Download - resepi wajib buat

Transcript

Sup CendawanTop of FormUser Rating:/5PoorBestBottom of Form

(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)Bahan-bahan:250 gm cendawan tiram - dikisar250 ml susu rendah lemak100 gm tepung gandum - dicampur sedikit air menjadi pes3 sudu besar minyak jagung1 labu bawang besar - dikisar1/2 sudu besar lada sulah1/2 sudu teh garamCara Menyediakan:1. Campurkan minyak, bawang dan cendaran di dalam kaserol, biarkan 1 1/2 minit (medium high).2. Masukkan pes tepung, susu dan lada sulah, kacau hingga rata dan tidak berketul-ketul. Masak kembali dalam ketuhar gelombang mikro selama 5 minit (medium high).

Spageti Aglio Olio CendawanTop of FormUser Rating:/22PoorBestBottom of Form

Jom cuba resipi yang amat ringkas, mudah dan versatil ini. Jika terasa lapar pada waktu malam dan anda tidak mempunyai banyak bahan di dalam peti sejuk, ini adalah resipi yang patut dicuba.Anda boleh menggantikan cendawan dengan hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain. Rasanya juga lebih enak. Tetapi jika tiada, cendawan kering seperti di dalam resipi ini pun boleh!Anda perlukan:200 gm spageti6-8 ulas bawang putih - ketuk dan cincangBeberapa keping cendawan kering - direndam hinggalembut2 sudu besar minyak zaitun1 sudu kecil herba - parsli1/2 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar2 biji cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong (jika suka)Garam secukup rasaUntuk menyediakannya:1. Didihkan air dan masukkan spageti. Apabila spageti masak (biasanya 8 hingga 10 minit, atau ikut spesifikasi di paket), tapis dan lalukan air ke atasnya agar spageti tidak terus memasak. Spageti seharus dimasak al dente kata orang Itali, maksudnya, tidak terlalu masak dan tidak pula mentah. Ketepikan.2. Atas api sederhana, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing). Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam), dan bahan-bahan lain. Kacau rata.3. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul sebati.

Cendawan SumbatTop of FormUser Rating:/11PoorBestBottom of Form

Bahan-bahan:20 biji cendawan kering - direndam hingga kembang300 gm udang - dibuang kulit dan dicincang2 biji telur masin - dikukus2 sudu besar tepung jagung1 tangkai daun bawang - dicincang halusSedikit gula, garam dan serbuk lada sulahUntuk Sos:1/2 cawan air rebusan ayam1/2 sudu besar sos tiram1/2 sudu kecil minyak bijan1/2 sudu kecil serbuk lada sulah1 sudu kecil tepung jagungCara Menyediakan:1. Cendawan diramas untuk membuang airnya.2. Gaulkan udang dengan tepung jagung, gula, garam, serbuk lada sulah dan juga daun bawang.Sumbatkan adunan udang ke dalam cendawan. Hiaskan bahagian atasnya dengan sedikit telur kuning masin.3. Kukus dengan api yang kuat selama lapan minit, kemudian atur di atas pinggan.4. Campurkan kesemua bahan sos dan jerangkan di atas api yang kecil. Bila mendidih, tuangkan ke atas cendawan. Hidang panas-panas.Cendawan GorengTop of FormUser Rating:/169PoorBestBottom of Form

Cendawan GorengBAHAN-BAHAN:500 gm cendawan1 sudu kecil lada hitam (kisar)1 sudu kecil serbuk lada sulah4 biji telurGaram secukup rasaCARA MENYEDIAKAN:1. Telur dipukul dan dicampurkan de-ngan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.2. Kemudian celupkan cendawan dan goreng sehingga masak.

Cream of Mushroom Soup | Resepi Sup CendawanPosted by Norasikin Basri on Saturday, January 8, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan harga sekitar RM3 - RM4 ringgit Tak ada la mahal sangat tapi kalau dimasak sendiri lagi menjimatkan malah jika dijual sudah pasti menguntungkan.

Masakcream of mushroomcara barat ni lebih kurang sama dengan memasak cream of chicken soup yang pernah saya tunjukkan dalam entri yang lepas. Cuma kali ini saya jadikan ia lebih berperisa dengan menambah beberapa bahan. Tujuannya supaya anda boleh berfikir sejenak dan membandingkan dengan resepi cream of chicken soup seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan dalam mempelbagaikan hidangan mengikut kesesuaian tanpa mengubah ciri-ciri masakan barat itu sendiri.

Bahan-bahan untuk Cream Of Mushroom Soup1 cmt mentega1 cmt tepung gandum1 cmt bawang besar dicincang1 cmt leek dicincang1/2 L stok rebusan sayur3 bj cendawan butang1/2 cawan susu segargaram dan gula

Cara membuat Cream Of Mushroom Soup1. Panaskan mentega dalam periuk sehingga cair.2. Tumiskan bawang besar dan leek sehingga layu sahaja.3. Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan whisk sehingga mendapat tekstur seperti pasir.4. Masukkan air rebusan sambil dikacau sehingga pekat dan tidak berketul.5. Jika suka, boleh masukkan kedalam blender dan kisar supaya bawang dan leek juga turut halus.6. Masukkan cendawan butang yang dicincang.7. Perasakan dengan garam, gula dan susu.8. Sedia untuk dihidangkan.

Tip masakan komersial1. Untuk resepi ini kalau boleh saya mahu anda rasa perbezaan antara sup yang menggunakan leek dengan yang tidak, sup yang menggunakan bawang dengan yang tidak serta sup yang menggunakan susu dengan yang tidak. Begitulah cara belajar yang betul. Kena beranikan hati, jangan takut mengeluarkan modal asalkan ilmu yang diperolehi boleh memberi pulangan dalam jangkamasa panjang.2. Oleh kerana bahannya yang lebih banyakdaripada biasa, jadiharga jualan semangkuk sup sepatutnya lebih tinggidari biasa. Bagaimanapun harga jualan sebenarnya bergantung kepada berapa banyak kos yang kita keluarkan. Jadi anda boleh mengawalkos dengan cara menetapkan dahulu harga jualan. Jika harga jual murah, tak perlu la gunaka leek, susu dan sebagainya. Harga jual juga berkadaran dengan rasa masakan itu sendiri.Anda mungkin juga meminati:

Resepi Cream of Chicken SoupPosted by Norasikin Basri on Thursday, January 6, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoranmasakan barat komersial.

Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan dengan perasa asli. Maksudnya jika memasakayam, mereka mahu rasaayam yang sebenar yang tidak dipengaruhi oleh rempah-rempah dan pelbagai bahan tambahan. Tak seperti masakan melayu yang terlalu banyak bahan dan rempahnyasehinggakan kita terpaksa tanya "ini ayam ke daging? Kenapa daging ni rasa macam kambing?" Jadi jika membuat masakan barat, jangan letak terlalu banyak bahan. Hanya gunakan rempah dan herbayang paling minimum supaya rasa bahan utama tidak terhalang oleh bahan-bahan lain. Itulah sebabnya kebanyakan masakan barat hanya menggunakan garam dan lada hitam sahaja sebagai bahan perapan.Ciri-ciri masakan baratini penting untuk membezakan masakan barat dengan masakan-masakan yang lain.

Bahan-bahan asasuntuk Cream of Chicken Soup1 cmt tepung gandum1 cmt mentega1/2 L air rebusan ayamgaram dan lada hitam

Cara memasak Cream of Chicken Soup1. Panaskan mentega sehingga cair.2. Gorengkan tepung gandum dan kacau menggunakan whisk sehingga mendapat tekstur berbentuk pasir.3. Masukkan air rebusan dan kacau sehingga sup menjadi pekat dan tidak berketul.4. Perasakan dengan garam dan lada hitam.5. Boleh dihidangkan bersamaroti bawang putih (garlic bread)

Tip Masakan Komersial1. Kalau nak jual sup ayam, pastikan ada cebisan ayam didalamnya. Tak la rasa kosong sangat. Boleh masukkan 1 cmb ayam yang dicincang.2. Menambah sayur-sayuran boleh menambahkan kesedapan masakan, memberikan warna yang menarik serta lebih berkhasiat. Boleh tambahkan karet cincang, giant celery yang dihiris, leek dan sebagainya.3. Tak sah masakan barat tanpa herba barat. Bagi sesiapa yang telah membaca ebook tulisan sayaPanduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, sudah tentu tahu herba yang digunakan sewaktu membuat stok rebusan ayam. Sewaktu perasakan sup ayam ini, boleh la dimasukkan secubit oregano.4. Banyak eksperimen yang anda boleh jalankan untuk menghasilkan sup yang sedap. Banyak herba-herba barat yang boleh dicuba. Saya cadangkan anda pergi ke mana-mana restoran makanan segera yang menghidangkan sup ini dan cuba semangkuk. Sambil-sambil tu belek apa bahan tambahan yang dimasukkan. Kemudian cipta versi anda sendiri. Kebanyakkan sup yang dijual banyak menggunakan kiub pati ayam segera untuk memberikan rasa ayam yang kuat. Anda boleh berbuat demikian jika mahu. Bagi saya, tidak sama sekali kecuali kuib pati ayam itu saya buat sendiri.

Resepi Pancake AsasPosted by Norasikin Basri on Friday, June 3, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masak terlebih dahulu. Setiap apa yang saya masak perlulah saya modalkan juga. Kepada yang mendapat kebaikkan dari blog saya tanpa mengeluarkan modal, cubalah bersyukur dan ucapkan alhamdulillah.

Kalau anda tak pernah dengar perkataan pancake, saya yakin, anda tentu pernah dengar perkataan lempeng. Jadi tak perlu di panjang-panjangkan lagi. Resepi pancake dibawah ini terlalu asas. Tanpa gula, tanpa serbuk penaik. Strukturnya bergantung penuh kepada kendungan telur yang banyak dalam resepi ini. Cubalah jadikan pancake ini lebih menarik ala apam balik dengan melipatkan inti ditengah-tengahnya. Takkan nak makan pancake asas semata-mata. Bila ilmu kulinari nak maju...

Bahan-bahan Resepi Pancake Asas300g tepung gandum3 bj telur (A)250ml air250ml susu cair1/3 cwn minyak masak

Cara membuat Pancake Asas1. Pukul telur sehingga kembang dan putih.2. Campurkan air dan susu cair kedalam telur dan gaulkan sebati.3. Masukkan tepung gandum dan lipat-lipatkan adunan sehingga semuanya bercampur.4. Curahkan minyak masak sedikit demi sedikit sambil dilipat-lipatkan adunan.5. Tuangkan satu senduk adunan diatas kuali leper dengan kepanasan sederhana. Biarkan masak sebelah.6. Setelah itu palingkan pancake agar masak sebelah lagi.7. Angkat dan hidangkan bersama mentega atau madu atau jem dan sebagainya.

Tip Masakan Komersial.1. Saya pernah cuba memesan hidangan pancake dengan mentega beberapa tahun dahulu. Harganya hanya RM3 tetapi cuma mendapat 3 keping pancake bersaiz lebih kurang 6cm. Daripada adunan diatas, cuba kirakan kos yang diperlukan. Resepi diatas membolehkan anda mendapat lebih kurang 20 keping pancake. Kirakan harga yang sepatutnya untuk satu hidangan pancake.2. Lebih mudah jika anda menggunakan blender untuk mengadun resepi pancake ini. Bagaimanapun untuk blender bersaiz 1 liter sudah tentu tak muat. Jadi cubalah dengan setengah adunan dahulu.3. Kalau boleh gunakan kuali yang tebal seperti kuali apam balik. Menggunakan non-stick pan juga sesuai cuma warnanya tak sekata macam gambar pancake saya tu. Saya menggunakan kuali melengkung biasa tu je. hehhee4. Jangan tanya saya kenapa tak ada gula, kenapa tak ada soda, kenapa tak ada garam, kenapa tak ada macam-macam lagi. Anda yang masak, anda yang makan, anda yang tentukan.

Assalamualaikum sahabat,Resepi Lasagna BolognesePosted by Norasikin Basri on Monday, December 27, 2010 Under: Resepi Masakan Barat

Satu lagimasakan baratyang popular di Malaysia adalah lasagna. Asalnya lasagna adalah hidangan yang terbit dari kombinasi hidangan-hidangan barat yang lain. Kini terdapat berbagai jenis lasagna dengan berbagai citarasa yang menggabungkan menu masakan barat dengan masakan Malaysia. Ciri utama lasagna adalah, hidangan ini disusunberlapis-lapisdan berselang seli di antara pasta dan sos kemudian diakhiri dengan keju kemudian dibakar sehingga keperangan.

Kesimpulannya, untuk membuat lasagna, bahan yang paling utama adalah pasta dan sos kegemaran. Pasta yang digunakan untuk lasagna biasanya berbentuk lebar dan leper. Kini terdapat pasta lasagna segera dipasaran untuk kemudahan semua. Ada juga yang restoran yang menghidangkan lasagna dengan menggunakan pasta-pasta lain seperti fetuchini, fusili, makaroni. Terpulang kepada anda kerana anda yang memasak dan memakannya. Bagi saya, saya lebih senang menggunakan pasta yang saya buat sendiri. Lebih jimat, lebih selamat, lebih menguntungkan dan lebih fleksibel dan mudah untuk saya ubahsuai mengikut selera sendiri. Saya ada sertakan resepi untuk pasta lasagna yang sering saya gunakan.

Bahan-bahan untuk Lasagna Bolognaise1 porsi Pasta Lasagna1 porsi Sos Bolognaise (Klik disini untuk resepi Sos Bolognaise)1 porsi Sos Bechamel Putih (Klik disini untuk resepi Sos Bechamel)1/2 cwn keju mozarella

Bahan-bahan untuk Pasta Lasagna1 bj telur (A) cmt garam150g tepung gandum

Cara membuat Pasta Lasagna1. Larutkan garam dalam telur.2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli. Dapatkan doh yang keras tapi masih boleh dicanai. Tak perlu habiskan semua tepung jika doh sudah cukup keras.3. Rehatkan doh kira-kira 30 minit dalam bekas bertutup sebelum dicanai nipis. Lebih senang jika menggunakan mesin.4. Potongkan mengikut bentuk acuan yang akan digunakan tetapi kurangkan saiznya lebih kurang 1 inci.5. Rebus dalam air mendidih sehingga lembut antara 10 15 minit yang dicampurkan dengan sedikit minyak.6. Tuskan dan rendam di dalam air biasa untuk menyejukkannya (memberhentikan proses memasak)dan supaya ia tidak melekat sesama sendiri..

Cara membuat Lasagna Bolognaise.1. Griskan acuan dengan sedikit marjerin/mentega2. Bahagikan sos putih dan sos bolognaise mengikut bilangan lapisan yang anda kehendaki.3. Tuangkan 1 bahagian sos putih ke dalam acuan dan ratakan.4. Masukkan 1 lapisan pasta.5. Tuangkan 1bahagian sos bolognaise dan ratakan.6. Ulangi langkah 3 5 sehingga semua bahan-bahan habis digunakan.7. Taburkan keju secukupnya sebagai lapisan terakhir.8. Bakar dalam ketuhar bersuhu 200C sehingga keju berwarna sedikit keperangan.9. Potong dan sedia untuk dihidangkan.

Tip Masakan Komersial.1. Jika anda menggunakan pasta berbentuk lain, pastikan pasta itu disusun rata supaya lapisan antara sos dan pasta mudah kelihatan.2. Boleh cuba Seafood Lasagna dengan melapiskan pasta, sos putih dan campuran pelbagai jenis seafood yang direbus dan didadu.3. Sewaktu membuat sos bolognaise, sebaik-baiknya dapatkan tekstur sos yang pekat supaya hasilnya lebih cantik.4. Asalnya, lapisan dalam lasagna juga ditaburkan keju biasanya parmesan tetapi boleh juga diabaikan kerana keju memang mahal di negara kita.5. Anda boleh menyejukbekukan lasagna ini setelah dipotong sama saiz dan dibungkus dengan kertas aluminium. Apabila diperlukan, barulah dikeluarkan dan dibakar sebelum dihidangkan tetapi pastikan sos anda pekat dan tidak terlalu berair.

Resepi Fettucini Makanan Laut | Fettuchini Seafood MarinaraPosted by Norasikin Basri on Friday, February 4, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat. Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbandingspagetti.Manakala cara memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular sepertibolognaise, carbonara dan untuk entri ini saya akan tunjukkan cara membuat sos makanan laut (seafood). Kalau dilihat kepada restoran-restoran masakan barat yang ada di Malaysia, fettucini makan dengan sambal sotong punmereka kata fettucini makanan laut.

Penting untuk anda tahu, masakan barat amat mementingkan keaslian rasanya. Mereka tidak gemar rasa seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain dipengaruhi oleh rasa rempah-rempah termasuk garam dan gula. Tidak hairanlah jika anda mendapati rasa sos untuk fettucini makanan laut ini terlalu hambar, tawar, tak pedas dan kurang perasa untuk lidahorang Malaysia. Oleh itu, kalau nak makan masakan barat, pastikan lidah anda terbiasa denganciri-ciri masakan barat. Makan banyak kali baru terasa nikmatnya. Tapi jangan pula sampai kena bercakap pelat omputeh.

Bahan-bahan Fettuchini Makanan Laut(Fettuchini Seafood Marinara)1/2 pkt Pasta Fettucini atau secukupnya2 ulas bawang putih1/2 bj bawang besar1 cmb mentega1/2 L Sos Bechamel (Klik untuk dapatkan resepi Sos Bechamel Istimewa saya)10 bj cendawan butang2bj tomato250g makanan laut segar(udang, sotong, isi ketam)Garam dan lada sulah

Cara membuat Fettucini Makanan Laut1. Rebus pasta fettuchini mengikut arahan pada pembungkusnya dan hidang didalam pinggan.2. Bawang besar dan bawang putih dicincang. Tomato didadu. Kalau suka boleh buang kulit dan bijinya) Cendawan butang dihiris nipis. Makanan laut dipotong mengikut citarasa anda.3. Panaskan mentega, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Tidak perlu sehingga bertukar warna menjadi perang.4. Masukkan makanan laut dan digaul sebati sehingga makanan laut masak.5. Masukkan tomato dan cendawan butang dan gaul lagi sebentar sahaja.6. Tuangkan sos bechamel, dan perasakan dengan garam dan lada sulah.7. Tuangkan keatas pasta fettucini, hiaskan dan sedia dihidang.Tip Masakan Komersial1. Memasak makanan laut tidak boleh terlalu lama. Cukup untuk seminit atau 2 minit sahaja bergantung kepada kuantiti makanan laut itu. Makanan laut jika dimasak terlalu lama menyebabkan ia mengecut. Sotong pula kalau dimasak terlalu lama membuatkan isinya menjadi keras dan kenyal.2. Setiap kali menghias masakan barat, gunakanlah sayuran dengan pelbagai warna. Sayuran yang perlu dimasak seperti brokoli, bolehlah dicelur sebentar dan disejukkan dalam air untuk mengekalkan warnanya.3. Bagi yang pernah membaca ebook tulisan sayaPanduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, anda boleh menggunakan pelbagai sos yang saya ajarkan untuk resepi pasta ini untuk kelainan.4. Cuba juga menggunakan pasta-pasta lain yang banyak dijual dipasaran dengan teknik yang sama. Bezakan pada hiasan dan bahan utamanya untuk menambah menu dalam restoran anda seperti pasta sayur-sayuran, pasta ayam, daging dan sardin dan lain-lain. Kalau boleh buat sesuatu yang tak pernah terfikir oleh orang lain.

Sos Bolognaise | Resepi Spagetti | Hidangan PastaPosted by Norasikin Basri on Thursday, December 23, 2010 Under: Resepi Masakan Barat

Walaupun susah disebut, sos Bolognaise adalah sos yang paling popular dalammasakan baratterutama dalam hidangan pasta. Tak kira la pasta jenis apa yang anda gunakan sama ada spagetti, fetucini, fusili atau apa sahaja, semuanya sesuai dengan sos ini. Lagipun kita yang mencorakkan sesuatu hidangan. Asalkan bertepatan denganciri-ciri masakan baratyang dikehendaki, hidangan ini tetapi menjadi pilihan ramai.

Saya membuat sos ini khas untuk resepi lasagna bolognaiseyang akan saya post dalam entri yang lain. Jadi tak ada la gambar pasta yang disimbah dengan sos ini. Yang penting, resepi ini sangat mudah dan sedap. Anda boleh mencubanya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Lupakan la sos segera yang banyak dijual di pasaraya. Hidangkan hanya makanan berkhasiat, selamat dan halal untuk keluarga anda. Lagipun rasa sos dari resepi ini sebijik macam sos segera dalam botol. Kalau dinilai dari bahan-bahannya, memang tak percaya. Tapi inilah kebenarannya.

Bahan-bahan Sos Bolognaise1 biji bawang besar2 cmb mentega/majerin3 bj tomato segar250g daging / isi ayam100g cendawan butang2 cmb tomato puri atau sos tomato2 cmt oregano1 helai daun baygaram dan lada sulah sebagai perasa

Cara membuat Sos Bolognaise1. Bawang besar, tomato segardidadu. Ayam/daging dicincang halus. Cendawan butang dihiris nipis.2. Panaskan mentega. Tumiskan bawang besar sehingga layu.3. Masukkan tomato segar dan dimasak sehingga hancur.4. Tambahkan daging/ayam cincang, daun bay dan cendawan. Masak sehingga empuk.5. Setelah daging masak sepenuhnya, barulah masukkan bahan perasa yang lain seperti tomato puri, oregano, garam dan lada sulah.6. Masak sehingga sos menjadi sedikit pekat.7. Sos sedia digunakan untuk hidangan pasta anda.

Tip masakan komersial1. Anda boleh mendapatkan ayam/daging yang siap dicincang di pasaraya, walaubagaimanapun, anda boleh mengisar sendiri menggunakan pengisar bijirin/kering. Cuma kisar sedikit demi sedikit. Kawal suhu blender untuk mengelakkan kerosakan pada mesin.2. Jika boleh dapatkan tomato segar yang bewarna merah supaya warna sos menjadi lebih cantik.3. Daun bay banyak digunakan dalam masakannasi beriani, jadi untuk mendapatkan daun bay yang murah bukan satu masalah. Cuba tanyakan dipasar-pasar besar. Kalau beli didalam botol dipasaraya, memang mahal harganya. Biasanya dipasar, satu paket daun bay mengandungi 20-30 helai daun hanya RM1 sahaja.4. Begitu juga dengan oregano. Jangan beli didalam botol dipasaraya. Carilah di kedai menjual bahan kuih/kek. Oregano antara herba barat yang paling murah. Boleh beli dalam paket yang kecil mengikut keperluan.5. Saya inginkan sos Bolognaise yang sedikit pedas dan manis untuk lasagna saya, jadi saya menambahkan sedikit sos cili yang saya hasilkan sendiri. Saya memang tak beli sos cili dikedai. Saya rasa, sos yang sayabuat sendirilebih sedap, selamat dan jimat. Lagipun saya lebih memahami sos cili saya sendiri. Jadi lebih mudah untuk saya gunakan dalam masakan-masakan saya. Saya juga manambah karot yang didadu dalam sos bolognaise ini.Anda mungkin juga meminati: