RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN : ICT
Nama : Nor hazlina Binti Kassim
Tingkatan : 4 Selasih Tempat : Makmal Komputer SMK Padang Saujana
Tarikh : 8 / 11 / 2012 Masa : 11.00 hingga 11.40 A.M
Topik : 3.1.6 Protokol
HASIL PEMBELAJARAN :
1) Pelajar dapat menyatakan definisi Protokol.
2) Pelajar dapat menyatakan definisi Protokol Kawalan Penghantaran / Protokol Internet
(TCP/IP).
3) Pelajar dapat menyenaraikan fungsi Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet
(TCP/IP).
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1) Laptop digunakan untuk set induksi.
2) Microsoft Office Power Point digunakan untuk sesi pengajaran.
3) Kertas A4 digunakan untuk memberi latihan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1) Pelajar mengetahui definisi rangkaian komputer dan komunikasi.
2) Pelajar mengetahui jenis-jenis rangkaian.
3) Pelajar mengetahui jenis-jenis senibina rangkaian.
4) Pelajar mengetahui jenis-jenis topologi rangkaian.
PELAKSANAAN PENGAJARAN
ISI KANDUNGAN PENGETAHUAN / KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI
Definisi Protokol
Protokol adalah set aturan atau reka bentuk standard yang direka untuk komputer dapat saling bertukar maklumat.
Definisi Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet (TCP/IP)
TCP/IP adalah suatu protokol yang membolehkan komputer untuk berkomunikasi melalui rangkaian jarak jauh.
Fungsi Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet (TCP/IP)
1) Fungsi Lapisan Pertama Protokol Kawalan Penghantaran(TCP) adalah menguruskan peng-hantaran data di mana data ditukar kepada paket melalui internet dan apabila tiba destinasi di tukar semula ke bentuk asal.protokol yang tersendiri.
2) Fungsi Lapisan Kedua Protokol Internet, mengendalikan bahagian setiap alamat paket supaya ia sampai ke destinasi yang betul. Setiap nod/pc mempunyai alamat.
Pelajar memahami maksud Protokol Pelajar mempunyai pengetahuan
mengenai rangkaian.
Pelajar memahami maksud TCP/IP. Pelajar memahami fungsi Protokol
Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet (TCP/IP).
Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai rangkaian.
Aktiviti
( Latihan Individu )
Pelajar dapat menguasai topik Protokol dengan lebih baik melalui aktiviti yang dijalankan.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
PENGENALAN :
Set Induksi :
Guru memulakan sesi pembelajaran dengan menayangkan sebuah video ‘masterchef’. Tujuan video tersebut ditayangkan adalah untuk menunjukkan peringkat yang perlu dilalui oleh peserta program tersebut. Seterusnya, pelajar menerbitkan perkataan ‘peraturan / prosedur / langkah-langkah’. Guru mengaitkan perkatan yang diberi dengan topik pembelajaran iaitu ‘Protokol’.
PERKEMBANGAN PENGAJARAN :
Aktiviti 1 :
1) Guru memberi penerangan tentang definisi protokol, definisi Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet (TCP/IP) dan fungsi Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet (TCP/IP).
2) Pelajar mendengar penerangan guru.3) Guru bertanyakan kepada pelajar mengenai
‘slide show’ dan video yang ditunjukkan oleh guru.
4) Pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.
Aktiviti 2 :
1. Guru meminta pelajar menyimpan nota.2. Pelajar menyimpan nota dan bersedia mendengar
arahan guru.3. Guru memberi kertas latihan kepada setiap
pelajar.4. Pelajar menyiapkan latihan yang diberi.5. Guru beri jawapan latihan tersebut.6. Pelajar menyemak jawapan yang telah dibuat.
Masa : 5 minit
ABM : Laptop
Masa : 15 minit
ABM : Slide Show Power point “Definisi dan Fungsi
Protokol Kawalan Penghantaran”
Masa : 10 minit
ABM : kertas A4
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Penutup :
Guru membuat rumusan mengenai pembelajaran yang telah dipelajari dan ia secara tidak langsung membantu pelajar mengingat kembali pembelajaran yang telah dijalankan.
Tugasan :
Guru meminta pelajar mencari maksud internet, intranet dan ekstranet dengan menggunakan komputer didalam makmal komputer.
Masa : 5 minit
Masa : 5 minit
REFLEKSI KENDIRI
CATATAN / TUGAS-TUGAS LAIN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN : ICT
Nama : Nor hazlina Binti Kassim
Tingkatan : 4 Selasih Tempat : Makmal Komputer SMK Padang Saujana
Tarikh : 8 / 11 / 2012 Masa : 11.40 hingga 12.10 P.M
Topik : 3.1.7 Internet, Intranet dan Extranet
HASIL PEMBELAJARAN :
1) Pelajar dapat menyenaraikan jenis-jenis rangkaian teknologi komunikasi.
2) Pelajar dapat menyatakan fungsi setiap jenis rangkaian.
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1) Komputer digunakan untuk set induksi
2) Microsoft Office Power Point digunakan untuk sesi pengajaran.
3) Kertas A4 digunakan untuk aktiviti.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1) Pelajar mengetahui definisi rangkaian komputer dan komunikasi.
2) Pelajar mengetahui jenis-jenis rangkaian.
3) Pelajar mengetahui jenis-jenis senibina rangkaian.
4) Pelajar mengetahui jenis-jenis topologi rangkaian.
5) Pelajar mengetahui definisi dan fungsi protokol rangkaian.
PELAKSANAAN PENGAJARAN
ISI KANDUNGAN PENGETAHUAN / KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI
Menerangkan jenis-jenis rangkaian teknologi komunikasi
1) Intranet2) Internet3) Extranet
Fungsi setiap jenis rangkaian teknologi komunikasi
i) Internet
Adalah rangkaian beberapa komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Rangkaian komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Bekerja berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.
ii) Intranet
Adalah istilah untuk koleksi rangkaian komputerdalam sesebuah organisasi.Intranet menggunakanteknologi rangkaian sebagai alat untukmemudahkan komunikasi di antara kumpulan kerjauntuk meningkatkan keupayaan perkongsian data.
Pelajar memahami jenis-jenis rangkaian teknologi komunikasi.
Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai rangkaian dan protokol rangkaian.
Pelajar memahami fungsi setiap jenis rangkaian teknologi komunikasi.
Pelajar dapat membezakan Internet, intranet dan ekstranet.
Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai jenis-jenis rangkaian.
Menggunakan perkakasan rangkaian standard danteknologi perisian seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk aksesinternet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.
iii) Extranet
Adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
PENGENALAN :
Set Induksi :
Guru memulakan sesi pembelajaran dengan meminta pelajar mencari maklumat internet, intranet dan extranet dengan menggunakan internet di makmal komputer.
PERKEMBANGAN PENGAJARAN :
Aktiviti 1 :
1) Guru memberi penerangan tentang jenis-jenis rangkaian teknologi komunikasi
2) Pelajar mendengar penerangan guru.3) Guru bertanyakan kepada pelajar mengenai
‘slide show’ yang ditunjukkan oleh guru.4) Pelajar memberi respon kepada pertanyaan
guru.
Aktiviti 2 :
1. Guru meminta pelajar menyimpan nota.2. Pelajar menyimpan nota dan bersedia mendengar
arahan guru.3. Guru memberi kertas latihan kepada setiap
pelajar.4. Pelajar menyiapkan latihan yang diberi.5. Guru beri jawapan latihan tersebut.6. Pelajar menyemak jawapan yang telah dibuat.
Masa : 5 minit
ABM : komputer
Masa : Masa : 15 minit
ABM : Slide Show Powerpoint “Jenis-jenis Rangkaian Teknologi
Komunikasi”
Masa : 15 minit
ABM : kertas A4
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Penutup :
Guru membuat rumusan mengenai pembelajaran yang telah dipelajari dan ia secara tidak langsung membantu pelajar mengingat kembali pembelajaran yang telah dijalankan.
Tugasan :
Guru meminta pelajar mencari maklumat berkaitan perkakasan yang diperlukan untuk komunikasi didalam rangkaian komputer.
Masa : 3 minit
Masa : 2 minit
REFLEKSI KENDIRI
CATATAN / TUGAS-TUGAS LAIN
Top Related