Download - Resepi Pancake

Transcript

Resepi PancakeBahan-bahan 1 cawan (130gm) tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 2 sudu besar gula 1 biji telur dipukul ringan 1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat) 2 sudu besar mentega-dicairkan Cara-cara Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat. Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang

SOTO SANTAN YUMMYBahan-bahan ( 12 orang )Sumber : Diana@MyResepi

6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak 2 ekor ayam, dibelah empat 3 - 4 liter air 1 cawan santan pekat 1/2 cawan serbuk ketumbar 2 sudu teh serbuk jintan halus 2 sudu teh serbuk lada putih 3 batang serai, dititik lengkuas sebesar ibu jari, dititik 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 5 tangkai bunga cengkih garam secukup rasa 1 cawan minyak untuk menumis Bahan untuk Dikisar 3 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup Bahan untuk Sambal Kicap 5 batang lada merah 20 biji lada padi merah thai 2 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap lemak manis Bahan Hiasan bergedil taugeh yang telah dicelur daun sup, dipotong halus bawang goreng sambal kicap ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul

sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak. 2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan. 3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

TIRAMISHUBahan-bahan: 1 biji kek span kopi berukuran 8 inci - sy guna span coklat isian keju: 250 gm keju krim Philadelphia 120 gm gula castor 150 gm yogurt perisa asli 200 gm krim putar tenusu (Dairy Whipping Cream) 20 gm gelatin halal 80 ml air Bahan sirap kopi disatukan: 1 sudu makan kopi segera nescafe 3 sudu besar gula 1/4 cawan air panas Hiasan: Serbuk koko Cara2: 1. Belah kek span kopi kepada dua lapisan.Potong bahagian atasnya (takut krim x melekat).Ketepikan- sy telangkupkan je sbb sayang nk potong. 2. Krim putar hendaklah di disejukkan dan dipukul hingga kembang.Simpan dahulu dalam peti sejuk. 3. Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukan gula dan pukul hingga kembang dan pekat (5 minit) masukkan yogurt dan krim putar yg disejukan tadi dan pukul hingga sebati 4. Gelatin dan air dicampurkan dan panaskan atas api kecil atau dlm microwave hingga cair dan jernih dan sejukkan hingga jadi suam2 sedikit . 5. Campurkan gelatin cair kedalam adunan keju bersama krim putar tadi.Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 1 minit agar ia pekat sedikit tapi jgn sampai beku. 6. Ambil selapis kek span dan letakkan kedalam tin bulat 8 inci yg bolih ditanggalkan bawahnya.Renjiskan sirap kopi supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2 dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim ditepi kek. 7. Letakan lapisan kedua dan renjiskan sirap kopi atas lapisan ini.Tuangkan lebihan krim keju atas kek dan menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2 hingga 3 kali atas meja agar krim keju sampai kebawah.Taburkan serbuk koko diatasnya dgn menggunakan penapis kopi.(sy taburkan selepas disejukkan dan semasa nak menghidang. 8. Sejukkan kek dalam peti dingin beku selama 5 jam hingga keras. (sy sejukkan pd bahagian bwh je)

PAN CAKE BANANABahan-bahan ( 8 keping )

1 cwn tepung naik sendiri 2 sudu besar gula secubit garam 1 biji telur 1 cwn susu segar 2 sudu besar minyak masak/mentega 2 biji pisang, dilenyek 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk yang besar. 2. Campurkan telur, susu, minyak, pisang dan esen vanilla dan kaca sehingga sebati. 3. Masukkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga tiada ketulan tepung. 4. Panaskan non stick pan dan ambil 1/4 cwn adunan untuk bentukkan satu lempeng. 5. Biarkan atas lempeng itu berbuih2 dan kelilingnya kecoklatan barulah pusingkan dan biarkan selama seminit lalu angkat.

6. Hidangkan bersama sirap maple.

Tag

KEK LAPIS OREO (sumber drp Bro ROZZAN) 10 biji telur (sederhana besar) 500 gm mentega 200 gm gula halus 300 gm susu manis 100 gm keju cheddar (di parut) 50 gm horlick 50 gm santan serbuk 100 gm biskut marie (tumbuk halus) 180 gm tepung Hong Kong 1 sudu teh serbuk vanili 1 sudu teh paste pandan Biskut oreo (buang krim) pewarna hijau dan merah Cara membuatnya:1. Pukul mentega, gula, serbuk vanili sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu, pukul sehingga kembang. 3. Perlahankan mixer, masukkan susu manis. 4. Masuk tepung hong kong, biskut marie, horlicks dan serbuk santan. 5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, hijau, merah dan plain. 6. Sediakan loyang 8x8 inci dan griskan serta alas kertas. 7. Ambil 2 senduk penuh warna hijau untuk lapisan pertama dan bakar dengan api atas/bawah (6-8 minit) 8. Tukar suhu oven dengan api atas sahaja. Ambil 2 senduk adunan merah, tabur sedikit keju parut. Bakar selama 5-7 minit. 9. Ambil 2 senduk adunan plain, susun biskut oreo. 10. Bakar sehingga selesai. Nota Bro Rozzan: kalau tak suka keju/pes pandan, jangan letak. Guna 100 gm horlicks jika taknak guna santan

SIMPLE PIZZA

Tepung gandum 175gm Yis kering 1 sudu besar minyak 1 sudu besar secubit garam, air mozarella cheese, sos pizza/sos tomato/sos cili topping kesukaan (tuna, cendawan, ayam, sausage, bawang dll)

Cara-cara1. Campurkan semua bahan bersama air dan uli semua bahan sehingga lembut. (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat pada tangan dan bekas) 2. Letak kertas minyak ke atas dulang bakar dan leperkan doh di atas dulang menggunakan tangan. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda. Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.

3. Sapukan sos pizza di tengah2 atau campuran sos tomato dan sos cili. Letakkan topping apa2 yang disukai. Akhir sekali taburkan mozarella cheese. 4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180C selama 22minit.

Tag

ROTI SIMPLEBahan-bahan ( 10biji )

1 1/2 cawan tepung roti(kalau x d-tepung serbaguna pun boleh) 1/2 paket yeast mauripan 1 sudu besar minyak sayuran 3/4 cawan air suam 1/8 sudu teh garam atau ikut rasa

Cara-cara1. 2. 3. 4. Maukkan semua bahan dalam mangkuk. Uli, jadi doh yang lembut. Tambah air/tepung kalau terlebih lembut/keras.. Buat bentuk2 bulat kecil dan biar 5min. Ambil doh, isi filling jika suka (jun isi cheese/butter ngan gula), letak atas tray yg dah di gris. Biar naik 2x ganda. 5. Bakar 15-20min. Sapu ngan butter. Hidang ngan mushroom soup..or makan cam tu je..

Ayam Percik Kelate

Bahan-bahan ( Satu Keluarga )

Sekor Ayam 1 liter santan 4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 inci halia 3 Batang serai 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk) 1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat) 1 keping asam keping 3 tangkai cili kering Garam dan gula

Cara-cara1. Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu). 2. Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak. 3. Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama. 4. Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit) 5. Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering) 6. Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak. 7. Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih

Ayam Percik Pasar Malam

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

500 gm bawang besar 50 gm halia - diblender 50 gm lengkuas - diblender 50 gm bawang putih - diblender 5 batang serai - diblender 2 cawan gula 3 sudu stok ayam serbuk 5 senduk cili mesin 5 senduk cili sos 1/2 kg santan

Cara-cara1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih 2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak 3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti 4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Puteri Dua Sebilik @ Tepung Bungkus

[email protected] resipi mak... sedappp, saya suke rasanya sebab tak cepat muak bila dimakan walopun rasanya lemak2 manis..... :)

Created on : 04-01-2010 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

52Share

Bahan-bahan ( Untuk Inti Kelapa )

1/2 biji kelapa parut 1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2 3/4 cawan air 1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan secubit garam Bahan-Bahan B (Untuk "2 Orang Puteri")

1 cawan tepung pulut 1/2 cawan air secubit garam 2 pewarna kegemaran (saye pakai pink & hijau) Bahan-Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri') 1 cawan tepung beras 1 cawan santan pekat 4 cawan air 1 sk garam Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.

Cara-cara1. Untuk Inti Kelapa 2. dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu. 3. bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan. 4. bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan. 5. 6. untuk Bahan-Bahan B @ '2 Orang Puteri' 7. campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung. 8. Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau. 9. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)

10. ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis. 11. 12. Untuk Bahan-Bahan C @ 'Bilik Puteri'

13. masukkan tepung beras, santan pekat, air dan garam kedalam periuk. dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat.

14. ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.

15. lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...

16. ulangi proses 14 & 15 hingga selesai kesemuanya. 17. kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais. 18. sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~ q;-) 19.

20. Memandangkan saya tak dapat upload gambar cara2 membuat kuih ni (dah cube tapi x taw npe x leh upload), kawan2 boleh pergi ke http://noorsha.blogspot.com untuk dapatkan gambaran penyediaan dgn lebih jelas...tq.. KEK BUAH2AN

BAHAN-BAHANNYA :-) 375 g buah2an campuran (mix fruit) 250 g mentega "Golden Churn" 300 g tepung gandum* 1 camca teh sodium bicarbonate* 1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) 3 biji telur gred A 150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar') 150 g gula pasir (untuk gula hangus) 1/4 cawan badam keping (flakes almond) 1 biji pala, diparut (nutmeg) Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan. 2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer. 3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya. 4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....