8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
1/34
Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah dan Suasana Semasa
(661H-728H/1263M-1328M)
RIWAYAT HIDUP
Pengenalan:
Di dalam sejarah pemikiran Islam, perselisihan dan percakaran di antara golongan
Mutakallimun (ahli Kalam) dengan Falasifah (ahli Falsafah) berhubung isu-isu agama
telah mewarnai ketamadunan Islam. Para sarjana Islam seperti: Ibn Hazm
(457H/1064M), Al-Ghazali (505H/1111M), Ibn Taymiyyah (729H/1328M), Ibn Qayyim
Al-Jawziyyah (751H/11350M) dan beberapa orang lagi adalah antara yang terkenal
kerana serangan dan kritikan mereka ke atas falsafah.
Ibn Taymiyyah adalah seorang tokoh yang telah muncul pada abad ketiga belas
dan empat belas. Beliau telah membawa suatu pemikiran yang sering dan masih dikaji
hingga kini oleh sarjana moden samada di kalangan orientalis mahupun Islam. Di antara
kajian yang dilakukan ke atas beliau ialah tentang pemikirannya menerusi kritikan-
kritikannya terhadap golongan Falsafah.
Bagi mengenali perjuangan dan pemikiran beliau maka sangat wajarlah untuk
dihayati dulu latar belakang keluarga, pendidikan dan suasana yang membentuk
peribadinya. Untuk itu sebenarnya telah ada puluhan karya dan kajian yang memaparkan
perkara-perkara tersebut. Riwayat hidup beliau telah dicatat oleh ramai penulis di dalam
berbagai bahasa, samada ianya buku sejarah atau buku tentang mazhab Hanbali ataupun
buku yang khusus membicarakan tentangnya. Di antara catatan yang paling utama
tentang beliau ialah Al-Bidayah wa Al-Nihayah yang dikarang oleh Al-Hafiz Imad Al-
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
2/34
Din Ibn Kathir (774H), Tadhkirat Al-Huffaz karangan Al-Hafiz Syams Al-Din Al-
Dhahabi (748H), Al-Uqud Al-Durriyyah fi Manaqib Syeikh Al-Islam Ahmad Ibn
Taymiyyah oleh Al-Hafiz Ibn Abd Al-Hadi,Dhayl Tabaqat Al-Hanabilah oleh Al-Hafiz
Ibn Rajab Al-Hanbali, seterusnya karangan Al-Hafiz Al-Bazzar bertajuk: Al-Alam Al-
Aliyyah fi Manaqib Ibn Taymiyyah, karangan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani iaitu:Al-
Durar Al-Kaminah fiAyan Al-Miah Al-Thaminah, karangan Al-Syawkani bertajuk: Al-
Badr Al-Tali fi Tara jim Ulama Al-Qarn Al-Tasi dan banyak lagi karya para sarjana
Islam lain.
Latar Belakang Peribadi:
a) Kelahiran:
Al-Imam Taqiy Al-Din Abu Al-Abbas Ahmad Bin Abd Al-Halim Bin Abd Al-
Salam Bin Abd Allah yang terkenal dengan gelaran Ibn Taymiyyah Al-Harrani Al-
Dimasyqi Al-Hanbali telah dilahirkan pada hari Isnin 10 Rabi Al-Awwal 661 Hijrah
bersamaan 22 Januari 1263. Terdapat tarikh lain yang disebutkan oleh para sarjana
sejarah, tetapi ini adalah pendapat yang paling kukuh.1
Kota Harran tempat kelahiran Ibn Taymiyyah terletak di tengah perjalanan
menuju ke Mosul (Iraq), Syam dan Turki di antara sungai Dajlah dan sungai Furat.2
Ia
merupakan pusat perkembangan pelbagai jenis ilmu dan tamadun. Selain itu, ia juga
1Lihat: Ibn Kathir, Abu Al-Fida Ismiil Bin Umar.Al-Bidayah wa Al-Nihayah (13/255), Beirut: Dar Al-
Kutub Al-Ilmiyyah, (t.t), Al-Karami Al-Hanbali, Mara Bin Yusuf, Al-Kawakib Al-Durriyyah fi ManaqibAl-Mujtahid Ibn Taymiyyah (m.s 52), Beirut: Dar Al-Gharb Al-Islami, Ctk. Pertama (1986) dan Abdullah,Mohd. Amar. Study of Ibn Taymiyah and Some of His Theological Ideas, With Special Reference to HisAqidah Wasitiyah. (m.s 18), England: Department of Theology, University of Birmingham (1988).2
Lihat: Al-Baladhuri, Abu Jafar Ahmad Bin Yahya. Futuh Al-Buldan, subjek:Harran. Muhammad FuadAbd Al-Muim. Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah wa Al-Wilayah Al-Siyasiyyah Al-Kubra fi Al-Islam. ArabSaudi: Dar Al-Watan (t.t)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
3/34
pernah menjadi pusat gerakan keagamaan dan keilmuan golongan Sabiah3, sepertimana
yang tersebut di dalam kitab-kitab Falsafah. Secara khusus ia terkenal kerana sering
dikaitkan dengan ilmu Falsafah dan ilmu-ilmu Yunani.4
Selepas itu ia bertukar menjadi
tempat berkembangnya mazhab Hanbali hasil usaha yang dilakukan oleh nenek moyang
Ibn Taymiyyah.
Pada usianya enam tahun, beliau telah mengikut bapanya berhijrah ke kota
Damsyiq bersama dua orang adiknya demi menyelamatkan diri dari kekejaman Tartar5.
Damsyiq ketika itu adalah salah satu ibu kota kerajaan Mamluki selain daripada Kaherah.
Justeru itu, tidak hairanlah kedua-dua kota ini menjadi pusat perkembangan ilmu
pengetahuan dan tamadun di zaman itu.
b) Keperibadian:
Beliau sangat mencintai kebenaran dan menghargai ilmu pengetahuan; lantaran
itu, tidak hairanlah beliau mampu menulis di dalam banyak cabang ilmu Islam. Beliau
juga telah dianugerahkan oleh Allah daya ingatan yang kuat, kecerdasan pemikiran dan
pandangan yang luas. Al-Dhahabi berkata:
Beliau (Ibn Taymiyyah) memang layak untuk berijtihad keranamemiliki syarat-syarat untuk itu. Aku tidak pernah melihat seorang
manusia yang begitu tangkas menyebut ayat-ayat Al-Quran sebagai dalil
bagi masalah yang diutarakan kepadanya, seolah-olah hadith Nabi
S.A.W berada di hadapan matanya dan di hujung lidahnya6.
3
Sabiah ialah suatu ajaran yang mengagungkan planet-planet yang tujuh dan bintang-bintang yang duabelas, serta menganggapnya sebagai qidam. Mereka mempunyai solat lima kali sehari semalam menghadapke kabah, berpuasa di bulan Ramadan, mengharamkan bangkai, darah dan khinzir, tetapi hanya
mempercayai beberapa orang nabi sahaja tidak termasuk Nabi Muhammad S.A.W.
Lihat: Ibn Hazm, Abu Muhammad Ali Bin Ahmad Al-Andalusi Al-Zahiri, Al-Fisal fi Al-Milal wa Al-Ahwa waAl-Nihal (1/50), Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut, Ctk. Pertama (1996M-1416H)4
Muhammad Fuad Abd Al-Munim, Opt.cit (m.s 10)5
Ibn Kathir, Opt.cit (13/269)6Al-Dhahabi, Syams Al-Din Muhammad Bin Ahmad. Siyar Alam Al-Nubala. (15/417-418),
Beirut:Muassasah Al-Risalah, Ctk. Kesepuluh (1994),
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
4/34
Kebolehan dan penguasaannya terhadap ilmu itu menyebabkan beliau dapat
mengajar di Dar Al-Hadith Al-Sukkariyyah dalam usia yang belum mencecah dua puluh
dua tahun. Ini melahirkan kekaguman di kalangan orang ramai.
Selain memiliki keilmuan yang dihormati, Ibn Taymiyyah juga mempunyai sikap
yang keras dan tegas serta sensitiviti yang tinggi terhadap sebarang penyelewengan. Ini
memberi kesan kepada cara pergaulan beliau dengan golongan ulama lain dan
pemerintah; menyebabkan dirinya terdedah kepada bahaya. Ramai ulama yang
mengiktiraf daya keilmuannya, sungguhpun begitu ramai juga yang mengambil sikap
memusuhinya bahkan ada yang berusaha menjatuhkannya. Beliau juga pernah
berhadapan pemerintah Tartar yang cuba menakluki Syam, lalu mengkritik perbuatan
tersebut dengan berani.7
Di sebalik ketegasannya itu, beliau terkenal juga sebagai seorang yang lemah
lembut dan penyayang serta berbudi tinggi. Seorang yang wara, banyak melakukan solat
dan berpuasa serta sering bermunajat kepada Allah S.W.T. Beliau sangat menjaga syariat
Islam zahir dan batin serta zuhud dari kepentingan dunia. Beliau sering menyeru ke arah
jihad dan tidak pernah mengambil walau satu dinar pun mahupun sehelai baju daripada
pemerintah8.
Ibn Taymiyyah juga terkenal sebagai seorang yang pemaaf dan tidak menyimpan
dendam. Hal ini terbukti apabila beliau menolak tawaran pemerintah untuk menghukum
7Ibn Kathir, Opt.cit(14/8)
8Ibn Hajar Al-Asqalani, Opt.cit
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
5/34
para ulama yang melakukan konspirasi bagi menjatuh dan memusnahkannya. Ini jelas
melalui perkataan Ibn Makhluf9:
Kami tidak pernah melihat manusia seperti Ibn Taymiyyah, kami cuba
memusnahkan beliau, tapi tidak mampu, beliau mampu memusnahkankami tetapi memafkan kami bahkan berhujah mempertahankan kami10.
c) Pendidikan:
Ibn Taymiyyah telah mempelajari secara khusus ilmu Fiqh dan Usul daripada
bapanya selain daripada ilmu-ilmu lain. Bapanya merupakan salah seorang pembesar
ulama mazhab Hanbali di kota itu, juga seorang guru di Dar Al-Hadith Al-Sukkariyyah
serta mempunyai kerusi khas untuk mengajar di Masjid Damsyiq.
Ibn Taymiyyah telah menuntut berbagai ilmu Islam dari beberapa orang sarjana
terkenal di kota Damsyiq. Para sejarawan Islam meriwayatkan bahawa guru beliau
berjumlah lebih daripada dua ratus orang sarjana11.
Guru-guru beliau:12
Sekalipun mempunyai guru yang sebegitu ramai namun terdapat beberapa orang
yang utama dan mempunyai pengaruh yang besar dalam dirinya. Di antaranya ialah:
1. Ala Zayn Al-Abidin Ahmad Bin Abd Al-Daim Al-Maqdisi
2. Najm Al-Din Bin Asakir
3. Jamal Al-Din Al-Sayrafi
4. Jamal Al-Din Al-Baghdadi
5. Zainab Binti Makki
9Ibn Makhluf ialah Zayn Al-Din Bin Makhluf seorang qadi bermazhab Maliki di Mesir. Beliau terkenal
dengan kekerasan hukum yang dikeluarkannya dan permusuhannya dengan Ibn Taymiyyah.
Lihat: Abu Zahrah, Muhammad, Ibn Taymiyyah:Hayatuhu wa Asruhu, Arauhu wa Fiqhuhu (m.s 49),Kaherah: Dar Al-Fikr Al-Arabi, (1991)10
Lihat: Ibn Kathir, Opt.cit (14/56)11
Ibn Abd Al-Hadi, Opt.cit(m.s 19)12
Ibid
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
6/34
Dilantik sebagai guru:13
Lantaran ketekunannya belajar, Ibn Taymiyyah telah menguasai begitu banyak
cabang ilmu Islam seperti: Al-Quran, Al-Hadith, Aqidah, Fiqh dan Bahasa Arab. Beliau
juga memiliki kebolehan di bidang Matematik, Fizik dan Falsafah. Beliau telah
menamatkan pengajian formalnya sebelum berusia dua puluh tahun.
Bapanya telah meninggal dunia semasa beliau berusia dua puluh satu tahun. Sejak
itu, beliau dilantik mengambil alih tugas dan tanggungjawab bapanya mengajar di Dar
Al-Hadith dan di Masjid Damsyiq. Sungguhpun begitu, berbagai ujian hidup terpaksa
beliau hadapi. Segala kesukaran ini membawanya mengembara ke kota-kota di antara
Mesir dan Syam.
Murid-muridnya:14
Di mana sahaja Ibn Taymiyyah mengadakan majlis pengajian, ia pasti mendapat
sambutan hangat daripada masyarakat. Pengembaraan beliau yang banyak itu juga turut
menjadi faktor kepada ramainya pengikut, pencinta dan anak muridnya. Murid-muridnya
terbahagi kepada dua golongan kerana majlis pengajiannya juga ada dua jenis:
a) umum : yang dihadiri oleh orang awam
b) khusus : untuk individu yang memiliki potensi keilmuan yang juga mewarisi
ketegasan beliau di dalam manhaj ilmu.
Kelompok kedua ini terdapat ratusan orang -kebanyakannya dari kalangan Hanbali dan
Syafii- tetapi yang utama ialah:
1- Syams Al-Din Abu Abd Allah Muhammad Bin Abu Bakr yang terkenal sebagai Ibn
Qayyim Al-Jawziyyah
13Lihat: Al-Nadwi, Abu Al-Hasan Ali Al-Hasani,Al-Hafiz Ahmad Bin Taymiyyah. (m.s 315-338), Kuwait:
Dar Al-Qalam, Ctk. Keempat (1993M-1313H)14
Ibid
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
7/34
2- Syams Al-Din Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman Al-Dhahabi
3- Imad Al-Din Abu Al-Fida Ismail Bin Umar yang dikenali dengan gelaran Ibn
Kathir
4- Syams Al-Din Muhammad bin Ahmad Abd Al-Hadi Bin Abd Al-Hamid yang lebih
dikenali sebagai Ibn Abd Al-Hadi
5- Qadi Al-Qudah Syaraf Al-Din Abu Al-Abbas Ahmad Bin A-Hussayn, lebih dikenali
dengan gelaran Qadi Al-Jabal.
6- Zayn Al-Din Umar yang dikenali sebagai Ibn Al-Wardi.
7- Abd Rahman Bin Ahmad Bin Rajab yang terkenal dengan gelaran Ibn Rajab Al-
Hanbali. Beliau tidak belajar secara langsung daripada Ibn Taymiyyah kerana
kelahirannya selepas lapan tahun kematian Ibn Taymiyyah. Sebaliknya beliau adalah
murid kepada Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, namun kecenderungannya kepada Ibn
Taymiyyah menyebabkan beliau dianggap sebagai murid Ibn Taymiyyah.
8- Ummu Zainab Fatimah Binti Abbas bin Abi Al-Fath Al-Baghdadiyyah
Perjuangan:-
a) Dakwah:
Ibn Taymiyyah telah memberikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada
dakwah dan ilmu pengetahuan. Di antara bidang utama yang diberikan perhatian
khususnya di dalam penulisannya ialah: Tafsir, Ilmu Kalam, Falsafah dan Tasawwuf
serta Fiqh.
i) Tafsir:
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
8/34
Tafsiran Ibn Taymiyyah terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah berasaskan keyakinan
beliau bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan dengan lengkap segala maksud
Al-Quran. Para sahabat yang menjadi saksi ketika proses penurunan wahyu itu pula lebih
mengetahui maksud ayat daripada mana-mana generasi selepasnya. Justeru itu beliau
menyusun kaedah bagi mentafsir Al-Quran seperti berikut:15
Pertama: Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran. Ini adalah martabat tertinggi dalam
pentafsiran; kerana Allah yang Maha Mengetahui maksud kalam-Nya.
Kedua: Tafsir ayat melalui Al-Sunnah. Ini apabila tidak diperolehi maksudnya melalui
proses pertama; lantaran Nabi S.A.W adalah orang yang menerima wahyu.
Ketiga: Tafsiran melalui perkataan para sahabat; kerana mereka adalah generasi yang
wujud semasa wahyu diturunkan.
Keempat: Tafsiran golongan Tabiin yang mempelajarinya dari para sahabat.
Bagaimanapun ia bukan hujah muktamad melainkan jika tafsiran itu disepakati melalui
ijmak ataupun jelas maksudnya dan bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab.
Ibn Taymiyyah telah mengarang tafsiran bagi beberapa surah Al-Quran yang
sempat ditulis semasa beliau berada di penjara.16
ii) Mazhab-mazhab Fiqh17
:
Ibn Taymiyyah amat menghormati keempat-empat mazhab utama umat Islam.
Bahkan beliau sendiri sangat cenderung kepada mazhab Hanbali kerana dibesarkan dalam
keluarga bermazhab Hanbali. Sungguhpun begitu, beliau membenci kejumudan dan sikap
bertaqlid yang berleluasa di kalangan fuqaha zamannya. Sebahagian mereka menolak
15Lihat: Ibn Taymiyyah,Muqaddimah fi Usul Al-Tafsir. Beirut: Dar Al-Quran Al-Karim, (t.t)
16Ibn Abd Al-Hadi, Opt.cit (m.s 377)
17Lihat huraian beliau tentang imam-imam mazhab yang empat di dalam:RafAl-Malam an AimmahAl-
Alam, Maktabah Ibn Taymiyyah, (t.t)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
9/34
ijtihad bahkan di dalam perkara yang mempunyai sandaran nas yang jelaspun mereka
tetap enggan berganjak daripada pandangan mazhab. Ini seakan-akan menjadikan
pandangan manusia lebih tinggi daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.
Walaupun Ibn Taymiyyah menampilkan ijtihad-ijtihad yang kadangkala keluar
daripada apa yang sudah dibiasakan oleh orang ramai, namun cara istinbat hukmumnya
masih seperti para ulama lain. Sumber pengambilan hukum di sisi beliau ialah: Al-Quran,
Al-Sunnah, Ijmak (khususnya ijmak Sahabat) dan Qias. Selain itu beliau juga berpegang
kepada fatwa sahabat selagi mana tidak terdapat pertentangan terhadapnya.
Melalui susunan sumber hukum ini, Ibn Taymiyyah mengorak langkah menulis dan
mengeluarkan fatwa. Dalam hal ini, beliau tidak bertaqlid kepada mana-mana mazhab,
bahkan berpandu terus kepada dalil-dalil yang diperolehi. Ini kerana kebenaran itu tidak
hanya wujud pada imam-imam yang empat sahaja18
. Namun pengaruh mazhab Hanbali
masih wujud sedikit sebanyak dalam cara istinbat hukumnya.
iii) Falsafah:
Beliau telah dilahirkan sepuluh tahun sebelum kematian tokoh Falsafah yang
terkenal di zaman itu iaitu: Nasir Al-Din Al-Tusi. Ketika itu Falsafah dan ilmu mantiq
Yunani sangat mendapat tempat di kalangan para cendiakawan. Kota Harran tempat
kelahirannya adalah pusat bagi salah sebuah sekolah penterjemahan terpenting yang
dipimpin oleh Thabit Bin Qurrah Al-Sabii19
. Kemuncak keadaan ini ialah barangsiapa
yang mengetahui selok belok perbahasan Falsafah akan dianggap sebagai bijaksana. Di
kala itu, tiada sarjana Hadith atau Fiqh yang tampil berhujah dengan golongan ini. Apa
18Ibn Taymiyyah. Minhaj Al-Sunnah fi Naqd Kalam Al-Syiah wa Al-Qadariyyah. (2/288), Kaherah:
Maktabah Dar Al-Urubah, (1221H).19
Lihat: Gibb, H.A.R.& J.H Kramer. Encyclopedia of Islam. (m.s 227-228), Leiden: E.J Brill, (1953).
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
10/34
yang dilakukan oleh kebanyakan mereka hanyalah mengeluarkan fatwa mengharamkan
pengajian Falsafah dan Mantiq20.
Topik utama yang dikritik oleh Ibn Taymiyah ialah Falsafah Ilahiyyah atau
Metafizik. Beliau menyifatkan mereka itu sebagai sangat jahil tentang bab ketuhanan
hinggakan katanya, Yahudi dan Nasrani mempunyai pengetahuan yang lebih baik tentang
bab tersebut21
. Namun begitu, beliau mengiktiraf sumbangan Falsafah Fizikal dan
Matematik yang disifatkan sebagai lebih banyak yang benar daripada yang salah. Bahkan
beliau mencela golongan ahli Kalam yang keterlaluan mengkritik termasuk perkara-
perkara benar itu
22
.
Apabila Ibn Taymiyyah menggunakan istilah Falsafah dan failasuf, pada
kebiasaannya beliau tujukan kepada golongan Al-Masyaiyyah23di kalangan umat Islam
seperti Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan Nasir Al-Din Al-Tusi. Adakalanya juga beliau
memaksudkan Al-Suhrawardi dan pendokong Falsafah Al-Isyraqiyyah24. Beliau juga
menggunakan istilah Mutafalsifah (orang yang sengaja berfalsafah) untuk ahli Falsafah
Islam.25 Satu perkara yang menarik ialah: kebanyakan sarjana Falsafah terutama yang
beraliran Isyraqiyyah adalah daripada latar belakang Syiah Imamiyyah Al-Ithna Al-
Asyriyyah di Parsi26
. Golongan ini merupakan musuh ketat Ibn Taymiyyah.
iv) Ilmu Kalam dan Tasawwuf:
20Lihat: Al-Nadwi, Opt.cit (m.s 199-200)
21Ibn Taymiyyah,Al-Radd ala Al-Mantiqiyyin (2/131) dan Al-Muwafaqah (1/88-89)
22Ibn Taymiyyah, Tafsir Surah Al-Ikhlas (m.s 57) danAl-Radd(2/134)
23 Penjelasan tentang latar belakang golongan ini akan dijelaskan di dalam bab 3.24
Lihat pendetailan pada bab 3.25
Lihat: Thomas F. Michel, S.J., A Muslim Theologians Response to Christianity. (m.s 15), New York:
Caravan Book, (1984)26
Lihat: Nasr, Seyyed Hossein, An Introduction To Islamic Cosmological Doctrines. (m.s 182), StateUniversity of New York Press, (1993)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
11/34
Boleh dikatakan bahawa tiada satupun tulisannya yang tidak mengkritik manhaj
dan ajaran pihak-pihak tersebut. Di antara perkara utama yang disentuh berhubung ilmu
Kalam ialah konsep penggunaan Akal berbanding nas. Lebih-lebih lagi ilmu Kalam di
zaman itu telah bercampur aduk dengan Falsafah. Golongan yang menjadi sasaran utama
ialah Muktazilah dan Jahmiyyah27
.
Pertentangan Ibn Taymiyyah dengan golongan sufi pula ialah pada beberapa
perkara seperti: konsep tawakkal, konsepzuhud, penggunaan gerak hati yang melampaui
nas dan seumpamanya. Kemuncak kritikannya terhadap mereka ialah dalam doktrin
Wahdat Al-Wujud(Kesatuan Wujud) dan Al-Ittihad(Penyatuan Wujud) yang dipelopori
oleh Ibn Arabi dan Ibn Sabin.
v) Pemerintah dan kerajaan:
Beliau dengan jelas dan berani telah menegur dan menasihati golongan
pemerintah yang bersikap diktator serta mengabaikan kepentingan rakyat. Beliau akan
bangkit mempertahankan hak rakyat jika ianya cuba dicabuli oleh mana-mana
pemerintah. Namun beliau juga turut menyeru orang ramai agar taat setia kepada
kerajaan yang patuh kepada syariat Islam, bahkan mengajak mereka mempertahankan
kerajaan daripada tumbang kepada Tartar ataupun pihak Salibiyyah.
b) Peperangan:
Selain berkecimpung di medan dakwah, Ibn Taymiyyah juga turut terjun ke
medan jihad menentang tentera Salib dan Tartar. Tentera Salib telah memulakan
serangannya ke atas Syam dan Mesir sejak tahun 490H lagi dan berjaya menguasai Bayt
27Mereka adalah pengikut Jahm Bin Safwan yang menganut fahaman Al-Jabariyyah dan muncul di
Tirmidh. Lihat: Al-Syahrastani, Muhammad Bin Abd Al-Karim.Al-Milal wa Al-Nihal (1/73), Beirut: DarAl-Kutub Al-Ilmiyyah, Ctk. Kedua (1992).
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
12/34
Al-Maqdis pada 492H28
. Sejak itu, berlakulah pertempuran di antara mereka dan tentera
Islam sepanjang dua kurun, hinggalah mereka berjaya dihalau keluar oleh Al-Malik Al-
Asyraf Khalil bin Mansur Qalawun pada tahun 690H.29
Tentera Tartar pula telah berjaya menguasai kota Baghdad kira-kira lima tahun
sebelum kelahiran Ibn Taymiyyah (656H)30
. Selepas itu, mereka berjaya pula menawan
Halab dan Damsyiq sebelum cuba untuk menguasai Mesir. Tetapi mereka berjaya disekat
oleh tentera Mamlukiy dalam peperangan Ain Jalut31 yang mengakibatkan terusirnya
mereka dari Syam. Selepas itu, beberapa percubaan diteruskan lagi oleh Tartar untuk
menguasai Syam dan Mesir tetapi gagal. Ibn Taymiyyah telah memfatwakan tentang
keharusan memerangi mereka bahkan beliau sendiri turut serta dalam beberapa
peperangan antaranya ialah peperangan Syaqhab berhampiran kota Damsyiq pada bulan
Ramadan 702H di mana Tartar tumpas dalam pertempuran itu.32
Di sebalik kejayaan tentera Salib dan Tartar menawan beberapa kota orang Islam,
berlaku pengkhianatan di kalangan penduduk yang bernaung di bawah kerajaan Islam.
Ketika tentera Salib menyerang segelintir orang-orang Kristian yang menyamar sebagai
ahli Dhimmah33 telah menjadi musuh dalam selimut dengan membantu musuh
menumpaskan kerajaan Islam. Ini menyebabkan Ibn Taymiyyah mengeluarkan fatwa
yang mewajibkan suatu tanda khas yang membezakan di antara ahli Dhimmah di
28
Ibn Kathir. Opt.cit(12/166)29Ibid. (13/340)
30Ibid. (13/213)
31 Ain Jalut ialah sebuah tempat di Palestin. Peperangan yang berlaku pada bulan Ramadan 658H telah
dirakam dalam sejarah sebagai detik gemilang yang dicapai oleh kerajaan Mamlukiy; kerana berjaya
menghalang Tartar daripada menakluki bumi umat Islam sekaligus menyekat kemaraan mereka daripada
memasuki Eropah.32
Ibn Kathir. Opt.cit (14/25-28)33
Ahli Dhimmah ialah orang-orang bukan Islam yang bernaung di bawah kerajaan Islam dengan penuh taatsetia.
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
13/34
kalangan Yahudi dan Kristian yang bernaung di bawah kerajaan Islam dengan orang
luar34.
Sementara di dalam serangan Tartar ke atas Baghdad dan Syam, mereka telah
menerima bantuan daripada puak-puak Batiniyyah, Nusayriyyah dan
Ismailiyyah35
sementara golongan sufi pula enggan turun berjihad. Lebih menyedihkan
lagi, golongan pelampau Syiah ini telah menghalalkan penjualan hamba dari kalangan
umat Islam kepada tentera salib.
Lantaran itu, Ibn Taymiyah bingkas mengatur langkah menyatukan umat di
bawah payung kerajaan Mamlukiy bagi menghancurkan puak-puak bidah, khurafat dan
ajaran sesat yang menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Islam. Akibatnya,
berlakulah beberapa peperangan di pergunungan Syam yang melibatkan tentera kerajaan
dengan puak-puak militan Syiah. Ibn Taymiyyah bukan sahaja mengeluarkan fatwa
menyokong tindakan kerajaan dan menyeru orang ramai menyertainya, bahkan beliau
sendiri mengepalai tentera bersama putera mahkota kerajaan Mamlukiy.36
Tindakan ini boleh disifatkan sebagai usaha mempertahankan aqidah Ahli Sunnah
wa Al-Jamaah daripada ancaman kelompok-kelompok Syiah, sekaligus mempertahankan
kerajaan Mamlukiy sebagai pusat kuasa golongan Ahli Sunnah. Perjuangan ini juga
menyebabkan beliau dianggap sebagai di antara musuh golongan Syiah yang utama
sepanjang zaman.
c) Tribulasi: sebab dan kesudahan:
34Ibn Kathir, Opt.cit (14/18)
35Mereka ini adalah sebahagian daripada puak-puak Syiah yang ekstrim lagi sangat berbeza dengan ahli
Al-Sunnah wa Al-Jama'ah.36
Lihat: Ibn Kathir, Opt.cit
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
14/34
Kehidupan Ibn Taymiyyah dipenuhi dengan cabaran, tribulasi, perjuangan dan
penderitaan. Beliau seorang yang sangat tegas dalam pendiriannya, sama sekali tidak
berganjak walau bagaimana rintangan dan cabaran yang bAkal ditempuhi. Berikut adalah
ringkasan dari rentetan peristiwa yang menimpa dirinya:
i- Pada tahun 698H, bermulalah konspirasi terhadapnya apabila ditohmah beriktikad
dengan iktikad tajsim37; ini kerana tulisannya di dalam Al-Aqidah Al-Hamawiyyah yang
merupakan jawapan terhadap persoalan penduduk kota Hama38
. Karyanya ini merupakan
sokongan kepada mazhab Salaf dan serangan terhadap golongan Mutakallimun39
.
Pada tahun 699H, Ibn Taymiyyah bersama para pengikutnya telah pergi ke pusat-
pusat hiburan lalu memusnahkan bekas-bekas arak, mencurahnya ke tanah serta
menyerang orang-orang yang sedang berfoya-foya di dalam pusat-pusat hiburan itu.
Tindakan ini sangat menggembirakan orang ramai40
.
Pada tahun 705H, Ibn Taymiyyah didatangi oleh sekelompok golongan tasawwuf
Ahmadiyyah meminta beliau berhenti daripada mengkritik dan menyerang mereka di
dalam fatwa dan tulisannya. Namun beliau enggan berkompromi dengan mereka bahkan
menjawab:
Setiap perkara mestilah berada di bawah petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah, samada perkataan ataupun perbuatan. Barangsiapa yang keluar
daripada keduanya, wajiblah ditegur41
.
Pada tahun yang sama, beliau ditangkap dan dipenjarakan di Kaherah kemudian
dipindahkan ke Halab. Adapun golonganHanabilah (yang bermazhab Hanbali) di Mesir
37 Tajsim ialah satu kepercayaan bahawa Allah S.W.T mempunyai jasad dan anggota tubuh sepertimanusia.38
Hama ialah sebuah bandar yang terletak di sebelah utara Syria sekarang.39
Ibn Kathir, Opt. Cit (14/4-5)40
Ibid. (14/12)41
Ibid. (14/38)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
15/34
telah diseksa dan dihina.42
Tribulasi yang menimpa Ibn Taymiyyah berterusan di antara
tahun 707H-712H di Mesir. Golongan sufi telah mengadu kepada pemerintah tentang
beliau, dengan dakwaan bahawa beliau tidak memohon kepada Nabi. Beliau dipenjara di
Bilbis kemudian dipindahkan ke Iskandariah. Sepanjang di dalam tahanan, beliau masih
dikunjungi oleh orang ramai untuk meminta fatwa. Beliau meneruskan aktiviti tersebut
sehinggalah dibebaskan oleh Sultan Qalawun43
pada tahun 709H44
.
Sepanjang kewujudannya di Iskandariah, Ibn Taymiyyah telah memerangi
golongan Sufi dari kalanganAl-Sabiniyyah danAl-Arabiyyah45. Beliau berjaya di dalam
usahanya melumpuhkan pengaruh dan kekuatan kedua-dua kumpulan sufi yang sesat itu.
Selepas itu beliau kembali semula ke Damsyiq pada 712H46
.
Pada tahun 718H, Qadi qudah (Ketua para qadi) Damsyiq telah mengarahkan Ibn
Taymiyyah agar berhenti mengeluarkan fatwa berhubung masalah sumpah untuk
menjatuhkan talak. Arahan itu beliau patuhi, namun ia tidak bertahan lama. Baginya
perbuatan tersebut bererti menyembunyikan pengetahuan. Justeru itu, beliau terus
berfatwa bahawa talak tidak jatuh di dalam beberapa keadaan seperti: terpaksa, diugut,
sumpah palsu, bersyarat dan seumpamanya47.
Pada tahun 726H, sekali lagi para qadi Damsyiq menentangnya; lantaran fatwa
tentang hukum menziarahi kubur-kubur orang-orang soleh. Fatwa ini telah beliau
42Ibid. (14/40)
43
Sultan Al-Mansur Saif Al-Din Qalawun ialah pemerintah kerajaan Mamlukiy di antara tahun 678-689H.44
Opt.cit (14/46-53)45
Al-Sabiniyyahialah kelompok sufi pengikut Abd Al-Haq Bin Ibrahim yang dikenali sebagai Ibn Sabin(668H) dan Al-Arabiyyah ialah pengikut Abu Abd Allah Muhammad Bin Ali Bin Muhammad yangdikenali sebagai Al-Syeikh Al-Akbar Muhyi Al-Din (Penghidup Agama) Ibn Arabi (638H) tetapi digelar
oleh Ibn Taymiyyah sebagaiMumit Al-Din (Pemati Agama).Lihat: Ibid. (13/167&275)46
Ibid (14/69)47
Ibid (14/89) dan lihat contoh fatwa tersebut dalam: Kutub wa Rasail wa Fatawi Syeikh Al-Islam IbnTaymiyyah (m.s 38 & 91) Maktabah Ibn Taymiyyah, Ctk. Kedua (t.t)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
16/34
keluarkan sejak dua puluh tahun sebelumnya. Fatwa ini disokong oleh para ulama di
Baghdad, malangnya ia ditentang oleh para ulama di Damsyiq. Oleh sebab itu pada
petang Isnin 6 Syaban tahun tersebut, Ibn Taymiyyah ditangkap dan dipenjarakan di
penjara Damsyiq. Ini tidak melumpuhkan semangatnya, bahkan beliau melahirkan rasa
gembiranya kerana ia adalah suatu yang ditunggu-tunggunya. Selanjutnya, beliau terus
dikenakan tekanan dan dilarang untuk menulis, begitu jugalah yang berlaku ke atas para
penyokongnya di luar penjara.48
Manhaj Ibn Taymiyyah
a) Dalam Penyelidikan dan Penulisan:
Pendidikan yang diterima secara sistematik serta pembacaannya yang sangat luas
telah membentuk peribadinya di dalam membahaskan isu-isu ilmu. Asas-asas yang beliau
pegang apabila membahaskan sesuatu perkara itu ialah:
1- Berpegang terus kepada nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.2- Mendahulukan naqal (nas-nas) daripada aqal; ini kerana aqal manusia tidak mampumencapai semua perkara sedangkan nas adalah wahyu Allah ataupun perkataan nabi yang
menerima wahyu.
3- Mengelakkan sebarang percanggahan antara keduanya; kerana naqal yang sahih tidakakan bercanggah dengan aqal yang jelas.
4- Menghindari takwilan yang bercanggah dengan peraturan bahasa.Bertitik tolak daripada asas-asas ini, Ibn Taymiyyah menulis karya-karyanya
dengan penuh kesedaran, bahasanya mudah lagi hidup serta jauh daripada uslub yang
48Ibn Kathir, Opt. cit (14/127-129)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
17/34
menyukarkan pemahaman. Beliau benar-benar meluahkan perasaannya samada sokongan
ataupun kritikan melalui karya-karya itu.
Selain daripada mempunyai pembacaan yang meluas, Ibn Taymiyyah juga
dianugerahkan Allah dengan ingatan yang kuat dan pandangan yang jauh. Apabila
mengarang sesuatu risalah atau kitab, beliau tidak berpandukan kepada rujukan yang
banyak untuk dinukilkan sebarang pandangan daripadanya. Bahkan semasa mengarang di
dalam penjara dalam keadaan bahan bacaan disekat daripadanya, beliau mampu
mengarang sejumlah karya yang memuatkan pandangan ratusan ulama silam sambil
mengisyaratkan dari mana pandangan-pandangan itu dinukilkan.
Beliau juga berkemampuan mengarang dengan cepat, hingga mencapai satu jilid.
Justeru itu tidak hairanlah beliau mampu menulis sebanyak lima ratus buah karya
sepanjang hidupnya.
Di dalam perbahasan, beliau akan memperincikan setiap topik yang dimaksudkan
lalu membandingkannya dengan puak-puak yang berkaitan. Beliau akan menjelaskan
kaitan dan kesan sesuatu pegangan itu terhadap aqidah dan akhlak. Bagaimanapun
seperkara yang disentuh oleh ramai pengkaji ialah, beliau lebih banyak menukilkan
maksud daripada teks yang diulas daripada menukilkan perkataan-perkataan dalam teks
tersebut.
Ibn Taymiyyah bukanlah jenis manusia yang suka menjatuhkan hukuman secara
rambang. Sebaliknya beliau lebih suka untuk mengenalpasti masalah dan pihak manakah
yang terlibat. Ini dapat mengelakkan beliau daripada menjatuhkan sebarang hukuman
secara umum.
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
18/34
Apabila beliau menjustifikasikan satu-satu perkara itu kufur atau bidah,
kebanyakannya beliau tujukan khas kepada mAkalah atau kenyataan yang dimaksudkan
sahaja; kerana mengelakkan daripada menuduh mana-mana orang Islam dengan tuduhan
yang tidak benar.
Ibn Taymiyyah tidak bertaqlid dalam sebarang tindak- tanduk dan pendiriannya.
Sungguhpun begitu beliau sentiasa mengambil kira pendapat imam-imam mujtahid.
Melalui penelitian terhadap hujah-hujah mereka, beliau akan menetapkan pendiriannya
serta membina hukum berdasarkan dalil dan hujah yang diyakininya. Dalam hal ini,
beliau agak cenderung kepada Al-Imam Ahmad Bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali),
katanya:
Ahmad lebih berpengetahuan daripada orang lain tentang Al-Kitab dan
Al-Sunnah serta pandangan para sahabat dan tabiin. Justeru itu, sukar
didapati pendapatnya yang bercanggah dengan nas sebagaimanadidapati pada orang lain. Selain itu, jika ada qaul yang lemah dalam
mazhab ini, nescaya akan ada satu lagi qaul Ahmad yang bertepatan
dengan qaul yang lebih kuat.apabila didapati pendapat Abu Hanifahdan Al-Syafie berbeza dengan pendapat Malik yang serupa dengan
Ahmad ataupun hampir, maka kebanyakannya yang lebih kukuh ialah
pendapat Malik dan Ahmad49.
Kenyataan ini menggambarkan betapa peribadi Al-Imam Ahmad Bin Hanbal
sangat mempengaruhi diri Ibn Taymiyyah. Hubungan ini bertambah kukuh kerana
keluarga Ibn Taymiyyah memang dari kalangan sarjana bermazhab Hanbali. Mazhab ini
merupakan salah satu daripada empat mazhab Fiqh yang terkenal dalam Islam. Ia juga
terkenal sebagai mewakili salah satu daripada dua aliran pemikiran di dalam aqidah.
Mazhab Hanbali ini terkenal sepanjang sejarah sebagai golongan yang tegas dalam
49Ibn Taymiyyah,Al-Fatawi (2/119)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
19/34
berpegang kepada zahir nas samada di dalam fiqh mahupun aqidah50
. Oleh itu, tidak
hairanlah ciri-ciri tersebut jelas terpapar dalam peribadi Ibn Taymiyyah.
b) Ibn Taymiyyah menyokong manhaj Al-Salaf
Ibn Taymiyyah berpendapat bahawa golongan yang paling benar pegangan
agamanya ialah mereka yang berada pada tiga generasi yang awal Islam. Golongan ini
dipanggil Al-Salaf Al-Saleh. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith nabi S.A.W51
:
Mafhumnya: Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian mereka yang selepasnya,
kemudian mereka yang selepasnya
Mereka yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut ialah orang-orang yang hidup
pada tiga kurun pertama Islam yang berpegang teguh dengan petunjuk Rasulullah S.A.W.
Merekalah yang dinamakan sahabat, tabiin (pengikut sahabat) dan tabi al-tabiin
(pengikut kepada pengikut sahabat). Golongan ini yang juga dinamakan Al-Salaf Al-
Saleh atau singkatannyaAl-Salaf.
Golongan Al-Salaf ini pada pandangan Ibn Taymiyyah adalah yang paling baik
selepas para nabi. Perkataan mereka adalah yang paling baik dan mereka inilah golongan
yang paling mendapat petunjuk. Rasionalnya, mereka inilah yang paling hampir dengan
kehidupan Rasulullah S.A.W. Mereka jugalah yang paling menghayati lagi mentaati
50 Perkataan Hanbali ini turut merujuk kepada sikap Imam Ahmad yang sangat tegas dalam polemik dengan
Muktazilah tentang adakah Al-Quran itu qadim atau baharu, makhluk atau bukan? Beliau sangup dipenjara
dan disiksa semata-mata mempertahankan pandangannya. Ini menyebabkan siapa sahaja yang mempunyai
pendirian yang keras akan digelar Hanbali. Selain itu, mazhab Hanbali ini juga digelar oleh musuh-musuhnya sebagaiHasywiyyah atau Mujassimah.51
Hadith riwayat Al-Bukhari no. 2509 dan 3451
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
20/34
setiap perintah dan panduan baginda. Di zaman tersebut juga belum begitu banyak
kerencaman pemikiran.
Justeru itu Ibn Taymiyyah berpandangan, mengetahui perkataan dan perbuatan
mereka lebih bermanafaat pada daripada perkataan dan amalan golongan selepas mereka.
Mengikut pendirian mereka dalam urusan agama lebih-lebih lagi dalam bab-bab
ketuhanan adalah suatu kewajipan dan itulah manhaj yang paling selamat. Ini kerana
kesepakatan mereka (ijma) adalah terpelihara daripada kesalahan. Kesalahan mereka
juga lebih sedikit sedangkan kebenaran mereka lebih banyak.52
Sebaik-sebaik contoh ulama al-salaf yang menjadi ikutan Ibn Taymiyyah ialah
Al-Imam Ahmad Bin Hanbal. Ini kerana ketegasan beliau semasa berhadapan dengan
cabaran golongan Muktazilah berhubung isu Kejadian Al-Quran, tetap teguh dengan
pendirian para al-salaf al-saleh. Oleh sebab itu, Ibn Taymiyyah sangat menyanjungi Al-
Imam Ahmad dan menuruti pendiriannya serta mengambil pendapatnya samada di dalam
Usul Al-Din mahupun di dalam perkara cabang syariat. Tidak hairanlah juga banyak
kedapatan pendapat-pendapat Ahmad di dalam tulisan-tulisan Ibn Taymiyyah.
Ibn Taymiyyah bagaimanapun menyanggahi sangkaan segelintir manusia yang
mendakwa bahawa golongan salaf ini tidak pernah mengambil tahu urusan aqidah secara
akli lantaran kesibukan mereka berdakwah dan berjihad menyebarkan Islam. Beliau juga
menafikan tanggapan bahawa golongan al-salaf membenci pengkajian dan penelitian
secara akli berhubung perkara akidah, sebaliknya apa yang tidak disukai ialah hujah-
hujah akli yang bercanggah dengan nas-nas syarak. Di atas dasar itu, Ibn Taymiyyah
tidak sekadar menggunakan nas-nas syarak secara zahir sahaja apabila berhadapan
52Ibn Taymiyyah,MajmuahAl-RasailAl-Kubra (1/16-17)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
21/34
dengan pelbagai pihak yang dikira menyalahi syarak. Sebaliknya beliau juga turut
menggunakan hujah-hujah akli53.
Kematiannya:54
Selepas menghadapi tekanan dan siksaan semasa berada di dalam penjara selama
kira-kira dua bulan, akhirnya pada malam 22 Zulkaedah 728H, kembalilah Syeikh Al-
Islam Ibn Taymiyyah ke pangkuan Ilahi di penjara Damsyiq.
Apabila berita kematiannya tersebar, orang ramaipun berpusu-pusu menuju ke
penjara untuk memberikan penghormatan terakhir. Selepas dimandikan, orang ramai
berhimpun di penjara dan sepanjang jalan menuju ke masjid. Masjid juga telah dilimpahi
oleh manusia hingga terpaksa dikawal oleh tentera.
Jenazah Ibn Taymiyyah telah disolatkan kali pertama di penjara kemudian dibawa
ke Masjid Umawiy dan disolatkan kali kedua selepas solat Zohor. Suasana sedih
menyelubungi kota Damsyiq, kedai-kedai dan pasar ditutup. Tiada seorangpun yang
ketinggalan daripada menyembahyangkan jenazah ini melainkan yang uzur. Jumlah yang
menghadiri solat jenazah itu ialah kira-kira seratus ribu orang lelaki dan lima belas ribu
orang wanita tidak termasuk yang memerhatikan dari atas bangunan. Kemudian jenazah
dibawa dengan jari-jari dan kepala-kepala hadirin tanpa perlu berganjak; kerana terlalu
ramai ke pasar Al-Khayl lalu disolatkan sekali lagi dengan diimami oleh adiknya Zayn
Al-Din Abd Rahman, seterusnya dikebumikan di perkuburan Al-Sufiyyah bersebelahan
dengan kuburnya seorang lagi adiknya: Syaraf Al-Din Abd Allah. Hanya beberapa
individu yang memusuhinya sahaja yang bersembunyi ketika upacara itu berjalan.
53Lihat: Harras, Muhammad Khalil. Ibn Taymiyyah Al-Salafiy. Beirut:Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Ctk.
Pertama 1984/1404, (m.s 61)54
Ibn Kathir, Opt.cit (14/141-146).
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
22/34
Apabila berita kematiannya sampai ke kota-kota lain, maka ramailah di kalangan ulama
dan orang awam yang melakukan solat ghaib.
Ibn Kathir menyifatkan bahawa ia merupakan upacara pengkebumian jenazah
yang terbesar yang pernah berlaku di Damsyiq. Jenazah Ibn Taymiyyah hanya dilalukan
sahaja di atas tangan-tangan hadirin tanpa perlu seorangpun berganjak dari
kedudukannya.
Demikianlah kesudahan kehidupan seorang insan yang telah menyumbangkan
seluruh kehidupannya untuk Islam dan ilmu. Beliau tidak tumpas di tangan tentera Salib
mahupun tentera Tartar, tetapi kerana dikhianati oleh orang Islam sendiri. Sehinggakan
ada sarjana Islam yang mengulas nasib yang menimpa beliau dengan kata-kata:
..beliau telah dipenjara di akhir hayatnya kerana ditohmah
berijtihad55
.
Hasil Intelektual:
Ibn Taymiyyah telah meninggalkan khazanah ilmu yang sungguh banyak melalui
kitab-kitab dan risalah-risalah karangannya. Sebahagian daripada karya tersebut telahpun
dicetak, sebahagian lain masih berbentuk manuskrip, Manakala banyak lagi yang hanya
diketahui namanya melalui buku-buku sarjana silam, tetapi telahpun hilang. Dianggarkan
bahawa karya tulisan beliau adalah sekitar lima ratus jilid.56
Kebanyakan karyanya dimuatkan di dalam Majmu Rasail wa Fatawi Ibn
Taymiyyah (Himpunan Surat dan Fatwa Ibn Taymiyyah). Berikut adalah senarai beberapa
buah kitab karangan beliau berdasarkan kategori ilmu:
i- Ulum Al-Quran dan Tafsir:
55Lihat: Al-Syawkani, Opt.cit
56Lihat: Al-Dhahabi, Opt.cit
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
23/34
1-Muqaddimah fi Usul Al-Tafsir(Mukaddimah Asas-asas Tafsir)
2-Al-Tibyan fi Nuzul Al-Quran (Penjelasan Tentang Penurunan Al-Quran)
3- Tafsir Surah Al-Nur(Tafsir Surah Al-Nur)
4- Tafsir Surah Al-Ikhlas (Tafsir Surah Al-Ikhlas)
5- Tafsir Al-Muawwidhatayn (Tafsir Surah Al-Falaq dan Al-Nas)
ii- Al-Hadith:
1- Arbain Hadithan Riwayat Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah an Arbain min Kibar
Masyaikhihi (40 Hadith Riwayat Ibn Taymiyyah Daripada 40 Orang Gurunya Yang
Utama)
2- Risalah fi Syarh Hadith Al-Nuzul (Risalah Syarah Hadith 'Turunnya' Allah Pada
Sepertiga Malam)
3-Risalah fi Al-Ajwibah an Ahadith Al-Qussas (Risalah Jawapan Tentang Hadith-hadith
Penglipulara)
4- Risalah tatadamman Ahadith fi Sual Al- Nabiy an Al-Islam (Risalah Mengandungi
Hadith-hadith Tentang Soalan Nabi mengenai Islam)
5- Syarh Al-Hadith: Unzila Al-Quran ala Sabati Ahruf(Syarah Hadith: Turunnya Al-
Quran Dengan Tujuh Huruf)
iii- Usul Al-Din:
1- Kitab Al-man
2-Al-Aqidah Al-Wasitiyyah (Aqidah Pertengahan)
3-Risalah fi Al-Qada wa Al-Qadar(Risalah Qada dan Qadar)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
24/34
4- Syarh Al-Aqidah Al-Asfahaniyyah (Syarah Aqidah Asfahaniyyah)
5-Minhaj Al-Sunnah (Jalan Sunnah)
iv- Perbandingan Agama:
1-Al-Jawab Al-Sahih li man Baddala Din Al-Masih (Jawapan Yang Benar Untuk Sesiapa
Yang Menukar Agama Al-Masih)
2-Al-Radd ala Al-Nasara (Penolakan Terhadap Kristian)
3- Takhjil Ahl Al-Injil (Kecaman Ke atas Ahli Injil)
4-Al-Risalah Al-Qubrusiyyah (Risalah Cyprus)
v- Fiqh dan Usul Fiqh:
1-Al-Fatawi Al-Kubra (Fatwa-fatwa Utama)
2- Kitab Manasik Al-Hajj (Kitab Ibadat Haji)
3- Kitab fi Usul Al-Fiqh (Kitab Usul Fiqh)
4-Risalah fi Sujud Al-Sahwi (Risalah Mengenai Sujud Sahwi)
5- Masalah Al-Halaf bi Al-Talaq (Masalah Sumpah Cerai)
vi- Tasawwuf:
1- Al-Furqan Bayna Awliya Al-Rahman wa Awliya Al-Syaitan (Pembeza Di antara
Wali-wali Allah Yang Pemurah Dengan Wali-wali Syaitan)
2-Amrad Al-Qulub wa Syifauhu (Penyakit-penyakit Hati Dan Ubatnya)
3- Al-Tuhfah Al-Iraqiyyah fi Amal Al-Qulub (Hadiah Dari Iraq Mengenai Amalan-
amalan Hati)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
25/34
4-Al-Ubudiyyah (Pengabdian)
5-Darajat Al-Yaqin (Darjat-darjat Keyakinan)
vii- Akhlak, Politik dan Sosial:
1-Al-Hasanah wa Al-Sayyiah (Kebaikan dan Keburukan)
2- Al-Wasiyyah Al-Jamiah li Khayray Al-Dunya wa Al-Akhirah (Wasiat Yang
Menyeluruh Demi Kebaikan Dunia dan Akhirat)
3- Al-Siyasah Al-Syariyyah fi Islah Al-Rai wa Al-Raiyyah (Politik Islam Bagi
Memperbaiki Pemerintah dan Rakyat)4-Al-Hisbah fi Al-Islam (Hisbah Dalam Islam)
5-Al-Mazalim Al-Musytarakah (Kezaliman-kezaliman Bersama)
Inilah sebahagian daripada apa yang telah dihasilkan oleh Ibn Taymiyyah.
Sebahagian daripada tajuk-tajuk tersebut dicetak di dalam Majmuah Kutub wa Rasail
Ibn Taymiyyah (Himpunan Kitab-kitab dan Surat-surat Ibn Taymiyyah) atau di dalam
Majmu Al-Fatawi (Himpunan Fatwa-fatwa) atau dicetak secara berasingan. Boleh
dikatakan kesemua karya ini telah dimuatkan juga di dalam bentuk program cakera padat
(CD) di bawah beberapa tajuk di antaranya:
i- Muallafat Ibn Taymiyyah (Penulisan-penulisan Ibn Taymiyyah)ii- Maktabah Ibn Taymiyyah (Perpustakaan Ibn Taymiyyah)iii- Maktabah Al-Syeikh wa Al-Tilmidh (Perpustakaan Guru iaitu Ibn Taymiyyah
dan Murid iaitu Ibn Qayyim Al-Jauziyyah)
iv- Al-Maktabah Al-Syamilah (Perpustakaan Lengkap)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
26/34
SUASANA SEMASA:
Pengenalan:
Peribadi manusia dibentuk oleh beberapa faktor dan unsur. Latar belakang
keluarga dan pendidikan yang diperolehi merupakan faktor yang sangat penting. Namun
keadaan persekitaran dan suasana masyarakat turut berperanan dalam pembinaan sahsiah
manusia. Justeru itu bagi menyelami peribadi dan corak pemikiran Ibn Taymiyyah,
perlulah juga diketahui tentang persekitaran masyarakatnya samada di sudut politik,
ekonomi, sosial mahupun agama. Ibn Taymiyah sebenarnya telah bertindak balas dengan
setiap aspek tersebut.
Politik:
Sejak beberapa kurun umat Islam telah terpecah kepada kerajaan-kerajaan kecil
dan wilayah-wilayah autonomi. Setiap kerajaan memandang kerajaan yang lain sebagai
musuh yang perlu ditundukkan. Raja-raja yang memerintah tidak lagi menganggap rakyat
jelata sebagai orang yang dinaungi dan dilindungi sebaliknya memandang mereka dengan
penuh keangkuhan dan pemerasan. Lebih parah lagi, di kalangan sesama keluarga yang
memerintah sering timbul hasad dengki dan pengkhianatan hingga timbulnya rampasan
kuasa berkali-kali.
Ibn Taymiyyah dilahirkan semasa pemerintahan Al-Malik Al-Zahir Bebres yang
memerintah Syam dan Mesir. Beliau telah berjaya membawa kerajaan Mamlukiy menjadi
kerajaan yang kuat dan dihormati. Beliau sangat mengambil berat tentang urusan jihad.
Tentera di bawah pemerintahannya telah berjaya menumpaskan tentera Salib dan Tartar
berkali-kali. Beliau juga sangat bersungguh-sungguh menghapuskan arak dan sebarang
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
27/34
kerosakan. Di zamannya, kerajaan Mamlukiy telah berkembang hingga ke sungai Furat di
utara dan hujung sempadan Sudan di selatan. Beliau juga banyak mengasaskan sekolah-
sekolah hingga menjadikan Kaherah bukan sahaja sebagai ibu kota pemerintahan bahkan
sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.57
Al-Malik Zahir meninggal dunia ketika Ibn Taymiyyah berusia lima belas tahun.
Justeru itu, Ibn Taymiyyah telah mengikuti beberapa peristiwa penting di zaman Al-Zahir
Bebres ini.
Lima tahun sebelum kelahiran Ibn Taymiyyah, Tartar telah menghancurkan
Baghdad dan menakluki kebanyakan bumi umat Islam. Ini dilakukan dengan
pengkhianatan golongan Nasrani dan Syiah Batiniyyah. Setahun kemudian tenteraIslam
Mamlukiy di bawah pimpinan Sultan Sayf Al-Din Qataz telah berjaya menumpaskan
Tartar di Ain Jalut. Bagaimanapun, Qataz hanya mampu bertahan di singgahsana selama
setahun sahaja sebelum diambil alih oleh Al-Zahir Bebris58
.
Pada tahun 659H, Zahir Bebris bersama Al-Imam Izz Al-Din Abd Salam serta
para ulama yang lain, telah memberikan baiah (janji setia) kepada Abu Al-Qasim
Ahmad Bin Khalifah Al-Zahir bi Amr Allah untuk menjadi khalifah umat Islam. Beliau
adalah bapa saudara kepada khalifah Al-Mutasim Billah, khalifah terakhir sebelum
keruntuhan Baghdad. Bagaimanapun jawatan itu hanyalah simbol semata-mata kerana
segala kuasa adalah di tangan Zahir Bebris.59
Pada tahun 699H, tentera Tartar telah menumpaskan tentera pimpinan Al-Nasir
Muhammad Bin Qalawun lalu kembali semula ke kota Damsyiq. Mereka ketika itu
sudahpun memeluk agama Islam. Kedatangan ini mengakibatkan ramai di kalangan
57Ibn Kathir, Opt.cit (13/276)
58Ibid. (13/231,233 & 236)
59Ibid (13/244)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
28/34
ulama dan pemimpin lari ke Mesir. Ibn Taymiyyah telah memimpin suatu delegasi
berhadapan dengan Mahmud Qazan untuk membantah tindakannya menyerang Damsyiq.
Akkhirnya Mahmud Qazan bersetuju untuk tidak memasuki kota Damsyiq, tetapi
malangnya segelintir askarnya telahpun masuk lalu membuat kerosakan. Apabila mereka
beredar, Ibn Taymiyyah melepaskan tawanan-tawanan perang samada muslim ataupun
ahli Dhimmah tanpa kecuali.60
Pada tahun 700H, Tartar sekali lagi kembali ke Syam; mengakibatkan ramai yang
lari meninggalkan kampung halaman. Namun Ibn Taymiyyah tetap bertahan dan
menyeru umat Islam agar turun ke medan jihad bahkan beliau sendiri turut sama di
dalamnya.
Pada tahun 690H, Al-Malik Al-Asyraf Khalil telah berjaya merampas kembali
beberapa bandar orang Islam daripada tangan pihak tentera Salib61
dan pada tahun 702H
pula, Al-Malik Al-Nasir Muhammad Bin Qalawun dan tenteranya berjaya menumpaskan
tentera Tartar.
Sosio-Ekonomi:
Masyarakat Mamlukiy di Mesir dan Syam adalah suatu masyarakat yang
mengendungi berbagai-bagai jenis manusia berasal daripada pelbagai agama,
kepercayaan, mazhab dan budaya.
Peperangan telah menyebabkan orang-orang Iraq lari ke Syam Manakala orang
Syam lari ke Mesir dan Maghribi. Orang-orang Tartar pula datang dari negeri mereka
dengan segala budaya dan adat istiadat mereka yang rencam.
60Ibid. (14/8)
61Ibid. (13/340)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
29/34
Orang-orang Tartar telah memeluk Islam semasa mereka melakukan serangan
demi serangan ke atas bumi umat Islam, namun mereka telah mencampur adukkan di
antara yang hak dan yang batil sesuka hati mereka. Perkara-perkara agama seperti ibadat-
ibadat khusus dan urusan keluarga mereka merujuk kepada Qadi qudah untuk
memutuskan hukuman. Tetapi dalam perkara harta dan jenayah, mereka merujuk kepada
Al-Hajib62supaya memutuskan hukuman mengikut undang-undang Jengiz Khan. Undang-
undang ini sangat keras berbanding hukum syara dan kebanyakan hukumannya adalah
mati.
Bagi para tawanan perang yang terdiri daripada Tartar, Kristian barat, Turki dan
sebagainya, mereka ini telah mempunyai tempat khas di dalam sistem masyarakat yang
caca merba ini.
Apabila keadaan ini terjadi, kepincangan dan keruntuhan akhlak serta kezaliman
mulai berleluasa di dalam masyarakat. Di kala itu, kejahilan tentang agama menyebabkan
mudahnya tersebar amalan-amalan bidah dan kepercayaan-kepercayaan khurafat serta
unsur-unsur asing ke alam masyarakat. Hasilnya, lahirlah ajaran Tasawwuf yang berunsur
Hindu, Kristian ataupun Falsafah Yunani dan Parsi.
Sepanjang pemerintahan kerajaan Mamlukiy, negara tidak pernah aman; lantaran
persengketaan sesama golongan pemerintahan dan serangan demi serangan daripada
Tartar dan Salibiyyah. Di dalam suasana peperangan, sudah tentulah hasil tanaman
62Al-Hajibialah suatu jawatan yang telah wujud sejak zaman Bani Umayyah dan Abbasiyyah iaitu yang
bertanggungjawab menjaga khalifah dalam urusan dengan orang awam, ia menutup dan membuka pintu
kepada sesiapa yang diperkenankan oleh khalifah. Tetapi dalam kerajaan Mamlukiy di Mesir, Al-Hajib
adalah seorang yang berkuasa menjatuhkan hukuman ke atas rakyat, jawatan ni lebih rendah daripada ahli
mesyuarat di raja dan menteri.
Lihat: Ibn Khaldun, Abd Rahman Bin Muhammad, Muqaddimah Ibn Khaldun (2/674), Kaherah: DarNahdah Mesir li Al-Tab wa Al-Nasyr, (t.t) dan Muqaddimah Ibn Khaldun (1/128)http://www.alwarraq.com
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
30/34
berkurangan, urusan jual beli terjejas, jenayah berleluasa dan harta benda banyak yang
hilang atau rosak. Demikian juga harga barang sering meningkat disebabkan kekurangan
bekalan ataupun hasil monopoli segelintir peniaga.
Oleh kerana rakyat telah cukup menderita dengan keadaan yang berlaku, maka
para ulama telah mengeluarkan fatwa bagi menghalang para pemerintah mengamil tanah-
tanah rakyat atau mengenakan cukai tambahan sebagai persiapan perang menghadapi
Tartar dan Salibiyyah selagimana raja mempunyai harta yang mencukupi bagi
menampung keperluan tersebut, walaupun secara asasnya ia dibenarkan oleh syariat.
Inilah yang dilakukan oleh Izz Al-Din Abd Al-Salam dan Al-Nawawi.
Pada tahun 667H, angin kencang telah menenggelamkan dua ratus buah kapal di
sungai Nil; mengakibatkan ramai yang terkorban, Manakala di Syam pula petir telah
merosakkan tanaman dan buah-buahan.63
Pada tahun 669H pula banjir besar melanda Damsyiq lalu menenggelam dan
merosakkan banyak harta benda.64 Banjir besar sekali lagi terjadi pada tahun 717H
apabila air sunga Nil melimpah lalu memusnahkan banyak nyawa dan harta. Sebelum itu,
tanaman-tanaman telah dimusnahkan oleh serangan belalang yang sangat banyak.65
Kesemua bencana yang melanda umat pada ketika itu sudah cukup untuk
memberi gambaran betapa buruknya suasana masyarakat di waktu itu. Keadaan ini
bertambah buruk apabila keamanan negara pula tidak stabil lantaran pemberontakan yang
dilakukan oleh golongan Syiah Nusairiyah.66
63Ibn Kathir, Opt.cit (13/269)
64Ibid (13/274)
65Ibid (14/83-84)
66Ibid (14/79-80)
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
31/34
Dalam keadaan huru hara inilah Ibn Taymiyyah bangkit melakukan islah
(pembaikan atau reformasi) di dalam masyarakat. Beliau memulakan dengan mengajar
orang awam di majlis-majlis pengajian. Di samping itu beliau tidak lupa untuk
menasihati para pemimpin. Di antara perkara yang berjaya beliau nasihati golongan
pemimpin ini ialah: menasihati Al-Nasir Qalawun agar membahagikan tanah dengan baik
dan adil serta memulangkan kembali tanah-tanah yang dirampas. Tindakan Al-Nasir Al-
Qalawun ini berjaya meredakan kemarahan rakyat jelata, hasilnya negara kembali
menjadi aman dan tenang.
Agama dan Pemikiran:
Pada kurun keenam, ketujuh dan kelapan, lapangan pengajian ilmu pengetahuan
telah berkembang dengan pesatnya. Turut sama berkembang ialah falsafah dan ajaran
Tasawwuf. Kesemua perkembangan ini membawa kepada perbezaan manhaj dan
methodologi di kalangan para ulama.
Selepas keruntuhan Baghdad oleh Tartar yang memusnahkan hampir sebahagian
besar khazanah tamadun Islam, gerakan keilmuan berpindah pula ke Damsyiq di Syam
dan Kaherah di Mesir. Di sana telah didirikan masjid-masjid yang merupakan pusat bagi
halaqah-halaqah67 pengajian ilmu-ilmu syariat. Di antara masjid yang terkenal dengan
halaqah ilmu itu ialah: Jami Al-Azhar di Kaherah yang terkenal hingga ke hari ini dan
Jami Umawiy di Damsyiq.
Pusat-pusat pengajian formal berbentuk seperti sekolah lahir selepas hanya
selepas itu. Sekolah yang pertama ialah di Khurasan dan Parsi yang dibina oleh para
67Halaqah adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud: bulatan. Ia diambil sempena majlis-majlis ilmu
yang dijalankan dalam bentuk bulatan atau hampir bulat.
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
32/34
sultan; kerana cintakan ilmu ataupun untuk mengukuhkan kedudukan khususnya di
kalangan ulama. Di antara sekolah yang terkenal ialah:
1- Al-Madrasah Al-Adiliyyah Al-Kubra dibina oleh Al-Malik Adil.
2- Al-Madrasah Al-Zahiriyyah yang dibina oleh Al-Malik Zahir.
3- Al-Madrasah Al-Salahiyyah yang dibina oleh Salah Al-Din Al-Ayyubiy (572H).
4- Al-Madrasah Al-Kamiliyyah yang dibina oleh Al-Malik Kamil (621H).
Sekolah-sekolah seumpama ini yang begitu banyak tumbuh, ada yang
menawarkan pengajian bagi semua bidang ilmu syariat dan ada juga yang hanya
mengkhususkan pengajiannya kepada satu-satu bidang sahaja seperti hadis di Dar Al-
Hadith Al-Sukkariyyah.
Selain daripada sekolah-sekolah yang menjadi elemen kemajuan ilmu
pengetahuan, terdapat juga perpustakaan-perpustakaan yang mengandungi bahan-bahan
bacaan dan rujukan yang terdiri daripada karya-karya ulama dan cendiakawan silam. Di
antara perpustakaan itu ialah Al-Maktabah Al-Kamiliyyah yang mengandungi lebih
kurang seratus ribu jilid kitab.68Perkembangan ini dibantu juga oleh penubuhan ribat-
ribatdan khawaniq-khawaniq69 yang menjadi pusat kegiatan golongan sufi.
Pelbagai kemudahan rujukan yang terdapat di zaman itu telah membantu Ibn
Taymiyyah meningkatkan tahap keilmuannya. Beliau bukan sahaja menuntut daripada
ulama yang mengajar di masjid atau sekolah, bahkan beliau juga berpeluang membuat
rujukan daripada kitab-kitab karangan ulama terdahulu yang terdapat di dalam
68Al-Suyuti, Jalal Al-Din, Husn Al-Muhadarah (2/140). Kaherah, Mesir: Dar Ihya Al-Kutub Al-
Arabiyyah, Ctk. Pertama.69
Ribatdan khawaniq adalah istilah yang digunakan bagi pondok atau bangunan kecil yang digunakan olehahli sufi untuk melakukan latihan kesufian.
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
33/34
perpustakaan-perpustakaan. Malahan pula di zaman itu, Fiqh imam-imam mazhab yang
empat, Fiqh Al-Zahiri, Fiqh Syiah (meliputi semua aliran dalam Syiah) serta Fiqh
Ibadi70
telah sempurna dikumpulkan dan dibukukan.
Sungguhpun kemudahan untuk menuntut ilmu semakin berkembang, kitab-kitab
semakin banyak dihasilkan, namun zaman itu terkenal sebagai suatu zaman yang penuh
dengan kejumudan pemikiran dan ketaksuban fahaman. Kitab-kitab yang dihasilkan
hanyalah sebagai ulasan dan syarah terhadap tulisan-tulisan sebelumnya. Tidak ramai
yang menulis sesuatu yang baru atau cuba melakukan ijtihad. Hasilnya, sesiapa yang
mengeluarkan pendapat yang bercanggah daripada apa yang terbiasa oleh masyarakat
akan dianggap menyanggahi agama. Inilah yang berlaku ke atas Ibn Taymiyyah.
Penutup:
Demikianlah suasana di mana Ibn Taymiyyah dibesarkan. Segala kepincangan
masyarakat dan kerajaan bermain di ruang matanya. Beliau menghayati segala peristiwa
yang berlaku di zamannya lalu turun ke medan untuk membina semula masyarakat yang
hampir runtuh. Peribadi dan jiwa beliau yang keras itu nyata dibentuk oleh ilmu yang
dipelajari dan juga suasana semasa.
Kesungguhan beliau mempertahankan agama berlandaskan Al-Quran dan Al-
Sunnah daripada dicemari oleh anasir luar telah membawanya berkonfrontasi dengan
banyak pihak. Pertentangannya dengan Mutakallimun adalah berhubung sikap melampau
mereka membahaskan perkara ghaibiyyat (ghaib) melalui Akal, manakala dengan
golongan Sufi banyak berkisar tentang idea Wahdat Al-Wujud (Kesatuan Kewujudan).
70Ibdi ialah salah satu cabang dalam mazhab Khawarij. Lihat: Al-Syahrastani, Opt.cit. (1/131-132).
8/9/2019 Riwayat Hidup Ibn Taymiyyah Dan Suasana Semasa
34/34
Pertentangnya dengan golongan Falsafah pula adalah berhubung perkara-perkara
Metafizik yang diutarakan oleh mereka.
Seperkara lagi, kebanyakan sarjana Falsafah Islam adalah dari latar belakang
Syiah. Puak Syi'ah telah menjadi duri dalam daging dalam pertempuran umat Islam
menentang Tartar dan pihak Salib. Mereka ini bukan sekadar menyokong kemasukan
tentera Tartar ke negeri umat Islam bahkan turut membantu perjuangan mereka. Pada
pandangan Ibn Taymiyyah, golongan Syi'ah bukan sahaja menentang umat Islam melalui
persenjataan malahan merosakkan pemikiran, kepercayaan dan amalan yang benar. Ini
juga faktor yang mengukuhkan pendirian Ibn Taymiyyah terhadap Falsafah.
************************************************************
Ustaz Rasyid IdrisBA Hons (Kesusasteraan Arab) University of Jordan
M.A Tamadun (Tamadun & Falsafah Islam) Universiti Sains MalaysiaSedang Menulis Tesis PHD di Universiti Sains MalaysiaDiploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Presiden Institut Al-Qayyim
Link :http://aris.protajdid.com/
http://aris.protajdid.com/http://aris.protajdid.com/http://aris.protajdid.com/http://aris.protajdid.com/Top Related