Salam sejahtera,
Salam sejahtera,
Berikut adalah contoh persediaan mengajar Bahasa Melayu bagi kurikulum yang baharu (KSSR) :
Kelas /Masa/Mata PelajaranKandunganImpak / Catatan
1 Intelek
9.00 pagi
Hingga
10.00 pagi
Bahasa MelayuTema : Kekeluargaan
Tajuk : Keluarga Saya
Fokus Utama : SK 1.2 SP 1.2.4
Fokus Sampingan : SK 2.3 SP 2.2.1
Kem.Linus : 2.3
(jika kelas bercampur dengan murid LINUS)
Objektif :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1. Mendengar, menyebut dan mengeja perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi suku kata
2. Membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan sebutan yang betul.
3. Membaca dan membunyikan suku kata KVK (LINUS)
Aktiviti :
1. Set induksi
2. Murid mengeja dan membaca suku kata
3. Murid menandakan perkataan yang didengar
4. Murid memadankan gambar dengan perkataan.Pengisian Kurikulum :
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih Sayang
KBT : KB (menjana idea)
EMK : Fasa Persediaan
Fasa Imaginasi
Fasa Perkembangan
Fasa Tindakan
Sistem Bahasa :
Kata Nama Am
Media (BBB) :
- Kad perkataan, kad gambar
Refleksi :
- 80% daripada 36 murid dapat mengeja perkataan dan suku kata terbuka dan tertutup manakala selebihnya dapat mengeja dengan bimbingan guru.
- 100% daripada 4 orang murid LINUS dapat membaca dan membunyikan suku kata KV