masin Pedas

 

Bahan-Bahan:

Nasi sejuk 3 batang cili padi 2 batang cili besar Sayur Campur ikan masin(digoreng rangup dan ditumbuk) 1 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih

3 sudu minyak masak garam secukup rasa serbuk perasa

Cara:

Kisar halus cili padi,cili besar,bawang putih dan bawang merah.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan sayur campur dan biarkan seketika. Masukkan nasi,garam dan serbuk perasa dan suaikan rasanya.

Cadangan Hidangan:

bolehlah ditaburkan bawang goreng dan dimakan bersama dengan telur dadar. hidangkan ketika panas.

 

 

56. Nasi Goreng Ikan Rebus

 

Bahan-Bahan:

ikan kembung 1 ekor ( cari yg gemuk2) 1 keping asam gelugor Garam Serbuk perasa-jika mahu 3 sudu besar kicap pekat Sayur sawi dipotong2- ikut cita rasa 3 mangkuk nasik-pastikan lerai yer

Bahan A 4 sudu besar minyak masak 5 ulas bayang putih 2 ulas bawang merah 3 potong cili padi Semua bahan dikisar yer

Cara:

ikan kembung di rebus bersama dgn asam keping dan sedikit garam kemudian lerai kan isi nya kemudian kisar atau tumbuk. Panas kan minyak masak dan tumis kan bahan A sehingga naik bau masuk kan isi ikan tadi goreng kan seketika sehingga isi ikan itu garing sedikit dan terus masukan nasi,kicap dan sawi gaul kan sehingga sebati

Cadangan Hidangan:

hidangan utk 2-4 org

Tambahan:

Hiasan kan dgn bawang goreng dan hirisan timun. sekian selamat mencuba

 

 

Page 41: RESEPI IBU

57. Nasi Goreng Kampung

 

Bahan-Bahan:

200 gm nasi yang sudah dimasak1 biji bawang putih (dimesin)2 biji bawang merah6 biji cili padi (dimesin halus)2 biji cili merah10 ekor ikan bilis

80 gm isi ayam atau isi udang (dipotong kecil)2 biji telur ayam3 tangkai kacang panjangSedikit minyak untuk menumisGaram secukup rasa

Cara:

Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sedikit garing.

Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili, kacau sehingga telur masak.

Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan cili merah.

 

 

58. Nasi Goreng Kampung Asli Mudah

 

Bahan-Bahan:

Bahan A

1. 1 sudu besar garam 2. 7 biji bawang merah (bwg kecil) 3. 5 biji bawang putih 4. Segenggam ikan bilis 5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

Bahan B

1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai 2. 3 sudu besar minyak masak 3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm 4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe) 5. Bawang goreng (kalau takde, takpe) 6. 5 sudu besar air masak. 7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)

Cara:

1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut, kira ok. 2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg tlh ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana je. 3.Bila dah naik bau, letak air sbyk 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yg tlg dipotong2 tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi. 4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 4 orang. Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi. Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yg telah siap. Boleh makan dgn kicap kalau suka @ kalau kurang masin :)

Tambahan:

Page 42: RESEPI IBU

Cara2 memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi & sedap.

 

 

 59. Nasi Goreng Kunyit Asli

 

Bahan-Bahan:

4 mangkuk nasi sejuk ½ genggam ikan bilis 3 sudu besar minyak sedikit garam

Bahan dihiris: Cili padi (6-8 biji) Bawang kuning/benggala (½ biji) Bawang merah (2 ulas) Bawang putih (2 ulas) Satu inci kunyit hidup Sebiji telur Sedikit kubis bulat

Cara:

Panaskan 1 sudu minyak. Goreng telur (hancur-hancurkan)- siap diangkat. Tambah 2 sudu minyak. Goreng ikan bilis (garing) - siap diangkat. Tumis semua bawang, cili padi dan kunyit. Setelah naik bau, masukkan telur,bilis,nasi dan kubis. Sedikit garam. Kacau sehingga rata. sedia untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:

Untuk 2-3 orang dewasa.

Tambahan:

Makan panas-panas...power!

 

 

60. Nasi Goreng Lada Hitam

Bahan-Bahan:

½ sudu teh lada hitam kasar 2 cili kering digunting kecil2 2 ulas bawang putih utk tumisan 3 ulas bawang merah utk tumisan ½ sudu besar minyak sapi

½ sudu teh serbuk pati ayam 1 biji Telur (goreng hancur) 2 sudu besar mix vegetable 2 senduk nasi 1 sudu besar minyak

Cara:

Masukkan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, pati ayam, lada hitam, telur hancur dan mix vegetable. Goreng sekejap lepastu masukkan nasi.

Cadangan Hidangan:

Tak perlu garam kerana pati ayam dah sememangnya masin. Boleh ditambah mengikut citarasa.

Tambahan:

Page 43: RESEPI IBU

Breakfast/Bekal ideal untuk orang bujang yang sibuk.

 

 

61. Nasi Goreng Petai

 

Bahan-Bahan:

3 mangkuk nasi putih 5 ulas bawang merah - mayang 3 ulas bawang putih - mayang 1 mangkuk isi udang 1 mangkuk isi sotong

2 sudu kecil cili api kisar 1 mangkuk petai 1 labu bawang besar - dimayang sederhana tebal Garam

Cara:

Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau.

Masukkan cili api kisar. Masak hingga cili benar benar masak.

Masukkan isi udang dan isi sotong - masak hingga separuh masak.

Masukkan petai, bawang besar, garam.

Bila bawang sedikit layu, masukkan nasi putih dan gaul sebati.

Sedia untuk dihidang.

Tambahan:

Jika anda suka lebih pedas, tambahkan lebih cili api kisar.

 

 

62. Nasi Goreng Sardin Special

 

Bahan-Bahan:

Nasi (2 pot) 1 tin kecil sardin 1 labu bawang besar-tumbuk atau kisar 3 ulas bawang putih-tumbuk atau kisar 2 ulas bawang kecil-tumbuk atau kisar 2 sudu cili kisar

secekak kacang panjang dipotong kecil 1 batang lobak merah dipotong dadu sedikit gula sedikit garam sedikit asam jawa

Cara:

1. tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau 2. perahkan sedikit asam jawa, garam dan gula 3. masukkan sardin dan hancur-hancurkan sardin tersebut 4. masukkan nasi, kacang panjang dan lobak merah. gaul hingga sebati. sedia untuk dihidangkan

Page 44: RESEPI IBU

Cadangan Hidangan:

2 ke 3 orang. boleh dimakan bersama salad

 

 

63. Nasi Goreng Sayur & Daging

 

Bahan-Bahan:

400 gm daging tanpa lemak (dipotong kecil)2 ulas bawang putih (ditumbuk)1 sudu kecil halia (diparut halus)2 sudu besar minyak jagung1 biji cili capsicum (dipotong)200 gm 'snow peas'

800 gm nasi3 sudu besar kicap2 sudu kecil minyak bijan hitam80 gm daun bawang (dihiris kecil)Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

Cara:

Panaskan kuali tanpa lekat, masak daging bersama halia & bawang putih selama 8-10 minit. Angkat, ketepikan. Panaskan minyak jagung, tumis cili capsicium, kacang hijau 'snow' selama 3 minit. Masukkan nasi, kicap, minyak bijan hitam & goreng hingga rata. Campurkan daging yang digoreng tadi & kacau lagi hingga sekata selama 5 minit.Masukkan garam & serbuk lada sulah, gaul hingga rata. Setelah masak, angkat& taburkan daun bawang yang dihiris kecil.

 

 

64. Nasi Goreng Sea Food

Bahan-Bahan:

4 ekor sotong(dipotong) 10 ekor udang putih(dibuang kulit) 3 biji fish ball(dipotong 3) 1@½ kek ikan 1 biji telur

5 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih(kecil) garam sesedap rasa sedikit minyak nasi kicap

Cara:

Tumbukkan cili, bawang merah dan putih serta garam. Panaskan minyak.

Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi kemudian tumiskan sehingga bau naik.

Masukkan sotong,udang,fishball dan kek ikan. Kacau sehingga ia mulai masak dan terus masukkan telur. Gaul kesemuanya.

Kemudian masukkan nasi dan kicap.gaul sekali lagi sehingga rata dan hidangkan.

Cadangan Hidangan:

Hidang seperti biasa bubuh daun sup diatasnya serta sediakan limau purut.

Page 45: RESEPI IBU

Tambahan:

Seandainya untuk ramai tambahkan resepi begitu juga sebaliknya.

 

 

65. Nasi Goreng Siam

 

Bahan-Bahan:

Bahan A: -1 mangkuk nasi putih -2 ulas bawang merah -1 biji telur -minyak utk menumis

Bahan Sos: -2 biji cili merah -1 ulas bawang putih -1 camca besar sos tomato -1 camca besar sos cili -1 camca kecil cuka -1 camca kecil gula -½ camca kecil garam] (bawang putih dan cili shj dikisar atau ditumbuk.. kemudian baru dicampur semua bahan sos)

Bahan B: -5 ketul isi ayam(seketul sebesar 2inci) -3 camca besar tepung gandum -1 camca besar rempah kari ayam/daging -1 biji telur -garam secukup rasa -minyak utk menggoreng

Bahan Hiasan: -3 hirisan timun - 1 helai salad

Cara:

Bahan A: -panaskan minyak -tumis bawang merah hingga naik bau -masukkan bahan sos, kacau rata -masukkan nasi dan gaul hingga sebati -akhir sekali masukkan telur -goreng hingga masak.ketepikan

Bahan B: -campurkan tepung, rempah, telur dan garam dlm satu mangkuk (buat macam goreng pisang) -celupkan ayam dan goreng hingga masak

Cadangan Hidangan:

Letakkan salad di tepi pinggan.Letakkan ayam goreng tadi atas daun salad. Letakkan nasi goreng di tengah2 pinggan. Susun timun ditepinya.

Tambahan:

Kalau suka pedas, masukkan cili padi dlm bahan sos. Selamat mencuba

 

 

66. Nasi Goreng Thai Istimewa

Page 46: RESEPI IBU

Bahan-Bahan:

1 ¾ mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau ia nasi untuk nasi ayam)

2 biji telur

2 sudu teh tomyam paste kesukaan anda (lebihkan jika mahu lebih perisa)

1 sudu besar sayur campuran atau lobak yang dihiris halus memanjang

2 sudu teh cili boh (lebihkan jika mahu pedas)

2 atau 3 batang cili padi dihiris halus

1 keping daun limau purut dihiris halus (lebih halus lebih bagus)

3 sudu teh kicap manis

1 sudu teh serai yang dihiris halus

1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus

3 atau 4 ekor udang besar sedeharna (seperti udang harimau) yang telah dicelur

Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng secukupnya

Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk dihias

Minyak untuk ditumis

Cara:

Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. Pecahkan telur dan gorenglah ia seperti scrambled egg hingga masak. Taruh sayur campur, nasi, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai. Kacau hingga rata secukupnya. Masukkan cili boh, tomyam paste, cili padi dan kicap manis. Gorenglah hingga sebati dan sampai naik bau harumnya. Hidangkan

Cadangan Hidangan:

Semasa dihidang, taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng diatasnya bersamaan kepingan limau nipis. Perahkan limau itu semasa hendak dimakan.

Tambahan:

Sssedap dimakan panas-panas...POWER!!!

Cukup untuk 2 orang

 

 

67. Nasi Goreng Tomyam

 

Bahan-Bahan:

1 mangkuk besar nasi putih 4 ulas bawang putih - hiris 5 ulas bawang merah - hiris 100 gm udang kecil 100 gm isi ayam - dipotong kecil Garam

2 kiub tomyam knorr 2 batang kacang panjang - potong kecil 1 batang carrot - potong kiub Gula

Cara:

Tumis bawang merah, putih hingga naik bau.

Masukkan kib tomyam, isi udang dan ayam. Masak 1 minit.

Masukkan kacang panjang, carrot, gaul rata.

Page 47: RESEPI IBU

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak 2 - 3 minit, sedia untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:

Hidang dengan telur mata kerbau dan hirisan cili merah.

 

 

68. Nasi Goreng Udang

Bahan-Bahan:

Bawang Merah 4 ulas ( ditumbuk) Bawang Putih 2 ulas ( ditumbuk ) Udang sederhana besar 6 ekor sayur kobis garam timun batang ( dicincang )

Cara:

panaskan minyak tumiskan bawang merah & bawang putih. setelah garing keemasan, masukkan udang. gorengkan seketika. kemudian masukkan sayur kobis. Akhir sekali masukkan nasi putih bersama garam secukup rasa.

Cadangan Hidangan:

sesuai makan masa bersahur.

Tambahan:

resepi ini adalah hidangan untuk dua orang, kalau ramai maka gandakan bahan-bahan tadi

 

 

69. Nasi Goreng Ulaman

 

Bahan-Bahan:

400 gm nasi putih 100 gm dada ayam 3 ulas bawang putih 1 batang lobak merah Sedikit daun selom Sedikit daun basil Sedikit daun pegaga 1 batang serai

3 cm halia muda 1 sudu besar sos tiram ½ sudu teh serbuk lada sulah ½ sudu teh serbuk belacan 2 biji limau kasturi 2 sudu besar minyak masak Sedikit garam

Cara:

Hiris daun selom, basil, pegaga, serai, halia muda, bawang putih dan lobak. Satukan sos tiram, serbuk lada sulah dan serbuk belacan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

Page 48: RESEPI IBU

Masukkan isi ayam. Biar hingga masak.

Setelah itu, masukkan nasi. Gaul sebentar, kemudian baru masukkan campuran sos tiram, serbuk lada sulah dan serbuk belacan. Campur satu sudu besar air dan gaul rata.

Kemudian, masukkan ulaman yang dihiris dan air limau kasturi. Gaul sebati.

 

 

70. Nasi Ikan

 

Bahan-Bahan:

4 cawan beras6 cawan air1 cawan santan pekat½ cawan minyak sapi1 labu bawang besar (dimayang)5 ulas bawang kecil (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)

4 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manisBeberapa kuntum bunga cengkih6 ekor isi ikan kembung½ cawan ikan bilis (dikisar halus)Secubit garamBeberapa helai daun pandan

Cara:

Basuh beras, tos & ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih sehingga naik aroma. Masukkan isi ikan kembung & biarkan sedikit masak. Campurkan ikan bilis, tunggu sedikit garing, masukkan air, santan & daun pandan. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam & beras. Kacau sehingga mesra & biarkan nasi betul-betul masak.

 

 

71. Nasi Kari

 

Bahan-Bahan:

375 gm beras300 gm air75 gm susu cair - jadikan susu masam1 biji limau kasturi - jadikan susu masam1 labu bawang besar - dimayang3 ulas bawang putih - dimayang3 sudu besar minyak sapi1 sudu besar minyak masak3 sudu besar rempah kari

3 cm kulit kayu manis3 kelopak bunga lawang2 biji pelaga 4 kuntum bunga cengkih3 sudu gajus kisar3 sudu bawang goreng3 sudu gajus goreng1 helai daun pandanGaram secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bawang hiris hingga wangi diikuti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari serta gajus kisar. Apabila rempah garing masukkan air, susu masam, garam dan daun pandan simpul. Apabila mendidih masukkan beras. Tutup periuk dan masak seperti memasak nasi biasa. Apabila kering, taburkan gajus goreng dan bawang goreng, kacau rata.

Page 49: RESEPI IBU

Hidangkan bersama daging ketumbar dan salad timun.

 

 

72. Nasi Kesum Ulam Raja

 

Bahan-Bahan:

300 gm nasi 3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk5 ulas bawang merah - dimayang halus300 gm isi ikan kurau - bakar dan hancurkan3 sudu besar kerisik

15 helai daun kesum - dimayang halus2 tangkai daun ulam raja1 kuntum bunga kantan - dihiris1 batang serai - ditumbuk halusGaram dan air rendaman asam gelugur

Cara:

Gaul isi ikan dengan lada hitam, kerisik, serai, garam dan air asam gelugur hingga rata. Isikan nasi dalam mangkuk, gaul dengan campuran ikan bakar, daun kesum mayang dan kantan hingga rata dan cukup asam garamnya. Isi dalam pinggan dan hias dengan daun ulam raja. Enak dimakan bersama sambal dain.

 

 

73. Nasi Kuning

 

Bahan-Bahan:

1 ½ cawan beras1 ½ cawan air1 ½ sudu teh serbuk kunyit1-2 cm kayu manis3 kuntum bunga cengkih1 pelepah daun sup1 biji bawang besar (dimayang halus)sedikit minyak (untuk menumis)

Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan kayu manis. Cengkih dan bawang yang sudah dimayang tadi sehingga kuning. Sementara itu cuci beras serta toskan airnya. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serbuk kunyit dan air. Masaklah sehingga kering kemudian tutupkan periuk serta perlahankan api.

 

 

Page 50: RESEPI IBU

74. Nasi Kunyit

Bahan-Bahan:

5 mangkuk kecil nasi putih i biji telur sosej/daging ayam dipotong kecil(ikut kesukaan) 1 sudu kecil kunyit sedikit lada sulah

minyak masak 1 ulas bawang putih dihiris 1 ulas bawang putih dihiris ½ ulas bawang besar dihiris garam secukup rasa aji no moto secukup rasa

Cara:

panaskan minyak. Tumis bawang besar, kecil dan putih sehingga keluar bau.Masukkan sosej/daging ayam dan tunggu sehingga kekuningan.Kemudian,masukkan telur dan kacau.masukkan garam, aji no moto sebelum memasukkan nasi. Kemudian, masukkan kunyit dan lada sulah.

Cadangan Hidangan:

Hidang dengan sos cili atau sos tomato..sedap..:)

 

 

75. Nasi Minyak

 

Bahan-Bahan:

¼ cawan minyak sapi2 ulas bawang putih (dicincang)2 labu bawang besar (dihiris)4 kuntum bunga cengkih2.5 sm kulit kayu manis6 biji buah pegaga

6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk) 2 cawan beras2 cawan air 1 cawan susu cair ½ camca kecil serbuk kunyit½ cawan kismis

Cara:

Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempah-rempah kecuali kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya.

76. Nasi Minyak Ayam

 

Bahan-Bahan:

2 tin susu beras beriani2 tin susu air3 camca sedang minyak sapi1 camca sedang rempah beriani2 camca sedang air limau nipis½ cawan susus cair1 cawan isi ayam, disiat halus

Sedikit bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan dikisar halus:3 sm halia3 ulas bawang putih3 biji bawang merah

Cara:

Page 51: RESEPI IBU

Bersihkan beras dan sejat. Panskan minyak sapi. Tumis bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah beriani, isi ayam, air dan beras. Kacau hingga sebati. Setelah mendidih masukkan air limau, susu cair, garam dan serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan. Tanak hingga nasi masak menggunakan api kecil.

 

 

 77. Nasi Minyak Lauk Kurma Daging & Acar Rampai

 

Bahan-Bahan:

Bahan untuk nasi: 5 cawan beras dicuci & di toskan bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga. marjerin untuk menumis 5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar 3 sudu besar tomato puri & 3 sudu besar susu pekat manis 1 kotak kecik kismis garam secukup rasa

Bahan untuk kurma daging: ½ kilo daging dipotong dadu 200 gram bawang besar india dimayang 200 gram halia dimayang kulit kayu manis,bunga lawang 1 mangkuk pati santan 1 peket rempah kurma adabi 2 biji ubi kentang dipotong 4 3 biji cili merah dipotong memanjang garam secukup rasa

Bahan untuk acar rampai: 5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar 5 cm halia dimayang halus cuka bawang besar dipotong , timun, cili besar & lobak merah dipotong memanjang garam & gula secukup rasa

Cara:

cara memasak nasi: Tumis bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga bersama majerin.bila naik bau,masuk bawang merah & halia yang dikisar.Apabila bawang kekuningan,masukan 6 cawan air,puri tomata,susu pekat manis & garam secukup rasa.Apabila air mengelegak,masukan beras yang ditoskan & masak nasi sehingga masak.apabila nasi telah masak, gaulkan kismis kedalam nasi.

Cara memasak kurma daging. Tumis bawang besar india,halia, kulit kayu manis& bunga lawang. Apabila bwang kekuningan,masukan daging & rempah.Apabila daging separuh empuk, masukan santan $ ubi kentang kentang.Sebelum diangkat, masukan cili besar & garam secukup rasa.

Cara memasak acar rampai: Tumis bawang mera,halia dikisar & halia yang dimayang halus Apabila bawang kekuningan, masukan cuka & gula secukup rasa. Tutup api & msuk timun, lobak & cili.Gaul hingga sebati.

Tambahan:

Untuk menyedapkan masakan kurma daging, hendaklah dimasak dengan api yang sederhana kecil supaya pecah minyak & meresap rempah pada daging.

 

 

Page 52: RESEPI IBU

78. Nasi Paprik

 

Bahan-Bahan:

5 pinggan nasi putih 1 kilo isi ayam/daging 6 biji cili padi/api (hiris2) 3 ulas bawang merah (hiris halus2) 2 ulas bawang putih (juga hiris) ½ batang serai yg cincang 5 sudu cili sos

2 sudu tomato sos 1 sudu sos tiram 3 batang kacang panjang (potong pendek2) 2 sudu bawang goreng Garam secukup rasa Minyak masak

Cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih.

Lepas kuning tumis dengan cili api pulak.

Lepas tu tumis dengan segala sos tadi, serai & kacang panjang.Letak sket air jike mengelegak.

Selepas mengelegak masukkan kacang panjang. Tumis sekali lagi sampai naik bau.

Sesudah naik bau masukkan garam dengan ayam, biarkan beberapa minit sehingga naik bau.

 

 

79. Nasi Tomato

 

Bahan-Bahan:

4 cawan beras (dikosek & ditoskan)185 gm marjerin/minyak sapi2 kuntum bunga cengkih½ kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 cm kulit kayu manis

1 labu bawang besar (dicincang) 155 gm puri tomato dalam tin 1.8 leter air rebusan yang cair Garam secukup rasa 60 gm daun saderi yang telah dicincang-jika suka 1 sudu bawang merah yang telag digoreng

Bahan Tumbuk: 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah1 hiris halia

Cara:

Pijarkan lemak diatas api yang sederhana & tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.Masukkan bahan tumbuk & teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar & goreng hingga layu. Kecilkan api & tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan & masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit. Masukkan air rebusan & garam secukup rasa.Biarkan cecair telah diresap. Kecilkan api, Tanaklah nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi & kacau, kemudian isikan ke dalam pinggan.Hiaskan dengan bawang merah goreng & hidangkan panas-panas dengan masakkan masakkan yang lain.

Cadangan Hidangan:

Untuk 8-10 orang saja

80. Nasi Udang Dan Nanas

Page 53: RESEPI IBU

 

Bahan-Bahan:

250 gm udang sederhana besar, dikupas kulitnyaSedikit garam dan serbuk lada sulah1 camca besar gula2 camca besar tepung jagung4 camca besar minyak sapi WINDMILL GHEEBLEND

6 ulas bawang putih, dihiris halus200 gm nanas, didadu15 biji bawang besar, dihiris nipis dan digoreng3 biji cili merah, dihirisDaun bawang, daun ketumbar dan daun pudina, dicincang untuk hiasan

Cara:

Perap udang bersama garam, serbuk lada sulah, gula dan tepung jagung. Gaul rata dan ketepikan. Panaskan minyak sapi WINDMILL GHEEBLEND di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan nanas dan kacau hingga masak. Angkat. Masukkan udang dan nanas tadi ke dalam nasi panas. Tabur bawang goreng, lada merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina. Hidangkan panas-panas.

81. Nasi Ulam Seri Desa

 

Bahan-Bahan:

4 cawan nasi putih yang masih panas2 helai daun salad4 helai daun mengkudu1 tangkai daun saderi1 helai daun kunyit2 helai daun cekur2 tangkai daun selasih1 genggam daun pegaga1 batang serai; sedikit daun pudina2.5 sm. halia dan lengkuas

2 helai daun limau purut1 ekor ikan selar dibakar2.5 sm padu ikan kering digoreng2 labu bawang besar1 cawan kelapa digoreng hingga kuning; ditumbuk halus1 sudu lada perasa; sedikit ajinomotoTomato dan bawang besar untuk hiasan

Cara:

Daun-daun itu semuanya dimayang halus. Ikan kering dan ikan selar ditumbuk halus. Gaulkan segala jenis daun dengan kerisik, bawang besar dan nasi yang masih panas. Garam secukup rasa. Renjiskan dengan ajinomoto.

82. Pulut Kuning

Bahan-Bahan:

2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan)air yang mencukupi untuk meliputi pulut1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan)2 ulas bawang putih

¼ sudu garam 1 ¾ cawan santan 2 helai daun pandan

Cara:

Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang atau singgang ayam.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4-6 orang saja

Tambahan:

Masakkan ini dihidangkan semasa jamuan-jamuan perayaan.

 

Page 54: RESEPI IBU

 

83. Pulut Kuning Berinti

Bahan-Bahan:

400 gm pulut150 gm serunding daging4 sudu besar bawang goreng

3 biji telur ayam1 cawan santan pekat3 sudu kecil serbuk kunyit

Cara:

Cuci beras pulut dengan bersih dan rendamkan dalam air bersama serbuk kunyit (8 jam). Kukus pulut hingga separuh masak, angkat dan gaulkan dengan santan pekat. Kukus semula hingga kembang. Pukul telur hingga kembang dan goreng nipis. Kemudian gulung telur dan potong nipis. Sediakan acuan (ikut suka). Taburkan 2 sudu serunding di bahagian bawah acuan dan masukkan sesenduk besar pulut di atasnya. Tekan dengan sudu yang dicelup dengan air agar ia tidak melekat. lapis seterusnya taburkan sesudu bawang goreng dan telur di atas pulut tadi. Masukkan lagi sesenduk besar pulut dan ditekan rata menutupi bawang goreng dan telur tadi. Ulangi proses melapis, 5 lapisan hingga habis.

 

 

 

84. Pulut Manis

Bahan-Bahan:

1 kg pulut1 ½ biji kelapa (ambil santan sebanyak 4 cawan)1 kg gula

Halwa kundur (untuk hiasan)Sedikit pewarna ros

Cara:

Rendam pulut dengan pewarna ros semalaman & dikukus. Setelah masak, angkat pulut tersebut. Kemudian masakkan santan & gula. Apabila likat, masukkan pulut & kacau sehingga sebati & kering. Apabila kering, angkat & masukkan ke dalam acuan & hias dengan halwa kundur.

 

 

85. Pulut Panggang

 

Bahan-Bahan:

500 gm beras pulut (dikosek & ditoskan)1 ½ cawan pati santan 1 helai daun kunyit 2-3 sudu minyak jagung

½ biji kelapa (dibuang kulit arinya & dipatutkan & ditumbuk)Daun pisang untuk membungkus (dilayurkan)2 helai daun pandan

Page 55: RESEPI IBU

90 gm udang kering (direndam,dibersihkan & ditumbuk)

Bahan Tumbuk:2 batang lada merah 10 ulas bawang merah ½ sudu lada sulah 4 biji buah keras 1 culas bawang putih

1 sudu garam

2.5 cm kunyit hidup1 sudu ketumbar (direndang)1 sudu belacan (dibakar) ½ sudu gula pasir 1 sudu garam

Cara:

Dalam sebuah kuali mungkum,gaulkan pulut,santan,daun kunyit,daun pandan & garam. Kukuskan campuran itu hingga pulut masak tetapi tidak terlalu kembang (benyet).Keluarkan daun-daun itu & ketepikan pulut. Pijarkan minyak atas api yang sederhana & gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit lagi.Masukkan kelapa,kacau & gorenglah sehingga kering. Jaga jangan sampai hangus. Rasalah garamnya & angkat dari api. Sejukkan. Bubuh sedikit pulut di atas pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm.Bahagikan inti dengan sama rata,& gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama 30 minit, dengan membalik-baliknya selalu. Hidangkan panas-panas atau sejuk dalam bungkusan.

Cadangan Hidangan:

Untuk membuat 14 bungkus

Tambahan:

Jika menggunakan udang hidup sebagai ganti udang kering,ganda-duakan banyaknya.

 

 

 86. Soto Nasi Impit

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam 1 cekak serai 1 buku lengkuas 1 inci halia 6 ulas bawang merah 1 bungkus sup bunjut adabi 1 ½ bungkus kecil rempah sup adabi

1 cawan santan pekat Daun sup Daun bawang Bawang goreng Taugeh Kacang goreng Nasi impit

Cara:

Rebus ayam hingga empuk dan toskan. Kisar serai, lengkuas, halia dan bwg merah, kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam. Bancuh serbuk rempah sup dengan air dan masukkan ke dalam sup soto. Masukkan juga sup bunjut, garam dan ajinomoto. Akhir sekali masukkan santan dan kecilkan api. Rebus hingga masak. Sementara itu, carik isi ayam yang telah direbus dan celur taugeh seketika.

Cadangan Hidangan:

Letak nasi impit yg telah dipotong ke dalam mangkuk. Letak taugeh yang siap dicelur di atasnya diikuti isi ayam. Kemudian letak daun sup dan daun bawang, dan kacang. Jgn lupa bawang goreng. Masukkan sup soto yang telah masak dan makan dengan kicap cili.

Tambahan:

Kisar setengah genggam cili padi, 2 sudu gula, 5 sudu kicap masin kipas udang. Kalau nak lebih sedap masukkan 2 sudu bawang goreng semasa kisar.

 

Page 56: RESEPI IBU

 

87. Bubur Campur Labu Manis

 

Bahan-Bahan:

1.Labu manis-separuh 2.500gm tepung pulut 3.400gm gula 4.100gm sagu putih

1.Serbuk pewarna(hijau)-secubit 2.Daun pandan-empat helai 3.Santan cair 4.santan pekat 5.sedikit garam 6.air secukupnya

Cara:

1.Bersihkan labu manis kemudian potong dadu(ikut cita-rasa)kemudian masak bersama air dan daun pandan(biarkan mendidi),adun tepung pulut dengan sedikit sedikit air dan pewarna(seperti adunan donat)buatkan bentuk bulat sekecil ibu jari kemudian masukan ke dalam labu yang telah mendidi tadi sehingga habis.gaulkan sentiasa. 2.masukan butiran sagu,gaulkan sehingga masak.3.masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.masukan santan cair.perlahankan api,gaul dan akhir sekali masukan santan pekat.angkat.

Cadangan Hidangan:

boleh dihidang untuk pencuci mulut samada sejuk atau panas.

 

 

88. Bubur Aneka Cendawan

 

Bahan-Bahan:

225 gm beras1750 ml air1 ekor ikan kembung (direbus)6-10 biji lada hitam3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih1 camca besar minyak

3 sm halia (dimayang)150 gm cendawan butang100 gm cendawan hitam100 gm cendawan tiram2 camca besar minyak bijan 2 camca santan pekat Garam secukup rasa

Cara:

Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak, tumis halia dan masukkan semua cendawan yang dipotong nipis. Apabila masak, masukkan minyak bijan dan ketepikan. Apabila beras cukup kembang & air hampir kering, masukkan campuran isi ikan & santan. Kacau selalu hingga menggelegak.Akhir sekali masukkan cendawan goreng & kacau rata. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun bawang, cili merah & bawang goreng. Hidang untuk 4-6 orang.

 

 

89. Bubur Ayam (I)

Page 57: RESEPI IBU

Bahan-Bahan:

300 gm beras, dicuci bersih2 sm halia, dititik3 batang serai, dititik½ ekor ayam

Air secukupnyaGaram secukupnyaSedikit daun bawang dan daun sup

Cara:

Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.

 

 

90. Bubur Ayam (II)

 

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan)Garam & lada sulah secukup rasa 1.2 liter air 4 ulas bawang merah (dicincang)5 cm halia (dihiris)250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya)1 cawan beras (dikosek & ditoskan)1 sudu kicap cair 1 cawan pati santan2 tangkai daun bawang (dicincang)1 tangkai daun sup (dicincang)Serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tambahan:3 sudu bawang merah goreng 1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus)6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang)Kicap cair & kicap pekat

Cara:

Satukan ayam yang telah diperasakan, air, bawang merah & halia dalam sebuah periuk. Jerang di atas api yang sederhana & biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & masaklah selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair, serbuk perasa & perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkkan api. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 20-30 minit, dengan mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak. Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan. Sesuaikan rasanya & masak dengan berkacau selama 5 minit. Angkat dari api & isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup. Hidangkan panas-panas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan yang berasingan.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4-6 orang saja

 

MY©2008

Create a Free Website

Page 58: RESEPI IBU

RESEPI IBU

Masakan & Selera Malaysia

Home Aneka Nasi Aneka Nasi 2 Aneka Mee Aneka Sayur Aneka Lauk-Pauk Aneka Lauk-Pauk 2 Aneka Kuih-Muih Pencuci Mulut

Page 59: RESEPI IBU

Aneka Puding Tambahan - Western Food

ANEKA LAUK-PAUK 2

41. Ayam Goreng Ala Kentucky

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dipotong ikut suka)3 biji telur (dipukul)1 cawan beras (ditumbuk halus)Sedikit garam

Bahan digiling halus:

1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh lada hitam 1 sudu teh ketumbar

Cara:

Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam. Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus. Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak.

42. Ayam Goreng Pedas

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - dipotong 12 ketul1 biji putih telur - dipukulMinyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk disalut dengan ayam :(Bahan-bahan ini digaul semua sekali)2 cawan tepung gandum1 sudu besar serbuk kulit kayu manis1 sudu besar serbuk ketumbar2 sudu besar serbuk kari/ciliSedikit garam

Cara:

1. Bersihkan ayam, tos dan gaulkan dengan putih telur. Kemudian gaulkan dengan tepung tadi.

2. Panaskan minyak. Setelah itu masukkan ayam yang telah siap disalut tepung ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kekuningan.

Tambahan:

Hidangkan dengan sos cili.

43. Ayam Goreng Salut Tepung

 

Bahan-Bahan:

8 ketul ayam3 sudu besar tepung jagung½ sudu teh ketumbarKunyit

½ sudu teh serbuk lada sulah1 biji telur - dipukul sedikitGaram

Cara:

Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Gaul tepung bersama serbuk ketumbar, lada sulah, garam dan kunyit. Celup ayam di dalam telur dan setelah itu lumur denagn campuran tepung tadi. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Hidangkan.

Page 60: RESEPI IBU

 

44. Ayam Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:

1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian2 liter pati santanGaram dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk: 30 gm cili api250 gm bawang besar60 gm kunyit hidup100 gm buah keras90 gm serai

Cara:

Masuklah Bahan-bahan tumbuk serta sedikit air ke dalam periuk. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga kering. Setelah itu masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sambil dikacau hingga pekat dan sebati.

 

 45. Ayam Masak Merah

 

Bahan-Bahan:

Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering30 gm halia20 gm bawang putih90 gm serai200 gm bawang besar300 gm tomato200 gm minyak masakGaram, gula dan serbuk perasa secukup rasa

1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

Cara:

Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat

46. Chicken Chop

 

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)1 biji telur1 biji tomato1 helai daun saladSedikit daun pasliSedikit lada sulah20 gm potato chip (digoreng)20 keping biskut tawar (dikisar halusSedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:1 biji lada buah1 biji bawang besar2 sudu besar sos cili½ batang lobak merah1 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos lea & perrin2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur

Page 61: RESEPI IBU

dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

47. Asam Pedas Special

 

Bahan-Bahan:

Bahan A Minyak masak Sedikit garam dua ibu jari lengkuas 3 helai daun limau purud ½ Serai dititik

Bahan B 15-20 batang Lada basah blender(kalau tak ada lada kering pun boleh) sedikit belacan 3-4 ulas bawang merah(bawang kecil) 2-3 ulas bawang putih sedikit halia sedikit kunyit sedikit garam

bahan c 2 keping asam keping sedikitt Air asam bunga kantan daun kesum/cenohom sedikit air garam serbuk perasa

Cara:

Tumis bahan A hingga naik bau..,mmmm sodap aromanya! kemudian, setelah blender kesemua bahan B, masukkan ke dalam A yang naik baunya itu,tumis hingga didih sikit, barulah masuk kesemua bahan C dan tunggu hingga didih...

Cadangan Hidangan:

makan 2-5 orang

Tambahan:

Aduhaiii... tak pernah rasa sedap macam nih..semua org akan tanya , apa rahsia? Ha..,inilah rahsianya!

48. Ayam & Sayuran Masak Paprik

 

Bahan-Bahan:

500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut

2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa

Cara:

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.

Page 62: RESEPI IBU

Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

49. Ayam Masam Pedas

 

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih sedikit lengkuas sedikit halia 2 tangkai cili kering 2 keping asam gelugur garam serbuk perasa sedikit budu

Cara:

ayam dipotong 12 dan dibersihkan. bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili kering dihiris/mayang. Masukkan ke dalam satu mangkuk, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit budu. Ramaskan bahan-bahan ini sehingga separuh lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi ayam, tambahkan air dan asam keping. Rebus sehingga ayam empuk dan naik bau.

50. Ayam 1000 Rasa

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (sederhana besar) 1 mangkuk kecil air 4 sudu minyak masak 3 sudu kicap manis 3 sudu kicap manis 4 sudu sos tiram 3 sudu sos tomato 2 sudu jus oren 2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk) 1 sudu buah badam (ditumbuk) 1 inci belacan Sedikit garam dan sebuk perasa

Bahan-bahan untuk dikisar: 1 inci halia 4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering

Cara:

1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.

2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.

4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

Enak dibuat lauk untuk nasi dan mee goreng. Hidangan untuk 4 orang

Page 63: RESEPI IBU

51. Steak Daging Bujang

 

Bahan-Bahan:

bahan A : ½ kg daging dihiris leper

bahan B(kuah): secawan kicap manis 2 sudu besar black paper 1 sudu besar tebung jagug ½ cawan air putih secubit ajinomoto 1 sudu teh gula

Cara:

masukkan semua bahan B kedalam mangkuk.. gaul hingga sebati.. masukkan daging dan di perap 10 minit..( lagi lama lagi sedap)

panaskan sesudu minyak masak dalam kuali leper.. masak daging sehingga empuk... kemudian masukkan kuah kicap tadi(bahan B).. biar 1-2 minit... siap untuk dihidangkan..

Cadangan Hidangan:

untuk 2-3 orang... tapi kalau saya, sorang jer

Tambahan:

black paper boleh letak sebanyak yang kita suka ikut citarasa masing-masing

52. Bifstik Daging

 

Bahan-Bahan:

600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka300 gm kentang, dihiris dan digoreng2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng1 tin kecil kacang pis2 camca sedang kicap pekat 2 biji tomato, dibelah empat3 biji bawang besar, dihiris bulat1 tin kecil puri tomato5 tangkai cili hijau, dibelah dua2 camca sedang minyak sapiAir untuk mengempukkan dagingGaram secukupnya

Bahan-bahan tumis:PelagaKulit kayu manisCengkih

Bahan-bahan digiling lumat:1 camca teh lada putih1 biji bawang besar1 camca teh jintan manis2 ulas bawang putih1 sm halia

Cara:

Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

 

  53. Daging Masak Merah  

 

Bahan-Bahan:

Page 64: RESEPI IBU

300 gm daging lembu2 biji bawang besar (dihiris)3 ulas bawang putih (dititik)125 gm sos tomato4 sudu besar cili kering (dikisar)

Sedikit kicap cairGaram secukup rasaSedikit airMinyak untuk menumis

Cara:

Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

 

 

 

 

RESEPI IBU

Masakan & Selera Malaysia

Home Aneka Nasi Aneka Nasi 2 Aneka Mee Aneka Sayur Aneka Lauk-Pauk Aneka Lauk-Pauk 2 Aneka Kuih-Muih Pencuci Mulut Aneka Puding Tambahan - Western Food

ANEKA KUIH-MUIH

Apam Balik

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum ½ cawan gula ½ camca kecil soda bikarbonat

½ camca kecil baking powder1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur

Page 65: RESEPI IBU

1 camca kecil pewarna kuning1 biji telur 1 ½ cawan air

1 tin jagung - bahan tabur1 cawan gula - bahan taburSedikit mentega

Cara:

Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.

  Apam Kukus

Bahan-Bahan:

3 biji telur1 ½ cawan gula2 cawan tepung gandum

¾ cawan air suam1 camca besar baking powder

Cara:

Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

 

Apam Seri Ayu

Bahan-Bahan:

3 biji telur½ cawan santan atau susu½ camca kecil soda bikarbonat¼ cawan susuSedikit garamSedikit tepung

2 cawan tepung gandum1 cawan gula½ camca kecil ovallete (jika ada)1 cawan kelapa parutGaram secukup rasa

Cara:

Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi

Page 66: RESEPI IBU

dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

Buah Melaka Special

Bahan-Bahan:

tepung pulut air pandan sedikit garam sedikit air kapur

1 ketul ubi keledek bersiaz kecil gula kabung/melaka dipotong kecil kelapa parut (putih)

Cara:

1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam. 2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung. 3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab. 4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda. 5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat. 6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.

Tambahan:

1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa. 2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya

Masalodeh Rangup

Bahan-Bahan:

1 kg kacang dal 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang puteh 1 cm halia sedikit jintan puteh sedikit belacan Sedikit air sedikit garam sedikit serbuk perasa ajinomoto Daun Kari Minyak untuk menggoreng

Bahan A :Kacang dal direndam semalaman. Toskan kan . Kisarkan hingga hancur.

Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air.masukan garam dan serbuk perasa.

Bahan C: daun kari dicincang halus,

Page 67: RESEPI IBU

mayang bawang merah

Cara:

Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati.

kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.....

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 4-5 orang

Tambahan:

Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas & sejuk

Muffin Pisang

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung ¾ gula castor 1 cawan butter (yg sudah dicairkan) 4 biji pisang (yg sudah masak) 1 biji telur besar

1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil bicarbonat soda ½ sude kecil garam ½ sudu kecil serbuk cinnamon

Cara:

ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon. Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit.

Cadangan Hidangan:

Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas. Hmm..yummy..

Apam Gula Hangus

Page 68: RESEPI IBU

Bahan-Bahan:

3 gelas gula pasir3 biji telur4 gelas tepung gandum

3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)3 camca kecil soda bikarbonat

Cara:

Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.

Apam Pisang

Bahan-Bahan:

4 biji telur1 cawan gula6 biji pisang2 cawan tepung gandum

1 camca kecil soda bikarbonat1 camca kecil baking powderSecubit garam

Cara:

Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan:

600 gm tepung beras yis secukupnyaair sejuk 2 cawan gula pasir

pewarna merah1 biji kelapaacuan apam

Cara:

Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Page 69: RESEPI IBU

Donat (I)

Bahan-Bahan:

1000 g tepung gandum 11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan340 g (1 ½ cawan) air60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim 100 g (2 biji) telur

180 g (1 cawan) marjerin 60 g (6 camca besar) gula pasir halus 10 g (1 camca besar) garam 14 g (1 camca besar) serbuk penaik

Cara:

Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan.

Karipap Ayam

Bahan-Bahan:

½ kg tepung gandum1 sudu besar lemak sayuran 5 biji ubi kentang1 peket rempah kari daging5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 tangkai daun kari

2 ketul isi ayam (dada)- ptg daduSedikit kayu manisSedikit haliaSedikit Gula/garam/serbuk perasa

Cara:

Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.

Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

Untuk membuat intinya:

Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.

Page 70: RESEPI IBU

Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.

Sedia utk membuat karipap.

Tambahan:

Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.

Mentega juga poleh digunakan.

Lapis Batik

Bahan-Bahan:

500 gm tepung ubi150 gm tepung gandum400 gm gula pasir8 cawan santan

1 sudu kecil garam1 sudu kecil Coconut PandanPewarna hijau, kuning dan lain-lain

Cara:

Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan.

Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan.

Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak.

*terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat

Roti Jala

Bahan-Bahan:

1 kilo tepung gandum2 biji telor ayam1 tin susu cair Carnation

1 sudu marjerinSedikit garamSetitik pewarna kuning

Cara:

Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.

Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.

Page 71: RESEPI IBU

Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.

Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.

Tepung Pelita

Bahan-Bahan:

1 bungkus tepung beras1 cawan gula halus2 ½ cawan santan pekat5 cawan air panas

½ cawan jus pandanGaram secukup rasaDaun pisang (potong empat segi)

Cara:

Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

Abok-abok Sagu

Bahan-Bahan:

1 kg kelapa parut (sudah dikupas kulitnya) 500g sagu biji 2 tsp rata garam halus

Gula melaka secukupnya daun pisang(dilayur) Lidi secukupnya

Cara:

1 Basuh sagu biji.Tapis dab biarkan 30 minit. 2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi. 3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus. 4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut. 5 Semat daun pisang dengan lidi. 6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu.

Tambahan:

Page 72: RESEPI IBU

Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya.

Abuk-Abuk Pisang

Bahan-Bahan:

10 biji pisang masam1 cawan sagu biji mata ikan1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam

Sedikit pewarna merah atau jus pandanDaun pisang secukupnya (yang telah dilayur)

Cara:

Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya. Buang kulit pisang dan belah dua. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api. Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas. Buat begini hingga selesai. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak.

Akak Berlauk

Bahan-Bahan:

10 biji telur ayam10 sudu gula300 gm tepung gandum

Bahan untuk inti:500 gm daging lembu500 gm bawang besar

2 sudu besar rempah kermuk8 ulas bawang merah5 ulas bawang putih1 inci haliaGaram dan gula secukup rasa

Cara:

Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.

Cara membuat inti:Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.

Page 73: RESEPI IBU

Akok

Bahan-Bahan:

8 biji telur itik 2 biji telur ayam 1 kg gula melaka2 cawan tepung gandum

6 kuntum bunga cengkih2 helai daun pandan1 ½ biji kelapa

Cara:

Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.

Anika Muffin

Bahan-Bahan:

400 gm tepung gandum 350 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh) 200 ml air suam 250 gm gula pasir

30 gm serbuk penaik 20 gm tepung jagung 20 gm susu tepung 3 biji telur Bahan perisa: Coffee Emulco Keladi Pisang Blackcurrent

Cara:

Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel. Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang. Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan.

Cadangan Hidangan:

Muffin ini bolih ditambah dengan perbagai perisa dan hiaslah atasnya

Page 74: RESEPI IBU

mengikut kretiviti masing-masing.

Tambahan:

Juadah ini sangat mudah di sediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek.

Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan:

5 biji telor ayam 1 cawan gula pasir ¾ cawan susu pekat manis

2 cawan tepung gandum (diayak) ½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus) ½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)

Cara:

Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit.

Cadangan Hidangan:

Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil.

Tambahan:

Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula.

Apam Gula Merah

Bahan-Bahan:

500 gm tepung gandumSebesar ibu jari yis basah½ cawan gula merah, dimasak dan tapis

½ cawan gula pasir4 cawan air

Cara:

Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang

Page 75: RESEPI IBU

dicampur sedikit garam.

Apam Halus Gebu

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum1 cawan gula kastor1 cawan aiskrim soda3 biji telur gred B

1 sudu besar Quick 751 sudu teh esen rosSedikit pewarna merahMangkuk kertas secukupnya

Cara:

Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.

Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.

Apam Jagung Kukus

Bahan-Bahan:

Bahan A ½ tin jagung manis dalam tin 1 cawan gula 6 biji telur 1 cawan majerin 1 sudu teh bikarbonat sedikit air

Bahan B

3 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder.

Cara:

1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar. 2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati. 3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit.

Cadangan Hidangan:

jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai.

Apam Madu

Page 76: RESEPI IBU

Bahan-Bahan:

1 cawan gula 2 cawan tepung 4 biji telur ½ cawan minyak mazola

1 sudu kecil bikarbonat soda 1 sudu kecil baking powder 1 cawan air ½ sudu kecil esen vanila ½ cawan koko

Cara:

1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan. 2. gaul sampai halus 3. kukus sehingga masak

Cadangan Hidangan:

jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat

Tambahan:

serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit

Apam Siam

Bahan-Bahan:

3 biji telur 1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda) 3 cawan tepung gandum 1½ cawan gula Pewarna (ikut suka)

Cara:

Cara membuatnya:- 1) Pukul telur dengan gula sehingga kembang. 2) Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata. 3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4) Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit. ·

Cadangan Hidangan:

Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. · Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil.

Page 77: RESEPI IBU

· Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.

Apam Susu

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum 1 cawan air 4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki) 1 biji telur garam secukup rasa mentega untuk menggoreng

Cara:

Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati.

Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak.

Cadangan Hidangan:

Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk.

Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan:

1 cawan tapai nasi 1 cawan gula pasir 4 cawan air 500 gram tepung beras

satu sudu teh mauripan satu sudu teh serbuk Eno secubit garam Kelapa parut

Cara:

Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda. Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan.

Page 78: RESEPI IBU

Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja. Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi.

Asam Gumpal

Bahan-Bahan:

250 gm biji sago2 liter air5 gm garam halus

Kuah:1 liter santan60 gm gula merah15 gm biji halba20 gm bawang merah (dihiris)15 gm halia (dihiris)

Cara:

Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak.

Tapis dan sejukkan. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan santan, gula merah dan biji halba. Didihkan sehingga menjadi pekat.

Cadangan Hidangan:

Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan buah-buahan campuran

Badak Berendam

Bahan-Bahan:

1 bungkus tepung pulut15 helai daun pandan, diambil airnya2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat

2 cawan gula merahSecukup air Sedikit garam

Cara:

Page 79: RESEPI IBU

Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.

Bahulu Tradisi Melayu

Bahan-Bahan:

semangkuk telur ayam (sederhana besar) semangkuk gula pasir setengah kilo tepung gandum sedikit minyak masak acuan kuih bahulu atau kuih cara.

Goreng tepung sampai masak.Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan. Ini agar kuih jadi ringan.

Cara:

Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Bakar sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan.

Tambahan:

Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman. Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang. Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia.

Page 80: RESEPI IBU

Bauhulu

Bahan-Bahan:

10 biji telur600 gm tepung gandum ]dijemur hingga600 gm gula halus ]kering1 sudu teh esen vanila

2 batang serai1 cawan minyak kacang1 sudu teh serbuk bicarbonate of soda

Cara:

Telur dipukul dengan gula sehingga kembang dan gulanya hancur. Kemudian masukkan bikarbonate of soda dan esen vanila serta teruskan memukul adunan ini sehingga campuran ini kembang dan naik. Tepung digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga kering dan warnanya kekuningan, setelah itu campurkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Sapukan minyak kacang ke dalam acuan bauhulu dengan menggunakan serai dan panaskan di dalam ketuhar. Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya dan bakarlah sehingga masak.

Belebab

Bahan-Bahan:

2 biji kelapa, ambil 2 cawan pati santan2 cawan keledek, dipotong kecil dan rebus

4 cawan tepung beras½ cawan gula

Cara:

Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan. Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak.

Bengkang Ani Terengganu

Bahan-Bahan:

UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG 1kg tepung beras air 1 ½ liter 4 biji telur ayam

UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN. 1kg ikan kembung@selayang

UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG. 1 biji kelapa (santan) 1 cawan tepung beras 10 ulas bawang merah (dimayang) 1 sudu halba ½ inci halia (dihiris halus)

Page 81: RESEPI IBU

1 biji kelapa parut 300g bawang merah 2 inci halia

garam secukup rasa

UNTUK KUAH MANIS. 1 cawan tepung beras 4 keping gula melaka(kecil) 2 cawan air

Cara:

cara - cara membuat kuih bekang. tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.

cara memasak sambal ikan. ikan direbus dan ambil isi sahaja. kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.

cara membuat kuahlemak. bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat. masukkan garam secukup rasa.

cara - cara membuat kuah manis. tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.

Cadangan Hidangan:

SESUAI DIMAKAN PADA WAKTU SARAPAN DAN MINUM PETANG.HIDANGAN INI SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA.

Tambahan:

RESIPI INI ADALAH MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU ZAMAN BERZAMAN.SEKARANG SUKAR UNTUK KITA DAPATI DIMANA-MANA GERAI MAKAN

Bengkang Kelapa Muda

Bahan-Bahan:

4 biji kelapa muda 1 cawan tepong beras 2 biji telor

2 ¾ cawan air secubit garam 1 cawan gula

Cara:

Tepong dicamporkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis. Pukul

Page 82: RESEPI IBU

telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong. Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan.

Cadangan Hidangan:

Elok dihidangkan diwaktu petang atau lebih menarik sewaktu berbuka puasa.

Bepang Coklat Milo

Bahan-Bahan:

½kilo biskut marrie ½kilo kacang tanah 1 peket kecil serbuk milo 1 tin kecil susu pekat 1 tin kecil planta

Cara:

1. Sapukan majerin pada loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. 2. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing, buangkan kulit dan tumbuk supaya pecah 3 atau 4. 3. Patah-patahkan biskut marrie kepada 2 atau 3 pecahan. 4. Panaskan kuali dan cairkan planta. Setelah planta cair, masukkan susu, kacau hingga sebati. 5. Masukkan serbuk milo, kacau rata. Perlahankan api. 6. Masukkan pecahan biskut marrie. 7. Taburkan kacang dan kacau hingga rata. 8. Masukkan adunan biskut dalam loyang yang telah disejukkan. 9. Padatkan biskut menjadi rata pada permukaan. 10. Ambil dulang rata, kemudian terbalikkan adunan tadi dalam dulang. 11. Tukar permukaan adunan yang dibawah ke atas dan padat juga ratakan semula.

Cadangan Hidangan:

Masukkan dalam peti sejuk. Apabila sejuk, potong nipis dan hidangkan dalam pinggan.

Bingka Cempedak

Bahan-Bahan:

2 cawan isi cempedak (dikisar halus)

2 cawan santan pekat4 camca besar marjerin cair

Page 83: RESEPI IBU

3 biji kuning telur500 gm tepung gandum2 cawan gula pasir

Sedikit garam

Cara:

Pukul telur dengan gula sehingga hancur. Ayak tepung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan telur sambil digaul sehingga sebati. Masukkan marjerin, santan, garam dan isi cempedak. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Sediakan sebuah acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak.

Bingka Kelapa Muda

Bahan-Bahan:

¾ cawan tepung beras 3 cawan air kelapa secubit garam 1 biji telor

¼ cawan tepung gandum 2 cawan isi kelapa muda ¾ cawan gula pasir

Cara:

Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya. Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga masak kuning keemasan.

Cadangan Hidangan:

Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang.

Tambahan:

Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api.

Cucur Badak

Bahan-Bahan:

600 gm keledek2 cawan tepung gandumminyak secukupnya

Bahan inti:½ biji kelapa parut3 sudu besar udang

10 biji cili kering½ sudu teh ketumbar¼ sudu teh jintan manis¼ sudu teh jintan putih¼ sudu teh kunyitminyak masakgaram

Page 84: RESEPI IBU

8 ulas bawang merah3 batang serai

2 cawan air

Cara:

Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Karipap

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh: ½ kg tepung gandum 1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan) Air garam (suam)

Bahan-bahan untuk inti: 4-5 biji ubi kentang (dipotong dadu) Ayam/Daging (dipotong dadu/dicincang halus) Bahan A: 5 tangkai cili kering (dikisar) 1-2 sudu besar jintan manis (dikisar) 1-2 sudu besar lada hitam (dikisar) 2 kuntum lawang (dikisar) 5 kuntun bunga cengkih (dikisar) 1-2 inci halia (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) Garam,gula dan MSG secukup rasa

Cara:

Untuk membuat doh: Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan.

Untuk membuat inti: Kisar semua bahan-bahan A Panaskan minyak di dalam kuali,tumis bahan yang telah dikisar Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari.

Page 85: RESEPI IBU

Masak sehingga kering

Cadangan Hidangan:

Resepi ini untuk lebih kurang 20 biji karipap (saiz sederhana)

Tambahan:

Sewaktu membuat doh,minyak masak yang ditambah mestilah dalam keadaan panas.Ini adalah untuk merangupkan karipap.Boleh juga diganti dengan marjerin.

Daun kari juga boleh diganti dengan daun sup.

Karipap Daging

Bahan-Bahan:

Bahan Inti : 1 kg kentang - dipotong dadu 600 gm bawang besar - dipotong dadu 800 gm daging lembu - dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat : 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1" halia 1 sd besar jintan manis

1 paket serbuk kari ¾ cawan minyak 1 batang besar kulit kayu manis 3 sd besar gula 1 sd besar garam ½ sd teh msg 700 ml air

Doh Karipap : 1 kg tepung gandum - diayak 1 sd besar garam ¾ buku (188gm) lepa susu `Farmcows' 2 biji telur 1 cawan ais 500 ml air

Minyak untuk menggoreng Secukup tepung untuk mencanai

Cara:

Inti : Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam

Page 86: RESEPI IBU

dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh : Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam.

Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.

Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan.

Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

Cadangan Hidangan:

Untuk minum petang dan berbuka puasa.

Tambahan:

Mneghasilkan lebih kurang 100 keping karipap saiz sederhana.

Campuran lemak susu dan sayuran dalam Farmcows memberkan rasa yang enak dan rapuh pada doh karipap. Boleh juga digunakan marjerin, crisco, vanaspathi atau minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Penggunaan ais dan lemak yang dicairkan memberikan tekstur doh karipap yang rangup dan gebu bila dimakan. Doh karipap boleh dibekukan dan biarkan pada suhu bilik (thaw) sebelum digunakan semula. Gunakan plastik untuk membungkus setiap bahagian doh yang hendak disimpan.

Inti juga boleh dibekukan, untuk rasa yang lebih enak selepas dibekukan (pembekuan mungkin memyebabkan rasa inti menjadi hambar kerana bercampur cairan seperti ais), cairkan 1 sd besar mentega dan tumis 1 sd teh serbuk kari masukkan inti dan kacau, masukkan 1 biji bawang dadu dan kacau hingga sebati. Rasalah masin dan manisnya. Gunakan

Page 87: RESEPI IBU

kembali.

Karipap Kesuma Hati

Bahan-Bahan:

Untuk inti: 1 cawan ikan tuna/udang 1 batang carrot 3 kuntum daun kesum 2 biji bawang kecil 1 biji cili hijau

Bahan untuk kulit: 1 cawan tepung 2 sudu crisco(atau mana mana vegetable shortening) Secubit garam Setengah cawan air Minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Bahan untuk inti tuna/udang, carrot, bawang, cili hijau dan daun kesum dikisar kering.Tambahkan secubit garam untuk rasa.

2. Bahan untuk kulit: Gaulkan tepung dan crisco.

3. Masukkan garam.

4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul adunan sehingga menjadi doh.

5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.

6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah bi potong bulat. Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.

7. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.

Cadangan Hidangan:

2-3 orang. Sesuai untuk sarapan, atau minum petang.

Tambahan:

Masa digunakan: 30 minit

Kastad Jagung

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung kastad3 cawan gula pasir

1 biji kelapa parutSedikit garam

Page 88: RESEPI IBU

1 tin jagung manis Bahan pewarna kuning

Cara:

Bancuh tepung kastad dengan santan serta gula, jerangkan ke atas api dan kacau hingga kental. Tuangkan jagung ke dalamnya kacau lagi supaya rata. Bila telah sebati angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.

Kek Kukus Simple

Bahan-Bahan:

5-6 sudu besar tepung serba guna 1 biji telur 2-3 sudu kecil gula ½ sudu besar susu pekat

3-4 sudu gula hangus (boleh juga digantikan dengan buah-buahan kering atau chocolate chips/rice mengikut citarasa)

Cara:

Pukul gula dengan telur hingga kembang. Masukkan susu dan pukul lagi. Masukkan tepung serba guna sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Masukkan adunan dalam acuan atau loyang dan kukuskan selama 45 minit.

Cadangan Hidangan:

Sesuai untuk hidangan 2 orang.

Tambahan:

Sangat ringkas dan mudah. Selamat mencuba!

Ketupat Sotong

Bahan-Bahan:

1 kg Sotong (sederhana besar) 250 gm pulut 250 gm santan pekat 250 gm gula merah garam secukup rasa

2 helai Daun pandan ½ cawan air

Cara:

1. Sotong yg telah dibersihkan diisikan dengan pulut dan kepala disatukan dgn badan dan dicucuk dengan lidi 2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan. 3. Masukkan gula merah yg telah ditapis ke dalam santan pekat.

Page 89: RESEPI IBU

4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. 5. Masukkan sotong yang telah siap diisi dgn pulut kedalam bhn2 td. masak sehingga kuah kering dan sotong nampak kembong.

Cadangan Hidangan:

hidangan untuk 3-5 orang

Tambahan:

Kurangkan gula sekiranya tidak suka manis.

Ketupat Sotong Terengganu

Bahan-Bahan:

1kg Sotong sederhana besar 250gram beras pulut santan seinci halia dipotong halus 5 ulas bawang merah dipotong halus sesudu kecil halba garam lidi dipotong kecil

Cara:

1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. 2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong. 3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala. 4. angkat apabila sotong telah masak.

Cadangan Hidangan:

di makan begitu sahaja @ bersama nai putih

Tambahan:

1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir. 2. resepi dari trg ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan

 

 

Page 90: RESEPI IBU

 - Bersanbung lagi - Insyallah...