RANCANGAN PENGAJARAN
SLOT
BY:WAHIDA BINTI SUKERMAN&NORAZIATULSHIMA BT BADRIN
RANCANGAN PELAJARAN SLOT PENGAJARAN
Kelas: Prasekolah ArifTarikh: 6 Mac 2014Masa : 10.30 11.00 pagi Bil. Murid : 25 OrangModul: TemaTema: Emosi Diri
Standard Pembelajaran :PSE 1.1.5 Mengenalpasti dan bercerita tentang jenis-jenis emosi gembira, sedih dan takut.PFK 1.1.5 Menggunting menghasilkan bentukKesepaduan tunjang :KTI 2.1.11Menyanyi mengikut mud lagu
Objektif pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- membezakan jenis emosi gembira marah dan sedih.Pengetahuan sedia ada :Murid mempunyai pengalaman emosi sendiri samada di rumah atau di sekolahKemahiran berfikir :Mengkategorikan emosi berdasarkan aktiviti
Alat bantu mengajar:kad gambar, pupppet emosi, laptop n speaker, belon, jarum, pinggan kertas, gam dan guntingFokus MI :Kecerdasan Linguistik dan kecerdasan interpersonal. Kosa kata :gembira, sedih, marah
SET INDUKSI
1. Guru menyediakan beberapa biji belon.2. Murid diminta untuk meletupkan belon.3. Guru bertanya perasaan murid ketika meletupkan belon
LANGKAH 1
1. Guru memperkenalkan jenis- jenis emosi mengikut kad gambar 2. Murid bermain kerusi emosi.
LANGKAH 2
1. Murid diminta untuk menggunting bentuk-bentuk yang telah disediakan.2. Murid menampal bentuk tersebut mengikut emosi ke atas pinggan kertas.
LANGKAH 3
Murid dibimbing untuk menyanyikan lagu begini wajahku sambil membuat pergerakan.Murid menyanyi sambil memegang puppet emosi yang telah dihasilkan tadi.
Lagu begini wajahku
kalau saya gembira saya ketawa , ( 2x)kalau saya gembira beginilah caranya, kalau saya gembira saya ketawa.
Kalau saya sedih, saya menangis (2x),kalau saya sedih beginilah caranyakalau saya sedih saya menangis
kalau saya marah,saya merajuk( 2x )kalau saya marah beginilah caranyakalau saya marah saya merajuk
PENUTUP
Murid meneka emosi berdasarkan kad gambar. Dengan mengangkat puppet emosi yang telah dihasilkan.
Click to edit the title text format