RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaranKelasMasa
Isi Pembelajaran Catatan / Impak
Pendidikan SeniVisual
Tahun 6 Amal
1 Ogos 2012
8 – 9 pagi
27 Orang
BIDANG : Menggambar
TAJUK : Menggambar Corak
SUB TAJUK : Menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih
OBJEKTIF :i. Menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.
ii. Mewarna garisan dengan kaedah catan.
HASIL PEMBELAJARAN :Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i. Melatih diri untuk bekerja dengan lebih tekun, teratur dan cermat.
ii. Menghasilkan corak daripada garisan yang dihasilkan.iii. Berbangga dengan hasil kerja sendiri dan rakan.
Pengetahuan sedia ada murid :i. Murid mahir mewarna menggunakan warna air.ii. Murid telah sedia maklum tentang kegunaan setiap alatan
yang dibawa.iii. Murid sedia maklum untuk menggunakan pensil bagi
melakar garisan.
Nilai murni : Kreatif, keseronokan dan ketekunan.
Kemahiran berfikir : Membuat turutan, menyusun dan menjana idea.
Alat dan bahan : kertas lukisan, pensel dan warna air.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :i. Persembahan multimedia definisi menggambar, contoh
corak daripada garisan, bahan dan alatan serta cara membuat.
ii. Klip video langkah-langkah membuat gambar daripada garisan gelap putih.
iii. Beberapa contoh corak yang dihasilkan daripada garisan.iv. Hasil karya murid.
Langkah Pengajaran /
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set Induksi(5minit)
Pameran beberapa contoh gambar yang dihasilkan daripada garisan.
Contoh soalan:1. Apakah yang anda nampak daripada
lukisan ini?2. Apakah corak yang terdapat di sebalik
garisan-garisan tersebut?
Contoh jawapan:
Guru mempamerkan beberapa contoh gambar yang dihasilkan daripada garisan gelap putih.
Murid dapat melihat gambar tersebut.
Bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipamerkan murid memberikan respon.
Nilai : Keseronokan
BBM : Beberapa contoh gambar dihasilkan daripada garisan gelap putih.
1. Garisan menegak yang banyak.2. Corak awan, matahari dan kipas.
Langkah 1(5 minit)
Pengenalan tajuk pelajaran hari ini iaitu menggambar corak/ menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.
Menunjukkan beberapa contoh gambar yang terhasil daripada garisan gelap putih.
Contoh gambar daripada garisan gelap putih
Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu melukis garisan dan menghasilkan gambar/ corak daripada garisan tersebut. Seterusnya mereka perlu mewarna dengan kaedah catan.
Guru menerangkan definisi menggambar, menunjukkan gambar yang terhasil daripada garisan serta bahan dan alatan yang diperlukan menerusi persembahan multimedia.
Murid mendengar penerangan dan melihat persembahan multimedia dengan penuh minat.
BBM : Persembahan multimedia tentang definisi menggambar, contoh gambar yang dibentuk daripada garisan serta alatan yang diperlukan.
Penerangan tentang alatan yang diperlukan mengikut kegunaannya untuk menjalankan aktiviti.
1. Kertas lukisan2. Warna air3. Pensel
Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan dalam aktiviti ini.
Langkah 2(15 minit)
Penerangan tentang langkah-langkah untuk menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.
Langkah-langkah penghasilan gambar daripada garisan gelap putih:
1. Buat lakaran pelbagai bentuk garisan.
Guru menunjukkan langkah-langkah untuk menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih dengan menggunakan persembahan multimedia dan klip video.
Guru tunjuk cara bagi menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.
Murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru membuat tunjuk cara.
Murid-murid dapat
Nilai : Kreatif, keseronokan.
BBM : Persembahan multimedia dan klip video tentang cara-cara menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.
KBKK: Menyusun, Membuat turutan.
2. Pilih bentuk lakaran yang anda sukai.
3. Lakukan aktiviti mewarna secara berselang seli (petak dam). Anda hendaklah mewarna dengan kaedah catan kering atas kering.
menyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.
Murid menjalankan aktiviti menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.
Guru mengarahkan murid menjalankan aktiviti yang telah ditunjukkan.
Guru membimbing murid dalam menyiapkan aktiviti dan menambahbaikkan hasil kerja secara kreatif. Murid diberikan kebebasan untuk memilih lakaran garisan dan corak yang diinginkan.
Murid dapat menghasilkan gambar daripada garisan mengikut kreativiti masing-masing.
Sesi Apresiasi Dan Refleksi(5 minit)
Sesi apresiasi dan refleksi hasil karya yang dihasilkan oleh murid:
- Baik- Sederhana- Kurang memuaskan
Guru mempamerkan hasil kerja murid sambil membuat ulasan.
Murid berasa gembira dengan hasil karya masing-masing.
Murid dapat menilai tahap keupayaan masing-masing.
Murid dapat berinteraksi dan menyatakan pendapat tentang karya rakan lain.
Nilai : Kreatif
Penutup(5 minit)
Merumus hasil kerja murid.
Dua soalan menguji minda:
1. Apakah langkah-langkah menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih?
2. Apakah gambar yang anda boleh hasilkan daripada garisan yang dibuat?
Guru merumus hasil kerja murid.
Murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh guru.
BBM : Hasil karya murid.
Top Related